Download - Kemagnetan Dan Transformer
KEMAGNETAN DAN TRANSFORMER.
Disediakan oleh :
NORMAH ALAM
MUJID BENAZER
Apa itu magnet?
Magnet dikenali sebagai “besi berani” kerana
mempunyai kemagnetan yang berupaya menarik atau
menolak bahan magnet yang mengandungi magnet asli
dinamai magnetit – dari dalam bumi.
Bahan magnet terdiri daripada domain-domain yang
bertindak sebagai magnet halus. Domain-domain ini
berselerak.
Rajah 1
Domain-domain yang telah dimagnetkan tersusun rapi dan
menunjuk arah yang sama.
Domain-domain tersusun membentuk dua kutub:
kutub Utara dan kutub selatan.
Magnet terbahagi kepada 2 iaitu:
1) Magnet kekal
2) Magnet sementara.
1)Magnet kekal
Magnet semula jadi. Pelbagai bentuk.
RAJAH 2 : BENTUK MAGNET KEKAL
Sifat-sifat Magnet
Kutub sama - menolak
Kutub berlainan - menarik
Menarik bahan-bahan logam tertentu
Daya kemagnetan sesuatu magnet telah
diaplikasikan dalam pembuatan kompas.
Bahan magnet Bahan bukan magnet
Paku besi Kertas
Serbuk besi Plastik
Jarum Getah
Kunci Kaca
Klip kertas Cincin emas
Paku payung Syiling
Bahan-bahan Magnet dan Bukan Magnet.
2) Magnet Sementara 2.1) Elektromagnet.
Gabungan +elektrik + magnet
Magnet sementara. Cth: geganti. Loceng elektrik,
transformer.
Sifat kemagnetan disebabkan oleh pengaliran elektrik
melalui konduktor.
Gegelung dawai menunjukkan kekutuban kedua-dua hujung
dawai.
Arah medan magnet yang terbentuk adalah mengikut arah
utara-selatan dan boleh ditentukan dengan kompas.
Medan magnet gegelung dawai boleh dikuatkan dengan:
i. Menambahkan bilangan lilitan
ii. Menambahkan arus
ii. Mengurangkan diameter dawai
iv. Teras besi lembut ke dalam gegelung dawai.
v. Panjang teras ditambah
vi. Keratan rentas teras dikecilkan.
vii. Jenis bahan teras – kebolehtelapan bahan teras
tingkatkan (μ )
2.2 Transformer (Pengubah)
Transformer merupakan peranti yang berupaya
merendahkan atau meninggikan voltan AU di
dalam litar elektrik.
Transformer yang meninggikan voltan AU seperti
daripada 230V ke 1000V dinamakan transformer
peninggi.
RAJAH 3
Transformer yang merendahkan voltan AU dinamakan
transformer perendah.
Lilitan utama disambungkan kepada voltan AU masukan
manakala lilitan kedua disambungkan kepada beban.
Selain dari mempunyai satu keluaran transformer boleh
juga mempunyai beberapa keluaran mengikut kepada
bilangan lilitan kedua.
Jika terminal keluaran berada di tengah-tengah lilitan maka
transformer itu dinamakan transformer bertep tengah.