Download - Musnid Dunya Syeikh Yasin Al-fadani
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
128
SYEIKH MUHAMMAD YASIN AL-FADANI (1916 – 1990) DAN KETOKOHANNYA DALAM
ILMU RIWAAAAYAH AL-HHHHADIIIITH
Oleh :
Mohd. Khafidz bin Soroni
Mohd. Norzi bin Nasir
ABSTRAK
Di kalangan ilmuan hadis yang langka dari alam Melayu pada abad
ke-20 dahulu, ialah Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani yang berasal
daripada Padang, Indonesia tetapi beliau menghabiskan
keseluruhan hayatnya di Hijjaz, Arab Saudi. Namanya cukup dikenal
pada zamannya sebagai pemegang sanad hadis tertinggi dan
penyimpan hampir keseluruhan sanad-sanad keilmuan yang
diwarisi oleh generasi zamannya. Gambaran kegigihan dan
keilmuan beliau menghimpun jalur-jalur pelbagai sanad ini cukup
jika dikatakan bahawa jumlah guru-gurunya sahaja mencecah kira-
kira 700 orang, suatu angka yang nadir didengar pada masa kini.
Malah karya-karya beliau mengenainya sahaja berjumlah lebih
kurang 70 buah buku. Justeru, artikel ini akan cuba memaparkan
dan membentangkan ketokohan beliau secara khusus dari sudut
ilmu riwayah al-hadith.
Pendahuluan
Meneladani dan mengetahui visualisasi sebenar kehidupan dan keperibadian ulama hadis
merupakan tuntutan dalam usaha melahirkan generasi qur’ani dan sunni ke arah meniti
kegemilangan ummah pada masa hadapan. Ulama hadis merupakan golongan yang
memiliki tingkat kepercayaan yang paling tinggi dalam meyakini manhaj Rasulullah s.a.w,
berjalan di atas manhaj atau jalan yang ditempuh oleh para sahabat Rasulullah s.a.w, para
tabi‘in dan tabi‘ al-tabi‘in. Mereka juga merupakan kader-kader yang tetap di atas perkara
yang asas dalam agama dan cabangnya sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t
kepada Rasul-Nya, berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah
kalian semua kepada tali Allah (al-Qur’an) dan janganlah berpecah-belah”1. Melalui mereka
hadis Rasulullah s.a.w terus dipelihara, dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia dan
semua gerak kerja yang dilakukan oleh mereka adalah demi mempertahankan hadis
Rasulullah s.a.w daripada diganggu-gugat oleh musuh-musuh Islam. Meskipun Alam
Melayu agak kurang dikenali keterlibatannya dalam lapangan hadis di persada
antarabangsa, namun tidak bermakna ia tidak memberikan sumbangan sama sekali
terhadap kelangsungan disiplin ilmu tersebut. Di kalangan barisan ilmuan hadis yang
langka dari Alam Melayu pada abad ke-20 dahulu, ialah Syeikh Muhammad Yasin al-
1 al-Quran, Ali‘Imran 3:103.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
129
Fadani, atau panggilan Melayunya ‘Syeikh Yasin Padang’ yang berasal daripada Padang,
Sumatera, Indonesia.
Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani (1916 – 1990 M/1335 – 1410 H)
1. Biografi Ringkas
Nama penuh beliau ialah ‘Alam al-Din, Abu al-Fayd, Muhammad Yasin bin Muhammad ‘Isa
bin Udik al-Fadani al-Makki al-Syafi‘i. Al-Fadani adalah nisbah kepada daerah Padang,
Indonesia, kerana keluarganya berasal daripada sana. Beliau dilahirkan di al-Masfalah,
Mekah al-Mukarramah pada tahun 1335H/ 1916M. Syeikh Yasin Al-Fadani mendapat
pendidikan awal di Mekah daripada bapanya Syeikh Muhammad ‘Isa al-Fadani dan belajar
al-Qur’an dengan bapa saudaranya Syeikh Mahmud. Dalam usia yang sangat awal, al-
Fadani menghafaz berbagai-bagai matan asas bagi ilmu-ilmu Islam, kemudian beliau
menyambung pelajarannya di Madrasah al-Saulatiyyah pada tahun 1346H.2
Beliau merupakan kalangan ulama besar yang pernah mendapat pendidikan di Madrasah
Saulatiyyah. Beliau merupakan pencetus idea penubuhan Madrasah Dar al-‘Ulum sekaligus
menjadi murid pertama madrasah itu. Antara sebab tercetusnya idea untuk
membangunkan Madrasah tersebut disebabkan tindakan dan perlakuan mudir Madrasah
Saulatiyyah yang gemar menyinggung perasaan pelajar yang kebanyakan mereka ketika itu
dari Asia Tenggara. Hal ini terbukti dengan berpindahnya 120 orang pelajar dari
Saulatiyyah ke Madrasah Dar al-‘Ulum yang baru didirikan. Situasi seumpama ini hampir
tidak pernah berlaku di madrasah-madrasah yang baru dibuka sebelumnya sehingga Dar
al-‘Ulum mendapat murid yang begitu ramai.3
2. Guru-Guru Al-Fadani
Al-Fadani meneruskan pengembaraan dalam menimba ilmu apabila mendapat peluang
belajar daripada beberapa ulama yang mengajar di Masjid al-Haram di Madrasah Dar al-
‘Ulum al-Diniyyah, Mekah sehingga tamat pada tahun 1353H. Syeikh Yasin al-Fadani
mempunyai bilangan guru yang sangat ramai, antaranya ialah Syeikh ‘Umar Hamdan al-
Mahrisi, Syeikh Muhammad ‘Ali bin Husain al-Maliki, Syeikh ‘Umar Ba-junaid, mufti
Syafi’iyyah Makkah, Syeikh Sa’id bin Muhammad al-Yamani, dan Syeikh Hassan al-Yamani.
Beliau juga menimba ilmu dari Syeikh Muhsin bin ‘Ali al-Mus.a.wa al-Falimbani (ulama
keturunan Palembang yang tinggal di Mekah), Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki al-Makki
(ayah Sayyid Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki al-Makki), Syeikh Hasan al-Masysyat, Syeikh
Ahmad al-Mukhallalati, Syeikh Muhammad al-‘Arabi al-Tabbani, Syeikh Muhammad Nur
2 Anas Ya’qub Kutubi, Lamahat min Hayat al-Syaykh Muhammad Yasin al-Fadani, dalam
Jaridah al-Madinah al-Munawwarah, Bil. 9567, bertarikh 10 Safar 1414H.
3 Solah Nawadi, Syeikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani,
http://solahnawadi.blogspot.com/2007/06/yasin-padang.html. Blog Taman Ulama,
http://tamanulama.blogspot.com/2008/05/syeikh-yasin-isa-al-fadani-dalam.html. Martin
van Bruinessen 1999, Kitab Kuning, Pesantren, dan Tarekat: Tradisi-Tradisi Islam di
Indonesia, cet. 3. Indonesia: Penerbit Mizan, hlm 36-37.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
130
Sayf, Syeikh Amin Kutubi al-Hasani, Syeikh Ibrahim al-Fatani, dan ulama-ulama
berpengaruh yang lain.
Manakala antara guru beliau di luar Mekah pula ialah Syeikh Ahmad bin Rafi‘ al-Tahtawi,
Syeikh Muhammad Ibrahim al-Samaluti, Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti‘i, Syeikh
Muhammad Hasanayn Makhluf, Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Syeikh Muhammad
al-Khidr Husayn, Syeikh Mahmud bin Muhammad al-Dumi, Syeikh Muhammad Anwar Shah
al-Kasymiri, Syeikh Asyraf ‘Ali al-Tahanawi, Syeikh Mufti Syafi‘ al-Deobandi, Syeikh Ahmad
al-Siddiq al-Ghumari, Syeikh ‘Abdullah al-Siddiq al-Ghumari, Syeikh ‘Abd al-Hayy al-
Kattani, dan ramai lagi, semoga Allah merahmati mereka semua.4
3. Murid-Murid Al-Fadani
Syeikh Yasin al-Fadani aktif mengajar dan memberi kuliah di Masjidil Haram dan Dar al-
‘Ulum al-Diniyyah, Mekah, terutama disiplin ilmu hadis. Setiap kali tiba bulan Ramadan,
beliau selalu membaca dan mengijazahkan salah satu di antara al-Kutub al-Sittah (enam
kitab utama hadis). Aktiviti pengajaran ini berlangsung lebih kurang hampir selama 20
tahun.5
Murid-murid Syeikh Yasin al-Fadani yang mengambil sanad dari beliau amat ramai
jumlahnya. Di antara mereka adalah al-Habib ‘Umar bin Muhammad (Yaman), Syeikh
Muhammad ‘Ali al-Sabuni (Syam), Dr. Muhammad Hasan al-Dimasyqi, Dr. ‘Ali Jum‘ah
(Mufti Mesir), Syeikh ‘Ismail Zayn al-Yamani, Syeikh Hasan Qatirji, H. M. Zaini Abdul Ghani
(Kalimantan), Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdul Rahman (Pondok Lubuk Tapah,
Kelantan), Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakar (Pondok Pasir Tumboh, Kelantan),
Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Maahad Az Zein, Bogor) dan
sebagainya.
Selain mengambil sanad hadis, ijazah am dan khas kebanyakan murid al-Fadani juga
diberi keizinan untuk mengajar di Dar al-‘Ulum. Antara mereka ialah H. Sayyid Hamid Al-
Kaff, Dr. Muslim Nasution, H. Ahmad Damanhuri, H. M. Yusuf Hasyim, H. M. Abrar Dahlan
dan Dr. Sayyid Agil Husain al-Munawwar dan Ustaz Sukarnawadi bin Husnuddu’at.6
4. Pujian Para Ulama Terhadap Syeikh Al-Fadani
Keilmuan dan kehebatan Syeikh Yasin al-Fadani mendapat pujian daripada para ulama.
Kebanyakan mereka memberikan sanjungan tinggi kepada beliau, bahkan ada yang
menggubah bait-bait syair untuk mengungkapkan kekaguman mereka terhadap beliau.
Syeikh Zakaria Abdullah Bila, rakan karib beliau dan pengasas Nahdah al-Watan, Syeikh M.
Zainuddin berkata, “Sewaktu saya mengajar Qawacid al-Fiqh di Saulatiyyah, saya seringkali
4 Lihat senarai kesemua mereka dalam: Muntadayat Rawd al-Rayyahin,
http://cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=23012 . 5 Anas Ya’qub Kutubi, Lamahat min Hayat al-Syaykh Muhammad Yasin al-Fadani, Bil. 9567.
6Solah Nawadi, Syeikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani,
http://solahnawadi.blogspot.com/2007/06/yasin-padang.html.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
131
mendapat kesulitan yang memaksa saya menyelak satu demi satu helaian kitab-kitab yang
besar untuk merungkai kesulitan tersebut. Namun setelah terbit kitab Al-Fawa’id al-
Janiyyah karangan Syeikh Yasin, segala kesukaran menjadi mudah semua, dan bebanan
dalam mengajar menjadi ringan”.7
Dr. ‘Abdul Wahhab Abu Sulaiman, pensyarah pengajian siswazah, Universiti Umm al-Qura
di dalam kitabnya al-Jawahir al-Thaminah fi Bayan Adillah cAlim al-Madinah berkata:
“Syeikh Yasin adalah seorang muhaddith, faqih, mudir Madrasah Dar al-‘Ulum, pengarang
banyak kitab dan salah seorang ulama Masjid al-Haram”.
Syeikh ‘Umar ‘Abdul Jabbar melalui pernyataannya dalam akhbar Al-Bilad (Jumaat, 24 Zul
Qaedah 1379H/1960M) berkata: “…Bahkan yang terbesar dari amal bakti Syeikh Yasin al-
Fadani adalah membuka madrasah puteri (al-banat) pada tahun 1362H meskipun
perjalanannya selalu menghadapi rintangan, namun beliau dapat mengatasinya dengan
penuh kesabaran dan ketabahan…”.
Al-Sayyid ‘Abdul Rahman bin Muhammad bin ‘Abdul Rahman al-Ahdal, salah seorang mufti
di Negara Yaman pernah membuat sebuah syair yang dikhususkan untuk memuji Syekh
Yasin Al-Fadani, dalam salah satu bait syairnya dia berkata:
يدوبعقد الفخار أنت الوح… أنت يف العلم واملعاين فريد
"Engkau tiada taranya dari segi ilmu dan ma`ani, di antara banyak kejayaan
yang dibangun orang, kaulah satu-satunya yang berjaya".
Dr. Yusuf ‘Abdul Razzaq, pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar, Mesir juga
memuji beliau melalui bait syairnya yang bermaksud: “Engkau di tengah kami orang
terpilih dari orang-orang terhormat, tak pernah mata melihat manusia seumpama
mereka.”
Dr. ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir sekarang dalam buku Hasyiah al-Imam al-Baijuri ‘ala Jawharah
al-Tawhid yang ditahqiqnya mengatakan bahawa beliau pernah menerima ijazah sanad
dari Yasin Al Fadani yang digelarnya sebagai Musnid al-Dunya. Al-Habib Saqqaf bin
Muhammad al-Saqqaf, seorang tokoh ulama dari Hadramaut (1373H) menceritakan
kekaguman beliau terhadap Syeikh Yasin, dan menjulukinya sebagai ‘Suyuti Zamanihi’.
Terdapat banyak lagi pujian para ulama lain terhadap keilmuan dan kehebatan Syeikh
Yasin al-Fadani.8
5. Karya-Karya Syeikh Yasin Al-Fadani
Al-Fadani termasuk dalam golongan ulama yang mempunyai hasil penerbitan yang begitu
banyak, ada yang berjilid-jilid dan ada yang hanya berupa risalah. Karya-karya tersebut
7 Solah Nawadi, Syeikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani. 8 Solah Nawadi, Syeikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
132
pula di dalam berbagai bidang ilmu. termasuk fiqh, balaghah, usul, falak, mantik dan
sebagainya. Antaranya ialah:
إحتاف اخلالن شرح حتفة اإلخوان يف علم البيان -١ الكوكب الساطع نظم مجع اجلوامع الالمع شرحإضاءة النور -٢ بلغة املشتاق يف علم االشتقاق -٣ بغية املشتاق شرح ملع الشيخ أيب إسحاق -٤ علم األصول تتميم الدخول إىل مدخل الوصول إىل -٥ تشنيف السمع خمتصر يف علم الوضع -٦ منظومة الزمزمي يف أصول التفسري تعليقات على شرح -٧ األصول قات على ملع أيب إسحاق الشريازي يفتعلي -٨ تقريب املسلك ملن أراد علم الفلك -٩
منظومة منازل القمر جىن الثمر شرح -١٠ للسيوطي حاشية على األشباه والنظائر يف فروع الفقه الشافعي -١١ حاشية على التلطف شرح التعرف يف أصول الفقه -١٢ علم الوضعحاشية على رسالة حجر زاده يف -١٣ بن عبد السالم حاشية على القواعد الكربى للعز -١٤ حسن الصياغة شرح كتاب دروس البالغة -١٥ شرح متوسط على مثرات الوسلية اخلميلة -١٦ الشافعي الدر النضيد حواش على كتاب التمهيد لإلسنوي يف أصول الفقه -١٧ واجلواب السؤال الرسالة البيانية يف علم البيان على طريقة -١٨ رسالة يف املنطق -١٩ املنتثرة يف املقوالت العشرة الرياض النضرة شرح نظم الآليل -٢٠ شرح على رسالة العضد يف الوضع -٢١ شرح على منظومة الزبد البن رسالن يف الفقه الشافعي -٢٢ الفوائد اجلميلة شرح كبري على مثرات الوسيلة -٢٣ حاشية على املواهب السنية على القواعد الفقهية الفوائد اجلنية -٢٤ األنور يف أمساء النجوم السماوية الكوكب -٢٥جيب املختصر املهذب يف استخراج األوقات -٢٦
والقبلة بالربع امل
هدواملناظرة لطاش كربي زا منهل اإلفادة حواش على رسالة آداب البحث -٢٧
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
133
الوصول صول وشرحه غايةنيل املأمول حاشية على لب األ -٢٨ املواهب اجلزيلة من أزهار اخلميلة على مثرات الوسيلة -٢٩
Karya-karyanya dalam bidang hadis akan diperincikan dalam bahagian kedua artikel ini.
6. Kewafatan
Syeikh Yasin wafat pada pagi hari Jumaat, 28 Zul Hijjah 1410H bersamaan 21 Julai 1990M,
dan dimakamkan selepas solat Juma’at di permakaman Ma‘la, Makkah.9
Sebagai kesimpulan, keperibadian tokoh hadis ini dilihat saling tidak tumpah seperti
visualisasi keperibadian Islam yang dianjurkan oleh baginda s.a.w. Kelahiran dan
kebangkitan para ulama hadis sepanjang zaman merupakan satu kurniaan luar biasa
daripada Allah s.w.t. Sumbangan tidak ternilai mereka berupa penyusunan pelbagai
kaedah dan metod dalam ilmu hadis telah dijadikan garis panduan dan digunakan secara
ilmiah untuk meneliti kesahihan sesebuah hadis.
Keahlian dan keilmuan al-Fadani dalam ilmu hadis merupakan hasil dari pemikiran dan
pemahaman yang mendalam merentasi pelbagai disiplin ilmunya dalam (Naqd al-Hadith,
al-Jarh, Ruwat al-hadith, cilal al-Hadith, Fiqh al-Hadith) dan bukan dari kejumudan
pemikiran dan pemahaman terhadap turath, ataupun hanya mendepankan pendapat
manusia semata-mata sebagai rujukan dan panduan dengan mengabaikan dua sumber
utama umat Islam iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Usaha yang disumbangkan oleh al-Fadani
dan para ulama lain melalui karya-karya agung mereka secara tidak langsung adalah bukti
kepada usaha mereka mempertahankan kredibiliti Rasulullah s.a.w sebagai penyampai
wahyu Allah melalui lidah, perbuatan dan pengakuan baginda.
Ketokohan Syeikh Yasin Al-Fadani Dalam Ilmu Riwaaaayah al-HHHHadiiiith
Ilmuan hadis Nusantara ini mempunyai kepakaran kelas pertama dalam bidang hadis,
selain bidang-bidang ilmu usul al-Hadith, usul al-Tafsir, fiqh, usul al-Fiqh dan ilmu falak.
Nama al-Fadani setanding dengan nama ulama hadis terkenal lain, seperti Syeikh Abu al-
Tayyib Syams al-Din al-‘Azim Abadi, pengarang kitab cAwn al-Ma‘bud dan Syeikh
Muhammad Khalil al-Saharanfuri, pengarang kitab Badhl al-Majhud. Kedua-duanya
9 Ramzi Dimasyqiyyah, 1997, Muqaddimah al-Fawa’id al-Janiyyah, Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr,
hlm 25, Fayad al-‘Absu, al-Syaykh Muhammad Yasin al-Fadani al-Makki (1916-1990), http://fayad-
.maktoobblog.com/, Muhammad ‘Ali Yamani, al-Syaykh Muhammad Yasin al-Fadani (1335-1410),
http://www.makkawi.com/Articles/show.aspx?Id=323, Yahya al-Ghawthani, Tarjamah
Mukhtasarah li Musnad al-cAsr al-Syaykh Muhammad Yasin al-Fadani, http://montada.gawthany.com/vb/showthread.php?t=20557&highlight=%C7%E1%DD%C7%CF%
C7%E4%ED.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
134
merupakan syarah kitab Sunan Abi Dawud yang tidak asing kepada guru-guru, para pelajar
dan seluruh pencinta ilmu yang membawa banyak barakah dalam bidang ini. Keluasan
ilmu yang dianugerahkan kepadanya dalam bidang hadis, terutama dalam pengkhususan
isnad dan musalsalat menjadikan beliau digelar sebagai Musnid al-cAsr (penyimpan sanad
pada zaman ini). Justeru, tidak hairan jika Syeikh al-Fadani pada masa hayatnya sering
menjadi buruan pencinta sanad hadis untuk mendapatkan silsilahnya yang lebih tinggi.10
1. Definisi Ilmu Riwayah al-HHHHadiiiith
Para ulama membahagikan pengajian ilmu hadis kepada dua bahagian, iaitu ilmu Riwayah
al-Hadith dan ilmu Dirayah al-Hadith.11 Terdapat beberapa takrifan yang diberikan oleh
mereka bagi kedua-dua jenis ilmu ini. Namun di sini secara rumusan, penulis memilih
takrifan Dr. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi kerana takrif tersebut lebih tepat.
Menurut beliau, ilmu Riwayah al-Hadith ialah ‘ilmu mengenai kaedah-kaedah yang dapat
diketahui dengannya hal keadaan perawi dan hadis yang diriwayatkan’.12 Manakala ilmu
Dirayah al-Hadith ialah ‘ilmu yang membahaskan tentang makna yang difahami daripada
lafaz-lafaz hadis, dan tentang maksud daripadanya, berdasarkan kaedah-kaedah bahasa
Arab dan batasan-batasan syar‘i, serta bersesuaian dengan hal ehwal Nabi s.a.w.’.13
Secara ringkas berdasarkan pentakrifan tersebut, ilmu Riwayah al-Hadith ialah ilmu yang
berkaitan dengan sanad dan matan hadis. Manakala ilmu Dirayah al-Hadith pula ialah ilmu
yang berkaitan dengan matan hadis semata-mata, iaitu secara khusus berkaitan tentang
fiqh/kefahaman teks hadis.14
10 Abdul Hayei Abdul Sukor, Muhammad Yassin Isa al-Fadani 1916–1990M/1335–1410H,
http://www.drhayei.com/2010/07/tokoh-islam.html. 11 Lihat contohnya : Muhammad Ibn Sacid ibn al-Akfani, 1994, Irsyad al-Qasid ila Asna al-
Maqasid, Jeddah: Dar al-Qiblah, hlm102. al-Imam Jalal al-Din cAbd al-Rahman al-Suyuti, 1993, Tadrib
al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi, tahqiq Syeikh cIrfan cAbd al-Qadir Hassunah, Beirut: Dar al-Fikr,
hlm 12-13. Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi, 1993, Qawacid al-Tahdith min Funun Mustalah al-
Hadith, tahqiq Muhammad Bahjah al-Baytar, Beirut: Dar al-Nafa’is, hlm 77. Haji Khalifah, 1992, Kasyf
al-Zunun can Asami al-Kutub wa al-Funun, Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Jil. 1, hlm 635. Siddiq
Hasan Khan al-Qinnawji, 1987, al-Hittah fi Dhikr al-Sihah al-Sittah, Beirut: Dar al-Jil, hlm 140.
12 Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, 2003, cUlum al-Hadith Asiluha wa Mu‘asiruha, Selangor: Dar al-Syakir, hlm 7.
13 Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi,cUlum al-Hadith Asiluha wa Mu‘asiruha, hlm 9.
14 Di antaranya ialah ilmu Mukhtalif al-Hadith (percanggahan antara hadis), ilmu Musykil al-
Hadith (kemusykilan pada hadis), ilmu Nasikh al-Hadith dan Mansukh al-Hadith (hadis yang
memansuh dan yang dimansuh), ilmu Gharib al-Hadith (kalimah-kalimah janggal dalam hadis), ilmu
Asbab wurud al-Hadith (sebab-sebab pengucapan hadis) dan ilmu al-Bucd al-Zamani wa al-Makani fi al-Hadith (kondisi masa dan tempat dalam hadis). [Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi,cUlum
al-Hadith Asiluha wa Mu‘asiruha, hlm 9].
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
135
2. Kewibawaan Al-Fadani Dalam Ilmu Hadis
Dalam bidang ilmu Riwayah al-Hadith, Syeikh Yasin Al-Fadani telah menghasilkan sekitar
70 buah karya yang akan dibincangkan di dalam tulisan ini. Manakala dalam ilmu Dirayah
al-Hadith pula, beliau telah menghasilkan beberapa buah kitab yang sebahagiannya agak
besar dan berjilid-jilid, iaitu;
الدر املنضود شرح سنن أيب داود -١
.أجزاء ٤يف – العسقالين فتح العالم شرح بلوغ املرام من أدلة األحكام البن حجر -٢
شرح اجلوهر الثمني يف أربعني حديثا من أحاديث سيد املرسلني للعجلوين -٣
هرةشرح املسلسل بالعرتة الطا -٤
Namun sayangnya, kitab syarah beliau al-Durr al-Mandud, yang dikatakan setebal 20 jilid
telah hilang semasa hayat beliau lagi. Menurut Syeikh Mahmud Sacid Mamduh dalam Tasnif al-Asma’ bi Syuyukh al-Ijazah wa al-Sama’: “Saya pernah melihat sebahagian daripadanya di
dalam perpustakaan beliau”. 15
Ketokohannya Dalam Ilmu Riwaaaayah al-HHHHadiiiith
Berpandukan takrif ilmu Riwayah al-Hadith di atas, iaitu; ‘ilmu mengenai kaedah-kaedah
yang dapat diketahui dengannya hal keadaan perawi dan hadis yang diriwayatkan’, dapat
difahami bahawa skop ilmu ini adalah lebih luas berbanding ilmu Dirayah al-Hadith, dan
termasuk juga dalamnya ilmu Mustalah al-Hadith. Justeru secara makluman, bagi
menghurai perbahasan mengenai ketokohan dan kewibawaan Syeikh Yasin al-Fadani
dalam ilmu Riwayah al-Hadith dalam artikel ini tidaklah mencakupi keseluruhan apa yang
ada di dalam ilmu tersebut secara terperinci dari sudut sanad dan matan sekaligus.
Penekanan perbahasan tulisan ini adalah lebih kepada bahagian sanad dan periwayatan
hadis, iaitu makna yang zahir dari segi bahasa bagi ilmu Riwayah al-Hadith. Oleh itu,
dengan maksud tersebut, ketokohan dan kewibawaan Syeikh Yasin al-Fadani dapat dilihat
daripada sudut-sudut berikut:
1. Kegigihan bertalaqqi dengan guru dan menghimpun sanad-sanad mereka
Syeikh Yasin al-Fadani adalah seorang yang gigih bertalaqqi (berguru secara berhadapan)
dalam menimba ilmu dan menghimpunkan sanad-sanad periwayatan daripada alim ulama
di zaman beliau. Tinggalnya beliau di Tanah Suci Makkah memudahkan beliau bertemu
15 Mohd. Khafidz bin Soroni, Juhud al-cUlama’ al-Muslimin fi Syarh Kutub al-Hadith fi al-Qarn
al-Rabic cAsyar al-Hijri, dalam Prosiding Mu’tamar cAlami can Manahij Tafsir al-Qur’an wa Syarh al-
Hadith, 21-22 Jamadil Akhir 1427H, UIAM.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
136
dengan ramai ulama Islam, sama ada dari Tanah Suci sendiri mahupun dari pelbagai
pelusuk dunia yang datang ke Tanah Suci, seperti Syria, Lubnan, Palestin, Yaman, Mesir,
Maghribi, Iraq, Pakistan, Rusia, India, Indonesia dan Malaysia, sehingga terkumpullah di
sisi beliau pelbagai macam sanad periwayatan ilmu dan hadis. Dikatakan, keseluruhan
guru-guru yang beliau pernah temui atau beliau utuskan surat untuk meminta ijazah itu
berjumlah sekitar 700 orang.16 Menurut Dr. Yahya al-Ghawthani, beliau memperolehi isnad
hadis daripada lebih 700 syeikh, dan ia merupakan satu jumlah yang memang sukar
ditandingi.
Jumlah yang besar ini menjadikan ketokohan Syeikh Yasin Al-Fadani dalam ilmu riwayah
al-hadis tidak ada tolok bandingnya di kalangan ulama mutaakhirin dunia Islam, kecuali
Syeikh ‘Abd al-Hayy bin ‘Abd al-Kabir al-Kattani (m. 1382H), seorang ahli hadis besar
daripada Maghribi. Dikatakan kedudukan beliau adalah sebagai pengganti selepas
daripada Syeikh al-Kattani, yang merupakan gurunya dan pengarang kitab Fihris al-Faharis
wa al-Athbat, di mana guru-guru ijazah beliau berjumlah sekitar 500 orang.17 Maka tidak
hairanlah jika ada yang menggelar Syeikh Yasin Al-Fadani dengan gelaran ‘Musnid al-
Dunya’ atau ‘Musnid al-cAsr’.
Mengetahui hal tersebut, maka ramailah para penuntut ilmu yang datang kepada beliau
bagi bertalaqqi dan mendapatkan sanad-sanad periwayatan. Ratusan, bahkan ribuan
murid-murid beliau, sama ada dari dalam mahupun dari luar Tanah Suci kemudian
bertebaran di pelbagai pelusuk dunia membawa sanad-sanad periwayatan daripada beliau
menjadikan namanya cukup dikenali di kalangan pencinta-pencinta sanad. Sebagai rekod
dan penghargaan, ada di antara mereka yang mendokumenkan manaqib dan sanad-sanad
periwayatan beliau di dalam buku-buku khusus, antaranya ialah:
.تلميذه حممود سعيد ممدوح مجعه ،إعالم القاصي والداين ببعض ما عال من أسانيد الفاداين -١مجعه تلميذه حممود ،أويل النظر ببعض أعيان القرن الرابع عشر أو إمتاع ،تشنيف األمساع بشيوخ اإلجازة والسماع -٢
)ترمجة ٢٣٠وهو يف تراجم بعض مشايخ الفاداين وقد حوى ( سعيد ممدوحمجعه تلميذه حممد ،الفاداين بلوغ األماين يف التعريف بشيوخ وأسانيد مسند العصر الشيخ حممد ياسني حممد عيسى -٣
.خمتار الدين الفلمباين .الغوثاينبن عبد الرزاق حيىي الدكتوربقلم ،الثمر الداين يف مقروءات ومسموعات ومرويات شيخنا الفاداين -٤ .ت الفاداين بشيوخ الشام، للدكتور حيىي الغوثاينإحتاف اخلاص والعام باتصاال -٥
16 Anas Ya’qub Kutubi, Lamahat min Hayat al-Syaykh Muhammad Yasin al-Fadani, dalam
Jaridah al-Madinah al-Munawwarah, bil. 9567, bertarikh 10 Safar 1414H. Mukadimah Dr. Yusuf al-
Mar’asyli bagi kitab al-Rawd al-Fa’ih wa Bughyah al-Ghadi wa al-Ra’ih fi Ijazah Muhammad Riyad al-
Malih oleh Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. Lihat juga senarai kesemua mereka dalam: Rawd al-
Rayyahin, http://cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=23012.
17 cAbd al-Hayy bin cAbd al-Kabir al-Kattani, 1982, Fihris al-Faharis wa al-Athbat, tahqiq: Dr.
Ihsan ‘Abbas, Beirut: Dar al-Gharb al-Islami, Jil. 1, hlm 58.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
137
2. Penyusunan, penyelenggaraan dan penerbitan kitab-kitab berkaitan sanad-sanad
periwayatan
Sanad merupakan suatu keistimewaan khusus bagi ummah ini. Jika tujuan sanad pada awal
dahulu adalah untuk memastikan kesahihan riwayat sesuatu hadis, namun ilmu sanad
kemudiannya berkembang sama sepertimana ilmu-ilmu Islam yang lain, sehingga ia
menjadi suatu seni yang tersendiri. Cuma bezanya, syarat yang ketat dan penelitian yang
tegas terhadap perawi-perawi pada peringkat awal dahulu telah dilonggarkan pada
peringkat mutakhir, iaitu apabila kebanyakan hadis sudah direkod dan dibukukan oleh
para ulama hadis. Justeru kemudiannya, ramai ulama mutaakhirin yang membenarkan
pengijazahan sanad serta meriwayatkannya berdasarkan ijazah tersebut semata-mata
tanpa perlu bertalaqqi penuh.
Tradisi periwayatan secara bersanad diteruskan sehingga kini kerana ia adalah satu
kemuliaan dan keistimewaan bagi umat Islam yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut:
1. Satu kemuliaan dalam rantaian pertalian yang bersambung-sambung sampai
kepada Rasulullah s.a.w, sebagaimana dikatakan: (وكفى يف االتصال باحلبيب شرفا) .
2. Mencontohi para salaf al-Saleh dalam tradisi belajar dan mengajar, sebagaimana
dikatakan: (إن التشبه بالكرام فالح).
3. Satu syiar agama dan kebanggaannya, serta ia menjadi suatu jati diri dan ikatan
ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, sebagaimana dikatakan: (اإلسناد من الدين).
4. Satu jalinan kukuh bagi khazanah ilmu Islam, sebagaimana dikatakan:
( ن األسانيد أنساب الكتبإ ).
5. Satu rahmat dan barakah, sebagaimana dikatakan: (عند ذكر الصاحلني تنزل الرمحة).
Realiti menyaksikan terdapat usaha memelihara persambungan sanad ini yang mudah-
mudahan berterusan sehingga ke hari kiamat kelak. Antara bukti yang menunjukkan
bahawa para ulama semenjak dahulu mengambil berat mengenai periwayatan sanad ialah
perbincangan tentang ilmu al-Tahammul wa al-Ada’ (pembawaan dan penyampaian
riwayat) dalam ilmu cUlum al-Hadith, serta adab-adab muhaddith dan juga penuntut hadis.
Perkara ini dapat dirujuk dalam hampir kesemua kitab cUlum al-Hadith yang disusun.
Hanya pengembaraan-pengembaraan getir ahli hadis dalam mencari sanad sahaja yang
berakhir, iaitu dalam kurun ke-6 hijrah, di mana semua riwayat telah dibukukan dalam al-
Jawamic, al-Sihah, al-Sunan, al-Masanid, al-Macajim, al-Ajza’, al-Fawa’id, al-Masyyakhat dan
lain-lain. Setelah kurun itu, para ulama hadis terus berusaha memelihara sanad ini
sehingga ada sebahagian mereka yang membukukannya di dalam kitab-kitab khusus.
Perhatian terhadap pengumpulan sanad ini kemudian terus bertambah di kalangan ulama
hadis sehingga dikatakan hampir tiada seorang ulama hadis pun melainkan ia mempunyai
kitab sanad yang merekodkan sanad-sanadnya dan juga biografi semua atau sebahagian
syeikh-syeikhnya. Kitab-kitab mereka ini disebut dengan berbagai istilah iaitu masyyakhah,
barnamij, fihris, thabat dan mucjam. Riwayat-riwayat mereka dalam mempelbagaikan
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
138
kesenian sanad tidak hanya sekadar pada kitab-kitab hadis sahaja, malah ia melangkau
sehingga pada kitab-kitab tafsir, fiqh, usul, akidah, tas.a.wuf dan lain-lain.18
Syeikh Yasin al-Fadani telah menyusun banyak kitab berkaitan sanad-sanad periwayatan
pada masa hidupnya. Kebanyakannya beliau terbitkan dengan menggunakan pembiayaan
sendiri. Ada sekitar 70 buah karya yang telah disusunnya berhubung perkara ini. Karya-
karya ini membuktikan kemahiran dan kebijaksanaan beliau dalam bidang ilmu sanad. Di
samping mempamerkan kekreatifan beliau dalam sudut kepelbagaian seni sanad.
Antara kitab-kitab sanad yang telah disusun oleh beliau, dan di antaranya ada yang
berjilid-jilid tebalnya ialah:
إحتاف الربرة بأسانيد الكتب احلديثية العشرة -١ أسانيد الكتب احلديثية السبعة -٢ والسري والشمائل احملمدية األسانيد املكية لكتب احلديث -٣ )أجزاء ٤وهو ثبته الكبري يف ( بغية املريد يف علوم األسانيد -٤ تنوير البصرية بطرق اإلسناد الشهرية -٥ األسانيد من درر الدر الفريد -٦ العقد الفريد من جواهر األسانيد -٧ األسانيد املختارة الكواكب السيارة يف -٨ اية املطلب على األرب يف علوم اإلسناد واألدب -٩
3. Keprihatinan terhadap sanad-sanad tokoh-tokoh tertentu
Di kalangan tokoh-tokoh ulama yang memiliki sanad-sanad periwayatan, ada di antara
mereka yang membuku atau merekodkannya di dalam kitab sanad (seperti thabat, dll),
dan ada antara mereka yang tidak merekodkannya dalam sebarang buku, namun sanad-
sanad tersebut kemudian ditulis dan dihimpunkan oleh murid-murid mereka atau musnid-
musnid yang prihatin melalui usaha mereka sendiri. Ada juga tokoh yang mempunyai kitab
sanad, namun tidak lengkap atau tidak tersusun, maka murid-muridnya atau musnid-
musnid yang datang kemudian mengemaskini sanad-sanad yang diriwayatkannya. Ada juga
yang cuba merekodkan jaringan sanad-sanad kepada seseorang tokoh itu.
Inilah antara yang dilakukan oleh Syeikh Yasin Al-Fadani terhadap beberapa tokoh ulama
yang memiliki sanad, seperti al-Kuzbari, Ibn Hajar al-Haytami, ‘Abdul Baqi al-Ba‘li, Khalifah
al-Nabhan, Sayyid Muhsin al-Mus.a.wi, Muhammad ‘Ali al-Maliki, ‘Umar Hamdan dan
Ahmad al-Mukhallalati. Karya-karya tersebut adalah seperti berikut:
18 Lihat: Mukadimah Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani di dalam kitab: Riyad Ahl al-Jannah bi
Athar Ahl al-Sunnah, 1985, Dimasyq: Dar al-Basa’ir, hlm 8-9.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
139
)هـ١٢٢١ت ( بأسانيدي إىل الوجيه الكزبري إحتاف الطالب السري -١ املكي أسانيد الفقيه أمحد بن حممد بن حجر اهليتمي -٢ املخلاليت الوصل الرايت يف ترمجة وأسانيد الشهاب أمحد -٣ فيض اإلله العلي يف أسانيد عبد الباقي البعلي احلنبلي -٤ الشيخ خليفة بن محد آل نبهانالرمحن يف ترمجة وأسانيد فيض -٥ فيض املهمني يف ترمجة وأسانيد السيد حمسن -٦ املسلك اجللي يف أسانيد الشيخ حممد علي -٧ .أجزاء ٣ –محدان مطمح الوجدان يف أسانيد الشيخ عمر بن -٨ أسانيد الشيخ عمر محدان إحتاف اإلخوان باختصار مطمح الوجدان من -٩
4. Keprihatinan terhadap pengijazahan sanad dan pandangan mengenainya
Syeikh Yasin Al-Fadani mempunyai kekreatifan tersendiri dalam soal pengijazahan sanad,
sama ada yang berbentuk ijazah khas, ijazah am ataupun ijazah mutlak. Berhubung ijazah
khas, beliau didapati memberi perhatian istimewa kepada sebilangan tokoh-tokoh ulama
dan orang-orang tertentu yang dirasakan kewibawaan mereka oleh beliau dengan
menyusun kitab-kitab ijazah sanad yang khusus buat mereka. Antara mereka itu ialah: Dr.
Muhammad cAlawi al-Maliki, Syeikh Aiman Suwaid, Dr. Yahya Ghawthani, Syeikh cAbdullah
al-Jarafi, Syeikh Muhammad Riyad al-Malih, al-cAllamah Muhammad Zabarah, al-Sayyid Abu
Bakr al-Habsyi, Syeikh Ismacil Zain, al-Qadi Muhammad al-cUmari, Syeikh Muhammad
Taqiy al-cUthmani, al-Mufti al-Sayyid Ibrahim bin cAqil, Dr. Mahmud Sacid Mamduh, Syeikh
Zakaria Bila, al-Sayyid Muhammad al-Hasyimi dan lain-lain.
Beliau telah menyusun kitab-kitab ijazah sanad yang khusus buat mereka dan setiap
satunya pula memiliki ciri-ciri yang tidak ada pada lainnya. Sebagai contoh, ijazah beliau
kepada Syeikh Muhammad Riyad al-Malih yang berjudul al-Rawd al-Fa’ih. Beliau telah
menghimpunkan di dalam kitab tersebut secara khusus semua guru-gurunya yang berasal
daripada Syam (yakni Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan sekarang) semata-mata yang
berjumlah seramai 101 orang serta semua sanad-sanad mereka, tidak termasuk yang lain-
lain. Kitab-kitab ijazah khas yang tersebut ialah:
)األخ الشيخ حممد طه ويسمى إحتاف أويل النهى بإجازة( إحتاف املستفيد بغرر األسانيد -١ إجازة السيد حممد علوي املالكي -٢ إجازة الشيخ أمين سويد -٣ إجازة الشيخ حيىي غوثاين -٤
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
140
بإجازة الشيخ عبد اهللا اجلرايف ، والوايف بذيل تذكار املصايفتذكار املصايف بإجازة الفخر عبد اهللا بن عبد الكرمي اجلرايف -٥ والرائح بإجازة األستاذ حممد رياض املاحل وبغية الغادي الروض الفائح -٦ زبارة السالسل املختار بإجازة العالمة السيد حممد -٧ )إجازة للقاضي السيد أيب بكر احلبشي(جمموعة خمتارة من األحاديث املسلسلة : سلسلة الوصلة -٨ إجازة الشيخ إمساعيل عثمان زين عقود اللجني يف -٩
،)وهي إجازة كربى للنابغة القاضي حممد العمري( اإلجازات واألسانيد ألشياخي من فرائد فتح الرب ايد فيما -١٠ )إجازة للنابغة القاضي حممد بن عبد اهللا العمري( والنفحة املسكية يف األسانيد املكية
فيض الباري بإجازة الوجيه السيد عبد الرمحن األنباري -١١ تقي العثماين بإجازة الشيخ حممد الفيض الرمحاين -١٢ الزبيدي فيض املبدي بإجازة الشيخ حممد عوض منقش -١٣ قرة العني بإجازة األستاذين -١٤ القول اجلميل يف إجازة مساحة املفيت السيد إبراهيم بن عمر بن عقيل -١٥ )وهو شيخنا احملدث حممود سعيد ممدوح( الكواكب الدراري يف إجازة حممود بن سعيد القاهري -١٦ زكريا بن عبد اهللا بيال املواهب اجلزيلة والعقود اجلميلة يف إجازة العالمة البحاثة املشارك الشيخ أيب حيىي -١٧ ج السالمة يف إجازة الصفي أمحد أمحد سالمة -١٨ الوصل السامي بإجازة السيد حممد اهلامشي -١٩
Karya-karya ini membuktikan bahawa Syeikh Yasin al-Fadani berjaya mencantum dan
menggabungkan sanad-sanad periwayatan yang diterima daripada guru-guru beliau yang sangat ramai jumlahnya. Beliau seringkali menggunakan simbol (ح) bagi menunjukkan
perpindahan kepada sanad-sanad yang lain disebabkan banyaknya sanad periwayatan
yang beliau miliki bagi sesuatu riwayat itu.
Berhubung ijazah am pula, Syeikh Yasin al-Fadani boleh dikatakan seorang ahli hadis yang
tidak lokek. Berulang kali beliau menyebut dalam beberapa kitab sanadnya pernyataan
tentang pengijazahan sanad kepada semua orang yang hidup di zamannya, dengan objektif
untuk memberi manfaat kepada para penuntut ilmu dan menyebar-luaskan sanad-sanad
periwayatan. Sebagai contoh, di akhir kitab Waraqat fi Majmucah al-Musalsalat wa al-Awa’il wa al-Asanid al-cAliyyah beliau menyebut :19
19 Muhammad Yasin al-Fadani, 1401H, Waraqat fi Majmu’ah al-Musalsalat wa al-Awa’il wa al-
Asanid al-cAliyyah, Kaherah: al-Matbacah al-Salafiyyah, h. 31.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
141
Di akhir kitab al-cUjalah fi al-Ahadith al-Musalsalah beliau menyebut :20
Manakala di akhir kitab (النفحة املسكية يف األسانيد املتصلة باألوائل السنبلية) pula, ungkapan beliau lebih luas
lagi di mana katanya:21
وقد أجزت باألوائل السنبلية خاصة، وذه النفحة املسكية بأسانيدنا املتصلة ا، وكذا جبميع مؤلفايت اهـ.ايت، أو ولد يف السنني املتممة لعقد وفايتومرويايت، كل من أراد مجيع ذلك ممن أدرك حي
Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendapat yang tidak mengharuskan ijazah am
kepada semua orang yang masih hidup tanpa sebarang penentuan secara khusus. Secara
ringkasnya, ia adalah masalah yang diperselisihkan oleh para ulama, dan secara zahir pula,
Syeikh Yasin Al-Fadani memilih pandangan yang mengharuskannya. Namun, majoriti
berpendapat bahawa ijazah sebegini adalah jenis ijazah yang paling lemah.22
20 Muhammad Yasin al-Fadani, 1985, al-‘Ujalah fi al-Ahadith al-Musalsalah, Dimasyq: Dar al-
Basa’ir, hlm 122.
21 Muhammad Yasin al-Fadani, al-Nafhah al-Miskiyyah fi al-Asanid al-Muttasilah bi al-Awa’il al-
Sunbuliyyah, http://montada.gawthany.com/VB/showthread.php?t=20269. 22 Berkenaan dengan ijazah am/umum kepada semua orang yang hidup pada masa hayat
seseorang ahli hadith itu, al-Hafiz Ibn al-Salah menyebut dalam kitab Muqaddimahnya:
: أجزت لكل أحد، أو : أجزت للمسلمني، أو : " يقول أن جييز لغري معني بوصف العموم، مثل أن : النوع الثالث من أنواع اإلجازة"فإن كان ذلك مقيدا : يف جوازه وما أشبه ذلك، فهذا نوع تكلم فيه املتأخرون ممن جوز أصل اإلجازة، واختلفوا ،"ملن أدرك زماينأجزت
: أنه قال ، اهللا بن منده احلافظ وروينا عن أيب عبد ، اخلطيب أبو بكر احلافظ وممن جوز ذلك كله . بوصف حاصر أو حنوه فهو إىل اجلواز أقرباإلجازة جلميع املسلمني، -اخلطيب فيما حكاه عنه -أحد الفقهاء احملققني ، القاضي أبو الطيب الطربي وجوز ،ال إله إال اهللا :أجزت ملن قال
ووافقه . العلمقرطبة من طلبة لكل من دخل : ، أحد اجللة من شيوخ األندلس أبو حممد بن سعيد وأجاز . من كان منهم موجودا عند اإلجازةأن : اإلجازة العامة هذه، فكان من جوابه عن احلازمي أبا بكر وأنبأين من سأل . رضي اهللا عنهم، عتاب أبو عبد اهللا بن على جواز ذلك منهم ومل نر ومل نسمع عن أحد ممن : قال . علمكانوا مييلون إىل اجلواز، واهللا أ -وغريه اهلمذاين العطار العالء احلافظ أيب حنو -من أدركه من احلفاظ
ضعف، وتزداد ذا التوسع واإلجازة يف أصلها . فروى ا، وال عن الشرذمة املستأخرة الذين سوغوها أنه استعمل هذه اإلجازة يقتدى به انتهى . " أعلم واالسرتسال ضعفا كثريا ال ينبغي احتماله، واهللا
أبو طاهر السلفي ، وأبو الفتح :غري من مر ذكره همم استعملوها ورووا ا ومن أن كثريين ممن يقتدىهكذا قال ولكن احلق :قلناالقفطي، وأبو بكر ابن خري اإلشبيلي، وأبو الفتح املستملي، وابن دحية، وأبو احلسن غين املقدسي،دسي، وعبدالعزيز الكناين، وعبدالنصر املق
والفخر ابن ،املزيوابن مجاعة، وأبو احلجاج بن دقيق العيد، وابن كثري، وابن احلاجب،انووي، والدمياطي، و الوليد ابن رشد املالكي، وال وأبإبراهيم بن حسن و يابن حجر اهليتمو السيوطيو محد القسطالىن،أالعالئي، والنجم ابن فهد اهلامشي، والقطب حممد بن البخاري، وأبو سعيد
حىت أنه لكثرة من جوزها؛ أفردهم ): "٤١٦/ ٢" (فتح املغيث" قال السخاوي يف ، و -اهللا مرمحه - ونحممد عابد السندى وآخر و الكوراين
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
142
5. Keprihatinan terhadap kitab-kitab periwayatan sanad khususnya awaaaa’il, thabaaaat,
dan arbacccciiiinaaaat
Kitab yang menghimpunkan sanad-sanad periwayatan seseorang alim hadis disebut
dengan pelbagai istilah, seperti thabat (pluralnya athbat), fahrasah atau fihris (pluralnya
faharis), mucjam (puralnya macajim), barnamij, dan masyyakhah. Menurut Syeikh cAbd al-
Hayy bin cAbd al-Kabir al-Kattani, orang terdahulu memberikan istilah masyyakhah bagi
kitab yang menghimpunkan nama-nama guru dan riwayat-riwayat seseorang ahli hadis,
kemudian mereka menamakannya pula selepas itu sebagai mucjam kerana nama-nama
guru disusun mengikut huruf hija’iyyah. Maka istilah mucjam dan masyyakhah ini banyak
digunapakai. Penduduk Andalus pula menggunapakai istilah barnamij. Pada abad-abad
kebelakangan, ahli hadis di sebelah timur sehingga sekarang menyebutnya sebagai thabat,
manakala ahli hadis di sebelah barat pula sehingga sekarang menyebutnya sebagai
fahrasah.23
Syeikh Yasin al-Fadani mempunyai banyak riwayat bagi kitab-kitab seumpama ini. Beliau
juga memberi perhatian khusus kepada beberapa buah dengan menerbitkannya semula
sama ada dalam bentuk ringkasan, tahqiq, tashih ataupun ulasan ke atasnya. Antaranya
ialah:
لعبد الباقي البعلي بآثار أهل السنة اختيار واختصار رياض أهل اجلنة -١ تعليقات على ثبت الشنواين -٢ تعليقات على ثبت الشرباوي -٣ ثبت الكزبري احلفيد تعليقات على -٤ت (ثبت حملمد فاحل بن حممد الظاهري : وحسن الوفا إلخوان الصفا ،تعليقات على حسن الوفا إلخوان الصفا -٥
تعليق وتصحيح الفاداين) هـ١٣٢٨ للرتمسي املستفيد ملا عال من األسانيد تعليقات على كفاية -٦وإحتاف السمري بأوهام ،اتصااليت وجمموع إجازايت بثبت األمري ضري يفوالروض الن ،يف االتصال بثبت األمري الدر النثري -٧
ما يف ثبت األمري
املعجم، وكذا مجعهم أبو رشيد ابن الغزال احلافظ أبو جعفر حممد بن احلسني البغدادي الكاتب يف تصنيف رتبهم فيه على حروف احلافظالعراقي، وتلميذه ك، إنكارها مع عدم ن أهل احلديث عن إجازة أهل العصرفقد تورع أئمة م، انتهى". اجلمع املبارك :يف كتاب مساه) هـ٦٣١(
وقد صنف السيد .واهللا تعاىل أعلم .، ال لعدم جوازهاكل ذلك منهم خوفا من التوسع فيها ابن حجر العسقالين، وتلميذه السخاوي؛
٤٠٠يقع يف أكثر من ، وهو"ن أجاز أهل عصره إجازة عامةوبل الغمامة يف ذكر م " :هامس ا كتاب -حفظه اهللا – عبدالرمحن بن طه احلبشي .صفحة
23 cAbd al-Hayy bin cAbd al-Kabir al-Kattani, 1982, Fihris al-Faharis wa al-Athbat, Jil. 1, hlm 67.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
143
اختيار وترتيب – ختريج حممد هاشم بن عبد الغفور السندي: املقتطف من إحتاف األكابر بأسانيد املفيت عبد القادر -٨ الفاداين
)هـ١٢٢٧ت (عبد اهللا بن حجازي : اجلامع احلاوي يف مرويات الشرقاوي -٩
Kitab-kitab yang disebut awa’il24 juga dapat dimasukkan kepada kumpulan kitab di atas.
Kitab awa’il yang paling masyhur ialah kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah susunan Syeikh
Muhammad Sacid Sunbul (m. 1175H) yang telah menerima tumpuan ramai ahli ilmu dan
para pencinta sanad. Bukti kemasyhurannya dapat dilihat di dalam riwayat Syeikh
Muhammad Yasin al-Fadani, beliau telah meriwayatkan kitab ini daripada 39 orang syeikh
yang dihimpunkan kesemua sanad mereka di dalam risalah kecil berjudul : ( النفحة املسكية يف Jumlah keseluruhan perawi yang terdapat di dalam risalah ini .(األسانيد املتصلة باألوائل السنبلية
adalah sekitar 190 orang, bermula dengan murid-murid Syeikh Muhammad Sa‘id Sunbul
sehingga guru-guru Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. Kebanyakan mereka terdiri
daripada alim ulama besar yang berasal dari berbagai tempat di dunia Islam seperti Hijjaz,
Syria, Mesir, Maghribi, Yaman, India, dan juga Nusantara. Selain dari risalah berkenaan,
beliau turut menyusun karya-karya berikut:
على األوائل السنبلية تعليقات -١ أوائله والعجالة املكية يف أسانيد سعيد سنبل إىل مؤلفي الكتب احلديثية يف -٢ تعليقات على األوائل العجلونية -٣
Syeikh Yasin al-Fadani turut mengambil berat terhadap kitab-kitab Arbacinat, iaitu kitab
yang menghimpunkan 40 buah hadis di dalamnya berdasarkan objektif tertentu. Beliau
telah menyusun banyak siri Arbacinat. Antara yang dihasilkan dan diterbitkan oleh beliau
secara berasingan:
أربعون حديثا عن أربعني شيخا من أربعني بلدا : األربعون البلدانية -١ اة إىل اجلالل السيوطيأربعون حديثا مسلسلة بالنح -٢ حديثا من أربعني كتابا عن أربعني شيخا األربعون -٣ شرح اجلوهر الثمني يف أربعني حديثا من أحاديث سيد املرسلني للعجلوين -٤
24 Iaitu kitab yang menghimpunkan hadith-hadith pertama yang terdapat dalam beberapa
atau sejumlah kitab-kitab hadith. Tujuan kitab al-Awa’il disusun ialah bagi memudahkan
penyusunnya mengijazahkan kitab-kitab hadith yang diriwayatkan dengan bersanad kepada murid-
muridnya atau sesiapa sahaja yang ingin meminta ijazah daripadanya serta layak untuk
menerimanya. Maka sesiapa yang meriwayatkan kitab al-Awa’il ini bermakna sanadnya bersambung
secara langsung dengan penyusun-penyusun kitab-kitab hadith tersebut, dan seterusnya
bersambung dengan Rasulullah s.a.w.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
144
للعجلوين حديثا من أحاديث سيد املرسلني ورقات على اجلوهر الثمني يف أربعني -٥
6. Keprihatinan terhadap riwayat-riwayat musalsal dan sanad-sanad cAcAcAcAliiii
Hadis musalsal ialah hadis yang diriwayatkan secara berantai-rantai dengan suatu ciri, sifat
atau situasi yang sama daripada awal sanad sehinggalah ke akhirnya. Jenis hadis ini
mendapat perhatian istimewa di kalangan ulama mutaakhirin sehingga disusunkan kitab-
kitab khusus untuknya. Ia turut diberi perhatian istimewa oleh Syeikh Yasin al-Fadani.
Dalam karya-karyanya, beliau juga telah menghasilkan secara khusus beberapa buah kitab
yang berkaitan dengannya, iaitu:
املسلسل باألولية إحتاف أويل اهلمم العلية بالكالم على احلديث -١ أربعون حديثا مسلسلة بالنحاة إىل اجلالل السيوطي -٢ )إجازة للقاضي السيد أيب بكر احلبشي(جمموعة خمتارة من األحاديث املسلسلة : سلسلة الوصلة -٣ شرح املسلسل بالعرتة الطاهرة -٤ املسلسلة العجالة يف األحاديث -٥ واألسانيد العاليات ورقات يف جمموعة املسلسالت واألوائل -٦
Beliau telah meriwayatkan hadis-hadis musalsal ini daripada ramai guru, serta lengkap
dengan semua amal-amalnya sekali. Sebagai contoh hadis musalsal riwayat Syeikh Yasin
al-Fadani, diberikan di bawah hadis musalsal yang paling sahih di sisi ulama hadis dari
riwayat beliau, iaitu hadis musalsal dengan Surah al-Saff.25
25 Muhammad Yasin al-Fadani, 1985, al-‘Ujalah fi al-Ahadith al-Musalsalah, hlm 22.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
145
Perhatian istimewa juga diberikan oleh ulama mutaakhirin terhadap sanad-sanad yang cali (tinggi). Sanad cali ialah sanad sebuah riwayat yang sedikit bilangan perawi di dalam
rantaiannya iaitu antara seseorang perawi hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w, di mana
jika ramai bilangan perawi di dalam rantaian sanad tersebut pula, maka ia dinamakan
sebagai sanad nazil (rendah). Syeikh Yasin al-Fadani turut memberikan perhatian kepada
riwayat jenis ini. Selain dalam karya-karyanya, beliau juga telah menyusun kitab :
للكتب احلديثية العشرة الرياض النضرة يف أسانيد عالية
Dikatakan, sanad cali ulama Hijjaz berakhir kepada tiga orang tokoh iaitu: Syeikh Mulla
Ibrahim al-Kurani, Syeikh Falih al-Zahiri dan Syeikh cUmar Hamdan al-Mahrisi.26 Sanad
26 Anas Yacqub Kutubi, 1993, A‘lam min Ard al-Nubuwwah, al-Madinah al-Munawwarah: t.pt.,
Jil. 1, hlm 176.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
146
ketiga-tiga mereka ini semua dimiliki oleh Syeikh Yasin al-Fadani. Sanad-sanad cali beliau
ini juga telah direkodkan oleh muridnya, Syeikh Mahmud Sacid Mamduh di dalam kitab:
.(إعالم القاصي والداين ببعض ما عال من أسانيد الفاداين)
Justeru, kewafatan beliau menjadikan jarak sanad hadis melalui jalan beliau lebih jauh satu
darjah dengan Rasulullah s.a.w berbanding sebelumnya. Justeru, tidak terkejut jika Syeikh
Yasin al-Fadani pada masa hayatnya selalu diburu oleh pencinta sanad hadis untuk
mendapatkan silsilahnya yang lebih tinggi. Menurut pengajian ini, semakin kurang jumlah
periwayat dalam isnad semakin tinggi nilai kesahihan sesebuah hadis dan semakin akrab
pula dengan Rasulullah s.a.w.27
7. Pandangan dalam Tashihshihshihshih dan Taddddcccciiiif hadis-hadis
Tashih dan Tadcif hadis-hadis bukanlah suatu tugas yang enteng. Seseorang pengkritik
hadis sebelum melakukan tashih dan tadcif hadis mestilah menguasai semua disiplin cUlum
al-Hadith supaya hukum yang dikeluarkan olehnya dianggap autentik dan bernilai.
Meskipun begitu, ada tiga jenis pengkritik hadis yang wujud di kalangan ulama:
1. Golongan mutasyaddid, iaitu mereka yang agak keras dan ketat dalam soal tashih
dan tadcif. 2. Golongan mutawassit, iaitu mereka yang agak sederhana dalam soal tashih dan
tadcif. 3. Golongan mutasahil, iaitu mereka yang agak longgar dalam soal tashih dan tadcif.
Dalam berhadapan masalah ini, ada tiga macam pula pendirian ulama terhadapnya:
1- Ada ulama yang hanya berpada dengan hukum-hukum hadis yang telah
dikeluarkan oleh ulama-ulama hadis terdahulu.
2- Ada sebahagian ulama pula tidak hanya berpada dengan hukum-hukum hadis yang
telah dikeluarkan oleh ulama-ulama hadis terdahulu, sebaliknya mereka mengkaji
dan menyelidik setiap hadis yang digunakan serta mengeluarkan sendiri
hukumnya.
3- Ada sebahagian lagi, mereka berpada dengan hukum-hukum hadis yang telah
dikeluarkan oleh ulama-ulama hadis terdahulu pada suatu ketika, dan pada ketika
yang lain pula mereka melakukan kajian ke atas hadis-hadis yang digunakan serta
mengeluarkan sendiri hukumnya menurut keperluan.
Meneliti kepada karya-karya Syeikh Yasin al-Fadani, barangkali beliau dapat dikelaskan
dalam kategori ketiga. Ini kerana beliau adakalanya berpada dengan hukum-hukum hadis
yang telah dikeluarkan oleh ulama-ulama hadis terdahulu, dan adakalanya pula beliau
melakukan kajian ke atas hadis-hadis yang digunakan serta mengeluarkan sendiri
27 Abdul Hayei Abdul Sukor, Dr., Muhammad Yassin Isa al-Fadani 1916–1990M/1335–1410H,
http://www.drhayei.com/2010/07/tokoh-islam.html.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
147
hukumnya. Bagaimanapun, kedudukan beliau barangkali dapat dikategorikan berada di
antara golongan mutawassit dan golongan mutasahil kerana ciri kedua-dua golongan
tersebut dapat kita temukan apabila kita meneliti hasil tulisan-tulisan beliau.
Contoh 1:
Kata Syeikh Yasin al-Fadani pada hadis:
28.(ال تقوم الساعة حىت ال تنطح ذات قرن مجاء)
Contoh 2:
Kata Syeikh Yasin al-Fadani pada hadis:
29.(من صافحين أو صافح من صافحين إىل يوم القيامة دخل اجلنة)
Namun sebagai manusia biasa tentunya tidak lari dari kekurangan-kekurangan, ini kerana
adakalanya beliau tidak memberikan sebarang hukum kepada hadis-hadis yang dimuatkan
28 Muhammad Yasin al-Fadani, 1401H, Waraqat fi Majmucah al-Musalsalat wa al-Awa’il wa al-
Asanid al-cAliyyah, hlm 12.
29 Muhammad Yasin al-Fadani, 1401H, Waraqat fi Majmucah al-Musalsalat wa al-Awa’il wa al-
Asanid al-cAliyyah, hlm 12.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
148
dalam karya-karyanya sama ada sahih ataupun tidak. Oleh itu, hal ini perlu diberi
perhatian oleh mereka yang ingin menelaah karya-karya beliau.
8. Keprihatinan terhadap ilmu al-Rijaaaal dan al-Ruwaaaat
Ilmu al-Rijal dan al-Ruwat adalah antara elemen penting dalam kajian sanad. Ilmu al-Rijal asalnya secara khusus adalah berkaitan tentang hadis bagi memastikan sejauhmana tahap
kebolehpercayaan terhadap para perawi yang meriwayatkan hadis-hadis Nabi S.A.W. Ilmu
ini kemudian berkembang dan meluas sehingga bukan sekadar terbatas kepada bidang
periwayatan hadis semata-mata, bahkan mencakupi bidang-bidang ilmu lain yang turut
dinukilkan secara periwayatan dan bersanad. Tentunya dengan mengetahui kedudukan
para perawi atau tokoh-tokoh dalam bidang-bidang tersebut dapat mengukuhkan lagi
tahap kebolehpercayaan kita terhadap keautentikan dan ketulenannya.
Menelaah karya-karya Syeikh Yasin al-Fadani, baik yang disusun sendiri mahupun yang
ditahqiq olehnya, tidak syak lagi membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang mahir
dengan seni ilmu al-Rijal dan al-Ruwat, terutama berhubung para perawi mutaakhirin.
Misalnya, beliau telah merekodkan biografi 40 orang guru Syeikh cUmar Hamdan (m.
1368H) berserta sanad-sanad mereka di dalam kitab Matmah al-Wijdan fi Asanid al-Syaykh
cUmar Hamdan setebal 3 juzuk. Oleh kerana kitab tersebut terlalu besar, beliau telah
meringkaskannya pula di dalam kitab Ithaf al-Ikhwan bi Ikhtisar Matmah al-Wijdan.30 Dalam
ijazahnya kepada Syeikh Muhammad Taqiy al-cUthmani pula, beliau telah menyenaraikan
75 orang gurunya berserta kedudukan ilmiah dan tarikh kewafatan setiap orang daripada
mereka.31
Penekanan diberi kepada tokoh-tokoh yang berumur panjang dengan gelaran al-
Mucammar (املعمر) di awalnya, dan dalam membaris nama-nama dan gelaran-gelaran para
perawi dalam sanad agar tidak tersalah sebutannya. Contoh-contoh sebegini banyak
ditemukan dalam karya-karya Syeikh Yasin al-Fadani yang membuktikan bahawa beliau
amat prihatin terhadap para perawi yang terdapat di dalam sanad-sanadnya. Malah
menunjukkan bahawa beliau bukanlah sekadar seorang perawi biasa yang meriwayatkan
sanad-sanad tanpa mengambil berat terhadap siapa perawi-perawi di dalam rantaiannya
atau bagaimana kedudukan mereka, tetapi sebaliknya beliau adalah seorang pakar dalam
ilmu sanad dan juga al-Rijal.
Sedikit sebanyak usaha para ulama seperti beliau ini mengingatkan kita kepada peranan
tokoh-tokoh besar ilmu al-Rijal dan al-Ruwat dahulu seperti al-Khatib al-Baghdadi, Ibn
cAsakir, al-Midhdhi, al-Dhahabi, al-Hafidh Ibn Hajar, al-Suyuti dan lain-lain, dalam
30 Muhammad Yasin al-Fadani, Ithaf al-Ikhwan bi Ikhtisar Matmah al-Wijdan, Beirut: Dar al-
Basa’ir, hlm 15.
31 Muhammad Yasin al-Fadani, 1986, al-Fayd al-Rahmani bi Ijazah al-Syaykh Muhammad Taqiy
al-cUthmani, Beirut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah, hlm 4.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
149
merekodkan maklumat dan biografi semua ilmuwan Islam. Ini kerana dikatakan
kecemerlangan ilmu hadis mula malap pada kurun ke-10 Hijrah. Maka dengan usaha para
ulama seperti Syeikh Yasin Al-Fadani ini kita tidak kehilangan maklumat atau biografi
tokoh-tokoh mutaakhirin, terutama selepas kurun ke-10 Hijrah yang merupakan
kesinambungan daripada tokoh-tokoh sebelum kurun berkenaan. Dengan rekod ini, kita
mampu membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa pertalian ilmu-ilmu Islam ini
sebenarnya tidak pernah terputus sedikit pun.
Meskipun Syeikh Yasin al-Fadani tidak menyusun sebuah kitab ilmu al-Rijal dan al-Ruwat
dalam bidang hadis secara khusus, kecuali kitab (قرة العني يف أسانيد أعالم احلرمني) namun beliau telah
menyusun beberapa buah kitab yang berkaitan mengenainya dalam bidang-bidang disiplin ilmu yang lain, iaitu fiqh, usul, falak dan bahasa Arab. Karya-karya berkenaan ialah:
الصغرى طبقات الشافعية -١ طبقات الشافعية الكربى -٢ الفقهية طبقات علماء األصول والقواعد -٣ يقاتطبقات علماء الفلك وامل -٤ طبقات مشاهري النحاة وتسلسل أخذهم -٥
9. Keprihatinan terhadap hadis dan tokoh-tokohnya di Nusantara
Mungkin dapat dikatakan bahawa Syeikh Yasin al-Fadani adalah antara orang terawal yang
mengambil berat mengenai kedudukan sanad-sanad hadis Nusantara dan juga tokoh-
tokohnya. Tanpa usaha beliau barangkali masyarakat luar alam Melayu tidak mengenali
sama sekali peranan dan sumbangan tokoh-tokoh dari Nusantara. Beliau telah memelihara
dan merekodkan sanad-sanad ini di dalam karya-karya beliau, ataupun dengan
menyelenggara dan menerbitkan kitab-kitab sanad mereka.
Melaluinya, perawi-perawi Arab dan bukan Melayu mengenal istilah ‘kiyahi’ dalam bahasa
Jawa yang bermakna syeikh, ustaz, atau orang alim, nama-nama tempat dan nama-nama
tokohnya seperti Syeikh Nawawi bin ‘Umar al-Bantani, Syeikh ‘Abdus Samad bin ‘Abdur
Rahman al-Falimbani, Kiyahi Hasyim bin Asy‘ari al-Jombangi, ‘Aqib bin Hasanuddin al-
Falimbani, Kiyahi Jam‘an bin Samun al-Tanqarani, Uhaid @ Ahyad bin Idris al-Bogori,
Kiyahi Ma‘sum bin Ahmad al-Lasami, Kiyahi Baydawi bin ‘Abdul ‘Aziz al-Lasami, Kiyahi
Baqir bin Nur al-Jogjawi, Mahfuz bin ‘Abdullah al-Tarmasi, Kiyahi Khalil bin ‘Abdul Latif al-
Bankalani, Kiyahi ‘Abdul Muhit bin Ya‘qub al-Sidarjawi, Kiyahi ‘Umar bin Salih al-Samarani,
‘Ali bin ‘Abdullah al-Banjari, Hasan bin ‘Abdus Syakur al-Sarbawi, Zainuddin al-Sumbawi,
Mahmud bin Kenan al-Falimbani, Arsyad bin ‘Abdus Samad al-Banjari, Taib bin Ja‘far al-
Falimbani, ‘Abdullah bin Azhari al-Falimbani, Kiyahi Ahmad Marzuki bin Hamid al-
Suwahani, Kiyahi Muhammad bin Yasin al-Fakalonkani, Haji ‘Abdul Hamid bin Zakaria al-
Betawi, Syeikh Muhsin bin Raden Muhammad al-Sirangi, Kiyahi Siddiq bin ‘Abdullah al-
Lasami, Kiyahi Hasan bin Kiyahi Syamsuddin al-Qanquni, Kiyahi Bakri bin Sida al-Bantani,
Qadhi Musa bin Ibrahim al-Melakawi, Qadhi Abu Bakar bin Hasan al-Muari, Syeikh ‘Uthman
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
150
bin ‘Abdul Wahhab al-Sarawaqi, Syeikh Muhammad Salih bin Idris al-Kelantani dan lain-
lain.
Ada juga tokoh Nusantara yang digelar oleh Syeikh Yasin al-Fadani dengan gelaran ahli
hadis seperti Muhaddith Surabaya bagi Syed Syeikh bin Ahmad Bafaqih. Menurut beliau,
muhaddith di zaman mutakhir, dengan makna seorang musnid yang luas periwayatannya
serta memperolehi banyak kitab sanad dan fihris secara bersambung daripada tokoh-
tokoh timur dan barat, kira-kira terdapat 130 orang alim ulama Nusantara. Antara tokoh
yang paling banyak sanad periwayatannya ialah Muhaddith Syeikh ‘Aqib bin Hasanuddin
al-Falimbani (m. 1182H), Syeikh ‘Abdus Samad bin ‘Abdur Rahman al-Falimbani (m.
1211H), Syeikh ‘Abdul Ghani bin Subuh al-Bimawi, Syeikh Mahfuz bin ‘Abdullah al-Tarmasi
(m. 1338H), Syeikh ‘Abdul Hamid Kudus, Syeikh Mukhtar bin ‘Atarid al-Bogori dan Syed
Salim Jindan.32
Contoh sanad musalsal dengan perawi-perawi Indonesia bagi thabat Syeikh Muhammad
bin ‘Ala’uddin al-Babili.33
10. Keprihatinan terhadap sanad-sanad ilmu-ilmu lain selain hadis
Para ulama bukan sahaja mengambil berat mengenai sanad-sanad hadis, malah mereka
juga terutama ulama mutaakhirin mengambil berat mengenai sanad ilmu-ilmu lain seperti
al-Qur’an, qiraat, fiqh, akidah, tasawuf dan bahasa Arab. Antara karya-karya berkaitan yang
disusun oleh Syeikh Yasin al-Fadani ialah:
32 Lihat ulasan Muhammad Yasin al-Fadani dalam: Kifayah al-Mustafid lima cAla min al-Asanid
oleh Syeikh Mahfuz bin ‘Abdullah al-Tarmasi, Beirut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah, hlm 6.
33 Muhammad Yasin al-Fadani, 1401H, Waraqat fi Majmucah al-Musalsalat wa al-Awa’il wa al-
Asanid al-cAliyyah, hlm 29.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
151
الكتب النحوية والصرفية اإلرشادات السوية يف أسانيد -١ ءاتزامي يف القرااخل أمسى الغايات يف أسانيد الشيخ إبراهيم -٢ املسامع خبتم كتاب مجع اجلوامع للسبكي تشنيف -٣ طبقات مشاهري النحاة وتسلسل أخذهم -٤ مشجرة بأسانيد الفقه الشافعي -٥
Sanad-sanad ilmu-ilmu lain ini juga terdapat dalam kitab-kitab sanad yang disusun dan
diriwayatkan oleh Syeikh Yasin Al-Fadani, antaranya seperti dalam kitab ( بغية املريد يف علوم .dan lain-lain (كفاية املستفيد للشيخ الرتمسي) ,(رياض أهل اجلنة للعالمة عبد الباقي البعلي) ,(األسانيد
Penutup
Dalam membicarakan ketokohan dan sumbangan Syeikh Yasin al-Fadani dalam disiplin
ilmu hadis secara lengkap sebenarnya tidak memadai untuk diungkapkan dalam sebuah
artikel ringkas seperti ini. Ia hanya sekadar mampu mendedahkan sebahagian kecil
daripadanya sahaja. Bagaimanapun secara umum, sehingga kini, menurut pengamatan
penulis belum ada lagi tokoh dari alam Melayu yang dapat menandingi ketokohan Syeikh
Yasin al-Fadani dari sudut ilmu Riwayah al-Hadith, bahkan tidak ramai pun tokoh dunia
Islam yang sepertinya. Dengan usaha tokoh-tokoh hadis seperti beliau inilah, umat Islam
pada hari ini dapat berbangga dengan warisan khazanah pelbagai ilmu, khususnya ilmu
hadis, yang diwarisi secara bersambung-sambung dan bertali-tali daripada nenek moyang,
dari satu generasi ke satu generasi. Pemeliharaan sanad adalah satu seni ilmu dan sejarah
yang wajar kita banggakan. Kalaulah tidak ada faedah lain daripada usaha tersebut kecuali
barakah daripada Allah Taala semata-mata, nescaya itu sudah memadai. Namun,
bagaimana tidak, sedangkan ianya mempunyai banyak faedah lain yang dapat diperolehi
bagi mereka yang mampu menilik dengan lebih halus dan teliti.34
34 Kewujudan sanad sehingga ke hari ini, bukan sekadar untuk tabarruk (mengambil berkat)
dan zikra (kenangan) semata-mata. Ia adalah sirah, sejarah, anugerah, fadhilat, rahmat, tuma'ninah,
khauf wa raja' (takut dan harap), adab, syiar, iktibar, sakinah (ketenangan) dan lain-lain faedah ilmu
dan rohani buat kita. Wal-hamdulillah.
Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu
152
Rujukan
cAbd al-Baqi al-Ba‘li al-Dimasyqi. 1985. Riyad Ahl al-Jannah bi Athar Ahl al-Sunnah.
Diringkaskan: Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, Dimasyq: Dar al-Basa’ir.
Abdul Hayei Abdul Sukor, Dr., Muhammad Yassin Isa al-Fadani 1916–1990M/1335–1410H,
http://www.drhayei.com/2010/07/tokoh-islam.html
al-Kattani, cAbd al-Hayy bin cAbd al-Kabir. 1982. Fihris al-Faharis wa al-Athbat. Tahqiq: Dr.
Ihsan cAbbas. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.
Fayad al-‘Absu. al-Syaykh Muhammad Yasin al-Fadani al-Makki (1916-1990). http://fayad-
.maktoobblog.com/
Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi. 2003. cUlum al-Hadith Asiluha wa Mucasiruha, Selangor: Dar al-Syakir.
Mahfuz bin ‘Abdullah al-Tarmasi. t.th. Kifayah al-Mustafid lima ‘Ala min al-Asanid. Ta’liq:
Muhammad Yasin al-Fadani. Beirut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.
Martin van Bruinessen.1999. Kitab Kuning, Pesantren, dan Tarekat: Tradisi-Tradisi Islam di
Indonesia. Bandung: Penerbit Mizan.
Muhammad ‘Ali Yamani. al-Syaykh Muhammad Yasin al-Fadani (1335-1410).
http://www.makkawi.com/Articles/show.aspx?Id=323
Muhammad Yasin al-Fadani. 1401H. Waraqat fi Majmucah al-Musalsalat wa al-Awa’il wa al-
Asanid al-cAliyyah. Kaherah: al-Matbacah al-Salafiyyah.
Muhammad Yasin al-Fadani. 1985. al-‘Ujalah fi al-Ahadith al-Musalsalah. Dimasyq: Dar al-
Basa’ir.
Muhammad Yasin al-Fadani. Ithaf al-Ikhwan bi Ikhtisar Matmah al-Wijdan, Dimasyq: Dar al-
Basa’ir.
al-Ghawthani, Yahya. Tarjamah Mukhtasarah li Musnad al-cAsr al-Syaykh Muhammad Yasin
al-Fadani. http://montada.gawthany.com/vb/showthread.php?t=20557&highlight=%C7%E1
%DD%C7%CF%C7%E4%ED