LGMPC
Pengurusan LGMPC mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada Encik Sankara Narayanan
A/L Sankaran Nair diatas perlantikan sebagai Pengerusi baru LGMPC. Telah dilantik sebagai
Pengerusi LGMPC mulai dari Julai 2018 dan merupakan pengerusi yang ke 7 selepas Dr Mansor Abd
Rahman.
En Nair merupakan Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pemegang Ijazah LLB
(Kepujian) dari Cardiff Law School, University of Wales, UK ini telah mula berkhidmat dalam
perundangan berkaitan Litigasi, Perseorangan, Perniagaan, Undang-undang Perdagangan/
Penipuan, Insurans Am, Undang-Undang Maritim, Torts dan Undang-Undang Jenayah. Encik
Sankara juga merupakan Rakan Urusan sebuah Firma Perundangan SN NAIR & PARTNES
En Nair pernah berkhidmat di Angkatan Polis Diraja Malaysia sebagai Penolong Supt. Polis di
Bahagian Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah dan Tugas Umum.
KELUARAN 24 EDISI KHAS 2018
MESYUARAT SEMAKAN & MENGEMASKINI SOP PERLADANGAN KE ARAH
PENSIJILAN MSPO ❖ 18–19 Jan 2018 (Ladang Pahang Tenggara)
❖ 7–9 Feb 2018 (Ancasa Residences, Port Dickson)
❖ 16 – 19 April 2018 (Syeun Hotel, Ipoh Perak)
Mesyuarat MSPO “LGMPC Ke Arah
Pensijilan MSPO” telah diadakan di AncasaResidences, Port Dickson pada 7 – 9 Februari2018 serta dihadiri oleh Pengurus, Penyelia,Penolong Penyelia dan Pembantu Tadbir dariunit-unit perladangan. Wakil BPSM turuthadir sebagai penganjur dan sekretariat.
Perbincangan Deraf SOP untuk tujuan
Pensijilan MSPO telah diadakan pada 16 – 19April 2018 di Syeun Hotel, Ipoh Perak, dihadirioleh kakitangan dari Unit Perladangan danwakil BPSM.
Pada 18 & 19 Januari 2018 bertempat di
Bilik Mesyuarat Ladang Pahang Tenggara,Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengurus,Penyelia, Penolong Penyelia dan PembantuTadbir dari unit-unit perladangan. WakilBPSM turut hadir sebagai penganjur dansecretariat.
Sesi penerangan tentang Malaysia
Sustainable Palm Oil (MSPO) kepada kakitangan
Ladang LGM Begia, Pahang Tenggara dan
Panti/Penawar serta penduduk setempat,
kontraktor dan pekerja ladang. Turut hadir
bersama adalah Pengurus Pentadbiran &
Sumber Manusia serta PA kepada CEO.
Taklimat telah disampaikan oleh Tn Asri bin Abd
Ani bertujuan untuk memberi penerangan yang
lebih spesifik tentang kriteria dan cara
perlaksanan MSPO.
Diharap dengan penerangan ini semua pihak
yang terlibat mendapat manfaat secara
langsung di dalam persediaan bagi
mendapatkan persijilan tersebut
SESI TAKLIMAT MSPO DI
LADANG-LADANG
❖ 21 – 22 Feb 2018 (Ladang Begia)
❖ 27 – 28 Feb 2018 (Ladang Pahang Tenggara)
❖ 26 – 28 Mac 2018. (Ladang Panti/Penawar)
Taklimat MSPO kepada kakitangan Ladang Pahang Tenggara, kontraktor, masyarakat setempat telah diadakan pada 27 – 28 Februari 2018. Taklimat oleh En. Asri Abd Ani dibantu oleh Hj. Iskandar Zulkarnain Hj. Hussin.
KURSUS MSPO
❖ 21-22 Mac 2018 (Hotel Silka Maytower KL)
❖ 26-27 Mac 2018 (Vistana Hotel KL Titiwangsa)
❖ 11 April 2018 (Silka Maytower Hotel, KL)
❖ 12 April 2018 (Silka Maytower Hotel, KL)
❖ 14-15 Mei 2018 (Silka Maytower Hotel, KL)
GAP Analysis for Successful Certification anjuran MDV Management Sdn Bhd pada 21 – 22 Mac 2018 di Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur telah dihadiri oleh En. Asri Abd Ani, Hj. Iskandar Zulkarnain Hj. Hussin, En. Rosli Kassim, En. Mat Ariffin Ibrahim dan En. Muhammad Farid Omar.
Occupational Safety and Health in Plantation Operation anjuran Green Insight Training & Development PLT pada 26 – 27 Mac 2018 di Hotel Vistana Hotel KL Titiwangsa telah dihadiri oleh En. Mohd Affendi Zamri, En. Azrul Ahmad dan En. Mohd Zosri Che Ibrahim.
HIRARC for Sustainable Plantation Operations anjuran MDV Management Sdn Bhd pada 11 April 2018 di Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur telah dihadiri oleh En. Rosli Kassim, En. Mat Ariffin Ibrahim dan En. Muhammad Farid Omar yang terlibat dengan aktiviti pensijilan MSPO.
Good Agricultural Practices in Field Upkeep for Sustainability Palm Oil anjuran MDV Management Sdn Bhd pada 12 April 2018 di Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur telah dihadiri oleh En. Asri Abd Ani, En. Rosli Kassim, En. Mat Ariffin Ibrahim dan En. Muhammad Farid Omar.
Internal Audit Program anjuran MDV Management Sdn Bhd pada 14-15 Mei 2018 di Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman MSPO, LGMPC Hj. Iskandar Zulkarnain Hj. Hussin, Pn. Hamidah Abdullah, En. Wan Sharifudzillah Wan Abdul Malik, Pn. Siti Roshida Othman dan Pn. Intan Saidatul Balqiah Kamarudin.
RUMAH KAKITANGAN LADANG LGM
PAHANG TENGGARA TERBAKAR!!
Pada 17 November 2018, 6.30 petang telah
berlakunya satu tragedi yang tidak diingini iaitu
kebakaran di rumah kakitangan No.3. Ladang LGM
Pahang Tenggara. Rumah ini baru sahaja dibaiki
untuk dijadikan penempatan kepada pelajar-pelajar
praktikal. Daripada makluman staf yang berada di
kuarters tersebut, kejadian kilat yang kuat serta
petir termasuk lampu-lampu rumah mereka berklip-
klip sebelum kebakaran berlaku. Semasa kebakaran,
pihak TUDM telah bekerjasama dengan pasukan
forensik BOMBA untuk memadamkan api. Punca
kejadian masih di dalam siasatan dan tiada
kemalangan jiwa berlaku.
PEMPROSESAN CREPE RUBBER DAN
SERUM BERSKALA KOMERSIAL
Anjuran Lembaga Getah Malaysia bertempat di Pusat
Pemprosesan Crepe Rubber Dan Serum, Sg. Sari, Kedah pada
6 – 8 Mac 2018. Aktiviti pemprosesan crepe rubber dan
serum berskala komersial ini dilaksanakan bagi tujuan
penilaian ekonomi dan pengambilan sampel. Bagi tujuan ini
bahan mentah dari Tradewinds Plantation Berhad dari
Ladang Bukit Ketapang akan digunakan sepenuhnya dan
dijangkakan kualiti serta kuantiti serum yang dihasilkan akan
memberikan gambaran sebenar keperluan dan hasil serum
yang terhasil. Latihan kerja ini telah dihadiri oleh En. Mat
Ariffin Ibrahim, En. Mohd Yusof Ismael dan En. Abdul Kamar
Pa Kamis @ Din.
Pusat Memproses Getah (PMG) Ladang LGM Pahang Tenggara
Pusat Memproses Getah (PMG) sedang dalam peringkat akhir pembinaan dan telah mula menerima peralatan Bio
Proses pada 12 Sept 2018, ketika ini pihak kontraktor sedang giat membuat pemasangan bagi memastikan PMG ini
dapat berfungsi mulai pada Tahun 2019.
Pusat ini dijangka dapat menambahkan pendapatan kepada LGMPC kerana tujuan utama kilang ini didirikan adalah
untuk memproses sumber bahan mentah bermutu tinggi yang dipanggil “ Serum” dimana selama ini ianya terbuang
begitu sahaja. PMG ini mampu memproses getah cuplump dari hasil torehan yang disimpan tidak melebihi 3 hari
sebanyak 10 mt sehari dan dengan keupayaan ini hasil cuplump yang dijual oleh ladang kepada pihak ke tiga akan
ditamatkan.
Kebaikan PMG ini adalah dapat memberi tambah nilai kepada cuplump yang dijual selama ini daripada 1 bahan
jualan kepada 4 bahan utama yang terhasil iaitu Crepe rubber, Bahan Protein, Glucose & Air Bersih.
Pokok yang telah diserang
oleh tenuk
PEMASANGAN PERANGKAP TENUK
DILADANG LGM PAHANG TENGGARA
Ladang LGM Pahang Tenggara telah dikunjungi oleh
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar (PERHILITAN) pada 21
Ogos 2018 bagi tujuan untuk tinjauan dan pemasangan
perangkap sangkar tenuk (Tapirus Indicus). Disamping itu
juga, pihak ladang turut mengambil langkah-langkah
kawalan yang tertumpu dikawasan sempadan hutan
kerana diserang tenuk. Antara langkah perlindungan yang
dibuat adalah dengan cara ikatan balutan guni pada
setiap batang pokok yang diserang serta pokok-pokok
yang dijangka akan diserang tenuk. Manakala pihak
Perhilitan Muadzam Shah telah memasang perangkap
sangkar berumpankan buah /mayang nangka & daun
nangka. Tenuk yang terperangkap akan diserahkan
kepada pihak Perhilitan Rompin. Rekod serangan tenuk
telah menyerang sebanyak lebih kurang 600 pokok pada
tahun 2017 manakala sebanyak 5290 pokok getah muda
di Fasa 3E dan Fasa 3C tahun 2018.
PENYEDIAAN BENIH
BCMP/MAXI (APM) UNTUK
TANAMAN FASA 4A & 5A DI
LADANG LGM PAHANG
TENGGARA
Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam
sebanyak 9,000 pokok dari berlainan klon untuk
dijadikan sumber (RTH) Ranting Tunas Hijau bagi
memastikan bekalan ranting untuk cantuman adalah dari
sumber yang tulen supaya klon-klon yang dirancang
untuk tanaman 5 tahun ke hadapan bermula 2019 hingga
2024 adalah didapat memberikan hasil terbaik.
Pihak ladang juga telah memperuntukkan keluasan
seluas 5.60 hektar manakala untuk semaian pokok
Maxi & Advance Planting Material seluas 1.87 ha
termasuk tapak sedia ada seluas 5.00 hektar
menjadikan keseluruhan kawasan adalah seluas
12.47 hektar. Pihak ladang akan menumpukan
perhatian hanya mengeluarkan anak benih
cantuman muda polybag 2 pusaran daun sebagai
media tanaman yang terbaik. Kriteria utama diberi
perhatian adalah seperti mutu dan kualiti yang
menepati kehendak dan pengesyoran pihak LGM.
Iaitu memilih ciri-ciri dan sifat klon terbaik dan
amalan penyediaan benih yang terkini supaya
benih yang dibekalkan mempunyai keseragaman
dan tumbesaran dengan mencapai ketinggian 12” –
18 “ dalam tempoh 3 bulan sebelum dipindahkan
ke ladang.
Pihak ladang sedang giat menyediakan tapak semaian
di Fasa 2 bagi memastikan kejayaan penanaman semula
getah di Fasa 4A & 5A menepati masa jangkaan dan
boleh dijadikan contoh “Model Ladang Getah Terbaik”
demi kelangsungan Dalam Industri Getah Negara.
Penyerahan Nissan Urvan 350 Van untuk
kegunaan Ladang Pahang Tenggara
Prihatin terhadap masalah kenderaan untuk kegunaan anak-anak kakitangan
ladang ke sekolah, pengurus BPSM Hj. Iskandar telah menyerahkan sebuah van
baru jenis Nissan Urvan 350 kepada Penolong Pengurus Ladang Ibam En. Mohd
Amin Deraman pada 9 Februari 2018.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
LANTIKAN BARU.
En. Subbraham Bin Salehludin telah dilantik
secara kontrak sebagai (Penyelia Ladang) dan
ditempatkan di Ladang Pahang Tenggara pada
1 Jun 2018.
PERSARAAN
Waktu akan terus berputar membuat
perubahan. Begitu juga di alam pekerjaan
seseorang mempunyai waktu yang
tersendiri dalam meninggalkan sesuatu
dan bakal memulakan perjalan hidup
yang baru. Pada 31 Oktober 2018 yang
lalu merupakan hari terakhir Tn. Hj Zahari
bin Abd Rahman, 58 ataupun dikenali
dengan panggilan (Hj.Z) dalam
menjalankan tugasnya sebagai Penolong
Pengurus Ladang LGM Pahang Tenggara. Beliau memulakan karier bersama LGM sehinggalah
bersara bersama LGM Properties Corporation.
Berpengalaman luas dalam semua skop kerja-kerja
ladang termasuklah penjagaan kawasan getah muda,
penanaman semula, kawasan matang getah dan sawit
matang. Beliau juga telah memegang pelbagai
jawatan semasa berkerja di LGM dan juga LGMPC ini
iaitu sebagai Pembantu penyelidik LGM (Jun 1987-
2002) Penyelia Ladang Kanan (2002-2014) dan
Penolong Pengurus LGMPC (2014-Okt 2018). Pihak
LGMPC mengucapkan terima kasih diatas sumbangan
yang telah diberikan.
PENYERAHAN HILUX LADANG BEGIA
Pada tarikh 22.02.2018 pihak Ladang LGM Begia
telah menerima 1 Unit Hilux baru bagi menggantikan
hilux lama yang telah uzur. Penyerahan telah
disempurnakan oleh Tn Asri bin Abd Ani Pengurus
Kanan (Perladangan) manakala bagi pihak ladang
diwakili oleh En Rosli Bin Kassim. Semoga dengan
adanya kenderaan baru ini dapat melancarkan lagi
pengurusan Ladang LGM Begia pada masa yang akan
datang.
KPE, KSU, KP LGM DAN PKP BERSAMA
TETAMU YANG HADIR
LAWATAN TKSUK MPIC DI LADANG LGM
BEGIA Pada 14 Mei 2018, satu lawatan yang telah dihadiri oleh
TKSUK MPIC iaitu YBHG Datuk Zurinah Binti
Pawanteh(KSU), turut mengiringi beliau ialah Ketua
Pengarah LGM YBRS Zairossani bin Mohd Nor (KP LGM)
dan Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC iaitu Tuan Kamil
Daniel(KPE).
Ini adalah kali pertama beliau melawat ladang LGM Begia, semenjak dilantik menjadi Timbalan Ketua Setiausaha MPIC. Diharap segala komen dan cadangan beliau dapat di jadikan panduan ke arah masa depan Ladang LGM Begia
PROGRAM BUBUR ASYURA
Program bubur asyura telah disertai oleh kakitangan
Ladang LGM Begia Bersama penduduk kampung
berhampiran. Program ini dibuat dengan hasil
kutipan Bersama dan pada Tarikh 28hb September
2018 bersamaan 18 Muharam 1440H di Pejabat
Ladang LGM Begia.
Program ini diuruskan oleh Persatuan Kelab Wanita Ladang
LGM Begia. Ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturahim
antara kakitangan Ladang LGM Begia dengan penduduk
kampung.
Lawatan Agronomis di Ladang LGM
Panti
LAWATAN AGRONOMIS
Seperti kebiasaan, setiap tahun ladang akan dilawati
oleh Agronomis untuk memberi nasihat dan panduan
terbaik amalan agro. En. Ismail Bin Mohamad Yunus
dari Sime Darby Seeds & Agricultural Services Sdn Bhd
telah melawati Ladang LGM Panti dan Penawar pada
15 Mei 2018 bagi melihat potensi ladang serta
membuat cadangan pembajaan bagi tahun 2019.
LAWATAN PIHAK PENGURUSAN
LGMPC
Pada 18 dan 19 Julai 2018, pihak pengurusan
LGMPC telah membuat lawatan ke Ladang LGM
Penawar dan LGM Panti. Kumpulan pengurusan ini
dibawa melawat keadaan ladang bagi melihat
perkembangan terkini ladang.
PROGRAM BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH SIK DI LADANG LGM BEGIA
Program keselamatan dan kesihatan diadakan di
Ladang LGM Begia bertujuan untuk memberi penerangan
berkaitan penggunaan alatan PPE dan Peti Kecemasan
kepada kakitangan serta pekerja di Ladang LGM Begia.
Selain memberi penerangan, pihak kesihatan juga
menjalankan pemeriksaan kesihatan secara percuma
kepada kakitangan serta pekerja yang hadir. Program
ini diadakan pada 20 September 2018 melibatkan
kakitangan serta pekerja yang kontrak seramai 23
orang.
Banyak isu-isu yang telah dibincangkan termasuk
langkah-langkah cara pencegahan kemalangan,
tindakan yang diambil oleh JKKP supaya dapat
meningkatkan lagi jaminan keselamatan dan kesihatan
pekerja di ladang LGM Begia. Pengerusi mengesyorkan
agar pemeriksaan kesihatan (medical surveliance)
perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam
setahun bagi pekerja-pekerja yang terlibat secara
langsung dengan bahan kimia contohnya seperti kerja
meracun dan membaja bagi individu yang terlibat.
MESYUARAT PIHAK LGMPC BERSAMA JKKP DI LADANG LGM BEGIA
Mesyuarat JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung Persekutuan (JKKP). Di Ladang LGM Begia
Bersama ahli jawatan kuasa kali ke 3 diadakan pada 16
Ogos 2018 jam 3.30pm bertempat di bilik mesyuarat
Ladang LGM Begia.
Pihak Kesihatan Daerah Sik Bersama kakitangan
dan pekerja LGM Begia
Penerangan dari pihak kesihatan
Mesyuarat pihak lgmpc bersama
JKKP
Penyerahan sijil penghargaan kepada Sarjan Rizuan Asidi
Di samping itu, sijil penghargaan juga telah diberikan kepada
dua orang anggota Polis Bantuan iaitu Sarjan Rizuan Asidi
dan Konstabel Rai De Larry a/l Mazlan. Mereka telah diberi
penghargaan atas keberanian mereka dalam menggagalkan
satu cubaan menceroboh di Pusat Penyelidikan Getah Sungai
Buloh ketika cuti raya Aidilfitiri baru-baru ini. Tahniah
diucapkan kepada mereka berdua kerana telah menjalankan
tugas dengan jayanya.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Ketua Unit
Pentadbiran (UPD); Puan Emilia Kassim, Pengurus
(Pentadbiran & Sumber Manusia); Tuan Hj. Iskandar
Zulkarnain Hj Hussin dan Eksekutif (Pentadbiran & Sumber
Manusia); Puan Intan Saidatul Balqiah Kamarudin dan
Pembantu Tadbir; En. Abdul Rahman Ismail. Majlis diakhiri
dengan bacaan ikrar oleh anggota-anggota Polis Bantuan
yang telah dilantik. Tahniah diucapkan kepada semua
anggota Polis Bantuan LGMPC semoga mereka semua dapat
menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan dengan
kehadiran mereka semua keselamatan di Pusat Penyelidikan
lebih selamat dan lebih terjamin.
Barisan-barisan anggota Polis Bantuan LGMPC dengan kakitangan
LGM dan LGMPC bersama dua orang Inspektor Polis Bantuan.
Ucapan daripada Ketua Pengarah Bahagian Pelesenan
Penguatkuasaan Dan Perkhidmatan Sokongan (BPPS)
LGM; Encik Azhan Haris Ajidan
Encik Azhan Haris Ajidan dan diiringi oleh Inspektor
Farid Afiffudin Ramli menyampaikan sijil
perlantikan kepada salah seorang anggota baru
Polis Bantuan LGMPC
MAJLIS PELANTIKAN POLIS
BANTUAN LGMPC
Pada 7 Ogos 2018 telah berlangsungnya majlis
penyerahan sijil pelantikan Polis Bantuan LGMPC
di Pusat Penyelidikan Getah di Sungai Buloh.
Seramai 38 orang anggota Polis Bantuan telah
dilantik dan penyerahan sijil-sijil ini disampaikan
oleh Ketua Pengarah Bahagian Pelesenan
Penguatkuasaan Dan Perkhidmatan Sokongan
(BPPS) LGM; Encik Azhan Haris Ajidan dan diiringi
oleh dua orang Inspektor iaitu Inspektor Farid
Afiffudin Ramli dan Inspektor Muhamad Afandi
Zakaria.
SEDIA BERAKSI… Barisan para pemain Bola Sepak pasukan
Oren yang diketuai oleh En. Yahya Azmuddin Ayob (Dalam
Gambar: Berdiri dua dari kanan)
TEAM NETBALL WANITA … Pasukan netball wanita
juga tidak ketinggalan dengan diketuai oleh Pn.
Suhaini Haron (Dalam Gambar: Lima dari kiri)
TEAM FUTSAL LELAKI… Fadzli & Fariq dari LGMPC
turut sama membantu pasukan oren.
BOWLING TEAM… Pasukan Oren diwakili oleh
Puan Hamidah dan Hj. Iskandar.
SYABAS UNTUK JUARA KITA…Para pemenang dari pasukan Oren
dengan bangganya bergambar bersama KP dengan menunjukkan
pingat kemenangan masing-masing dalam acara badminton.
TEMASYA SUKAN PIALA KP
Pada 24 sehingga 27 April 2018 pihak LGM
telah mengadakan temasya sukan piala KP
bertempat di Akademi Hevea Sungai Buloh,
Selangor. Kakitangan LGMPC dari Ibupejabat,
kakitangan dari unit ladang dan Polis Bantuan
juga turut serta dalam kejohanan ini.
PASUKAN OREN, BUAT YANG TERBAIK… Mungkin itu adalah yang
dinyatakan oleh KPE LGMPC En. Kamil Daniel semasa majlis perasmian
sukan KP LGM pada 25 April 2018
GABUNGAN MANTAP LGMPC & BEPG, LGM…di temasya Sukan
Piala KP 2018 tahun ini telah mengabungkan Unit BEPG(LGM)
dengan kakitangan LGMPC. Kelihatan dalam gambar KP LGM Dr.
Zairosaini menyerahkan bendera kepada ketua pasukan Oren.
Minyak Sawit dan cendol
dari santan sawit antara
buah tangan yang diberikan
kepada para peserta yang
mengambil bahagian dalam
acara tersebut.
BARISAN VIP… Juga tidak ketinggalan memeriahkan
Majlis Sambutan 100 Tahun Industri Sawit tersebut.
Gelagat Warga LGMPC bersama KP LGM… (Dalam gambar dari kiri ke
kanan) Saiful Rizal, Abdul Rahman, KP LGM Dr. Zairoshani, KPE LGMPC
Daniel Kamil, KSU Datuk. Zurinah Pawanteh, Hamidah & Lee Chi Yen
beraksi dengan medal penyertaan masing-masing.
LARIAN SAWIT
Majlis Sambutan 100 Tahun Industri
Sawit telah diadakan pada 13 Mei
2018 di Putrajaya. Ketua Pegawai
Eksekutif En. Kamil Daniel dan
kakitangan ibu pejabat turut dijemput
hadir bagi memeriahkan lagi Majlis
Sambutan 100 Tahun Industri Sawit
tersebut. Antara Acara yang diadakan
termasuk Senamrobik, Demo
Masakan, Pameran, Jualan dan Fun
Run (Larian 100 Tahun Industri Sawit).
KONVENSYEN KEBANGSAAN AMALAN
BAIK PERATURAN (GRP) 2018
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yab Dato’Seri Dr Wan
Azizah Dr. Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Seramai 13 kakitangan pengurusan LGMPC yang turut serta
didalam majlis tersebut. Ia diadakan pada 11 Oktober 2018
bertempat di Putrajaya Marriott Hotel.
TAKLIMAT SISTEM INSURANS PEKERJAAN
Pada 12 Februari 2018 bertempat di Premiera Hotel, Kuala Lumpur
satu Taklimat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2018.Kakitangan dari
Bahagian PSM yang turut serta dalam taklimat ini ialah Puan Intan
Saidatul Balqiah dan Puan Amelia Veleriano.
BENGKEL “DISABILITY & EQUALITY TRAINING:
TOWARDS INCLUSION AND DIVERSITY
Pada 24 Julai 2018 satu kursus telah dianjurkan oleh PERKESO di
Dewan Pancadelima Wisma PERKESO Petaling Jaya. Kakitangan
LGMPC yang terlibat adalah Puan Intan Saidatul Balqiah; Eksekutif
Pentadbiran Sumber Manusia. Beliau mengatakan banyak ilmu dan
pengajaran yang dapat dari kursus ini seperti yang telah dikongsikan
oleh En. Fariz Abd Rani, penceramah Disability & Equality Training.
TERIMA KASIH TUAN KPE…
Senyuman yang terukir
dalam suasana yang pilu dan
mengharukan amat dirasai
dikalangan kakitangan
LGMPC yang lebih merasai
kehilangan “Atuk” yang
mereka sayangi.
JASA MU DIKENANG
Setiap bermula akan
berakhir, begitu juga dengan
En. Mohd Saad Ab Rahman
Penyelia Landskap dari Unit
Penyelenggaraan yang telah
berkhidmat dengan LGMPC
sejak ditubuhkan pada tahun
2002.
Beliau telah berkhidmat selama 16 tahun. Dikenali dengan panggilan “Atuk” di kalangan kakitangan LGMPC.
Beliau menyatakan banyak kenangan yang menarik semasa berkhidmat di LGMPC dan selain dapat
melancong ke Indonesia, Vietnam, China dan Taiwan. Sebelum bersama di LGMPC, beliau pernah bekerja
operator di kilang kain, pekerja dispatch dan perhotelan. Semoga kenangan bersama di LGMPC tidak
dilupakan. “Senang-senang datang singgah ke LGMPC “ujar Azli yang sama-sama berkhidmat dengan En.
Saad.
SIJIL PENGHARGAAN
DIHULURKAN….
Sempena mengenang
jasa En. Mohd Saad Ab
Rahman (Penyelia
Landskap) dari Unit
Maintenance yang
telah menabur bakti
dengan LGMPC
selama 16 tahun.
Encik Kamil Daniel bersama barisan Kakitangan LGMPC
Sending our wefie to
NASA, because we are
stars
Pembuka kata dari Encik Kamil Daniel
INDAHNYA SYAWAL
Kedatangan syawal pada kali ini lebih indah
walaupun ia dilakukan secara ringkas dan tanpa
perancangan yang rapi. Kakitangan dari Bahagian
Pentadbiran dan Sumber Manusia telah
berusahasama mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya
Aidilifitri 2018. Bilik Mesyuarat Ridley Resources
Centre menjadi tempat pilihan dimana jamuan ini
diadakan pada 4 Julai 2018. Majlis ini dimulakan
dengan ucapan pembuka kata dari KPE; Encik Kamil
Daniel.
Ok dengar sini
semua saya nak
berucap ni ...
Ha apa dia?
You tanya apa
tadi?
Smartnya saya... opsss
terangkat bakul
sendiri la pula... hehe
Cantik pulak lampu disko
ni... kalau letak kat rumah
pun bagus... haha
Bangganya saya jadi
Legasi Pahlawan Melayu
Puan Suhaini Haron memegang
profail sebagai Pengurus Kanan
Bahagian Pelaburan dan
Pembangunan Komersial pada 1
Februari 2018. Sebelum ini beliau
juga telah berkhidmat dengan Halal
Hub serta berkemahiran dalam
bidang strategi perniagaan dan
pelaburan.
Puan Hidhayatul Marikha Mohd Zuki memegang profail
sebagai Pegawai Perundangan pada 1 Februari 2018.
Sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan Halal Hub
dan berpengalaman luas dalam bidang hal-ehwal
perundangan.
SELAMAT DATANG
AHLI BARU LGMPC……
En. Omar Kadir memulakan tugas sebagai
Penyelia Landskap pada 16 Mac 2018
menggantikan En. Mohd Saad Ab Rahman yang
telah bersara. Ini merupakan pengalaman beliau
yang baru di alam pekerjaan. “Selalunya saya
memotong rumput dan pokok-pokok di rumah”
ujar Omar semasa pertanyaan dari En. Rahman.
Encik Nazri Fazidin bin Abd Rahman memgang
profail sebagai Pengurus Projek (Sivil & Struktur)
di Bahagian Hartanah pada 1 November 2018.
Sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan TSH
Resources Berhad dengan memegang profail
yang sama.
Encik Suhairi bin Abidin memegang profail
sebagai Pengurus Projek (Mekanikal & Electrikal)
di Bahagian Hartanah pada 1 November 2018.
Sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan
OMH Electrical Works Sdn Bhd dan memegang
profail yang sama.
Encik Mohd Faisal Helmy bin Md Yusof
memegang profail sebagai Pengurus Projek (IT)
di Bahagian Hartanah pada 1 Disember 2018.
Sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan
Metronic Sdn Bhd dan memegang profail
sebagai Pengurus Projek ELV.
PENGALAMAN
DITIMBA
Dua orang pelatih Industri telah melapor diri iaitu adik Wan Muhd Affan
Ameer bin Wan Nurmazlan dan Adik Nik Azah Amiera Nik Azham pada 29
Januari 2018 di BPSM. Kedua-dua pelatih adalah dari UiTM Seremban 3 dan
sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Sekalung kerana
telah berjaya mengharungi latihan industri di LGMPC dengan jayanya.
Pelatih Industri ke-3 Adik Joanna Julan Elli dari Kuching, Sarawak juga sempat menimba Ilmu di BPSM. Beliau yang
masih di tahun akhir di Kursus Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia) di Uitm Shah Alam. Beliau merasa
peluang menimba Ilmu di LGMPC begitu berharga kerana LGMPC sedang berkembang maju bagi prospek bisnes
yang mendatang. Ketiga-tiga pelatih Industri telah banyak membantu di bahagian BPSM dan BPPK.
Wan Muhd Affan menerima
cenderahati daripada Hj. Iskandar
Joanna Julan Elli menerima
cenderahati daripada Hj. Iskandar Nik Azah Amiera menerima
cenderahati daripada Hj. Iskandar
Dari kiri Nur Afini, Nur Aznira dan Nurul Azyati
(Pelajar Praktikal)
Pada 3 September 2018 tiga orang pelatih industri adik
Nurul Azyati binti Mat Ariffin; Sarjana Muda Sains
Matematik (Pengkomputeraan), adik Nur Afini binti Md
Ariffin dan adik Nur Aznira binti Ahmad Najamuddin;
Sarjana Muda Sains Matematik. Ketiga-tiga pelatih adalah
dari UiTM Seremban 3.
Mereka bersyukur kerana diberikan peluang untuk
meningkatkan kemajuan diri secara profesional. Selain itu,
latihan ini telah memberikan kelebihan kepada mereka
untuk menceburi dan mempelajari ilmu dalam bidang yang
berbeza iaitu bidang sumber manusia, pelaburan dan
pembangunan komersial. Pelbagai jenis tugasan yang
mereka cuba selesaikan dan dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya. Sekalung Tahniah dan penghargaan kerana
telah berjaya mengharungi latihan industri di LGMPC
dengan jayanya.
INI DIA ORANG KUAT BPH!! Dari kiri, Hanafi, Zulkurnain, Yahya,
Khairul Izwan bin Mohd Isa dan Nurul Atiqah bt Johari (Pelajar
Praktikal) Wan Sharifudzillah, Felicia dan Nur Fairuz.
Pelatih Industri di Bhg Pengurusan Hartanah,
Adik Khairul Izwan bin Mohd Isa dan Adik
Nurul Atiqah bt Johari dari Universiti Tun
Hussein Onn (UTHM) Sarjana Muda
Pengurusan Harta Tanah juga menimba ilmu
bagi mendapatkan pendedahan tugasan-
tugasan berkaitan dengan Pengurusan Harta
Tanah. Sekalung Tahniah dan penghargaan
kerana telah berjaya mengharungi latihan
industri di LGMPC dengan jayanya.
Pelatih Industri di Bhg Pengurusan Hartanah,
adik Muhammad Zulhilmi bin Rosni dari
Institut Latihan Perindustrian Jabatan
Tenaga Manusia (Kementerian Sumber
Manusia). Beliau bertugas di unit
Penyelenggaraan. Membantu kerja-kerja
berkaitan parkir dan penyelenggaraan
elektrikal dari 2 Julai sehingga 28 September
2018. Sekalung Tahniah dan penghargaan
kerana telah berjaya mengharungi latihan
industri di LGMPC dengan jayanya.
KAK AMY PUN SAKIT JUGA…
Puan Intan dan Cik Iffah telah
melawat Pn. Amalia Veleriano
(Pembantu Tadbir – Sumber
Manusia) BPSM pada 3 May
2018 yang telah dimasukkan di
Hospital Ampang Puteri,
Selangor sejak 30 April 2018.
SEMOGA CEPAT SEMBUH
SARJAN… Sarjan PB Solikin bin
Goris turut menerima
kunjungan dari Pengurus
BPSM Hj. Iskandar Zulkarnain
Hj. Hussin pada 22 May 2018
di Tropicana Medical Centre,
Kota Damansara
LEPAS PEMBEDAHAN JAGA
PEMAKANAN… Begitulah
nasihat yang diberikan
kepada Konstabel PB Siti
Haida Binti Abd. Ghani yang
turut menerima kunjungan
dari EPSM Pn. Intan Saidatul
Balqiah Kamarudin ditemani
oleh Pn. Amalia Veleriano
pada 26 Jun 2018 di Hospital
Colombia Specialist Centre,
Setapak, Kuala Lumpur.
LAWATAN KE HOSPITAL
SELAMAT PENGANTIN BARU
Tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Nadzirah
Binti Alias; Konstabel Polis Bantuan LGMPC
bersama pasangannya Muhamad Fazlil bin Che
Rus telah diijabkabulkan pada 19 Januari 2018.
Semoga kedua-dua pasangan ini berbahagia dan
kekal hingga ke akhir hayat. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Azzim Bin
Mohd Zahib; Konstabel Polis Bantuan LGMPC bersama
pasangannya Nurul Alin Aliyah Muhd Rosdi telah
selamat melangsungkan perkahwinan pada 12
Oktober 2018. Semoga kedua-dua pasangan ini
berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.
KELAHIRAN ANAK KE- 3… Tahniah diucapkan kepada Pn. Khairulniza
binti Mohd Khair (Penolong Penyelia Ladang Begia) kerana telah
selamat bersalin anak yang ke 3 pada 13 April 2018 di hospital INS
Specialist Center Alor Setar. Puteri beliau diberi nama Arissa Zahra
Ahmad Fuzi. Semoga dengan kehadiran insan baru ini dapat
menceriakan lagi keluarga besar LGMPC.
KELAHIRAN KEDUA… Pn. Roslida Wani Zaidul Abidi
(Pembantu Tadbir Perolehan) - telah selamat melahirkan
seorang Putra bernama Muhammad Iman Maula Bin
Mohd Khairul pada 2 Mei 2018 di Hospital Ampang,
Selangor.
KELAHIRAN SULUNG INSP. PB MUHD FARID…
Muhammad Aakif Bin Muhammad Farid Afiffuddin
begitulah nama yang dipilih untuk kelahiran sulung
kepada Muhammad Farid Afiffuddin Bin Ramli
(Inspektor Polis Bantuan) pada 20 Jun 2018.
PUTERI SULUNG EN. FARIQ… Tahniah diucapkan kepada
Muhammad Fariq Bin Rosni (Juruteknik Elektrikal)-BPH yang telah
dikurniakan cahaya mata yang pertama pada 26 Januari 2018 di
Hospital Ampang, Selangor dengan nama Lily Nur Raissa Binti
Muhammad Fariq.
KELAHIRAN KEDUA… Tahniah diucapkan kepada En.
Azrul B. Ahmad kerana dianugerahkan cahaya mata
yang kedua pada 18hb Ogos 2018 di Hospital Sultan
Abdul Halim, Sungai Petani Kedah. Putera beliau diberi
nama Jebat Mirza B. Azrul. Semoga dengan kehadiran
insan baru ini dapat menceriakan lagi keluarga besar
LGMPC.
KELAHIRAN BARU
Penasihat
Kamil Daniel
Ketua Pegawai Eksekutif
Penyunting Berita
Haji Iskandar Zulkarnain Haji Hussin
Intan Saidatul Balqiah Kamarudin
Abdul Rahman Ismail
Nurul Azyati Mat Ariffin (Pelajar Praktikal)
Nur Aznira Ahmad Najamuddin (Pelajar Praktikal)
Nur Afini Md Ariffin (Pelajar Praktikal)
Penyumbang Berita
Amalia Veleriano
Mat Ariffin Ibrahim
Nuraini Abu Bakar
Fadzillah Ahmad
Abdul Hamid Hassan
Jurugambar
Saiful Rizal Ghazali
Diterbitkan Oleh
LGM PROPERTIES CORPORATION
Tingkat 3, Bangunan Getah Asli
148, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 2171 1177
Fax: 03 2171 1177/03 2164 4529
Sidang Redaksi Berita LGMPC 2018 mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan / arikel / komen daripada warga LGMPC. Sila kemukan ke [email protected] www.lgmpc.com.my
DIALOG LAWAK
3 BULAN LAGI
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga.
Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus
kilang memberitahu.
Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5
sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji
kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol : Setuju, bos..
Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?
Dol : 3 bulan lagi,bos..
ATOK SIAPA LEBIH KUAT
Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan
datuk masing-masing.
Eman : “Datuk aku kuat….Kalau bertanding silat, tak pernah
kalah.
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor
kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau
berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah,
sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”
LAWAK HAMBAR
❖ Kenapa kita beli mouse dekat kedai
komputer sedangkan dekat kedai
haiwan pun ada
❖ Buaya kalau badan badan dia gatal macam mana dia nak garu. Tangan dia
kan pendek. Renung-renungkan lah
❖ Kenapa botol ada penutup tapi tiada pendahuluan