Download - Matnoq! Azrul Tak
940710-09-5025
FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN DALAM
KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DATO’ SHEIKH AHMAD, PERLIS
SINOPSIS
Prasarana pengangkutan merupakan salah satu pemacu utama negara maju.Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan dalam
kalangan pelajar yang dijalankan di kawasan kajian.Tumpuan kajian ini adalah untuk
mengenalpasti jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar setiap hari.Kajian ini
juga dijalankan untuk menkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan pengangkutan misalnya
faktor ekonomi, alam sekitar dan lalu lintas.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh
Ahmad, Perlis dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya sebagai satu-satunya sekolah
kluster kecemerlangan di kawasan Arau.Soal selidik digunakan bagi mengenalpasti faktor
pemilihan jenis pengangkutan dalam kalangan pelajar.Data telah dianalisis menggunakan
kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat taburan kekerapan, peratusan dan
purata.Keputusan analisis menunjukkan bahawa ekonomi merupakan penyumbang utama
kepada jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar disamping faktor alam sekitar
dan lalu lintas.
1
940710-09-5025
KANDUNGAN
Halaman
SINOPSIS
KANDUNGAN
SENARAI PETA
SENARAI RAJAH
SENARAI FOTO
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Perlis
3.2 Arau
3.3 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Sheikh Ahmad
4.0 KAEDAH KAJIAN
4.1 PERSAMPELAN
4.2 PENGUMPULAN DATA
4.2.1 Data Primer
4.2.2 Data Sekunder
4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA
5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
5.1.1 Jantina
5.1.2 Umur
5.1.3 Bangsa
5.2 ANALISIS JENIS PENGANGKUTAN PARA PELAJAR
UNTUK KE SEKOLAH
2
940710-09-5025
5.2.1 Pejalan Kaki
5.2.2 Basikal
5.2.3 Motosikal
5.2.4 Kereta
5.2.5 Bas
5.2.6 Lain-lain
5.3 ANALISIS FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN
PARA PELAJAR UNTUK DATANG KE SEKOLAH
5.3.1 Faktor Ekonomi
5.3.2 Faktor Alam Sekitar
5.3.3 Faktor Lalu Lintas
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
3
940710-09-5025
SENARAI PETA
No Peta Halaman
1 Peta Negeri Perlis
2 Peta Kawasan Sekolah
SENARAI RAJAH
No Rajah Halaman
1 Jantina
2 Umur
3 Bangsa
4 Graf Analisis Jenis Pengangkutan
SENARAI FOTO
No Foto
1
2
3
4
5
4
940710-09-5025
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberikan kekuatan untuk menyiapkan tugasan kali ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Halimah bt Khalid selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau amat dihargai.
Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu dan abah tercinta iaitu Encik Noh bin Adam dan Puan Wan Hasnah bt Ismail kerana banyak membantu dan tidak jemu memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan. Tidak lupa juga buat adik beradik saya Nor Asyikin bt Noh dan Nor Azlina bt Noh, terima kasih kerana memberikan semangat.
Penghargaan ini juga buat rakan-rakan yang disayangi, Muhd Firdaus bin Nordin, Nor Syafiqah bt Abd Aziz, Hani Sofea Marissa bt Haslizan, Abdul Wafi bin Rosli, Muhd Nur Farez bin Romli, Wan Rasfan Norshiham bin Wan Rostan, Nur Hafizah bt Hasan dan rakan-rakan seperjuangan di Tingkatan Enam Za’ba, terima kasih kerana sudi membantu. Jasa anda semua amat dihargai.
Sekian, terima kasih kepada semua.
5
940710-09-5025
1.0 PENGENALAN
Manusia melakukan banyak aktiviti dan antara aktiviti yang paling penting terutama kepada
remaja ialah aktiviti pembelajaran.Pergerakan yang dilakukan oleh pelajar dari rumah atau
asrama ke sekolah atau institusi pendidikan dikenali sebagai trip sekolah (Lapin 1964 &
Bureau of Transportation Statistics 2006) atau trip pendidikan (Ortúzar & Willumsen
2001).Trip sekolah merupakan salah satu trip yang berasaskan rumah selain daripada trip
kerja, dan trip membeli-belah (Riza Atiq 1994; Ortúzar & Willumsen 2001). Trip pendidikan
dan trip kerja juga dikenali sebagai trip wajib manakala trip lain dikenali sebagai trip pilihan.
Data daripada kajian di Santiago (Ortúzar & Willumsen 2001) mendapati tatisti trip (87.18%)
yang dilakukan pada waktu puncak pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi) ialah trip kerja dan trip
pendidikan.
Permintaan pengangkutan untuk trip sekolah merupakan keperluan penting untuk
memudahkan proses ulang alik pelajar ke sekolah. Peringkat umur yang berlainan
memerlukan jenis pengangkutan yang berlainan. Misalnya, peringkat umur persekolahan
akan memerlukan perkhidmatan bas sekolah mengikut masa-masa tertentu (Ibrahim 1988).
Bagi memenuhi keperluan trip sekolah, pelajar menggunakan pelbagai jenis pengangkutan
daripada berjalan kaki sehingga kepada penggunaan kenderaan sama ada pengangkutan
awam atau pengangkutan persendirian. Pengangkutan berupaya mewujudkan pengerakan,
membolehkan bidang pendidikan diperluaskan kepada pelajar tanpa mengalami halangan,
dan memberi kesempurnaan terhadap trip sekolah.Kemajuan dalam pengangkutan
membolehkan semakin ramai pelajar membuat lebih banyak trip ke tempat yang lebih jauh.
Corak trip sekolah di Malaysia terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi yang bermula pada
pukul 6.00 hingga 7.30 pagi dan pulang dari sekolah bermula jam 1.10 tengah hari, manakala
sesi petang pula bermula pada jam 11 pagi hingga 1.10 tengah hari dan trip pulang dari
sekolah bermula pada pukul 6.30 petang hingga 7.00 petang. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005, bilangan pelajar yang
bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah seramai 5.3 juta orang.Jumlah ini adalah
20.3 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia pada tahun 2005.Pertambahan
bilangan pelajar ini bermakna berlaku pertambahan bilangan trip yang dilakukan oleh pelajar.
Apabila jumlah angka ini terus meningkat maka bilangan trip sekolah juga akan meningkat.
Oleh itu kajian harus dilakukan untuk meneliti penggunaan mod pengangkutan untuk trip
sekolah kerana trip sekolah (pendidikan) adalah penting.
6
940710-09-5025
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun :
i. Mengenal pasti jenis kenderaan yang digunakan oleh para pelajar setiap hari.
ii. Menyelidik faktor para pelajar menggunakan kenderaan tersebut.
7
940710-09-5025
3.0 LOKASI KAJIAN
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.Kawasan
kajian ini adalah berfokus di kawasan pendidikan yang terdapat di Arau iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau Perlis.Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Sheikh Ahmad ini terletak diantara jalan Kangar-Kodiang, lebih kurang dua puluh
minit perjalanan ke kawasan Pusat Bandar Kangar dan lebih kurang sepuluh minit ke
kawasan pekan Kodiang.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad ini telah
dipilih berdasarkan definisi trip sekolah yang telah dikenal pasti.
3.1 NEGERI PERLIS
Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negara jiran iaitu
Thailand.Manakala di sebelah selatan Perlis pula, Perlis berjiran dengan Negeri Kedah.
Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 793.99km persegi dengan jumlah penduduk
seramai 217,480 orang. Ibu negeri Perlis ialah bandar Kangar, manakala Arau merupakan
bandar Di Raja yang terletak 14 km dari bandar Kangar. Di dalam negeri Perlis, terdapat 103
buah sekolah termasuk 74 buah sekolah rendah dan 29 buah sekolah menengah. Bilangan
keseluruhan para guru yang mengajar di seluruh negeri ini ialah berjumlah 4 693 orang
guru.Bilangan guru lelaki yang mengajar di sekolah menengah ialah 833 orang dan di sekolah
rendah pula ialah seramai 757 orang.Bagi guru perempuan pula yang mengajar di sekolah
menengah ialah seramai 1 393 orang manakala bilangan guru perempuan yang mengajar di
sekolah rendah ialah 1 720 orang.
8
940710-09-5025
Peta 1 : Peta Negeri Perlis
Sumber : Laman Web Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perlis
9
940710-09-5025
3.2 ARAU
Arau merupakan sebuah Bandar DiRaja dan juga mukim di negeri Perlis.Kawasan ini
dijadikan Bandar Di Raja kerana di sini terdapat Istana Di Raja Arau dan Makam Diraja
negeri Perlis.Arau terletak kira-kira 14 kilometer dari tenggara Kangar.Istana Arau yang
berbumbung merah terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Perlis di mana dapat
menampung 7,000 orang jemaah di dalamnya.
Bandar Diraja Arau mempunyai sejarah tersendiri. Menurut sejarah, nama “arau” berasal
daripada nama seorang pemimpin pada masa dahulu iaitu Tok Arau. Tok Arau telah
membuka Arau pada Abad ke-19. Mengikut fakta sejarah, nama sebenar Tok Arau ialah
Mohd Yunus b. Mohd Arshad berasal dari Chenak, Thailand. Beliau kemudiannya menjadi
penghulu Arau dan selepas itu dilantik sebagai Perdana Menteri Perlis yang pertama dan
terakhir. Beliau bergelar Datuk Paduka Belat Di Raja Seri Perdana Menteri .Kubur beliau
terletak di Kampung Kebun iaitu salah satu kampong yang terdapat di kawaasan Arau.
Kawasan Arau adalah kawasan bagi pertumbuhan pendidikan tinggi.Antara pusat pengajian
yang terletak di kawasan Arau ini ialah UiTM Arau, Kolej Matrikulasi Perlis dan Universiti
Malaysia Perlis (UniMaP) yang terletak di Pauh Putra.Selain itu, terdapat sekurang
kurangnya 6 buah sekolah menengah di kawasan Arau ini. Antara sekolah menengah berikut
ialah SMK Dato’ Sheikh Ahmad, SMK Arau, SM Vokasional Arau, SMK Agama Arau, Al
Madrasah Al Alawiyah Ad Dinniah, dan SMK Tengku Budriah. Sekolah yang menjadi
kawasan kajian ialah sebuah sekolah bertaraf Sekolah Kluster Kecemerlangan di kawasan
Arau ini iaitu SMK Dato’ Sheikh Ahmad di mana penggunaan pengangkutan para pelajar ini
menjadi sasaran kajian ini dilakukan.
10
940710-09-5025
3.3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH AHMAD
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad diasaskan pada 1 Januari 1964 sebagai
Sekolah Menengah Aliran Kebangsaan yang pertama di Perlis.Sebelumnya ditumpangkan di
Sekolah Inggeris Derma, Kangar mulai Mei 1958.Dirasmikan pada 12 Jun 1964 oleh Y.T.M
Tengku Suleiman Ibni Almarhum Tengku Bendahara Abu Bakar, sebagai Sekolah Menengah
Melayu Arau. Pada 3 November 1966, diberi nama baru Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Sheikh Ahmad dengan menerima hanya pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja, manakala
Tingkatan 1, 2, dan 3 belajar di Sekolah Melayu Arau.
Mulai 1968 menjadi pusat aliran sains bagi pelajar Tingkatan 4 seluruh negeri Perlis dan
berakhir pada 1977.Pada 1 Julai 1970 Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad dicantumkan
dengan Sekolah Melayu Arau. Pada 1972 Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad
memasuki era baru apabila Tingkatan 6 Rendah Sastera dimulakan dan setahun kemudian
Tingkatan 6 Rendah Sains.
Pada tahun 1994 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad dijadikansebagai
salah sebuah sekolah kawalan di Perlis, maka hanya pelajar-pelajar berkelayakan minimum
3A1B ditempatkan di sekolah ini.
Pada tahun 1997, sekolah ini dijadikan sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata
pelajaran Perkomputeran peringkat STPM dan seterusnya pada tahun 1999, sekolah ini sekali
lagi dipilih sebagai sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Teknologi
Maklumat peringkat SPM.
11
940710-09-5025
Peta 2: Peta Kawasan Sekolah
Sumber :http://maps.google.com.my
12
940710-09-5025
4.0 KAEDAH KAJIAN
Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif
kajian dengan hasil kajian.Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan
kaedah persampelan rawak mudak. Kaedah persampelan digunakan kerasa proses untuk
mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah
ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang kaji selidik yang mana ianya mudah
untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998).
4.1 PERSAMPELAN
Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan
untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh penyelidik.Seramai 45 responden telah dipilih
untuk menjawab borang soal selidik ini iaitu terdiri daripada pelajar sekolah ini.Saiz sampel
ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), dimana lebih kurang 30 kes merupakan saiz
minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan.Pemilihan responden adalah
berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.
Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka
seharusnya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad. Hal ini kerana, mereka
antara yang paling dekat dengan kawasan kajian dan berupaya menjadi pemboleh ubah
manipulasi untuk mendapatkan hasil kajian ini. Selain itu, responden haruslah berumur 18
tahun dan keatas kerana pada usia tersebut, mereka mampu membuat keputusan sendiri tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
4.2 PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik,
temubual dan pemerhatian.Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat
mengenai faktor dan masalah terhadap pengangkutan yang digunakan oleh pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau Perlis.
13
940710-09-5025
4.2.1 DATA PRIMER
Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka telah dijalankan bersama dengan pelajar-
pelajar.Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan
kajian iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau Perlis.
a) BORANG SOAL SELIDIK
Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung terus
dengan kumpulan sasaran.Penggunaan boring soal selidik perlu melalui strategi mereka
bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (Abd Rahim et.al
1999).Kaedah ini adalah kaedah paling popular yang digunakan para penyelidik untuk
mendapatkan data primer.Borang soal selidik haruslah bersesuaian dan mengikut objektif
dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan.Hal ini agar soalan tersebut tidak
menyimpang jauh daripada sasaran.Bahasa yang digunakan perlulah bahasa yang mudah
dan senang difahami oleh semua golongan responden.Hal ini supaya responden dapat
memahami soalan semasa menjawab soalan dan tidak mengelirukan responden.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka.Rasional menggunakan soal
selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah
dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengekodan yang bersifat
piawai dan mudah dianalisis.Bagi soal selidik terbuka pula, rasionalnya adalah untuk
memudahkan responden bebas memberikan pelbagai bentuk jawapan, responden juga
bebas memberikan pendapat yang dirasakan sesuai.
b) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternative yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
temubual.Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan
kajian.Kaedah ini membolehkan penyelidik lebih memahami situasi sebenar yang hendak
digambarkan responden.
14
940710-09-5025
4.2.2 DATA SEKUNDER
Data sekunder diperoleh daripada Perpustakaan Negeri dan Pejabat Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad. Data-data penting termasuklah buku-buku, majalah,
keratin akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah
diperoleh daripada laman web Majlis Perbandaran Kangar dan Portal Rasmi Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad.
4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA
Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan
kekerapan.Analisis data dilakukan apabila memperoleh data primer dari soal selidik yang
diedarkan kepada responden.Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan,
disunting dan ditukarkan kepada bentuk angka.Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis
dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam mengenal pasti jenis
pengangkutan para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau
Perlis. Peringkat keempat dalam borang soal selidik ini dianalisa berdasarkan nilai yang
diberi dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert, dimana angka 5 mewakili sangat
memuaskan/sangat setuju, angka 4 mewakili memuaskan/setuju, angka 3 mewakili tidak
pasti, angka 2 mewakili tidak memuaskan/tidak setuju dan angka 1 mewakili sangat tidak
memuaskan/sangat tidak setuju.
15
940710-09-5025
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang
telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden.Data yang telah
diisi telah diproses bagi mendapatkan statistic seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan
purata.
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Seramai 45 responden yang terdiri daripada para pelajar telah disoal selidik.Huraian analisis
latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, bangsa, dan agama
dipersembahkan dalam bentuk rajah.
16
940710-09-5025
5.1.1 JANTINA
JANTINA
PerempuanLelaki
Rajah 1 Jantina Responden
Sumber : Kajian lapangan
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 45 orang responden, seramai 25 orang (46
peratus) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 20 orang (44
peratus) adalah responden perempuan. Tidak dapat perbezaan jurang yang besar antara
pemilihan responden lelaki dan perempuan.Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada
tajuk 5.2.Kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis penggunaan pengangkutan pelajar ke
sekolah, oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang
diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.
17
940710-09-5025
5.1.2 Umur
UMUR
16 tahun17 tahun18 tahun19 tahun
Rajah 2 Umur Responden
Sumber : Kajian lapangan
Berdasarkan hasil kajian, daripada 45 orang responden yang disoal selidik dan ditemubual,
seramai lapan orang (18 peratus) adalah terdiri daripada responden yang berumur 16 tahun,
manakala responden yang berumur 17 tahun merupakan mod bagi kajian ini iaitu seramai 15
orang (33 peratus). Bagi responden yang berumur 18 tahun dan 19 tahun, masing-masing
terdiri daripada sembilan orang (20 peratus) dan 13 orang (29 peratus) seperti dalam rajah 1.
Umur para responden diukur melalui tarikh lahir masing-masing. Responden yang berbeza
usia ini adalah responden yang dapat memberikan pandangan berbeza-beza mengenai
masalah pengangkutan mereka ke sekolah.
18
940710-09-5025
5.1.3 Bangsa
BANGSA
MelayuCinaIndiaLain-lain
Rajah 3 Bangsa Responden
Sumber : Kajian lapangan
Berdasarkan hasil yang diperoleh daripada kajian ini, seramai 20 orang responden (44
peratus) yang terdiri daripada bangsa melayu telah dipilih dan disoal selidik bagi membantu
kajian ini. Manakala, bagi responden yang berbangsa cina dan india mencatatkan jumlah
yang hampir sama iaitu seramai sepuluh orang (22 peratus) dan sembilan orang (20) peratus).
Selebihnya adalah responden yang terdiri daripada lain-lain bangsa seperti siam dan iban iaitu
seramai enam orang (14 peratus) sahaja. Rasional pemilihan responden berdasarkan bangsa
ini adalah untuk mempraktikkan dasar negara iaitu dasar 1Malaysia dan berdasarkan taraf
hidup keluarga responden.
19
940710-09-5025
5.2 ANALISIS JENIS PENGANGKUTAN PARA PELAJAR KE SEKOLAH
Bagi memenuhi objektif kajian yang pertama, penyelidik telah mengkaji dan mengenalpasti
jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar untuk ke sekolah setiap hari.
Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan dan pemerhatian yang dilakukan,
beberapa jenis pengangkutan ke sekolah telah dikenalpasti.
5.2.1 Pejalan kaki
Berpandukan hasil dapatan kajian, sejumlah lima orang responden yang menjadi pejalan kaki
untuk berulang-alik ke sekolah. Jarak antara rumah untuk ke sekolah bagi setiap responden
adalah seramai dua orang responden yang tinggal berhampiran dengan sekolah dimana
jaraknya dalam lingkungan kosong hingga empat kilometer sahaja, manakala baki selebihnya
adalah seramai tiga orang yang tinggal di asrama sekolah kena jarak rumah mereka yang
melebihi daripada 15 kilometer.
5.2.2 Basikal
Berdasarkan kajian juga, terdapat seramai tiga orang responden yang membonceng basikal
untuk ke sekolah.Ketiga-tiga responden tersebut daripada bangsa cina yang tinggal di
kawasan perumahan yang berhampiran dengan sekolah.Jarak untuk ke sekolah bagi ketiga-
tiga responden tersebut adalah kurang daripada empat kilometer.
5.2.3 Motosikal
Motosikal merupakan salah satu cara pengangkutan yang sering digunakan oleh para pelajar
sekolah ini. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sejumlah 20 orang responden yang
menunggang motosikal untuk datang ke sekolah setiap hari. Bagi faktor jarak rumah ke
sekolah, seramai lima orang responden yang tinggal berhampiran sekolah dimana kurang
daripada empat kilometer, manakala seramai sepuluh orang responden yang tinggal di
20
940710-09-5025
kawasan dalam linkungan lima hingga sembilan kilometer dari sekolah. Selain itu, seramai
tiga orang responden yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal yang tinggal
agak jauh dari sekolah iaitu jarak dalam linkungan sepuluh hingga 14 kilometer. Baki
selebihnya seramai dua orang yang tinggal melebihi 15 kilometer dan menunggang motosikal
ke sekolah.
5.2.4 Kereta
Kereta juga merupakan salah satu alternatif para pelajar untuk ke sekolah bagi pelajar yang
mempunyai lesen kenderaan kelas D. Seramai sepuluh orang responden yang memandu
kereta untuk datang ke sekolah setiap hari berdasarkan kajian lapangan dan soal selidik yang
telah dijalankan. Bagi responden yang menggunakan kereta untuk ke sekolah, seramai lima
orang responden yang tinggal melebihi 15 kilometer jarak rumah ke sekolah. Selebihnya
tinggal dalam jarak linkungan sepuluh hingga 14 kilometer dan lima hingga sembilan
kilometer dimana bilangannya seramai empat orang dan seorang.
5.2.5 Bas
Bas merupakan prasarana (pengangkutan awam) yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat
dan telah menjadi salah satu pilihan para pelajar untuk datang ke sekolah.Sejumlah enam
orang responden yang telah dikenalpasti menaiki pengangkutan bas untuk datang ke
sekolah.Daripada jumlah tersebut, seramai 5 orang pelajar yang tinggal dalam jarak melebihi
15 kilometer untuk ke sekolah.Selebihnya tinggal dalam lingkungan jarak sepuluh hingga 14
kilometer dari sekolah.
5.2.6 Lain-lain
Berdasarkan kajian ini juga, seorang pelajar telah dikenalpasti menggunakan pengangkutan
teksi untuk datang ke sekolah setiap hari. Jarak sekolah dari rumah pelajar tesebut adalah
dalam lingkungan lima hingga sembilan kilometer.
21
940710-09-5025
5.2.7 GRAF ANALISIS
0km - 4km 5km - 9km 10km - 14km melebihi 15km0
2
4
6
8
10
12
Pejalan kakiBasikalMotosikalKeretaBasLain-lain
Rajah 4 Graf Analisis Jenis Pengangkutan dan
Jarak Rumah untuk ke sekolah
Sumber : Kajian lapangan
Berdasarkan rajah 4 diatas, seramai 45 orang responden telah disoal selidik dan menjadi
subjek pemerhatian dalam kajian ini. Rajah ini dipersembahkan bagi memudahkan
pemahaman penyelidik terhadap jenis pengangkutan responden dan jarak rumah untuk ke
sekolah bagi setiap responden.
22
940710-09-5025
5.3 ANALISIS FAKTOR PEMILIHAN PENGANGKUTAN PARA PELAJAR
UNTUK DATANG KE SEKOLAH
Pemilihan pengangkutan yang digunakan para pelajar untuk datang ke sekolah pasti akan
didorong oleh beberapa faktor utama misalnya faktor ekonomi, alam sekitar, lalu lintas dan
faktor-faktor lain.
5.3.1 Faktor Ekonomi
Pemilihan pengangkutan oleh para pelajar boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor sama ada
positif mahupun negatif. Terdapat tiga faktor yang sering dibincangkan iaitu faktor dari segi
ekonomi, alam sekitar dan lalu lintas. Oleh itu, analisis ini akan membincangkan persepsi
para pelajar mengenai faktor pemilihan pengangkutan mereka untuk datang ke sekolah setiap
hari. Pelbagai persepsi para pelajar terhadap faktor pemilihan pengangkutan mereka.Masing-
masing memberikan pandangan yang berbeza mengenai faktor pemilihan dan masalah yang
dihadapi untuk datang ke sekolah.Jadual menunjukkan peratusan, min sisihan piawaian
mengenai pandangan mereka terhadap faktor pemilihan.
Harga kenderaan masa kini yang kompetitif iaitu mampu beli merupakan salah satu subfaktor
daripada faktor ekonomi. Sebanyak 11 peratus bersamaan lima orang responden sangat setuju
dengan penyataan ini manakala seramai empat orang responden iaitu sembilan peratus sangat
tidak setuju dengan penyataan ini. Selain itu, sebanyak 45 peratus iaitu 20 orang bersetuju
bahawa harga kenderaan masa kini adalah kompetitif. Sepuluh daripada jumlah responden
iaitu 22 peratus menyatakan tidak setuju dengan kenyataan ini dan selebihnya sebanyak 13
peratus iaitu 6 orang menjawab tidak pasti. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak
3.27.Nilai ini menunjukkan mod bagi penyataan ini adalah bagi skala likert bernombor empat
iaitu setuju.
Taraf hidup keluarga yang semakin meningkat juga merupakan faktor pemilihan
pengangkutan bagi para pelajar.Sebanyak 24 peratus iaitu seramai 11 orang responden
menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini manakala seramai 28 orang (62 peratus)
menjawab setuju bagi penyataan ini.Selain itu, masih terdapat tujuh peratus iaitu tiga orang
responden yang kurang pasti dengan penyataan ini. Baki selebihnya yang menanda tidak
setuju dan sangat tidak setuju adalah seramai dua orang dan seorang yang masing-masing
memperoleh lima dan dua peratus sahaja. Sebanyak 4.02 nilai yang menunjukkan min bagi
penyataan ini.Mod bagi kenyataan ini adalah skala yang bernombor empat iaitu
23
940710-09-5025
setuju.Menurut Azahan Awang et al (2006), kualiti hidup sukar untuk ditafsirkan kerana
kualiti hidup adalah sesuatu yang subjektif kerana setiap individu mempunyai kehendak yang
berbeza-beza. Justeru itu, taraf hidup yang ditafsirkan oleh responden adalah mengikut
keselesaan mereka.
Subfaktor seterusnya ialah harga minyak yang murah. Skala likert yang diedarkan
menunjukkan ketidakseimbangan iaitu ramai yang memilih tidak setuju iaitu seramai 30
orang responden bersamaan 67 peratus berbanding hanya seorang yang menjawab setuju
merangkumi dua peratus. Sebanyak 24 peratus iaitu 11 orang responden menanda ruangan
sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Baki daripada responden ini menanda tidak pasti
iaitu seramai tiga orang ( tujuh peratus) dan tiada seorang pun menanda sangat setuju dengan
penyataan ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 1.87 manakala mod bagi penyataan
ini ialah skala likert bernombor dua iaitu tidak setuju.
Penyataan berikutnya ialah kos tambang bas yang murah. Seramai lima orang responden ( 11
peratus) menjawab sangat setuju dan seramai 11 orang (24 peratus ) pula menanda ruangan
setuju dengan penyataan ini. Selain itu, ruangan tidak pasti mencatatkan nilai sebanyak 40
peratus bersamaan 18 orang responden. Selebihnya, seramai sembilan orang iaitu 20 peratus
menjawab tidak setuju dan dua orang ( lima peratus) daripada 45 orang responden menanda
sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.18 sahaja
dan skala bernombor tiga (tidak pasti) menjadi mod untuk penyataan ini.
Kenyataan terakhir bagi faktor ekonomi ialah dorongan daripada kempen galakan
menggunakan pengangkutan awam oleh kerajaan. Seramai tiga orang (tujuh peratus) sangat
setuju dengan penyataan ini dan lima orang responden (11 peratus) turut bersetuju dengan
penyataan ini. Bagi ruangan tidak pasti, seramai 25 orang (56 peratus) kurang pasti dengan
penyataan ini. Manakala bagi ruangan tidak setuju, sebanyak sembilan peratus ( empat orang)
menanda ruangan ini berbanding lapan orang responden (17 peratus) sangat tidak setuju
dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.80 sahaja.Mod bagi
penyataan ini pula ialah tidak pasti (skala bernombor tiga).
24
940710-09-5025
5.3.2 Faktor Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan salah satu punca para pelajar memilih jenis pengangkutan untuk
datang ke sekolah.Alam sekitar juga berkait rapat dengan fenomena fizikal.Fenomena fizikal
ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku,
2002). Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang
memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang
berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997).Berdasarkan kajian ini,
para responden memberi persepsi mengenai pemilihan pengangkutan yang dipengaruhi oleh
faktor alam sekitar.
Subfaktor yang pertama ialah sering berlaku hujan pada waktu pagi. Seramai tujuh orang
responden (16 peratus) sangat bersetuju dengan penyataan ini disamping sebanyak 71 peratus
(32 orang) menyatakan setuju dengan penyataan ini. Manakala bagi ruangan tidak setuju dan
sangat tidak setuju, jumlah yang dicatatkan adalah seramai empat orang dan seorang yang
merangkumi sembilan dan dua peratus.Terdapat juga seorang responden (dua peratus) yang
menanda tidak pasti bagi penyataan ini.Dalam penyataan ini, sebanyak 3.89 nilai yang
dicatatkan bagi min dan skala likert bernombor empat menjadi mod untuk kenyataan ini.
Seterusnya, suhu cuaca persekitaran yang terlalu tinggi dan panas merupakan salah satu
faktor di bawah alam sekitar.Seramai 12 orang (27 peratus) sangat bersetuju dan 13 orang (29
peratus) lagi menjawab setuju dengan penyataan ini. Tiga orang responden (enam peratus)
menanda kurang pasti. Selebihnya, seramai sepuluh orang (22 peratus) dan tujuh orang (16
peratus) menandakan ruangan tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Nilai
min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.29 dan taburan kekerapan bagi penyataan ini juga
adalah skala likert bernombor empat.
Bagi penyataan cuaca masa kini yang tidak menentu, seramai 15 orang responden (34
peratus) menjawab sangat setuju manakala seramai 10 orang responden (22 peratus)
menjawab setuju dengan penyataan ini. Enam orang responden merangkumi 13 peratus
menanda ruangan tidak pasti akan kenyataan ini. Selain itu, sepuluh orang (22 peratus) tidak
bersetuju dengan penyataan ini disamping bakinya seramai empat orang (sembilan peratus)
sangat tidak bersetuju terhadap penyataan ini. Min bagi kenyataan ini adalah sebanyak 3.49
dan skala likert bernombor lima menjadi taburan kekerapan untuk penyataan ini.
25
940710-09-5025
Penyataan keempat adalah kualiti udara persekitaran yang kurang bersih dan kotor.seramai
tujuh orang (16peratus) responden daripada 45 responden menjawab sangat setuju terhadap
penyataan ini disamping 14 orang (31 peratus) responden menjawab setuju untuk penyataan
ini. Sebanyak 22 peratus iaitu sepuluh orang tidak pasti dengan penyataan ini. Lapan orang
(18 peratus) dan enam orang (13 peratus) menanda tidak setuju dan sangat tidak setuju
terhadap penyataan ini.Taburan kekerapan bagi penyataan ini ialah skala likert bernombor
empat dan min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.18.
Penyataan terakhir bagi faktor alam sekitar ialah dengan menggunakan pengangkutan yang
dipilih, para pelajar tidak mudah terdedah kepada bunyi bising yang berpunca daripada
kenderaan lain. Bagi penyataan ini, jumlah responden yang menjawab tidak setuju dan sangat
tidak setuju adalah sama iaitu seramai 15 orang (33 peratus). Untuk penyataan ini, seramai
tiga orang responden (tujuh peratus) menjawab sangat setuju dan lima orang responden (11
peratus) menjawab setuju. Selain itu, sebanyak 16 peratus (tujuh orang responden) menanda
ruangan tidak pasti. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.24 manakala taburan
kekerapan pula ialah skala likert bernombor empat dan lima.
26
940710-09-5025
5.3.3 Faktor Lalu Lintas
Lalu lintas merupakan salah satu faktor penting yang mendorong para pelajar untuk memilih
pengangkutan mereka untuk datang ke sekolah.Bagi para pelajar, mereka tidak mahu faktor
lalu lintas menjadi punca kepada mereka untuk datang lewat ke sekolah.Justeru itu, faktor
lalu lintas menjadi faktor yang mempengaruhi pemilihan pengangkutan para pelajar.
Kesesakan lalu lintas yang terlalu lama pada waktu pagi merupakan penyataan pertama yang
menjadi subfaktor lalu lintas. Seramai 13 orang yang merangkumi 29 peratus merasa sangat
bersetuju dan seramai 10 orang iaitu 22 peratus hanya bersetuju dengan penyataan ini.
Manakala seramai 16 orang responden (36 peratus) menanda tidak setuju dan empat orang
responden (sembilan peratus) menanda sangat tidak setuju.Hanya terdapat dua orang
responden yang mewakili empat peratus yang tidak pasti dengan penyataan ini.Min bagi
penyataan ini adalah sebanyak 3.27 manakala taburan kekerapan pula adalah skor bernombor
dua.
Subfaktor seterusnya ialah pengangkutan yang dipilih bertujuan untuk memudahkan urusan
melintas jalan ketika hendak ke sekolah. Sebanyak 44 peratus iaitu 20 orang responden
bersetuju dengan penyataan ini berbanding hanya 15 orang iaitu 34 peratus yang tidak
bersetuju dengan penyataan ini. Selain itu, seramai lima orang responden yang mewakili 11
peratus yang sangat bersetuju berbanding dua orang responden yang sangat tidak setuju
dengan penyataan ini. Disamping itu, terdapat tiga orang responden (tujuh peratus) yang tidak
pasti sama ada pengangkutan yang digunakannya memudahkan urusan melintas jalan.
Taburan kekerapan dan min bagi penyataan ini adalah skala likert bernombor 4 dan nilai
sebanyak 3.24.
Seterusnya, pelajar tidak akan mudah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Seramai tiga
orang responden (tujuh peratus) sangat bersetuju dan sebanyak 34 peratus (15 orang)
bersetuju dengan penyataan ini. Manakala sembilan orang dan tujuh orang responden yang
mewakili 20 dan 16 peratus menanda tidak setuju dan sangat tidak setuju. Bagi ruangan tidak
pasti, seramai 11 orang responden (24 peratus) telah menjawab jawapan ini untuk penyataan
ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.96 dan taburan kekerapannya adalah skor
bernombor empat.
27
940710-09-5025
Selain itu, terdapat pengawal keselamatan yang mengawal lalu lintas setiap hari untuk para
pelajar melintas jalan. Hanya seorang responden (dua peratus) sahaja yang sangat bersetuju
dengan penyataan ini manakala lima orang responden (11 peratus) yang hanya bersetuju
dengan penyataan. Sebanyak 25 orang responden (56 peratus) tidak bersetuju disamping 11
yang lain sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini. Baki daripada jumlah responden iaitu
tiga orang (7 peratus) tidak pasti sama ada terdapat pengawal keselamat ataupun tidak.
Taburan kekerapan bagi penyataan ini adalah skala bernombor 2 dan minnya adalah
sebanyak 2.11 sahaja.
Penyataan terakhir bagi faktor lalu lintas ialah jejantas disediakan bagi mengelakkan
kemalangan daripada kesesakan lalu lintas. Sebanyak 33 peratus (15 orang) sangat bersetuju
dan seramai 13 orang (29 peratus) hanya bersetuju dengan penyataan ini. Manakala sepuluh
orang iaitu 22 peratus tidak bersetuju dan empat orang yang merangkumi sembilan peratus
sangat tidak bersetuju terhadap penyataan ini.Baki selebihnya seramai tiga orang iaitu tujuh
peratus tidak pasti dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.56
manakala taburan kekerapannya adalah skor bernombor lima.
28
940710-09-5025
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor pemilihan pengangkutan oleh para
responden iaitu para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad yang
terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan juga, beberapa rumusan
telah diperoleh daripada dapatan kajian yang telah dianalisis.Rumusan yang dibuat boleh
menjadi batu loncatan bagi pihak sekolah untuk meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur
disamping menggalakkan penggunaan prasarana pengangkutan dalam kalangan pelajar.
Berdasarkan analisis yang dibuat dalam dapatan kajian, didapati taburan kekerapan yang
ditanda oleh para responden adalah bersetuju bahawa faktor ekonomi mempengaruhi
pemilihan pengangkutan dalam kalangan pelajar iaitu sebanyak 29 peratus. Masih terdapat
juga responden yang tidak pasti bahawa ekonomi dapat mempengaruhi pemilihan
pengangkutan iaitu sebanyak 24 peratus dan sama nilai dengan responden yang mengatakan
tidak setuju terhadap penyataan ini. Sebanyak 11 peratus daripada jumlah responden
mengatakan sangat setuju manakala bakinya sebanyak 16 peratus sangat tidak setuju dengan
penyataan ini.Kesimpulannya, para responden bersetuju bahawa faktor ekonomi sangat
memainkan peranan dalam pemilihan pengangkutan bagi para pelajar.
Selain itu, faktor alam sekitar turut menjadi punca kepada pemilihan jenis pengangkutan
dalam kalangan pelajar.Jumlah taburan kekerapan yang menjadi pilihan para responden
adalah bersetuju iaitu sebanyak 39 peratus. Secara umumnya, nilai peratusan responden yang
menanda sangat setuju dan tidak setuju hampir sama iaitu sebanyak 20 peratus dan 21 peratus
manakala 15 peratus daripada jumlah responden menjawab sangat tidak setuju. Daripada
hasil dapatan tersebut, jelaslah bahawa para responden bersetuju yang alam sekitar boleh
mempengaruhi pemilihan pengangkutan untuk ke sekolah.
Bagi faktor lalu lintas, kebanyakan responden memilih untuk menjawab tidak setuju iaitu
sebanyak 33 peratus.Nilai bagi responden yang bersetuju pula berkurang sebanyak 5 peratus
dan jumlah peratus bagi responden yang sangat setuju adalah sebanyak 16 peratus.Nilai bagi
tidak pasti dan sangat tidak setuju hanya dibezakan dengan dua peratus iaitu sebanyak 10
peratus bagi yang tidak pasti.Kesimpulannya, ramai yang memilih untuk menanda tidak
setuju dengan penyataan ini.
29
940710-09-5025
RUJUKAN
Marson, J. 1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and Bogdan, R ed.
Quantitative Research Methods: A Guide Book And Resousrce. London: John Wiley
& Sons, inc.85-88
Abd Rahim Md Noor, Azlan Abdullah, Katiman Rostam, Mastura Mahmud, Ekhwan
Toriman, Mohd Fuad Md Jali, Mokhtar Jaafar, Nor Azian Ali, Shahruddin Ahmad &
Sharifah Mastura Syed Abdullah. 1999. Teknik-Teknik Dalam Geografi. Bangi : Pusat
Pengajian Jarak Jauh.
Bailey, K.D. 1984. Methods of Social Research. New York: The Free Press.
Lapin, H.S. 1964.Structuring The Journey to Work. University of Pennsylvania Press:
Philadelphia
Ortúzar, J.de.D & Willumsen, L.G. 2001.Modelling Transport.John Willey & Sons. New
York
Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat. 1994. Model Pengangkutan Bandar: Pendekatan Secara
Teori dan Amali. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Laman Web Google. 2013. http://maps.google.com[ 13 Mac 2012]
Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Perlis. 2013. Peta Negeri Perlis
http://www.perlis.gov.my [15 Mac 2013]
30
940710-09-5025
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
JENIS PENGANGKUTAN KE SEKOLAH DALAM KALANGAN
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH
AHMAD, ARAU PERLIS.
Semua maklumat yang dikumpulkan hanya untuk tujuan akademik sahaja. Ucapan
terima kasih di atas kerjasama anda terlebih dahulu
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
Arahan : Bagi setiap item, sila tandakan [x] pada ruangan yang diberikan
Jantina : lelaki perempuan
Umur : 16 tahun 17 tahun
18 tahun 19 tahun
Bangsa : Melayu Cina India
Lain-lain : Nyatakan ………………………………………………….
Agama : Islam Buddha Hindu
Kristian
Lain-lain : Nyatakan ………………………………………………….
31
940710-09-5025
BAHAGIAN B : PENGETAHUAN AM
1. Adakah anda mengetahui maksud prasarana pengangkutan di Malaysia?
Ya Tidak
2. Dari manakah anda mengetahui mengenai prasarana pengangkutan di Malaysia?
Televisyen Iklan Brosur
Radio Kempen NGO
Internet Perundangan Kerajaan
Lain-lain : Nyatakan ………………………………
BAHAGIAN C : JENIS PENGANGKUTAN
1. Apakah jenis pengangkutan anda ke sekolah?
Pejalan kaki Basikal Motosikal
Kereta Bas Lain-lain
Nyatakan : ……………………………………..
2. Berapakah jarak rumah anda ke sekolah?
0 – 4 kilometer 5 – 9 kilometer
10 – 14 kilometer 15 kilometer keatas
BAHAGIAN D : FAKTOR PEMILIHAN PENGANGKUTAN KE SEKOLAH
Berdasarkan ukuran dibawah, berikan skor anda mengenai faktor pemilihan pengangkutan
anda ke sekolah dengan menandakan [ /] dalam ruangan yang disediakan
Perkara Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju
Skor 5 4 3 2 1
32
940710-09-5025
Bil Perkara 5 4 3 2 1
Ekonomi
1 Harga kenderaan masa kini yang kompetitif
2 Taraf hidup keluarga yang semakin meningkat
3 Harga minyak yang murah
4 Kos tambang bas yang rendah
5 Dorongan daripada kempen galakan menggunakan
pengangkutan awam
Alam sekitar
6 Sering berlaku hujan pada waktu pagi
7 Suhu persekitaran yang terlalu tinggi dan panas
8 Cuaca masa kini yang tidak menentu
9 Kualiti udara yang kotor
10 Tidak mudah terdedah kepada bunyi bising
daripada kenderaan lain
Lalu lintas
11 Kesesakan lalu lintas yang terlalu lama pada
waktu pagi
12 Untuk memudahkan urusan melintas jalan ketika
hendak ke sekolah
13 Tidak mudah tersangkut dalam kesesakan lalu
lintas
14 Terdapat pengawal keselamatan yang mengawal
lalu lintas setiap pagi bagi pelajar
15 Jejantas disediakan bagi mengelakkan kemalangan
daripada kesesakan lalu lintas
33
940710-09-5025
BAHAGIAN E : PANDANGAN UMUM
Tuliskan jawapan diruang yang disediakan
1. Pada pendapat anda sebagai pelajar sekolah, apakah masalah yang dihadapi oleh
pelajar yang menggunakan pengangkutan ke sekolah.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
2. Berdasarkan pandangan anda, berikan satu cadangan yang harus diambil oleh pihak
sekolah bagi mengatasi masalah yang dihadapi pelajar yang menggunakan
pengangkutan ke sekolah.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
3. Sekiranya anda mempunyai cadangan tambahan.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
SOAL SELIDIK TAMAT
-TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN ANDA-
34