Download - Moral Kbsr
![Page 1: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/1.jpg)
GDC2023 KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA
DASAR DAN FAKTOR PEMBENTUKAN KBSR
PENSYARAH : EN.ABDUL RAHIM ABDUL RAHMAN
![Page 2: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/2.jpg)
PENGENALAN. Kesedaran menggantikan sistem pendidikan
penjajah.
. Penyata Razak 1956
. Ordinan Pelajaran 1957
. 1960 Laporan Rahman Talib (Akta Pelajaran 1961)
![Page 3: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/3.jpg)
PENGENALAN
. Kurikulum sentiasa mengalami perubahan.
. Falsafah dan matlamat pendidikan negara menjadi
dasar KBSR.
. Perkembangan berlaku sejajar dengan kemajuan
negara.
![Page 4: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/4.jpg)
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
![Page 5: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/5.jpg)
FALSAFAH PENDIDIKAN
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
![Page 6: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/6.jpg)
FAKTOR KEHENDAK MASYARAKAT
Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat.
Misalnya masyarakat industri dan pertanian kurikulumnya adalah berbeza.
![Page 7: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/7.jpg)
FAKTOR POLITIK
Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintah menguatkan pengaruh mereka.
Dasar British menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik dari ibubapa mereka.
![Page 8: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/8.jpg)
FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA DAN PERKEMBANGAN DUNIA
Kurikulum diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi
Perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik dan vokasional kerana tenaga kerja mahir dalam zaman berteknologi canggih.
![Page 9: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/9.jpg)
FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL
Sekolah menjadi agen perubahan sosial.
Keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Dengan itu perubahan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial.
![Page 10: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/10.jpg)
FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA KURIKULUM
Kurikulum disesuaikan mengikut peredaran masa oleh perancang dan pelaksana.
Pertambahan pengetahuan baru menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku.
![Page 11: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/11.jpg)
FAKTOR MURID, KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT
Perancangan kurikulum mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh.
Murid adalah individu yang bakal menjadi anggota masyarakat. Kurikulum seharusnya menyediakan murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat dimana mereka tinggal dan bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.
![Page 12: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/12.jpg)
FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA
Kurikulum disesuaikan dengan perkembangan ilmu yang bersifat dinamik.
Pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri.
![Page 13: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/13.jpg)
FAKTOR PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Murid tidak lagi dianggap gelas kosong dan guru memasukan pengetahuan ke dalam gelas tersebut.
Dalam KBSR pengajaran dan pembelajaran ditekankan kepada fahaman binaan (konstruktivism) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
![Page 14: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/14.jpg)
PERANAN KURIKULUM1. PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA
MENYELURUH ( INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI )
2. PENERAPAN DAN PERKEMBANGAN NILAI-NILAI MURNI
3. PENYEBARAN ILMU PENGETAHUAN4. PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG
BERSATU PADU5. MELAHIRKAN TENAGA KERJA MAHIR
[ LAPORAN JAWATANKUASA KABINET, 1979 ]
![Page 15: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/15.jpg)
Latar Belakang:
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.1983 -Pelaksanaan penuh di semua sekolah.1984 -Amalan perdagangan disisipkan dan diganti
dengan Kemahiran Hidup.
KBSR
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
![Page 16: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/16.jpg)
STRUKTUR KBSR
KOMUNIKASI
Kemahiran 3M
PERKEMBANGAN DIRI
INDIVIDU
Kesenian dan rekreasi
1.Muzik
2.Pendidikan seni
3.Pendidikan jasmani
MANUSIA DENGAN ALAM KELILING
1.Kerohanian, nilai dan sikap
2.Kemanusiaan & persekitaran pendidikan
3.Pendidikan agama Islam
4.Pendidikan moral
5.Alam dan manusia
MURID
![Page 17: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/17.jpg)
Prinsip-Prinsip KBSR• 1. Perkembangan menyeluruh.• 2. Penguasaan kemahiran asas.• 3. Pemupukan nilai-nilai murni.• 4. Pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid.• 5. Prinsip mudah ubah.• 6. Pendidikan umum untuk semua murid.• 7. Pendidikan seumur hidup.• 8. Bahasa merentas kurikulum.• 9. Penilaian berterusan.
![Page 18: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/18.jpg)
Penekanan Dan Tumpuan KBSR
a. Kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis).
b. Kemahiran berfikir.c. Nilai merentas kurikulum.d. Bahasa merentas kurikulum.e. Patriotisme merentas kurikulum.f. Strategi P & P yang berpusatkan murid.g. Penilaian berterusan.h. Pemulihan dan pengayaan.
![Page 19: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/19.jpg)
Dasar Pendidikan Kebangsaan penting untuk memupuk perpaduan.Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan,agama dan adat resam,pendidikan merupakan faktor utama dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional
![Page 20: Moral Kbsr](https://reader033.vdocuments.mx/reader033/viewer/2022061422/557d677ed8b42a81638b4612/html5/thumbnails/20.jpg)
RUMUSAN
Kurikulum persekolahan kebangsaan (KBSR) mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.