Isu Dan Cabaran Pendidikan SemasaKonsep Isu Dan Cabaran PendidikanKamus dewan (2007)
Isu : perkara pokok / persoalan yang dibincangkan.
Cabaran : sesuatu unsur / faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama melalui pendidikan berkualiti.
Pendidikan yang berkualiti usaha dan pemangkin untuk membangunkan generasi alaf baharu.
2 cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional
(1997) :
a) Ledakan ilmu yang berbentuk global
b) Masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani.
Integrasi Nasional Merupakan 1 proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama.
Jawatankuasa1 proses dinamik untuk merapatkan masyarakat Malaysia
Integrasi Nasionalyang berbilang kaum.(Semenanjung Malaysia dengan Sabah
(Jun,1991)dan Sarawak)
Bertujuan membentuk 1 bangsa Malaysia mempunyai
identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara.
Faktor keperluanPenerangan
1) Akibat keretakan integrasi nasional Masalah konflik kaum 13 Mei 1969
Peristiwa Kampung Medan 12 Mac 2001
Prasangka, amalan diskriminasi dan sikap prejudis
Kurang semangat patriotisme
Fahaman politik yang melampau
Peranan media massa mensensasikan isu-isu perpaduan
2) Ketidakpuasaanhati Sumbangan dalam pembangunan negara Sabah dan
Sarawak (kaya dengan sumber asli)
Pembangunan Sabah dan Sarawak ke terbelakang
Tindakan kerajaan membantu kaum Bumiputera dalam sosioekonomi diskriminasi oleh kaum-kaum lain
3) Perbezaanbudaya dan agama Kurang pendedahan terhadap aspek kehidupan masyarakat
di wilayah-wilayah tertentu.
Salah faham
Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain
Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang
Mengamalkan cara hidup tradisi yang berkait rapat dengan alam semula jadi
4) Kedudukangeografi Terletak terlalu jauh dari pusat pentadbiran
Sabah dan Sarawak terpisah dengan Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan
Halangan-halanganintegrasi nasionalPenerangan
1) Perbezaan budaya dan agama Kumpulan etnik agama dan kebudayaan yang berlainan
Kaum adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza
Kurang mengenali dan memahami
Hanya menganggap mereka sahaja yang terbaik
2) DasarpenjajahanBritishoDasar pecah dan perintah menjarakkan kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan British
o Interaksi antara kaum terbatas
o Lahir sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyattempatan yang berbilang etnik.
3) Sistem pendidikan,prasekolahan dan bahasa yang berlainanLaporan Razak (1956) tidak wujud 1 sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu
Sekolah dan kurikulum berlainan
Jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan Menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat
Mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warganegara yang beridentitikan 1 negara
4) Amalanekonomi yang berlainan Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan
mendiami kawasan yang berlainan
Mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang
Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis ras
Mengakibatkan perpaduan negara terancam
5) Perbezaanpolitik mengikut bangsa, kaum dan etnik memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka
setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja
Parti-parti politik pelbagai isu sensitif (bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan) sehingga memburukkan
masalah perpaduan
PIPP Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membina negara bangsa kini dijadikan teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Pembinaan Negara Bangsa melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, harmoni, dan cinta akan negara,
Pembinaan Negara Bangsa dalam konteks PIPP adalah untuk menyokong hasrat negara bagi memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia yang dapat memenuhi keperluan negara.
Melalui pendidikan, pembinaan negara bangsa bermatlamat untuk melahirkan murid yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.
Dalam PIPP, Teras Membina Negara Bangsa memberi fokus kepada 4 perkara utama :
1) Memperkasa Bahasa Kebangsaan
2) Memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional
3) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bahasa
4) Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekataan Islam Hadhari
Dasar Pelajaran Kebangsaan Untuk memupuk integrasi nasional dalam kalangan murid di sekolah.
Antara pelaksanaan yang dijalankan :
a) Sukatan pelajaranAlice Chee 3
b) Buku teks
c) Peperiksaan
d) Pakaian seragam
e) Sistem latihan guru
f) Bahasa pengantar yang sama
Pupuk integrasi nasional melalui dasar pelajaran :
i) Sistem pendidikan kebangsaan
ii) Agenda memperkasa Sekolah Kebangsaan iii) Penerapan nilai
iv) Mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan v) Aktiviti kurikulum dan kokurikulum
vi) Konsep Sekolah Wawasan
ancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk integrasi nasional dalam kalangan rakyat di negara ini.
Rancangan Malaysia ketiga :
i) penggunaan bahasa Melayu sebagai pengantar utama ii) pembentukan keperibadian
iii) pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama
iv) penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak (akhir tahun 1960-an sistem pendidikan)
Usaha yang dijalankan oleh KPM untuk memastikan matlamat perpaduan kaum dan
integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan :
a) Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan kurikulum kebangsaan (semua jenis sekolah dan sistem penilaian / peperiksaan yang seragam)
b) Menjadi agenda memperkasa SK teras dasar pelaksanaan RMKe-9 bagi
merealisasikan matlamat menjadikan SK sebagai tempat memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang akademik dan bukan akademik
c) Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada 2003 di peringkat SK dan SMK memberi kesedaran kepada para murid tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat patriotik, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum
d) Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara
sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian e) Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan :
pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional.
penempatan 2 / 3 jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas.
Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang kepada murid pelbagai kaum
bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti.
6 buah Sekolah Wawasan yang aktif beroperasi Perak (2), Kedah, Pulau
Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
f)Melaksanakan aktiviti bagi menerapkan semangat patriotik secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum :
Perhimpunan mingguan perbarisan, menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu
Kebangsaan serta lagu patriotik.
Sambutan Bulan Kemerdekaan (SBK) aktiviti bahasa dan budaya (deklamasi sajak, pidato, syair dan nyanyian)
Memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional, KPM melalui PIPP telah memberi
fokus kepada Teras Membina Negara Bangsa dengan menggariskan :
a) 4 strategi
b) 16 pelan tindakan memantapkan perpaduan dan integrasi nasional c) 39 aktiviti
Pelaksanaan aktiviti :
Alice Chee 4Pengurusan sekolah harian
Bahagian teknologi pendidikan
Bahagian buku perpaduan negara & Integriti Nasional (JPNIN)
Jabatan Penerangan Malaysia
Institut Integriti Malaysia
DalamPIPP, program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
menyemai semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid sekolah.
Program RIMUP :
i) Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/2005 : Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) KP (BS-DSR) 8787/008/2 (21) 23 Disember 2005 ii) Buku Panduan RIMUP (2005) Bahagian Sekolah
iii) Modul Aktiviti RIMUP (2007) Bahagian Sekolah a) Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik
b) Modul aktiviti kesukanan dan permainan c) Modul aktiviti kokurikulum
d) Modul aktiviti khidmat dan masyarakat
e) Modul aktiviti meningkatkan patriotisme
Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah menengah dengan kerjasama Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000)
Program RIMUP :
i)semangat muhibah akan diwujudkan secara sedar dan terancang melalui aktiviti yang membolehkan murid pelbagai kaum di sekolah mencapai persefahaman dan toleransi
ii)berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan aktiviti secara bersama-sama
iii) e-Integrasi
iv) pemeriksaan Program RIMUP- Jemaah Nazir Sekolah untuk mengenal pasti sama ada pengurusan, perancangan, pemantauan, dan penilaian Program RIMUP dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan
KPMMemperkasa Bahasa Melayu Bahasa Pengantar Utama, Bahasa Ilmu, dan Bahasa
Bahasa Perpaduan
Bahasa Melayu : Bahasa rasmi Fasal 152 Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
Bahasa kebangsaan bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen dengan syarat bahawa :
i)Tiada sesiapa pun boleh dilarang / ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar / belajar, apa-apa bahasa lain
ii)Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh Hak Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan
Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978) [Akta 213] dan diperluas melalui Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995 [Akta A930] :
a) Untuk membina dan memperkaya Bahasa Kebangsaan
b) Memperkembangkan bakat sastera, mencetak dan menerbitkan bahasa bacaan dalam Bahasa Kebangsaan
Alice Chee 5c) Menggalakkan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang betulTindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional
a) Sekolah Sebagai Alat Perpaduan
b) Sistempendidikan yang samao Dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaro Untuk membentuk 1 generasi baru yang mempunyai keperibadianMalaysia
oHak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya
c) PenggunaanBahasaMelayuo Sebagai bahasa ilmu yang lengkapo Sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangatkekitaan dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum
d) Pendedahankepada nilaioPerasaan kasih sayang, hormat-menghormati, bantu-membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, benci kekejaman, jujur, bertanggungjawab
oMelalui kokurikulum, murid dari setiap kaum digalakkan bercampur-gaul dan menceburkan diri ketika menjalani aktiviti- aktiviti di sekolah.
e) Seminar /Forumo Berkaitan dengan Perlembagaan Malaysiao Menganjurkan pertandingan / peraduan menulis esei
f) Kelab RukunNegarao Menyebarkan maklumat dan kefahaman tentang Rukun Negara.o Mengupas pengetahuan Rukun Negara melalui aktiviti ceramah,syarahan dan bahas.
o Mengadakan kempen Cintai Warisan Bangsa dan Negara.
o Memperbanyakkan program berkonsepkan patriotisme melaluiaktiviti kokurikulum yang dijalankannya.
g) Kem Motivasi, ceramah dan gotong-royong
h) Amalan Ziarah dan Meraikan Perayaan bersama-sama
i) Pertandingan menulis esei adat resam suku kaum
j) Mendokumentasikan kehidupan suku kaum dalam penerbitan bahan bacaan
k) Adat resam masyarakat Malaysia
l) Pendemokrasian Pendidikan
m) Sekolah dapat kemudahanyang samaoAgar semua kaum menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan (bersekolah di bandar / di luar bandar mempunyai reka bangunan yang sama)
o Alat-alat yang dibekalkan (kerusi, meja, almari)- seragam
n) Sekolah satu aliran
o) Semua dapat hak yang sama
p) Sekolah Wawasan, kongsi kemudahan
Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional
i)Program permuafakatan masyarakat Melalui program ilmiah : ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, makan beradab, gotong-royong,majlis perkahwinan.
Pihak yang terlibat : masyarakat setempat, ahli PIBG dan pihak pengurusan sekolah sendiri.
ii) Hari Keluargadan SukanRakyat Melibatkan seluruh ahli masyarakat setempat, Kelab Rukun
Tetangga dan RELA kawasan.
Dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas.
Dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.
Alice Chee 6
iii) AcaraKebudayaan danKesenian Permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan
setiap kaum di Malaysia.
Dapat berhibur, memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.
Dapat mengenali kebudayaan masyarakat dari kaum yang berlainan.
iv) Majlis SambutanHari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali JKKK & NGO mengaturkan program yang melibatkan seluruh
warga masyarakat.
Beraneka jenis makanan yang dihidang dapat dinikmati bersama.
Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan.
dapat membentuk kasih sayang serta memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.
v) PenyertaandalamKokurikulum Semua murid diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam.
Mendedahkan situasi yang berlainan dan beragam.
Terdapat peraturan dan disiplin tertentu dalam program.
vi) Sambutan BulanPatriotisme danKemerdekaanDitubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan persatuan-persatuan murid.
Melibatkan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi Kerajaan, dan Badan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Acara : ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah, asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma dadah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan kemerdekaan.
Dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cinta kehidupan bersatu padu demi kestabilan negara.
vii) Lawatan danZiarah diPeringkatSekolah Program lawatan : tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya,
Melaka Bandar raya Bersejarah, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak yatim dan miskin, penjara, rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti.
Acara : perbincangan, gotong-royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat.
Kesan : memberi kesedaran kepada murid pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.
viii) PerkhemahanBina Insan bagiMurid Sekolah Acara : ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah.
Mendapat maklumat dan kemahiran baharu.
Dapat merasai keindahan alam Malaysia serta menikmati kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.
Objektif menjalankan semua aktiviti :1. Meningkatkan kefahaman murid mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat
Malaysia.
2. Menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum.
3. Menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum.
4. Menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim
antara murid berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.
Sekolah Wawasan1) Kabinet 1997 :
menggabungkan 3 sekolah berlainan aliran dalam 1 kompleks.
Berkongsi kemudahan : padang dan kantin.
Membolehkan murid berinteraksi serta berkomunikasi antara 1 sama lain dengan bahasa kebangsaan.
2) Tujuan : mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum di
Malaysia.
3) Peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan dengan memperkasa bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan, dan integrasi nasional serta memupuk kecintaan terhadap seni dan warisan dan budaya
Konsep 1 Malaysia Membawa aspirasi dan harapan untuk mengeratkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat.
Membina sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap keamanan dan kekitaan dalam
kalangan rakyat Malaysia.Nilai asas (semangat perpaduan)
perasaan hormat-menghormati
keikhlasan
sikap saling mempercayai antara kaum
8 Nilai Murni
1) BudayaKecemerlangan perlu dilaksanakan sepanjang masa demi mencapai tahap prestasi yang berkualiti di persada dunia.
2) Ketabahan menghadapi perubahan, isu dan cabaran bagi mengharungi
kejayaan.
3) Rendah Hati merendah diri - masih ada kekuatan dalaman dan pendirian
yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
4) Penerimaan menerima apa jua perkara yang baik.
mendapat persetujuan secara bersama demi membina sebuah negara bangsa.
5) Kesetiaan kesetiaan kepada raja dan negara.
membina kepercayaan dan menjalin ikatan antara kaum.
6) Meritokrasi memberi peluang setiap individu yang layak serta memenuhi
syarat berhak dipilih.
menekankan persaingan terbuka kepada semua rakyat untuk merebut peluang yang diberi.
7) Pendidikan berpengetahuan dan menanamkan nilai-nilai murni yang dapat menyatupadukan semua kaum
dapat menyatupadukan semua kaum dan berinteraksi dalam
aliran yang berbeza
8) Integrasi Menaruh kepercayaan terhadap kepimpinan negara.
Semua lapisan masyarakat daripada pucuk pemimpin sehingga rakyat jelata tanpa mengira kedudukan.
Pendemokrasian Pendidikan Penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dan kualiti hidup mereka.
Ialah pendidikan untuk semua.
Konsep demokrasi proses pemilihan pemimpin untuk membentuk kerajaan yang memerintah dan suatu bentuk amalan dan cara hidup bermasyarakat
Pendidikan untuk semua memberi peluang kepada semua individu untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.
Kepentingan dasar
Pendidikan wajib peringkat asasi) Dasar untuk sekolah vernakular (Sek. Cina dan Tamil)
ii) Pendidikan selama 13 tahun iii) Sekolah teknikal
iv) Sekolah asrama penuh
v) Sekolah pendidikan khas(pelajar berkeperluan khas)
vi) Sekolah swasta
vii) Sekolah Agama Islam
PendidikanJarak Jauh(PJJ) Pendidikan peringkat tinggi
Pendidikan sepanjang hayat
SekolahKurang Murid Tidak ketinggalan di kawasan terpencil
Penduduk yang tinggal di pedalaman
Menjurus ke arah konsep pendidikan untuk semua
Cabaran untuk merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan
1) Sistem Pendidikan Yang Berkualiti kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang, status sosioekonomi, lokasi dan etnik selain ekuiti.
a) Pelbagai program pembangunan pendidikan :
i) Rancangan Lima Tahun
ii) Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP)
b) Pelbagai projek penyediaan infrastruktur pendidikan dilaksanakan dalam tempoh:
i) Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) 2001-2005
ii) Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001-
2010
iii) Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) 2006-2010
Untuk meningkatkan aksesibiliti, ekuiti dan kualiti pendidikan yang menjurus ke arah pelaksanaan dasar pendemokrasian pendidikan.
2) MenyediakanInfrastrukturYangMencukupi DanLengkap untuk menangani masalah kesesakan bilik darjah (bandar)
menambah bilangan bilik darjah
membina lebih banyak sekolah untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat
3) MerangkumiKemudahan- Kemudahan Asas Dan Sumber Tenaga Sekolah kemudahan-kemudahan asas : bilangan darjah, buku teks, pusat
sumber
sumber tenaga : bilangan guru siswazah dan bukan siswazah
dalam proses pensiswazah guru sekolah rendah agar dapat meningkatkan kualiti pendidikan.
4) ProgramPembangunanPendidikan Berbentuk program sokongan :
a) Skim bantuan pendidikan b) Skim pinjaman buku teks
c) Rancangan makanan tambahan d) Skim baucar tuisyen
Bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan tahap pembelajaran mereka.
5) PenubuhanPusat KegiatanGuru Guru boleh berinteraksi antara 1 sama lain dalam mengenal pasti
kelemahan-kelemahan dalam pengajaran.
Berkongsi idea untuk mengatasinya.
6) Sikap Guru Adil terhadap semua pelajar dari segi penggunaan bahan
pengajaran.
Cara berkumpulan untuk penglibatan gender dalam aktiviti.
Melayan semua pelajar dengan sama rata tanpa mengira gender.
Tonggak Pendidikan United Nations Education, Scientific and CulturalOrganisasi(UNESCO)belajar untuk me enguasai kemahiranTonggak PendidkanUNESCObelajar untuk menja moni dan bekerjasama1) Belajar untukmenguasai ilmu Manusia belajar untuk memahami dunia sekeliling
dapat memperkembangkan kemahiran kerjayanya
berkomunikasi dengan orang lain
implikasi belajar bagaimana untuk belajar dengan memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan untuk berfikir seseorang.
Guru menguasai cara penyampaian berkesan.
Guru mengikut trend perubahan dalam ledakan maklumat dan mengemas kini pengetahuan.
2) Belajar untuk menguasai kemahiran Pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran- kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan kelak.
Murid sebagai agen perubahan.
menguasai nilai-nilai peribadi (kemahiran-kemahiran insaniah / interpersonal), pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pekerjaan.
Kemahiran termasuklah kemahiran berkomunikasi, berpasukan dan menyelesaikan masalah.
Membentuk kompetensi peribadi pelajar berasaskan suatu gagasan pengetahuan teoretikal dan praktikal serta digabungkan dengan kemahiran-kemahiran dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan, inovatif dan berpasukan.
3) Belajar untuk menjadi insanberguna Pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan estetika.
Berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupannya.
Kurikulum mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara dan
kemajuan sejagat.
4) Belajar untuk harmoni danbekerjasamao Tanpa mengira bangsa dan latar belakango Menjalinkan hubungan baik antara 1 sama laino Rakyat dapat hidup aman damai dan berharmoni dalam negarayang berbilang kaum dan silang budaya.oCabaran : setiap individu / 1 kelompok sentiasa berasa mereka lebih berkuasa / lebih berupaya sehingga mempunyai syak wasangka terhadap orang / kumpulan lain.
oMerancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan penglibatan semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan kaum.
oGuru perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar dan memberi peluang pelajar bergaul dan memahami budaya rakan- rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum/ budaya.
o Murid melibatkan diri dalam projek kolaboratif dalam aktiviti sukan /
budaya.
oAktiviti di tempat-tempat yang mundur dan luar bandar untuk membantu orang yang serba kekurangan, serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perikemanusiaan (tempat berlakunya bencana alam)
oGuru merancang program amal / aktiviti dalam gerak kokurikulum menjalankan kerja-kerja amal/ komuniti di luar bandar dan di kawasan orang asli
ountuk memahami cara hidup mereka dan membantu golongan lebih miskin.
Globalisasi Dalam PendidikanImpak globalisasi dalam pendidikan:1) Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
2) Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar.
3) Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.
4) Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan intitusi swasta.
5) Kepentingan pengajaran sains dan teknologi.
6) Pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.
7) Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
8) Pembudayaan teknologi.
9) Penyediaan peluang pendidikan.
10) Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara.
11) Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi batasan untuk berkhidmat di mana-mana negara.
12) Transformasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.
13) wujud persaingan sihat dalam institusi pengajian pendidikan.
o untuk meningkatkan mutu pendidikan dan hasilkan reka cipta inovatif
14) pembelajaran sepanjang hayat berlaku tanpa mengira masa, tempat dam pelajar
pendidikan secara akses kendiri mengikut kadar masing-masing dan terarah kendiri.
15) Perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran dari aliran tenaga buruh dari luar negara
Tugas guru dalam menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan memenuhi hasrat
Wawasan 2020:
1. Latih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.
2. Pelajar diberi peluang berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mencipta inovasi.
Dalam masa yang sama, guru harus meningkatkan amalan profesionalisme selain mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus perkembangan.
Seiring dengan globalisasi transformasi kurikulum perlu berlaku untuk memenuhi kehendak tempatan dan global.
1.6 KEPELBAGAIAN BUDAYA Budaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turun-temurun.
Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum.
Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama.
Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
Antara langkah pembinaan negara bangsa:
i. Penghayatan prinsip Rukun Negara.
ii. Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral.
iii. Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
iv. Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di sekolah menengah.
Contoh situasi bagaimana guru dapat menangani cabaran kepelbagaian budaya serta mewujudkan situasi bilik darjah mesra budaya:
1) Guru tahu secara mendalam mengenai budaya murid
a) Lawatan
b) jemputan ke rumah
2) Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar i)Berbincang
ii) berkongsi ilmu3) Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik.
topik pakaian tradisional
4) Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain
program sekolah anak angkat
berkomunikasi : e-mel, bertukar berita, foto dan projekAgama
Bahasa
Adat resam
Perbincangan
Simulasi
Aspek padi(semangat)
Mantera
Animise
Jantina
Nilai kepercayaan
Main peranan
Lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah
Kajian kes
Penyelesaian masalah kes
1.7 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) :
alat untuk penyebaran maklumat pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya.
Contoh : audio, video dan dokumen daripada Internet, bahan rujukan
Perkembangan teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mencapai satu tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat di dalam kehidupan manusia. Antara faedah yang boleh diperoleh daripada TMK ialah:
i. Menganalisis data
ii. mewujudkan situasi untuk pelajar mengalami kehidupan sebenar (simulasi
/maya)
iii. membolehkan komunikasi tanpa sempadaniv. Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
v.Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.
vi. Memperkembangkan kemahiran aras tinggi seperti kolaborasi di mana-mana
sahaja tanpa mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah.
vii. Pemerolehan maklumat berguna secara perpustakaan maya membantu pendidik dalam berkongsi bahan pengajaran dan pembelajaran Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran.
Cabaran guru atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.
1.8 GEJALA SOSIAL24 jenis gejala sosial Amaludin dan Khadijah (2006)10) merokok
11) menyamun
12) menonton video lucah
13) lari dari rumah
14) putus cinta
15) mencuri
16) minum arak
17) hubungan luar nikah
18) mengambil pil khayal1) menyimpan gambar lucah
2) pecah rumah
3) memeras ugut
4) menagih dadah
5) merogol
6) maksiat
7) bercerai
8) jenayah bunuh
9) makan rasuah
SikapPelajar
PengaruhMediaMassa Iklim Bilik Darjah
Cara Mendidik Anak-anak
Faktor Penyebab Gejala Sosial
Ponteng
Sekolah
Sikap Ibu Bapa
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Sikap Agresif
Merosakkan Harta Benda Sekolaho Antara tugas guru ialah:
i. Gunakan pelbagai strategi dalam bilik darjahii. Meningkatkan penglibatan kaunseling di peringkat sekolah
kaunseling kelompok
kaunseling individu
penubuhan pembimbing rakan sebayaiii. Guru sebagai pembimbing
mengatasi masalah sosial murid
iv. Menerapkan nilai murni dalam program anjuran sekolah
kem motivasi
pembinaan berpasukan
aktiviti amal jariah
aktiviti sukan dan permainan/ unit berunitform
Penguatkuasaan undang-undang : polis dan pihak pentadbir
Sekiranya masalah berlanjutan, penglibatan pihak berkuasa seperti pihak polis
haruslah diutamakan.
Pihak pentadbir sekolah pula haruslah merujuk masalah ini kepada pihak polis dan bukannya menyembunyikannya. (imej dan nama baik sekolah)
Kerjasama pihak sekolah dan pihak polis dapat mengekang daripada gejala sosial terus berleluasa.
Bab 2 Guru dan Perundangan2.1 PERATURAN DAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB Guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993 (Pindaan 2002).
Guru akan sentiasa berkelakuan baik dan bertata tertib mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Guru akan bertindak dengan perlakuan yang melambangkan profesionalisme keguruan.
Guru mengamalkan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.
Peraturan Kelakuan Tataterbit adalah 1 bentuk kawalan atas semua penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi.
Matlamat tatatertib adalah seperti:
1) Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab.
2) Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri.
3) Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.
4) Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.
Undang-Undang Untuk Penjawat Awam / Peraaturan-Peraturan Pegawai AwamKelakuan dan Tatatertib1993 (pindaan 2002)
Peraturan mengenai
tatakelakuan (code of conducts) serta
larangan / kesalahan khusus
Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib
Prosedur dan tindakan tatatertib
Hukuman tatatertib
Peruntukan pelbagai yangberkaitan
2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum Tatakelakuan (code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D Perintah Am.
Antara peraturan tersebut (Warta Kerajaan P.U (A) 395 Pindaan 2002) ialah:
Peraturan 4(1)1) Sentiasa memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.
2) Ditegah bersubahat dengan musuh Negara.
3) Ditegah membocorkan rahsia Negara.
4) Ditegah memperkecil dasar serta tindakan kerajaan.
5) Ditegah berlakon dalam filem yang memburukkan Negara.Peraturan 4(2)1) Tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi.
2) Tidak boleh berkelakuan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan awam.
3) Tidak boleh menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.
4) Menjaga nama baik profesion.
5) Perlu cekap dan sentiasa berusaha menyelesaikan tugas.
6) Jujur, amanah dan bertanggungjawab.
7) Tidak boleh menggunakan pengaruh untuk memberi tekanan dalam menyokong sebarang tuntutan untuk diri sendiri atau orang lain.
8) Melaksanakan apa yang disuruh dan tidak cuai dalam melaksanakan tugas.
2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh DibuatDengan KebenaranPeraturan 4A (Gangguan Seksual) Tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain.
Gangguan seksual adalah:
1) Segala keadaan yang akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau tergugat.
2) Tidak terhad kepada perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja.
3) Termasuk kepada perbuatan menyatakan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada atau di hadapan orang.
4) tidak kira sama ada lisan, bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain.
Peraturan 5 (Pekerjaan Luar) Tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan pekerjaan luar.
Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja luar.
Bagaimanapun dibolehkan dengan kebenaran ketua jabatan.(Guru Besar/ Pengetua) Ketua jabatan boleh tidak membenarkan jika:
1) Dalam waktu pejabat / semasa menjalankan tugas rasmi
2) Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam.3) Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.Peraturan 23 (Ketidakhadiran Tanpa Cuti) Bermaksud seorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi.
Guru dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti.
Peraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain Yang Berkaitan)1) Guru perlu mematuhi etika pakaian.
2) Dilarang menggunakan apa jenis dadah kecuali yang dipreskripsikan oleh pengamal perubatan. (Akta Perubatan 1971)
3) Guru tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi.
4) Guru perlu membuat pengisytiharan harta setiap lima tahun sekali.
5) Guru dilarang terlibat dengan perhutangan yang serius
6) tidak boleh meminjamkan wang kepada pihak lain dengan mengenakan faedah atau cagaran lain.
7) Guru dilarang membuat pernyataan awam secara lisan atau bertulis berhubung dengan dasar, rancangan dan keputusan kerajaan.
8) Guru tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan politik. Perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
2.1.3 Tindakan Tatatertib Guru hendaklah mematuhi peraturan yang termaktub dalam undang-undang dan perlanggaran akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.
Satu jawatankuasa akan dibentuk tidak kurang daripada dua anggota dan anggota jawatankuasa penyiasat adalah mereka yang menjawat jawatan lebih tinggi daripada mereka yang disiasat.
4) TurunGajii) gaji turun secara mendatar
ii) tidak melebihi tiga pergerakan gaji
iii) tempoh hukuman tidak kurang daripada dua belas bulan dan tidak lebih tiga puluh enam bulan
5) Turun pangkat dijalankan oleh pihak berkuasa tatatertib
2.2 AKTA PENDIDIKAN 1996 Akta pendidikan merupakan satu bentuk perundangan yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi Wawasan 2020.
Maklumat berkaitan Akta Pendidikan 1996 :
1) Menegaskan ilmu merupakan penentu utama arah tuju negara dan penyelamat
bangsa.2) Merupakan satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu.
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961
bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.
Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta
Pelajaran 1961.
Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
Peraturan
Pendidikan
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Pengajaran Agama Selain Agama Islam
Pengajaran
Agama Islam
Kandungan Akta Pendidikan
1996
Pendidikan
Khas
Kurikulum Kebangsaan Untuk Semua Sekolah
Sekolah
Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar
Utama
Sistem Pendidikan KebangsaanSistem Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan prasekolah
Pendidikan rendah
Pendidikan menengah
Pendidikan lepas menengah
Pendidikan tinggi
Umur 4 - 6
5 - 6 tahun
Menengah rendah
Menengah tinggi
diploma /
ijazah
3 tahun
Kebolehan dan bakat
SekolahSekolah KebangsaanSekolah Jenis Kebangsaan.
Sekolah rendah kerajaan/ sekolah rendah bantuan kerajaan
Murid berumur 6-12 tahun
a) Bahasa Kebangsaan : bahasa pengantar
b) Bahasa Inggeris : mata pelajaran wajib
c) Bahasa Cina dan Tamil : diajar jika ada permintaan ibu bapa Sekolah rendah kerajaan/ sekolah rendah bantuan kerajaan
Murid berumur 6-12 tahun
a) Bahasa Cina / Tamil : Bahasa pengantar b) Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Inggeris : mata pelajaran wajib
Program Pendidikan KhasPengajaran AgamaIslamPengajaran Agama SelainAgama Islam
untuk murid yang memerlukan pendidikan khas
tempoh pembelajaran tidak boleh kurang daripada
tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah. diajar sekiranya terdapat 5 atau lebih murid yang beragama Islam. dibenarkan
murid harus mendapat persetujuan ibu bapa secara bertulis.
Peruntukan itu tidak boleh dibiayai oleh kerajaan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasapengantar utamaKurikulum Kebangsaan untuk SemuaSekolah
digunakan dalam semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana institusi lain yang dikecualikan.
Jika bahasa pengantar di sebuah institusi bukan bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan mata pelajaran wajib. Ditetapkan murid akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai pada akhir tempoh persekolahan masing- masing.
2.2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan2.2.2 Implikasi Akta Pendidikan 1996 Ke Atas Sistem Pendidikan Malaysia1) FPK menjadi landasan akta.
2) Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh.
3) Kurikulum diselaraskan.
4) Peperiksaan yang sama.
5) Pendidikan Islam dan prasekolah diperluas.
6) Mutu pendidikan prasekolah dipertingkatkan.
7) Pendidikan teknik dipertingkatkan ke sekolah menengah.
8) Pendidikan guru diperkukuh.
9) Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih sistematik.
10) Pendidikan khas diberi tumpuan.
11) Mengambil kira kepentingan pendidikan semua kaum.
Bab 3 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid3.1 GANGGUAN EMOSIKamus Dewan
(2007)
Emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya.
Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:1) Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
2) Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
3) Sukar berhubung dengan orang lain.
4) Mempunyai dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.
Achmanto Mendatu (2007)
gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas.
Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang dapat dijelmakan dalam bentuk kecemasan :
Gangguan kecemasan mencakupi antara lainnya :
a) gangguan panik (panic disorder)
b) fobia sosial (social phobia)
c) gangguan kecemasan umum
Orang yang fobia akan mengalami satu keadaan di mana dirinya akan memasuki situasi yang menakutkan dan kemudian akan digambarkan dengan kecemasan.3.1.1 Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid Guru bertanggungjawab membantu murid yang mengalami gangguan emosi.
Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya:
i. Tidak berupaya berinteraksi secara formal dengan kanak-kanak lain.
Tingkah laku mereka lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap mereka.
ii.Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.
3.1.2 Punca Gangguan EmosiMasalah ketidakfungsian otak
Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif
FaktorGangguan emosiPengaruh rakan sebaya dan persekitaran
Mempunyai kemahiran sosial yang rendah
Pemakanan
Tidak mempunyai keyakinan diri
3.1.3 Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid1)Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
2) Diberi bimbingan kerjaya.
3)Mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
4)Modifikasi tingkah laku yang sesuai.
5)Didedahkan dengan pengurusan emosi.
6)Peraturan bilik darjah yang bersesuaian.
7)Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.
3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK3.2.1 Latar Belakang Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989.Memberikan perlindungan kepada kanak- kanak
Pengabaian Penderaan Eksploitasi
Jaminan kanak- kanak mendapat haknya
Secara logiknya, mengapa hal ini perlu?
1) Tidak ada perundangan dalam beberapa buah negara.
2) Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.
3) Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa.
4) Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi.
Prinsip-prinsip konvensyen:
1. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.
2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.
3. Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.
4. Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat.
Perlaksanaan Konvensyen: Perkembangan ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa
Bersatu.
UNICEF yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati dan pandangan mereka.
Konvensyen Hak Kanak-kanak ini telah:
1) Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.
2) Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka.
3) Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
4) Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
5) Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
6) Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.
Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak Kanak-Kanak:1. Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
2. Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada diskriminasi.
3. Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child).
Hak Kanak-Kanak:Hak kehidupanHak penyertaan
Hak Kanak- kanak
Hak perlindungan
Hak perkembanganHak kanak- kanakDefinisi
1) Hak kehidupani)Memastikan keperluan asas merangkumi : Makanan, tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan
ii) Hak untuk hidup
iii) Hak untuk mendapat standard kesihatan dan perubatan yang tinggi
2) Hak perlindunganPerlindungan dari segi:
a) Diskriminasi, penderaan dan pengabaian b) Kanak-kanak tiada keluarga
c) Kanak-kanak pelarian
d) Penderitaan seksual, fizikal, eksploitasi e) Penyalahgunaan dadah
3)Hak perkembangani) Pendidikan formal atau tidak formal ii) Persekitaran yang selamat
iii) Peluang untuk turut serta dalam aktiviti sosial, ekonomi, keagamaan, dan politik
iv) Kemudahan
v) Kebebasan daripada diskriminasi
4) Hak penyertaana) Berjumpa dengan kanak-kanak lain untuk berkawan b) Menyertai kelab/ persatuan
c) Memberikan pandangan mereka
d) Mengiktiraf kanak-kanak sebagai individu berhak untuk berkembang secara mental, fizikal, dan sosial
3.2.2 Hak Kanak-kanak Di Malaysia Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen dalam komitmen kepada perlindungan kanak-kanak di negara ini seperti berikut:
1) Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak pada 19 Mac 1995 .
2) Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4
Ogos 1995.3) Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.
Di Malaysia, beberapa bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi
Kanak-kanak iaitu:
Akta pelindungan Kanak- kanak 1991 (Akta 468)Akta Taman Asuhan Kanak- kanak 1984 (Akta 308)Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)
Berkaitan dengan pemuliharaan dan
pelindungan kanak-kanak
Diperuntukkan untuk pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan
kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke
bawah
Memastikan kebajikan dan masa depan anak angkat terjamin
Akta Kanak-kanak 2001 (Pindahan 2002)
Memastikan perlindungan, pemulihan, dan pembangunan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak
3.2.3 Usaha-usaha Dalam Melindungi Kanak-kanakBab 4 Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru4.1 STRESKamus Dewan(2007)
stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.
kata lain
stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku4.1.2 Jenis-Jenis Stres5 jenis stres yang dialami oleh guru (Cockburn ,1996)1. Stres here or now
situasi yang wujud pada sesuatu masa atau ketika.
Contoh: guru berada dalam situasi peperiksaan.
2. Stresanticipation guru akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa yang
dijangkakan.
Contoh: setiap hujung semeter, sekolah akan mengadakan hari ibu bapa bertemu guru.
3.Stresimaginative individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri dan menakutkan dalam sesuatu situasi.
Contoh: berfikir didatangi pencuri.
4. Stres reactive stres yang wujud daripada peristiwa lampau. Contoh: berasa sedih akibat kematian seseorang.
5. Stres negative sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau tahun. Contoh: tidak cukup wang.
Punca-Punca Dan Tanda-Tanda Stres Dalam Kalangan GuruPunca-Punca Stres Pada masa sekarang, guru mempunyai tugas-tugas lain yang mencabar selain daripada mengajar.
Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru mengalami stres.
Menurut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
(NUTP),FaktorStresTekanan olehibu bapa pelajar Beban tugas
Prospek kenaikan pangkat
Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak adil
Keinginan untuk mengajar
Infrastruktur dan lokasi sekolah
Tanda-Tanda Simptom StresStres boleh dikenal pasti berdasarkan simptom-simptom yang dipaparkan oleh perilaku seperti:
1) Masalah ingatan.
2) Kurang beri tumpuan.
3) Membuat penilaian tidak tepat.
4) Sakit sendi, cirit birit atau sembelit.
Langkah-Langkah Menangani Stres
5) Sakit kepala, pening.
6) Makan lebih atau kurang.
7) Tidur lebih atau kurang.
8) Suka menyendiri dan sebagainya.
Terdapat beberapa langkah yang boleh menjauhkan dan mengelakkan seorang guru daripada stres:
1) Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam kehidupan peribadi atau profesional
(asertif).2) Mengelakkan individu yang boleh menyebabkan menghadapi stres.
3) Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja.
4) Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai.
5) Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum.
6) Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.
4.2 BURNOUT GURU Istilah teacher burnout digunakan pertama kali oleh ahli psikologi Freudenberger
(Wood,2000).
Bournout merujuk kepada kehilangan minat oleh pekerja terhadap orang-orang yang berkerja dengannya (Maslach,1976; Seidman & Zager, 1837, dlm Aeria, 1995).
4.2.2 Tanda-Tanda Burnout1) Setiap hari perasaan bagaikan kelesuan menusuk jiwa, sentiasa berdepan dengan rintangan yang sukar ditangani.
2) Tanggungjawab tugas profesional dianggap usaha yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
3) Prestasi dan hubungan interpersonal merosot di tempat kerja dan rumah.
4.2.3 Perbezaan Antara Stres dan BurnoutStresBurnout
Dicirikan dengan penglibatan keterlaluan.
Menghasilkan cemas dan hiperaktif.
Kehilangan tenaga.
Mengakibatkan kegelisahan.
Kecederaan secara fizikal.
Mungkin boleh menyebabkan maut terlalu awal. Cirikan dengan pelepasan daripada melibatkan diri.
Menghasilkan ketidakupayaan dan
berputus asa.
Kemerosotan motivasi dan harapan.
Mengakibatkan pengasingan dan kemurungan.
Terhiris perasaan seperti hidup tidak bermakna.
4.2.4 Punca-punca Burnout GuruBurnout boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:
a) Gaya hidup
b) Personaliti guru c) Tekanan kerja
d) Kurang pengiktirafan atas tugas yang baik
4.2.6 Langkah-langkah Menangani BurnoutMencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, adalah lebih baik burnout ini dicegah dengan segera setelah dikenal pasti. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
a) Latihan atau sesi pengenduran untuk peserta meregangkan badan. b) Membuat meditasi
c) Membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal. d) Bengkel pengurusan masa.
e) Program permentoran untuk guru novis.
f) Bengkel pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional. g) Latihan pemakanan.
h) Menambah baik keadaan bekerja.
Secara kesimpulannya, guru perlu meningkatkan kecerdaan emosi untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gelaja burnout dan dalam masa yang sama mewujudkan suasana kerja yang kondusif,
4.2.5 Tanda-tanda dan simptom BurnoutBurnout merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur dalam suatu tempoh yang panjang. Tanda-tanda awal dan simptom burnout akan wujud dan menjadi lebih ketara jika tidak dikesan dengan cepat.
Bab 5 Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan5.1 INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN5.1.1 Konsep Inovasi Ronger E miller (1971)- idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang..
Spencer (1994)- sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang individu.
5.1.2 Inovasi Dalam Pendidikan Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran:
a) Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
b) Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat.
Kecenderungan dalam pembelajaran menghasilkan pemikiran baharu dalam pengajaran.
Antaranya ialah:
a) Apa yang diajar tidak serupa dengan apa yang dipelajari.
b) Pengajaran dan pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolaboratif dalam kumpulan yang pelbagai.
c) Isi pelajaran berbentuk rentasan kurikulum dan berbentuk pengajaran berpasukan.
d) Isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsi di luar waktu belajar dan kursus. e) Pengajar berperanan sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran.
f) Pembelajaran berlaku hasil maklum balas rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam
pembelajaran.
g) Penaksiran pembelajaran adalah kompleks dan berbentuk pelbagai aras, melibatkan penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan sumatif.
Inovasi pendidikan ialah hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan.
Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk:
a. Pengenalan teknologi baharu.b. Perubahan dalam sistem penyampaian.c. Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti.5.2 STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF5.2.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)- Suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan.
- Berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang ada tempoh masa dalam 1-2 minggu.
- Projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah)
- Ciri2 PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mp, berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasakan prestasi.
Langkah-langkah melaksanakan PBP-Tugasan (mengemukakan permasalahan, cipta objek dan cipta suatu cara baharu)
-Menganalisis masalah (bincang bagi kenal pasti masalah)
-Meneroka masalah (menyiasat masalah secara bersama setelah mengumpul maklumat
-Membuat perkaitan(pelajar berkumpul semula, bincang masalah yang dihadapi, buat rumusan, perbandingan dengan permasalahan baru yang serupa)
-Membuat refleksi(pelajar buat refleksi tentang proses pembelajaran dan perbincangan
Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan PBP-membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka.
-belajar teknik pengurusan yang mutakhir.
-menggunakan alat pengukuran informal untuk menaksir pembelajaran pelajar
-mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran bukannya penerokaan jawapan dan pertandingan.
5.2.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)Objektif PBM Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:
1) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
2) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
3) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
4) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif (Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)
Ciri-ciri PBM Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn,
Alice Chee 261980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:
i.Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah
a) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian
b) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri c) Pensyarah sebagai pembimbing,
d) Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.
ii.Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:
a) Pembahagian Kumpulan- Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.
b) Mengenalpasti Masalah- Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.
c) Menjana Idea- Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.
d) Isu Pelajaran- Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
Pembelajaran Kendiri- Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.
a) Sintesis dan Aplikasi- Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.
b) Refleksi dan Tindak Balas- Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.
Proses Menyelesaikan Masalah Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:
a) Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya
b) Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat
Alice Chee 27yang diberi dengan penyelesaian
c) Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah
d) Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan. (Widad Othman, et al, 2003)
Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
a) Mengenalpasti Masalah- Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat.
b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data- Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain- lain. Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah,perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003).
c) Membuat Keputusan- Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.
d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik- Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif yang terbaik.
Alice Chee 28e) Melaksanakan Keputusan- Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.
Kelebihan PBM Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu.
Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).
5.2.3 Pembelajaran Elektronik (e-learning)Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan pelajar menghasilkan pengalaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan baru
Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik-mengikut kadar kendiri pelajar
-boleh dicapai oleh ramai pelajar
-boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet
-memenuhi pelbagai gaya pembelajaran
5.2.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang1) Merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalam penyampaian P&P.
2) Terdapat 7 fungsi penting laman sesawang dalam pembelajaran (pengumuman berdasarkan masa sebenar, teks, html, spread sheet, video, pautan luaran, buku gred, laman diskusi, kuiz automatik.
Alice Chee 29
5.3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran1) Menggunakan medium persembahan penyampaian seperti slaid, audio dan tayangan video
2) Penggunaan sumber internet dalam pengajaran
3) Penggunaan email, papan maklumat, blog dan portal mewujudkan komunikasi antara penyampai dengan penerima
4) Menyenaraikan laman sesawang dan e-jurnal dalam senarai bacaan seperti perpustakaan maya
5) Memasukkan database dan dataset dalam pengajaran
6) Menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian dalam bilik darjah.
Persekitaran Bilik Darjah Maya (virtual Learning) Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan
pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada peringkat kolej@universiti Kawalan terhadap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal
pembelajaran
Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.
Pelajar perlu berdaftar.
Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan
hubungan sosial dengan pengguna.
Alice Chee 30 Perkembangan pesat internet boleh membawa perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisian sosial untuk tujuan pembelajaran.
5.3.1 Reka Bentuk Resos Teknologi e-pembelajaran membuka laluan pengajaran dan pembelajaran secara maya
(melalui internet) dengan mudah dan pantas.
Guru dan pelajar dapat berinteraksi tanpa perlu bersemuka melalui teknologi berinovatif ini.
Perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT:
e-buku- Ialah buku dalam bentuk elektronik, memuatkan kandungan yang sama dengan buku dalam bentuk cetakm, mempunyai ciri-ciri tambahan iaitu terdapat pautan, fungsi carian, fungsi highlighting dan bahagian mengambil nota.
e-majalah- Majalah dalam bentuk elektronik, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan majalah bercetak tetapi disertakan fungsi-fungsi elektronik seperti e-buku, mudah dicapai melalui internet untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa, guru dapat membimbing(scaffold) dengan menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah pembelajaran atau memberi fokus kepada aspek-aspek penting.
e-portfolio- Satu alat interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran pelajar, artifak, catatan interkasi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar lain, sejauh mana perkembangan pembelajaran termuat dalam e-portfolio, hal ini memudahkan guru memantau dan membimbing pelajar mengikut keperluan.
blog dan forum- Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam talian, membolehkan pelajar berkongsi pengalaman dan pandangan, melalui blog dan forum, pelajar introvert dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan diri, kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan.
Senarai teknologi boleh digunakan: Personal digital assistants (PDA) MP3
CD-ROM
Web 2.0 tools Laman sesawang/web
5.4 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN5.4.1 Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)Pelajar hari ini dikenali generasi internet. Perkembangan teknologi mempengaruhi sistem pendidikan seluruh dunia. PLE ini terbahagi kepada 2 iaitu: Persekitaran pembelajaran personal (PLE) dan Persekitaran bilik darjah maya (vitual classroom).
PLE PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment
Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian contoh perisian ialah youtube, facebook, flickers, skype
Interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial
Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya
Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat
PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment
Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
5.5 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Alice Chee 31 Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
1. aktiviti menghurai,
2. mengumpul,
3. merekod,
4. memberi skor dan,
5. menginterpretasi
Penilaian formatif : Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Penilaian sumatif : Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang p dengan p lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.
Tujuan Penaksiran1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian1) Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
2) sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
3) merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Tujuan Penilaian Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap
pembelajaran.
Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan
pengajaran mereka.
Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan
segera memperbaikinya.
Jenis Penaksiran Penaksiran pembelajaran
Penaksiran prestasi
Penaksiran berasaskan portfolio
Penaksiran kendiri
Penaksiran berasaskan komputer
BAB 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN6.1 Kepentingan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Jurang meningkat apabila perubahan dalam pendidikan adalah lembap berbanding perubahan yang pantas berlaku dalam kehidupan masyarakat.
Hal ini berlaku disebabkan kebanyakan institusi pendidikan bergantung pada pelan perancangan yang telah lama dan lapuk serta tidak relevan lagi dengan kepantasan
perubahan dalam kehidupan masyarakat.
Para pendidik perlu lebih kreatif dan inovatif serta mengembangkan dimensi baharu dalam pengajaran.
Inovasi berlaku dalam teknologi terkini, perubahan dalam sistem dan prosedur bekerja lagi menjimatkan tenaga, masa, dan kos tetapi pada waktu yang sama mampu
meningkatkan produktiviti.
Perubahan pendidikan akan berlaku dari semasa ke semasa bergantung pada sesebuah negara dan kerajaan yang memerintah di samping menyesuaikan keadaan dengan agenda dunia pada peringkat antarabangsa.
Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan memandangkan melalui penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan dan daripada dapatan tersebut tindakan penambahbaikan perlu dilakukan.
Rakyat Malaysia perlu mampu bersaing dalam pelbagai sektor dan mencipta pelbagai inovasi terkini agar tidak ketinggalan.
6.2 STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN Amanda Credaro (2006) Pengurusan perubahan : aktiviti utama dalam memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai.
Pelaksanaannya : tindakan secara praktikal / proses fizikal dalam penghasilan dan penggunaan inovasi.
Pengurusan inovasi dan perubahan dalam pendidikan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama seperti rakyat di negara maju yang lain, tetapi sebaliknya memiliki peribadi mulia, menjunjung budaya bangsa dan negara.
6.2.1 Strategi PerubahanI. Strategi PerubahanoPihak atasan guna autoriti formal & kawalan untuk paksa sasaran berubah.
oGanjaran (laporan prestasi cemerlang yang iringi dengan
hadiah) atau hukuman
oContoh : kerajaan mengenakan sistem kad perakam waktu
kepada kakitangan
oMemastikan kakitangan berdisiplin dan menepati waktu bekerja.
II. Strategi Pujukan Memerlukan kemahiran interpersonal, logik & kebijaksanaan bagi meyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang
dibawa.
Ketua / agen perubahan memiliki ilmu dan mahir dalam perubahan yang hendak disampaikan serta kelebihan dalam mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang dirancang dapat diterima oleh fikiran waras mereka.
Contoh : membudayakan penggunaan TMK (guru dan murid).Agen perubahan mempengaruhi kumpulan sasaran dalam
membudayakan penggunaan TMK.
III. StrategiPendidikan Semula Guna maklumat baru yang disediakan oleh agen perubahan &
serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.
Agen perubahan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan refleksi merenung tindakan-tindakan tersebut menemukan kejayaan dan mengenal pasti kekurangan yang ada.
Pusat latihan guru akan menyemak semula kurikulum latihan yang telah disediakan dan daripada semakan tersebut maka tahap pencapaian, kekurangan yang ada dan bahagian- bahagian yang perlu dikenal pasti untuk penambahbaikan.
IV. Strategi PemudahCara Sasaran tentukan rancangan yang dipilih
Agen perubahan hantar sumber yang diperlukan (barangan &
khidmat teknikal).
Tindakan ini untuk memastikan tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang telah dirancang.
Contoh : guru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk kemahiran mengarang, maka pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan tersebut.
6.2.2 Pembinaan Negara Bangsa (PNB) PNB bermaksud proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah.
Prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu dipertahankan dalam masa yang panjang.
iv. Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing & berdaya tahan.
Pembangunan material dan fizikal menjanjikan keharmonian dan kesejahteraan sejati, akan mengundang pelbagai gejala sosial dan mengancam keselamatan masyarakat serta mengikis nilai budaya bangsa.
Pembinaan modal insan merangkumi proses yang lengkap dalam membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya asing dan berdaya tahan.
6.2.3 Pengurusan Pendidikan Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara.
Aspek dalam pendidikan merangkumi1) Kepimpinan a) Pemimpin memimpin
menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli.
b) Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan
c) Penubuhan jawatankuasa pelaksana / pasukan bertindak
Pemilihan Ahli Jawatankuasa mengambil kira :i) Pengalaman
ii) keupayaan dan kebolehan iii) kesungguhan setiap ahli
d) Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat.
Sentiasa mengikut perkembangan dan tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh pasukan bertindak melalui perjumpaan ahli
e) Mengutamakan elemen kemanusiaan.
2) PengurusanBilik Darjah Yang KondusifPendekatan berpusatkan muridKemudahan pengajaran dan pembelajaran
Guru perlu memilih pendekatan yang lebih sesuai dengan kehendak semasa.
Ruang pembelajaran yang kondusif :
a) Ruang memberi peluang kepada murid untuk menyatakan pendapat, memilih aktiviti sesuai dengan minat mereka.
b) Ruang yang membenarkan
murid mencuba dan meraih pengalaman.
Main :
a) Suatu pendekatan yang
mendorong murid mencipta suatu pengalaman bermakna.
b) Mendorong murid mengenali diri sendiri dan mengenal pasti kelebihan dan bakat yang ada di dalam diri mereka.
c) Perkembangan personaliti, pemupukan kemahiran intrapersona dan interpersonal, perkembangan sosioemosi dapat dikembangkan.
Pendekatan lain:
i) Inkuiri penemuan
ii) pembelajaran berasaskan projek iii) pembelajaran berasaskan main iv) pembelajaran berasaskan
budaya
mendorong murid mencapai aras berfikir yang tinggi. Kemudahan
pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan dan ditambah malahan kemudahan yang disediakan perlu mampu memenuhi kepelbagaian bakat dan kecerdasan murid.
Melibatkan sumber pembelajaran seperti buku, alat bantu belajar, komputer serta peralatan menulis, membaca dan melukis.
Kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak berkeperluan khas tidak patut diabaikan.
Golongan ini mempunyai potensi diri yang besar yang dapat memanfaatkan negara.
Pelbagai latar belakang dan sosiobudaya murid diambil kira dalam menyediakan kemudahan pembelajaran murid.
Alice Chee 36
3) LandskapmaklumatPerkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) pihak sekolah mengemaskinikan sistem maklumat dan komunikasi dalam memastikan warga sekolah (guru / murid) memperoleh maklumat terkini.
Murid memerlukan maklumat dan data terkini untuk menambah pengetahuan pada peringkat global.
Pusat sumberPeranan guru
Merupakan pusat pencarian maklumat.
Pusat literasi teknologi maklumat.
Kepelbagaian sumber dan bahan bacaan dalam bentuk :
a) e-buku
b) e-perpustakaan c) e-kandungan
d) e-jurnal
sumber terkini yang memerlukan kemahiran dalam pencarian maklumat.
Belajar memperoleh kemahiran mengakses maklumat, membuat penelitian bahan, memahami bahan dan memilih dan memproses bahan. Wajar menguasai kemahiran TMK dalam memastikan murid sentiasa mengikuti perkembangan dalam perubahan.
6.2.4 Transformasi Dalam Kurikulum Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah.
Banathy(1992) Perubahan dalam sesuatu sistem pendidikan memerlukan pengetahuan &
pemahaman yang mendalam tentang hubung kait antara semua bahagian dalam pendidikan.
Jenlink et al.(1996) Pihak yang membawa perubahan perlu membantu komuniti membangunkan visi mereka dalam sistem pendidikan yang ideal, mendorong stakeholder berperanan dalam berkongsi visi pendidikan serta melibatkan semua pihak agar berminat dan turut serta terhadap visi baharu dan dibawa.
Agen perubahan perlu bantu komuniti bangunkan visi dalam sistem pendidikan yang
ideal & melibatkan semua pihak agar berminat dengan visi baru.
Transformasi dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran &
perubahan semasa.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membawa elemen terkini bagi memastikan kurikulum tersebut penuhi keperluan semasa.
20101988KurikulumStandard
1983
KurikulumKurikulum
Bersepadu
SekolahPrasekolah Kebangasaa n (KSPK)
Bersepadu
Sekolah
RendahMenengah
(KBSM)
(KBSR)
6.2.5 Sekolah Bestari Sekolah Bestari ialah pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar
kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid.
Penubuhan Sekolah Bestari merupakan kesinambungan daripada penubuhan Multimedia
Super Corridor (MSC).
Semua murid diberi peluang belajar mengikut keperluan, kebolehan dan pengalaman masing-masing.
Sekolah bestari melibatkan polisi, sistem pengurusan Sekolah Bestari, sumber manusia yang mencakupi sikap dan kemahiran, pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam perisian (Bahagian Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Guru diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini.
K
n
nhiran mbing
Bahagian Pendidikan Guru melatih guru melalui Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)
Kursus Bestari (4 Minggu).
Guru didedahkan dengan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pendekatan kepada Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).
Ciri-cirinya ialah:
1) Murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan & gaya pembelajaran sendiri.
2) Guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan &
kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid.
3) Persekitaran sekolah kondusif untuk pembelajaran kendiri.
4) Penaksiran berterusan.
5) Guru Besar sebagai pemimpin pendidikan & disokong oleh tenaga pengajar yang profesional & berkaliber.
6) Ibu bapa & komuniti sokong pendidikan bestari. (aktiviti lawatan sambil belajar)
6.2.6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)1) Piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran & penjawat awam
2) NKRA yang ke-3: Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti & Berkemampuan.4)iktiraf pengetua & guru besar cemerlang
1) perluas & mantapkan pendidikan prasekolah4 sub-NKRA
3)wujudkan sekolah berprestasi tinggi
2)tingkatkan kadar literasi &
numerasi
4 sub-NKRA diperjelaskan :
i.Pendidikan yang be