LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
1
KANDUNGAN
Perutusan Pengarah …………………………………………… 2
Visi, Misi dan Slogan …………………………………………… 3
Fungsi LUAS …………………………………………… 4
Nilai Teras …………………………………………… 6
Piagam Pelanggan …………………………………………… 10
Pelan Integriti Nasional …………………………………………… 11
Objektif Pelan Integriti LUAS …………………………………………… 13
Peranan Warga LUAS …………………………………………… 14
Pendekatan Pelaksanaan …………………………………………… 15
Fokus Integriti …………………………………………… 17
Hubungan Di Antara Fokus Integriti dan Fokus Strategik …………………………………………… 19
Objektif Integriti dan Pelan Tindakan
Objektif Integriti I : Membangunkan Modal Insan Berintegriti …………………………………………… 21
Objektif Integriti II : Memantapkan Budaya Integriti …………………………………………… 22
Objektif Integriti III : Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan …………………………………………… 23
Objektif Integriti IV : Memperkasakan Tadbir Urus dan Pengurusan Tataterti …………………………………………… 24
Mekanisme Pemantauan Pelaksanaan …………………………………………… 25
Penutup …………………………………………… 26
2
PERUTUSAN PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Keutuhan sesebuah organisasi bukan hanya bersandarkan kepada kecemerlangan
penyampaian perkhidmatan semata. Ianya juga bersandarkan kepada budaya positif yang
diwujudkan dan diamalkan oleh organisasi tersebut. Pemantapan dari aspek nilai dan integriti
kakitangan adalah sesuatu perkara yang penting dan perlu dilaksanakan. Justeru, pewujudan
Pelan Integriti Lembaga Urus Air Selangor 2013-2016 ini adalah untuk mendukung aspek tersebut
dan dilaksanakan seiring dengan Pelan Strategik Lembaga Urus Air Selangor 2012-2016.
Pelan ini merupakan satu usaha untuk membina dan melahirkan kakitangan LUAS yang
berintegriti tinggi selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah dilancarkan oleh Y.A.B
Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2004. Nilai-nilai murni perlu diterapkan dan
menjadi satu budaya amalan di dalam diri setiap warga LUAS dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Melalui pelan ini, tumpuan diberi kepada pemantapan integriti bermula daripada peringkat akar umbi sehingga ke
peringkat atasan dengan mengambil kira segala sudut dan ruang penambahbaikan. Saya berharap, semua warga
LUAS dapat berkerjasama dalam melaksanakan apa yang telah dirancang di dalam pelan ini untuk meningkatkan lagi
mutu perkhidmatan LUAS. Bersama-sama kita mencapai nilai dan integriti diri yang tinggi sebagai seorang individu dan
penjawat awam untuk kecemerlangan LUAS dan juga kehidupan kita di dunia.
Haji Md. Khairi Bin Selamat
Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor.
3
VISI
“Menjadi organisasi peneraju pengurusan sumber air bersepadu yang unggul bagi menyokong wawasan Negeri
Selangor”
MISI
“Mengurus sumber air Negeri Selangor secara holistik untuk kesejahteraan sejagat”
SLOGAN
“Air untuk semua”
4
FUNGSI LUAS
LUAS diperkasakan dengan perundangan dan penguatkuasaan berdasarkan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor
1999. 17 fungsi utama LUAS yang diperuntukan di dalam enakmen tersebut adalah;
Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar-dasar, cara-cara dan langkah-
langkah yang hendak diambil untuk menjaga, memelihara dan memudahkan pembangunan mampan,
penggunaan dan pemuliharaan sumber air yang efisien bagi maksud awam.
Membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan pelbagai fungsi.
Mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan di dalam negeri.
Membangun dan melaksanakan panduan standard, prestasi cara-cara dan tatacara-tatacara berhubungan
dengan pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber-sumber air.
Menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan
untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi.
Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang
diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Mengendalikan penyelidikan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisien, pembangunan dan
pemuliharaan sumber-sumber air dan sumber-sumber di dalamnya.
Menyediakan latihan dan mengadakan kemudahan untuk latihan berhubungan dengan fungsi Lembaga.
Menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan perisytiharan kawasan yang ditetapkan dan dilindungi
serta merumus dan melaksanakan pelan pembangunan dan pelan pengurusan untuk kawasan-kawasan itu.
5
Menjaga kepentingan negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan
sumber-sumber air.
Mengurus dan mengawal pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan tempat-tempat dan peralatan
kepunyaan Lembaga.
Menjaga kepentingan pengguna-pengguna air berhubungan dengan jumlah, kualiti dan harga yang hendak
dikenakan untuk bekalan air.
Menggalakkan penubuhan pertubuhan pemegang kepentingan untuk Lembaga dalam pembangunan dan
pemuliharaan sumber-sumber air.
Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga kepada mana-mana pihak berkuasa
awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan
untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka.
Menswastakan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana pengusahaannya mengikut peruntukan
Enakmen ini.
Menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang berlaku di atas atau berhubungan dengan
suatu sumber air.
Membuat apa-apa benda lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsinya
dengan berkesan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya.
6
NILAI TERAS
Untuk mencapai visi dan misi, setiap warga LUAS berpegang pada enam (6) nilai teras yang menjadi tunggak kepada
pelaksanaan setiap strategi yang dirangka. Nilai teras ini diterapkan dalam diri setiap warga LUAS supaya sentiasa
menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Nilai-nilai teras tersebut adalah;
1. Strategik
2. Profesional
3. Responsif
4. Kerja Berpasukan
5. Berintegriti
6. Inovatif
STRATEGIK
Strategik ditafsirkan sebagai bertindak secara terancang dalam merangka, menggubal dan melaksanakan program-
program bagi mencapai hasil yang optimum, tepat dan berkesan.
Justeru, setiap warga LUAS perlu;
Mengkaji dengan teliti setiap keputusan yang ingin dilakukan
Merancang dengan rapi setiap tindakan yang ingin dilaksanakan
7
Melaksanakan sesuatu berdasarkan prosedur dan sistem yang telah disediakan
PROFESIONAL
Profesional ditafsirkan sebagai bertindak dengan penuh komitmen dengan memanfaatkan kompetensi dan kepakaran
khusus apabila mencadangkan penyelesaian dan penambahbaikan bagi setiap perkara.
Justeru, setiap warga LUAS perlu;
Bersikap terbuka dalam menerima dan mengutarakan pendapat terhadap sesuatu perkara berkaitan tugasan
Membezakan di antara tanggungjawab sebagai warga LUAS dan kepentingan peribadi
Menghormati bidang khusus setiap warga LUAS yang lain
RESPONSIF
Responsif ditafsirkan sebagai peka dan prihatin terhadap kehendak pihak berkepentingan dan keperluan pelanggan
di samping memahami isu-isu dan senario semasa, serta pantas dalam mencari penyelesaian yang terbaik.
Justeru, setiap warga LUAS perlu;
Pantas dalam memberikan khidmat kepada pelanggan dari segi maklumat dan tindakan
Sentiasa mengikuti isu-isu terkini dan meningkatkan pengetahuan am
Memastikan tindakan susulan dirancang sekiranya berlaku sebarang masalah
8
KERJA BERPASUKAN
Kerja berpasukan ditafsirkan sebagai menggembeling tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui semangat kerja
berpasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan misi.
Justeru, setiap warga LUAS perlu;
Menghindarkan sikap mementingkan diri sendiri dan berkerjasama di dalam sesuatu perkara
Memberikan komitmen yang tidak berbelah-bagi kepada mana-mana pasukan yang disertai
Menghormati setiap warga LUAS sebagai rakan sepasukan
BERINTEGRITI
Berintegriti ditafsirkan sebagai berkhidmat dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab terhadap kualiti
perkhidmatan yang diberikan berasaskan etika kerja cemerlang dan tingkah laku beramanah.
Justeru, setiap warga LUAS perlu;
Sentiasa telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan
Mengelakkan kepentingan peribadi daripada menjejaskan prestasi dan etika kerja
Dedikasi, komited dan bertanggunjawab ke atas setiap perkara yang dilakukan
9
INOVATIF
Inovatif ditafsirkan sebagai memberikan perkhidmatan dengan budaya kerja yang lebih cekap dan berkesan
berasaskan kepada idea yang kreatif dan di luar kelaziman.
Justeru, setiap warga LUAS perlu;
Berfikiran di luar kotak kebiasaan dan kelaziman
Melontarkan cadangan dan pendapat yang bernas di luar kebiasaan
Sentiasa meningkatkan prestasi kerja dengan pembaharuan dalam keputusan dan tindakan
10
PIAGAM PELANGGAN
LUAS adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, efisien dan sempurna bagi memenuhi
kehendak pelanggan seperti berikut;
1. Pemberian Lesen
Lesen Abstraksi Air Bumi - 28 hari berkerja
Lesen Abstraksi Air Permukaan – 14 hari berkerja
Lesen Pelencongan Jana Kuasa Elektrik – 35 hari berkerja
2. Pemberian Kebenaran Bertulis
Aktiviti Pengubahan Sumber (Aktiviti Jeti) – 45 hari berkerja
Aktiviti Pengubahan Sumber (Selain Aktiviti Jeti) – 21 hari berkerja
3. Pembayaran Baucar - 7 hari berkerja
4. Maklum Balas Aduan - 2 hari berkerja
11
PELAN INTEGRITI NASIONAL
Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah dilancarkan pada 23 April 2004 dan telah dilaksanakan oleh jabatan-jabatan
dan agensi kerajaan adalah sebuah pelan tindakan bagi meningkatkan dan memperkukuhkan integriti serta nilai-nilai
etika penduduk Malaysia. Penggubalannya adalah selaras dengan aspirasi cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu;
“membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan setiap warganya mempunyai nilai
keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.
Bagi meneruskan kesinambungan usaha kerajaan ini, LUAS telah merangka satu Pelan Integriti Organisasi (PIO) bagi
tempoh empat (4) tahun melalui pelaksanaan tugas, program dan aktiviti yang bertujuan untuk memantapkan lagi
integriti warga LUAS. Pelan ini juga merupakan usaha LUAS bagi memastikan pelaksanaan TEKAD INTEGRITI fasa kedua
(2009-2013) seperti berikut tercapai:
i. Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan,
ii. Meningkatkan kecekapan dalam sistem peyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi,
iii. Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat,
iv. Memantapkan institusi keluarga dan komuniti, dan
v. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Justeru, LUAS telah mengenalpasti beberapa agenda di bawah PIN yang perlu diberi penekanan iaitu agenda
pentadbiran, komuniti dan sosiobudaya. Tiga (3) agenda ini ditekankan oleh LUAS dalam menyediakan warganya
yang cemerlang dari segi sahsiah dan kerohanian yang unggul, di samping menyediakan mutu perkhidmatan yang
cemerlang. Dalam hal ini, agenda pentadbiran dipastikan supaya sistem penyampaian perkhidmatan adalah
memenuhi kehendak Piagam Pelanggan LUAS. Ianya juga adalah menjadi tanggungjawab LUAS untuk menyediakan
perkhidmatan yang cekap, berkesan dan telus di dalam urusan-urusan berkaitan sumber air negeri. Di bawah agenda
ini juga, dua (2) objektif utama telah diambil perhatian iaitu:
12
i. Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus, dan
ii. Peningkatan integriti jentera pengurusan dan pentadbiran.
Berdasarkan dua (2) objektif di bawah agenda pentadbiran tersebut, LUAS memberi fokus terhadap tadbir urus terbaik
yang merangkumi bidang-bidang tugas utama di LUAS, pengurusan sumber manusia dan kewangan selaras dengan
Standard Operating Procedures (SOP) tugas-tugas yang berkenaan.
Untuk agenda sosiobudaya, LUAS mengambil perhatian terhadap tiga (3) objektif utama seperti berikut:
i. Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti,
ii. Peningkatan integriti dalam pengurusan jasmani dan rohani, dan
iii. Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan integriti.
Di dalam perkara ini, LUAS memberikan fokus kepada pemantapan integriti individu dalam membina insan yang
bertanggungjawab, berkemahiran, beretika, berintegriti, kreatif dan berinovasi. Di bawah agenda komuniti pula,
objektif utama yang ditekankan adalah untuk membina jaringan di antara agensi kerajaan, swasta, badan bukan
kerajaan, masyarakat awam termasuk antarabangsa dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai
pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.
13
OBJEKTIF PELAN INTEGRITI LUAS
Pelan ini dibangunkan untuk menjadikan LUAS sebuah organisasi yang bukan sahaja cemerlang dalam melaksanakan
fungsi-fungsinya yang tersendiri, namun juga cemerlang dalam aspek pembudayaan nilai-nilai murni dan integriti
sebagai sebuah agensi kerajaan. Pelan ini menggariskan strategi dan program ke arah menyemarakkan
pembudayaan akhlak, etika dan integriti dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan
kepada pihak berkepentingan dan pelanggan. Pelan ini juga bertujuan membentuk keperibadian yang unggul di
kalangan warga LUAS serta memupuk sikap bertanggungjawab bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk
mencapai visi dan misi LUAS.
14
PERANAN WARGA LUAS
Setiap warga LUAS wajar menyumbang kepada pembentukan budaya integriti melalui apa yang diucap dan
dilakukan setiap hari. Setiap warga dari semua lapisan peringkat mesti menjadikan integriti sebagai satu komitmen
peribadi untuk menggalakkan dan mengekalkan budaya integriti di LUAS. Ini bererti setiap warga LUAS mestilah;
Memahami dan menghayati visi, misi dan nilai-nilai bersama LUAS,
Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, kualiti peribadi, etika kerja dan tatakelakuan yang digariskan oleh
LUAS,
Menjadi teladan yang baik dengan sentiasa mematuhi undang-undang, dasar dan peraturan dalam
melaksanakan tugas harian,
Menepati janji dan memberi komitmen serta bertanggungjawab ke atas segala tindakan yang dilaksanakan,
Melayan orang lain sebagaimana diri sendiri ingin dilayani,
Bercakap benar meskipun sukar melakukannya dan sentiasa menegakkan kebenaran,
Mendapatkan nasihat daripada pegawai atasan atau pihak lain yang lebih berpengetahuan apabila tidak pasti
dengan sesuatu tindakan,
Saling membantu untuk melaksanakan tugas dengan betul dari mula,
Berani mempersoalkan, mencabar atau melaporkan tindakan yang menyalahi undang-undang, dasar dan
peraturan, dan
Berusaha mencegah dan mengelakkan kesilapan serta mencadangkan penambahbaikan untuk mengurangkan
kesilapan pada masa hadapan.
15
PENDEKATAN PELAKSANAAN
Terdapat enam (6) pendekatan yang digunakan bagi memastikan Pelan Integriti LUAS ini mencapai objektif yang
ditetapkan.
i. PENGHAYATAN
Memberi kefahaman dan kesedaran melalui program-program nilai,
Memastikan amalan berkenaan dipraktikkan dalam pelaksanaan tugas,
Melakukan pemantauan atau pengauditan dari semasa ke semasa.
ii. PENDIDIKAN
Menyediakan program latihan, kursus, bengkel yang berkaitan kepada warga LUAS untuk meningkatkan
kemahiran dalam melaksanakan tugas,
Mengadakan ceramah dan program ilmu yang dapat memberi percambahan fikiran dan idea warga LUAS.
iii. PENCEGAHAN
Mempergiatkan usaha pemantauan dan penyeliaan oleh Ketua Jabatan atau penyelia berkenaan tugas
yang dilaksanakan oleh pegawai dari semasa ke semasa,
Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang oleh penguatkuasa LUAS,
Melaporkan dengan segera sebarang tindakan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan,
Melindungi pihak yang memberi maklumat aduan berkaitan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan
penyelewengan, dan
Membina persekitaran yang kondusif untuk pelapor dalaman.
16
iv. PUNITIF
Mengambil tindakan disiplin terhadap pelanggaran undang-undang dan peraturan yang dilakukan oleh
pegawai,
Melaksanakan pendekatan punitif yang setimpal terhadap setiap pelanggaran undang-undang dan
peraturan yang dilakukan, dan
Memantapkan pendekatan punitif atau hukuman yang dikenakan bagi tujuan penambahbaikan individu
mahupun untuk kesedaran umum.
v. PEMULIHAN
Menyediakan program pemulihan yang berkaitan kepada warga kerja yang melanggar peraturan dan
disiplin sebagai pegawai awam,
Mengadakan program penambahbaikan untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi, dan
Mengenalpasti dan mengurus dengan berkesan keadaan risiko yang berlaku di luar jangkaan.
vi. PENGIKTIRAFAN
Mengenalpasti pegawai yang cemerlang dari segi disiplin, sahsiah dan tanggungjawab terhadap
pelaksanaan tugas,
Memberi pengiktirafan kepada pegawai yang layak diberi anugerah, darjah kebesaran dan pingat, dan
Mengiktiraf pencapaian yang diperoleh hasil daripada sesuatu pertandingan atau kejohanan yang
diadakan.
17
FOKUS INTEGRITI
Fokus integriti dan fokus strategik LUAS seperti yang digariskan di dalam Pelan Strategik LUAS 2012-2016 adalah
berteraskan kepada enam (6) nilai teras yang menjadi tunggak kepada pelaksanaan perancangan setiap objektif.
Bagi fokus integriti, enam (6) pendekatan diaplikasikan di dalam mencapai keempat-empat (4) objektif integriti LUAS
yang telah digariskan. Seterusnya, objektif integriti ini seiring bersama dengan objektif strategik LUAS mendukung LUAS
untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.
18
PEN
GH
AY
ATA
N
PENDIDIKAN
PENCEGAHAN
PU
NITIF
PEMULIHAN
PENGIKTIRAFAN
OBJEKTIF I MEMBANGUNKAN
MODAL INSAN
BERINTEGRITI
OBJEKTIF IV
MEMPERKASAKAN TADBIR URUS &
PENGURUSAN
TATATERTIB
OBJEKTIF II
MEMANTAPKAN
BUDAYA INTEGRITI
OBJEKTIF III
MENINGKATKAN SISTEM
PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN
FOKUS
INTEGRITI
19
HUBUNGAN DI ANTARA FOKUS INTEGRITI & FOKUS STRATEGIK
Fokus integriti dan fokus strategik LUAS seperti yang digariskan di dalam Pelan Strategik LUAS 2012-2016 adalah
berteraskan kepada enam (6) nilai teras yang menjadi tunggak kepada pelaksanaan perancangan setiap objektif.
Bagi fokus integriti, enam (6) pendekatan diaplikasikan di dalam mencapai keempat-empat (4) objektif integriti LUAS
yang telah digariskan. Seterusnya, objektif integriti ini seiring bersama dengan objektif strategik LUAS mendukung LUAS
untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.
20
PROFESIONAL
KERJA BERPASUKAN
STRATEGIK
BERINTEGRITI
RESPONSIF
INOVATIF
MENGURUS SUMBER AIR NEGERI SELANGOR SECARA HOLISTIK UNTUK KESEJAHTERAAN SEJAGAT
MENJADI ORGANISASI PENERAJU PENGURUSAN
SUMBER AIR BERSEPADU YANG UNGGUL BAGI MENYOKONG WAWASAN NEGERI SELANGOR
KELESTARIAN
KUALITI & KUANTITI
SUMBER AIR
PEMERKASAAN
PELAKSANAAN
FUNGSI
KECEKAPAN SISTEM PENYAMPAIAN
PEMANTAPAN
KOLABORASI
BERSAMA PIHAK
BERKEPENTINGAN
FOKUS STRATEGIK
MEMBANGUNKAN
MODAL INSAN
BERINTEGRITI
MEMANTAPKAN
BUDAYA INTEGRITI
MENINGKATKAN
SISTEM
PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN
MEMPERKASAKAN
TADBIR URUS &
PENGURUSAN
TATATERTIB
PENGHAYATAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN PUNITIF PEMULIHAN PENGIKTIRAFAN
FOKUS INTEGRITI
21
OBJEKTIF INTEGRITI
OBJEKTIF INTEGRITI I – MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERINTEGRITI
Kecekapan dan keberkesanan modal insan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab perlu diberi perhatian
khusus kerana modal insan merupakan aset utama sesebuah organisasi. Selain itu, kepercayaan umum terhadap
sesebuah organisasi itu juga bertunjangkan kualiti yang unggul dan integriti yang tinggi yang dimiliki oleh warganya.
Aspek pengurusan sumber manusia adalah berkaitan dengan pemilihan dan pelantikan, pembangunan kompetensi
dan kerjaya, kebajikan, pengiktirafan dan pelan penggantian. Pengurusan modal insan yang cekap bertujuan
membentuk tenaga kerja berilmu, berfikiran strategik, sentiasa relevan dengan perubahan persekitaran serta
mempunyai nilai-nilai dan etika yang tinggi. Beberapa strategi telah disusun untuk mencapai objektif ini yang terdiri
daripada;
1. Memperkasa Program Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Kerjaya dan Pembangunan Kepimpinan
2. Meningkatkan Program Pengiktirafan dan Penghargaan
3. Mewujudkan Budaya Organisasi yang Cemerlang
4. Meningkatkan Pengetahuan dan Kreativiti Sumber Manusia
5. Mengukuhkan Hubungan di Kalangan Kakitangan dan Pengurusan
6. Menggalakkan Gaya Hidup Sihat
OBJEKTIF INTEGRITI I : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERINTEGRITI
i
BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI PETUNJUK SASARAN PELAKSANA TEMPOH
PELAKSANAAN
1 Memperkasa program
pembangunan sumber
manusia, pembangunan
kerjaya dan pembangunan
kepimpinan.
a. Pelaksanaan dan
pemantauan Pelan
Strategik Sumber
Manusia LUAS 2013 -
2016.
Pemantauan
melalui
mesyuarat.
2 kali setahun. Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
b. Melaksanakan program
mentor - mentee dan
coaching.
Bilangan mentor
- mentee dan
bilangan aktiviti.
- 2 mentee
untuk 1
mentor dan
kekerapan sesi
mentor-
mentee
adalah 6 kali
setahun.
Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
c. Melaksanakan pelan
penggantian bagi
jawatan-jawatan
strategik.
Bilangan
jawatan.
1 jawatan
setahun.
Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
d. Program pembangunan
pegawai berpotensi
tinggi dan pelan kerjaya
di LUAS (attract, groom
and retain).
Bilangan
pegawai.
2 orang
setahun.
Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
e. Penguatkuasaan Surat
Aku janji.
Peratus
pelaksanaan.
100%
pematuhan.
Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
2 Mewujudkan budaya
organisasi yang cemerlang.
a. Pengamalan tagline
menjawab panggilan
telefon yang seragam.
Kajian kepuasan
pelanggan.
80% kakitangan
menjawab
panggilan
mengikut
tagline.
Unit Korporat 2013 - 2016
b. Pemakaian pakaian Peratusan 100% Unit 2013 - 2016
OBJEKTIF INTEGRITI I : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERINTEGRITI
ii
BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI PETUNJUK SASARAN PELAKSANA TEMPOH
PELAKSANAAN
korporat LUAS. pematuhan. pematuhan. Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
3 Meningkatkan pengetahuan
dan kreativiti sumber manusia.
a. Mewujudkan Kumpulan
Inovatif Kreatif (KIK)
LUAS.
Penubuhan
kumpulan.
1 kumpulan. Unit Audit
Dalam
2013 - 2016
b. Program perkongsian
ilmu.
Bilangan
program.
4 kali setahun. Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
4 Menggalakkan gaya hidup
sihat.
a. Mengadakan program
pemeriksaan kesihatan.
Bilangan
program.
Sekali setahun. Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
b. Mengadakan kempen
berhenti merokok.
Bilangan
program.
Sekali setahun. Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
c. Mengadakan program
pengurusan emosi.
Bilangan
program.
Sekali setahun. Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
22
OBJEKTIF INTEGRITI II – MEMANTAPKAN BUDAYA INTEGRITI
Kecemerlangan LUAS perlu berteraskan kepada pengamalan budaya integriti seluruh warganya. Ini menuntut warga
LUAS supaya bertindak berpandukan kepada Nilai Teras Perkhidmatan Awam, Nilai-nilai Kembangan dan Nilai Teras
LUAS. Bagi melicinkan proses pembudayaan ini, kefahaman dan penghayatan seluruh warga LUAS terhadap nilai
integriti perlu dipupuk dan dimantapkan. Objektif ini disasarkan dicapai melalui pelaksanaan strategi yang terdiri
daripada;
1. Meningkatkan Kesedaran Nilai-nilai Murni
2. Meningkatkan Kefahaman dan Penghayatan Nilai-nilai Murni
3. Meningkatkan Pengalaman Nilai-nilai Murni
4. Membentuk dan Membangun Integriti Individu
5. Meningkatkan Pemantauan dan Penilaian
OBJEKTIF INTEGRITI II : MEMANTAPKAN BUDAYA INTEGRITI
i
BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI PETUNJUK SASARAN PELAKSANA TEMPOH
PELAKSANAAN
1 Meningkatkan kesedaran dan
kefahaman nilai-nilai murni.
a. Program integriti dan
nilai-nilai murni;
i. Ceramah,
ii. Kursus/latihan
dalaman,
iii. Kempen.
Bilangan
program.
6 kali
setahun.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
b. Hebahan berita-berita
integriti.
Bilangan
hebahan.
Berterusan. Unit Korporat 2013 - 2016
c. Kehadiran kakitangan ke
program integriti dan
nilai-nilai murni.
Peratus
Kehadiran.
100% Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
2 Meningkatkan pengamalan
nilai-nilai murni.
a. Penguatkuasaan/
pemantauan
pengamalan nilai-nilai
murni seperti responsif
dan menepati masa.
Kajian
keberkesanan.
1 kajian
setahun.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
b. Kempen nilai-nilai murni
(contoh: senyum,
ucapan terima kasih,
ucapan selamat dan
lain-lain).
Bilangan aktiviti. 3 nilai
setahun.
Unit Korporat 2013 - 2016
3 Membentuk dan membangun
integriti individu.
a. Mengadakan program
pengukuhan
kecerdasan emosi dan
spiritual (ESQ).
Bilangan
program.
1 program
setahun.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
b. Melaksanakan audit nilai
secara berkala.
Nilai komposit. Setahun
sekali (nilai
komposit
lebih
daripada
80%).
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
OBJEKTIF INTEGRITI II : MEMANTAPKAN BUDAYA INTEGRITI
ii
BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI PETUNJUK SASARAN PELAKSANA TEMPOH
PELAKSANAAN
c. Melaksanakan program
pengukuhan bagi
meningkatkan aspek-
aspek audit nilai yang
kurang memuaskan.
Bilangan
program.
2 program
setahun.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
d. Kajian keberkesanan
program-program
integriti.
Bilangan kajian. 1 kajian
setahun.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
4 Meningkatkan pemantauan
dan penilaian.
a. Audit Integriti/Integrity
Testing.
Bilangan audit. 2 kali
setahun.
Unit Audit
Dalam dan Unit
Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
23
OBJEKTIF INTEGRITI III – MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, cepat, berintegriti dan mesra pelanggan hendaklah diberi
keutamaan. Setiap bahagian/seksyen/unit di LUAS perlu memastikan perkhidmatan yang terbaik, dan mematuhi
undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Di samping itu, sistem dan prosedur kerja hendaklah dipastikan
kemas, selaras dan cekap bagi menghalang berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah. Untuk itu,
beberapa strategi digariskan untuk mencapai objektif ini yang terdiri daripada;
1. Memperluas Penggunaan ICT Dalam Melaksanakan Tugas
2. Memantapkan Sistem Pengurusan Pelanggan
3. Memantapkan Pengurusan Pejabat
4. Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif
OBJEKTIF INTEGRITI III : MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
i
BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI PETUNJUK SASARAN PELAKSANA TEMPOH
PELAKSANAAN
1 Memperluas penggunaan
teknologi komunikasi maklumat
(ICT) dalam melaksanakan
tugas.
a. Pelaksanaan
perkhidmatan dalam
talian (online).
Sistem dalam
talian.
1 sistem
dalam talian
untuk 1
perkhidmata
n teras.
Unit Teknologi
Maklumat
2013 - 2016
2 Memantapkan sistem
pengurusan pelanggan.
a. Sistem aduan
kakitangan LUAS.
Tempoh masa
penyelesaian.
Dalam
tempoh 7
hari.
Unit Korporat &
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
b. Melaksanakan kajian
kepuasan pelanggan.
Pelaksanaan
kajian.
1 kajian
setahun.
Unit Korporat 2013 - 2016
c. Memantau dan
mengemaskini piagam
pelanggan mengikut
keperluan.
Pelaksanaan
semakan.
1 kali
setahun.
Unit Korporat 2013 - 2016
d. Menyediakan risalah
mengenai perkhidmatan
yang disediakan LUAS
bagi kemudahan
pelanggan di kaunter.
Penghasilan
panduan/risalah
.
Mencakupi
semua
urusan.
Unit Korporat 2013 - 2016
e. Pemantauan penilaian
kepuasan pelanggan
melalui sistem e-Rating.
Pelaksanaan
penilaian.
1 penilaian
setahun.
Unit Korporat 2013 - 2016
f. Hari Bertemu Pelanggan. Penyediaan
Frequently Ask
Question (FAQ)
sebagai rujukan.
Pengemaskini
an 1 kali
setahun.
Unit Korporat 2013 - 2016
g. Penyediaan senarai
semak.
Senarai semak
bagi semua
aktiviti utama.
Sifar
permohonan
yang ditolak
kerana tidak
Semua
bahagian/seksy
en/unit.
2013 - 2016
OBJEKTIF INTEGRITI III : MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
ii
BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI PETUNJUK SASARAN PELAKSANA TEMPOH
PELAKSANAAN
menepati
dokumen
yang
dikehendaki.
3 Memantapkan pengurusan
sistem kerja dan peraturan.
a. Melaksanakan;
i. Mystery Shopping
bagi aspek-aspek
seperti menjawab
panggilan telefon,
ketersediaan untuk
membantu dan
sebagainya.
Laporan. 1 kali
setahun.
Unit Korporat 2013 - 2016
b. Mengemaskini Manual
Prosedur Kerja dan Fail
Meja serta memastikan
ianya dipatuhi.
Pelaksanaan
Pengemaskinian
.
1 kali
setahun.
Semua
bahagian/seksy
en/unit
2013 - 2016
c. Pelaksanaan amalan 5S
(sisih, susun, sapu,
seragam dan sentiasa
amal) secara
berterusan.
Markah
penilaian.
100%
pematuhan.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
24
OBJEKTIF INTEGRITI IV – MEMPERKASAKAN TADBIR URUS & MEMANTAPKAN PENGURUSAN TATATERTIB
Tadbir urus menyediakan asas kepada pengukuhan integriti di dalam sesebuah organisasi melalui pewujudan
mekanisme perancangan, pelaksanaan dan pemantauan usaha-usaha membudayakan nilai-nilai murni dan integriti.
Tadbir urus adalah sistem yang telus, bertanggungjawab, adil, mempunyai check and balance, peka serta mengambil
kira keperluan dan kehendak awam. Ia berasaskan kepada empat (4) prinsip utama iaitu integriti, akauntabiliti,
pengawasan dan ketelusan. Ianya diperkenalkan dengan matlamat ke arah menyemai dan meningkatkan keyakinan
rakyat terhadap keupayaan sektor awam dalam melaksanakan dasar yang telah dimandatkan di samping
mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian. Antara ciri-ciri tadbir urus terbaik ialah keterlibatan,
penguatkuasaan undang-undang, ketelusan, muzakarah, kesaksamaan dan penglibatan, kecekapan dan
keberkesanan, serta kebertanggungjawaban dan kepekaan.
Pemantapan sistem pengurusan tatatertib pula akan melahirkan warga yang berdisiplin serta melaksanakan tugas
dengan penuh tanggungjawab, amanah dan jujur. Pengurusan tatatertib juga bertujuan memberi pengetahuan dan
kesedaran mengenai aspek-aspek yang perlu diutamakan dan dielakkan dalam usaha meningkatkan keyakinan
pelanggan dan pihak berkepentingan terhadap sesebuah organisasi. Dalam konteks ini, pematuhan terhadap arahan
serta peraturan dalam melaksanakan tugasan dengan penuh ketaatan dan komitmen perlu disemai dalam diri setiap
warga LUAS. Beberapa strategi telah ditetapkan untuk mencapai objektif ini yang terdiri daripada;
1. Memperkasa Sistem Kawalan Dalaman
2. Memantapkan Mekanisme Tadbir Urus
3. Meningkatkan Tahap Disiplin
4. Meningkatkan Prestasi Pegawai Berprestasi Rendah
OBJEKTIF INTEGRITI IV : MEMPERKASAKAN TADBIR URUS & PENGURUSAN TATATERTIB
i
BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI PETUNJUK SASARAN PELAKSANA TEMPOH
PELAKSANAAN
1 Memperkasa sistem kawalan
dalaman.
a. Melaksanakan Sistem
Pengurusan Kualiti MS
ISO.
Pensijilan MS
ISO.
Pensijilan MS
ISO.
Unit Audit
Dalam & semua
bahagian/seksy
en/unit
2014
b. ICT Security Scoreboard. Pematuhan
kepada Dasar
Keselamatan
ICT LUAS.
Tahap
pematuhan
90%.
Unit Teknologi
Maklumat
2013 - 2016
c. Melaksanakan Audit
Kewangan dan
Pengurusan.
Pematuhan
kepada
arahan/prosedu
r yang
digariskan.
Bilangan
ketidakatura
n sifar.
Unit Audit
Dalam
2013 - 2016
d. Pematuhan dan
pemantauan kepada
prosedur kewangan.
i. Indeks Akauntabiliti.
Peratus
pencapaian.
Pencapaian
melebihi 90%.
Unit Kewangan 2013 - 2016
e. Pematuhan dan
pemantauan kepada
prosedur perkhidmatan.
i. Anugerah
Pengurusan Pejabat
dan Pentadbiran
Cemerlang (APPC).
Peratus
pencapaian.
Pencapaian
melebihi 90%.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
2 Memantapkan mekanisme
tadbir urus.
a. Mesyuarat Ketua
Bahagian LUAS.
Pematuhan
pelaksanaan
mesyuarat.
2 bulan
sekali.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
b. Mesyuarat Pengurusan
LUAS.
Pematuhan
pelaksanaan
mesyuarat.
2 bulan
sekali.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
c. Mesyuarat
Jawatankuasa
Pematuhan
pelaksanaan
4 kali
setahun.
Unit Kewangan 2013 - 2016
OBJEKTIF INTEGRITI IV : MEMPERKASAKAN TADBIR URUS & PENGURUSAN TATATERTIB
ii
BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI PETUNJUK SASARAN PELAKSANA TEMPOH
PELAKSANAAN
Pengurusan Kewangan
dan Akaun LUAS.
mesyuarat.
d. Mesyuarat
Jawatankuasa Keutuhan
Tadbir Urus LUAS.
Pematuhan
pelaksanaan
mesyuarat.
3 kali
setahun.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
e. Mesyuarat
Jawatankuasa
Pengurusan Aset Alih
Kerajaan LUAS.
Pematuhan
pelaksanaan
mesyuarat.
4 kali
setahun.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
f. Jawatankuasa
Pemandu ICT LUAS.
Pematuhan
pelaksanaan
mesyuarat.
4 kali
setahun.
Unit Teknologi
Maklumat
2013 - 2016
3 Meningkatkan tahap disiplin. a. Penubuhan Panel
Penasihat Tatatertib
LUAS.
Penubuhan
panel.
Penubuhan 1
jawatankuas
a.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013
b. Memantau
penyelesaian kes-kes
tatatertib dalam tempoh
yang ditetapkan.
Jangka masa
penyelesaian
kes.
Kurang dari 3
bulan.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
c. Menyediakan
persekitaran yang
kondusif untuk sesi
kaunseling/pembimbing
rakan sebaya.
Kualiti
persekitaran.
Bilik/ruangan
khas.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
d. Memantau untuk
memastikan tindakan
diambil atas sebarang
pelanggaran peraturan
pejabat.
Bilangan
pemantauan
keberkesanan
(survey).
Setiap bulan. Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
e. Memantau pelaksanaan
pengisytiharan harta.
Laporan
pengisytiharan
harta.
100%
isytiharkan
harta.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
OBJEKTIF INTEGRITI IV : MEMPERKASAKAN TADBIR URUS & PENGURUSAN TATATERTIB
iii
BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI PETUNJUK SASARAN PELAKSANA TEMPOH
PELAKSANAAN
f. Penerangan mengenai
kesalahan tatatertib dan
jenayah.
Bilangan
penerangan.
1 kali
setahun.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
g. Pemantauan
tatakelakuan
kakitangan;
i. Menjalankan
pekerjaan luar,
ii. Penglibatan politik,
iii. Penerimaan hadiah.
Laporan
pemantauan.
3 kali setahun
dalam
Mesyuarat
JKTU LUAS.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
4 Meningkatkan prestasi
pegawai berprestasi rendah.
a. Memberikan khidmat
bimbingan
kaunseling/AKRAB.
Bilangan sesi
kaunseling &
LNPT.
Sifar pegawai
berprestasi
rendah.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
b. Melaksanakan program
pemulihan seperti
program motivasi, team
building dan program-
program kerohanian.
Bilangan
program &
penyertaan.
100%
penglibatan
pihak
berkenaan.
Unit Pentadbiran
dan Sumber
Manusia
2013 - 2016
25
MEKANISME PEMANTAUAN PELAKSANAAN
Bagi mewujudkan warga LUAS yang mempunyai integriti yang tinggi serta mutu perkhidmatan yang cemerlang,
Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Pelan Integriti LUAS 2013 - 2016 (JPPPI LUAS) dibentuk bagi memastikan pelan
ini mencapai objektifnya dan seterusnya objektif Pelan Integriti Nasional berdasarkan petunjuk prestasi yang telah
ditetapkan.
JPPPI LUAS bertanggungjawab untuk memantau secara keseluruhan pelaksanaan pelan integriti ini. Jawatankuasa ini
dipengerusikan oleh Pengarah LUAS bersama ahli-ahli yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian, seksyen dan unit.
Jawatankuasa ini akan bermesyuarat dan berbincang pada kekerapan dua (2) kali setahun. Fungsi jawatankuasa ini
adalah;
1. Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang supaya memenuhi objektif dan hala tuju pelan
2. Menilai impak aktiviti/perkhidmatan
3. Membuat penyesuaian strategik kepada perancangan yang sedia ada sekiranya berlaku perubahan dan
persekitaran operasi LUAS
4. Menyelesaikan isu-isu dasar yang menyentuh pelaksanaan pelan integriti
5. Menjalankan kajian semula ke atas pelan integriti
26
PENUTUP
Untuk mencapai kecemerlangan yang diharapkan oleh pihak berkepentingan, pelanggan dan rakyat, organisasi perlu
bertindak secara strategik. Pelan integriti ini menyediakan rangka dasar, hala tuju dan bidang fokus bagi
melaksanakan program-program bagi meningkatkan integriti di kalangan warga LUAS. Ini merupakan usaha bagi
melahirkan pegawai awam di LUAS yang tinggi nilai etika dan peribadi serta mampu untuk meningkatkan imej
organisasi kepada pihak luar.
Di dalam jangka masa yang ditetapkan ini, gerakan pemantapan integriti akan dipantau untuk memastikan program
dan aktiviti yang dilaksanakan mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan dan juga memastikan agar gerakan ini
komited terhadap tugas-tugas yang telah dirancang bagi tempoh yang ditetapkan. Program-program dan aktiviti-
aktiviti akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan perubahan persekitaran dan keperluan pihak
berkepentingan serta pelanggan.
Justeru, bagi merealisasikan apa yang telah dirancang di dalam pelan ini, sokongan padu dan kerjasama semua pihak
adalah amat penting untuk mencapai objektif dan sasaran, seterusnya visi dan misi LUAS.
27
“No legacy is so rich as honesty” – William Shakespeare
“It takes less time to do a right thing than to explain why you did it wrong.” – Henry Wadsworth Longfellow
28
Tingkat 12 & 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
TEL : +603 5511 1800 FAX : +603 5510 1800