Download - Kemahiran menjawab kefahaman
Kemahiran Menjawab Kemahiran Menjawab Kefahaman (Bahagian 1)Kefahaman (Bahagian 1)
Perdendaharaan Kata
Yok! Cuba Teka.Yok! Cuba Teka.
Soalan: Apakah ingin penulis kemukakan
mengenai perasaan Sherlita?
‘Eh, seronoknya,’ Sherlita menyindir.
‘Eh, seronoknya,’ Sherlita mengeluh.
Soalan: Apakah perasaan Sherlita yang ingin dikemukakan dalam ayat pertama?
Apakah perasaan Sherlita yang ingin dikemukakan dalam ayat kedua?
“Eh, seronoknya,” Sherlita menyindir.
Menunjukkan bahawa Sherlita tidak berterus terang. Mencela / tidak setuju
“Eh, seronoknya,” Sherlita mengeluh.
menunjukkan bahawa Sherlita melahirkan rasa sedih
Objektif :Objektif :
1. Teknik-teknik untuk menjawab soalan-soalan berkenaan perbendaharaan kata
2. Teknik mencari makna melalui pembacaan dan pemahaman
Cara-cara yang dapat Cara-cara yang dapat membantu andamembantu anda::
1. Fahami makna di sebalik perkataan / frasa / ayat yang terdapat di dalam petikan
2. Lihat pada konteks ayat
1. Memahami melalui konteks 1. Memahami melalui konteks ayatayat
Contoh:
Nenek tua yang dikenali dengan panggilan Nek Mai sudah
lama menjual bungkusan-bungkusan keropok. Nenek tua
bongkok tiga ini hidup sebatang kara. Dia tidak mempunyai
anak dan suaminya sudah lama meninggal dunia. Ramai
yang prihatin dan bersimpati kepadanya
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan oleh penulis apabila beliau menggunakan perkataan prihatin?
Kenapa beliau menggunakan ‘prihatin’ dan bukan ‘lihat’?
Jawapannya:
Penulis ingin memberikan gambaran bahawa ramai yang mengetahui mengenai kesusahan hidup yang dialami oleh Nek Mai.
Contoh: Apabila diberitahu bahawa mangsa yang terbabit
dalam kemalangan dashyat itu adalah anak tunggalnya, Natasha terjelepok di atas lantai.
Soalan: Apakah yang dimaksudkan oleh penulis dengan
menggunakan perkataan terjelepok?
Pembayang :…di atas lantai
“Kau pengkhianat! Aku tak sangka kau sanggup menganiaya kawan sendiri,” Aqil tidak dapat membendung kemarahannya terhadap bekas ketua pejabatnya itu.
Soalan : Bagaimanakah perasaan Aqil?
Pembayang: “…sanggup menganiaya kawan sendiri…”…kemarahannya…
“Pakai sajalah baju kurung yang lama itu, bukankah masih boleh dipakai?”
“Sudah buruk, ayah. Sudah luntur warnanya. Fini malu pada kawan-kawan,” Syafini menangis mendayu-dayu.
Yok! Mari CubaYok! Mari Cuba
Soalan : Apakah yang membuat Syafini berasa malu?
Pembayang: …baju kurung yang lama……sudah buruk……warnanya…
Yok! Mari Cuba.Yok! Mari Cuba. Dia memandang sekeliling. Semuanya tidak
seindah dahulu. Baju-baju yang buruk bergantungan, meja kerusi buruk tiada menentu letaknya dan tin-tin kosong bergulingan di merata tempat.
Pembayang: …tin-tin kosong……di merata tempat…
Soalan:Bagaimanakah keadaan di situ?
Kerja BerpasanganKerja Berpasangan
Apakah pembayangnya?Cuba kamu kenal pasti dan gariskan
Nenek kulihat semakin tua. Wajahnya sering muram. Aku tahu nenek selalu teringatkan pondok buruknya di kampung. Hatinya hancur luluh mengenangkan rumahnya yang tinggal sepi dan tidak terbela semenjak kematian suami yang amat disayanginya tiga tahun yang lalu.
Sejauh ini, Feroz telah berjaya merangkul dua buah pingat perak ketika tampil dalam beberapa kejohanan yang berlangsung di Malaysia. Pingat pertamanya didapati dalam perlawanan tinju di Kuala Lumpur manakala pingat yang kedua dari kejohanan di Johor.
Apakah pembayangnya?Cuba kamu kenal pasti dan gariskan
Menurut Feroz, minatnya untuk mencuba bidang tinju datang secara kebetulan ketika dia melungsuri internet dan ‘tersasar’ ke laman tinju.
Apakah pembayangnya?Cuba kamu kenal pasti dan gariskan
Mari Kita BerkongsiMari Kita Berkongsi
Latihan IndividuLatihan Individu
Selamat Mencuba!Selamat Mencuba!