Download - Objektif umum
TAJUK KAJIAN
KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI
PENEMUAN
DALAM PENGAJARAN SAINS TAHUN 6
TOPIK PENCEMARAN ALAM SEKITAR
DISEDIAKAN OLEH
LOK TECK JIE
NAMA SEKOLAH :
SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN
CINA , 78100 LUBOK CHINA, MELAKA.
1
Kandungan
Isi kandungan Muka surat
1.0 Pendahuluan
- Refleksi pengalaman yang lalu
2.0 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan
- Tinjau dan Analisis Masalah
3.0 Tinjauan Literatur
4.0 Objektif Kajian / Soalan Kajian
5.0 Kumpulan Sasaran
6.0 Tindakan Yang Dicadangkan
- Perancangan Tindakan
- Perancangan Cara Mengumpul Data
- Perancangan Cara Menganalisis Data
7.0 Jadual Pelaksanaan & Anggaran
Kos Kajian
8.0 Senarai Rujukan
3
3, 4
5, 6, 7
8
8
9, 10
10, 11
11, 12, 13
14
14
15
2
1.0 Pendahuluan
Semasa saya mengajar Sains tahun 6 di sekolah, saya dapati pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan oleh saya untuk mengajar murid di sekolah
kurang berkesan. Saya menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru
untuk mengajar di sekolah. Selepas saya belajar pengajaran sains sekolah
rendah di IPG kampus Pulau Pinang, saya dapati kaedah pengajaran
berpusatkan murid lebih menyeronok dan berkesan berbanding dengan kaedah
pengajaran berpusatkan guru.
Kaedah pengajaran berpusatkan murid dengan menggunakan kaedah
pendekatan inkuiri penemuan memberi peluang kepada murid untuk terlibat
secara langsung. Pembelajaran melalui inkuiri menyediakan pelajar mempunyai
kemahiran penyelesaian masalah. Murid akan didedahkan dengan pembelajaran
yang melibatkan proses meneroka kehidupan secara semula jadi dan akan
menggalakkan penyoalan , melakukan penyiasatan dan melakukan eksperimen
untuk mendapatkan pengetahuan baru. Pembelajaran ini menyediakan satu
situasi yang efektif kepada murid di sekolah.
Sebelum ini, murid hanya mendengar apa yang diajar oleh saya dan tidak
diberi peluang untuk menanya soalan kerana saya mengamalkan pengajaran
secara autokratik. Murid kelihatan tidak berminat terhadap mata pelajaran sains
dan sukar memahami konsep yang diajar oleh saya terutamanya dalam topik
pencemaran alam sekitar sains tahun 6.
Masalah di atas perlu diatasi oleh saya sebelum saya mengajar mata
pelajaran sains bertopik pencemaran alam sekitar tahun 6 pada tahun hadapan.
Maka saya mengambil tindakan menjalankan kajian tindakan terhadap kaedah
inkuiri penemuan berdasarkan teori konstruktivisme untuk mengkaji
keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam meningkatkan pengetahuan dan
minat murid terhadap pencemaran alam sekitar.
2.0 Fokus kajian / Isu keprihatinan
Semasa saya mengajar mata pelajaran sains tahun 6 topik pencemaran
alam sekitar, saya dapat memerhati murid kurang minat dan kurang memahami
topik ini, murid menganggap bahawa semua bahan buangan boleh dihapuskan
dengan cara membakar dan menanam sahaja. Akan tetapi bukan semua bahan 3
buangan boleh dihapuskan dengan cara membakar dan menanam sahaja. Bahan
buangan seperti plastik, bahan logam dan kaca tidak boleh dihapuskan dengan
cara membakar dan menanam sahaja. Murid sukar memahami dan tidak percaya
bahawa plastik, bahan logam dan kaca boleh digunakan semula tanpa
menghapuskannya.
Kesedaran ini penting bagi murid untuk meningkatkan pengetahuan murid
tentang pencemaran alam sekitar. Murid akan diberikan pendedahan awal
tentang isu pencemaran alam sekitar, saya akan bertanya soalan mengenai
kesan pencemaran alam sekitar. Murid akan berusaha mencari maklumat
berkaitan pencemaran sekitar dengan menggunakan bantuan internet, bahan
bacaan buku dan majalah. Selepas murid mencari jawapan murid mengumpul
maklumat dan membentangkan di depan kelas. Dengan memahami kesan
pencemaran alam sekitar, murid akan sedar betapa pentingnya alam sekitar
terhadap kehidupan alam flora dan fauna di dunia ini. Secara tidak langsung
mereka akan berfikir cara untuk melindungi alam sekitar supaya bebas dari
pencemaran.
Murid akan lebih bersedia dan minat untuk mempelajari cara
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sebelum itu, murid tidak sedar bahawa
dengan pengetahuan yang mereka ada untuk menghapuskan bahan buangan
boleh menyebebkan pencemaran alam sekitar. Murid diberi ujian pra oleh saya
untuk menguji keberkesanan kaedah inkuiri penemuan. Murid dikehendaki
menjawab soalan ujian pra berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Selepas
itu, murid dikehendaki mencari bahan buangan yang boleh dikitarkan semula dan
cara mengelaskan bahan buangan dengan betul. Murid akan mencarikan
maklumat sendiri. Jika murid menghadapi kesukaran mencari maklumat, murid
boleh dibimbing oleh saya. Saya akan cuba menjawap soalan yang ditanya oleh
murid. Saya melaksanakan kaedah inkuiri penemuan yang menggalakkan murid
bertanya soalan. Selepas itu murid diberi peluang untuk melakukan eksperimen
untuk mengenalpasti cara yang digunakan untuk menghapuskan bahan buangan
berkesan atau tidak.
Akhirnya, keputusan murid dinilai dengan lebaran kerja dan ujian yang
diberikan oleh guru. Keputusan ujian dan lembaran kerja yang diberi
dibandingkan dengan keputusan ujian pra.
4
3.0 Tinjauan literatur
Dengan menggunakan kaedah inkuri penemuan dalam P&P, Teori
Konstruktivisme memberi penekanan kepada tingkah laku pelajar (hand on)
serta menekankan aktiviti mental (minds on) pelajar. Koswer ElectroChem akan
dibangunkan dan memberikan penekanan aktiviti hands on dan minds on.
Berdasarkan koswer yang menerapkan teori konstruktivisme, pelajar telah
mempunyai idea tersendiri mengenai kejadian suatu fenomena sebelum melalui
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan membina reality mereka
sendiri atau mentafsir reality berasaskan persepsi pengalaman mereka ( Good &
Brophy, 1990).
Pembelajaran melalui inkuiri menyediakan pelajar mempunyai kemairan
penyelesaian masalah. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran yang
melibatkan proses meneroka kehidupan secara semulajadi dan akan
menggalakkan penyoalan , melakukan penyiasatan dan melakukan eksperimen
untuk mendapatkan pengetahuan baru. Pembelajaran ini menyediakan satu
situasi yang efektif kepada pelajar (Onyancha, Armour & Endrizzi, 2006).
Menurut Meyer (2005), National Science Education Standards juga
menyatakan tentang inkuiri didalam sains. Pernyataan National Science
Education Standards adalah seperti berikut:
Students at all grade levels and in every domain of science should have
the opportunity to use scientific inquiry and develop the ability to think and act in
ways associated with inquiry, including asking questions, planning and conducting
investigations, using appropriate tools and techniques to gather data, thinking
critically and logically about relationships between evidence and explanations,
constructing and analyzing alternative explanations, and communicating scientific
arguments
Berdasarkan pernyataan National Science Education Standards pelajar
perlu diberi peluang memperkembangkan kemahiran berfikir dan bertindak
dengan menggunakan inkuiri. Pendekatan inkuri melibatkan pertanyaan soalan,
5
merancang dan menjalankan eksperimen dengan menggunakan alatan dan
teknik yang sesuai untuk mengumpul data.
Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid mempelajari
kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan
mengeksperimen. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan
dengan memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan,
menerangkan kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi tentang apa
yang dipelajari (Thangevola et al, 2002). National Science Teachers Association
Amerika Syarikat mencirikan inkuiri-penemuan sebagai:
• Berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan
(Collaborating and exchanging information while seeking solutions).
• Membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal
(Developing concepts and relationships from empirical data).
Menurut Abu Hassan et al (2005), secara am, inkuiri bermaksud proses
mencari dan menyiasat maklumat atau fenomena atau masalah yang berlaku
disekeliling, membina hipotesis, merekabentuk eksperimen, mengumpul data dan
membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah secara bersistem. Dengan
kata lain, proses inkuiri melibatkan usaha untuk mencari kebenaran, maklumat
atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan.
Inkuiri-penemuan merupakan satu proses yang aktif terlibat dalam
pemikiran sains, penyiasatan dan membina pengetahuan. Guru-guru
mempercayai, melalui inkuiri pelajar dapat mengembangkan sikap saintifiik and
kemahiran saintifik mereka. Selain daripada itu, pendekatan ini juga
membolehkan pelajar menguasai konsep sains dengan berkesan (Thangevola et
al, 1990). Suchmann (1996), telah memperkenal program Inquiry Development
yang membolehkan pelajar menguji teori sendiri dan menyedari proses
pembelajaran kendiri yang berlaku. Dengan cara ini, pelajar dpat memupuk sikap
ingin tahu, membina keyakinan diri dan mempunyai konsep sains yang kukuh.
(Dari http://eprints.utm.my/26230/1/Teori%20Konstuktivisme%20dan
%20Pendekatan%20Inkuiri.pdf)
Jadual 3: Kekerapan Jenis Bahan yang Dikitar Semula dan Diguna Semula
6
Jenis Bahan
Sisa dapur / Makanan Perabot Permainan kanak-kanak Pakaian Bekas plastik Tin aluminium Besi keluli Kaca Kertas Jumlah
Dipetik dari
Journal UTHO
Dikitar Semula (%)
14 (1.2) 31 (2.8) 26 (2.3) 30 (2.7)
274 (24.4) 273 (24.3) 139 (12.4) 120 (10.7) 215 (19.2)
1,122 (100)
Diguna Semula (%) 15 (2.2) 42 (6.1) 40 (5.8)
95 (13.9) 276 (40.3) 70 (10.2)
30 (4.4) 82 (12.0) 35 (5.1)
685 (100)
7
4.0 Objektif kajian / Soalan kajian
Objektif umum –
Meningkatkan pengetahuan murid terhadap pencemaran alam sekitar.
Objektif khusus –
1. Meningkatkan pemahaman murid terhadap pencemaran alam sekitar melalui
kaedah inkuiri penemuan.
2. Meningkatkan minat murid terhadap pencemaran alam sekitar.
3. Mengenalpasti keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam meningkatkan
pengetahuan dan minat murid terhadap pencemaran alam sekitar.
Persoalan kajian
1. Adakah kaedah inkuiri penemuan dapat meningkatkan pemahaman murid
terhadap pencemaran alam sekitar?
2. Adakah melalui kaedah inkuiri penemuan ini dapat meningkatkan minat murid
terhadap pencemaran alam sekitar?
3. Adakah kaedah inkuiri penemuan ini berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains?
5.0 Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran ialah guru yang mengajar sains di tahun 6 dan seramai 5
orang murid tahun 6K yang terdiri daripada 1 orang Cina, 3 orang Melayu dan seorang
India.
8
6.0 Tindakan yang dicadangkan
1.Perancangan Tindakan
(i) Aktiviti guna lagu
Menyanyi lagu merupakan kaedah didik hibur yang boleh menarik minat murid
belajar. Murid yang sudah jemu membaca atau malas membaca cenderung untuk
mengingat lagu lebih daripada membaca buku teks. Secara tidak langsung menyanyi
boleh menarik minat murid belajar sains dengan perasaan ceria dan gembira. Murid
tidak akan berasa bosan apabila menyanyi lagu.
Pelaksanaan Aktiviti 1 - Nyanyian
(melodi - London Bridge is falling down)
• Guru memaparkan lirik lagu
• Guru menyanyi diikuti oleh murid
Warna coklat letak kaca,X3
Warna biru letak kertas,X3
Warna jingga letak plastik, aluminium dan
keluli.X3
Guru menanya soalan murid cuba menjawab soalan. Contohnya
guru bertanya kaca patut letak di tong sampah berwarna apa ?
Kemudian murid akan ingat kembali apa yang dinyanyi oleh mereka
dan cuba menjawab soalan yang dikemukakan.
(ii) Aktiviti eksperimen
Aktiviti ini dijalankan di luar kawasan kelas, contohnya murid
diberi bahan buangan seperti plastik, kaca dan logam. Ketiga-tiga
bahan buangan ini dibakar murid memerhati perubahan yang terdapat
pada bahan buangan itu.
Selepas itu, murid dikehendaki mencatat keputusan yang
didapat dan tulis laporan. Murid yang bakar plastik akan terhidu bau
yang tidak menyenangkan. Pada masa ini, guru akan membimbing
mereka mencari maklumat gas yang dibebaskan. Murid akan temui
9
bahawa gas beracun dikeluarkan boleh mencemarkan alam sekitar.
Guru akan cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid. Maka
kaedah inkuiri penemuan dapat dijalankan dengan lancar. Murid akan
lebih ingat apa yang diajar oleh saya jika melakukan eksperimen. Murid
juga dapat belajar kemahiran proses sains secara langsung
menggunakan kaedah memerhati.
Akhirnya murid akan kaitkan pengetahuan yang sedia ada
dengan pengetahuan baru yang ditemui. Hasil objektif guru juga dapat
dicapai.
(iii) Aktiviti lembaran kerja
Lembaran kerja diberikan kepada murid sebaik sahaja mereka
selesaikan eksperimen yang dibuat. Lembaran kerja diberikan kepada
murid bertujuan menguji tahap penguasaan murid terhadap topik yang
diajar. Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru dan lakukan aktivit
pemulihan untuknya. Manakala murid yang cemerlang akan diberikan
aktiviti pengayaan untuk mengukuhan lagi penguasaan murid dalam
topik ini.
2. Perancangan Cara Mengumpul Data
a) Kaedah Ujian bertulis - Ujian Pra
Cara pelaksanaan :
I. Guru akan menyediakan satu set soalan ujian pra kepada murid berkenaan
topik pencemaran alam sekitar untuk menguji tahap penguasaan murid.
II. Guru mengagihkan soalan ujian pra kepada murid untuk menjalankan
pengujian.
III. Guru akan menjalankan analisis dan interprestasi ke atas skema soalan murid
supaya faham dengan masalah pembelajaran murid dalam kelas.
b) Kaedah Pemerhatian
Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Cara pelaksanaan:
10
I. Guru menjalankan P&P inkuiri penemuan di dalam kelas.
II. Setiap pergerakan dan tingkah laku murid dicatatkan dalam senarai semak.
III. Guru menjalankan analisis tentang kesesuaian kaedah inkuiri penemuan
berdasarkan senarai semak.
c) Kaedah Soal Selidik
Satu sampel kumpulan soalan yang digunakan untuk mendapatkan maklum
balas tentang sesuatu perkara. Digunakan untuk menguji keminatan murid dan
keberkesanan aktiviti P&P dalam kelas :
Cara pelaksanaan:
I. Selepas pengajaran, guru meminta setiap murid mengisi boring soal selidik
yang diagihkan oleh guru.
II. Setiap murid dalam kelas bebas membuat penilaian mereka tanpa paksaan dari
guru supaya data yang diperolehi mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
III. Guru menjalankan penilaian dan pentaksiran ke atas boring soal selidik dengan
menggunakan perisian komputer (SPSS).
d) Kaedah Ujian Bertulis - Ujian Pasca
Selepas beberapa hari temubual, satu lagi ujian bertulis (ujian pasca) diberikan
kepada murid untuk menguji keberkesanan pengajaran kaedah P&P inkuiri penemuan
terhadap topik yang sama iaitu pencemaran alam sekitar. Murid diberikan masa yang
cukup seperti ujian pra untuk menjawab soalan berdasarkan pemahaman mereka.
Markah peratusan akan dikumpulkan murid akan dikumpulan untuk tujuan
menganalisis data.
Cara pelaksanaan:
I. Satu set ujian bertulis akan dibina dan digunakan untuk menguji tahap
pemahaman murid selepas pengajaran topik pencemaran alam sekitar.
II. Guru menjalankan analisis ke atas keputusan ujian pasca dan membandingkan
keputusan prestasi ujian pra sebelum kaedah inkuiri penemuan .
III. Berdasarkan prestasi murid, guru membuat kesimpulan ke atas keberkesanan
kaedah P&P guru.
3. Perancangan Cara Menganalisis Data
11
a) Analisis Ujian Bertulis – Ujian Pra
Langkah-langkah menganalisis dan menginteprestasi data ujian pra:
I. Selepas tanda semua set soalan ujian pra murid, markah peratusan mesti
susun mengikut turutan untuk kerja menganalisis data.
II. Segala permarkahan akan mengikut peratusan dan dimasukkan ke dalam
perisian kumputer (SPSS) untuk menjalankan kerja menganalisis data.
III. Satu graf taburan min akan dihasilkan dan guru harus menjalankan interprestasi
data ke atas taburan tersebut supaya pastikan kesan pengaruh P&P lama ke
atas cara pembelajaran murid.
IV. Seterusnya, guru perlu menjalankan analisis ke atas JSU soalan untuk mencari
masalah pembelajaran murid yang dihadapi. Bilangan kekerapan kesalahan
yang dilakukan oleh murid ke atas satu soalan yang sama merupakan masalah
pembelajaran yang biasa dihadapi oleh murid dan soalan itu merupakan kes
persoalan yang boleh disiasat semasa sesi perbincangan nanti.
b) Analisis Pemerhatian
Langkah-langkah menganalisis dan menginteprestasi data kaedah pemerhatian:
I. Guru menjalankan analisis ke atas senarai semak dan menjumlahkan senarai
soalan yang menunjukkan sikap positif dan negatif murid semasa P&P.
II. Berdasarkan bilangan kekerapan menganalisiskan sama ada murid minat
dengan kaedah P&P inkuiri penemuan ataupun sebaliknya.
III. Guru menganalisiskan senarai semak sekali lagi untuk membuat reflaksi
mengubahsuai kaedah P&P supaya bersesuaian dengan minat murid pada sesi
pengajaran yang seterusnya pada masa depan.
c) Analisis Soal Selidik
Langkah-langkah menganalisis dan menginteprestasi data ujian pra:
I. Guru memberikan borang soal selidik sebaik sahaja waktu pembelajaran sains
tamat.
II. Selepas murid memberikan maklum balas dan mengisi boring soal selidik, maka
borang dikutip dan sedia menjalankan kerja-kerja menganalisis data.
III. Pilihan murid dimasukkan ke dalam perisian komputer (SPSS) mengikut soalan
untuk menjalankan penyusunan dan pemprosesan data.
12
IV. Taburan min dan sisihan piawai akan terbentuk mengikut setiap soalan dalam
soal selidik dan guru menjalankan kerja menginteprestasikan data.
V. Guru memastikan item atau soalan yang mempunyai min yang tinggi dan
sisihan piawai yang rendah. Jika keseluruhan menunjukkan keputusan ayng
baik, maka aktiviti P&P dalam kelas ada berkesanan dan diminati oleh murid.
VI. Guru menginteprestasikan sekali data untuk mengenalpasti soalan yang
mempunyai min yang rendah dan melakukan reflaksi mengubahsuai aktiviti
P&P mengikut keminatan murid dalam kelas.
d) Analisis Ujian Bertulis – Ujian Pasca
Langkah-langkah menganalisis dan menginteprestasi data ujian pasca:
I. Selepas tanda semua set soalan ujian pasca, markah peratusan mesti susun
mengikut turutan untuk kerja menganalisis data seterusnya.
II. Segala permarkahan akan mengikut peratusan dan dimasukkan ke dalam
perisian kumputer (SPSS) untuk menjalankan kerja menganalisis data.
III. Satu graf taburan min akan dihasilkan dan guru harus menjalankan interprestasi
data ke atas taburan tersebut supaya pastikan kesan pengaruh P&P inkuiri
penemuan ke atas cara pembelajaran murid.
IV. Guru membuat perbandingan keputusan ujian pra (sebelum P&P inkuiri) dan
keputusan ujian pasca (selepas P&P inkuiri) secar kasar dan secara terpelinci
untuk melihat kesesuaian dan keberkesanan kedua-dua kaedah untuk
memudahkan pemilihan P&P yang bersesuaian dengan cara pembelajaran
murid zaman sekarang.
V. Seterusnya, guru perlu menjalankan analisis ke atas JSU soalan bagi ujian
pasca untuk mencari masalah pembelajaran murid yang dihadapi. Bilangan
kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh murid ke atas satu soalan yang sama
merupakan masalah pembelajaran yang biasa dihadapi oleh murid dan soalan
itu merupakan persoalan yang boleh disiasat semasa P&P pada masa yang
akan datang.
13
7.0 Jadual Pelaksanaan & Anggaran Kos Kajian :
Bagi usaha untuk menjamin kualiti kerja saya, saya menyediakan satu
jadual pelaksanaan untuk kajian saya ini.
Bulan Jan 2014 Feb 2014 Mac 2014Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 121.) Ujian pra2.)Pemerhatian di kelas3.)menganalisis senarai semak4.)Menjalankan soal selidik5.) Menganalisis dan Menginteprestasi Data soal selidik6.) Menyedikan semula soalan ujian pos7.) Ujian pos bermula8.) Menganalisis dan menginterprestasi data ujian pos9.) Membuat dan kaji Semula kaedah P&P10.) Refleksi
11.) BibiografiJadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
Anggaran kos kajian
BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS1. Kertas A4 1 rim RM 10.00 RM 10.002. Printer Cartridge 1 unit RM 50.00 RM 50.003. Fotostat bahan dan Fail pengurusan RM 20.00 Jumlah=RM80.00
14
8.0 Rujukan / Bibiografi
Adrianus Nasar. (2011). Pendekatan inkuiri penemuan dalam pengajaran Sains.
Retrieved from http://wwwpojokfisikauniflor.blogspot.com/2011/02/pendekatan-
inkuiri-dalam-pembelajaran.html
Azura yeob. (2013). Pendekatan inkuiri penemuan dan kemahiran proses sains.
Retrieved from http://cikguzurasksr.blogspot.com/2013/04/pendekatan-inkuiri-
penemuan.html
Fatimah Bte Hishamuddin. (2013). Teori Konstuktivisme dan Pendekatan Inkuiri.
Retrieved from http://eprints.utm.my/26230/1/Teori%20Konstuktivisme%20dan
%20Pendekatan%20Inkuiri.pdf
Norkhairulnisama. (2013). Metodologi .Retrieved from
http://www.efka.utm.my/thesis/images/4MASTER/2004/3JGP/Part1/NORKHAIR
ULNISAMA031042D03TT3A.doc
Liew Yin Fen. (2005). Kajian Peninjauan Keberkesanan Pusat Kitar Semula di
Johor Bahru Tengah. Retrieved from
http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2005/4JKAS/Part1/liewyinfen00073
0d05ttt.pdf
15