Download - KESELAMATAN MAKMAL
KESELAMATAN MAKMAL
1. KESELAMATAN MAKMAL SAINS
1.1 BAHAN KIMIA
Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.
Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut:
1.1.1 Pepejal Mudah Terbakar
Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah).
Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.
Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan kaedah penyimpanan masing-masing.
1.1.2 Cecair Mudah Terbakar
Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol “Winchester” hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini harus mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah terbakar daripada sebarang sumber nyalaan.
Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-masing.
Jadual 2: Bahan Kimia (Cecair) Mudah Terbakar
Bahantakat kilat /C (Sambaran)
Propana
Dietil eter
Dimetil eter
Karbon disulfida
Aseton
Sprit petroleum
metanol
Etanol
- 104
- 45
- 41
- 30
- 18
- 17
10
10
1.1.3 Bahan Kimia Mengkakis
Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan argentum nitrat.
Elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut. Pengendalian bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselamatan.
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera dibilas dengan air yang berlebihan.
Selalunya , jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.
1.1.4 Bahan Kimia Beracun
Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk menyedut keluar cacair yang beracun.
Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan
dan sarung tangan keselamatan getah. Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh.
Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak. Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati.
(A) Langkah Keselamatan
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan. Oleh itu langkah keselamatan mesti diberi perhatian.
(i) ANILINA mudah menyerap ke dalam kulit.
(ii) BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau xilena.
(iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga membahaya bila bersentuhan dengan kulit.
(iv) KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.
(v) WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
(vi) KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
(vii) HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah racun yang menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja.
(viii) MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi jika tidak dipanaaskan langsung. Wapnya ADALAH SANGAT merbahaya.
(ix) SULFUR DIOKSIDA adalah beracun.
(B) Peraturan Penyimpanan
Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
(i) Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilebel dengan jelas dan lebel itu hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa.
Bagi-bahan kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.
(ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik. Rak menyimpan bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol daripada jatuh.
(iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam tempat khas yang kalis api.
(iv) Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaannya mestilah direkodkan.
(iv) Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada 500cm3. Bahan kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilah dirawat mengikut cara yang betul.
1.1.5 Amalan Keselamtan Bagi tumpahan bahan Kimia
Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya, kerana ia menyebabkan kebakaran, kemalangan dan mengeluarkan wasap toksik.
(i) Bahan pepejal kering : Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas sisa buangan yang sesuai.
(ii) Larutan (Asid) : Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air berlebihan.
Pepejal Natrium Hidrogen Karbonat atau laarutannya boleh digunakan untuk meneutralkan saki baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air.
Peringatan : Apabila air disiram ke atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan untuk membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik. Siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid dan ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid itu.
i) larutan Alkali : Tumpahan larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan terus ke dalam longkang.
Peringatan: Larutan alkali akan menyebabkanlantai menjadi licin. ?Tabur pasir ke atas tumpahan tersebut dan bersihkan.
i) Bahan berminyak
Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang. Mop kawasan tumpahan dengan sabun dan air dan lap hingga kering.
ii) Pelarut mudah Meruap : Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan cepat. Tumpahan ini mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas. Kaedah
pembersihan adalah seperti berikut:
(a) Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut
ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.
Dan
b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i).
iii) Merkuri:
Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal . Jika merkuri tertumpah pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup merkuri dengan serbuk sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengutip merkuri yang banyak.
* Peringatan: Pakai sarung tangan getah keselamat semasa membersihkan sabarang
tumpahan.
1.1.6 Pelupusan
Satu senarai bahan kimia yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan yang sepadan baginya hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan kimia toksik hendakalh terlebih dahuludirujuk kepada jabatan kimia,Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk mendapatkan khimat nasihat.
Pelupusan Bahan Kimia.
1. Sisa–sisa kimia dihasil di USM oleh Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan yang menggunakan pelbagaiaan jenis bahan-bahan kimia untuk aktiviti pengajaran, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan. Sisa-sisa kimia tersebut terhasil daripada; (i) Bahan-bahan kimia yang telah digunakan hasil
tindakbalas, percampuran atau eksperimen-eksperimen tertentu
(ii) Stok bahan-bahan kimia yang tidak digunakan
- pesanan atau pembelian bahan-bahan kimia yang berlebihan- bahan-bahan kimia yang telah luput tarikh- bahan-bahan kimia yang bertindakbalas dengan air/udara, tercemar atau telah rosak- bahan kimia yang tidak dikenali, ditinggalkan atau tidak berlabel
(iii) Bahan-bahan kimia yang tertumpah di atas lantai atau meja atau bekas kandungannya yang telah pecah
2. Sisa-sisa kimia ditakrifkan sebagai bahan-bahan kimia atau sisa-sisa kimia yang tidak diperlukan lagi oleh Jabatan/Pusat Pengajian/Pusat masing-masing. Sisa-sisa kimia tersebut hendaklah dilupuskan daripada bangunan-bangunan Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan atau kawasan kerja. Namun begitu, pelupusan stok bahan-bahan kimia yang tidak digunakan diatas [ perkara 1(ii) ], umpamanya bahan-bahan kimia yang disimpan di dalam stor-stor hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan) oleh Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing.
3. Hazad yang boleh diakibatkan oleh sisa-sisa kimia adalah sama dengan hazad yang boleh diakibatkan oleh bahan-bahan kimia atau bahan-bahan bukan sisa. Malah dalam sesetengah keadaan, sisa-sisa kimia mendatangkan hazad yang lebih tinggi berbanding dengan bahan kimia yang bukan sisa. Ini adalah kerana sisa-sisa kimia yang terhasil adalah lebih komplek, iaitu hasil percampuran dan tindakbalas-tindakbalas yang dilakukan di dalam makmal. Diantara hazad-hazad yang disebabkan oleh sisa-sisa kimia adalah berikut; - mudah meletup/tidak stabil
- sangat reaktif- mudah terbakar- menghakis- beracun- suhu yang rendah- tekanan yang tinggi- karsenogenik
4. Pelupusan sisa-sisa kimia tersebut hendaklah diurus dan
dirancang dengan sebaik mungkin oleh Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing. Pengurusan dan
pengendaliannya yang tidak betul bukan sahaja menyebabkan kesan buruk kepada penghuni-penghuni bangunan malah juga kepada orang ramai dan alam sekitar.
5. Secara amnya terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi melupus sisa-sisa kimia yang dihasilkan. Diantaranya penyejatan, pemuruapan, peneutralan, pencairan, pembakaran, penimbusan, kitar semula dan guna-semula dan seumpamanya. Namun begitu kaedah-kaedah pelupusan dan pengurusan sisa-sisa kimia tersebut hendaklah selamat, tidak memudaratkan pekerja-pekerja dan orang ramai, mencemarkan alam sekitar untuk jangka masa pendek dan panjang serta mematuhi kehendak-kehendak perundangan negara dan tempatan, terutama sekali Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
1. Berdasarkan Peraturan-Perturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989, sisa-sisa berjadual hanya boleh dilupuskan di premis yang ditetapkan (a) (prescribed premises) sahaja atau diolah di kemudahan-kemudahan pengolahan dalam tapak sahaja (b) (on-site treatment facility ) . Senarai sisa-sisa kimia berjadual diberikan pada LAMPIRAN 1.
2. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, kaedah-kaedah yang berikut boleh dilakukan oleh Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan bagi mengurus dan melupuskan sisa-sisa kimia yang dihasikan di Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing berdasarkan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989, iaitu; (i) Pemerolehan Kembali Dalam Tapak (on site recovery) Sisa-sisa kimia boleh digunakan semula selepas ditulenkan dengan kaedah-kaedah tertentu (ii) Pengolahan Dalam tapak (on site treatment)
Mengolah sisa-sisa kimia yang dihasilkan di makmal-makmal Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing sehingga ke tahap yang boleh diterima dan melupuskan melalui kaedah pelupuan biasa atau dihantar ke premis yang ditetapkan bagi pelupusan selanjutnya.
(iii) Penstoran Sementara Dalam tapak (on-site storage)
Sisa-sisa kimia yang dihasilkan dari masa ke masa hendaklah dikumpul dan disimpan sementara diperolehi semula (recovery), diolah atau dihantar ke premis yang ditetapkan bagi pelupusan selanjutnya
(iv) Pelupusan Di Premis Yang Ditetapkan (prescribed premises)
Sisa-sisa kimia yang tidak dapat diperolehi semula, diolah atau dilupuskan ke alam sekitar setelah diolah hendaklah dihantar ke premis yang ditetapkan bagi pelupusan selanjutnya
8. Pemerolehan Kembali (recovery)
Kebanyakan sisa-sisa kimia di dalam makmal boleh digunakan semula selepas ditulenkan dengan kaedah-kaedah tertentu. Logam-logam yang berharga (precious metals) seperti raksa, argentums dan emas boleh diperolehi semula samaada melalui ekstraksi atau pemendakan. Kaedah penyulingan pula boleh digunakan bagi mendapat semula pelarut-pelarut terpakai di dalam makmal. Perolehan semula boleh mengurangkan masalah-masalah sampingan pelupusan sisa kimia.
9. Pengolahan Dalam Tapak
9.1 Sememangnya sukar untuk menggariskan suatu kaedah pengolahan dalam tapak yang terperinci dan menyeluruh bagi diguna pakai di USM. Ini adalah kerana USM sebagai institusi pengajian tinggi menggunakan pelbagai jenis bahan-bahan kimia untuk pelbagai aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Hampir kesemua bahan-bahan kimia yang terdapat di pasaran digunakan di USM dan menghasilkan sisa-sisa kimia yang tersendiri. Setiap sisa kimia mempunyai sifatnya yang tersendiri dan memrlukan kaedah pengolahan dan pelupusannya yang tersendiri.
9.2.1 Oleh iu, adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna sisa kimia di USM untuk merujuk kepada rujukan-rujukan yang muktabar bagi melupuskan sisa-sisa kimia masing-masing mengikut kaedah pengolahan dalam tapak yang dibenarkan. Rujukan-rujukan yang dicadangkan.
9.3 Namun begitu, diperturunkan dibawah ini panduan-panduan umum yang boleh diikuti bagi melupuskan sisa-sisa kimia yang dihasilkan di Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing.
(i) Pelupusan Melalui Sistem Rawatan Pembentungan (Sanitary Sewer System)
(a) Kebanyakan sisa-sisa kimia yang larut dalam air dan tidak mendatangkan hazad boleh dilupuskan melalui pembuangan ke dalam sinki-sinki yang dihubungkan ke sistem rawatan pembentungan atau melaui tandas-tandas di bangunan-bangunan Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing.
(b) Bagi Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan,
terutamanya di kampus induk yang mana aliran keluar sinki-sinki makmal yang tidak dihubungkan ke sistem rawatan pembentungan (sanitary sewer system) atau sistem aliran keluar sinki makmal memasuki sistem perparitan biasa (storm sewer system) secara terus adalah dilarang samasekali melupuskan sisa-sisa kimia melalui sinki-sinki makmal. Sebaliknya pelupusan sisa-sisa kimia tersebut hendaklah melalui tandas-tandas di Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing dibawah kawalan dan pengawasan yang rapi.
(c) Secara amnya, pelupusan sisa-sisa kimia melaui sistem rawatan pembentungan (sanitary sewer system) adalah terhad dan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut;
- Kuantiti sisa kimia yang dilupuskan
hendaklah tidak melebihi beberapa ratus gram atau milliliter pada setiap kali pelupusan. Pelupusan tersebut hendaklah dilakukan dengan aliran air sekurang-kurangnya 100 kali ganda bagi mendapatkan pencairan yang sangat tinggi.
Sisa Kimia Organik - Hanya sisa-sisa organik yang larut dalam
air pada kadar tertentu sahaja yang dibolehkan dilupus melalui sistem rawatan pembentungan, iaitu keterlarutan pada kadar sekurang-kurangnya 3 % (0.1 ml atau 0.1 g sisa kimia larut dalam 3 ml air yang diuji didalam tabung uji)
- Campuran sisa-sisa kimia hanya boleh
dilupus melalui sistem rawatan pembentungan sekiranya tiada terdapat mana-mana sisa kimia di dalam campuran tersebut yang tidak larut kurang daripada 2 % campuran tersebut.
- Senarai sebatian sisa-sisa kimia organik
yang dibolehkan dilupus melalui sistem rawatan pembentungan tersebut disenaraikan pada LAMPIRAN 2. Secara amnya, sebatian yang tidak diseneraikan pada lampiran tersebut adalah tidak sesuai untuk dilupuskan melalui sistem rawatan pembentungan
Sisa Kimia Tak Organik - Sisa-sisa kimia tak organik yang mana
anion dan kationnya yang mempunyai hazad yang rendah boleh dilupuskan melalui sistem rawatan pembentungan. Sisa-sisa kimia tersebut disenaraikan pada LAMPIRAN 3.
- Asid-asid galian (mineral asids) dan
alkali/bes kuat hendaklah terlebih dahulu dineutralkan (pH antara 6 – 10) sebelum dilupuskan
(ii) Menukarkan Sisa-Sisa Yang Hazad Kepada Sisa Yang Tidak Hazad Atau Ke Tahap yang Boleh Diterima
(a) Sesetengah sisa-sisa kimia yang hazad boleh
dirawat atau diolah dengan kaedah-kaedah
tertentu bagi mengurangkan tahap hazad sehingga ketahap yang boleh diterima sebelum dilakukan pelupusan atau disimpan untuk pengurusan pelupusan selanjutnya. Sebagai contoh;
- natrium ditindakbalas dengan
iso-butanol - raksa dirawat dengan serbuk
sulfur - sianida ditindakbalas dengan
larutan natrium hipoklorit (b) Bagaimanapun, kaedah penukaran ini
hendaklah dijalankan oleh atau dibawah penyeliaan ahli kimia yang terlatih dan memahami konsep tindakbalas kimia yang terlibat atau dijalankan oleh mereka yang berpengalaman. Bahan-bahan rujukan yang tertentu seperti yang disenaraikan diatas hendaklah dirujuk dan difahami bagi menjalankan pelupusan sisa-sisa kimia dengan kaedah ini, terutamanya bahan-bahan kimia yang sangat hazad (terutamanya beracun).
10. Pelupusan Di Premis Yang Ditetapkan
10.1 Mana-mana sisa-sisa kimia samaada sisa-sisa kimia
berjadual (scheduled wastes) mahupun sisa-sisa kimia tidak berjadual (non-scheduled wastes) yang tidak dapat dilakukan pemerolehan semula, pengolahan atau dilupuskan terus ke alam sekitar setelah diolah atau memudartakan orang ramai dan mencemarkan alam sekitar hendaklah dikumpul, diasingkan, dibungkus di Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing. Seterusnya dikemukakan permohonan kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti bagi diselaraskan penghantaran sisa-sisa tersebut ke loji pelupusan Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. di Bukit Nenas, Negeri Sembilan. Syarikat Kualiti Alam adalah premis-premis yang ditetapkan bagi melupuskan sisa-sisa kimia negara.
10.2 Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti hanya bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengurus pungutan sisa-sisa kimia yang dikumpulkan di Pusat
Pengajian/Pusat/Jabatan/Kampus Kesihatan/Kejuruteraan dengan Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd., termasuk menanggung semua kos yang terlibat. Segala urusan yang berkaitan kerja-kerja pengendalian sisa-sisa kimia seperti penyatuan, pembungkusan, penglabelan, pengasingan dan seumpamanya adalah dipertanggungjawabkan dan dilakukan oleh Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing.
10.3 Setiap Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan/Kampus Kesihatan/Kejuruteraan adalah bertanggungjawab untuk melapurkan sisa-sisa kimia yang dihasilkan di Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan/Kampus Kesihatan/Kejuruteraan kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada setiap bulan dengan menggunakan borang permohonan yang dilampirkan pada LAMPIRAN 4 .
11. Pengumpulan dan Penstoran Sementara Sisa-Sisa Kimia Makmal
11.1 Sisa-sisa kimia yang dihasilkan di makmal-makmal Pusat
Pengajian/Pusat/Jabatan hendaklah dikumpul di dalam bekas-bekas yang bersesuaian/khas mengikut jenis dan kuantiti sisa yang dihasilkan dari masa ke masa sebelum pelupusan selanjutnya (dibungkus untuk dipungut oleh Syarikat Kualiti Alam atau pengolahan dalam tapak)
11.2 Sisa-sisa kimia yang dikumpulkan untuk pengolahan dalam
tapak hendaklah dijalankan secara rutin dan tidaklah dikumpul sehingga menjadi banyak.
11.3 Bekas-bekas yang digunakan bagi mengumpul sisa-sisa
kimia hendaklah tahan terhadap sebarang hakisan dan tindakbalas terhadap sisa-sisa kimia yang dikumpulkan, tidak bocor atau mudah rosak.
11.4 Percampuran dan pengumpulan, sisa-sisa kimia tersebut
hendaklah dipastikan keserasiannya. Jangan samasekali mencampur atau menyatu sisa-sisa kimia yang tidak serasi di dalam satu bekas. Percampuran atau tindakbalas antara bahan-bahan kimia yang tidak serasi akan menyebabkan tindakbalas yang kencang dan membahayakan.
Sebagai panduan disenaraikan bersama-sama ini senarai
bahan-bahan kimia yang tidak serasi pada LAMPIRAN 5.
11.5 Sisa-sisa yang mengandungi kloroform tidak boleh dicampurkan dengan sisa-sisa yang mengandungi aseton. Ini adalah kerana tindakbalas antara kloroform dengan sisa-sisa aseton yang tercemar/kotor boleh menyebabkan letupan.
11.6 Bekas-bekas sisa-sisa kimia, terutamanya sisa organik yang
mudah meruap hendaklah tidak diisi sehingga penuh. Sebahagian (sekitar 15 %) daripada ruangan bekas tersebut hendaklah dikosongkan sebagai ruangan udara.
11.7 Bedasarkan kepada pengkelasan kumpulan sisa-sisa kimia
yang ditetapkan oleh Syarikat Kualiti Alam, sisa-sisa kimia yang dihasilkan di Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan seboleh yang mungkin hendaklah dipisahkan dan diasingkan kedalam bekas-bekas yang bersesuaian mengikut kumpulan-kumpulan berikut;
KUMPULAN
JENIS SISA
A
SISA MINYAK MINERAL
Sisa mengandungi minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah yang tercemar dengan minyak dan seumpamnya.
B
SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR 1 %
Freon, sisa-sisa PVC, kloroform, pelarut-pelarut, kapasitor dan 'transformers' yang mengandungi PCB dan seumpamanya
C
SISA PELARUT YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR < 1 %
Aseton, alkohol (cth: etanol, metanol), benzena, turpentina, xilena dan seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam, mengandungi < 50 % air dan nilai kalorifik 18 MJ/kg.
H SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR < 1 %
Gam, latex, cat, fenol, dakwat percetakan, minyak sintitik, sabun, epoksi dan seumpamanya.
K
SISA YANG MENGANDUNGI RAKSA
Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksa dan seumpamanya.
T
SISA TIDAK ORGANIK
Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemar logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya.
X
SISA TIDAK ORGANIK
Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemar logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya.
Z
LAIN-LAIN
Sisa perubatan, 'lab - packs', sisa abestos, enap cemar mineral, isosianat (MDI, TDI), bateri dan seumpamanya.
11.8 Sisa-sisa cecair, terutama pelarut-pelarut organik hendaklah dikumpul samaada dengan menggunakan botol-botol Winchester atau bekas karboi plastik (plastic carboy). Pemilihan samaada menggunakan botol-botol Winchester atau karboi plastik untuk mengumpul sisa cecair bagi sesebuah makmal hendaklah berdasarkan kepada kuantiti, jenis-jenis sisa yang boleh dicampurkan mengikut keserasian dan kumpulan-kumpulan sisa-sisa yang dihasilkan. Bagaimanapun pada akhirnya, adalah menjadi tanggungjawab sesebuah Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan untuk menyatukan sisa-sisa cecair mengikut keserasian dan
kumpulan masing-masing. Sebagai contoh sisa-sisa pelarut organik (KUMPULAN C) yang serasi atau yang sama jenis yang telah dikumpulkan dalam botol-botol Winchester dituang ke dalam bekas-bekas karboi plastik atau drum (sila rujuk perkara 11) bagi dibungkus dan dipungut oleh Syarikat Kualiti Alam. 11.9 Semua bekas sisa kimia hendaklah dilabel dengan betul, terang dan tahan lama. Mana-mana label yang telah pudar atau rosak hendaklah dilabel semula. Nyatakan nama setiap campuran sisa-sisa kimia. Label-label tersebut hendaklah mengandungi maklumat-maklumat yang mencukupi bagi memastikan keselamatannya semasa pengangkutan, penyimpanan dan pelupusan. Ini termasuk maklumat-maklumat berikut; - Nama saintifik (nama dagangan, jika ada)- Jika campuran, namakan setiap campuran tersebut dan peratusannya- Tarikh mula dikumpul- Simbol-simbol hazad Jabatan Alam Sekitar (Jadual III)- Nama & nombor bilik makmal/Pusat Pengajian/Pusat- Pegawai/penjana sisa bertanggungjawab- Kod & jenis kumpulan sisa (Perkara 11.7)
11.10 Bekas-bekas sisa kimia yang telah penuh (sekitar 85 %) hendaklah tidak disimpan di dalam makmal-makmal atau di kawasan-kawasan kerja dan sebaliknya hendaklah disimpan di bilik/tempat simpanan sementara yang khusus sebelum sisa-sisa tersebut diolah atau dipungut oleh Syarikat Kualiti Alam.
11.11 Bilik-bilik/tempat simpanan sementara sisa-sisa kimia hendaklah memenuhi kehendak undang-undang bangunan seragaman dan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat. Tempat-tempat simpanan tersebut hendaklah seboleh yang mungkin. - tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus atau berdekatan dengan punca haba/pencucuhan- mempunyai edaran udara yang memuaskan seperti dipasangkan dengan ‘extractor fan’- dapat membendung tumpahan, kebocoran dan letupan- dipasangkan dengan jelas simbol-simbol hazad pada pintu-pintu bilik
- terletak berjauhan daripada kawasan kerja dan laluan orang ramai- peralatan pencegahan kebakaran dan kecemasan yang mencukupi- dikunci dan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk- sisa-sisa yang tidak serasi hendaklah disimpan secara berasingan dan jika mungkin di bilik-bilik yang berasingan
11.12 Inventori sisa-sisa yang dihasilkan oleh setiap makmal dan yang disimpan di Pusat Pengajian/Pusat masing-masing hendaklah disediakan dan sentiasa dikemaskinikan
11.13 Peraturan-peraturan keselamatan pengendalian bahan-bahan kimia hendaklah sentiasa dipatuhi semasa mengendalikan sisa-sisa kimia; seperti memakai pakaian perlindungan yang sesuai, tidak membawa/memakan makanan di tempat kerja, mencuci tangan dengan air selepas mengendalikan sisa kimia dan seumpamanya.
12. Pembungkusan Sisa-Sisa Kimia Untuk Dipungut Oleh
Syarikat Kualiti Alam Kerja-kerja pembungkusan berikutnya akan diselaraskan oleh
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti berdasarkan kepada borang permohonan pelupusan sisa yang diterima daripada Pusat Pengajian/Pusat/Jabatan masing-masing secara keseluruhannya.
12.1 Bekas-Bekas
Bagi pengangkutan sisa-sisa kimia USM ke loji Syarikat Kualiti Alam, bekas-bekas berikut akan digunakan berdasarkan kepada jenis, kuantiti dan keserasian bahan-bahan kimia tersebut;
Jenis Sisa
Jenis Bekas
Catatan
Cecair, terutamanya pelarut-pelarut organic
‘Carboy’ jenis plastik, kapasiti 25 liter
ATAU
‘Bunghole drum’, jenisplastik atau logam, kapasiti maksimum 200 liter atau kurang mengikut kuantiti sisa
Bahan kimia yang sama jenis atau campuran-campuran yang serasi disatukan di dalam bekas-bekas tersebut
Pepejal
‘Open top drum’, jenis plastik atau ‘metal’, sais maksimum 200liter atau kurang mengikut kuantiti sisa
Bekas-bekas atau botol-botol sisa kimia yang kecil dimasukkan terus ke dalam drum tersebut mengikut keserasian
Bahan-Bahan Kimia Tidak Berlabel
‘Open top drum’, jenis plastik atau logam, kapasiti maksimum 200 liter atau kurang mengikut kuantiti sisa
Bekas-bekas atau botol-botol sisa kimia yang kecil dimasukkan terus dalam drum tersebut mengikut keserasian. Sisa-sisa pepejal dan cecair akan dimasukkan terus ke dalam bekas-bekas yang berasingan
Lain-lain jenis sisa
‘Open top drum’, jenis plastik atau logam, kapasiti maksimum 200 liter atau kurang mengikut kuantiti sisa ATAU lain-lain bekas yang dibenarkan oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd.
Bekas-bekas atau botol-botol sisa kimia yang kecil dimasukkan terus ke dalam drum tersebut mengikut keserasian. Sisa-sisa pepejal dan cecair akan dimasukkan terus ke dalam bekas-bekas yang berasingan
12.2 Pallet
Semua bekas-bekas tersebut hendaklah diletakkan diatas pallet kayu berukuran 120cm x 120cm dan diikat bekas-bekas tersebut dengan kemas supaya terhambur semasa kerja-kerja pengangkutan dilakukan.
12.3 Penandaan dan Perlabelan
Semua bekas-bekas tersebut dilabelkan dan ditanda seperti berikut;
- nombor pengangkutan (consignment number)- kod dan label-label hazad Jabatan Alam Sekitar (Jadual III)
12.2 Forklift
Forklift hendaklah digunakan bagi mengangkat sisa-sisa tersebut keatas lori untuk dibawa ke loji Syarikat Kualiti Alam
13. Penutup Adalah diharapkan prosedur yang dikeluarkan ini dapat
menyediakan garis panduan kepada Jabatan/Pusat Pengajian/Pusat untuk mengendali dan menguruskan sisa-sisa kimia yang dihasilkan dengan selamat dan berkesan. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti hanya dapat menyediakan garis-garis panduan dasar berkenaan pelupusan sisa-sisa kimia, tetapi pelaksanaannya secara terperinci hendaklah dilakukan oleh Jabatan/Pusat Pengajian/Pusat/ masing-masing.
_______________________________________________________________________________
(a)Premis yang ditetapkan – ertinya premis yang ditetapkan oleh Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989, iaitu kemudahan penstoran luar tapak (off-site storage facilities), pengolahan luar tapak (off-site treatment facilities), pemerolehan kembali luar tapak (off-site recovery facilities), penunu buangan terjadual (scheduled waste incinerators), kemudahan pengolahan di tanah (land
treatment facilities), tapak pelupusan selamat (secure landfills).
(b)Kemudahan pengolahan dalam tapak – sesuatu kemudahan yang terletak di tapak pengeluar sisa, selain daripada penunu buangan terjadual (scheduled wastes incinerators) atau kemudahan pengolahan di tanah (land treatment facilities) dan yang digunakan semata-mata untuk menguruskan buangan terjadual yang dikeluarkan di tapak itu;
PENGENDALIAN BAHAN RADIOAKTIF
BAHAN RADIOAKTIF
1.Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan dan berpegalaman dalam pengendalian bahan radioaktif.
2.Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri.
Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dengan bersih sebelum meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif hendakalh sentiasa dikendalikan dengan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan pipet dan botol basuh ). Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.
Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukanoleh guru tertentu yang bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika sumber radioaktif digunakan, maka sarung tangan keselamatn hendaklah dipakai.
Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya
3.Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber tidak di benarkan 4 millicurie. Sumber radioaktif seperti strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti radium tidak boleh digunakan kerana ia membebaskan zarah alfa.
Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah disimpan di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan jabatan bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah berasingan dan dos yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira dan disukat serta ditanda padanya. Seseorang tidak boleh didedahkan kepada sumber radioaktif dengan tidak melebihi daripada 50 milirad setahun.
Jika kecurian atau kehilangan sumber radioaktif, pihak polis, Jabatan Kimia dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu serta-merta.
Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan dengan terang berserta dengan sumber berbahaya. Ia hendaklah disimpan didalam stor yang tersebut dan terkunci bila tidak digunakan.
4.Kemalangan Dalam Makmal
Bahan-bahan lembab yang tumpah hendaklah dilap hingga kering . Dulang atau bekas mengisi bahan tumpahan ini hendakalh dibasuh dengan sabun atau bahan pencuci.
Sebarang pencemaran di lantai, bangku atau lain-lain permukaan makmal hendakalh dibasuh dengan bersih dan diukur kekuatan keradioaktifannya.
Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang yang pakar dalam bidang teknik pelupusan ( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital ) untuk tindakan selanjutnya.
5.Pengurusan Sisa Radioaktif
5.1 Berdasarkan Akta 304 sisa radioaktif adalah:
i. Bahan atau benda jika ianya bukan sisa, ia bahan radioaktif.
ii. Bahan atau benda yang tercemar semasa mengguna, menghasil dan
menyimpan bahan radioaktif.
iii. Bahan atau benda yang tercemar melalui sentuhan dengan atau
berhampiran dengan sisa lain yang bererti (i).
5.2 Sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan.
Pelipusan sisa radioaktif dijalankan di Institut Penyelidikan Teknologi
Nuklear Malaysia (MINT). RPO perlu mendapatkan kelulusan dari Lembaga
Perlesenan Tenaga Atom (AELB) bagi menjalankan pelupusan sisa rarioaktif.
5.3 Di dalam pengurusan sisa radioaktif beberapa perkara perlu diambil
perhatian;
i. Meminimumkan pembuangan sisa bahan radioaktif ke sekitaran.
ii. Meminimumkan isipadu sisa akhir yang seterusnya akan dapat
mengurangkan perbelanjaan, penyimpanan, pengangkutan dan
pelupusan.
iii. Menukar sisa kepada bentuk yang lebih mudah untuk penyimpanan,
pengangkutan dan pelupusan.
iv. Mengasingkan sisa berdasarkan sifat kimia dan fizikal seperti boleh
terbakar, boleh dimampat atau mengkakis.
v. Sisa Pepejal
a. Mestilah dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai.
b. Diasingkan mengikut:
● Sisa boleh bakar (kertas, plastik)
● Sisa tak boleh bakar (kaca, logam)
● Semua sisa yang tajam (jarum, picagari)
vi. Sisa Cecair
a. Simpan dalam botol berlabel tanda radioaktif.
b. Maklumat berikut mestilah ditampalkan pada bekas dengan jelas:
● Nama Pusat/Program
● Jenis pelarut
● Bahan kimia toksik
● Jenis radionuklid
● Setengah hayat
● Anggaran keaktifan maksimum
● Tarikh sisa dihasilkan
c. Botol mesti disimpan di tempat khas.
Bahan Kimia Langkah Pencegahan
Radium, Strontium,
Amerikium, Kobalt,
Thorium
Kot makmal, sarung tangan, kaca mata
keselamatan dan penyepit hendaklah
digunakan semasa mengendalikan bahan ini.
Jangan hampirkannya pada tubuh.
Bahan Radioaktif dalam bentuk pallet
hendaklah disimpan semula dalam kotaknya
yang telah dilindungi oleh plumbum.
Simpan di almari/tempat yang berasingan.
Beritahu jabatan Bomba tentang adanya benda
tersebut.
Jika ianya tidak diperlukan lagi, maklumkan
pada Institut Teknologi Nuklear Malaysia
(MINT) untuk tindakan pelupusan.
Jika terdapat kecurian bahan radioaktif,
beritahu serta merta Jabatan polis, jabatan
kimia dan JPN.
Bab 6 KESELAMATAN KIMIA
6.1 Pengenalan
Bahan kimia merupakan bahan yang selamat digunakan jika
dikendalikan mengikut peraturan yang betul. Umumnya, masyarakat
menganggap bahan kimia sebagai suatu bahan yang berbahaya dan
ditakuti.Ini disebabkan kurangnya kefahaman tentang pengendalian
bahan kimia. Lebih malang lagi ada juga pelajar mahupun pekerja yang
cukup berani menggunakan dan mengendalikan bahan kimia secara
melulu tanpa mengendahkan bahaya yang akan timbul. Sikap sebegini
bukan hanya menjadi punca segala masalah atau kecelakaan kepada
diri sendiri tetapi juga pelajar ataupun pekerja lain.
6.2 Pengkelasan Bahan Kimia
Penglelasan bahan kimia bercorak umum berdasarkan bahaya fizik
dan aktiviti bahan kimia tersebut. Ini bertujuan supaya langkah
keselamatan yang wajar dapat diambil semasa pengendalian bahan
kimia bagi meminimumkan risiko kecelakaan yang mungkin timbul.
Pengendalian bahan kimia merujuk kepada penerimaan, penghantaran,
pensetoran, penggunaan atau pelupusan sisa.
6.2,1 Kelas 1 – Bahan Peledak.
Bahan ini adalah amat berbahaya dan harus dikendalikan
dengan berhati-hati. Pensetorannya mestilah di tempat yang
terpisah dari bahan-bahan yang lain dan persekitarannya
mestilah dapat dikawal terutama sekali haba.
6.2,2 Kelas 2 – Gas
Gas yang ada dalam makmal terisi di dalam selinder besi waja
pada tekanan yang tinggi. Terdapat juga gas yang berbentuk
cecair pada suhu yang rendah seperti nitrogen. Bagi tujuan
setoran dan penggunaan, gas dibahagikan kepada tiga subkelas
iaitu:
i. Gas mudah terbakar
ii. Gas tidak terbakar
iii. Gas beracun
Gas termampat mestilah disimpan dalam setor yang mempunyai
laluan udara yang bebas dan terpisah dari bahan-bahan atau
gas lain yang boleh bertindak-balas. Misalnya campuran udara
dengan asetilena pada kadar 2-80% boleh menghasilkan
letupan.
6.2,3 Kelas 3 – Cecair Mudah Terbakar.
Cecair di dalam kelas ini mampu menghasilkan wap yang
mudah terbakar pada suhu di bawah 61°C (142°F).
Bagaimanapun, terdapat juga cecair yang mudah terbakar
yang dimasukkan di dalam kelas yang lain kerana mempunyai
sifat keracunan dan kakisan. Cecair di dalam kelas 3 ini
disubkelaskan lagi berdasarkan aras suhu mudah terbakar
supaya pengendalian dan pensetoran dapat dilakukan dengan
lebih teliti lagi. Subkelas itu ialah:
i. Cecair dengan takat kilat kurang dari 18°C (64°F)
ii. Cecair dengan takat kilat di antara 18°C ke 23°C (64°F –
73°F)
iii. Cecair dengan takat kilat di antara 23°C ke 61°C (73°F –
142°F)
6.2,4 Kelas 4 – Pepejal Mudah Terbakar.
Bahan di dalam kelas ini termasuklah sebatian yang sudah
dikenalpasti pada zahirnya kelihatan tidak berbahaya tetapi jika
tersalah pengendalian, akan menjadi amat berbahaya. Subkelas
yang digunakan ialah:
i. Pepejal mudah terbakar. Bahan dalam kelas inin mudah
terbakar dan boleh disebabkan oleh punca luar seperti
bunga api atau api. Contoh pepejal mudah terbakar ialah
kapas, sulfur dan bahan getah.
ii. Pepejal berkemungkinan terbakar secara spontan. Bahan
ini akan terbakar secara spontan apabila terdedah kepada
haba, air atau udara lembab. Kebakaran bahan ini boleh
menghasilkan gas toksik. Contoh pepejal dari subkelas ini
adalah arang, plastik dan ferik oksida.
iii. Pepejal berbahaya apabila basah. Bahan di dalam subkelas
ini mengeluarkan gas yang bukan sahaja mudah terbakar
tetapi juga bersifat toksik apabila terkena air. Contoh bahan
kelas ini ialah kalsium karbida, serbuk-serbuk terbitan
aluminium dan kalsium, litium, sebatian berasaskan
magnesium, sebatian berasaskan kalium, rubidium, natrium
dan zink.
6.2,5 Kelas 5 – Bahan Pengoksida Dan Peroksida Organik.
Kelas ini terbahagi kepada dua subkelas iaitu:
i. Agen Pengoksidaan.
Bahan ini mengeluarkan oksigen di dalam kebakaran dan
menyebabkan kesukaran dalam pengawalan api kebakaran.
Sebahagian daripada bahan di dalam kelas ini sensitif
kepada hentaman, geseran atau kenaikan haba. Terdapat
juga bahan yang bertindak-balas dengan udara lembab.
Percampuran bahan ini dengan bahan organik yang mudah
terbakar akan menghasilkan campuran yang mudah
dinyalakan dan membakar beserta dengan ledakan. Tindak-
balas tidak terkawal juga berlaku di antara kebanyakan
agen pengoksidaan dengan asid kuat yang akan
menghasilkan gas beracun. Contoh bahan ini ialah baja
ammonium nitrat, klorat, kalsium dan kalium permanganate.
ii. Peroksida Organik.
Selain sebagai agen pengoksida, bahan ini juga boleh
mengurai menghasilkan oksigen dan ledakan.
Kebanyakkannya akan terbakar dengan pantas dan sensitif
kepada haba, hentaman dan geseran. Bagi mengurangkan
bahaya, bahan ini selalunya dikendalikan di dalam bentuk
pes yang dibasahi dengan air atau pepejal lengai. Dalam
keadaan begini pun ia masih boleh bertindak-balas di luar
kawalan dengan kehadiran surihan bahan asing seperti
asid, oksida logam atau amina. Penguraian bahan yang
mungkin disebabkan oleh kenaikan haba akan membawa
kepada letupan dan pengeluaran gas toksik atau gas
mudah terbakar.
6.2,6 Kelas 6 – Bahan Beracun Atau Berjangkit.
Kelas ini dibahagikan kepada dua subkelas iaitu:
i. Bahan beracun. Pada umumnya bahan di dalam kelas ini
akan menyebabkan kemudaratan atau mungkin kematian
jika termakan, terhidu atau terserap melalui sentuhan
dengan kulit. Contohnya, ialah racun makhluk perosak dan
racun rumpai.
ii. Bahan berjangkit. Bahan di dalam subkelas ini termasuklah
mikro organisme atau toksinnya yang telah dibuktikan
menyebabkan penyakit kepada haiwan dan manusia.
6.2,7 Kelas 7 – Bahan Radiioaktif.
Bahan kimia kelas 7 merujuk kepada bahan radioaktif. Sila
rujuk Bab 8: Keselamatan Sinaran Mengion.
6.2,8 Kelas 8 – Bahan Mengkakis.
Bahan di dalam kelas ini boleh mencederakan tisu dan
kerosakan bahan lain. Kebanyakan bahan ini menghasilkan
wap berbau busuk, beracun, berbahaya dan mudah terbakar.
Tindak balas bahan ini dengan air menghasilkan gas dan
haba yang boleh meningkatkan kakisan.
6.2,9 Kelas 9 – Bahan Berbahaya Lain.
Bahan di dalam kelas ini adalah bahan yang tidak dapat
dikelaskan di dalam mana-mana kumpulan di atas, termasuklah
aerosol, asbestos atau bahan pencemaran yang lain.
6.3 Dedahan atau Kemasukan Bahan Kimia
Seseorang yang bekerja dengan bahan kimia berbahaya boleh
terdedah kepada bahan kimia secara luaran dan dalaman.
6.3,1 Dedahan Atau Kemasukan Melalui Mulut.
Kejadian ini timbul akibat dari kelalaian seorang yang tidak
mematuhi peraturan, seperti meminum dari bikar yang tercemar,
tidak membasuh tangan semasa keluar dari makmal, makan di
dalam makmal, menghisap rokok atau bersolek semasa
pengendalian bahan beracun.
6.3,2 Dedahan Melalui Pernafasan.
Bahan yang boleh meruap dan wujud pada kepekatan beracun
mestilah diawasi supaya tidak masuk ke dalam badan melalui
pernafasan. Pelarut dan gas yang digunakan atau dihasilkan
dalam tindak balas yang sedemikian perlulah dilakukan di dalam
almari wasap.
Hidrokarbon berklorin seperti kloroform dan karbon tetraklorida
tidak mudah terbakar, tetapi mempunyai kesan keracunan kronik
ke atas hati dan buah pinggang. Karbon disulfide pula bukan
sahaja mempunyai kesan keracunan kronik tetapi juga
berkeupayaan membakar dengan mudah dan meletup.
Gas-gas seperti hydrogen sulfida dan sulfur dioksida adalah gas
yang berbau busuk dan mudarat pada kepekatan tinggi.
Penggunaan gas, wap atau wasap perlulah berhati-hati dan
mengikut peraturan yang ditetapkan.
Penggunaan bilik wasap dan topeng pernafasan diperlukan
apabila mengendalikan bahan meruap atau gas beracun.
6.3,3 Dedahan Melalui Kulit, Mata dan Dermatitis.
Pelarut larut lemak seperti aniline boleh menyerap ke dalam
badan melalui kulit. Tumpahan aniline ke atas kulit perlulah
dibasuh dengan segera. Sebarang pakaian yang terkena anilin
perlu ditanggalkan. Pengendalian bahan itu memerlukan
pemakaian sarung tangan. Pelarut yang boleh melarut lemak
boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah.
Pengendalian asid pekat, alkali pekat dan amonia memerlukan
pemakaian kaca mata keselamatan untuk mengelakkan
daripada percikan ke dalam mata. Selain daripada bahan yang
diketahui dan dianggap sebagai pengkakis, pemerhatian dan
langkah yang sama perlu diambil dalam pengendalian bahan
seperti asid asetik glacial, asid kloroasetik, asid klorosulfonik,
sulfonik klorida, fosforus klorida dan tionil klorida. Hidrogen
florida (HF) lebih mudarat lagi memerlukan perhatian yang
khas semasa pengendaliannya. Kecederaan secara kimia boleh
dirawat iaitu dicuci dengan air sebanyak mungkin.
6.4 Penerimaan dan Penyimpanan Bahan Kimia
Bahan kimia perlu dikenalpasti sewaktu penerimaan dan disetor
mengikut kesesuaian tertentu bagi mengelak sebarang tindak balas
yang tidak dikehendaki serta untuk mengurangkan risiko kemalangan
bahan kimia. Oleh yang demikian beberapa peraturan keselamatan
umum perlu dipatuhi dan dijadikan amalan berterusan.
6.4,1 Penerimaan Bahan Kimia
i. Elak pembelian bahan kimia yang tidak diperlukan ataupun
kuantiti yang berlebihan.
ii. Pastikan bahan kimia diterima bersama Risalah
Keselamatan Bahan Kimia (MSDS).
iii. Terima hanya bahan kimia yang tersimpan dalam bekas
yang baik dan berlabel.
iv. Daftarkan maklumat tarikh diterima dan juga tarikh luput
(bagi sesetengah bahan kimia) dalam maklumat inventori.
v. Maklumat berikut perlu ada pada daftar inventori.
● Nama bahan kimia
● Tarikh dikilang dan tarikh diterima
● Sifat bahan kimia seperti mudah terbakar, pengkakis
dan sebagainya.
● Maklumat keselamatan tambahan seperti perlu
dikendalikan dalam bilik wasap ataupun perlu
menggunakan alat perlindungan peribadi.
6.4,2 Bilik Pensetoran Bahan Kimia
i. Bilik setor untuk penyimpanan bahan kimia perlu
mempunyai sistem pengudaran yang baik.
ii. Ruang khas untuk kelas bahan kimia tertentu.
iii. Bilik setor kimia perlu diperiksa secara berkala untuk
mempastikan tiada sebarang kebocoran ataupun tumpahan.
iv. Bilik setor bahan kimia mestilah ditempatkan di lokasi yang
mudah didekati oleh kenderaan, sama ada untuk tujuan
penghantaran ataupun kecemasan.
v. Bilik setor bahan kimia mestilah dilengkapkan dengan alat
pemadam api yang bersesuaian, alat pelindungan peribadi
dan sistem komunikasi tertentu yang boleh digunakan
semasa kecemasan.
vi. Bilik setor mestilah berdekatan dengan makmal untuk
mengurangkan risiko kemalangan semasa pengagihan
bahan kimia.
vii. Tahap keselamatan bilik setor, seperti pendawaian elektrik,
sistem pengudaraan dan lain-lain perlu diperiksa sekurang-
kurangnya sekali setahun.
viii. Bilik setor tidak boleh digunakan sebagai bilik persediaan
ataupun pembungkusan semula bahan kimia.
ix. Pengendalian bilik setor mestilah dilakukan oleh pekerja
tertentu sahaja.
x. Penyimpanan bahan kimia cecair mudah terbakar dalam
kabinet mesti tidak boleh melebihi 227 liter (60 gallon) bagi
cecair dengan takat kilat kurang dari 60°C (140°F) dan
tidak melebihi 454 liter (120 gallon) bagi cecair dengan
takat kilat melebihi 60°C (140°F).
xi. Pekerja yang menjaga setor bahan kimia
bertanggungjawab untuk;
● Asingkan bahan kimia mengikut keserasian.
● Simpan rekod berasingan bagi bahan kimia yang
mempunyai tarikh luput.
● Periksa label secara berkala dan pastikan label tidak
rosak.
xii. Bekas untuk mengisi bahan kimia tertumpah perlu
disediakan dalam setor jika berlaku tumpahan kimia.
6.4,3 Penyimpanan Bahan Kimia Di Makmal.
i. Semua bahan kimia yang disimpan sementara dimakmal
mestilah berlabel dengan baik.
ii. Bahan kimia perlu disimpan mengikut pengkelasan yang
bersesuaian, seperti asid, bes, bahan pengkakis, bahan
beracun.
iii. Bahan mudah terbakar perlu disimpan dalam kabinet yang
bersesuaian.
iv. Jangan simpan bahan kimia di tempat seperti atas meja
amali, dalam bilik wasap, bawah sinki, di tempat tinggi,
tempat sukar dicapai, di atas lantai, dalam sinki atau peti
sejuk bagi bahan mudah terbakar.
v. Elakkan dedahan langsung tempat penyimpanan bahan
kimia sementara dari cahaya matahari.
vi. Semua tong gas dalam makmal perlu disimpan secara
menegak dan dirantai.
vii. Bahan kimia yang tidak diperlukan lagi mesti disimpan
dalam bilik setor ataupun dilupuskan.
viii. Kabinet penyimpanan semestinya mempunyai
pengudaraan yang baik.
ix. Bahan kimia mudah terbakar ataupun bahan kimia yang
boleh meletup mesti disimpan dalam peti sejuk khas yang
bebas percikan api.
x. Peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia
tidak boleh sama sekali digunakan untuk menyimpan
bahan makanan dan minuman, walaupun untuk tujuan
kegunaan makmal.
6.5 Tumpahan Kimia
6.5,1 Pengenalan
Tumpahan bahan kimia berbahaya bermaksud pembebasan
bahan kimia berbahaya secara tidak terkawal. Bahan kimia yang
tertumpah ini mungkin dalam bentuk gas, cecair ataupun pepejal
dan memerlukan tindakan untuk mengawal punca tumpahan
ataupun tahap perebakan. Sesuatu bahan kimia dikatakan
berbahaya jika bahan kimia tersebut mendatangkan kerosakan
kepada fizikal ataupun kesihatan manusia, alam sekitar dan
harta benda seperti:
● mudah terbakar, meletup ataupun sangat reaktif
● menghasilkan wap ataupun habuk yang berbahaya
● karsinogen
● pengkakis
● beracun
Tumpahan bahan kimia berbahaya memerlukan tindakan
berbeza bergantung pada saiz tumpahan, kebolehbakaran,
kereaktifan, keracunan, laluan kemasukan bahan ke dalam
badan manusia dan juga jangka masa yang diperlukan untuk
mengawal tumpahan. Kebanyakan tumpahan boleh dielak
ataupun dikawal dengan perancangan pengendalian,
pengangkutan dan penyimpanan yang baik.
Kebanyakan kemalangan dalam makmal berlaku semasa bahan
kimia diangkut dari satu tempat ke tempat yang lain ataupun
semasa memindahkan dari satu bekas ke bekas yang lain. Oleh
yang demikian beberapa peraturan keselamatan umum perlu
dipatuhi dan dijadikan amalan berterusan bagi mengelakkan
kejadian tumpahan bahan kimia.
● Seorang hanya dibenarkan memindahkan satu botol besar
berisi asid, pelarut ataupun cecair lain, dalam satu-satu
masa jika hanya menggunakan tangan. Botol perlu
dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan,
satu pada leher botol dan satu lagi pada bahagian bawah
botol. Jangan sekali-kali cuba mengangkat botol pelarut
dengan hanya memegang pada penutupnya sahaja.
● Apabila memindahkan bahan kimia dengan menggunakan
troli, pastikan jumlah muatan bersesuaian. Jangan biarkan
botol bersentuhan dengan botol lain. Jangan sekali-kali
memuatkan botol bahan kimia yang tidak serasi di atas
satu troli.
● Gunakan tangga atau lif khas untuk memindahkan bahan
kimia.
● Gunakan pembawa botol atau baldi khas untuk elakkan
hentakan botol dengan dinding ataupun lantai.
6.5,2 Kelas Tumpahan.
i. Tumpahan kecemasan atau besar.
Tumpahan kimia dianggap tumpahan kecemasan jika;
● Menyebabkan kecederaan pada mangsa dan
perlukan rawatan perubatan.
● Menyebabkan kebakaran.
● Memerlukan peralatan bantuan pernafasan.
● Melibatkan kawasan awam.
● Memerlukan pengosongan kawasan ataupun
bangunan.
● Merosakkan bangunan ataupun harta.
● Melibatkan raksa dalam kuantiti yang banyak.
● Memerlukan usaha pembersihan yang lama.
● Melibatkan sebatian yang tidak diketahui.
● Memasuki sumber air.
ii. Tumpahan kecil.
Selain daripada tumpahan kecemasan dikelaskan sebagai
tumpahan kecil.
6.6 Pengawalan Kebakaran Kimia
Kebanyakan pelarut yang digunakan di dalam makmal adalah yang
mudah terbakar seperti karbon disulfida, eter, benzena, toluena,
alcohol, etil klorida, metal klorida, pentana, heksana, nitrometana
(asetonitril) dan aseton. Sifat fizik, takat kilat dan suhu autonyalaan
perlu diketahui bagi menimbangkan bahaya yang mungkin timbul.
Misalnya sentuhan dengan permukaan panas akan menyebabkan
karbon disulfida terbakar. Wap eter adalah lebih berat daripada udara
dan akan “merayap” di sepanjang permukaan meja kerja, atau
mengalir ke atas lantai, dan mungkin terbakar. Oleh yang demikian
beberapa peraturan keselamatan umum perlu dipatuhi dan dijadikan
amalan berterusan bagi mengelakkan atau mengurangkan kebakaran.
i. Hanya tindak balas yang melibatkan pelarut mudah terbakar
berisipadu 500 ml atau kurang, dibenarkan dilakukan di dalam
makmal. Eksperimen yang berukuran lebih besar perlulah
di lakukan di dalam bilik khas. Proses mendapatkan semula
pelarut, mestilah dilakukan di dalam bilik khas.
ii. Penyimpanan pelarut mudah terbakar di dalam makmal mestilah
tidak melebihi 2.5 liter atau satu botol Winchester dan disimpan di
dalam tempat tertutup seperti kabinet khas. Kuantiti yang
dibenarkan di tempat terbuka, di atas rak atau meja kerja adalah
kurang dari 500 ml. Pemindahan pelarut antara bekas mestilah
dilakukan di dalam kebuk wasap.
iii. Cecair yang mudah terbakar mestilah tidak dituang dari satu
bekas ke bekas yang lain atau dipanaskan berhampiran dengan
api terbuka.
iv. Di dalam eksperimen yang memerlukan pemanasan, perhatian
khas perlu diberi kepada medium pemanasan, pemilihan medium
pemanasan bergantung kepada suhu yang digunakan. Rujuk buku
panduan.
v. Pelarut bersuhu didih rendah (kurang dari 100°C pada 760mmHg)
sepatutnya dipanasakan di dalam rendaman stim atau air yang
dipanaskan secara elektrik atau mantel elektrik. Pelarut bersuhu
didih tinggi hendaklah dipanaskan di dalam rendaman minyak
atau pada tekanan rendah di dalam rendaman stim atau air.
vi. Semua sambungan mestilah betul-betul sesuai supaya tiada
kebocoran berlaku.
vii. Wap yang dikeluarkan mestilah dikondensasi secekapnya supaya
tiada yang dapat bebas ke dalam makmal. Jika boleh, setiap
eksperimen haruslah dijalankan di dalam kebuk wasap.
viii. Laraskan pemanasan supaya cecair tidak terkumpul di dalam
kondenser. Jika ini berlaku cecair mungkin disembur keluar dari
radas dan disambar atau terbakar oleh api yang jauh.
ix. Radas kaca yang digunakan untuk memanaskan cecair yang
mudah terbakar perlulah diperiksa dengan teliti seperti kecacatan
yang mungkin wujud seperti keretakan, calar dan ketebalan
dinding yang tidak sekata.
x. Pemanasan dengan menggunakan api, gas atau alat pemanas
selalunya membawa bahaya kebakaran dari wap mudah terbakar
yang tidak terkondensasi atau keretakan radas kaca.
1.2 BAHAN BIOLOGI
1.2.1 Keselamatan dalam pengendalian mikroorganisma:
a) Semua perkerjaan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, mengikut cara kerja yang disediakan. Bakteria, Fungi, Virus dan bahan pencemar yang tidak diketahui bahayanya hendaklah dianggap sebagai patogen.
b) Sebelum memulakan kerja, pastikan terdapat bekalan bahan penyahjankit yang mencukupi dan sesuai dengan untuk organisma yang dikaji.
c) Semua permukaan, Kerusi dan tempat berkerja hendaklah dibersihkan dengan pencuci sebelum meninggalkan makmal.
d) Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan kecuali setelah ditutup atau dilebelkan dengan jelas.
e) Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan kultur mestilah dibersihkan dan dinyahjankitkan selalu. Sewaktu melakukan pembersihan alat-alat perlindung diri patut digunakan.Peti sejuk tidak dibenarkan menyimpan makanan.
f) Untuk mengurang belakunya pencemaran yang tidak disegajakan melalui tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jankitan hendaklah diletakkan didalam dulang yang besar atau permukaan tempat kerja hendaklah ditutup dengan bahan penyerap boleh dibuang.
g) Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum meneinggalkan makmal.
h) Semua tumpahan dan kemalangan hendaklah direkodkan
Bab 7 KESELAMATAN BIOLOGI
7.1 Pengenalan
Dalam pengendalian makmal biologi adalah penting bekerja mengikut prosedur, teknik dan
amalan yang selamat dan standard. Adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk melindungi
diri dan orang lain daripada dijangkiti penyakit serta memastikan bahan yang digunakan atau
dikaji tidak tersebar ke alam sekitar.
Bagi menjamin keselamatan, peraturan kerja perlu dipatuhi di samping peralatan keselamatan
dan makmal yang lengkap serta berfungsi. Oleh yang demikian beberapa peraturan
keselamatan umum perlu dipatuhi dan dijadikan amalan berterusan.
7.2 Peraturan Makmal Biohazard
Semua peraturan umum keselamatan makmal hendaklah dipatuhi. Sebagai tambahan
peraturan berikut hendaklah diikuti.
i. Makmal hendaklah sentiasa bersih, kemas dan bebas daripada bahan yang tidak
berkaitan dengan kerja.
ii. Hanya individu yang telah mengatahui potensi bahaya dan memenuhi keperluan
untuk masuk dibenarkan masuk ke dalam kawasan kerja makmal.
iii Pintu makmal hendaklah sentiasa ditutup semasa kerja sedang berjalan.
iv Sarung tangan yang sesuai hendaklah dipakai dalam semua prosedur yang boleh
melibatkan sentuhan secara langsung dengan darah, bahan berjangkit atau haiwan
yang telah dijangkiti.Selepas digunakan sarung tangan hendaklah dibuka secara
aseptik dan di autoklaf sebelum dilupus.
v. Semua prosedur teknikal hendaklah dilakukan dengan cara yang dapat
meminimumkan pembentukan aerosol.
vi. Sarung tangan yang boleh digunakan kembali hendaklah dibasuh semasa masih
dipakai. Setelah ditanggalkan hendaklah dibersihkan dan didisinfeksikan sebelum
diguna semula.
vii. Semua bahan spesimen dan kultur yang telah tercemar hendaklah didekontaminasi
sebelum dilupus atau dicuci.
ix Permukaan kerja hendaklah didenkontaminasi setelah selesai bekerja dan setiap kali
berlaku tumpahan bahan yang berpotensi mendatangkan bahaya.
x. Semua tumpahan, kemalangan atau pendedahan kepada bahan berjangkit
hendaklah dilaporkan dengan segera kepada penyelia, pegawai insiden atau
kakitangan makmal yang bertugas.
7.3 Pengkelasan Mikroorganisma
Mikroorganisma dikelaskan kepada kumpulan risiko berdasarkan bahaya jangkitan.
Pengkelasan kumpulan risiko adalah seperti berikut:
I Kumpulan Risiko 1
Mikroorganisma dalam kumpulan ini tidak berisiko atau berisiko rendah terhadap individu dan
komuniti. Ia tidak akan menyebabkan penyakit kepada manusia. Contoh mikroorganisma
kumpulan ini ialah Bacilis Subtilis dan Escherichia coli (E.coli)
ii Kumpulan Risko 2
Mikroorganisma dalam kumpulan ini berisiko sederhana terhadap individu atau berisiko rendah
terhadap komuniti, haiwan dan sekitaran. Prosedur pencegahan dan rawatan yang berkesan
dapat menghalang penyebaran dan mengurangkan jangkitan yang serius. Contoh
mikroorganisma kumpulan ini adalah Actinomyces pyogenes, Aspergillus flavus, Human corona
virus dan Entamoeba histolytica.
iii Kumpulan Risiko 3
Mikroorganisma dalam kumpulan ini berisiko tinggi terhadap individu atau berisiko rendah
terhadap komuniti. Pada amnya mikroorganisma ini adalah pathogen yang berbahaya kepada
manusia dan haiwan tetapi pada kebiasaanya tidak berjangkit secara langsung. Prosedur
pencegahan dan rawatan yang berkesan dapat menghalang penyebaran dan mengurangkan
jangkitan yang serius. Contoh Bacillus anthracis, Ajellomyces dermatitidis dan yellow fever.
iv Kumpulan Risiko 4
Mikroorganisma dalam kumpulan ini berisiko tinggi terhadap individu dan komuniti. Ia
merupakan pathogen yang amat berbahaya kepada manusia atau haiwan dan boleh berjangkit
secara langsung atau tidak langsung. Prosedur pencegahan sangat penting dipatuhi kerana
sehingga kini tiada lagi kaedah rawatan yang berkesan bagi mikroorganisma dalam kumpulan
ini. Contohnya Ebola virus.
Mengendalikan peralatan elektrik.
5 KESELAMATAN ELEKTRIK
5.1 Pengenalan
Secara umum, arus elektrik merupakan pengaliran elektron di dalam
dawai pengalir. Daya yang menggerakkan elektron dinamakan daya
gerak elektrik atau voltan dan diukur dalam unit volt (V). Kadar aliran
electron dinamakan arus diukur dalam unit ampere (A).
Semua alat elektrik adalah selamat digunakan jika segala peraturan
penggunaannya diikuti sepenuhnya. Kerja yang selamat memerlukan
pendekatan yang teliti dan berhati-hati kepada setiap langkah yang
diambil. Kecuaian boleh membahayakan diri dan orang lain serta
menyebabkan kerosakan kepada peralatan dan bangunan. Oleh yang
demikian, adalah penting supaya anda mempelajari dan mengamalkan
prinsip keselamatan sebelum memasuki makmal.
5.2 Hazad Elektrik
Hazad wujud sama ada daripada elektrik yang dinamik (pengaliran
elektron) ataupun daripada elektrik yang statik (perpindahan elektron).
Hazad yang wujud dalam elektrik yang dinamik ialah:
● Maut
● Renjatan
● Lecuran
● Kebakaran hartabenda
● Letupan dan kilat
Sementara hazad elektrostatik ialah:
● Maut
● Letupan
● Kebakaran
Dedahan terhadap hazad di atas memungkinkan seseorang mengalami
kecederaan seperti berikut:
● Lecuran – Dalaman atau luaran (bergantung sama ada arus
mengalir melalui tubuh atau luaran menyebabkan
lecuran darjah pertama, kedua atau ketiga)
● Kebakaran kulit
● Kecutan otot
● Kcederaan dalaman
● Kehilangan anggota
● Luka
● Buta
5.3 Peraturan Pendawaian Palam
Pada umumnya punca kuasa dalam pejabat, makmal dan bengkel
adalah 240 V dan disalurkan melalui palam 3 pin; satu pin dibumikan
untuk keselamatan dan dua lagi untuk membawa kuasa. Pendawaian
pin mengikut kod warna antarabangsa adalah:-
Sambungan Piawaian Antarabangsa
Hidup
Bumi
Neutral
Coklat
Hijau/Hijau-Kuning
Biru
Penyimpanan bahan kimia dan peralatan sains