Download - Komunisme Exam (-)
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
1/118
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam yang manjadikan siang dan
malam silih berganti, yang menghidupkan dan yang mematikan dan yang
menentukan segala qada` dan qadar serta yang berkuasa bagi tiap-tiap sesuatu.
Begitulah hak mutlak pencipta yang menurunkan manusia ke bumi melalui adam
dan hawa dengan satu tujuan yakni untuk beribadah dan mencari keredhaan Allah
semata-semata.. sebagaimana firman Allah s.w.t dalam kalamnya;
Dan tidak aku jadikan daripada golongan jin dan manusia kecuali
untuk
beribadah kepadaku
Begitulah ayat yang menjelaskan bahawa manusia itu dijadikan oleh Allah s.w.t
untuk memperhambakan diri kepadanya , mentaati segala perintahnya siang dan
malam serta menjauhi segala larangannya dalam keadaan amar ma`ruf nahi
mungkar .
Walaubagaimanapun apabila kita mengimbau kembali sejarah tamadun
kehidupan manusia pada zaman awal jahiliyyah, manusia pada masa itu
sememangnya berada dalam kejahilan dan kesesatan yang nyata, sehingga sanggup
mengaku patung-patung berhala yang disembah sebagai tuhan yang berkuasa
memberikan perlindungan dan pertolongan kepada mereka, tidak cukup dengan itu
pula mereka seronok meraikan zina, berfoya-foya, melaksanakan riba, rasuah
sebagai wasilah dalam kehidupan mereka bagi mencapai kesempurnaan nikmat
hidup di dunia. Walaupun hakikatnya mereka sedar akan fitrah kematian dan bumi
yang fana ini cumalah tumpangan sementara sahaja sebagai wasilah sebelum
menuju ke alam yang hakiki.
1
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
2/118
Namun Allah s.w.t yang maha adil lebih mengetahui akan setiap had dan
qadar keupayaan ciptaannya. Manusia tidak dibiarkan terkapai-kapai tanpa
sebarang petunjuk mahupun hidayah. Sebaliknya islam telah datang melalui
rasulullah s.a.w bagi membawa panji-panji islam yang ingin mengajak manusia
seluruhnya ke jalan petunjuk kebenaran hakiki melalui titian sirotol mustaqim.
Maka pada masa itu islam telah tersebar dengan luasnya sehingga sistem
perundangan dan syiar islam dapat ditegakkan, bahkan hampir satu pertiga dunia
telah dikuasai oleh empayar islam.
Namun dewasa ini jika kita melihat kepada senario sebenar yang berlaku
terhadap segelintir manusia yang degil dan masih tidak mahu tunduk kepada
khaliknya yang mutlak, mereka sanggup berpaling daripada jalan kebenaran,
memutarbelitkan ajaran yang dibawa oleh nabi muhammad s.a.w, ego dengan
kelebihan yang dikurniakan, sebaliknya sanggup tunduk dan memperhambakan
diri pada nafsu semata-mata, serta menjadikan aqal yang terbatas sebagai sebagai
wadah signifikan untuk memandu penghidupan mereka. Maka dengan itu lahirlah
pelbagai fahaman-fahaman dan falsafah-falsafah yang cuba memesongkan
manusia daripada jalan kebenaran bahkan cuba memimpin manusia kearah
mencapai kepuasan hidup yang sempurna waima bersifat zahiriah sahaja.
Maka tidak hairanlah jika hari ini kita dapat mendengar tentang fahaman
komunisme, kapitalisme, sosialisme, marxisme yang lazimnya dipelopori oleh
golongan-golongan yang berkepentingan sendiri dan cuba memutarbelitkan ajaran
agama bermatlamat untuk mencapai kepuasan hidup masing-masing.
hakikatnya dalam ajaran islam kita sememangnya ditekankan agar tidak
mencampuri antara perkara yang hak dan yang batil dan hendaklah kita sentiasa
menjaga diri dengan batas-batas yang telah diterapkan dalam syariah islam, apa
lagi jika bertujuan untuk menyelewengkan agama. Justeru walau di bumi mana
pun kita berpijak telah menjadi suatu kewajipan bagi individu yang beragama
2
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
3/118
islam untuk patuh setiap peraturannya. Dan diantara hak dan yang batil tidak
mungkin akan wujud tolak ansur antara keduanya, dalam pensyariatan yang
dibawa oleh nabi muhamad s.a.w perkara ini telah jelas diterangkan dalam surah
al-Baqarah ayat 42 iaitu firmannya yang bermaksud ;
" Dan janganlah kamu mencampuradukkan antara yang benar dengan yang salah
dan janganlah kamu sembunyikan yang benar itu jikalau kamu mengetahui
Sepanjang sejarah kita telah menyaksikan antara kebenaran teori ini , yang
hak akan membimbing kehidupan dalam aman dan sentosa sebaliknya yang batil
akan membawa ke arah jurang malapetaka dan kibinasaan.
Manusia sebagaimana yang diajarkan oleh para falsafah sejak zaman
keagungan Aristotle lagi iaitu sejak dua ribu lebih tahun yang lampau sehinggalah
sampai ke zaman ibnu khaldun, ahli-ahli falsafah yang masyur dan pemikir islam
yang lain. Mereka beranggapan bahawa manusia adalah makhluk sosial al-insanu
madaniyyun bi ath-thab`i yakni manusia tidak mungkin mampu hidup
menyendiri. Setiap manusia saling bergantungan antara satu sama lain, manusia
perlu hidup bersama-sama, membina masyarakat dan tamadunnya bersama-sama.
Demikianlah hidup bermasyarakat merupakan satu fitrah bagi kehidupan manusia
yakni kemanusiaan iaitu suatu nilai yang membezakan manusia dengan makhluk
yang lainnya.
Namun hidup bermasyarakat itu hanya mungkin dapat berlangsung dengan
baik, apabila manusia dan para penduduknya mematuhi dan sanggup
mengamalkan pelbagai macam peraturan, pelbagai macam norma atau kaedah
yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Keadaan itulah yang akan menjamin
kehidupan bermasyarakat. Sebaliknya apabila manusia tidak mementingkan
elemen-elemen tersebut maka wujudlah suatu kondisi atau keadaan yang kacau-
bilau dan porak-peranda. Sedar akan hal inilah justeru manusia sepanjang
perkembangan sejarah tamadunnya berusaha untuk menyusun peraturan , nilai
3
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
4/118
serta normanorma kehidupan dengan sebaiknya berlandaskan dalil a`qli semata-
mata. Lazimnya para pemikir agung serta ahli-ahli falsafah yang lain sentiasa
mencari kebenaran logik akal, idea-idea yang bernas , menyusun suatu
weltanchaung suatu pandangan hidup yang menjamin kehidupan bersama yang
sentosa dan bahagia.
Beberapa dari pemikir ini berhasil suatu weltanchaung, suatu pandangan
hidup yang mampu membina keyakinan ramai orang sehingga dapat diterima oleh
hampir seluruh masyarakat dunia, yang kemudiannya diaplikasikan dalam
kehidupan hakiki. Namun tidak dinafikan dalam keseluruhan fahaman atau
falsafah yang dilahirkan tidak kesemuanya yang mampu bertahan dalam norma
dan nilai masyarakat. Sebagai contohnya para utopist misalnya Francis bacon,
Thomas Camanella , Thomas More, Robert Owen dan sebagainya lagi.
Namun berbeza daripada pemikir yang lain, Karl Marx adalah seorang
sarjana dan pemikir yang berhasil menyusun suatu ajaran yang bercorak praktikal
untuk diaplikasikan dalam kehidupan manusia, suatu weltanchaung yang dapat
diterima oleh berjuta manusia. Walaubagaimanapun keabsahan teorinya masih lagi
terbatas kepada beberapa perkara sahaja, berbeza dengan ajaran islam sebagai
suatu agama yang syumul dari pelbagai aspek dan kretiria.
Dewasa ini dalam sedar atau tidak, rela atau redha hakikatnya sedikit demi
sedikit ajaran Marx mula bertapak dalam sanubari masyarakat dunia. Mereka
telah membulatkan kepercayaan mereka terhadap fahaman Marxisme dan
Komunisme melalui Marx yang telah diangap sebagai guru dan pemimpin dunia.
Buktinya ajaran tersebut telah berkembang ke bahagian negara-negara eropah
seperti Romania, Rusia, dan juga ke bahagian negara-negara asia seperti China
vietnam dan korea.
Diantara beberapa contoh yang boleh kami kemukakan di sini ialah tentang
penyerbuan Soviet Rusia atas Hungaria dan Cekoslovakia yang merupakan salah
4
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
5/118
satu ancaman kasar yang pertama berlaku, begitu juga pemberontakan dan
pengkhianatan parti komunis yang berlaku di Indonesia pada tahun 1948 dan 1965.
hakikatnya secara halus atau kasar komunisme tetap akan berusaha untuk
menyelinap masuk ke dalam sistem pentadbiran sesebuah organisasi atau negara
walau apa cara sekalipun, dan pelopor serta golongan pejuang fahaman ini tidak
akan puas selagi mana ianya belum tersebar di mata dunia.
Sebagaimana yang kita telah lihat hari ini ajaran komunisme ternyata telah
mempengaruhi sedikit sebanyak pemikiran dan pandangan masyarakat dunia,
bahkan lebih teruk lagi fahaman ini telah menjadi anutan ratusan juta manusia dari
seluruh negara. Namun apa yang pasti telah menjadi lumrah dan fitrah manusia
sehebat mana pun seseorang itu, namun dia perlulah sedar akan hakikat
kemanusian yang sentisa dipengaruhi oleh kebatasan kekuatan aklinya yang telah
dijadikan secara seimbang oleh penciptanya yakni dalam keadaan ada serba
kelebihan dan terdapat kekurangannya. Begitulah juga dengan ajaran komunisme
tersebut.
5
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
6/118
1.SEJARAH KOMUNISME
Karl Marx merupakan individu yang menjadi pencetus kepada fahaman
komunisme. Beliau telah dilahirkan pada 5 Mei 1818 di kota treves Prusia. Beliau
dibesarkan dalam sebuah keluarga yang amat memahami undang-undang dan
peraturan dimana ramai daripada keturunan keluarga beliau yang manjadi pakar
rujuk undang-undang. Sebenarnya beliau merupakan seorang yang berbangsa
yahudi, namun kemudiannya memeluk agama kristian dan berpegang kepada
mazhab protestan. Kota treves seperti yang telah disebutkan tadi merupakan
sebuah daerah yang kaya dengan sumber galian seperti batu-bata dan bijih besi.
Keadaan ini secara tidak langsung telah manggalakkan dan menuntut kepada
perkembangan industri moden disana. Dalam sedar atau tidak ianya sedikit
sebanyak telah mempengaruhi semangat dan pemikiran Karl Marx untuk
memperkembangkan ajarannya.
Setelah menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Gymnasium di
Trier, Marx menyambung pengajiannya di University Of Bonn dan seterusnya
memasuki universiti di Berlin dalam fakulti undang-undang. Tidak jemu dengan
mempelajari pelbagai hukum dan peraturan beliau menambahkan lagi kegiatan
pembelajaran beliau dengan mencari buku serta mentela`ah kitab-kitab falsafah
dan sejarah.
Pada masa di universiti, Marx mempunyai pertalian sahabat atau ikatan
dengan dengan seorang lagi pemikir tentang hukum dan falsafah iaitu Hegel. Marx
yang juga seorang mahasiswa pada masa itu mengabungkan dirirya dengan kaum
Hegelian kiri. Sebuah tesis atau kajian yang telah dijalankan oleh Marx sendiri
yang bertajuk ` perbezaan falsafah demokritus dan falsafah Epicurus
menunjukkan bahawa meskipun beliau masih condong kepada idealisme dari
Hegel. Namun baliau telah membuat suatu kesimpulan yang bertentangan dengan
6
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
7/118
Hegel. Sebagai contohnya Hegel yang pada masa itu mencaci dan tdak bersetuju
dengan fahaman yang dibawa oleh Epucurus disebabkan sifat material dan
athiesnya sebaliknya Marx pula cuba memuji disebalik perjuangan Epucurus.
Maka pada April 1841 beliau telah membuat suatu kajian atau usul tesis kepada
Universiti di Yena tentang falsafah demokritus dan Epucurus dan membawanya
kepada gelaran doktor.
Jika kita melihat kembali sejarah yang berlaku pada zaman mulanya detik
perkembangan Marx, pada masa tersebut industri berkembang dengan pesatnya
dan kesan daripada itu telah wujud pelbagai mesin dan robotik mekanikal yang
cuba mengeksplotasi pelbagai jenis industri perkilangan sehinggakan autoriti
tenaga buruh yang digunakan sebelumnya semakin menurun, dan lebih parah lagi
banyak daripada pekilang-pekilang yang cuba untuk mengurangkan penggunaan
tenaga manusia dalam industri perkilangan mereka. walaupun kos pengeluaran
dikatakan lebih murah dan harga barangan juga semakin berpatutan, namun dalam
sedar atau tidak kedaan tersebut telah menuntut suatu keadaan yang tidak baik
pada pihak tenaga buruh seperti pekerja kilang, golongan petani dan pekerja-
pekerja tangan. Hal ini seterusnya telah mewujudkan suatu golongan atau kelas
baru yang terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai apa-apa kecuali tenaga
mereka. Mereka disebut sebagai oleh Marx sebagai golongan proletariat yakni
golongan yang tertekan dan tertindas. Golongan inilah yang cuba diperjuangkan
oleh Marx sehigga mendorongnya untuk membentuk fahaman baru yang disebut
komunisme.
Suatu ketika dahulu, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan
pendapat atau ajaran yang cuba dicetuskan oleh Hegel. Sebagai contohnya
feuerbach yang sama sekali mengenyahkan fahaman Hegel. Walaubagaimanapun
Marx yang merupakan seorang ahli falsafah juga pada masa itu, tidak melihat
ajaran Hegel sebagai suatu fahaman yang tidak boleh diterima langsung sebaliknya
masih terdapat beberapa etika dan nilai-nilai yang baik dan boleh diaplikasikan.
Menurut Marx methode falsafah Hegel mengandungi kerasionalan terhadap idea
7
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
8/118
perkembangan. Hegel melihat kejadian dan fenomena yang berlaku di alam ini
sebagai saling berhubungan dan saling bergantungan , pengaruh-mempengaruhi ,
sebagi suatu proses pertumbuhan , perubahan dan kemusnahan. Hegel cuba
menunjukkan bahawa pada permulaan proses ini terdapat perjuangan daripada
pihak-pihak yang bertentangan. Method ini sama sekali menolak method berfikir
yang metafizik yang melihat dunia sebagai pengumpulan secara kebetulan
daripada gejala dan fenomena yang terpisah antara satu sama lain, tidak dapat
diubah dan abadi. Tetapi sistem filsafat Hegel adalah sistem falsafah yang bersifat
idealis, Hegal percaya bahawa perkembangan dalam alam dan masyarakat dikuasai
oleh `ide mutlak`.
Sebaliknya Marx dengan berdasarkan kepada ilmu bahan catatan yang
berbentuk ilmiah terutamanya tentang ilmu alam , Marx cuba mengolah dan
mentelaah semula falsafah Hegel dengan menghubungkaitkan dengan
materialisme. Kefahaman ini seterusnya menjadi sumber terpenting dalam ajaran
komunisme atau juga disebut sebagai `dealectical materialisme`.
Marx memperkembangkan ajarannya melalui surat khabar `Rheinishe
Zeitung` yang mula diterbitkn pertama kalipada tahun 1982. kemudian pada bulan
Oktober 1842 Marx menjadi ketua sidang pengarang bagi surat khabar ini,dan dia
sendiri telah membuat keputusan untuk berhijrah dari Bonn ke Collogne iaitu
tempat terletaknya syarikat surat khabar tersebut. di bawah pimpinan Marx surat
khabar ini semakin terkenal. Walaubagaimanapun pemerintah yang berkuasa pada
masa itu menganggap artikel atau rencana yang ditulis pada surat khabar tersebut
merupakan suatu yang bahaya dan menggugat ketenteraman awam. Akhirnya pada
1 april 1843 pengeluaran surat khabar tersebut telah diharamkan. Sehinggakan
Marx sanggup mengundur diri dari kedudukannya sebagai ketua sidang pengarang
untuk menjaga kebajikan pekerjanya yang lain, malangnya usaha tersebut tidak
membawa sebarang kesan pada keputusan pihak pemerintah.
8
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
9/118
Implikasi daripada peristiwa penyekatan penerbitan surat khabar tersebut
telah mendorong Marx untuk mandalami ilmu ekonomi. Minat Marx dalam
masalah ekonomi dan sosial bukan sahaja dibangkitkan oleh keadaan yang
menyedihkan yang berlaku pada masyarakat miskin jerman, tetapi juga yang
berlaku pada negara-negara kapitalis inggeris dan perancis. Disebabkan
pekerjaanya di Rheinische Zeitung inilah yang membawa peralihan Marx daripada
demokrasi revolusi kepada komunisme.
Pada bulan november 1843 Marx telah berhijrah dari jerman ke ibu nagara
perancis iaitu paris. Dan pada masa itu baliau telah berkesempatan bertemu dan
berkenalan dengan kaum sosialis seperti Etiene Carbet, piere leroux, lois blanc dan
juga piere joseph proudhon. Dia bersahabat dengan Heinrich Heine dan mulai
mengenal tokoh-tokoh politik Rusia sepeeti M.A Bakunin,W.P Botkin dan ramai
lagi. Di paris ini jugalah Mrax bertemu dan menjadi sahabat karib kepada Engels .
Pertemuan pada bulan ogos 1844 telah menyingkap tirai antara mereka berdua,
dan mendapati bahawa pandangan mereka adalah sama.
Pada tahun 1845 atas hasutan pemerintah Rusia , Marx dipaksa
meninggalkan paris sebagai orang yang berbahaya dan boleh mengganggu
keselamatan negara. Oleh sebab yang demikian Marx mengambil keputusan untuk
meninggalkan Paris dan menuju ke Brusel. Kemudian pada tahun 1847 Marx dan
Engels telah membuat persepakatan dalam Bund der kommunisten yakni
perikatan kaum komunis , seteruanya pada bulan november tahun yang sama di
London, Marx dan Engels atas perintah perikatan ini menuntut mereka berdua
untuk menyusun suatu Manifesto parti komunis, dan tidak lama selepas itu ianya
berjaya diterbitkan pada bulan februari 1848. Manifesto ini menyatakan bahawa
materialsme merupakan suatu yang amat sesuai atau serasi terhadap seluruh
kehidupan ssial manusia, mereka mengemukakan dialektika sebagai doktrin ajaran
tentang evolusi yang paling luas dan mendalam. Manefesto tersebut juga
mengandungi teori perjuangan kelas dan peranan pejuang-pejuang revolusi
9
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
10/118
daripada kaum proletariat yang meliputi seluruh dunia dan sejarah sabagai suatu
masyrakat komunis yang merupakan suatu dunia atau fahaman baru yang cuba
disesuaikan ke dalam masyarakat dunia.
Ketika revolusi februari meletus iaitu pada tahun 1848 , Marx kembali
disingkirkan dari Brusel. Memandangkan tekanan yang diterimanya disana maka
Marx mengambil keputusan untuk kembali ke paris dan seterusnya menuju ke
cologne di jerman. Sejak 1 jun 1848 hingga 19 mei 1849 beliau sekali lagi menjadi
ketua sidang pengarang dan menerbitkan new rhenische zeitung di cologne.
Walaubagaimanapun pada bulan 1849 marx sekali lagi diasingkan dari jerman
oleh pemerintah yang berkuasa .mula-mula dia kembali ke paris namun akibat
tidak disenangi oleh penduduk di sana dia terpaksa berhijrah ke london. Di sanalah
marx menghabiskan sisa-sia hidupnya sehingg ke akhir hayat beliau.
Sepanjang hidup marx beliau hidup dalam pelarian semata-semata demi
menegakkan matlamt dan fahaman yang cuba dipertengahkannya.kemiskinan
menjadi teman hidupnya bersama istri dan anak beliau. Dikatakan seandainya
Engels titak memberikan pertolongan dalam betuk material nescaya marx dan
keluarganya mati kelaparan. Pada tarikh 28 september 1864 di st.Martin Hall di
London telah ditubuhkan perikatan kaum pekerja internasiona ( international
working men`s associiation). Beberapa tahun selepas bergiat akif dalam
pertubuhan tersebut beliau telah mangalami masalah kesihatan yan teruk. Lebih
malang lagi pada 2 september 1881, jenny yang merupakan istri beliau yang amat
dikasihi telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Kematian istrinya itu
telah memberikan suatu tamparan yang cukup hebat dalam kehidupan marx. Kesan
daripada itu kesihatan marx semakin bertambah teruk lebih-lebih lagi selepas
disusuli dengan kematian anaknya yang juga bernama jenny. Pada 14 mach 1883
marx menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Pada hari sabtu bersamaan 17 mac 1883 marx dikebumikan di permakaman
highgate di london. Ketika itu sahabat seperjuangan beliau iaitu engels telah
10
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
11/118
meluahkan segala isi hatinya terhadap engels melalui kata-kata beliau marx
adalah orang yang paling dibenci, tetapi paling dicintai oleh orang sezamannya.
Dia dibenci oleh banyak pemerintah. Tetapi dicintai oleh berjuta-juta kaum buruh
yang memperjuangkan hak mereka dari pergunungan-pergunungan siberia melalui
eropah sampai ke california di benua amerika. Namanya akan terus dari abad ke
abad dan dari masa ke masa.
Jika kita meneliti kembali rentetan perjuangan fahaman komunisme ini,
ternyata selepas seratu tahun manefesto komunisme tersebut diterbitkan barulah
orang lain mengakui kebenaran pidato engels diatas tadi.
Perawakan tentang marx ini dapat digambarkan melalui beberapa contoh
nilai peribadi yang ada pada diri beliau. Secara ringkasnya beliau seorang yang
kecil dan sederhana sahaja perawakannya. Cara bekerja beliau memang sentiasa
mendapat perhatian dan pujian orang ramai memandangkan kegigihan dan
kerajinan beliau yang begitu luar biasa sehingga beliau dilantik beberapa kali
sebagai ketua sidang pengarang dan mendapat kepercayaan disisi hartawan
berpengaruh yang juga merupakan diantara sahabat beliau yang rapat semasa hayat
beliau . Dikatakan semasa zaman pelariannya beliau sanggup berjaga malam dan
tidur pada waktu siang semata-mata untuk meneliti kitab bagi meneruskan
kelangsungan perjuangan fahaman komunisme yang dipelopori oleh beliau.
Walaubagaimanapun tindakan tersebut tidak mendapat persetujuan dari istrinya
sendiri memandangkan beliau amat bimbang dengan kesihatan marx yang semakin
serius apatah lagi selepas mendapat amaran dari doktor agar menjaga kesihatannya
dengan sebaik-baiknya.
Marx juga dikatakan berkebolehan membaca buku-buku yang ditulis
hampir dalam semua bahasa eropah yang terkemuka. Bahkan tidak cukup dengan
itu, penguasaan ilmu yang ada pada marx juga meliputi tatabahasa dari negara
seperti jerman. Malahan mampu menulis dalam bahasa inggeris dan perancis
sekalipun terpaksa merangkak, hal ini kerana marx tidaklah terlalui fasih bertutur
11
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
12/118
dengan menggunakan bahasa tersebut. namun semasa hayat beliau marx pernah
berkata bahasa asing adalah suatu senjata dalam perjuangan untuk hidup
kenyataan ini dapat dibuktikan melalui usaha beliau yang sanggup pula
mempelajari bahasa rusia bagi menguasai bahasa tersebut seterusnya memudahkan
tanggungjawab beliau untuk menyampaikan serta menyebarkan fahamannya.
2.ASAS-ASAS AJARAN KOMUNISME
2:1. Teori Penentuan (Determinisme) Ekonomi Dan Sejarah Materialisme
Dalam kisah hidup yang digambarkan dalam beberapa buah buku berkenaan
tentang sejarah hidup marx, beliau diceritakan sebagai seorang yang amat rajin
dalam menelaah buku-buku ilmu, mengkaji dan cuba mengambil sesuatu
daripadanya. Maka tidak hairanlah jika kita melihat marx meruapakan seorang
individu yang memiliki daya intelektual yang tinggi serta bijak dalam menilai dan
mengaitkan terhadap sesuatu perkara. Lazimnya Marx akan mempelajari dan
meninjau sejarah masa lampau dan cuba membuat beberapa kesimpulan
daripadanya. Sebagai contohnya baliau medapati dari masa ke semasa, manusia
harus berjuang untuk kelangsungan hidup, perjuangan ini berupa perjuangan
melawan alam dan sesama manusia sendiri. Manusia harus bekerja untuk
memperolehi makanan bagi meneruskan hidupnya dan juga sentiasa gigih dalam
mengusahakan pelbagai nilai dan keperluan hidup yang lain. Cara memperolehi
bahan makanan dan kegigihan dalam mencapai keinginan serta kehendak yang
tidak terbatas semakin lama menjadi lebih rumit dan cerewet, sehingga
menyebabkan keadaan hidup manusia tidak tenang dan aman. Cara menghasilkan
atau tindakan memenuhi keperluan hidup ini lah yang menurut marx merupan
faktor dominan yang boleh mempengaruhi dan menentukan senario kehidupan
umat manusia sepanjang masa. Cara-cara menghasilkan atau menguruskan bahan-
bahan keperluan hidup (faktor ekonomi) inilah yang menetukan seluruh proses
kehidupan manusia samada dalam bidang sosial , politik dan juga rohani.
12
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
13/118
Contohnya bila penduduk mula bertani dan meninggalkan cara hidup
mengembara, maka keadaan itu bermaksud akan wujudnya sebuah penempatan
baru bagi sekumpulan masyarakat yang dianggap sebagai kampung dan
kemudiannya berkembang menjadi tumpuan penempatan yang disebut sebagai
bandar. Wujudnya pertanian menyebabkan wujudnya lebih banyak `autcome`
pengahasilan sehingga timbulnya pula rangkaian perdagangan antara satu bandar
dengan bandar-bandar yang lain. Maka lebih banyak kekayaan dan material yang
dapat dikumpulkan. Senario yang berlanjuan ini seterusnya telah mewujudkan satu
fenomena baru iaitu akan wujudnya pula peluang pekerjaan tangan dan kesenian.
Secara tidak langsung kebudayan juga turut akan menerima tempias kesan
daripada ledakan ekonomi yang semakin berkembang. Dalam beberapa masa pula
akan wujudnya suatu keadaan ekonomi yang lebih stabil, maju dan menuntut
supaya manusia untuk berlumba-lumba dalam mengejar keperluan hidup dan
material bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas, yang mana pada
masa tersebut telah dibangunkan pelbagai jenis industri yang bergantung kepada
tenaga mesin sepenuhnya dan tidak lagi bergantung kepada tenaga manusia
seratus-peratus.
Oleh itu menurut marx keadaan inilah yang telah mengubah hidup dan
pencapaian kemajuan daripada pembangunan sebuah kampung sehinggalah
berkembang menjadi kawasan tumpuan penempatan dan perdagangan iaitu bandar.
Hakikat kebenaran ini telah dinukilkan dalam manefesto komunisme yang disusun
oleh marx dan engels sebagaimana kata-kata tersebut :
the fundamental proposition is that very historicalepoch the prevailling
mode of economic production and exchange and the social organization
necessary following fromit forms the basis upon wihich is built up and from
which alone can be explained the political and intellectual history of that
epoch
Petikan ini bermaksud : suatu kaedah dasar yang menjadi asas dalam
marxisme ialah bahawa dalam satu masa sejarah, cara pengurusan
13
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
14/118
ekonomi ,pertukaran perdagangan dan organisasi sosial yang merupakan
faktor menjadi dasar untuk berkembangnya sebuah sejarah politik dan corak
pemikiran masa sejarah tersebut ; perkembangan sejarah politik dan fikiran
tersebut hanya dapat diterangkan dengan dasar itu.
Ajaran determinisme ekonomi ini adalah bersangkut paut dengan ajaran
materialisme. Sebagaimana yang telah dirumuskan oleh marx dalam bukunya
yang diterbitkan pada 1859 yang bertajuk zur kritik des politishen oeconomie
( critique of political economy).
Para pemikir sejarah dan ahli falsafah memberikan kesimpulan kesimpulan
yang berbeza-beza dalam menghuraikan faktor-faktor dominan yang menyebabkan
timbulnya perubahan-perubahan besar dalam sejarah kehidupan manusia.
Sebahagian beranggapan bahawa perubahan-perubahan besar yang berlaku dan
yang dapat kita saksikan dalam sejarah dewasa inidisebabkan oleh karya-karya
agung dari golongan pemikir serta ahli falsafah terkenal sebagai contohnya
Alexender the great, Naepeleon, Hitler, Aristotle, budha dan lain-lain lagi. Mereka
merupakan antara tokoh-tokoh sejarah yang menjadi faktor signifikan terhadap
perubahan yang besar yang berlaku dalam rentetan sejarah hidup manusia.
Sebahagian pemikir lagi berangapan bahawa tokoh-tokoh agung yang disebutkan
tadi merupakan sebahagian daripada produk-produk zaman atau produk sejarah
sahaja, tetapi bukan yang membentuk sejarah cuma menjadi elemen terpenting
dalam konflik perkembangan sejarah dunia, yang lebih berkuasa adalah
`perkembangan rohani` perkembangan jiwa, seperti timbulnya pelbagai macam
agama dan kepercayaan, teori falsafah dan sebagainya. Faktor inilah yang lebih
dominan dalam menentukan pekembangan sejarah manusia.
Walaubagaimanapun teori tersebut adalah berlainan dengan fahaman atau
ajaran yang cuba diketengahkan oleh marx dan para pengikutnya, bagi mereka
faktor utama yang menjadi dasar atau tunjang kepada konflik perubahan sejarah
adalah didominasi oleh faktor material. Melalui penghayatan terhadap material
14
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
15/118
atau kebendaan barulah kita dapat menerangkan mengapa dan bagaimanakah
wujudnya tokoh-tokoh agung serta peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam
sejarah. Demikian juga bagaimana keadaan material telah menjadi pencetus atau
agen kepada wujudnya pelbagai macam agama dan teori serta pergolakan pelbagai
fahaman yang kadang-kadang agak bertentangan.
Dalam karya hasil tulisan marx telah dituliskan tentang dua faktor atau dua
kekuatan yang menimbulkan perubahan dalam sejarah iaitu the productive
forces and the productive relations which drives from them yakni (kekuatan
yang menghasilkan dan hubungan sosial yang menjadi kesannya). Kedua
faktor atau kekuatan tersebut dinamakan sebagai `substructure (bangunan
bawah) dan superstructure (bangunan atas). Substructure ini adalah faktor
ekonomi yang menjadi dasar ; yang menentukan, manakala supestructure
adalah berbagai macam manefestasi dari jiwa manusia, seperti agama, hukum,
adab tata susila, kebudayaan dan sebagainya, yang ditentukan atau dipengaruhi
oleh faktor ekonomi (substucture).
Engels pernah berkata benar ada pengaruh timbal-balik, tetapi faktor
ekonomilah yang akhirnya akan memastikan jalannya bagi sesuatu. Keadaan
ekonomi dan pertentangan kelas yang bertalian dengan itu , itulah yang
menentukan jalannya sejarah
2:2. Ajaran Pertentangan Kelas
Manefesto komunis yang termasyur itu bermula dengan kalimah
the history of all hitherto existing society is the history of class
struggle
Yang bermaksud :
sejarah daripada semua masyarakat yang ada sampailah
sekarang ini adalah sejarah pertentangan kelas
15
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
16/118
Jika kita meneliti kepada konsep atau fahaman yang diajarkan dalam teori
fahaman komunisme ini, dapat kita fahami bahawa pertentangan kelas yang wujud
pada masa dahulu dianggap sebagai suatu platform bagaimana sesuatu sejarah itu
berkambang. Menurut teori marxisme, kehidupan seseorang individu itu bermula
dalam keadaan komunisme sejati, namun disebabkan keadaan yang memaksa dan
menuntut manusia untuk lebih gigih lagi mencari dan memenuhi keperluan hidup
yang tidak terbatas yang merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal, serta
keinginan untuk hidup dengan lebih selesa dan senang. Maka senario ini secara
tidak langsung telah mewujudkan dua golongan atau kelas dalam sistem
sosioekonomi manusia iaitu ; golongan yang berkemampuan dan memiliki aset
ekonomi yang besar serta golongan yang tidak berkemampuan dan tidak memiliki
kekuatan dari segi ekonomi. Lazimnya golongan yang kedua ini hanya menjadi
buruh atau pekerja sahaja, berbeza daripada golongan yang pertama. Oleh sebab
yang demikian golongan yang pertama ini juga dinamakan sebagai golongan
borjuisiaitu golongan yang memiliki aset yang besar dan berpengaruh dalam
sesebuah industri, memiliki kilang dan sebagainya lagi sedangkan golongan yang
kedua pula dinamakan sebagai golongan ploretariat. Menurut marx keadaan
inilah yang telah menimbulkan pelbagai masalah serta mewujudkan bermacam-
macam konflik dan pergolakan, masing-masing dengan hujah yang tersendiri demi
menegakkan hak serta kepentingan masing-masing.
Jika kita mengimbas kembali rententan sejarah kehidupan manusia sejak
awal kurun lagi, berlakunya pertentangan antara budak belian dan perdagangan
kanak-kanak. Demikian juga pada waktu zaman feudal mendominasi keadaan,
berlakunya pertentangan antara tuan-tuan tanah dan penyewa tanah. Pada abad ke
XIX pula setelah timbulnya pelbagai indusri besar yang moden maka terjadinya
pula konflik yang melibatkan pertentangan antara kaum kapitalis dan kaum
proletariat. Secara ringkasnya dapat dikatakan, sejarah adalah pertentangan antara
kelas yang menindas dan yang ditindas. Kadang-kadang ianya wujud secara tidak
disedari oleh masyarakat dan adakalanya ianya berlaku dapat dirasai akan
kewujudan pengaruhnya.
16
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
17/118
Sebenarnya kedua teori atau ajaran yang terdapat dalam asas komunisme
ini iaitu determinisme ekonomi dan materialisme serta ajaran pertentangan kelas
adalah ajaran marx yang berkaitan dengan perkembangan sejarah ataupun lebih
tepat lagi penafsiran marx entang perjalanan masa. Namun ajaran marx tentang
perkembangan sejarah ini tunduk pada ajaran marx yang lain iaitu dialektika.
Dialektika yang dimaksudkan disini bukanlah merujuk kepada hasil cetusan
atau susunan pengetahuan daripada pemikiran marx itu sendiri namun ianya
merupakan suatu teori atau fahaman yang diketengahkan oleh Hegel, dan marx
hanya memeriksa serta memperbaiki dialektika yang dihasilkan oleh Hegel
tersebut. Menurut Hegel semua keadaan yang terdapat pada sesuatu waktu adalah
dalam proses pertumbuhan , perubahan dan kemusnahan. Setiap keadaan
mengandungi unsur kehancuran dalam dirinya dan keadaan ini tidak dapat
dielakan. Dialektika ini menghuraikan bahawa suatu keadaan adalah hasil dari
pertentangan idea-idea, pertentangan dari pelbagai keazaman dan impian. Hasil
daripada pertentangan pelbagai corak idea ini dinamakan sebagai theses .
wujudnya theses ini tadi akan menimbulkan pula keadaan baru yang
menentangnya . keadaan ini disebut sebagai antitheses . Oleh yang demikian
maka timbulnya pula pertentangan antara thesis dan antithesis yang secara tidak
langsung telah mewujudkan satu lagi keadan baru yang disebut sebagai
synthesis. Synthesis inipun pada hakikatnya adalah satu thesis baru yang akan
menimbulkan antithesis dan synthesis lain. Maka keadaan ini bermaksud keadaan
selalu berubah-berubah mengikut keadaan dan masa berlaku, ianya tidak pernah
tetap.
Perbazaan antara Marx dengan pandangan Hegel yang dimaksudkan disini
adalah kerana marx menolak unsur idea sebagai faktor yang menyebabkan
wujudnya teori pertentangan ini. Menurut Marx bukan idea atau impian yang
menimbulkan perubahan-perubahan tersebut sebaliknya faktor material atau
kebendaan yang mampu mencorak dan mempengaruhi sejarah.
17
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
18/118
2:3 Ajaran Marx Tentang Ekonomi
a) Ajaran marx tentang teori nilai lebih (Surplus value)
Hakikatnya marx telah dipengaruhi oleh ajaran nilai kerja dari
ahli ekonomi inggeris iaitu David Ricardo (1772-1823). Nilai
sesuatu barang bergantung kepada jumlah tenaga atau kerja yang
diperlukan untuk membuat barang tersebut. Marx menerima teori
Ricardo tersebut dan cuba membuat kesimpulannya sendiri
berdasarkan pengetahuan yang dimiliki oleh beliau. Marx
berpendapat ; jika nilai sesuatu barang bergantung kepada jumlah
kerja atau tenaga yang diperlukan untuk membuatnya. Maka pihak
yang seharusnya menikmati hasil kerja tersebut (barang) adalah
para pekerja ataupun buruh. Namun demikian keadaan yang berlaku
adalah sebaliknya, ternyata bukan hanya buruh yang mendapat
menikmati hasil kerja tersebut bahkan pihak pemegang modal dan
para kapitalis cuba untuk mendominasi keadaan dengan mengaut
keuntungan yang lebih lumayan. Ironisnya pihak buruh yang
bersusah-payah memerah keringat , bekerja siang dan malam
namun ada pihak yang lain yang cuba menoreh hasilnya. Menurut
marx para pemegang modal ini, para kapitalis dan pengusahq-
pengusaha kilang telah melakukan jenayah pencurian secara
senyap-senyap terhadap para pekerja dan buruh mereka. Dicuri
yang dimaksudkan disini ialah kelebihan nilai dari nilai yang
dikembalikan kepada buruh atau pekerja sebagai upah.
Beberapa bentuk pengiraan dapat dijelaskan melalui contoh
yang berikut : Modal variabel (v) menurut marx adalah jumlah
yang dikeluarkan pengusaha (kapitalis) untuk membayar upah
buruh. Jika tenaga yang diperlukan manghasilkan sesuatu barang
misalnya 8 jam bekerja, maka yang sepatutnya dikembalikan
18
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
19/118
sebagai upah kepada para pekerja atau buruh (v) adalah 8 jam, dan
bukannya 5 jam sahaja (contoh). Nilai lebih (m) bagi contoh ini
ialah 8-5 =3 jam. Oleh itu bermaksud apabila 3:5 = 60%. Maka 3
jam kerja dalam contoh ini adalah kerja beruh yang tidak dibayar
oleh pengusaha dan itulah yang sebenarnya hasil yang yang dicuri
oleh pengusaha dari buruh.
b) Teori Akumulasi (law of capitalist accumulation)
Menurut marx dan para pengikutnya, bila teori nilai lebih tersebut
dilaksanakan dalam aspek praktikal harian manusia maka akan
terjadilah suatu pengumpulan kapital atau modal. Adanya
persaingan antara para pengusaha akan memaksa para pengusaha
ini mempergunakan mesin-mesin sehingga dapat menbuat barang
lebih banyak secara besar-besaran . apabila keadaan tersebut telah
didominasi oleh pengeluaran barang yang berlebihan maka akan
menyebabkan nilai margin keuntungan semakin kecil, serta harga
dipasaran terpaksa diturunkan.
c) Teori konsentrasi (law of the concentration)
Disebabkan persaingan yang semakin hebat di pasaran, maka para
pengusaha kecil semakin lama semakin berkurang kerana terpaksa
gulung tikar dan menghentikan pengeluaran produk mereka
kerana tidak mampu bersaing dipasaran. Implikasinya para
pengusaha kecil itu tadi terpaksa bekerja menjadi pegawai atau
buruh dari perusahaan atau syarikat besar. Kesan daripada senario
tersebut pihak kapitalis akan semakin untung bahkan aset dan
modal yang dimilikinya semakin bertambah besar. Secara tidak
langsung keadaan ini akan menggalakkan kepada kuasa monopoli
oleh sesebuah syarikat terhadap sesuatu pengeluaran.
19
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
20/118
d) Teori bertambahnya kesengsaraan (law of increasing misery) :
Penggunaan tenaga mesin secara besar-besaran iaitu wujudnya
pelbagai industri moden yang menyebabkan terdapat ramai buruh
yang terpaksa menganggur kerana keadaan pada masa tersebut telah
didominasi oleh tenaga mesin. Malangnya pihak buruh tiada pilihan
melainkan terpaksa bekerja dan menerima upah yang rendah
semata-mata untuk mendapatkan mata pencarian bagi memenuhi
keperluan hidup mereka. Keadaan inilah yang dipangil sebagai
kesengsaraan.
e) Teori krisis
Disebabkan wujudnya kesengsaraan terhadap pihak yang tertindas
iaitu golongan buruh maka keadaan ini seterusnya telah
menyebabkan jurang ekonomi antara yang kaya dan yang mskin
semakin melebar. Ini pula disebabkan timbulnya krisis yang hebat.
Pengeluaran produk semakin bertambah, sehingga penawaran
barang semakin meningkat sedang kekuatan pembelimakin
berkurang. Lambakan barang yang terdapat dipasaran tetapi
permintaan atau penjualan barang semakin merosot. Sehingga
menjejaskan rangkaian perdagangan. Wujudnya krisis yang yang
berulang-ulang ini secara tidak langsung akan mengakibatkan
runtuhnya sistem ekonomi kapitalis. Maka menurut marx runtuhnya
sistem kapitalis tersebut merupakan suatu keharusan sejarah yang
tidak dapat dielakkan.
2:4. Antropologi Marxisme Komunisme (Pandangan Marxisme Tentang
Manusia)
a) Menolak Manusia Sebagai Ciptaan Tuhan
Dalam fahaman marxisme-komunisme ini, golongan pengikut
ajaran ini tidak mempunyai akidah atau kepercayaan yang konkrit
20
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
21/118
terhadap mana-mana agama, bagi mereka semua benda yang
tumbuh dan berkembang adalah menurut kekuatannya sendiri,
secara terus menerus tidak berpermulaan dan tidak berakhir.Oleh
itu mereka tidak pernah mengakui akan kewujudan tuhan sebagai
pencipta.
Pengikut fahaman komunisme pada umumnya sangat
mengagumi dan menerima karya Charles Darwin yang bertajuk
Origin of species yakni asal-usul jenis. Pada pendapat mereka
setiap sesuatu yang ada dimuka bumi ini berkembang secara evolusi
dari jasad yang lebih sederhana menuju jasad yang lebih sempurna.
Merujuk konsep materialisme iaitu menerima material
ataupun kebendaan sebagai satu bentuk banda yang wujud secara
realiti di alam semesta ini dan mereka menolak adanya zat yang
ghaib seperti kewujudan tuhan sebagai pentadbir alam. Bagi mereka
tuhan tidak ada, adanya tuhan kerana ianya adalah imaginasi atau
hayalan manusia semata-mata yang cuba diada-adakan sebagai
tempat untuk bermohon dan berlindung. Dalam falsafah marx
diterangkan bahawa, (sebagaimana yang terdapat pada kalimah
dibawah) ;
..............matter is eternsl, it has never created by anyone,
there are no supernatural forces in a realm beyond the world .
Bermaksud ; ..........benda adalah abadi, ia tidak pernah diciptakan
oleh sesiapa pun, disana tidak terdapat kekuatan kuasa ghaib
dalam lingkungan alam semesta ini.
materialism is an implacable foe of religion, in a world
where there is nothing else except matter in motion, there is no
room for god
21
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
22/118
Bermaksud : materialisme adalah musuh yang tidak dapat
didamaikan dengan agama, dalam dunia dimana tiada sesuatu pun
melainkan benda yang sentiasa bergerak, dan di sana tiada
ruangan buat tuhan
Kesimpulan yang boleh diambil daripada pernyataan diatas
ialah marxisme-komunisme menolak manusia sebagai ciptaan
tuhan, manusia menurur kepercayaan mereka sebagai suatu bentuk
benda atau material yang wujud dengan sempurna sebagaimana
wujudnya manusia di alam ini atas daya kekuatan mereka sendiri,
dan bukannya ciptaan khaliknya.
b) Memuliakan kerja sebagai tugas utama manusia itu wujud.
Diantara lain fahaman yang terkandung dalam manefesto
komunisme tersebut adalah berkaitan dengan hakikat manusia.
Menurut teori mereka apakah yang menyebabkan manusia menjadi
homo humanus yakni menjadi makhluk yang
berperikemanusiaan? Jawapan bagi persoalan tersebut adalah
kerja. Kerja itulah sebagai hakikat kewujudan manusia, segala-
galanya adalah bermatlamat untuk kerja. Pemujaan terhadap kerja
dan buruh, itulah yang dicita-citakan oleh pengikut fahaman
marxisme-komunisme. Buruh yang dapat bekerja lebih bekerja
lebih lama dan menghasilkan lebih banyak produk akan dipuja dan
didewa-dewakan.
Salah satu contoh yang dapat diterangkan disini ialah
pahlawan kerja Stachnow sebagaimana yang diceritakan oleh Dr.
J. Verkuyl dalan bukunya iaitu stachnow adalah seorang buruh
muda. Pada malam hari yang bertarikh 30 ogos 1953, selama 6 jam
dia dapat mengeluarkan 102 ton batu-bata, kemudian 227 ton batu
pada hari yang berikutnya, sedangkan jika dibandingkan dengan
22
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
23/118
keupayaan bagi seseorang pekerja secara normal hanya mampu
menghasilkan sekitar 7 batu ton sahaja. Disebabkan reputasinya
yang memberansangkan stachnow telah dipujin dan dimuliakan
sebagai dewa, iaitudewa kerja. Bekerja dengan lebih lama
sehingga dapat hari cuti untuk bergembira sebaliknya hari tersebut
digunakan untuk melakukan kerja dengan lebih tekun,maka itulah
yang dikatakan sebagai memenuhi kewajiban buruh kumunis yang
bersungguh-sungguh.
Pemujaan terhadap dan pemuliaan terhadap kerja ini ditulis
dalam falsafah marx sebagaimana yang berikut:
the people above all are those who work.....
Bermaksud : orang yang diatas adalah mereka yang bekerja...
Secara ringkasnya dapat dinyatakan di sini, bahawa menurut
fahaman komunisme hakikat manusia itu adalah untuk bekerja,
manusia adalah homo laborans manusia yang bekerja. Manusia
tidak perlu bargantung atau bertangungjawab kepada tuhan,
manusia hidup untuk bekerja sehiggalah ke akhir hayatnya. Itulah
hakikat yang dimaksudkan menurut kepercayaan komunisme.
2:5 Ajaran Tentang Moral Atau Susila.
Hakikatnya perbezaan antara manusia dengan makhluk yang
lain adalah manusia berkeupayaan untuk berfikir secara rasional
dan membezakan perkara yang baik dan buruk terhadap sesuatu
masalah yang wujud. Keadaan tersebut didorong oleh naluri dan
fitrah manusia yang berkehendak kepada sesuatu yang baik.
Walaugaimanapun disebabkan nafsu manusia yang tidak terbatas
maka menuntut akal untuk memimpin tindak-tanduk manusia
supaya setiap tindakan atau perlakuan yang dilakukan berdasarkan
23
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
24/118
nilai-nilai dan tidak bercanggah dengan norma-norma atau
peraturan yang terdapat dalam kehidupan manusia. Lazimnya
dalam kehidupan bermasyarakat manusia sentiasa mencari nisbah
ukuran untuk mengukur serta menilai sejauh manakah perbuatan
mereka dibatasi oleh nilai-nilai yang baik dan terhindar dari
sebarang perilaku yang buruk. Bahkan seseorang individu juga akan
cuba menilai perbuatan orang lain yang berada disekelilingnya.
Ianya juga disebabkan oleh naluri manusia yang sentiasa
mengambil berat tentang moral dan susila yang baik sesama
mereka.
Persoalan yang dapat diwujudkan disini, iaitu bagaimanakah
menentukan mana yang baik yang harus dilakukan dan perkara
yang buruk yang harus ditinggalkan, hakikatnya semua persoalan
ini berkait rapat dengan ajaran tentang moral dan susila. Menurut
kepercayaan marxisme-komunisme manusia itu memiliki autonomi
sifatnya yang tersendiri, mampu berdiri tanpa bergantung kepada
sesiapa pun, tidak terikat dengan sebarang syarat dan peraturan
yang formal, bahkan tidak dibatasi oleh hukum-hukum yang telah
ditetapkan oleh tuhan. Perkara yang baik dan perkara yang buruk
berdasarkan pemikiran rasional manusia itu sendiri, semuanya
ditentukan oleh akal dan kemampuan pancaindera manusia yang
terbatas. Oleh yang demikan peraturan yang cuba diaplikasikan
dalam hidup manusia sentiasa berubah-ubah bergantung kepada
tempat waktu keadaan.
Menurut engels dan pengikut-pengikutnya, mereka yakin
bahawa tiada kaedah atau norma yang tetap dan abadi berlaku
disegala tempat dan zaman. Bagi mereka lagi moral adalah
berdasarkan moral kelas, ini bermaksud bahawa moral adalah
sesuatu peraturan atau nilai yang diciptakan atau wujud disebabkan
24
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
25/118
oleh sesuatu golongan atau kelas yang tertentu berdasarkan konsep
peraturan dan nilai tersebut dapat menjaga hak, mempertahankan
dan memperbaiki autoriti kelas mereka yang sedia ada . Oleh sebab
yang demikian moral menjadi pagar susila yang dapat menjamin
kedudukan golongan yang berkuasa tetapi sebaliknya, dalam masa
yang sama memberikan tekanan kepada golongan yang dikuasai
yakni golongan yang tertindas. Walaubagaimanapun golongan
fahaman komunisme mengangap bahawa salah satu moral yang
baik adalah menjaga kepentingan kelas ploretariat. Memandangkan
kelas ploretariat sentiasa dibelengu dengan pelbagai macan
penindasan dan ketidakadilan, maka segala bentuk perjuangan bagi
menegakkan kebenaran dan menuju kebebasan itulah yang
merupakan salah satu moral yang baik. Ianya adalah sebgaimana
pernyataan yang terkandung dalam falsafah maxisme iaitu ;
from the point of view of comunist morality, that which
promotes the movement of society towards communism is moral
Bermaksud ; berdasarkan kepada pendangan terhadap moral
komunis , apa sahaja yang mendorong kepada kemajuan
masyarakat dan menuju kepada matlamat komunisme adalah moral
(susila ,perbuatan yang baik).
Dalam konsep yang cuba digunakan oleh fahaman komunise
ini ialah segala perbuatan dan peraturan mestilah tunduk kepada
kepentingan kaum ploretariat (kaum yang tertindas). Dan bagi
kaum ploretaiat tiada suatupun peraturan atau tindakan yang haram
dan tercela, tiada suatupun yang melanggar hukum. Setiap tindakan
yang dilakukan akan diterima dan diangap sebagai rasional asalkan
objektif tersebut tidak bercanggah dengan matlamat yang asal iaitu ;
kepentingan kaum ploretatiat. Jika kita melihat kepada konsep
ajaran ini, ianya merupakan suatu kesinambungan terhadap corak
25
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
26/118
pemikiran yang telah dicetuskan oleh seorang penulis terkenal iaitu
Machiavelle, beliau mengajarkan tujuan menghalalkan cara.
Oleh yang demikian tidak hairanlah jika golongan marxisme
komunisme ini berpegang kepada konsep masyarakat komunis
tidak akan wujud tanpa kekerasan, bertunjangkan revolusi dan
pemberontakan senjata, semua cara adalah halal dan baik.
Ringkasnya, kesemua elemen tersebut tidak penting asalkan dapat
mencapai matlamat komunisme yang utama.
2:6. Ajaran Marxisme-Komunisme Tentang Agama
Menurut fahaman Marx mereka menolak agama sebagai
anutan atau pegangan hidup untuk manusia, apatah lagi apabila agama
dijadikan sebagai panduan dalam setiap tindakan dan perlakuan, yang jelas
dalam fahaman berkomunisme semua agama hanyalah menyekat
kebebasan seseorang individu itu untuk mengejar kesenangan dunianya.
Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya komunis yang wujud pada
masa dahulu mahupun sekarang tidak mempercayai sebarang kewujudan
tuhan,lebih parah lagi mereka berusaha untuk mengecam agama. Jika kita
maninjau kembali diantara fahaman komunisme ialah berpegang kepada
konsep atau teori materialisme, konsep tersebut sememangnya bercanggah
dengan ajaran beragama, kerana menolak ideologi bertuhan sebagaimana
yang terkandung dalam falsafah marx iaitu ;
Materialisme is an implecable foe ofreligion;in a world where
there is nothing else except matter in motion, there is no room for a god
Bermaksud; materialisme adalah musuh yang tidak dapat didamaikan
dengan agama, dalam dunia dimana tiada suatupun melainkan benda
yang sentiasa bergerak, disana tiada ruang buat tuhan.
religion is reactionary. It is an instrument of the spiritual
oppression, ideological enslavement of the working people, a means of
26
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
27/118
strenghthening the rule of the exploiters. Religion is the opium of the
people, this dictums of marx`s is the connertone of the whole marxist
outlook in religion
Bermaksud ; agama adalah anutan yang usang dan penghalang
kemajuan. Ia adalah alat penindas jiwa, idiologi untuk mengabaikan pihak
pekerja, sutu usaha untuk mempekukuhkan autoriti golongan yang
menindas. Agama adalah candu bagi rakyat, ucapan ini adalah
merupakan dasar daripada seluruh pandangan orang marxis terhadap
agama.
it materialisme also has deep atheistic meaning, for it
undermines the religious fable that god is the creatorof the world. Indeed if
matter is primary and eternal, is uncreatable and indistructible, it is yhr
inner, final couse of everything existing, in a world where matter is pimary
couse, the primary foundation of everything, there is room niether for god
or any other supernatural forces.
Bermaksud ; materialisme mengandungi erti Atheist (tidak bertuhan)
yang mendalam, kerana pengertian tersebut menerangkan tentang cerita
bohong mengenai agama, bahawa tuhan adalah pencipta alam.
Sebenarnya matter adalah awal permulaan dan abadi, maka ianya tidak
diciptakan dan tidak dapat dibinasakan, ianya merupakan intisari, dasar
yang terakhir dalam menentukan tiap-tiap sesuatu yang wujud. Dalam
dunia dimana unsur benda menjadi sumber permulaan dan menjadi dasar
tentang sesuatu, disana tiada tempat untuk tuhan atau kuasa ghaib yang
lain.
Berdasarkan kepada pernyataan marx yang terkandung dalam
falsafah beliau sendiri telah menjelaskan kepada kita tentang ajaran agma
yang cuba disampaikannya. Bahkan jika kita merenung kembali sejarah
perkembangan fahaman komunisme yang telah disusun oleh Marx, beliau
sebenarnya masih dipengaruhi oleh ideologi Ludwig Feurbach yang mana
27
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
28/118
mereka beranggapan bahawa manusialah yang mereka-reka agama, dan
bukan sebaliknya. Hal ini bermaksud bukannya tuhan yang menciptakan
manusia, tetapi manusia yang menjadikan tuhan. Pada pandangan mereka
tuhan dan dewa adalah hasil khayalan atau imaginasi manusia semata-
mata, yang direka untuk memenuhi naluri manusia yang sentiasa inginkan
tempat berlindung dan bermohon, padahal hakikatnya tuhan itu tidak
wujud.
2:7. Ajaran Tentang Negara, Diktator Ploretariat Dan Revolusi
a) Negara
Manurut fahaman komunis, mereka berpendapat wujudnya
sesebuah negara disebabkan terjadinya pertentangan kelas. Hal ini
bemaksud negara bukanlah suatu organisasi yang diciptakan secara
formal, sebaliknya ianya wujud dengan sendirinya. Kewujudan
negara pula sebagai bukti wujudnya pertentangan kelas, seandainya
dalam sesebuah negara tersebut tidak wujud pertentangan kelas atau
pertentangan kelas tersebut berjaya didamaikan maka akan
lenyaplah sesebuah negara. Menurut marx lagi, peraturan, polisi,
perlembagaan, kuasa ketenteraan yang dibentuk adalah disebabkan
wujudnya pertentangan kelas yang mana pihak yang menindas
cuba mendominasi kelamahan dan kekuatan pihak yang tertindas.
b) Diktator ploretariat
Menurut fahaman komunisme bagi mereka sesebuah negara akan
lenyap dengan sendirinya, walaubagaimanapun ianya merupakan
satu proses yang mengambil masa yang agak lama. Malahan
masyarakat komunisme tetap akan wujud setelah sesebuah negara
itu telah lenyap. Namun disebabkan masa yang diperlukan terlalu
lama untuk mencapai ke tahap masyarakat komunisme, maka
proses tersebut perlu dipercepatkan melalui suatu pendekatan iaitu
revolusi. Dikatator ploretariat merupakan suatu transisi yakni masa
28
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
29/118
peralihan dari nagara menuju masyarakat komunis, proses ini perlu
dipercapat melalui proses revolusi, iaitu suatu bentuk perebutan
kuasa oleh golongan ploretariat.
Diantara beberapa prinsip yang dikemukakan dalam Manefesto
Komunisme sebagai syarat yang perlu dilaksanakan bagi sesebuah
negara Diktator Plotariat ialah :
I. Penghapusan hak-hak ke atas tanah dan pengambilan semua
sewa tanah untuk tujuan umum.
II. Pajak penghasilan yang progresif atau yang terjamin.
III. Penghapusan semua hak ke atas warisan
IV. Penghapusan terhadap semua hak milik kaum yang
meninggalkan negeri dan kaum pemberontak.
V. Pemusatan kredit terhadap negara, iaitu dengan sebuah bank
nasional dengan modal negaradan suatu hak monopoli yang
kukuh.
VI. Pemusatan alat perhubungan dan pengangkutan ke atas
negara.
VII. Perluasan pengunaan alat-alat yang dimiliki oleh negara ,
menuju ke arah penanaman tanah yang kering, pembaikan
tanah-tanah supaya semuanya menurut satu rencana umum.
VIII. Tanggungjawab yang sama bagi semua buruh, pembentukan
industri, terutama dalam bidang pertanian.
IX. Percampuran antara industri kecil, penghapusan
diskriminasi antara kawasan bandar dan desa melalui cara
pembahagian yang sama rata.
X. Pendidikan bebas untuk semua anak-anak disekolah-sekolah
umum. Penghapusan buruh anak-anak, penyerapan
pendidikan dengan keadaan industri.
29
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
30/118
c) Revolusi
Didalam manefesto komunis sememangnya telah dijelaskan tentang
kewajiban untuk memperjuangkan hak melalui proses revolusi.
Ianya sebagaimana yang tertulis ;
the communist disdain to conceal their views and aims.
They openly declare that their ends can be attained only by the
forcible overthrow of all existing social conditions. Let the ruling
class tremble at a communistic revolution. The ploretarian have
nothing to lose but their chains. They have a world to win.
Working men of all countries, unite.
Bermaksud ; kaum komunis sama sekali tidak bermaksud hendak
menyembunyikan pandangan dan tujuan mereka. Mereka secara
jelas menyatakan bahawa tujuan mereka hanya dapat dicapai
dengan meruntuhkan melalui kekerasan seluruh susunan
masyarakat yang ada. Biarlah kelas yang berkuasa gementar
kerana revolusi kaum komunis. Golongan ploretariat tidak akan
kehingan sesuatu apapun melainkan belenggu mereka. Mereka
harus mendamaikan dunia ini, buruh seluruh dunai bersatulah.
Berdasarkan kepada pernyataan diatas jelas membuktikan
bagaimana konsep perjuangan yang cuba dilaksanakan oleh
golongan komunisme ini. Iaitu seruan yang mengajak kepada suatu
proses pemberontakan. Untuk mencapai matlamat utama yakni
kemenangan ke atas pihak komunis semua strategi dan cara perlu
digunakan. Konsep matlamat menghalalkan cara perlu
diaplikasikan. Walaubagaimanapun harus disedari bahawa proses
revolusi yang hendak dilaksanakan perlu kepada suatu suasana
yang matang dan masa yang sesuai. Revolusi hanya mungkin dapat
tercapai seandainya kelengkapan untuk tujuan tersebut dapat
disediakan dengan rapi dan terancang. Oleh yang demikian yang
30
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
31/118
mampu menjalankan tanggungjawab tersebut ialah parti
komunisme atau golongan yang berideologi komunisme.
3. MENYINGKAP PENIPUAN GOLONGAN KOMUNISME DALAM
BEBERAPA ASPEK
I-PENIPUAN PROPAGANDA KOMUNISME TENTANG AGAMA
Para cendikiawan Komunisme tidak kira yang terkenal mahupun tidak
berpendapat bahawa ajaran Komunisme boleh berjalan seiring dengan semua
agama khususnya agama Islam.Anata golongan tersebut adalan bekas Presiden
Indonesia iaitu Sukano.Di dalam penulisannya di akhbar "Suluh Indonesia
Muda"pada tahun 1926 berkata bahawa kerjasama yang erat patut wujud di antara
golongan Islamdan Komunisme.Beliau telah mencela sesiapa yang enggan
bekerjasama dengan golongan Komunisme dengan berpemdapat golongan tersebut
merupakan golongan yang sempit pemikiran dan tidak mengetahui akan
kepentingan putaran kehidupan.
Beliau menambah lagi, golongan yang memusuhi golongan Marxis-
Komunisme bererti menolak kawan sejalan serta hanya menambah bilangan
musuh sahaja.Beliau menyatakan bahawa Dr Sun Yat Sen pemimpin Nasionalisme
boleh menjalinkan kerjasama degan golongan Komunisme tanpa sebarang
masalah.
Apa yang lebih menarik,Sukarno turut menemukan keserasian di anatara
ajaran Komunisme denngan ajaran Islam.Beliau sangat yakin bahawa keduanya
boleh bersahabat baik hinggakan beliau boleh membuat kesimpulan iaitu golongan
Islamyanng terlalu fanatic memerangi golongan Komunisme adalah golongan
yang tidak kenal akan larangan agamanya sendiri.Selain itu,prinsip kemerdekaan,
31
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
32/118
persamaan dan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam bersesuaian dengan apa
yang turut dianjurkan oleh Komunisme.
Sejujurnya segala yang diperkatakan oleh Sukarno ada benarnya sama ada
penentangan terhadap riba,keharusan zakat dan sebagainya.Walau
bagaimanapun,beliau telah terpesong dari landasan sebenarnya dengan
mengatakan ajaran Komunisme mempunyai persamaan dengan ajaran Islam
walhal seperti mana yang kita ketahui Komunisme merupakan satu fahaman yang
menentang agama.Dalam erti kata lain,fahaman Komunisme tidak dapat
menerimakan kehadiran sesuatu agama dalam kehidupan terutamanya agama
Allah yakni Islam.
II-PENIPUAN PROPAGANDA KOMUNISME TENTANG DEMOKRASI
Di dalam hal ini, golongan cendikiawan Komunisme tidak pernah
menyembunyikan bahawa Negara peralihan yang harus dibentuk adalah satu
negara yang diktatur iaitu Diktatur Bawahan.Setiap orang hendaklah berkorban
demi kepentingan Negara atau golongan yang berkuasa khususnya golongan
Buruh.Menurut Lenin, 'negara' adalah alat untuk menjamin ketaatan dan
kepatuhan kelas yang tertindas terhadap golongan yang menindas.
Dalam pemerintahan Diktatur Buruh, golongan ataupun system kelas telah
dihapuskan dan tidak wujud sama sekali.Dalam erti kata lain,sudah tidah wujud
soal penindasan satu golongan terhadapa golongan lain.Di atas alasan inilah yang
sering digunakan oleh Komunisme untuk menyatakan bahawa pemerintahan
Buruh adalah sejuta lebih baik daripada demokrasi Negara-negara laindi seluruh
dunia.Selain itu,golongan Komunisme sering menggunakan cogan kata seperti "
Demokrasi Rakyat", "Demmokrasi Buruh" dan sebagainya. Bagi
Komunisme,suatu Negara adalah demokrasi jikalau di dalam Negara tersebut
yang berkuasa adalah golongan buruh.
32
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
33/118
Mari kita sama-sama mengungkai maksud demokrasi yang sebenarnya
menurut perspektif realiti dengan mengambi contoh Negara Rusia.Sebagaimana
yang kita ketahui Rusia merupakan satu Negara sosialis pertama yang menjadi
tauladan kepada negara-negara lain.Banyak sarjana Barat mendefinisikan
demokrasi sebagai satu bentuk tanggungjawab,kemerdekaan dan persamaan.
Kemerdekaan memberi maksud kemerdekaan untuk berfikir dan
mengeluarkan fikiran serta mengecam atau mengkritik.Bukan itu
sahaja,kemerdekaan untuk bersatu dengan orang lain untuk memperjuangkan
tujuan tertentu.Selain itu, kemerdekaan juga oleh didefinisikan melalui kebebasan
untuk mengatur kehidupan sendiri menurut kehendak sendiri termasuklah
kebebasan untuk beragama.
Manakala persamaan pula boleh membawa makna semua orang mepunyai
hak yang sama rata tidak mengira apa jua bangsa dan agama serta mempunyai
peluang yang sama rata untuk bekerja, mendapatkan pendidikan dans sebagainya.
Manakala maksud tanggungjawab dalam negara demokrasi adalah
pemimpin hendaklah bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpin tidak
mengira sesiapa jua. Tetapi keadaan yang sebaliknya berlaku dalam pemerintahan
diktatur.Rakyat ataupun orang yang dipimpin bertanggungjawab sepenuhnya
kepada ketua pemerintah ataupun pemimpin.
Kesimpulannya, Komunisme hanyalah bertindak sebagai malaikat untuk
mengaburi mata semua orang khususnya golongan Buruh yang konon ingin
membela nasib golongan Buruh.Propaganda berkaitan kemerdekaan,persamaan
mahupun tanggungjawab yang diperjuangkan oleh golongan Komunisme hanyalah
dusta belaka.
33
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
34/118
III-PENIPUAN PROPAGANDA KOMUNISME TENTANG
NASIONALISME
Salah satu daripada propaganda yang sering dikumandangkan oleh
golongan Komunisme ialah membela kepentingan nasionalisme.Kebanyakan
suara-suara ini didengari daripada rakyat yang berada di Asia dan Afrika yang
masih dijajah yang mana suatu ketika dulu Negara ini di bawah pemerintahan
Kolonisme Eropah.
Permasalahannya kini,benarkah golonganKomunisme membela
kepentingan masionalisme atau sekadar berkap unutuk mengaburi mata rakyat
sekalian? Sebagaimana yang kita ketahui, Komunisme adalah suatu gerakan
antarabangsa yang bercita-cita membentuk satu dunia baru yang tidak ada bangsa
dan kelas-kelas pemerintahan.Negara yang sedia ada harus dirobohkan serta
bangsa yang ada hendaklah dilenyapkan sama sekali sebagaimana ucapan Lenin
yang berbunyi:
" Kewajipan pertama bagi seorang Komunisme yang baik ialah membuang
kesetiaannya kepada bangsa,memandang dirinya sebagai angota persaudaraan
antarabangsa dan setia kepada sumber tertinggi daripada revolusi buruh
antarabangsa".
Pengertian "nasionalisme" sebagaimana yang kita ketahui adalah kecintaan
terhadap tanah air, bangsa dan Negara.Walau bagaimanapun dalam ajaran
Kumonisme perkara ini tidak akan didapati, bahkan harus dilenyapkan. Bagi
golongan Komunisme nasionalisme samalah juga dengan Negara yang diperintah
oleh golongan Kapitalis Borjuis yang hanya untuk menindas golongan buruh.
Oleh yang demikan, seorang Komunis yang sejati hendaklah membuang
segala perasaan cinta yang ada dalam dirinya terhadap bangsa, tanah air dan
negaranya. Seorang itu tidak dianggap Komunis yang sejati sekiranya dia tidak
berbuat demikian. Berdasarkan daripada anggapan di atas, dapat kita simpulkan
34
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
35/118
bahawa kaum Komunis adalah tidakleih daripada " kolone kelima: di Negara
sendiri. Kaun Komunis di dalam suatu negara sebenarnya menjadi musuh dalam
selimut , musuh bangsanya sendiri, musuh yang lebih merbahaya berbanding
daripada musuh yang terang-terangan serta mereka adalah musang yang berbulu
ayam.
Bagi memebrikan satu contoh yang boleh kita jadikan panduan adalah
berdasarkan bangsa Tiet yang terdapat suatu ketika dahulu sebelum dilenyapkan
oleh kaum Komunisme.Sebagai mana yang kita sedia maklum, Tibet adalah satu
bangsa yang mempunyai agama, cara hidup,keperibadian, kebudayaan, tanah air
serta sejarah tersendiri yang dapat diselusuri sampai beberapa abad sebelum
kewujudan pelbagai agama lain di dunia ini.
Namun Cina Komunis tidak dapat menerima hakikat ini.Meeka menuntut
agar Tibet dimasukkan dalam sebahagian bangsaCina Komunis.Golongan Tibet
sudah semestinya menentang kemasukan tersebut sehinggakan Tibet menghantar
utusan untuk mendapatkan kemerdekaaan dan kedaulatan sepenuhnya.
Persengketaan berlanjutan sehingga menjadi persengketaan bersenjata.Pada 7hb
Oktoer 1950, Cina Komunis telah melancarkan serangan bersenjata terhadap Tibet.
Tibet sebuah Negara kecil tidakmempunyaikuasa untuk menangkis serangan
tersebut. Tibet hanya mampu mengadu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu,akan tetapi pihak PBB tidak memandang serius akan hal tersebut.Akhirnay
Tibet terpaksa tunduk terhadap hakikat sebenar dan menerima Cina Komunis
sebagai tuan.
Tekanan demi tekanan serta usaha deni usaha dilakukan untuk
mengahpuskan Tibet dari muka bumi ini.Hal ini menyebabkan Tibet berasa tidak
selesa berada di bawah pemerintahan Cina Komunis sehinggalah Majlis Nasional
Tibett mengumumkan kemerdekaan Tibet sebagai sebuah Negara yang berdaulat
pada bulan Mac 1959. Kenyataan bahawa Dalai Lama iaitu pemimpin Tibet pergi
mendapatkan bantuan kemerdekaan daripada kerajaan India menimbulkan lagi
35
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
36/118
kontroversi di kalangan Cina Komunic. Golongan Cina Komunis beranggapan
bahawa Indialah yang menyebabkan pemberontakan di kalangan oaring
Tibet.Kaun Cina Komunis ingin memusnahkan pula Negara India sehinggakan
ditubuhkan " garis macMahon" iaitu garis prbatasan negeri.Akan tetapi Ciana
Komuns tetap enggan menerima keputusan tersebut sehinggalah mencetuskan
beberpa kali persengketaan bersenjata.
Berdasarkan daripada kenyataan di atas, kita boleh mengambil pengajaran
seperti adalah tidak benar sama sekali bahawa Komunisme menyokong
nasionalisme sepertimana yang mereka war-warkan.Mereka berkata ingin
membantu nasionalisme dalam menjajah sesuatu bangsa tanpa melakukan
penindasan, akan tetapi mereka melakukan sebaliknya.
36
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
37/118
4.PENYIASATAN ISLAM TERHADAP AJARAN KOMUNISME
1.Kesesatan sistem ekonomi dan sejarah kebendaan
Sebagai mana yang kita ketahui, Marx menganggap benda adalah satu yang
reality dimana benda berkembang mengikut kekuatanya sendiri,berganti terus
menerus dan bersifat abadi.Hal ini boleh dilihat dalam ucapannya iaitu:
" benda adalah abadi, tidak diciptakan oleh sesiapa, tidak ada
kekuatan ghaib di alam di sebalik dunia ini"
Marxisme-Komunisme tidak dapat menerima sesuatu yang bukan realiti
seperti Tuhan, Syurga, Neraka, Malaikat dan sebagainya. Golongan ini hanya
menerima benda yang boleh disentuh dan diketahui oleh pancaindera yang pada
manusia dan akal.
"Komunisme tunduk kepada dasar yang murni kebendaan, mereka tidak mengakui
sesuatu kecuali yang dapat diterima oleh pancaindera,yang tidak dapat diterima
oleh pancaindera adalah sesuatu yang kosong, tidak nyata dan tidak wujud hatta
sekiranya adapun tidal menjadi kepentingan dan orang tidak perlu
memperdikannya."
Walau bagaimanapun, pendapa ini sangat bertentangan dengan ajaran
Islam.Kepentingan kebendaan di dalam kehidupan tidak dapat disangkalkan,
selagi mana seorang itu bergelar manusia, semestinya dia akan mencintai
benda.Hal ini dapat dibuktikan melalui firman Allah:
8. Dan Sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak
haloba).
37
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
38/118
14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-
benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta
benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan
Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisiAllah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Berdasarkan firman Allah di atas menerangkan kepada kita bahawa apa
sahaja yang wanita bagi lelaki,lelaki bagi wanita, anak-anak, tumbuhan,
binatang,barang perhiasan dan sebagainya adalah material yang menjadi kegilaan
38
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
39/118
manusia.Namun, menjadi keterlaluan jika manusia itu melebih-lebihkan
kebendaan daripada segala-galanya. Kita sebagai umat Islam seharusnya
memerhatikan penutu firman Allah di dalam ayat 14 surah al-Imran yang
berbunyi:
Bahagian terakhir ayat ini memperingatkan kita sebagai umat Islam
bahawa sudah menjadi lumrah untuk kita mencari harta dunia demi kebahagian didunia dalam mencari keredhaan-Nya.Namun, harta yang ada adalah untuk kita
memperlengkapkan kita jalan ke suatu alam lain yang dipanggil akhirat.Oleh yang
demikian, kita tidak boleh berlebih-lebihan dalam mencari kesenangan dunia
hingga mengabaikan kepentingan akhirat.Hal ini mengingatkan lagi bahawa di
samping kebendaan yang boleh dirasai dan dilihat, terdapat perkara lain yang
begitu penting dan kita harus percaya dengan kehadirannya iaitu alamghaib.Kita
wajib beriman kepada rukun Iman iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab
Suci,Rasul,Hari Kiamat serta Qada' dan Qadar.Selain itu,kita hendaklah percaya
kepada perkara ghaib yang lain seperti alamkubur, syurga, enraka dan banyak
lagi.Hal ini secara terang telah ditunjukkan did ala, surah al-Baqarah :1 dan 2.
1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang
Yang (hendak) bertaqwa;
39
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
40/118
Berdasarkan ayat di atas,orang-orang yang beriman adalah golongan yang
mempercayai perkara-perkara ghaib iaitu tidak hanya percaya kepada kebendaan
semata-mata. Jelaslah bahawa tidak mungkin seorang Komunis yang sejatii adalah
seorang Muslim yang sejati.
Islam sangat percaya akan hal-hal ghaib yang telah dinyatakan di dalam
Al-Quran.Hal-hal ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran.Hanya Allah
sahaja yang megetahui.Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hadid.
22. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi,
dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam
Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya
mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
2. Dia lah sahaja Yang Menguasai dan memiliki langit dan bumi; ia
menghidupkan dan mematikan; dan ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Kesimpulannya,ayat-ayat Allah di atas ini telah cukup menerangkan
bahawa sesuatu yang berlaku dan segala yang terdapat di dunia ini adalah milik
Allah.Perjalanan akan segalanya adalah menjadi ketentuan Allah.Inilah yang
dinamakan dengan Qadar.
40
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
41/118
2.Ajaran pertentangan kelas menyerukan permusuhan yang berlanjutan
Jika dilihat sekali imbas, ajaran Komunisme adalah ajaran yang
memperjuangkan ketidak adilan terhadap dalam masyarakat khususnya
kepincangan yang terdapat dalam masyarakat kapitalis. Pada asalnya,Marx
mampu untuk hidup dalam keadaan kaya raya, akan tetapi beliau memilih untuk
hidup dalam keadaan miskin disebabkan hatinya pilu dan sedih mengenangkan
keadaan masyarakatnya yang hidup dalam situasi tertindas dan tidak berdaya
upaya. Marx telah menyedarkan beribu-ribu orang khususnya kaum tertindas iaitu
golongan buruh untuk bangkit membantah dengan memberikan golongan buruh
senjata teori.
Oleh yang demikianlah,Marx telah dianggap berjasa kepada golongan
buruh khususnya hatta ummat manusia sekalipun.Beliau telah memberikan
keinsafan kepada manusia akan kejamnya penindasan serta pengekplosian tenaga
manusia.Semua agama yang ada menentang akan kekejaman serta penindasan ini
sehinggakan keadan masyarakat hendaklah diperbaiki, jurang di antara golongan
kaya dan miskin hendaklah diperkecilkan jika ia tidak dapat
dilenyapkan.Dalampemikiran sedemikian, adalah tidak salah lagi bahawa
pemikiran Marx juga seiring dengan ajaran Marx iaitu berkaitan dengan keadilan
social dalam masyarakat.
Walau bagaimanapun,Marx tetap dianggap keterlaluan disebabkan Marx
telah menganggap harta sebagai Tuhan sedangkan sebagaimana yang kita sedia
maklum,Allah adalah pencipta akan segala yang ada di muka buni ini.Hal ini boleh
kita lihat dengan jelas dalam firman Allah di dalam surah Al-Maidah,ayat 17 dan
120:
41
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
42/118
17. Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya
Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Dakwaan
itu tidak benar) kerana siapakah Yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit
jua pun kalau ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan
orang-orang Yang ada di muka bumi semuanya?" dan (ingatlah) bagi Allah
jualah Kuasa pemerintahan langit dan bumi dan Segala Yang ada di antara
keduanya. ia menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
120. Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada
padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Kita perlu menyedari bahawa harta adalah pertaruhan Allah kepada
kita.Dalam erti kata lain, harta merupakan pinjaman Allah, jadi kita hendaklah
42
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
43/118
membelanjakan serta menafkahkannya ke jalan yang diredhai Allah. Kekayan
yang diberikan tidak boleh digunakan untuk menindas, menjadi takabbur dan
sombong. Bagi ajaran Islam, perbuatan menderma dan memberi sedekah kepada
golongan yang tidak berkemampuan adalah satu perbuatan yang mulia dan
terpuji.Islam adalah ajaran yang menjunjung tinggi akan kedilan sosial.
Islam mengakui akan kepelbagaian golongan, bangsa dan suku bangsa.Hal
ini sememangnya telah ditentukan oleh Allah sebagai Pencipta.Demikianlah juga
dengan adanya golongan miskin dan kaya.Hal ini sangat jelas dalam surah al-
Hujurat:
13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan
Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang
lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu).
Selain itu,Islam tidak menafikan akan perbezaan antara golongan kaya dan
miskin,golongan peniaga dengan buruh serta penjual dan pembeli.Atas dasar
43
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
44/118
perbezaan tersebutlah, golongan Komunisme telah menganjurkan persengketaan
dan perkelahian yang keterlaluan. Di sinilah, perbezaan ketara yang boleh dilihat
antara ajaran Islam dengan ajaran Komunisme.Komunisme sengaja megobarkan
semangat agar terjadinya pertarungan besar-besaran di antara manusia.
Ajaran Komunisme bertujuan untuk menghidupkan permusuhan.Hal ini
jauh sama sekali daripada mendamaikan pihak-pihak yang bermusuh-
musuhan,malah menambahkan lagi bara dendam khusunya di kalangan orang
miskin.Islam tidak pernah sama sekali mengajarkan umatnya untuk berkelakuan
sedemikian.Malah berbeza agama sekalipun, Islam menganjurkan agar tidak
menimbulkan permusuhan.Rasulullah s.a.w bersabda :
" Manusia adalah saudara sesama manusia, ia senang atau tidak"
Perbezaan kepentingan tersebut sememangnya jangan diperbesarkan
sehingga menjadi permusuhan, kebencian dan dendam.Harus diingatkan ia
hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik,Islam telah mengajarkan kita cara
bersatu bukannya bermusuh ataupun berbalah yang tiada penghujungnya.Hal ini
boleh dihayati dalam ayat 103 surah al-Imran dan ayat 46 surah al-Anfal :
44
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
45/118
103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam),
dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu
ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan
di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara.
dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu
semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat
Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat
keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
46. Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan
hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengancekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.
45
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
46/118
32. Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia
Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan
mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuanatau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian
dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian
dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah
kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.
Kesimpulannya, Islam bukanlah agama yang membesarkan
perbezaan sehingga menganjurkan permusuhan dan perbalahan yang melampaui
batas , tetapi Islam mengajurkan agar jurang yang ada di kalangan umat manusia
hendaklah diperkecilkan andainya tidak mapu untuk dihapuskan.Kesalahan dan
keburukan orang lain janganlah sengaja dicari sebagaimana firman Allah :
46
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
47/118
12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka
sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani.
3.Peninjauan Terhadap Teori Komunisme tentang Ekonomi.
Jika diteliti dengan sebaiknya,tiada fahaman ataupun pendapat yang benar
secara mutlaknya.Kesempurnaan hanya terdapat pada Allah.Seabgaimana yang
kita ketahui,Marx berasa sangat sedih mengenangkan kepincangan yang berlaku
dalam sistem Kapitalis.Golongan buruh membanting tulang, bekerja keras hingga
memeras keringat untuk mendapatkan upah bagi meneruskan hidup tetapi hanya
mendapat upah yang sedikit, sebaliknya golongan Kapitalis yang tidak bekerja
keras dapat hidup dengan senang lenang hanya kerana mereka mempunyai
modal.Teori Marx menyerang kepincangan seumpama ini, iaitu siapa yang ingin
makan dan hidup hendaklah bekerja keras.Perumpamaan bekerja untuk hidup
adalah salah sama sekali.Bagi Marx, kaum kapitalis sebenarnya adalah golongan
47
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
48/118
pencuri kerana mereka mencuri hasil keringat orang lain untuk terus hidup dengan
senang. Demikianlah yang menjadikan Marx sangat marah terhadap kaum
kapitalis yang menjadi sumber segala bencana, memeras tenaga orang lain serta
mengekploitasi orang lain untuk hidup senang sendiri. Disebabkan itulah Marx
telah menyedarkan kaun buruh untuk bangun menentang.
Tidak dapat dinafikan Marx berada di pihak yang benar dalam
memperjuangkan kebenaran ini.Apa yang menjadi tidak benar adalah kebenaran
itu telah diperjuangkan secara berlebihan dan pada jalan yang salah.Dalam erti
kata lain, keterlaluan itu mengakibatkan seseorang bertindak extrem sehingga
mengorbankan banyak perkara benar. Dalam teori ekonomi Max,beliau
memperkenalkan tiga asas utama dalam menentang golongan Kapitalis.Tiga asas
tersebut adalah Kepandaian, Modal dan Tenaga kerja.
Pada permulaan peradaban manusia, kepandaian manusia sememangnya
sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan tenaga yang ada.Kemajuan ilmu
pengetahuan telah mengakibatkan perkembangan pelbagai industri.Di sini sangat
jelas bahawa betapa pentingnya kepandaian manusia.Barang-barang yang
dihasilkan oleh orang yang bijak jauh lebih baik daripada barang yang dihasilkan
oleh orang yang tidak bijak.Kecekapan seorang pemimpin dalammengawal sumber
yang dia ada sangat penting bagi memastikan dia tidak gulung tikar.
Seterusnya, modal adalah segala yang bernilai serta dapat digenakan untuk
memperkembangkan sesuatu industri seperti bahan perkakas, wang dan
sebagainya.Modal juga adalah satu asas yang amat penting sehinggakan terdapat
satu buku ekonomi yang mengatakan bahawa modal adalah satu-satunya perkara
yang mampu menghasilkan satu produk.Semakin besar satu industri, maka makin
banyaklah modal yang diperlukan bagi menampung kelacaran industri tersebut.
Asas ketiga yang menjadi pegangan Marx adalah tenaga kerja. Pada masa
dahulu, tenaga kerja amat tidak diutamakan terutamanya pada zaman Yunani
48
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
49/118
sangat memandang rendah terhadap goongan tenaga pekerja. Bagi mereka, hanya
budak sahaja yang boleh bekerja seangkan golongan dewasa dan merdeka tidak
perlu untuk bekerja.Keadaan di Timur juga memandang rendah terhadap kerja.
Agama Hindu telah mewujudkan sistem kasta dimana Kasta Brahma yang
merupakan kasta tertinggi hanya ditugaskan untuk merenungkan kerohanian sahaja
berbanding kasta lain dibawah.
Walau bagaimanapun, Islam adalah satu-satu agama yang tidak
membezakan manusia melainkan ketaqwaan kepada Allah.Ayatayat Allah sendiri
dapat menerangkan kepada kita tentang keadaan ekonomi yang sebenarnya.Berikut
merupakan beberapa asas atau prinsip yang boleh kita jadikan panduan dalam
kehidupan khususnya dalam bidang ekonomi.
Pertama adalah harta adalah milik Allah sedangkan manusia hanyalah
pemegang amanah Tuhan. Semua kejadian hanyalah berlaku di atas kehendak
dan ketentuan Allah. Demikianlah juga dengan kejadian benda milik mansia,
semuanya hanya mungkin atas kehendakNya.Terdapat banyak ayat Allah yang
menerangkan perkara di atas.Antaranya ialah
49
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
50/118
17. Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya
Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Dakwaan
itu tidak benar) kerana siapakah Yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit
jua pun kalau ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan
orang-orang Yang ada di muka bumi semuanya?" dan (ingatlah) bagi Allah
jualah Kuasa pemerintahan langit dan bumi dan Segala Yang ada di antara
keduanya. ia menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
120. Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada
padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Prinsip atau asas benda adalah hak Allah ini menunjukkan bahawa manusia
sebenarnya tidak lebih daripada pemijam sahaja.Dalam erti kata lain, manusia
hanya pemegang amanah sahaja.Benda yang ada pada manusia sebenarnya adalah
anugerah yang harus digunakan sebaik-baiknya.Firman Allah dalam ayat 7 surah
al-Hadid dan ayat 33 surah an-Nur :
50
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
51/118
7. Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan
kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) Yang dijadikannya
kamu menguasainya sebagai wakil. maka orang-orang Yang beriman di antara
kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah);
mereka tetap beroleh pahala Yang besar.
33. ..dan berilah kepada mereka dari harta Allah Yang telah dikurniakan kepada
kamu.
Setiap umat Islam hendaklah menyedari akan hakikat ini.Harta yang
diberikan hendaklah dimanfaatkan dengan sebaiknya.Kita tidak boleh
menggunakan harta yang ada untuktujuan yang buruk seperti untuk melakukan
rasuah.Hal ini telah diterangkan di dalam ayat 188 surah Al-Baqarah :
188. Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di
antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan
harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan
51
-
8/14/2019 Komunisme Exam (-)
52/118
(atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahui (salahnya).
Selain itu,kita tidak boleh boros dalam menggunakannya.Kita hendaklah
menggunakan