Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia2
KAMI MEMBINAKOMUNITI
Pada tahun 2014, dengan blok binaan yang tersedia dan dalam kerjasama yang lebih rapat dengan rakan kongsi pasaran modal, kami telah mula mengecapi peringkat kejayaan yang seterusnya dalam membina masyarakat baharu yang menyokong visi kami untuk menjadi “Pasaran Multinasional ASEAN”.
Melalui BursaMKTPLC, Bursa Malaysia menyaksikan pertemuan peserta pasaran modal untuk mendemokrasikan maklumat pasaran untuk semua, di samping mendekati segmen pelabur runcit yang baharu dan lebih muda.
Melalui Indeks ESG yang ditanda aras di peringkat antarabangsa, Bursa Malaysia kini bersedia untuk mendekati pelabur baharu di peringkat global. Dengan mendekati masyarakat pelaburan ini, kita mampu memperkaya kepelbagaian dan kecergasan pasaran - dalam memastikan kemampanan jangka panjang.
Penutup Laporan Tahunan 2014 kami ingin menyampaikan pesanan ini dengan tangan terbuka yang mewakili komitmen Bursa Malaysia yang kukuh untuk menyokong pembinaan sebuah masyarakat pelabur yang mampan dan menyeluruh pelabur - di mana setiap orang akan memperoleh manfaat. Gear melambangkan usaha kami yang berterusan untuk meningkatkan pasaran modal dengan cara yang bertujuan untuk kebaikan pasaran dan negara.
MENJADI RAKAN KONGSI PILIHAN DI ASIA UNTUK PENGUMPULAN DANA, DAGANGAN DAN PELABURAN.
VISI
MISISEBAGAI RAKAN KONGSI PILIHAN, BURSA MALAYSIA MENAWARKAN PASARAN YANG ADIL DAN TERATUR SERTA MUDAH DICAPAI DENGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG PELBAGAI DAN INOVATIF.
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia 1
MAKLUMAT KEWANGAN
PATAMI
Dividen Bersih Sesaham
Pendapatan Operasi Kos untuk Nisbah Pendapatan
46.1%(Peningkatan 2 mata peratusan)
2013: 48.3%
54sen(+4%)
2013: 52 sen
(+7%)2013: RM439.8 juta
(Peningkatan
5 mataperatusan)
2013: 20.7%
25.4%ROE
RM198.2juta(+15%)2013: RM173.1 juta
EPS
37.2sen(+14%) 2013: 32.5 sen
RM471.3 juta
Hasil Operasi (RM juta)
331.
3
*CAGR: 9%
381.
5
388.
5 439.
8 471.
3
2010 2011 2012 2013 2014
Perbelanjaan Operasi (RM juta)
196.
6
212.
0
209.
2 229.
4
232.
0*CAGR: 4%
2010 2011 2012 2013 2014
PATAMI dan Kos Nisbah Pendapatan
111.
9
54.751.1 49.3 48.3 46.1
143.
1
150.
6 173.
1
198.
2
PATAMI (RM juta)
Dividen Bersih (Sen)
Kos untuk Nisbah Pendapatan (%)
Perolehan Dividen (%)
2010 2011 2012 2013 2014
Dividen Bersih dan Perolehan Dividen
20.0
26.0
27.0
52.0
54.0
2.63.9 4.3
6.36.7
2010 2011 2012 2013 2014
* CAGR: Kadar Pertumbuhan Tahunan Dikompaun
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia2
TUN MOHAMEDDzAIDDIN HAJIABDULLAHPengerusi
Beberapa bulan terakhir bagi tahun 2014,
adalah sangat penting atas beberapa sebab,
antaranya keadaan pasaran yang tidak
menentu. Perkembangan kewangan dalam
persekitaran global pada suku akhir 2014
mendedahkan sejauh mana pasaran tempatan
dan global kita saling berkait, dan betapa
pentingnya untuk sentiasa bersedia pada
masa-masa yang tidak menentu.
SURAT PENGERUSI KEPADA PEMEGANG SAHAM
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia 3
Meskipun mencatat rekod yang tinggi iaitu sebanyak 1,892.65 mata pada bulan Julai dan jumlah saham yang tertinggi diniagakan dalam sejarah iaitu sebanyak 7.67 bilion saham pada bulan Ogos 2014, FBM KLCI jatuh ke paras terendah pada bulan Disember kesan daripada kebimbangan pelabur terhadap pertumbuhan peolehan syarikat tersenarai dan kejatuhan harga minyak. Indeks petunjuk pasaran pula ditutup bagi tahun 2014 pada 1,761.25 mata, iaitu turun 6% berbanding tahun 2013.
Di sebalik kesuraman pasaran, Bursa kekal beroperasi dengan teguh dan untuk tahun ketiga berturut-turut, serta merupakan destinasi pengumpulan dana terbesar di ASEAN dengan sejumlah RM24.3 bilion yang diperoleh melalui IPO dan pasaran sekunder.
Dan yang lebih penting lagi, kami terus mencipta nilai pemegang saham dan meningkatkan pulangan pemegang saham, hasil usaha kami yang berterusan untuk membangunkan pasaran modal Malaysia dengan tumpuan pada disiplin kewangan.
MEMBINA NILAI PEMEGANG SAHAM PADA TAHUN 2014
Sepanjang tiga tahun sebelum 2014, kami berusaha meningkatkan kapasiti kami sebagai suatu bursa saham dan menumpukan kepada empat bidang strategik: mewujudkan persekitaran dagangan yang lebih mudah, menyediakan alternatif yang boleh diniagakan, membentuk semula struktur pasaran dan rangka kerja, dan mengintegrasikan aktiviti kami dengan pasaran serantau.
Apabila penambahbaikan sistem teras kami siap pada tahun 2013, kami menumpukan kepada memperluaskan jangkauan dan keupayaan kami pada tahun lepas untuk menggunakan sepenuhnya kapasiti baru kami. Ini adalah selaras dengan wawasan kami untuk mewujudkan nilai pemegang saham jangka panjang dengan membangunkan sebuah bursa yang berkembang maju dan mampan pada tahun-tahun akan datang.
Sementara itu, kami terus menunjukkan keputusan yang kukuh pada tahun 2014 dengan hasil operasi yang meningkat sebanyak 7% dan PATAMI sebanyak 15%.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami kepada para pemegang saham, kami juga mempunyai polisi untuk membayar dividen sebanyak sekurang-kurangnya 75% PATAMI kami. Pembayaran dividen sebenar kami dibayar secara konsisten melebihi aras ini, di mana kami telah membayar lebih daripada 90% PATAMI kepada pemegang saham setiap tahun kewangan sejak penyenaraian.
Lembaga Pengarah dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami telah mencadangkan pembayaran dividen akhir sebanyak 18 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen yang diisytiharkan bagi TK2014 kepada 54 sen sesaham. Ini merupakan hasil dividen sebanyak 6.7% atau kira-kira 92% PATAMI bagi TK2014 (tidak termasuk pembayaran dividen khas).
KEKAL KOMITED KEPADA TADBIR URUS KORPORAT YANG BAIK
Keperluan untuk peraturan yang jelas dan konsisten dan pengawasan pasaran yang kukuh telah menjadi lebih penting kerana hubungan yang semakin meningkat dengan pasaran serantau dan global. Cabaran kami sebagai pengendali Bursa Malaysia dan pengawal selia barisan hadapan adalah untuk menguruskan keseimbangan antara memastikan pasaran yang adil dan teratur dengan memacu inovasi dalam pasaran modal kita.
Bagi mencapai matlamat ini, kami telah melancarkan Indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir (Indeks ESG) pada bulan Disember 2014, yang mengukur dan mencipta jarak penglihatan yang lebih besar daripada amalan ESG PLC kami. Indeks baru ini meletakkan Bursa lebih hampir dengan amalan terbaik antarabangsa, dan pada masa yang sama menyediakan daya tarikan yang lebih besar bagi pelabur yang membuat penilaian berdasarkan kepada kemampanan.
Indeks ESG adalah contoh yang baik bagaimana kita mendekati tadbir urus korporat melalui pengenalan pengukuran yang juga akan mengukuhkan pengawasan pengawalseliaan kami di samping meluaskan daya tarikan pelabur kami.
KAMI TERUSMENCIPTA
NILAIPEMEGANG SAHAM DAN MENINGKATKANPULANGANPEMEGANG SAHAM,hasil usaha kami yang berterusan untuk membangunkan pasaran modal Malaysia dan tumpuan kami pada disiplin kewangan.
SURAT PENGERUSI KEPADA PEMEGANG SAHAM
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia4
Sementara itu, Bursa Malaysia terus membina rangka kerja kawal selia dan pendekatan untuk mewujudkan pasaran modal yang teratur. Kami sentiasa mencari jalan untuk membangunkan ketelusan dan kecekapan yang lebih tinggi dalam menjalankan tugas pengawalseliaan kami dan dalam amalan tadbir urus korporat kami untuk mewujudkan persaingan yang adil bagi semua peserta pasaran.
Kami juga sedar bahawa Bursa mencapai kedudukan yang unik di antara PLC dan oleh itu menjadi satu contoh kepada syarikat lain. Kami percaya bahawa kami perlu menunjukkan teladan dan dengan itu mengambil langkah khas untuk memastikan bahawa kami mematuhi amalan tadbir urus korporat yang terbaik sebanyak mungkin. Justeru itu, kami berbesar hati untuk menyatakan bahawa Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan tempat keempat dalam laporan Asian Corporate Governance Association’s Corporate Governance Watch 2014.
Dalam mencerminkan kedudukan kami sebagai penanda aras bagi syarikat-syarikat lain, kami merupakan PLC yang paling cepat menerbitkan laporan tahunan TK2013 kami pada tahun 2014, iaitu selepas 58 hari penutupan akaun. Penyediaan laporan yang tepat pada masanya dan adalah ciri tadbir urus yang baik, kami berharap penerbitan laporan tahunan yang pantas ini akan memberi inspirasi kepada syarikat lain untuk mengikuti jejak langkah kami.
MEMBINA PASARAN UNTUK MASA DEPAN
Pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun 2015 melambangkan peluang dan cabaran untuk kita. Jika Bursa Malaysia ingin bersaing di rantau ini, kami perlu memanfaatkan kelebihan kami untuk menunjukkan nilai yang mampu dicipta untuk peserta pasaran dalam persekitaran yang bersepadu.
Untuk itu, kami meningkatkan program jangkauan kami pada tahun 2014 dengan melibatkan generasi pelabur baharu dari dalam dan luar negara. Inisiatif-inisiatif kami juga memanfaatkan media digital untuk memudahkan jangkauan yang lebih berkesan kepada pelabur muda.
Lanjutan daripada usaha kami untuk melibatkan diri dalam pasaran, kami juga menganjurkan Bursa Bull Charge pada 21 Oktober buat pertama kalinya. Bertemakan ‘The Day the Marketplace Runs for Others’, tujuan acara ini adalah untuk meningkatkan kemampanan dan keterangkuman melalui kerjasama pasaran. Acara ini menyaksikan 1,300 pelari mendaftarkan diri daripada lebih 130 organisasi termasuk PLC, broker, bank pelaburan, kementerian, pengawal selia dan media, serta mendapat sambutan yang baik daripada eksekutif muda.
Kami juga terus mengibarkan bendera Malaysia di forum pelabur di seluruh dunia untuk menyerlahkan merit Bursa Malaysia dan PLC kami untuk meningkatkan kesedaran tentang nilai yang kami jana untuk pemegang kepentingan.
PENGHARGAAN
Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pemegang saham kami atas sokongan mereka terhadap Bursa. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengawal selia kewangan dan pembuat dasar atas peranan mereka dalam mengukuhkan pasaran Malaysia.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan Pengarah atas pandangan dan sokongan dalam memastikan Bursa kekal teguh dalam hala tuju walaupun pada masa yang tidak menentu. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Bursa di atas kesetiaan, pengorbanan dan komitmen mereka kepada wawasan kami yang membentuk asas bagi semua kejayaan kami.
MENJANA NILAIPEMEGANGSAHAM YANG
BAIKPERTUMBUHAN HASIL OPERASI
PERTUMBUHAN PATAMI
PEROLEHAN DIVIDEN
SURAT PENGERUSI KEPADA PEMEGANG SAHAM
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia 5
Sorotan 5-Tahun
31 DIS 20101, 2 31 DIS 20111 31 DIS 20121 31 DIS 2013 31 DIS 2014
Keputusan Operasi Utama (RM juta)
Hasil Operasi 331.3 381.5 388.5 439.8 471.3
Perbelanjaan Operasi 196.6 212.0 209.2 229.4 232.0
Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) 177.9 207.9 212.9 245.4 264.6
Keuntungan selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) 111.9 143.1 150.6 173.1 198.2
Lain-lain Data Utama (RM juta)
Jumlah Aset 1,708.3 1,673.5 2,198.4 1,741.7 1,656.5
Jumlah Liabiliti 855.1 818.4 1,325.1 914.2 893.8
Ekuiti Pemegang Saham 841.9 840.8 857.6 811.2 748.7
Perbelanjaan Modal 21.9 13.6 26.7 33.3 11.9
Nisbah Kewangan (%)
Pertumbuhan Hasil Operasi 11.2 15.2 1.8 13.2 7.1
Nisbah Kos kepada Pendapatan 54.7 51.1 49.3 48.3 46.1
Margin Keuntungan Bersih 31.9 35.7 36.9 37.8 40.5
Pertumbuhan PATAMI (35.9) 27.8 5.2 14.9 14.5
Pulangan atas ekuiti (ROE) 13.4 17.0 17.7 20.7 25.4
Kongsi Maklumat
Pendapatan Sesaham (EPS) (sen) 21.1 26.9 28.3 32.5 37.2
Dividen Bersih Sesaham (sen) 20.0 26.0 27.0 52.0 54.0
Perolehan Dividen (%) 2.6 3.9 4.3 6.3 6.7
Nisbah Pembayaran (%) 94.0 94.6 94.8 98.5 91.5
Aset Bersih Sesaham (RM) 1.58 1.58 1.61 1.52 1.40
Harga Saham - Tinggi (RM) 8.66 9.02 7.72 8.47 8.32
Harga Saham - Rendah (RM) 6.75 5.76 5.91 6.22 7.40
Harga Saham pada 31 Disember (RM) 7.80 6.70 6.22 8.23 8.10
Nisbah Harga Perolehan (kali) 37 25 22 25 22
Permodalan Pasaran Syarikat (RM bilion) 4.1 3.6 3.3 4.4 4.3
1 Angka-angka perbandingan dan nisbah telah dinyatakan semula untuk mengambil kira kesan-kesan:i. Denda dan perbelanjaan yang berkaitan tidak lagi diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian berikutan penubuhan Dana Pendidikan dan Integriti Pasaran Modal (CMEIF)
pada 1 Januari 2013.ii. Keuntungan dan kerugian aktuari diiktiraf berikutan penerimaan pakai MFRS 119 Manfaat Pekerja (disemak semula) pada 1 Januari 2013.
2 Pertumbuhan PATAMI bagi tahun 2010 yang tidak termasuk keuntungan daripada pelupusan anak syarikat pada tahun 2009 adalah 13.5%.
PRESTASI KAMI
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia6
Keputusan Suku Tahunan
Suku Pertama Suku Kedua Suku Ketiga Suku Keempat Tahun Penuh
2014
Keputusan Kewangan Utama
Hasil Operasi (RM juta) 115.1 115.5 121.0 119.7 471.3
EBITDA (RM juta) 61.3 64.5 71.9 66.9 264.6
PATAMI (RM juta) 45.1 46.9 53.1 53.1 198.2
ROE (%) 22.9 24.0 28.9 29.9 25.4
Nisbah Kos kepada Pendapatan (%) 48.9 46.6 42.9 46.0 46.1
EPS (sen) 8.5 8.8 10.0 10.0 37.2
Dividen Bersih Biasa Sesaham (sen) - 16.0 - 18.0 34.0
Dividen Bersih Khas Sesaham (sen) - 20.0 - - 20.0
Pemacu Operasi Utama
ADV - OMT & DBT di Pasaran Sekuriti (RM juta) 2,159 2,192 2,300 2,000 2,162
ADC di Pasaran Derivatif 50,046 44,082 54,019 54,537 50,654
2013
Keputusan Kewangan Utama
Hasil Operasi (RM juta) 101.7 122.2 112.0 103.9 439.8
EBITDA (RM juta) 55.6 77.8 65.4 46.6 245.4
PATAMI (RM juta) 38.2 54.8 46.2 33.9 173.1
ROE (%) 17.3 24.0 22.0 17.1 20.7
Nisbah Kos kepada Pendapatan (%) 49.7 40.7 46.4 57.6 48.3
EPS (sen) 7.2 10.3 8.7 6.3 32.5
Dividen Bersih Biasa Sesaham (sen) - 16.0 - 16.0 32.0
Dividen Bersih Khas Sesaham (sen) - 20.0 - - 20.0
Pemacu Operasi Utama
ADV - OMT & DBT di Pasaran Sekuriti (RM juta) 1,716 2,385 2,083 2,330 2,137
ADC di Pasaran Derivatif 45,188 41,673 45,700 41,535 43,490
ADV - Purata Nilai Dagangan Harian ADC - Purata Kontrak Didagangkan Harian OMT - Urus Niaga Atas PasaranDBT - Transaksi Perniagaan Terus
PRESTASI KAMI
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia 7
PULANGAN PEMEGANG SAHAMBursa Malaysia mempunyai rekod prestasi yang terbukti cemerlang dalam menyampaikan pembayaran dividen tahunan sebanyak lebih daripada 90% selama ini. Kami juga telah mengisytiharkan dividen khas selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2013 dan 2014.
PRESTASI HARGA SAHAM Bursa Malaysia mencatat prestasi kewangan yang kukuh pada tahun 2014, dengan peningkatan metrik penting seperti PATAMI sebanyak 15% dari tahun ke tahun dan ROE yang mencapai 25%. Sementara itu, harga saham di Bursa mencatatkan penurunan kecil sebanyak 2% yang mencerminkan sentimen lemah di pasaran yang lebih luas.
Kita bermula dengan prestasi yang kukuh pada RM8.23 selepas keuntungan 32% yang diperoleh pada tahun 2013, harga saham Bursa Malaysia mula mengalami penurunan nilai pada separuh tahun pertama 2014, mencecah paras serendah RM7.40 pada 1 April sebelum pulih semula. Dalam pasaran yang lebih luas, FBM KLCI terbukti lebih berdaya tahan dalam menghadapi aliran keadaan pasaran yang buruk termasuk kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi di China dan zon Euro serta ketegangan geopolitik yang semakin meruncing ke atas Ukraine.
Melangkah ke separuh tahun kedua 2014, pengumuman dividen khas sebanyak 20 sen bagi pemegang saham Bursa Malaysia dan nilai dagangan pasaran yang kukuh pada suku tahun ketiga telah berjaya mengekalkan harga saham Bursa sehingga penghujung tahun, manakala FBM KLCI akhirnya tunduk kepada tekanan akibat kejatuhan harga minyak global yang mendadak dan nilai Ringgit Malaysia yang semakin lemah pada bulan-bulan terakhir tahun tersebut. Ini membolehkan Bursa Malaysia mengatasi prestasi indeks tanda aras sepanjang tahun ini.
Hubungi Pegawai Hubungan Pelabur Semua pelabur adalah dialu-alukan untuk menghubungi Pegawai Hubungan Pelabur (IR) secara langsung di [email protected] atau layari bahagian IR pada laman web kami, di mana anda boleh melanggan pemberitahuan kemas kini berkala dari Bursa Malaysia melalui e-mel.
Prestasi Harga Saham Bursa Malaysia vs FBM KLCI
FBM KLCIHarga Saham Bursa Malaysia
Jan
Feb
Mar
Apr
Mei
Jun Jul
Ogs
Sep
Oct
Nov
Dis
2
0
-2
-4
-6
-8
-10
-12
-2%
-6%
Prestasi Harga Saham Bursa Malaysia vs Bursa-bursa Asia Setaraf yang Tersenarai
SGX HKEx ASXBursa Malaysia
Jan
Feb
Mar
Apr
Mei
Jun Jul
Ogs
Sep
Oct
Nov
Dis
50
40
30
20
10
0
-10
-20
33%
0%-2%
8%
Permodalan Pasaran (RM bilion)
2010 2011 2012 2013 2014
4.14.4 4.3
3.63.3
Tempatan AgensiKerajaan
Asing Penama
IndividuInstitusi
23%
77%
15%
15%
30%
40%
Struktur Pegangan Saham pada 31 Disember 2014
Pegangan Saham Asing pada 31 Disember 2014
Pembayaran Dividen Tahunan Tertinggi Pada Tahun 2014
2010 2011 2012 2013 2014
Bayar Balik94%
Bayar Balik 95%
Bayar Balik 95%
Bayar Balik
98% *
Bayar Balik
92% *
* Pembayaran sebagai peratusan daripada PATAMI tidak termasuk dividen khas
Dividen Akhir (sen)
Dividen Interim (sen)10.5
9.5 13.0
13.0 13.5
13.5 16.0 16.0
18.016.0
20.020.0
Dividen Khas (sen)
Struktur Pegangan Saham dan Permodalan PasaranPegangan saham awam kami sebanyak 65% memberikan apungan bebas saksama bagi saham Bursa Malaysia dan tahap kecairan yang baik. Pada akhir 2014, kami mempunyai sejumlah 19,435 pemegang saham. Sementara itu, permodalan pasaran kami menurun sedikit daripada RM4.4 bilion pada tahun 2013 kepada RM4.3 bilion pada tahun 2014.
PENCIPTAAN NILAI PEMEGANG SAHAM
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia8
OGOS
2014 PENCAPAIAN
28hbMEMPERKENALKAN PERKHIDMATAN PASCADAGANGAN ASEANDiperkenalkan kepada organisasi yang terlibat (PO) untuk dagangan keluar (bukan Sekuriti Bursa Malaysia) yang dijalankan di Bursa saham ASEAN dalam ASEAN Trading Link yang mengambil bahagian.
16hbPELANCARAN KONTRAK NIAGA HADAPAN DENOMINASI USD UNTUK MINYAK SAWIT YANG DITAPIS DILUNTUR DAN DINYAHBAUMenambah kepada rangkaian produk berasaskan sawit
16hbROMBAKAN STRUKTUR PENYERTAAN DERIVATIF Bertujuan untuk menarik peserta baru ke dalam Pasaran Derivatif melalui pembentukan hak dagangan tunggal untuk semua kelas produk dengan kos kemasukan yang setanding dengan bursa derivatif serantau.
28hbPELANCARAN BURSAMKTPLC - PASARAN-DALAM-POKET UNTUK SEMUA Menyediakan maklumat pasaran yang komprehensif dan tinjauan terhadap pasaran Malaysia - Semua yang diperlukan oleh setiap pelabur dan peniaga dalam satu tempat.
“Portal ini ialah satu inovasi penting yang menggunakan alat lazim bagi generasi muda, sambil menambah bahawa pelaburan dalam pasaran ekuiti memerlukan kemahiran dan pengetahuan tertentu”.
Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadziah,Menteri Kewangan II
“Pengenalan perkhidmatan ini adalah satu mercu tanda penting bagi pasaran modal Malaysia kerana ia membolehkan proses pascadagangan merentasi sempadan yang lebih cekap dan akan mengurangkan risiko yang wujud dalam urusan antara broker semasa.”
Dato’ Tajuddin Atan,Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia
22hbMEMPERKENALKAN PANDUAN BAHARU UNTUK PENASIHAT BEBASBertujuan untuk memberikan panduan praktikal kepada Penasihat Bebas dalam menjalankan peranan mereka untuk meningkatkan kualiti nasihat yang diberi dan standard penzahiran dalam surat nasihat bebas.
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia 9
2014 PENCAPAIAN
28hbDERIVATIF BURSA MALAYSIA DIIKTIRAF SEBAGAI BURSA DERIVATIF ASING YANG DILULUSKAN OLEH PENGAWAL SELIA TAIWANNiaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) dan Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI) telah diluluskan untuk ditawarkan oleh broker niaga hadapan kepada pelanggan di Taiwan.
22hbMEMPERKENALKAN INDEKS ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS (ESG) - FTSE4GOOD BURSA MALAYSIA (F4GBM) Dalam merealisasikan versi Perdana Menteri dalam Bajet 2014, F4GBM mengukur prestasi syarikat yang menunjukkan amalan ESG yang kuat.
30hbPENERBITAN HASIL PENzAHIRAN TADBIR URUS KORPORAT DALAM LAPORAN TAHUNANTujuan kajian semula ini adalah untuk menilai tahap dan kualiti penzahiran oleh syarikat yang tersenarai dengan Kod Tadbir Urus Korporat 2012 (MCCG) dan keperluan penyenaraian Bursa Malaysia yang berkaitan. Kualiti pendedahan oleh penerbit tersenarai telah menunjukkan peningkatan yang ketara pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 di seluruh Prinsip MCCG.
1hbPERLAKSANAAN PROSES SECARA TERUS UNTUK PENDAFTARANUntuk membolehkan proses pendaftaran berjalan yang lancar untuk wakil peniaga. Ini adalah selaras dengan usaha berterusan oleh Bursa Malaysia untuk mengurangkan kos dan geseran pengawalseliaan bagi peserta dan juga meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan masa untuk pasaran dengan memanfaatkan teknologi.
PELANCARAN BON NIAGA HADAPAN 5 TAHUN (FMG5) YANG DIPERTINGKATKANPeningkatan FMG5 adalah bertujuan untuk meningkatkan daya tarikan produk. Ketepatan harga dan waktu dagangan yang dilanjutkan menawarkan ketelusan dan fleksibiliti yang lebih besar kepada pedagang.
“Pengiktirafan ini merupakan petanda yang baik akan usaha kami untuk menggalakkan kecairan bagi pasaran derivatif Malaysia. Kami kini boleh mendekati segmen baharu pelanggan dari Taiwan yang kini boleh memasukkan FCPO dan FKLI sebagai sebahagian daripada portfolio dagangan mereka. Ia juga merupakan peluang untuk Peserta Dagangan kami untuk meluaskan asas pendapatan mereka.”
Dato’ Tajuddin Atan,Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia
“Terdapat momentum yang meningkat daripada pelabur yang ingin memohon keputusan pelaburan ESG. Justeru itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Bursa Malaysia sekali lagi untuk melancarkan indeks perintis ini dan Penilaian ESG yang berkaitan, seterusnya membina perkongsian yang berjaya antara Bursa dan FTSE.”
Mark Makepeace,Ketua Pegawai Eksekutif FTSE
18hbTERBITAN RANGKA KERJA BAGI MENYEDIAKAN FLEKSIBILITI UNTUK PEMBUKAAN AKAUNPO dan Ejen Depositori yang dibenarkan dapat membolehkan pelabur individu untuk membuka akaun dagangan dan sekuriti melalui medium elektronik mulai 15 Jan 2015.
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia10
PERBANDINGAN SETARA
Sumber: Bloomberg
Kadar Hasil Dividen (%)
3.27 3.24 3.05 2.05 1.90
BURSA MALAYSIA
dalam ASEAN
Kadar Hasil Dividen (%)
SING
APOR
E Ex
CHAN
GE
BURS
A M
ALAY
SIA
THE
STOC
KEx
CHAN
GE O
F TH
AILA
ND
THE
PHIL
IPPI
NEST
OCK
ExCH
ANGE
INDO
NESI
A ST
OCK
ExCH
ANGE
INDEKS PCOMPTHE PHILIPPINE STOCK ExCHANGE
JCIINDONESIA STOCK ExCHANGE
INDEKS SETTHE STOCK ExCHANGE OF THAILAND
7,232.71 5,226.95 1,497.67+22.8% +15.3%
FBM KLCIBURSA MALAYSIA
1,761.25-5.7%+22.3%
PERTUMBUHAN INDEKS BURSA-BURSA ASEAN Tahun ke Tahun 2014TITIK INDEKS PADA 31 DISEMBER 2014Sumber: Bloomberg
JCI INDEKS SET FSSTIFBM KLCIINDEKS PCOMP
Prestasi Indeks Penanda Aras pada Tahun 2014
Pertumbuhan Indeks Bursa-bursa ASEAN 5-Tahun 2010-2014
140
120
100
80
60
40
20
0
137%
106%104%
38%
16%
2010 2011 2012 2013 2014
FSSTISINGAPORE ExCHANGE
3,365.15+6.2%
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia 11
PENYATA PENDAPATAN DISATUKANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2014
2014 2013
RM’000 RM’000
Hasil operasi 471,268 439,822
Pendapatan lain 32,488 35,172
503,756 474,994
Kos kakitangan (127,604) (119,965)
Susut nilai dan pelunasan (25,287) (34,964)
Lain-lain perbelanjaan operasi (79,106) (74,485)
Keuntungan sebelum cukai 271,759 245,580
Perbelanjaan cukai pendapatan (67,737) (66,195)
Keuntungan bagi tahun 204,022 179,385
Keuntungan yang boleh diagihkan kepada:
Pemilik Syarikat 198,226 173,075
Kepentingan bukan kawalan 5,796 6,310
204,022 179,385
Perolehan sesaham diagihkan kepada pemilik Syarikat (sen sesaham):
Asas 37.2 32.5
Dicairkan 37.0 32.4
Laporan Tahunan 2014
Bursa Malaysia12
PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN DISATUKANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2014
2014 2013
RM’000 RM’000
Aset
Aset bukan semasa
Hartanah, loji dan peralatan 197,264 206,356
Perisian komputer 57,122 61,404
Muhibah 42,957 42,957
Sekuriti pelaburan 188,449 163,495
Pinjaman kakitangan boleh diterima 5,919 7,122
Aset cukai tertunda 3,673 1,648
495,384 482,982
Aset semasa
Penghutang dagangan 41,289 32,733
Lain-lain penghutang 17,412 15,794
Cukai boleh diperolehi semula 2,721 6,612
Sekuriti pelaburan 41,916 51,183
Tunai untuk margin dagangan, deposit keselamatan, pinjaman dan cagaran Pinjaman Sekuriti dan pengagihan eDividen 717,133 735,543
Tunai dan baki di bank Dana Penjelasan 126,261 65,374
Tunai dan baki di bank bagi Kumpulan 214,367 351,442
1,161,099 1,258,681
Jumlah aset 1,656,483 1,741,663
Ekuiti dan liabiliti
Ekuiti
Modal saham 266,760 266,306
Premium saham 100,064 94,167
Rizab lain 76,658 67,716
Perolehan tertahan 305,218 382,962
Ekuiti diagihkan kepada pemilik Syarikat 748,700 811,151
Kepentingan bukan kawalan 14,001 16,330
Jumlah ekuiti 762,701 827,481
Liabiliti bukan semasa
Tanggungan manfaat persaraan 26,605 28,950
Geran tertunda 5,193 7,768
Liabiliti cukai tertunda 8,149 12,892
39,947 49,610
Liabiliti semasa
Pemiutang dagangan 715,815 734,318
Sumbangan peserta kepada Dana Penjelasan 36,261 35,374
Lain-lain pemiutang 93,532 89,134
Cukai kena dibayar 8,227 5,746
853,835 864,572
Jumlah liabiliti 893,782 914,182
Jumlah ekuiti dan liabiliti 1,656,483 1,741,663
HAKCIPTA 2014Bursa Malaysia Berhad (30632-P)
Semua hak terpelihara.CD ini mengandungi kerja yang tertakluk pada hak cipta dan hak harta intelek yang lain. Hak milik adalah kepunyaan BURSA MALAYSIA BERHAD dan pihak ketiga yang tertentu (termasuk tanpa had, pengarah, pereka, jurugambar dan pelukis ilustrasi) yang mana hasil kerja mereka ditampilkan di dalam CD ini. Pengeluaran semula (termasuk percetakan) adalah menyalahi undang-undang atau penghantaran semua atau sebahagian daripada kandungan CD dalam apa jua bentuk adalah dilarang. Bagi mengelakkan keraguan, pembuatan salinan tambahan bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian CD (sama ada dengan cara elektronik atau konvensional) adalah tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan prosiding sivil atau jenayah oleh pemilik hak.
Cara Memainkan CD IniIa adalah satu CD-ROM yang dimainkan secara automatik. Hanya masukkan CD-ROM ke dalam pemacu CD-ROM di komputer peribadi anda dan ikut arahan pada skrin.
Catatan: Sila klik pada ikon ‘Acrobat Reader’ untuk memuat turun pemasang untuk tontonan PDF.
Keperluan Sistem Minimum
Windows• Core 2 Duo atau lebih tinggi• Windows XP atau lebih tinggi• 512MB RAM atau lebih tinggi• Kad bunyi dan pembesar suara• High Colour (16-bit)• Adobe Acrobat Reader 6
Macintosh• Power Macintosh• Mac OS 10.1 atau lebih tinggi• 256MB RAM atau lebih tinggi• Paparan warna 24-bit minimum• Resolusi skrin 1024 x 768 • Pemacu CD-ROM kelajuan 32x
atau lebih tinggi• Acrobat Reader 6 atau lebih tinggi
1. Dapatkan Muat turun aplikasi “Kod QR Reader” daripada
Google Play (Android Market), BlackBerry AppWorld, App Store (iOS / iPhone) atau Windows Phone Marketplace.
2. Jalankan Main aplikasi QR Reader Kod dan halakan
kamera anda kepada Kod QR.
3. Akses Dapatkan akses kepada borang maklum balas.
MAKLUM BALASKami mengalu-alukan maklum balas anda untuk memastikan bahawa kami menangani perkara-perkara yang penting kepada anda. Sila layari www.bursamalaysia.com atau e-melkan kepada [email protected] untuk borang maklum balas, atau imbas kod QR dengan telefon pintar anda.
www.bursamalaysia.comBursa Malaysia Berhad (30632-P)
Tingkat 15, Exchange Square, Bukit Kewangan,50200 Kuala Lumpur, Malaysia.
T : +603 2034 7000F : +603 2732 6437