TERHAD 1
TERHAD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)MULAI 2021
MANUAL PENTAKSIRANKERJA KURSUS
PENGAJIANKEJURUTERAAN ELEKTRIK
DAN ELEKTRONIKKOD: 3762/2
KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA
TERHAD 2
TERHAD
Hak Cipta Terpelihara © Kementerian Pendidikan Malaysia
Cetakan Pertama 2020
TERHAD 3
TERHAD
PENDAHULUAN
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan. Ia merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk penilaian tentang perkembangan dan pencapaian murid kepada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran ini juga boleh digunakan untuk membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang proses pembelajaran dan pemudah caraan(PdPc).
Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik untuk menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dan Kurikulum Kebangsaan Malaysia. Sejajar dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) yang mana menilai pencapaian murid bukan sekadar berorientasikan peperiksaan semata-mata tetapi lebih kepada kemenjadian murid itu sendiri. Ini penting bagi melahirkan murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.
Sehubungan dengan itu, pentaksiran kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah diperkenalkan kepada murid di sekolah-sekolah menengah teknik dan sebahagian sekolah berasrama penuh aliran teknikal. Hal ini dapat membangunkan potensi diri dan keupayaan berfikir yang kreatif serta kritis murid selari dengan Pengajaran Abad ke 21(PAK21).
TERHAD 4
TERHAD
KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT BAHAGIAN A: MAKLUMAT AM
1.0 Pengenalan 6
2.0 Objektif 6
3.0 Instrumen 7 - 8
4.0 Penghantaran 8
5.0 Jadual Pelaksanaan Tugasan Kerja Kursus 9
BAHAGIAN B: PENYEDIAAN LAPORAN DAN FORMAT
6.0 Penyediaan Laporan Kerja Kursus 11
7.0 Pengenalan 12
8.0 Isi Kandungan 12 - 15
9.0 Format Penulisan Laporan 15 - 16
10.0 Pembentangan 16
BAHAGIAN C: LAMPIRAN
Lampiran 1 18 - 20
Lampiran 2 21
Lampiran 3 22
Lampiran 4 23
Lampiran 5 24
Lampiran 6 25
Lampiran 7 26
Lampiran 8 27
Lampiran 9 28
Lampiran 10 29
Lampiran 11 30
Lampiran 12 31
Lampiran 13 32
TERHAD 5
TERHAD
BAHAGIAN AMAKLUMAT AM
TERHAD 6
TERHAD
1.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (3762) terbahagi kepada dua komponen: (i) Kertas 3762/1 (Ujian bertulis) (ii) Kertas 3762/2 (Tugasan kerja kursus) Kertas 3762/2 (Tugasan kerja kursus) adalah pentaksiran pusat yang dilaksanakan di sekolah dalam waktu PdPc dengan menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Setiap calon yang mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran ini wajib melaksanakannya kerana tugasan ini adalah sebagai satu daripada keperluan pensijilan SPM. Mana-mana calon SPM bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektonik (PKEE) yang tidak melaksanakan atau tidak menghantar tugasan ini akan dianggap sebagai tidak hadir peperiksaan SPM walaupun menduduki ujian bertulis SPM bagi kertas 3762/1.
Tugasan kerja kursus ini dijalankan sewaktu sesi pembelajaran calon di tingkatan 5 dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Justeru, dokumen Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK) bagi mata pelajaran PKEE ini adalah satu dokumen rasmi buat rujukan mana-mana pihak sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi panduan tentang cara melaksanakan tugasan kerja kursus. 2.1 Memberi panduan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sekiranya ingin menyelaras pengurusan pelaksanaan pentaksiran tugasan kerja kursus di negeri masing - masing.
2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul.
2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja menyelaras yang akan dilakukan oleh penyelaras yang dilantik.
2.5 Mendapatkan persetujuan antara penyelaras dengan pentaksir sekolah bagi menjamin keadilan murid untuk menjaga kewibawaan institusi.
TERHAD 7
TERHAD
3.0 INSTRUMEN
3.1 Konstruk Terdapat dua konstruk yang akan diuji kepada calon: (i) Kemahiran amali (ii) Nilai Empat elemen yang akan dinilai: (i) Pengurusan projek (ii) Metodologi (iii) Penghasilan reka bentuk (iv) Pelaporan dan pembentangan (v) Rumusan
3.2 Tugasan kerja kursus
3.2.1 Instrumen pentaksiran bagi kertas 3762/2 ini adalah berdasarkan tugasan kerja kursus yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Tugasan ini boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual 1).
3.2.2 Tugasan ini wajib dilakukan secara individu oleh calon di bawah pengawasan dan bimbingan guru.
3.3 Rubrik pemarkahan Rubrik pemarkahan adalah satu penyataan bersifat holisitik yang akan digunakan sebagai panduan sewaktu menilai hasil tugasan kerja kursus calon. (rujuk Lampiran 1).
3.4 Pemarkahan Markah untuk tugasan kerja kursus ini akan dibawa dalam pengiraan markah akhir peperiksaan SPM bagi mata pelajaran PEE. Wajaran markah yang telah ditetapkan untuk mata pelajaran ini adalah seperti berikut:
3.4.1 Kertas 3762/1 (Ujian bertulis) Markah penuh: 120 markah Wajaran untuk SPM: 70%
3.4.2 Kertas 3762/2 (Tugasan kerja kursus) Markah penuh: 100 markah Wajaran untuk SPM: 30%
TERHAD 8
TERHAD
Semua markah untuk setiap murid bagi setiap tugasan kerja kursus yang telah ditaksir perlu direkodkan dalam Borang Penilaian Calon (BPC), Borang Markah Kelompok Calon (BMKC) dan Borang Penyelarasan Markah (BPM) yang telah diperbanyakkan (rujuk Lampiran 2, Lampiran 3 dan Lampiran 4).
3.5 Evidens 3.5.1 Evidens tugasan kerja kursus ini terdiri daripada evidens proses dan evidens produk yang dihasilkan oleh calon. Evidens proses ditaksir melalui folio laporan proses kerja kursus dan evidens produk ditaksir berdasarkan artifak yang dihasilkan.
3.5.2 Semuaevidensperludisimpandi tempatyangdifikirkanselamatoleh pihak pentadbiran sekolah. 3.6 Tempoh
Kerja kursus ini perlu disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Tempoh yang diberikan adalah 7 bulan bermula Februari hingga Ogos tahun semasa (rujuk Jadual 1).
4.0 PENGHANTARAN
Tugasan kerja kursus ini perlu diserahkan kepada guru mata pelajaran. Tarikh akhir penyerahan adalah 14 hari sebelum tamat tarikh pelaksanaan tugasan pada 31 Ogos tahun semasa.
TERHAD
TERHAD 9
5.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN KERJA KURSUS BAGI MATA PELAJARAN PENG. KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 3762/2 BERMULA TAHUN 2021
BULAN / PERKARA(TAHUN SEMASA)
FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS
MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1. Muat turun tugasan
2. Pelaksanaan tugasan
3. Penyelarasan markah oleh LP bersama Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK), Ketua Petaksir Negeri & Pentaksir Sekolah
4. Penyelarasan peringkat negeri oleh Pentaksir Negeri
5. Penyelarasan peringkat kebangsaan oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan
6. Kemasukan markah online
Jadual 1
TERHAD 10
TERHAD
BAHAGIAN BPENYEDIAAN LAPORAN DAN
FORMAT
TERHAD 11
TERHAD
6.0 PENYEDIAAN LAPORAN KERJA KURSUS
Penyediaan laporan kerja kursus (folio) perlu dilakukan semasa murid di tingkatan 5 secara individu berdasarkan tugasan yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Laporan secara bertaip itu perlu disiapkan mengikut format dan panduan yang telah ditetapkan
Berikut adalah format yang perlu dipatuhi semasa menyediakan laporan kerja kursus.
6.1 Susunan dan kandungan laporan Bahagian utama laporan kerja kursus hendaklah ditulis di bawah tajuk (heading) yang disusun seperti berikut:-
6.1.1 Kulit muka hadapan laporan kerja kursus (rujuk Lampiran 5)
6.1.2 Pengenalan
6.1.3 Isi kandungan
6.1.4 Bab 1: Pengurusan tugasan 1.1 Penyataan masalah 1.2 Objektif 1.3 Anggaran kos 1.4 Perancangan tugasan
6.1.5 Bab 2: Metodologi 2.1 Penjanaan idea 2.2 Pengumpulan evidens 2.3 Merangka reka bentuk
6.1.6 Bab 3: Penghasilan reka bentuk 3.1 Membina artifak 3.2 Menguji artifak 3.3 Hasil artifak 3.4 Kemasan artifak
6.1.7 Bab 4: Rumusan 4.1 Membuat rumusan 4.2 Cadangan penambahbaikan
6.1.8 Rujukan
6.1.8 Lampiran
TERHAD 12
TERHAD
7.0 PENGENALAN
Penerangan secara ringkas yang meliputi berkaitan dengan skop tugasan, kepentingan tugasan yang dibangunkan, kebaikan hasil ciptaan berbanding produk sedia ada serta kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dikenal pasti.
8.0 ISI KANDUNGAN
Bahagian ini mengandungi senarai isi kandungan beserta muka surat.
8.1 BAB 1: PENGURUSAN PROJEK.
8.1.1 Penyataan Masalah Menyatakan sekurang-kurangnya tiga masalah secara khusus dengan menghuraikan masalah berkaitan serta mencadangkan penyelesaian sebagai pencetus idea kepada tugasan yang hendak dibangunkan.
8.1.2 Objektif Tujuan reka bentuk perlu dinyatakan dengan jelas berdasarkan penyelesaian yang ingin dicapai dalam pembangunan projek. Objektif haruslahspesifik,ringkasdanbolehdicapai.
8.1.3 Anggaran Kos Pengiraan anggaran kos adalah kos keseluruhan reka bentuk yang melibatkan kos tetap dan kos tidak tetap. Antara kos yang terlibat adalah kos bahan, peralatan, sampingan dan lain-lain (rujuk di Lampiran 6).
8.1.4 Perancangan Tugasan Bahagian perancangan tugasan ini mengandungi keterangan aktiviti proses kerja (rujuk Lampiran 7) berdasarkan mingguan dan bulanan. Perancangan aktiviti ini juga haruslah realistik dan boleh dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. (bina Carta Gantt).
8.2 BAB 2: METODOLOGI
8.2.1 Penjanaan idea Menjana lakaran idea yang logik yang jelas (rujuk Lampiran 8) dengan merujuk kepada penyelesaian masalah supaya dapat membangunkan tugasan mengikut tempoh masa.
TERHAD 13
TERHAD
8.2.2 Kaedah pengumpulan evidens Menerangkan kaedah bagi mendapatkan maklumat dan pengumpulan evidens sekurang-kurangnya tiga responden. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat dan evidens, antaranya :
a. Sumber rujukan b. Soal selidik c. Temu bual d. Lawatan e. Pemerhatian f. Laman sesawang g. Bahan bercetak
8.2.3 Merangka reka bentuk Membuat lakaran reka bentuk keseluruhan dan lukisan skematik, gambar rajah blok serta carta alir / algoritma bagi menjelaskan reke bentuk sebenar. Perlu juga menyatakan fungsi dan kendalian reka bentuk tersebut.
8.3 BAB 3: PENGHASILAN REKA BENTUK
8.3.1 Membina artifak Menerangkan artifak yang dihasilkan mengikut tempoh masa seperti yang di rancang , mempunyai ciri berteknologi hijau, ciri perlindungan mekanikal dan elektrikal serta sistem kawalan (rujuk Lampiran 9) yang digunakan supaya hasil artifak berfungsi.
8.3.2 Menguji artifak Membuat pengujian komponen (rujuk Lampiran 10, Lampiran 11 dan Lampiran12) pengujian kefungsian artifak (rujuk Lampiran 13) bagi mengenal pasti masalah kerosakan supaya dapat dilakukan baik pulih / penyelenggaraan dengan mencatat rekod pengujian, kerosakan, baik pulih dan penyelengaraan.
8.3.3 Hasil artifak Menerangkan dengan jelas penghasilan artifak yang berfungsi (jika tidak berfungsi perlu diberikan alasan yang munasabah), mempunyai nilai komersial, mesra pengguna dan idea-idea ciptaan asli (bukan alat pasang siap atau ready-made / kit / tempahan dan replika).
TERHAD 14
TERHAD
8.3.4 Kemasan artifak Menerangkan kemasan yang dilakukan pada artifak yang berfungsi dengan berlabel, penggunaan ruang yang minimum, susunan komponen yang teratur dan pematerian tiada dry-joint serta kemas (rujuk Lampiran 9).
8.4 BAB 4: RUMUSAN
8.4.1 Membuat rumusan Merumus hasil secara keseluruhan tugasan yang dilaksanakan seperti artifak samada berfungsi atau tidak berfungsi (dengan memberikan alasan atau ulasan), penggunaannya, kelebihan, kekurangan, mencapai objektif atau tidak dan sebagainya.
8.4.2 Cadangan penambahbaikan Menyatakan cadangan untuk penambahbaikan hasil daripada keseluruhan tugasan yang boleh ditingkatkan atau diperbaiki pada masa hadapan.
8.5 RUJUKAN
Rujukan perlu dilakukan daripada sumber yang sahih. Mana-mana petikan atau ayat yang diambil daripada sumber luar tanpa dinyatakan sumber rujukan akan dianggap sebagai plagiat. Rujukan perlu mengikut format seperti yang berikut:
8.5.1 Format penulisan rujukan artikal dari internet Albanese, J. (2001). How can we reach teenage smokers? Retrived September 13, 2001 from http://msweb.nursingspectrum.com/ce/ce229. htm Nama pengarang. (tahun penerbitan). Judul artikel. Tarikh bahan diakses, dari URL 8.5.2 Majalah Ahmad Bin Ali. (1992, Februari 23). Masjid Di Algeria Jadi Medan Latihan. Tamadun Islam, 10-12. Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul majalah, muka surat.
8.5.3 Akhbar Mingguan Malaysia. (1992, Mac 27). Kutu Rayau Cemar Kuala Lumpur, 8 Judul akhbar. (Tarikh penerbitan). Judul artikel, muka surat.
TERHAD 15
TERHAD
8.5.4 Buku Baharuddin Harmin. (1991). Statik untuk Sains dan Kejuruteraan. Unit Penerbitan Akademik UTM. Nama pengarang. Tahun. Judul Buku. Nama penerbit.
8.6 LAMPIRAN Menyertakan lampiran-lampiran yang berkaitan sekiranya perlu sebagai rujukan kepada tugasan yang telah dibangunkan.
9.0 FORMAT PENULISAN LAPORAN
9.1 PENULISAN LAPORAN Laporan Kerja Kursus hendaklah dihasilkan secara bertaip dan dalam Bahasa Melayu. Jika terdapat perkataan Bahasa Inggeris yang tidak boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, perkataan itu perlu di italic.
9.2 FORMAT MUKA HADAPAN Muka hadapan (rujuk Lampiran 4) mestilah mengandungi maklumat seperti berikut:
9.2.1 Logo 9.2.2 Nama sekolah (font Arial, saiz 18) 9.2.3 Tajuk 9.2.4 Nama calon 9.2.5 No. Kad Pengenalan 9.2.6 Angka giliran 9.2.7 Tingkatan
9.3 TEKS LAPORAN
Format penulisan adalah seperti berikut:
10.3.1 Jenis font: Arial
10.3.2 Saiz font: 11
10.3.3 Selang setiap baris ayat: 1.5 spacing, kecuali bahagian-bahagian lazim seperti jadual dibenarkan menggunakan: Single spacing
10.3.4 Text Allignment: Justify
TERHAD 16
TERHAD
10.3.5 Sistem nombor Cara menomborkan penulisan adalah berdasarkan topik dan subtopik. Murid perlu konsisten dalam keseluruhan penulisan laporan kerja kursus (murid mestilah menggunakan sistem yang sama dalam setiap bab). Muka surat hendaklah diletakkan di bawah sebelah kanan pada setiap helaian laporan kerja kursus.
10.0 PEMBENTANGAN
Kandungan persembahan kerja kursus mestilah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
10.1 Tajuk Artifak
10.2 Nama Calon
10.3 Kerangka Persembahan
10.3.1 Pengenalan 10.3.2 Objektif 10.3.3 Penyataan masalah 10.3.4 Penjanaan idea 10.3.5 Perancangan kerja 10.3.6 Mereka bentuk artifak 10.3.7 Rumusan dan cadangan penambahbaikan
10.4 Demonstrasi fungsi artifak
10.5 Penutup / Kesimpulan
10.6 Sesi soal jawab
Isi kandungan persembahan hendaklah ringkas dan padat yang mana hanya memaparkan isi-isi penting persembahan sahaja serta dipersembahkan mengikut turutan. Medium penyampaian mestilah menggunakan pelbagai media, contohnya media elektronik dan media cetak.
TERHAD 17
TERHAD
BAHAGIAN CLAMPIRAN
TERHAD 18
TERHAD
RUBRIK PERMARKAHAN KERJA KURSUS
ELEMEN
MARKAH
4 3 2 1 0
Cemerlang Kepujian Baik Sederhana Lemah
ELEMEN 1.0: PENGURUSAN TUGASAN
1.1 Penyataan Masalah
Menyatakan sekurang kurang tiga masalah, huraian, dan cadangan penyelesaian masalah dengan jelas
Menyatakan sekurang kurang tiga masalah, huraian, dan cadangan penyelesaian masalah dengan tepat
Menyatakan sekurang kurang tiga masalah, huraian, dan cadangan penyelesaian masalah yang kurang tepat
Menyatakan masalah secara ringkas
Tiadamaklumat
1.2 Objektif Menyatakan objektif mengikut cadangan penyelesaian masalah dan boleh dicapai dengan jelas
Menyatakan objektif mengikut cadangan penyelesaian masalah dan boleh dicapai dengan tepat
Menyatakan objektif mengikut cadangan penyelesaian masalah dan boleh dicapai yang kurang tepat
Menyatakan objektif secara ringkas
Tiadamaklumat
1.3 Anggaran Kos Menganggarkan kos bahan, kos peralatan, kos sampingan dan kos kesuluruhan yang munasabah dan ekonomi dengan jelas
Menganggarkan kos bahan, kos peralatan, kos sampingan dan kos kesuluruhan yang munasabah dan ekonomi dengan tepat
Menganggarkan kos bahan, kos peralatan, kos sampingan dan kos kesuluruhan yang munasabah dan ekonomi yang kurang tepat
Menganggarkan kos kesuluruhan secara ringkas
Tiadamaklumat
1.4 Perancangan Tugasan
Menyediakan jadual proses kerja, senarai semak dan anggaran peruntukan masa perlaksanaan dengan jelas
Menyediakan jadual proses kerja, senarai semak dan anggaran peruntukan masa perlaksanaan dengan tepat
Menyediakan jadual proses kerja, senarai semak dan anggaran peruntukan masa perlaksanaan yangkurang tepat
Menyediakan jadual proses kerja secara ringkas
Tiadamaklumat
ELEMEN 2.0: METODOLOGI
2.1 Penjanaan Idea Menghasilkan lakaran idea logik, caraberoperasi dan tempoh masa yang dapat menyelesaikan masalah dengan jelas
Menghasilkan lakaran idea logik, caraberoperasi dan tempoh masa yang dapat menyelesaikan masalah dengan tepat
Menghasilkan lakaran idea logik, caraberoperasi dan tempoh masa yang dapat menyelesaikan masalah yangkurang tepat
Menghasilkan lakaran idea secara ringkas
Tiadamaklumat
2.2 Pengumpulan Evidens
Menyatakan kaedah pengumpulan evidens seperti sumber rujukan, pemerhatian, temubual dan soal selidik dengan jelas
Menyatakan kaedah pengumpulan evidens seperti sumber rujukan, pemerhatian, temubual dan soal selidik dengan tepat
Menyatakan kaedah pengumpulan evidens seperti sumber rujukan, pemerhatian, temubual dan soal selidik yangkurang tepat
Menyatakan kaedah pengumpulan evidens
Tiadamaklumat
Lampiran 1
TERHAD 19
TERHAD
ELEMEN
MARKAH
4 3 2 1 0
Cemerlang Kepujian Baik Sederhana Lemah
2.3 Merangka Reka Bentuk
Melakar reka bentuk keseluruhan dan melukis litar skematik, gambar rajah blok, carta alir/algoritma dengan jelas
Melakar reka bentuk keseluruhan dan melukis litar skematik, gambar rajah blok, carta alir/algoritma dengan tepat
Melakar reka bentuk keseluruhan dan melukis litar skematik, gambar rajah blok, carta alir/algoritma yang kurang tepat
Melakar reka bentuk keseluruhan secara ringkas
Tiadamaklumat
ELEMEN 3.0: PENGHASILAN REKA BENTUK
3.1 Membina Artifak
Membina artifak mengikut tempoh masa, berteknologi hijau, mempunyai perlindungan elektrikal, mekanikal dan sistem kawalan dengan jelas
Membina artifak mengikut tempoh masa, berteknologi hijau, mempunyai perlindungan elektrikal, mekanikal dan sistem kawalan dengan epat
Membina artifak mengikut tempoh masa, berteknologi hijau, mempunyai perlindungan elektrikal, mekanikal dan sistem kawalan yang kurang tepat
Membina artifak mengikut tempoh masa
Tiadamaklumat
3.2 MengujiArtifak
Membuat pengujian kefungsian, mengenal pasti masalah, membaik pulih dan menyelenggara dan merekod pengujian artifak dengan jelas
Membuat pengujian kefungsian, mengenal pasti masalah, membaik pulih dan menyelenggara dan merekod pengujian artifak dengan tepat
Membuat pengujian kefungsian, mengenal pasti masalah, membaik pulih dan menyelenggara dan merekod pengujian artifak yang kurang tepat
Membuat pengujian artifak
Tiadamaklumat
3.3 HasilArtifak
Menghasilkan artifak berfungsi, bernilai komersial, mesra pengguna dan idea ciptaan sendiri dengan jelas
Menghasilkan artifak berfungsi, bernilai komersial, mesra pengguna dan idea ciptaan sendiri dengan tepat
Menghasilkan artifak berfungsi, bernilai komersial, mesra pengguna dan idea ciptaan sendiri yang kurang tepat
Menghasilkan artifak
Tiadamaklumat
3.4 KemasanArtifak
Menghasilkan kemasan pada artifak berfungsi, berlabel, ruang minima, kemas dan teratur dengan jelas
Menghasilkan kemasan pada artifak berfungsi, berlabel, ruang minima, kemas dan teratur dengan tepat
Menghasilkan kemasan pada artifak berfungsi, berlabel, ruang minima, kemas dan teratur yang kurang tepat
Menghasilkan kemasan pada artifak
Tiadamaklumat
3.5 Nilai Mematuhi peraturan bengkel, sahsiah baik, daya usaha tinggi dan membantu rakan (coaching) dengan jelas
Mematuhi peraturan bengkel, sahsiah baik, daya usaha tinggi dan membantu rakan (coaching) dengan tepat
Mematuhi peraturan bengkel, sahsiah baik, daya usaha tinggi dan membantu rakan (coaching) yang kurang tepat
Kurang mematuhi peraturan bengkel
Tidak mematuhi peraturanbengkel
ELEMEN 4.0: PELAPORAN DAN PEMBENTANGAN
4.1 MenyediaPelaporan
Mengikut format MPPK, laras bahasa betul, menyenarai rujukan dan lampiran dengan jelas
Mengikut format MPPK, laras bahasa betul, menyenarai rujukan dan lampiran dengan tepat
Mengikut format MPPK, laras bahasa betul, menyenarai rujukan dan lampiran yang kurang tepat
Mengikut format MPPK
Tiadamaklumat
TERHAD 20
TERHAD
ELEMEN
MARKAH
4 3 2 1 0
Cemerlang Kepujian Baik Sederhana Lemah
4.2 MembuatPembentangan
Membuat persembahan multimedia, berhujah, tunjuk cara, sesi soal jawab dan berketrampilan diri dengan jelas
Membuat persembahan multimedia, berhujah, tunjuk cara, sesi soal jawab dan berketrampilan diri dengan tepat
Membuat persembahan multimedia, berhujah, tunjuk cara, sesi soal jawab dan berketrampilan diri yang kurang tepat
Membuat persembahan multimedia, berhujah, tunjuk cara, sesi soal jawab dan berketrampilan diri dengan jelas
Tiadamaklumat
ELEMEN 5.0: RUMUSAN
5.1 MembuatRumusan
Menyatakan rumusan merujuk kepada cadangan penyelesaian masalah dengan jelas
Menyatakan rumusan merujuk kepada cadangan penyelesaian masalah dengan tepat
Menyatakan rumusan merujuk kepada cadangan penyelesaian masalah yang kurang tepat
Menyatakan rumusan secara ringkas
Tiadamaklumat
5.2 CadanganPenambahbaikan
Menyatakan cadangan penambahbaikan merujuk kepada rumusan dengan jelas
Menyatakan cadangan penambahbaikan merujuk kepada rumusan dengan tepat
Menyatakan cadangan penambahbaikan merujuk kepada rumusan yang kurang tepat
Menyatakan cadangan penambahbaikan secara ringkas
Tiadamaklumat
** Nota:
Jelas - Memenuhi semua kriteria penilaian seperti yang diperlukan dalam rubrikpemarkahan
Tepat - Kurang satu kriteria penilaian seperti yang diperlukan dalam rubrikpemarkahan
Kurang tepat - Memenuhi sebahagian kriteria penilaian seperti yang diperlukan dalamrubrik pemarkahan
TERHAD 21
TERHAD
Lampiran 2
BPC
LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIAPENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (3762/2)
BORANG PENILAIAN CALON
Nama Calon : .................................................................................... No. Kad Pengenalan : ..................................Angka Giliran : ................................................................................ No. Pusat : ....................................................
KRITERIA MARKAH PEMBERAT JUMLAHMARKAH
ELEMEN 1.0: PENGURUSAN TUGASAN1.1 Penyataan Masalah 21.2 Objektif 11.3 Anggaran Kos 11.4 Perancangan Tugasan 1
JUMLAHELEMEN 2.0: METODOLOGI2.1 Penjanaan Idea 22.2 Pengumpulan Evidens 12.3 Merangka Reka Bentuk 2
JUMLAHELEMEN 3.0: PENGHASILAN REKA BENTUK3.1 Membina Artifak 33.2 Menguji Artifak 3
3.3 Hasil Artifak 2
3.4 Kemasan Artifak 13.5 Nilai 1
JUMLAHELEMEN 4.0: PELAPORAN DAN PEMBENTANGAN4.1 Menyedia Pelaporan 14.2 Membuat Pembentangan 2
JUMLAHELEMEN 5.0: RUMUSAN5.1 Membuat Rumusan 15.2 Cadangan Penambahbaikan 1
JUMLAHJUMLAH KESELURUHAN MARKAH / 100
PENGESAHAN PENTAKSIR MATA PELAJARAN
Saya mengesahkan telah memeriksa tugasan calon diatas.
Tandatangan :
Tarikh :
Nama Pentaksir :
Cap Sekolah :
UNTUK KEGUNAAN PENGETUA
Saya mengesahkan markah tugasan calon diatas.
Tandatangan :
Tarikh :
Nama Pengetua :
Cap Sekolah :
TERHAD 22
TERHAD
BMKC
LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIAPENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (3762/2)
BORANG MARKAH KELOMPOK CALON
BIL NAMA CALON ANGKA GILIRANMARKAH
E1 E2 E3 E4 E5
PENGESAHAN PENTAKSIR MATA PELAJARAN
Saya mengesahkan telah memeriksa tugasan calon diatas.
Tandatangan :
Tarikh :
Nama Pentaksir :
Cap Sekolah :
UNTUK KEGUNAAN PENGETUA
Saya mengesahkan markah tugasan calon diatas.
Tandatangan :
Tarikh :
Nama Pengetua :
Cap Sekolah :
Lampiran 3
TERHAD 23
TERHAD
BPM
LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIAPENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (3762/2)
BORANG PEYELARASAN MARKAH
Nama Calon : .................................................................................... No. Kad Pengenalan : ..................................Angka Giliran : ................................................................................ No. Pusat : ....................................................
KRITERIA MARKAHPENTAKSIR
MARKAH PENYELARAS
BEZAMARKAH
ELEMEN 1.0: PENGURUSAN TUGASAN1.1 Penyataan Masalah
1.2 Objektif
1.3 Anggaran Kos
1.4 Perancangan Tugasan
JUMLAHELEMEN 2.0: METODOLOGI2.1 Penjanaan Idea
2.2 Pengumpulan Evidens
2.3 Merangka Reka Bentuk
JUMLAHELEMEN 3.0: PENGHASILAN REKA BENTUK3.1 Membina Artifak
3.2 Menguji Artifak
3.3 Hasil Artifak
3.4 Kemasan Artifak
3.5 Nilai
JUMLAHELEMEN 4.0: PELAPORAN DAN PEMBENTANGAN4.1 Menyedia Pelaporan
4.2 Membuat Pembentangan
JUMLAHELEMEN 5.0: RUMUSAN5.1 Membuat Rumusan
5.2 Cadangan Penambahbaikan
JUMLAHJUMLAH KESELURUHAN MARKAH / 100 / 100
PENGESAHAN PENTAKSIR MATA PELAJARAN
Saya mengesahkan telah memeriksa tugasan calon diatas.
Tandatangan :
Tarikh :
Nama Pentaksir :
Cap Sekolah :
UNTUK KEGUNAAN PENYELARAS
Saya mengesahkan telah menyelaras tugasan calon diatas.
Tandatangan :
Tarikh :
Nama Pengetua :
Cap Sekolah :
Lampiran 4
TERHAD 24
TERHAD
CONTOH MUKA HADAPAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK XXX (Font arial saiz 20)
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
(Font arial saiz 14)
LOGO SEKOLAH (6CM X 5 CM)
TAJUK : ……………....……………….....................
.................................................................
.................................................................
NAMA : ………………………….…........................
NO K/P : …………….……………………….............
ANGKA GILIRAN: ………………………………………...........
TINGKATAN : ……………….……………………............. (Font Arial saiz 14)
Lampiran 5
TERHAD 25
TERHAD
PENGIRAAN ANGGARAN KOS
No Butiran Saiz Unit Harga Seunit (RM)
Jumlah harga (RM)
Jumlah keseluruhan
Lampiran 6
TERHAD 26
TERHAD
Lampiran 7
JADUAL PROSES KERJA KURSUS PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
Tandatangan Pentaksir :
Nama Pentaksir :
PERJUMPAAN TARIKH AKTIVITI
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
TERHAD 27
TERHAD
Lampiran 8
CATATAN PERBINCANGAN AKTIVITI
Tarikh : Hari : Masa :
Aktiviti
Maklumat Aktiviti
Ringkasan Aktiviti / Lakaran Idea
Pengesahan
…………………........................…………
Tandatangan
Nama Pentaksir : Tarikh :
Cap Sekolah
TERHAD 28
TERHAD
Lampiran 9
SEMAKAN KEMASAN ARTIFAK
Bil Aktiviti Keadaan
(Tandakan √ diruang yang disediakan)
1 Susunan Kemas Kesesuaian Kedudukan
Komponen
Kabel
2 Pematerian Bersih Tiada Dry Joint
Komponen
Kabel
3 Penggunaan ruang yang minimum (Bulatkan yang berkaitan)
Ya Tidak
4 Melakukan kemasan dengan berlabel (Bulatkan yang berkaitan)
Ya Tidak
5 Mempunyai ciri perlindungan mekanikal (Bulatkan yang berkaitan)
Ya Tidak
6 Mempunyai ciri perlindungan elektrikal (Bulatkan yang berkaitan)
Ya Tidak
7 Mempunyai sistem kawalan (Bulatkan yang berkaitan)
Ya Tidak
Ulasan:
Pengesahan Pentaksir
Tandatangan :
Nama Pentaksir : Cap Rasmi :
TERHAD 29
TERHAD
Lampiran 10
MENGUJI KEFUNGSIAN KOMPONEN PERINTANG
Bil Aktiviti Perintang
Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4
1 Membaca kod warna Warna
Nilai
2 Memilih julat meter (Bulatkan yang berkaitan)
X 1 X 10 X 1K X 10K
3 Bacaan Meter
4 Nilai Perintang
5 Menentukan jenis kerosakan (Bulatkan yang berkaitan)
Baik Buka Pintas
Ulasan:
Pengesahan Pentaksir
Tandatangan : Nama Pentaksir : Cap Rasmi :
TERHAD 30
TERHAD
Lampiran 11
MENGUJI KEFUNGSIAN KOMPONEN KAPASITOR
Bil Aktiviti Pemuat
C1 C2 C3 C4
1 Menentukan nilai pemuat berdasarkan kod tercetak
2 Memilih julat meter (Catatkan julat pada ruang yang disediakan dengan menulis X1 / X10 / X1K / X10K)
3 Menentukan keadaan pemuat (Catatkan pada ruang yang disediakan dengan menulis Baik / Terbuka / Terpintas / Bocor)
Ulasan:
Pengesahan Pentaksir
Tandatangan : Nama Pentaksir : Cap Rasmi :
TERHAD 31
TERHAD
Lampiran 12
MENGUJI KEFUNGSIAN KOMPONEN DIOD
Bil Aktiviti Diod
D1 D 2 D 3
1 Mencatat nombor siri diod
2 Memilih julat meter (Catatkan julat pada ruang yang disediakan dengan menulis X1 / X10 / X1K / X10K)
3 Membaca meter Pincang ke depan
Pincang balikan
4 Menentukan keadaan diod (Catatkan pada ruang yang disediakan dengan menulis Baik / Rosak)
Ulasan:
Pengesahan Pentaksir
Tandatangan : Nama Pentaksir : Cap Rasmi :
TERHAD 32
TERHAD
Lampiran 13
MENGUJI KEFUNGSIAN ARTIFAK
Kefungsian Artifak
(Bulatkan yang berkaitan) Berfungsi / Tidak Berfungsi
Kerosakan yang dikenal pasti
Langkah Baik Pulih / Penyelenggaraan
Maklumat Peralatan / Komponen Gantian
1. 3. 5.
2. 4. 6.
Ulasan:
Pengesahan Pentaksir
Tandatangan : Nama Pentaksir : Cap Rasmi :