Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik
NAMA : FATIMAH KHAIRUNISA BINTI BAMBANG
MATRIC : A146622
PROJEK : HARI KESEDARAN ALAM SEKITAR, FTSM
KELAB : KELAB CABARAN PENGATURCARAAN (PCC)
FAKULTI : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
PENSYARAH : Dr. ZULKEFLI BIN MANSOR
1. PENGENALAN
Kelab Cabaran Pengaturcaraan (PCC) telah mengadakan Hari Kesedaran Alam Sekitar yang
melibatkan pelajar dan pensyarah FTSM. Hari Kesedaran Alam Sekitar ini memiliki ahli
Jawatan kuasa seramai 23 orang, dan juga peserta seramai 40 orang yang terdiri daripada
pelajar FTSM dan juga pensyarah FTSM.
Program ini diadakan bagi melestarikan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) dan
juga memberi kesedaran kepada semua pengguna bahawa betapa pentingnya untuk menjaga
atau menanam tumbuh-tumbuhan bagi menjaga persekitar yang sihat dan mengurangkan
pencemaran udara.
Peserta yang terlibat menanam pokok-pokok yang terpilih seperti pokok mangga, pokok
durian, pokok durian belanda dan juga pokok rambutan. Program ini juga menawarkan
kepada semua warga FTSM yang ingin menderma sumbangan samada dari segi pokok
mahupun sumbangan kewangan, dan pokok tersebut akan menjadi hak milik orang yang
menderma. Selain itu, salah satu objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi
pelajar atau pensyarah satu kenangan apabila mereka sudah tidak lagi belajar atau bekerja di
FTSM nanti, dan pokok ini yang akan menjadi harta peninggalan mereka.
Kawasan yang telibat dengan program ini adalam kawasan pembentungan, kawasan sekitar
sungai FTSM dan kawasan bersebelahan dengan Blok H, FTSM. Bagi setiap kawasan ini,
kawasan ini dipilih atas sebab-sebab tertentu. Contohnya kawasan sungai FTSM. Kawasan
ini dipilih kerana untuk mengelakkan banjir yang berlaku jika berlakunya hujan yang lebat
dan berharap pokok ini dapat membantu mengurangkan masalah tersebut.
Sehubung dengan kewajiban pelajar sebagai syarat lulus universiti yang ditetapkan di
UKM, saya Fatimah Khairunisa binti Bambang, no. matrik A146622 telah memilih
HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik
1.0. PERANCANGAN
1.1. JAWATAN
Dalam program ini, saya memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah
Program
1.2. KERTAS KERJA PROJEK
- Rujuk kepada lampiran
1.3. CARTA ALIR PERJALANAN PROJEK
1.4. CARTA GANTT DAN BATUKALA KETUA PENGARAH
BIL GERAK KERJA TARIKH PELAKSANAAN 10 Apr
17 Apr
24Apr
1 May
8 May
15 Apr
29 May
1 Menyiapkan kertas kerja program
2 Menyusun tentatif program
3 Merancang aktiviti
Menyediakan semua keperluan aktiviti
Menghebahkan program kepada pejalar dan pensyarah FTSM
4 Mengutip derma
Jangkaan Perancangan Pelaksanaan
Mengumpul Ahli Jawatankuasa
Membahagikan jawatankuasa
dengan beberapa unit
Merancang Perlaksanaan projek
Mengenal pasti Masalah yang
dihadapi setiap Post kumpulan
Merancang aktiviti-akiviti yang akan
dijalankan
Mengkaji aktiviti yang akan dijalankan
Menyediakan barang-barang
keperluan untuk aktiviti
Membuat persiapan akhir di Fakulti
Teknologi dan Sains Maklumat
Hari Kesedaran Alam Sekitar, FTSM
1.5. SEMASA PERANCANGAN (Gambar)
1.5.1. Perbincangan
2.0. PELAKSANAAN
2.1 Persediaan
Gambar ini menunjukkan saya menjalankan tugas saya sebagai ‘instructor’ dengan
memberi arahan sebelum aktiviti bermula
Gambar menunjukkan peserta melaksanakan aktiviti
3.0. PENGISIAN PROGRAM
I. Senaman pagi – Disertai oleh semua ahli jawatan kuasa program dan sebilangan
peserta
II. Aktiviti Menanam pokok – Disertai oleh semua peserta.
4.0. KESIMPULAN
4.1. Kelebihan / Kebaikan program
a) Dapat melahirkan pelajar FTSM yang berjiwa sayang akan alam sekitar.
b) Melatih ahli untuk mempunyai aktiviti sosial yang sihat.
c) Mendorong pelajar untuk bekerjasama sesama ahli kumpulan.
d) Membina dan merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar FTSM.
e) Melahirkan warga FTSM yang mampu membuat perancangan awal terhadap
program kelab pada semester akan datang serta berfikiran secara kritis
f) Mengajar pelajar untuk bertanggung jawab dengan setiap kerja yang diberikan.
g) Membina kumpulan khas yang bakal menggerakkan program kelab pada semester
akan datang.
h) Merapatkan hubungan antara pelajar dan pensyarah.
i) Dapat membina kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan
saintifik
5.0 LAMPIRAN TUGAS YG DIJALANKAN SEMASA PROGRAM HARI
KESEDARAN ALAM SEKITAR
Sebagai seorang yang memegang jawatan Pengarah Program, terdapat pelbagai
jawatan atau tanggunjawab yang perlu saya jalankan. Tanggunjawab dan tugas-tugas
adalah seperti berikut :
I. Membuat kertas kerja program
II. Menghantar kertas kerja program bagi mendapatkan kelulusan program
daripada JPPEL
III. Mengatur dan mengadakan mesyuarat antara AJK Program
IV. Mengendalikan mesyuarat program.
V. Membahagikan dan menyenaraikan tugas-tugas kepada AJK Program.
VI. Mengatasi masalah-masalah yang timbul.
VII. Berhubung dengan pihak luar yang terlibat.
VIII. Merancang kewangan Program.
IX. Membantu AJK menyenarai tentatif program dan membantu AJK dalam
tugas-tugas yang diberikan.
X. Berbincang dengan Penasihat Kelab mengenai keseluruhan Program.
Senarai di atas adalah antara tanggunjawab dan tugas-tugas yang saya perlu
lakukan sebagai Pengarah Program. Terdapat beberapa tugas lain yang saya
perlu jalankan secara tidak langsung dalam memegang jawatan ini.
Melalui Program Hari Kesedaran Alam Sekitar ini, saya mendapati program
ini dapat memenuhi kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan
pendekatan saintifik. Banyak yang saya pelajari semasa menjalankan program ini.
Pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik merujuk kepada
mempunyai idea bernas dan kematangan akal dalam menyelesaiakn sesuatu masalah
dan mempunyai cara sains atau terperinci dalam penyelesaian tersebut.
Pemikiran Kreatif dalam Penyelesaian Masalah Saya merupakan Pengarah
Program kepada program ini. Ini merupakan suatu peluang kepada saya bagi
menunjukkan bakat dalam diri dan mengasah kemahiran diri. Cara saya berfikiran
kreatif adalah ketika saya menyelesaikan masalah. Dalam sesuatu program, kita tidak
akan alah lagi dengan masalah. Sebagai pengarah program, saya perlu membuat
kertas kerja dan menghantarnya kepada JPPEL bagi mendapatkan kelulusan program.
Masalah yang dihadapi adalah ketidak kecukupan maklumat mengenai format kertas
kerja. Dengan itu, saya cuba melayari internet bagi mendapatkan format yang
ditetapkan oleh pihak JPPEL dan bertanyakan kepada rakan-rakan seperjuangan.
Selain itu, saya juga perlu mengadakan mesyuarat antara AJK Program dan
mengendalikan mesyuarat tersebut. Ketika mesyuarat berlangsung, terdapat beberapa
kekeliruan maklumat dan percanggahan idea. Apa yang saya boleh lakukan sebagai
Pengarah Program adalah dengan berfikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah ini
dengan meredakan keadaan melalui menyuruh seorang demi seorang mengutarakan
pendapat dan idea mereka tanpa perlu semua bercakap dalam satu masa. Saya juga
perlu berfikiran kreatif ketika membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi AJK
saya.
Hari Kesedaran Alam Sekitar banyak memberi dan mengajar saya akan
kemahiran pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik. Dalam
memegang jawatan sebagai Pengarah Program, terdapat pelbagai dugaan dan cabaran
yang membuatkan saya boleh dan mengetahui cara untuk memenuhi kriteria yang
diperlukan bagi seseorang bagi berfikiran kreatif dala menyelesaikan masalah yang
mempunyai pendekatan saintifik.
SEKIAN, TERIMA KASIH