Download - laporan kebakaran

Transcript

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYAPERSIARAN SIAKAP, BANDAR SEBERANG JAYA,13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SESI 1

Tarikh: 17-02-2015Hari: SelasaWaktu: 8.30 pagiTempat: Padang Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya

Pada 17-02-2015 bersamaan dengan hari Selasa bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya, satu sesi latihan kecemasan kebakaran telah diadakan pada pukul 8.30 pagi. Sebelum latihan dimulakan, satu lampiran Peta Laluan Latihan Kecemasan Kebakaran telah dilekatkan di setiap laluan pada bangunan sekolah. Taklimat ringkas dan mesyuarat tentang latihan kecemasan kebakaran telah disampaikan oleh En. Muhammad Rahimi bin Ilyias, Penyelaras Jawatankuasa Kawad Kebakaran.

Setelah dipersetujui oleh Guru Besar, Pn. Norsiah binti Baharum dan Penolong Kanan HEM, En. Norhaisham bin Mat, latihan kecemasan kebakaran telah diadakan pada pukul 8.30 pagi dengan deringan loceng sebanyak 3 kali. Guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid telah menunjukkan komitmen yang baik apabila berjaya mengosongkan bangunan dalam masa 4.15 minit.

Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Saimah binti Soid dan Penolong Kanan HEM, En. Norhaisham bin Mat telah menyampaikan taklimat ringkas serta post-mortem mengenai latihan kebakaran. Antara kandungan taklimat tersebut ialah pergerakan murid selepas loceng kecemasan dibunyikan, rekod kehadiran murid-murid dan tugas guru semasa.

Apabila sesi latihan kecemasan kebakaran selesai, murid-murid dan guru-guru kembali ke kelas masing-masing dan proses Pengajaran dan Pembelajaran telah disambung seperti biasa. Hasil latihan ini dianggap sebagai berjaya kerana dapat dilakukan dalam tempoh bawah 5 minit.

Sesi latihan kecemasan kebakaran ini akan dilakukan semula pada masa hadapan supaya pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga. Hal ini penting dalam memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan di sekolah.

Disediakan oleh,

...............................................................(EN. MUHAMMAD RAHIMI BIN ILYIAS)Penyelaras,Jawatankuasa Kawad Kebakaran

Disemak oleh,

..................................................(EN. NORHAISHAM BIN MAT)Penolong Kanan HEM

Disahkan oleh,

.......................................................(PN. NORSIAH BINTI BAHARUM)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya1


Top Related