Transcript
Page 1: Latihan Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas 1

Latihan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Latihan 1:

Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Ali telah membeli sepasang kasut Adidas.

2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang

akedemik.

3. Puisi yang telah dibaca oleh Shafik adalah tentang masalah alam sekitar.

4. Mary telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari.

5. Laporan itu perlu dihantar kepada guru besar untuk disemak.

6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak

yang gemuk itu.

7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kesihatan.

8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi dugaan hidup.

9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Puan Sally.

10. Mereka bersatu menghadapi serangan musuh yang hebat.

Latihan 2Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan

Page 2: Latihan Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas 1

kata nama khas di dalam jadual yang disediakan.

1. Pegawai polis itu mempunyai suara garau.

2. Tanaman ibu Amin telah bertunas.

3. Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya.

4. Kain baju itu berlonggok di dalam bakul rotan yang besar itu.

5. Puan Ninda menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.

6. Latihan bola keranjang akan diadakan setiap hari kecuali hari Sabtu.

7. Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam.

8. Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja.

9. Semua penduduk kampung menghormati lelaki tua yang budiman itu.

10. Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.

Kata Nama Am Kata Nama Khas


Top Related