SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU 06900 YAN KEDAH DARUL AMAN
PELAN STRATEGIK DAN TAKTIKAL2010
BULAN SABIT MERAH MALAYSIADisediakan Oleh:
AHMAD KHAIRI ABU BAKAR
DAFTAR ISI
MISI DAN VISI SEKOLAH ….. 1
PENDAHULUAN ….. 2
SEJARAH PENUBUHAN ….. 3
MOTTO, MISI DAN VISI PERSATUAN ….. 4
CARTA ORGANISASI ….. 5
AKTIVITI SEPANJANG 2010 ….. 6
PELAN TAKTIKAL ….. 7
PELAN OPERASI ….. 9
ANGGARAN BELANJAWAN ….. 13
PENUTUP ….. 14
MISI DAN VISI
SMK SUNGAI LIMAU, YANKEDAH DARUL AMAN
VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU AKAN MENJADI SEKOLAH MENENGAH NOMBOR SATU DI DAERAH
YAN KEDAH TAHUN 2010
MISI
BERUSAHA SEDAYA UPAYA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI BAGI
MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKETRAMPILAN DALAM BIDANG
KOKURIKULUM, BERAKHLAK MULIA, BERIHSAN ,MENCINTAI AGAMA, BANGSA
DAN NEGARA
PENDAHULUAN
Perancangan Tahunan ini dibentuk bagi merangka satu pelan dan
program bagi melaksanakan aktiviti –aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia di
SMK Sungai Limau sepanjang tahun 2010. Pelan dan program yang dibentuk
adalah manifestasi daripada Pelan Strategik sekolah 2006 hingga 2010 iaitu
bagi mencapai visi sekolah menjadi sekolah nombor satu di daerah Yan tahun
2010 khususnya dalam bidang kokurikulum .
Pelan strategik jangka panjang lima tahun tersebut sudah berlalu
selama tiga tahun iaitu mulai tahun 2006, 2007 dan 2008. Sepanjang masa
tiga tahun tersebut terdapat aktiviti-aktiviti yang dirancang telah dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya ialah Kursus Asas Pertolongan
Cemas, Perkhemahan Belia Bulan Sabit Merah Cabang Yan, Perkhemahan
Perdanan Unit Uniform SMK Sungai Limau dan sebagainya.
Berasaskan kepada kejayaan perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut,
maka adalah wajar pihak Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Sungai Limau
merangka satu pelan yang jitu bukan hanya bagi mencapai visi sekolah yang
telah dibentuk sebaliknya memberikan ruang kepada pelajar untuk melahirkan
bakat dan potensi mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih
tinggi dan alam kerjaya mereka.
SEJARAH PENUBUHAN
Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan bilangan ahli seramai 34 orang.
Pada awal penubuhannya, Bulan Sabit Merah SMK Sungai Limau
mengharungi pelbagai tribulasi serta kekurangan dari segi kelengkapan,
kemahiran dan alatan. Namun, segala kekurangan yang ada bukanlah
merupakan alasan untuk BSMM SMK Sungai Limau tidak bergiat aktif
mendidik para pelajar dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan khususnya
dalam bidang pertolongan cemas.
Hari ini, BSMM SMK Sungai Limau merupakan salah satu unit uniform
yang bergerak aktif bukan hanya di sekolah, malah diperingkat Cabang Yan.
Bilangan ahli yang berdaftar juga telah meningkat kepada 74 orang dengan
dibantu oleh dua orang guru penasihat.
BSMM Sekolah Menengah Sungai Limau juga bergiat aktif di peringkat
Cabang Yan dengan menyertai pelbagai aktiviti dan program yang
dilaksanakan antaranya ialah Perkhemahan Belia Peringkat Cabang Yan
yang diadakan di Kawasan Peranginan Titi Hayun. Di samping itu juga, Ahli
PBSMM SMK Sungai Limau juga telah menyertai Perkhemahan Perdana Unit
Uniform peringkat sekolah di mana persatuan telah menghantar seramai 10
orang pemimpin pelajar menyertainya untuk menambahkan ilmu pengetahuan
di dalam bidang pengurusan kelab dan unit uniform.
MOTTO, MISI DAN VISI
MOTTO
SEDIA BERKHIDMAT
MISI
MELAKSANAKAN PENGURUSAN PERSATUAN SECARA
PROFESIONAL DAN DINAMIK DENGAN MELAHIRKAN AHLI
YANG PENYAYANG DAN PRIHATIN BERTERASKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE ARAH MENCAPAI
WAWASAN SERTA ASPIRASI NEGARA
VISI
BULAN SABIT MERAH SMK SUNGAI LIMAU SENTIASA
MENJADI PERTUBUHAN YANG MEMPERKEMBANGKAN
POTENSI AHLI KE ARAH KECEMERLANGAN
CARTA ORGANISASI
BULAN SABIT MERAH MALAYSIASMK SUNGAI LIMAU
PENAUNGTuan Haji Zarawi Bin Dogol
Pengetua SMK Sungai Limau
PENASIHATPuan Sharidah Bt Abu Bakar
Penolong Kanan Ko-Akademik
GURU PENASIHATEncik Ahmad Khairi Bin Abu Bakar
Puan Ng Lee Ki
PENGERUSIShuhaida Binti Mohamad Rodzi
TIMBALAN PENGERUSISyazwaani Binti Othman
BENDAHARINor hidayah Binti Hassan
SETIAUSAHANur Aqilah Binti Mohamad Nasir
JAWATAN KUASA KERJANur Hakimi Bin abd. Samad
Mohd Syafiq Bin Mohd SyukriNoor Asma Binti Saod
Nor Maisarah Binti Abd HalimFatin Aiza Binti Mahazir
AKTIVITI DIRANCANG SEPANJANG 2010
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan oleh Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Sungai Limau bertujuan mendedah dan
memantapkan para pelajar dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan berteraskan
pertolongan cemas. Antara aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan
ialah :
1. Program Latihan Kawad Kaki dan Pertolongan Cemas
2. Kursus Asas Kawad Kaki dan Pertolongan Cemas
3. Perkhemahan Perdana Unit Uniform SMK Sungai Limau
4. Petugas Khas semasa Kejohanan Olahraga sekolah
5. Perkhemahan Belia peringkat Cabang Yan
6. Program Lawatan Sambil Belajar anjuran BSMM Cabang Yan
Dengan adanya program dan aktiviti yang telah dirancangkan ini
diharap dapat memberi impak semaksima yang mungkin kepada para pelajar
dalam usaha untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan
mempunyai jati diri yang tinggi.
PELAN TAKTIKALBULAN SABIT MERAH MALAYSIA
SMK SUNGAI LIMAUSESI 2010
Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Fokus : Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
Teras 2 : Membangunkan Modal Insan
Fokus : a) Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan ketrerampilan
b) Memantapkan program kokurikulum dan sukan
Bil Program / Projek Tanggungjawab TempohKos /
Sumber OutputIndikatorPrestasi Sasaran
1
2
Program Latihan
a) kawad kakib) pertolongan cemasc) ujian bertulis
Kursus pertolongan cemas dan kawad kaki
Guru-guru penasihat BSMM
Guru-guru penasihat BSMM
Sepanjang tahun
Mengikut takwim
RM100.00
RM50.00
Pelajar berkawad kaki asas dan berpengetahuan pertolongan cemas
Guru boleh membalut ikatan simpulan dan berkawad kaki
Ahli-ahli memperoleh pengetahuan dan membantu pelajar yang cedera di bilik kecemasan.
Guru dapat menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dan rakan sejawat.
Semua ahli BSMM
Guru penasihat BSMM
3
4
5
Perkhemahan Perdana Unit Uniform
Petugas Bantu Mula (setiap aktiviti dan program sekolah)
Perkhemahan Belia Peringkat Cabang Yan
Guru-guru penasihat BSMM
Guru-guru penasihat BSMM
Guru Penasihat BSMM sekolah dan Cabang Yan
BSMM cabang Yan
Mei @ Jun
Tarikh Kejohanan Olahraga
Ditentukan J/kuasa Cabang Yan
RM300.00
RM 100.00
RM 300.00
Ahli bersedia mewakili sekolah ke perkhemahan Unit peringkat Cabang Yan
Bantuan awal dapat diberikan kepada para atlet yang tercedera
Ahli dapat menyediakan diri dengan ilmu pertolongan cemas
Ahli memperoleh ilmu dalam bidang pengurusan unit uniform
Pelajar dapat memberi bantuan awal kepada atlet yang cedera
Ahli dapat memindahkan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi kepada ahli-ahli yang lain.
Pemimpin dan J/Kuasa ahliBSMM
Ahli BSMM
Pemimpim dan ahli yang terpilih
PELAN OPERASI
Nama Projek : PROGRAM LATIHAN MINGGUAN
Objektif : Melatih ahli dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan dalam unit BSMM
Mendedahkan ahli dengan realiti sebenar selaku kesinambungan pembelajaran dalam bidang bilik darjah
Memastikan ahli mengambil bahagian dan dapat mencapai tahap maksimum markah penilaian kokurikulum
Tempoh : Januari – Oktober 2010
Kumpulan Sasaran : Semua ahli BSMM
Guru Terlibat : Guru Penasihat BSMM sekolah
Proses Kerja : Menetap dan mengadakan AJK kokurikulum Menyusun jadual , peraturan ,aktiviti latihan dan bilangan
latihan tahunan Surat makluman jadual perjumpaan mingguan Penyediaan peralatan dan kemudahan latihan Mengenal pasti dan memilih peserta serta kebenaran waris
( jika terlibat pertandingan luar ) Memastikan disiplin dan kawalan keselamatan semasa latihan Memastikan rekod kehadiran dan penilaian akhir Menyediakan post mortem, penilaian dan dokumentasi
selepas penyertaan aktiviti luar.
Kekangan : 1. Minat ahli masih tidak menyeluruh2. Kemudahan tempat dan peralatan masih terhad3. Keupayaan dan sistem perhubungan ahli terhad4. Peruntukan kewangan terhad
Pemantauan : 1 Penolong Kanan Kokurikulum2. Setiausaha Kokurikulum dan sukan3. Guru Penasihat BSMM
Penilaian : 1. Disiplin , sahsiah ,penyertaan dan penglibatan ahli 2. Minat , semangat dan kehadiran ahli3. Kecekapan pengurusan dan galakan guru Pencapaian ,potensi dan bakat ahli
Penambahbaikan : Kecekapan dan kelancaran pengurusan jurulatih, kehadiran, pencapaian dan penglibatan ahli, dan bakat ahli akan direkod selepas perjumpaan mingguan
Nama Projek : PERKHEMAHAN PERDANA UNIT UNIFORM
Objektif : Mendedahkan pelajar tentang realiti sebenar kehidupan,survival dan semangat jati diri.
Menanamkan semangat berpasukan,berdisiplin dan ketabahan.
Pelajar dapat menonjolkan bakat dan potensi diri dalam kepimpinan .
Tempoh : Mei 2010 ( Awal Cuti Pertengahan Tahun )
Kumpulan Sasaran : Semua pemimpin dan 20 orang ahli BSMM
Guru Terlibat : Setiausaha kokurikulum Guru Penasihat BSMM sekolah
Proses Kerja : Bentuk AJK pengurusan perkhemahan . AJK bermesyuarat bagi menyusun tugas, syarat , jadual ,
peraturan dan aktiviti perkhemahan , peralatan dan kaedah perlaksanaan
Memilih peserta dan kebenaran waris Melaksanakan perkhemahan dan kawalan post mortem, penilaian dan dokumentasi
Kekangan : 1. Minat ahli masih tidak menyeluruh2. Kemudahan dan peralatan masih terhad3. Keupayaan kewangan pelajar rendah4. Peruntukan kewangan terhad
Pemantauan : 1. Penolong Kanan Kokurikulum2. Setiausaha Kokurikulum & AJK penganjur 3. Guru Disiplin4. Guru Penasihat BSMM sekolah
Penilaian : 1. Disiplin , sahsiah dan penglibatan ahli 1. Minat , daya tahan dan kehadiran ahli2. Kecekapan pengurusan dan galakan guru3. Potensi dan bakat kepimpinan murid
Penambahbaikan : Kecekapan dan kelancaran pengurusan AJK , pencapaian dan penglibatan ahli, pengesanan potensi , daya tahan dan bakat kepimpinan ahli akan dilakukan selepas kursus
Nama Projek : PERKHEMAHAN BELIA BSMM CABANG YAN
Objektif : Mendedahkan pelajar tentang realiti sebenar kehidupan,survival dan semangat jati diri.
Menanamkan semangat berpasukan,berdisiplin dan ketabahan.
Pelajar dapat menonjolkan bakat dan potensi diri dalam kepimpinan .
Tempoh : Akan ditetapkan pada Mesyuarat BSMM Cabang Yan
Kumpulan Sasaran : Semua pemimpin pelajar BSMM ( 10 orang )
Guru Terlibat : Jawatan Kuasa BSMM Cabang YanGuru Penasihat BSMM sekolah
Bentuk AJK pengurusan perkhemahan .
Proses Kerja : AJK bermesyuarat bagi menyusun tugas, syarat , jadual , peraturan dan aktiviti perkhemahan , peralatan dan kaedah perlaksanaan
Memilih peserta dan kebenaran waris Melaksanakan perkhemahan dan kawalan post mortem, penilaian dan dokumentasi
Kekangan : 1. Pemilihan tempat berdasarkan kekosongan aktiviti2. Kemudahan dan peralatan masih terhad3. Keupayaan kewangan pelajar rendah4. Peruntukan kewangan terhad
Pemantauan : 1. Jawatan Kuasa BSMM peringkat Cabang Yan4. Guru Penasihat BSMM sekolah
Penilaian : 1. Disiplin , sahsiah dan penglibatan ahli 4. Minat , daya tahan dan kehadiran ahli5. Kecekapan pengurusan dan galakan guru6. Potensi dan bakat kepimpinan murid
Penambahbaikan : Kecekapan dan kelancaran pengurusan AJK , pencapaian dan penglibatan ahli, pengesanan potensi , daya tahan dan bakat kepimpinan ahli akan dilakukan selepas kursus
Nama Projek : PETUGAS BANTU MULA ( KECEMASAN )
Objektif : Melatih ahli mengendalikan mangsa/pesakit dalam waktu kecemasan sebelum kedatangan paramedik
Ahli dapat mempraktikkan segala ilmu dan pengetahuan dalam pertolongan cemas
Melatih ahli agar dapat memberikan pertolongan tanpa mengira masa dan tempat
Tempoh : Setiap program dan aktiviti sekolah
Kumpulan Sasaran : Ahli BSMM sekolah
Guru Terlibat : P. K Ko KurikulumGuru Penasihat BSMM
Proses Kerja : Bentuk AJK di kalangan ahli BSMM AJK penganjur menyediakan jadual aktiviti atau program
yang hendak dilaksanakan Menetapkan jadual bertugas bagi setiap ahli BSMM Melaksanakan tugas semasa aktiviti atau program dijalankan post mortem, penilaian dan dokumentasi
Kekangan : 1. Penglibatan pelajar masih tidak menyeluruh
2. Kemudahan peralatan terhad
Pemantauan : 1 Penolong Kanan Kokurikulum2. Setiausaha Kokurikulum & AJK penganjur 3.Guru Penasihat BSMM
Penilaian : 1. Disiplin , sahsiah dan penglibatan murid 7. Minat dan kehadiran murid8. Kecekapan pengurusan dan galakan guru9. Potensi dan bakat kepimpinan murid
Penambahbaikan : Kecekapan dan kelancaran pengurusan AJK , pencapaian dan penglibatan murid, pengesanan potensi dan bakat kepimpinan murid akan dilakukan selepas kursus
ANGGARAN BELANJAWAN 2010BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
SMK SUNGAI LIMAU
PENDAPATAN PERBELANJAAN
BUTIRAN RM SEN BUTIRAN RM SEN
1. Program Latihan ( mingguan )
2. Kursus Pertolongan Cemas Dan Kawad Kaki
3. Perkhemahan Perdana Unit UniformSMK Sungai Limau
4. Petugas Bantu Mula ( setiap aktiviti dan program sekolah )
5. Perkhemahan Belia Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Yan
100
50
300
100
300
00
00
00
00
00
JUMLAH JUMLAH 850 00
PENUTUP
Pelan Taktikal dan Operasi Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Sungai
Limau telah dirancang dengan begitu teliti dan mendalam dalam usaha
memperikan imput yang semaksima mungkin kepada ahli-ahli persatuan yang
bagi menambah dan meningkatkan ilmu dan kemahiran di dalam bidang yang
diceburi khususnya kemahiran pertolongan cemas dan bantu mula.
Adalah diharapkan agar segala perancangan yang telah disusun atur
bagi segala program dan aktiviti persatuan dapat dilaksanakan dalam usaha
untuk memperkembangkan potensi para pelajar semaksima mungkin dalam
usaha untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang
agar dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan Negara.