Mukasurat 1 / 28
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 04/2017
Tarikh : 17 November 2017 (Jumaat) Masa : 08.45 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Laut Malaysia
Kehadiran :
1. Dato’ Hj. Rossid Bin Musa Timbalan Ketua Pengarah Laut (Pengerusi)
2. Dato’ Hazman Bin Hussein Pengarah Bahagian Kawalan Industri
3. En. Nordin Bin Mohamadin Pengarah ILPL
4. Kapten Hj. Abdul Samad Bin Shaik Osman Pengarah Laut Wilayah Utara
5. Tn. Hj. Wan Endok Bin Wan Salleh Pengarah Laut Wilayah Timur
6. En. Mohammad Marzuki Bin Brahim Pengarah Laut Wilayah Sarawak
7. Tn. Hj. Khairudin Bin Abbas KPP UPSM
8. En. Hairizam Bin Albukhari Wakil Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran
9. Pn. Nasra Binti Zainuddin KPP UTMKE
10. En. Mohamad Khairul Rizal Bin Muni Wakil Pengarah JLWP Labuan
11. En. Mohd Nazri Bin Armar Ketua Unit Perolehan
12. En. Adam Ronny Bin Rosly Wakil Pengarah JLW Sabah
13. Pn. Hafizah Binti Meor Osman Wakil Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran
14. Pn. Aslidah Binti Tumin Wakil Pengarah Laut Wilayah Selatan
15. Pn. Norhafiza Binti Mokhtar Wakil Unit Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah
16. Pn. Derwina Anak Asen Pegawai Teknologi Maklumat JLW Sarawak
17. En. Carlos Remonza Anak Sullong Pegawai Teknologi Maklumat ILPL
18. Pn. Hazanita Binti Zainal Abidin Wakil Unit Pengurusan Aset
19. En. Valerian Shem Donggot Pegawai Teknologi Maklumat
20. En. Azizul Halimi Bin Husain Pegawai Teknologi Maklumat
21. Pn. Farah Needra Binti Hashibullah Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Urusetia
22. Pn. Shaira Binti Hashim Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Tidak Hadir Dengan Maaf:
1. Tn. Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
2. En. Roslee Bin Mat Yusof Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran
3. Dato’ Kapt. Jailani Bin Jalal Pengarah Bahagian HEPP
4. En. Abdul Nasar Bin Abdul Hadi Pengarah Laut Wilayah Tengah
5. En. Benjamin Bernard Bijion Pengarah Laut Wilayah Persekutuan Labuan
6. Tn. Hj. Dickson Anak Dollah Pengarah Laut Wilayah Selatan
7. En. Norjipin Bin Saidi Pengarah Laut Wilayah Sabah
8. En. Azhan Bin Abdullah KPP Unit Perancangan Dasar & Pembangunan
9. Pn. Rozidah Binti Mohd Yusof KPP Unit Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah
10. En. Subramaniam A/L Kannan Ketua Unit Pengurusan Aset
11. Pn. Jennifer I.Mojiol Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, JLW Sabah
Mukasurat 2 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
1.0
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 YBhg. Dato’ Pengerusi mengucapkan salam serta ucapan terima kasih
atas kehadiran semua ahli mesyuarat ke Mesyuarat JPICT JLM Bil 4/2017 ini.
1.2 YBhg. Dato’ Pengerusi meminta agar urusetia dapat membuka fail youtube bertajuk ”Winning The Better For Relevance – Topic Overview”
sebagai pembuka mesyuarat pada kali ini. YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan sesuatu perubahan kaedah kerja memerlukan
perubahan, inovasi , revolusi serta keberanian.
1.3 YBhg. Dato’ Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Pasukan Gandalf
yang telah menjuarai KIK MOT dan Pasukan Hackaton JLM kerana memenangi Hackathon Aplikasi Mudah Alih dan Hackaton Data Terbuka
anjuran MAMPU.
1.4 YBhg. Dato’ Pengerusi mohon agar pembentangan kertas pada
mesyuarat kali ini dapat di pendekkan bagi memberi laluan kepada sesi soal jawab.
1.5 YBhg. Dato’ Pengerusi juga mencadangkan agar proses sebutharga
bagi tahun 2018 dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Jun
2018.
1.6 e-Certificate di dalam MMDIS
i. YBhg. Dato’ Pengerusi bertanya adakah semua certificate
boleh dibuat melalui e-Certificate.
ii. YBhg. Dato Hazman memaklumkan, pihak BIT telah
dimaklumkan berkenaan dengan e-Certificate.
iii. YBhg. Dato’ Pengerusi mohon YBhg. Dato Hazman untuk
mengetuai perbincangan antara UTMKE, BKP, BHEPP serta pihak Bit berkenaan dengan isu e-Certificate ini bagi
membolehkan target pelaksanaan e-Certificate menjelang tahun 2019.
1.7 Open Data
i. En. Azizul memaklumkan, tidak banyak data yang dibekalkan oleh JLM untuk Open Data (data.gov.my).
ii. KPP UTMKE - Pn. Nasra memaklumkan pihak MOT
menggalakkan Jabatan menyumbang untuk open data.
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
UTMKE
Makluman
Makluman
2.0
PENETAPAN AGENDA MESYUARAT BIL 04/2017
Mesyuarat bersetuju dan mengesahkan cadangan agenda yang dibentangkan
tanpa sebarang pindaan.
Makluman
Mukasurat 3 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
3.0
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 03/2017
Mesyuarat bersetuju dan mengesahkan Minit Mesyuarat JPICT Bil. 03/2017 bertarikh 18 Ogos 2017 tanpa sebarang pindaan.
Makluman
4.0
PERKARA BERBANGKIT
4.1 PERUTUSAN PENGERUSI :: Pelaksanaan autogate yang akan dilaksanakan di Langkawi
4.1.1 Pengarah JLWU, Kapten Hj. Abdul Samad Bin Shaik Osman memaklumkan :
i. Mesyuarat pra pelaksanaan telah dibuat pada 14
November 2017 dan projek dijangka siap pada 31 Ogos
2018.
ii. Pembelian tiket feri telah dijalankan secara online namun ianya kurang mendapat sambutan.
iii. Harga tiket akan dikekalkan.
Makluman
Makluman
Makluman
4.2 PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JLM
4.2.1 UTMKE akan membangunkan Pelan Strategik ICT (PSICT) bagi
tempoh tiga (3) tahun (2018 – 2020) secara dalaman. Buat
masa ini peratus siap adalah 10% dan draf dijangka akan disiapkan pada bulan Disember 2017.
UTMKE
4.3 HAL-HAL LAIN
4.3.1 Laporan impak akan dibuat pada Mesyuarat JPICT JLM Bil
1/2018 dan senarai projek-projek ICT yang telah selesai adalah seperti maklumat berikut :
BIL. NAMA PROJEK INCHARGE PERSON
1. CADANGAN NAIK TARAF/
PENAMBAHBAIKAN SISTEM CLC DAN BCC
DENGAN MEMASUKKAN PROSEDUR
PENGELUARAN SIJIL WRECK
CONVENTION
Kapten Rosli Bin Ahmad
2. PEMASANGAN SISTEM KEDATANGAN
BIOMETRIK DI BAHAGIAN KESELAMATAN
PELAYARAN (BKP) IBU PEJABAT LAUT
(IPL)
Tuan Haji Khairudin Bin Abbas
Makluman
Mukasurat 4 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ASSET
MANAGEMENT SYSTEM BAGI LEMBAGA
DIUS API JABATAN LAUT MALAYSIA
Encik Arumugam a/l V.S Subramaniam
4. PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG VTS Encik Hairizam Bin
Albukhari 5.
PENYELENGGARAAN SERVER HP
PROLIANT ML350 G5
Encik Zainal Fitri Bin Zainal
6. PEMBANGUNAN VESSEL TRAFFIC
MANAGEMENT & INFORMATION SYSTEM
(VTMIS) DI JABATAN LAUT WILAYAH
SELATAN
Encik Shah Habidin Arib Bin Jaafar
7. CADANGAN PEROLEHAN MANAGED INTERNET SERVICES – DIRECT OVER METRO ETHERNET (DOME) UNTUK ILPPPL
Encik Carlos Remonza Anak Sullong
8. SEWAAN PENCETAK DILLETA UNTUK KUMPULAN WANG PUSAT PERDAGANGAN LAUT (KWPPL) JABATAN LAUT MALAYSIA
Encik Zainal Fitri Bin Zainal
9. CADANGAN VESSEL TRAFFIC SERVICE (VTS) OPERATOR SIMULATOR TRAININGS ILPPPL
Encik Carlos Remonza Anak Sullong
10. PROGRAM SEWAAN KOMPUTER DAN PENCETAK
Encik Valerian Shem Donggot
11. LANGGANAN SISTEM OIL SPILL TRAJECTORY DAN CHEMICAL SPILL (MALACCA HAZMAT) TRAJECTORY KEPADA SYARIKAT RPS APASA, AUSTRALIA
Encik Mohd Fairoz Bin Rozali
12. CADANGAN MENYELENGGARA DAN MENAIKTARAF SISTEM RANGKAIAN SETEMPAT (LAN) CAT6A BAGI ILPL
Encik Carlos Remonza Anak Sullong
13. MEMBEKAL, MEMASANG, MENGKOFIGURASI, MENGUJI DAN MENTAULIAH RANGKAIAN SETEMPAT (LAN) DI BLOK PENTADBIRAN (PEJABAT AM1 DAN PEJABAT AM2), ILPPPL CAWANGAN KUALA BARAM, MIRI
Puan Derwina Anak Asen
14. SISTEM PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN KAPAL- JLW SARAWAK
Puan Derwina Anak Asen
15. CADANGAN PEROLEHAN SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN LAUT DAN PENGURUSAN WREK DI JLW SARAWAK
Puan Derwina Anak Asen
Mukasurat 5 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
4.3.2 Pengarah Laut JLW Utara mohon agar pemasangan Sistem
Kedatangan di perluaskan pelaksanaannya ke semua Wilayah.
4.3.3 Encik Azizul Halimi – UTMKE memaklumkan bahawa MMDIS
telah ada modul Sistem Kedatangan.
Makluman
Makluman
5.0
LAPORAN PROJEK MALAYSIA MARINE DEPARTMENT INFORMATION SYSTEM (MMDIS)
5.1 Mesyuarat dimaklumkan berkenaan pengenalan serta status pencapaian projek MMDIS seperti berikut :
5.2 Mesyuarat dimaklumkan, penyerahan kontrak MMDIS telah dibuat pada Majlis Sambutan Hari Pelaut 2017 yang telah diadakan pada 06
September 2017 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
5.3 Bengkel Infrastruktur MMDIS pula telah dijalankan pada 25-27
September 2017 Bertempat di Jabatan Laut Port Dickson.
5.4 Berikut dimaklumkan berkenaan pengurusan isu dan risiko projek :
BIL RISIKO/ISU KETERANGAN MITIGASI
1 Dokumen SSD perlu disemak dan diluluskan mengikut jadual oleh pihak JLM
Kelewatan menyemak dan menerima Dokumen SSD akan menyebabkan tuntutan pembayaran untuk Milestone #3: Detail Design Document Approved tidak dapat dibuat mengikut jadual
Menepati tarikh sesi-sesi yang ditetapkan dan pihak JLM perlu membantu meluangkan masa untuk menilai/komen/edit serta menerima setiap modul-modul sistem MMDIS
2 Modul pembayaran online perlu mendapat kelulusan pihak JANM
Bagi semua modul pembayaran secara online dalam mana-mana sistem yang dibangunkan oleh pihak Kerajaan, ianya tertakluk kepada
JLM telah membentangkan kertas permohonan kelulusan kepada Bahagian Khidmat Perunding JANM pada 13 Oktober 2017.
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Mukasurat 6 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
kelulusan oleh JANM sebelum modul pembayaran tersebut dapat dimasukkan sebagai salah satu modul sistem
JLM diminta untuk menyemak semula dan melengkapkan maklumat yang diperlukan sebelum dikemukakn semula kepada JANM sebelum akhir November 2017.
3 Kelewatan pelaksanaan integrasi sistem MMDIS dengan sistem 1GFMAS
JLM perlu mengadakan perbincangan lanjut dengan JANM untuk pelaksanaan integrasi sistem MMDIS dengan sistem 1GFMAS. Tetapi, JANM hanya bersedia untuk berbincang selepas 1GFMAS Go-Live.
Surat rayuan telah dihantar kepada JANM pada 24 Oktober 2017 bertujuan untuk memohon mengadakan perbincangan tersebut seawal mungkin pada bulan Januari 2018.
5.5 Mesyuarat dimaklumkan tentang permohonan perubahan kontrak yang
telah diluluskan oleh Lembaga Perolehan B MOT. Lembaga Perolehan bersetuju sebulat suara dengan perkara-perkara seperti berikut :
a. Meluluskan perubahan spesifikasi teknikal perkakasan Pusat Data dan Pemulihan Bencana yang ditawarkan oleh kontraktor
seperti berikut :
MODEL ASAL KOS ASAL (RM) MODEL BARU YANG DICADANGKAN
KOS BARU (RM)
Nutanix NX-8235-G4
2,875,424.00 Nutanix NX-8235-G5 2,875,424.00 (tiada perubahan kos)
Nutanix NX-1465-G4
1,395,424.00 Nutanix NX-1465-G5 1,395,424.00 (tiada perubahan kos)
Barracuda Load Balancer ADC 540
333,334.00 Barracuda Load Balancer ADC 640
333,334.00 (tiada perubahan kos)
b. Meluluskan Permohonan Perubahan Kontrak dengan perincian seperti berikut :
BIL PERKARA PENGURANGA
N (RM) PENAMBAHAN (RM)
HARGA (RM)
1 Nilai Kontrak Asal 19,831,434.80
2 Pengguguran Skop kerja Integrasi
74,531.25
a) Sistem Real Time Performance Monitoring
14,062.50
b) Sistem telemetric System (SCADA)
14,062.50
c) Sistem Oil Spill Monitoring
14,062.50
d) Sistem SCADA Sabah
14,062.50
e) Sistem 14,062.50
Makluman
Mukasurat 7 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
MyWrems
3 Penambahan skop Kerja Integrasi
59,625.00
a) Sistem HRMIS
b) Sistem eLuar Negara
c) Sistem EDU-Cor
d) Sistem PIS
4 Nilai Kontrak Baru (termasuk 6% GST) 19,816,528.55
6.0
STATUS PELAKSANAAN PROJEK ICT
6.1 CENTRALIZED SDPX
6.1.1 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek
MMDIS.
Makluman
6.2 BUSINESS LICENSING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM (BLESS)
6.2.1 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek MMDIS.
Makluman
6.3 SINGLE WINDOW SHIP CLEARANCE SYSTEM (SWSCS)
6.3.1 JLM dan JKDM telah mengadakan dua (2) sesi pengujian
penerimaan bagi Modul Pendaftaran Kapal Asing pada 11 Julai
2017 dan 19 Julai 2017 yang lepas. Skop pengujian seterusnya adalah melibatkan Modul Ship Clearance yang dijangka
dilaksanakan pada bulan September 2017.
6.3.2 Manakala, pilot test uCustoms bagi modul Pendaftaran Kapal yang dirancang diadakan pada 30 Jun 2017 telah ditangguhkan
kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak
JKDM.
6.3.3 MOT telah mengadakan satu mesyuarat pada 14 Julai 2017 membincangkan isu Ship Call Number (SCN) oleh sistem
uCustoms. Susulan daripada mesyuarat tersebut, HEPP telah
mengadakan satu mesyuarat bersama UTMKE pada 18 Julai 2017 membincangkan isu berkaitan dengan Ship Call Number
(SCN) yang dibangkitkan oleh Northport. Hasil daripada mesyuarat tersebut telah dimaklumkan kepada pihak JKDM dan
laporan berkaitan dengan isu tersebut telah dipanjangkan kepada MOT pada 14 Ogos 2017.
Makluman
Makluman
Makluman
6.4 PENYELENGGARAAN PERKAKASAN, PERISIAN DAN SISTEM
APLIKASI BAGI SISTEM DOKUMEN PELAUT (SDPX)
6.4.1 Sedang menunggu keputusan daripada Jawatankuasa
Sebutharga Jabatan.
Unit Perolehan
Mukasurat 8 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
6.5 SEAFARER KIOSK – SISTEM DOKUMENTASI PELAUT PADA
KIOSK KOMPUTER JLM
6.5.1 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek MMDIS.
Makluman
6.6 BUSINESS INTELLIGENCE (ILPL)
6.6.1 Jabatan sedang melaksanakan projek ini di bawah projek
MMDIS.
Makluman
6.7 CADANGAN MEMBANGUNKAN SISTEM PERKHIDMATAN TRAFIK MARITIM (VTS) UNTUK KESELAMATAN PELAYARAN DI
PULAU PISANG , JOHOR
6.7.1 BKP sedang dalam pelaksanaan kajian kesesuaian pembinaan
jeti dan jalan baru ke kawasan cadangan pembinaan menara di Pulau Pisang. Selain itu, kajian menentukan coverage bagi
juga dilaksanakan.
6.7.2 Selepas kajian siap dilaksanakan, permohonan semula tanah
kepada Pejabat SUK Johor akan dimohon semula.
Makluman
BKP, UPDP
6.8 PEMBELIAN PERKAKASAN ICT UNTUK LDA
6.8.1 Perolehan ini akan dilaksanakan di bawah Sewaan Komputer dan Pencetak Laser Untuk Lembaga Dius Api, Jabatan Laut
Malaysia.
Makluman
6.9 PEMBELIAN KOMPUTER BESERTA PERISIAN UNTUK MAKMAL KOMPUTER ILPL
6.9.1 Sebutharga pembekalan komputer bernombor IPL 22/2017
yang ditawarkan kepada syarikat Gil Eum Sdn Bhd ditolak,
sebutharga kali kedua bernombor IPL 62/2017 bagi pembekalan tersebut telah dikeluarkan dan diiklankan semula
pada 16 Ogos 2017 dan ditutup pada 30 Ogos 2017 .
6.9.2 Namun begitu sebutharga kedua ini terpaksa dibatalkan
memandangkan hanya terdapat 1 pembekal yang mengambil dokumen sebutharga dan menyertai sebutharga berkenaan.
Task Force Unit Perolehan memaklumkan sebutharga ini tidak diangkat untuk pertimbangan kerana tatacara perolehan
pembekalan hendaklah sekurang-kurangnya 5 syarikat yang
hadir mengambil dokumen sebutharga berkenaan.
6.9.3 Memandangkan pembelian komputer bagi Makmal Komputer ILPL yang menggunakan peruntukkan Akaun Amanah LDA
telah dibajetkan bagi tahun 2017 maka pembelian tersebut tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana kesuntukkan
masa setelah dikeluarkan sebanyak 2 kali.
Makluman
Makluman
Makluman
Mukasurat 9 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
6.10 CADANGAN PROJEK MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG,
MENGUJI DAN MENTAULIAH PINTU AUTOGATE UNTUK KAWALAN PENUMPANG DI TERMINAL KUAH DAN KUALA
PERLIS
6.10.1 SST bertarikh 7 November 2017 telah dikeluarkan kepada
syarikat yang berjaya Pembinaan Ikhasas-Merak Sdn. Bhd.
6.10.2 Tempoh kontrak adalah selama 10 bulan 2 minggu dan kos projek termasuk GST adalah sebanyak RM4,981,836.76
Makluman
Makluman
6.11 INTEGRASI SISTEM e-COR DENGAN SISTEM SDPX
6.11.1 SELESAI. UAT telah dilaksanakan pada 27 Oktober 2017 dan 6
November 2017.
Makluman
6.12 PELAKSANAAN KONTRAK PENYELENGGARAAN BAGI SISTEM-
SISTEM APLIKASI UNTUK TAHUN 2017
6.12.1 Berikut adalah status terkini pelaksanaan kontrak bagi sistem-
sistem aplikasi bagi tahun 2017 :
BIL SEBUTHARGA STATUS
1. Sebutharga Penyelenggaraan SCS
Dalam proses pelaksanaan.
2. Sebutharga Penyelenggaraan Sistem Biometrik
Surat Setuju Terima (SST) telah diserahkan kepada Syarikat Koridor Perintis Sdn. Bhd bertarikh 28 Ogos 2017. Kontrak selama 24 bulan bermula daripada 11 September 2017 sehingga 10 September 2019
3. Sebutharga Penyelenggaraan Sistem LAYAR
Surat Setuju Terima (SST) telah dianugerahkan kepada Syarikat Projek Sistematik Sdn Bhd bertarikh 28 Ogos 2017. Kontrak selama 12 bulan bermula daripada 11 September 2017 sehingga 10 September 2018.
4. Sebutharga Ujian Penembusan Keselamatan (SPA)
Surat Setuju Terima (SST) telah dianugerahkan kepada Syarikat Inspos Solution Sdn. Bhd. SST telah dikeluarkan pada 07 Jun 2017 dengan tempoh perkhidmatan selama 18 bulan bermula pada 21 Jun 2017 sehingga 20 Disember 2018.
5. Sebutharga Penyelenggaraan Laman Web
Surat Setuju Terima (SST) telah dianugerahkan kepada Syarikat I-MPV System Sdn Bhd bertarikh 29 September 2017. Kontrak selama 24 bulan bermula 13 Oktober 2017 sehingga 12 Oktober 2019
6. Sebutharga Penyelenggaraan Online Payment
Sebutharga telah diiklankan semula kerana tiada penyebutharga yang berjaya. Sebutharga telah diiklankan semula pada 3 Oktober 2017 dan telah ditutup pada 11 Oktober 2017. Status terkini dalam proses penilaian sebutharga.
7. Sebutharga Penyelenggaraan Integrasi uCustoms untuk JLM
Surat Setuju Terima (SST) telah dianugerahkan kepada Syarikat Projek Sistematik Sdn. Bhd. Bertarikh 28 Ogos 2017. Kontrak 12 bulan bermula 11 September 2017 sehingga 10 September 2018
Unit Task
Force Perolehan
Mukasurat 10 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
6.13 MAINTENANCE DATA CENTER
6.13.1 Preventive Maintenance (PM) ke-2 telah dilaksanakan pada
bulan Oktober 2017. PM ke-3 dijangka akan dilaksanakan pada
bulan Februari 2018.
UTMKE
6.14 CADANGAN PEROLEHAN SECARA RUNDINGAN TERUS DENGAN TM BAGI KONTRAK SEWAAN PERKHIDMATAN TALIAN
SERAGAM (1 NETWORK) MERANGKUMI RANGKAIAN DAN KESELAMATAN KOMUNIKASI JABATAN LAUT MALAYSIA BAGI
TEMPOH JUN 2017 HINGGA MEI 2022
6.14.1 Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 4 Oktober
2017.
6.14.2 Penyediaan infrastruktur perkhidmatan bermula dari tarikh 16 Oktober 2017 dalam tempoh empat (4) bulan.
6.14.3 Mesyuarat Pra-Pelaksanaan Projek telah diadakan pada 31 Oktober 2017.
Makluman
Makluman
Makluman
6.15 PEROLEHAN PEMBELIAN LAPTOP DAN SISTEM CHEMICAL
SPILL TRAJECTORY DIBAWAH PEROLEHAN PERALATAN MELAWAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA & HAZARDOUS NOXIOUS
SUBASTANCES (HNS)
6.15.1 SELESAI. Penghantaran bagi semua peralatan telah selesai
pada 3 November 2017. Pengesahan telah dibuat oleh Pasukan Projek.
6.15.2 Mesyuarat bersama pihak KAJ pada 14 November 2017 adalah
untuk memuktamadkan jumlah hari kelewatan kesemua penghantaran peralatan tersebut.
6.15.3 Perincian :- a. Jumlah hari lewat : 88 hari
b. Jumlah kenaan LAD (Sehari ) : RM 398.75 c. Jumlah kenaan Denda : RM35,090.00
6.15.4 KAJ akan mengemukakan invois bagi baki 70% tuntutan selewat-lewatnya pada 17 November 2017.
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
6.16 LANGGANAN SISTEM LAWNET.COM.MY DARIPADA
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB)
6.16.1 Status perolehan SELESAI.
6.16.2 6 ID telah diedarkan kepada:
a. BKI b. BHEPP & BKP
c. JLW Utara & Selatan
d. JLW Timur & Labuan
Makluman
Makluman
Mukasurat 11 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
e. JLW Tengah
f. Pengarah BKI
6.17 SEWAAN KOMPUTER DAN PENCETAK UNTUK LEMBAGA DIUS
API JABATAN LAUT MALAYSIA
6.17.1 Perolehan akan dilaksanakan bersama-sama dengan Tender Sewaan Berpusat Ibu Pejabat Laut 2018.
UTMKE
6.18 KR-CON
6.18.1 Status perolehan SELESAI.
6.18.2 2 unit USB KR CON telah diterima daripada pembekal pada 20/10/2017 dan telah digunapakai oleh pengguna.
Makluman
Makluman
6.19 KERTAS CADANGAN UNTUK PEMBAHARUAN BAGI LANGGANAN
SISTEM PERGERAKAN TUMPAHAN MINYAK (OIL SPILL TRAJECTORY) DAN SISTEM PERGERAKAN TUMPAHAN BAHAN
KIMIA BERBAHAYA (CHEMICAL SPILL TRAJECTORY) KEPADA SYARIKAT RPS APASA, AUSTRALIA
6.19.1 Status semasa bagi Langganan Sistem Pergerakan Tumpahan
Minyak (Oil Spill Trajectory) dan Sistem Pergerakan Tumpahan
Bahan Kimia Berbahaya (Chemical Spill Trajectory) kepada Syarikat RPS APASA, Australia akan berakhir pada 30 November
2017 (tempoh 1 tahun). Manakala, perancangan UPASM apabila mendapat persetujuan dan kelulusan daripada
mesyuarat untuk langganan 5 tahun, maka langganan akan
bermula pada 1 Disember 2017 hingga 30 November 2022.
6.19.2 Walaubagaimanapun, hasil daripada Perolehan Kontrak IPL 19/2017, iaitu Perolehan Peralatan Melawan Tumpahan Bahan
Kimia dan Hazardous Noxious Substances (HNS) untuk Jabatan
Laut Malaysia. Pihak syarikat (RPS APASA) memaklumkan bahawa langganan bagi tahun 30 November 2017 hingga 1
Disember 2018 adalah termasuk dalam langganan kontrak tersebut.
6.19.3 Sehubungan dengan itu, langganan sistem pergerakan tumpahan minyak (oil spill trajectory) dan sistem pergerakan
tumpahan bahan kimia berbahaya (chemical spill trajectory) kepada syarikat RPS Apasa, Australia dengan peruntukan
sebanyak RM 417,884.01 bagi tempoh lima (5) tahun akan
bermula pada 30 Disember 2018 hingga 30 November 2023.
Makluman
Makluman
Makluman
6.20 KERTAS CADANGAN LANGGANAN ORACLE
6.20.1 Langganan Oracle akan bermula pada bulan Januari 2018 untuk tempoh selama 12 bulan bagi Pakej Asas dan akan
ditambah berdasarkan keperluan.
Makluman
Mukasurat 12 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
6.21 SEWAAN KOMPUTER DAN PENCETAK BAGI IBU PEJABAT DAN
PEJABAT KAWASAN JLW SARAWAK
6.21.1 SELESAI.
6.21.2 Kerja-kerja Penghantaran, Instalasi, Pengujian, Pentauliahan,
Penyelenggaraan Set Komputer dan Pencetak Untuk Ibu Pejabat dan Pejabat-Pejabat Kawasan, Jabatan Laut Malaysia,
Wilayah Sarawak telah selesai dilaksanakan pada 30 Ogos 2017.
6.21.3 NILAI PERJANJIAN : RM 481,167.08
6.21.4 TEMPOH PERJANJIAN : DUA (2) TAHUN (01 SEPTEMBER 2017 HINGGA 31 OGOS 2019)
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
7.0
INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS)
7.1 Laporan Aktiviti bermula 21 Ogos – 17 November 2017 :
BIL PERKARA CATATAN TARIKH
1. Pelaksanaan ISMS
Kemaskini, semakan & kelulusan kerja-kerja ISMS.
Sepanjang Masa
2. Kursus Documentation & Implementation ISMS
i. En. Carlos Remonza(Pegawai
Teknologi Maklumat)
Menghantar seorang pegawai JLM untuk mengikuti kursus
ISO/IEC 27001:2013 Documentation & Implementation.
12–13 Sept 2017
3. Audit Dalaman
1 Ketakakuran Kecil (Minor NC) dan 11 Peluang Penambahbaikan (OFI) telah dikemukakan oleh Audit Dalaman
26-27 Sept 2017
4. Audit Pemantauan Kedua oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd
2 Ketakakuran Kecil (Minor NC) dan 5 Peluang
Penambahbaikan (OFI) telah dikemukakan oleh SIRIM
12-13 Okt 2017
5. Taklimat Kesedaran
Sesi Taklimat Mengenai Penggunaan Polisi Kata Laluan dan Keselamatan Maklumat di Wisma
13 Nov 2017
Makluman
Mukasurat 13 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
Pelaut
7.2 Berikut adalah perancangan aktiviti ISMS bagi tahun 2018 :
BIL AKTIVITI/PERANCANGAN TARIKH/BULAN
SEMAKAN SKOP, ASET, SOA, RISIKO DAN KAEDAH RAWATAN
1 Kelulusan Plan Perancangan dari JPICT Jabatan Bil.4/2017
17 November 2017
2 Semakan Skop dan Boundaries ISMS Jabatan
Januari –Februari 2018
3 Semakan Senarai Aset
Februari – Mac 2018
4 Semakan Risiko-Risiko yang dikenalpasti
Februari – Mac 2018
5 Semakan Penilaian Risiko
Februari – Mac 2018
6 Pembentangan Kelulusan JPICT Jabatan Bil.1 / 2018 (bagi item 2 – 5)
Februari – Mac 2018
7 Kenalpasti Kaedah Rawatan (Treatment Plan)
April 2018
8 Kenalpasti Statement of Applicability (SOA)
April 2018
9 Kemaskini Statement of Applicability (SOA)
April 2018
10 Pembentangan Kelulusan JPICT Jabatan Bil.2 / 2018 (bagi item 7 – 9)
Mei – Jun 2018
PELAKSANAAN PENAMBAHBAIK ISMS
11 Perlaksanaan Penambahbaikan ‘Treatment Plan’
Mei – Jun 2018
12 Perlaksanaan Penambahbaikan Kawalan-Kawalan (Controls)
Mei – Jun 2018
13 Kenalpasti kaedah pengukuran (measurement)
Mei – Jun 2018
14 Latihan dan Program Kesedaran
Sepanjang Tahun
PEMANTAUAN DAN AUDIT DALAM
15 Melaksanakan Audit Dalaman
Jun 2018
16 Menyemak Laporan Audit Dalaman
Jun-Julai 2018
17 Melapor status semasa dalam JPICT Jabatan Bil.3/2018
Julai/Ogos 2018
18 Memantau dan menyemak prosedur dan kawalan (Controls)
Julai - Ogos 2018
19 Kemaskini prosedur dan kawalan Ogos – Oktober 2018
Makluman
Mukasurat 14 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
20 Melaksanakan Audit Luar
September /Oktober 2018
21 Melapor status semasa dalam JPICT Jabatan Bil.4/20
November /Disember 2018
22 Melakukan Pengukuran Keberkesanan (measurement)
Disember 2018
23 Melaksanakan penambahbaikan prosedur dan kawalan
November/Disember 2018
24 Mengambil langkah-langkah Pembetulan dan Pencegahan
November/Disember 2018
7.3 Audit Dalaman bagi tahun 2017 melibatkan lokasi Ibu Pejabat Laut dan Wisma Pelaut Pelabuhan Klang pada 26-27 September 2017.
7.4 Hasil laporan Audit Dalaman mendapati :
a. 1 Ketakakuran Kecil (Minor Nonconformity- Minor NC)
BIL PERKARA TINDAKAN / PENAMBAHBAIKAN
BERTERUSAN
CATATAN
1. PASSWORD MANAGEMENT SYSTEM Ref ISO/IEC 27001: A.9.4.3 Pengujian telah dilakukan dengan ID “kursiah" di Wisma Pelaut Port Klang pada PC No 3 (SCS) dengan 6 kesilapan kata laluan tetapi pengguna masih boleh log masuk selepas itu. Kakitangan tidak menyedari polisi kata laluan perlu diubah setiap 30 hari. JLM-IT-POL-15(6.3)
Menukar frasa yang terdapat di dalam JLM-IT-POL-15(6.3) yang sebelum ini merujuk kepada 'information system' dan ditukarkan kepada 'operating system‘ kerana kawalan sedia ada yang dilakukan untuk ‘lock out’ adalah pada peranti (device) yang digunakan. Taklimat susulan juga diadakan pada 13 November 2017 bagi menerangkan polisi kata laluan yang digunakan.
Selesai Ditutup pada 9 Oktober 2017
b. 11 Peluang Penambahbaikan (Opportunity for Improvement -
OFI)
BIL PERKARA TINDAKAN TARIKH
1. MANAGEMENT REVIEW Ref ISO/IEC 27001: 9.3(c) Bidang seperti perubahan teknologi, kos & impak, dan penambahbaikan berterusan tidak dimasukkan dalam laporan minit JPICT-2/2017 dan JPICT-1/2017. Manakala hal tersebut dinyatakan dengan jelas dalam JLM-IT-POL-01(6.2.6.3)
‘Technology change’, ‘cost & impact’, dan ‘continuouos improvement’ akan dibentangkan di dalam mesyuarat JPICT Bil.4 dan dibentangkan secara tahunan di dalam mesyuarat JPICT masa hadapan mengikut polisi sedia ada.
17 November 2017
Makluman
Makluman
Mukasurat 15 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
JLM-IT-POL-1(6.2.6.3)
2 COMMUNICATION Ref ISO/IEC 27001: 7.4(d)
Business Continuity Plan masih menyatakan Encik Roslee Mat Yusoff sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan; Kapten Halim Mohamed sebagai Bahagian Keselamatan Pelayaran; Vendor call-tree dan nombor yang patut dihubungi sewaktu berlaku masalah tidak lengkap. JLM-IT-SOP-03(5.7)
Senarai nama recovery team dan kakitangan kritikal telah
dikemaskini di dalam JLM-IT-SOP-03(5.7) pada 9 Oktober 2017. Talian telefon yang patut dihubungi sekiranya berlaku masalah telah dikemaskini.
9 Oktober 2017
3 CONTROL OF DOCUMENTED INFORMATION Ref ISO/IEC 27001: 7.5.3(a) JLM-Intranet (JALIN) tidak menunjukkan sepenuhnya polisi dan prosedur ISMS versi terkini. Contohnya. Versi terkini JLM-IT-POL-01 adalah 2.2 tetapi JALIN menunjukkan versi 2.0 JALIN
Dokumen-dokumen Polisi dan Prosedur ISMS telah disemak dan dikemaskini di dalam laman sesawang JLM-Intranet(JALIN) pada 10 Oktober 2017.
10 Oktober 2017
4 MONITORING, MEASUREMENT, ANALYSIS AND EVALUATION Ref ISO/IEC 27001: 9.1(b) Sejak tahun 2013 hingga 2016, kegagalan 'log-in' SCS telah dibuat senario untuk melaksanakan DRP / CERT JLM-IT-SOP-03(5.6)
Senario yang berlainan akan digunakan untuk melaksanakan DRP / CERT yang akan dilaksanakan pada 5-6 Disember 2017.
5-6 Disember 2017
5 COMPETENCE Ref ISO/IEC 27001: 7.2(c) Encik Mustaqim (mengendalikan dokumentasi ISMS & perkakasan) dan Encik Fikri (mengendalikan biometrik & meja bantuan SCS) didapati tidak pernah mengikuti kursus berkenaan ISMS ISO / IEC 27001
Kakitangan yang masih belum menghadiri apa - apa kursus ISMS dicadangkan untuk dihantar berkursus pada bulan Disember. Oleh kerana LO tidak dapat dikeluarkan lagi pada tahun 2017, maka dicadangkan untuk menghantar kakitangan tersebut pada tahun 2018 (awal Mac) selepas mendapat jadual kursus terbaru dari SIRIM.
Mac 2018
Mukasurat 16 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
JLM-IT-POL-04(6.2.1.1)
6 CONTROL OF
DOCUMENTED INFORMATION Ref ISO/IEC 27001: 7.5.3(c) Paling terakhir Senarai Dokumen Masterlist dikemaskini adalah pada tahun 2015 JLM-IT-SOP-01(7.2 & 8.12)
Dokumen bagi senarai Rekod
Pengedaran dokumen ISMS telah dikemaskini sehingga tahun 2017 pada 10 Oktober 2017.
10 Oktober
2017
7 ACCESS CONTROL POLICY Ref ISO/IEC 27001: A.9.1.1 Tiada master record bagi senarai pengguna yang mempunyai akses SCS. JLM-IT-POL-07(6.2.4)
Dokumen senarai pengguna Ship Clearance System (SCS) telah diwujudkan dan dikemaskini pada 9 Oktober 2017.
9 Oktober 2017
8 MONITORING AND REVIEW OF SUPPLIER SERVICES Ref ISO/IEC 27001: A.15.2.1 Penyelenggaraan terakhir genset adalah pada 21 Ogos 2017, kontrak sah
untuk Teknik Enterprise (vendor) hingga 31 Dis 2018. Rekod penyelenggaraan disimpan oleh Unit Kewangan JLM-IT-SOP-16(5.3)
Satu makluman telah diajukan kepada pihak Unit Pengurusan Aset untuk menyimpan satu salinan rekod penyelenggaraan genset.
10 Oktober 2017
9 USER REGISTRATION AND DE-REGISTRATION Ref ISO/IEC 27001: A.9.2.1 Sistem biometrik masih menyimpan data kebanyakan kakitangan kontrak yang telah berhenti dan tiada rekod penamatan perkhidmatan dicatatkan di dalam borang UARF JLM-UPSM-FRM-12/2017. Data Encik Mohd Hanif Suratman didapati masih dalam sistem biometrik. JLM-IT-POL-07(6.2.1.1)
Pada 10 Oktober 2017 Pelupusan data rekod pegawai yang telah berhenti telah dilakukan pada sistem biometrik. Borang UARF juga telah dikemaskini bagi kakitangan kontrak yang telah tamat perkhidmatan.
10 Oktober 2017
10 MANAGEMENT OF TECHNICAL
Aktiviti ‘Server Patching’ yang terdapat di dalam JLM-IT-SOP-
9 Oktober 2017
Mukasurat 17 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
VULNERABILITIES Ref ISO/IEC 27001: A.12.6.1
Rekod dalam borang JLM-IT-FRM-06 (pertukaran maklumat aset) menunjukkan aktiviti ‘patching’ hanya dilakukan setiap bulan. JLM-IT-SOP-18 (6.0)
18 (6.0) kini diselaraskan untuk dijalankan secara bulanan pada 9 Oktober 2017.
11 PLANNING INFORMATION SECURITY CONTINUITY Ref ISO/IEC 27001: A.17.1.1 Dua kakitangan SCS di Wisma Pelaut Port Klang berkata mereka akan terus meneruskan pelaporan secara manual jika terdapat sebarang masalah kepada sistem SCS tanpa memaklumkan SCS helpdesk terlebih dahulu. JLM-IT-SOP-19
Pelan tindakan berkenaan pelaporan masalah sistem SCS tersebut akan diedarkan selain daripada dimasukkan di dalam aktiviti/drill DRP / CERT pada 5 Disember 2017.
5 Disember 2017
7.5 Audit Luaran bagi tahun 2017 dibuat di dua (2) lokasi iaitu Ibu Pejabat Laut (IPL) dan Data Recovery Center (DRC) di Institut Latihan
Pengangkutan Laut (ILPL) pada 12-13 Oktober 2017.
7.6 Hasil Audit Luaran Auditor SIRIM mendapati (tempoh 90 hari bagi
menutup ketakakuran yang dilaporkan) : a. 2 Ketakakuran Kecil (Minor Nonconformity)
BIL
PERKARA TINDAKAN TARIKH
1. USER REGISTRATION AND DE-REGISTRATION Ref ISO/IEC 27001: A.9.2.1 Semasa audit dijalankan, pendaftaran akses ke sistem Ship Clearence Sistem (SCS) tidak direkodkan di dalam Borang Permohonan Akses Pengguna (UARF) seperti dibawah:
i. Pendaftaran pembekal baru iaitu
Borang UARF telah diisi oleh pihak vendor yang mempunyai akses kepada sistem SCS
i. azri-nt ii. nazrol
Buka Dijangka tutup November 2017.
Makluman
Makluman
Mukasurat 18 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
ID: azri-nt ii. Pendaftaran
pembekal baru iaitu
ID: nazrol JLM-UPSM-SOP-19 (User Access Procedure)
2 MANAGEMENT OF SECRET AUTHENTICATION INFORMATION OF USERS Ref ISO/IEC 27001: A.9.2.4 Semasa audit dijalankan, katalaluan untuk capaian sistem Ship Clearence System (SCS) menggunakan enam (6) aksara dan kesemua aksara adalah abjad. JLM-UPSM-SOP-19 (User Access Procedure)
Disebabkan edaran secara emel tidak berkesan sebelum ini, satu taklimat berkenaan polisi kata laluan yang digunapakai telah diadakan pad 13 November 2017 di Wisma Pelaut bersama kakitangan yang terlibat.
Buka Dijangka tutup November 2017.
b. 5 Peluang Penambahbaikan (Opportunity for Improvement)
BIL
PERKARA TINDAKAN TARIKH
1. KONTEKS ORGANISASI Ref ISO/IEC 27001: 4 (i) & (ii) Organisasi telah menentukan isu luaran dan dalaman dalam penentuan skop. Walau bagaimanapun, isu luaran dan dalaman boleh disediakan dalam bentuk dokumentasi. Hubungan dan kebergantungan (interfaces and dependencies) antara aktiviti yang dijalankan oleh organisasi dengan aktiviti yang dijalankan oleh organisasi lain boleh
Isu luaran dan isu dalaman termasuk hubungan dan kebergantungan akan di dokumentasikan di dalam manual ISMS Jabatan Laut selepas satu perbincangan bagi menentukan isu tersebut pada bulan Disember 2017.
Disember 2017
Mukasurat 19 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
disediakan dalam bentuk dokumentasi.
2 TINDAKAN UNTUK MENANGANI RISIKO DAN PELUANG Ref ISO/IEC 27001: 6.1
Laporan Risk Assessment dan Risk Treatment Plan telah dibangunkan, namun begitu laporan ini perlu disemak semula supaya selaras dengan skop semasa
Laporan Risk Assessment dan Risk Treatment Plan disemak secara berkala pada setiap tahun. Sesi semakan semula
dijangka akan diadakan pada bulan Feb 2018 hingga Mac 2018.
Feb 2018 - Mac 2018
3 OBJEKTIF KESELAMATAN MAKLUMAT DAN PERANCANGAN UNTUK MENCAPAINYA
Ref ISO/IEC 27001: 4 (i) & (ii) Organisasi telah mewujudkan beberapa objektif keselamatan maklumat (Information Security Management Metrics and Measurements). Walau bagaimanapun, pengukuran objektif keselamatan yang berdasarkan pelaksanaan penilaian bulanan boleh ditambah baik dengan membuat pengiraan berdasarkan formula yang tersedia untuk mencapai sasarannya.
Information Security Management Metrics and Measurements (ISMMM) akan dikemaskini mengikut kawalan yang terbaru di
mana penilaian dilakukan secara tahunan bagi melengkapi objektif didalam ISMS. Proses pengiraan tahun ini akan dilaksanakan pada bulan Disember 2017.
Disember 2017
4 PERANCANGAN Aktiviti pengelogan di 19 Oktober
Mukasurat 20 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
DAN KAWALAN ORGANISASI PENGELOGAN KEJADIAN
Ref ISO/IEC 27001: 8.1 & A.12.4.1 Penyimpanan log aktiviti (Event Logging) untuk akses ke Pusat Data boleh disemak dan ditambah baik lagi untuk menjejak sebarang aktiviti keluar masuk Pusat Data.
sistem untuk masuk ke dalam pusat data telah dikemaskini pada 19 Oktober 2017 dan
dipantau dari masa ke semasa menerusi transaksi “patching” bagi mengelakkan masalah pengelogan berlaku kembali.
2017
5 KAWALAN KEMASUKAN FIZIKAL Ref ISO/IEC 27001: A.11.1.2 Organisasi telah menyediakan Daftar Keluar Masuk Bilik Server (DRC) dan Buku Log Keluar Masuk Pusat Data IPLJLM untuk merekod aktiviti pelawat / kontraktor yang diberi kebenaran masuk ke dalam Bilik Server /
Pusat Data. Walau bagaimanapun, perekodan aktiviti ini boleh diperbaiki untuk memudahkan analisis yang dibuat sekiranya berlaku apa-apa kejadian. (contoh: perekodan nama syarikat, waktu masuk, waktu keluar, pegawai pengiring).
Daftar Keluar Masuk Bilik Server (DRC) dan Buku Log Keluar Masuk Pusat Data IPLJLM telah ditambah baik pada 3 November 2017 dengan menambahkan ruangan yang diperlukan seperti nama syarikat, waktu masuk, waktu keluar dan nama pengiring
3 November 2017
7.7 Secara keseluruhannya organisasi menunjukkan usaha yang baik di
dalam pelaksanaan ISMS. Pelaksanaan audit dalaman dan agenda yang
dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT dapat membantu organisasi mengenalpasti peluang-peluang penambahbaikan
yang boleh dilaksanakan oleh organisasi. Kesedaran dan komitmen tentang ISMS boleh dipertingkatkan lagi.
7.8 Walau bagaimanapun, terdapat ruang penambahbaikan seperti yang
dilaporkan sebagai laporan NCR dan OFI.
Makluman
Makluman
Mukasurat 21 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
8.0
LAMAN WEB JLM
8.1 Status Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan sehingga bulan Oktober 2017 adalah seperti berikut :
8.2 Laporan Statistik sehingga bulan Oktober 2017 juga telah selesai
dimuat naik ke Laman web JLM.
8.3 Bagi Provider-Based Evaluation (ProBE) 2016, JLM telah memperolehi 4 bintang melalui sumber Facebook ProBE (MAMPU & Malaysia Digital
Economy Corporation (MDEC)) yang telah diumumkan pada 03
November 2017.
8.4 Berikut adalah graf capaian bintang laman web JLM bermula pada tahun 2014 sehinga 2016 :
TAHUN
PENILAIAN METHOD PENILAIAN PENCAPAIAN
BINTANG
2014 Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA)
5
2015 Provider-Based Evaluation (ProBE)
3
2016 Provider-Based Evaluation (ProBE)
4
8.5 Berikut adalah isu dan permasalahan yang timbul dalam pengendalian kandungan lama web :
BIL ISU CADANGAN TINDAKAN
1 Maklumat Direktori / Senarai Emel tidak dikemaskini Sukar mendapat maklumat pertukaran (unit/ bahagian/ wilayah), perpindahan dan persaraan daripada setiap wilayah dan IPL
Perlu dimaklumkan secara bulanan sekiranya terdapat perubahan.
2 Laporan Aktiviti tidak dikemaskini
Laporan aktiviti perlu dihantar secara bulanan samada ada atau tidak aktitivi kepada wakil
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Mukasurat 22 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
Tiada pemakluman daripada Bahagian atau Wilayah
Bahagian di JLM atau kepada UTMKE.
8.6 Mesyuarat turut di maklumkan berkaitan Kontrak Penyelenggaraan
Laman Web Dan Laman Intranet (Jalin) Untuk Jabatan Laut Malaysia No. Sebutharga: IPL 35/2017
Makluman
9.0
PEMBENTANGAN KERTAS
9.1 KERTAS CADANGAN SEWAAN KOMPUTER, NOTEBOOK DAN
PENCETAK UNTUK JABATAN LAUT MALAYSIA
9.1.1 Objektif kertas cadangan ini ialah untuk :
a. Menggantikan komputer dan pencetak sewaan sedia
ada b. Menggantikan komputer dan notebook yang telah lama
iaitu perolehan 2010 dan ke bawah dan menggunakan
sistem pengoperasian Windows XP yang telah tamat ‘windows update’.
c. Melaksanakan program sewaan secara berpusat.
9.1.2 Berikut adalah maklumat sewaan komputer sedia ada :
Makluman
Makluman
Mukasurat 23 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
9.1.3 Manakala keperluan sewaan tambahan adalah seperti
maklumat berikut :
9.1.4 Anggaran kos sewaan yang terlibat :
9.1.5 Maklumat perolehan bagi kertas cadangan ini : a. Peruntukan Belanja Mengurus (OS 24000) dan
Lembaga Dius Api b. Cadangan tempoh sewaan adalah tiga (3) tahun iaitu
dari Jun 2018 sehingga Jun 2021
c. Pelaksanaan secara tender terbuka/e-bidding
9.1.6 Maklumat sumber peruntukan adalah seperti maklumat di bawah :
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
Mukasurat 24 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
9.1.7 YBhg. Dato’ TKP mohon buat perolehan bagi tempoh lima (5)
Tahun untuk mendapatkan harga yang lebih murah :
a. Kapten Samad – Pengarah JLWU memaklumkan
tempoh lima (5) tahun akan menyebabkan komputer usang dan tidak terkini.
b. En. Valerian memaklumkan bahawa sekiranya kos melebihi RM5 juta, ianya perlu mendapat kelulusan
sehingga ke peringkat MAMPU dan ianya akan mengambil masa yang lama dan peruntukan tidak
sempat dibelanjakan.
c. En. Valerian memaklumkan tempoh perolehan hanya
boleh dibuat bagi empat (4) tahun sahaja bagi memastikan harga di bawah RM5 juta.
9.1.8 Mesyuarat bersetuju memperaku dan meluluskan kertas
cadangan Sewaan Komputer, Notebook Dan Pencetak Untuk
Jabatan Laut Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM 4,675,821.12 bagi tempoh empat (4) tahun.
Makluman
Makluman
Makluman
Makluman
UTMKE
10.0
HAL-HAL LAIN
10.1 HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 24 JAM & HACKATHON DATA TERBUKA 48 JAM
10.1.1 Mesyuarat dimaklumkan, ianya adalah penyertaan kali pertama JLM dalam kedua-dua pertandingan ( Hackaton Aplikasi 24 jam
& Hackaton data terbuka 48 jam).
10.1.2 Pertandingan berlangsung dari 11-13 September 2017 bertempat di Malayisa Global Innovation and Creativity Center
(MaGIC).
10.1.3 Pasukan ‘ marineHack’ dianggotai oleh :
a. Ketua Pasukan : Puan Nasra Bt Zainuddin KPP(F48)
b. Ahli : En Azizul Halimi Husain PTM( F41)
Makluman
Makluman
Makluman
Mukasurat 25 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
Puan Yusniza Zakari PPTM(FA29)
En Farid Musleh PPTM(FA29)
10.1.4 Keputusan pertandingan bagi Pasukan ‘ marineHack’:
a. Hackathon Aplikasi Mudah Alih
Kedudukan 10 terbaik / 30 pasukan bertanding
Sijil peyertaan dan saguhati wang tunai RM 500.00
b. Hackhathon Data Terbuka (Kategori Sektor Awam)
Kedudukan No. 5 / 22 pasukan bertanding Sijil Penyertaan dan wang tunai RM 1,500.00
Makluman
10.2 TAKLIMAT KERANGKA PENDIGITALAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN
10.2.1 Taklimat Kerangka Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan
Kerajaan menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan program pendigitilan penyampaian perkhidmatan kerajaan
untuk tempoh sehingga tahun 2020. Ia memberi penekanan
terhadap transformasi sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat.
10.2.2 Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan
diperlukan untuk :
a. Merakyatkan perkhidmatan digital bagi mencapai
matlamat Kerajaan untuk menggapai agenda digital Kerajaan.
b. c. Meningkatkan tahap penggunaan dan mendapatkan
pulangan nilai pelaburan penyam;paian perkhidmatan
digital Kerajaan. d.
e. Menjadi rujukan utama agensi dalam menjajarkan strategi pelaksanaan pendigitilan penyampaian
perkhidmatan kerajaan dengan agenda pendigitilan
agensi.
10.2.3 Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan disediakan berdasarkan input daripada sumber primer dan
sekunder :
a. Libat urus bersama 104 orang pegawai dari 26
kementerian/agensi dalam sesi Perbincangan Meja Bulat pada 20 Jun 2017.
b. Dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas. c. Pelan Strategik ICT Sektor awam 2016-2020.
d. Pelan Tindakan Transformasi kerajaan digital.
e. Kajian Mengenai Langkah-langkah Memantapkan Perkhidmatan Dalam Talian (Online) Kerajaa
Makluman
Makluman
Makluman
Mukasurat 26 / 28
AGENDA KETERANGAN TINDAKAN
10.3 LAPORAN IMPAK PROJEK ICT YANG TELAH SIAP
10.3.1 Urusetia Mesyuarat JPICT JLM memaklumkan, Laporan Impak
Projek ICT Yang Telah Siap akan dibentangkan pada mesyuarat JPICT Bil 01/2018 yang akan datang.
Makluman
10.4 ISU WIFI DI IPL
10.4.1 Tuan Haji Khairuddin (KPP UPSM) memanjangkan isu yang telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan
(MBJ) Ibu Pejabat Laut (IPL) iaitu berkenaan dengan keperluan WIFI di IPL.
10.4.2 Beliau memaklumkan bahawa UTMKE telah memberi maklumbalas bahawa keperluan WIFI tidak mendesak kerana
pegawai dan kakitangan telah dibekalkan dengan talian kabel internet masing-masing.
10.4.3 YBhg. Dato Ketua Pengarah Laut sebagai Pengerusi MBJ IPL telah minta agar UTMKE untuk menyediakan kemudahan WIFI
disediakan kepada semua pegawai dan kakitangan IPL selain pelanggan Jabatan.
10.4.4 En Valerian Shem Donggot (UTMKE) memaklumkan beliau
akan berhubung dengan pihak TM berkenaan kemudahan
capaian WIFI ini.
Makluman
Makluman
Makluman
UTMKE
11.0
PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengahari. YBhg. Dato’ Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir pada
mesyuarat kali ini. YBhg. Dato’ Pengerusi juga mengucapkan selamat bersukan kepada semua yang terlibat dengan Sukan Jabatan yang akan bermula pada
sebelah petang ini.
Mukasurat 27 / 28
MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PEMANDU ICT BIL 4/2017
17 NOVEMBER 2017 (JUMAAT)
Disediakan Oleh,
…………………………………………………..
(FARAH NEEDRA BINTI HASHIBULLAH) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
Unit Teknologi Maklumat Dan Kerajaan Elektronik Jabatan Laut Malaysia
Disemak Oleh,
............................................. (NASRA BINTI ZAINUDDIN)
Ketua Penolong Pengarah Unit Teknologi Maklumat Dan Kerajaan Elektronik
Jabatan Laut Malaysia
Diluluskan,