0
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 2
PANDUAN PERMOHONAN
PENSIJILAN DISIPLIN MEKANIKAL
KEJURUTERAAN FORENSIK
(MEKANIKAL)
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 3
KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. TAHAP PENSIJILAN
4. KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN
5. LATIHAN
6. SYARAT PERMOHONAN
7. CARA MEMOHON
8. PENILAIAN
9. LAMPIRAN
SENARAI KURSUS
SENARAI SEMAK
LAMPIRAN I : BORANG PERMOHONAN
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 4
1.0 PENGENALAN
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk
meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan perkhidmatan. Pensijilan ini
adalah sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan hasrat ini. Ianya juga
termaktub di dalam Pelan Peningkatan Kompetensi Cawangan dan adalah selaras
dengan aspirasi pengurusan atasan.
Pengwujudan program sebegini adalah melengkapi usaha jabatan untuk
menjadikan organisasi ini sebagai Pusat Kecemerlangan dan rujukan di peringkat
Negara dan dipersada dunia.
Jurutera Mekanikal (Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)) yang bertauliah adalah
mereka yang telah berjaya melalui asas latihan merangkumi rekabentuk sistem
mekanikal dan kejuruteraan forensic (mekanikal), penyelesaian isu sebenar di
tapak bina bagi menjadikan mereka amat berpotensi, berkemahiran tinggi dan
berkualiti. Mereka yang menerima pentaulihan ini adalah jurutera-jurutera
mekanikal yang telah mendapat kemahiran/kepakaran khusus dalam bidang sistem
mekanikal dan kejuruteraan forensik (mekanikal) di dalam projek-projek kerajaan.
Dengan pensijilan ini, Jurutera Mekanikal adalah diiktiraf telah mencapai tahap
kemahiran kompetensi pakar. Pegawai yang menerima pensijilan ini amat
berpotensi, berkemahiran tinggi, berkualiti dan menjadi sumber rujukan jabatan.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 5
2.0 OBJEKTIF
Mengiktiraf kompetensi, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan jurutera
dalam bidang mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal);
Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang strategik secara berperingkat
dan sistematik;
Meningkatkan kepakaran serta kualiti sistem penyampaian Kerajaan;
Meningkatkan motivasi jurutera mekanikal pakar dengan memastikan
kesinambungan kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing;
Peluang pembangunan dan kemajuan kerjaya yang lebih baik;
Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang
diberikan oleh jurutera mekanikal pakar.
3.0 TAHAP PENSIJILAN
Selaras dengan COMPETENCY MODEL & DICTIONARY JKR 20700-0285-17,
Program pensijilan ini terbahagi kepada DUA (2) tahap pengkelasan. Tahap
pengkelasan adalah terdiri daripada Tahap - 3 dan Tahap - 4.
Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan diberi
gelaran seperti berikut :
Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)Tahap 3
Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)Tahap 4
Calon yang bertaraf Jurutera Profesional (P.E) layak dipertimbangkan untuk Sijil
Jurutera Mekanikal Tahap 3 Kejuruteraan Forensik (Mekanikal), dengan syarat
calon perlu mempraktikkan bidang kejuruteraan mekanikal (kejuruteraan forensik
(mekanikal)) sekurang-kurangnya 5 tahun serta syarat yang berkaitan.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 6
4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN
Pemohon pensijilan perlu mempunyai pengetahuan seperti yang dinyatakan
didalam syarat -syarat yang disertakan bagi memohon pensijilan ini. Skop
pengetahuan bagi tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti dinyatakan
dibawah.
4.1 Pensijilan Tahap 3 – KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL)
Calon kompeten dalam perkara-perkara berikut:
a. Berkebolehan untuk memahami kod-kod amalan, standard, Garis Panduan
berkaitan kejuruteraan bagi-bagi perkara-perkara yang bercanggah ataupun
yang memberikan kesan dalam kes/kes penyiasatan tapak;
b. Calon berpengetahuan dan berkemampuan dalam rekabentuk terperinci
sistem mekanikal dalam bangunan;
c. Memahami fungsi komponen-komponen dan peranannya dalam operasi
keseluruhan sistem mekanikal;
d. Berkeupayaan untuk membuat syor dan anggaran kos sistem mekanikal
(Retrofitting – penggantian, ubahsuai, penambahbaikan, dll);
e. Pengujian dan pentauliahan pemasangan peralatan sistem mekanikal dalam
bangunan;
f. Berpengetahuan berkenaan penyenggaraan sistem mekanikal dalam
bangunan;
g. Mengetahui prosedur keselamatan untuk melaksanakan kerja-kerja
penyiasatan di tapak;
h. Berpengetahuan dan berkemampuan mengenalpasti spesifikasi bahan yang
digunakan dan pemasangan yang dibuat mematuhi spesifikasi jabatan;
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 7
i. Berpengetahuan berkenaan sistem elektrik untuk pemasangan dan kawalan
sistem mekanikal;
j. Calon berpengetahuan tentang kaedah pemeriksaan dan pengujian,
penggunaan peralatan, pengambilan serta pengumpulan data untuk kajian
kes/forensik; dan
Calon perlu dapat menganalisa isu, menjangkakan masalah dan menyediakan
cadangan penyelesaian yang berkaitan dengan sistem mekanikal. Calon perlu
mengetahui rekabentuk di tahap pertengahan dan memahami operasi sistem
mekanikal.
4.2 Pensijilan Tahap 4 – KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL)
Calon cekap dalam perkara-perkara berikut:
a. Berkebolehan untuk menghuraikan dan mengaplikasikan Polisi terkini, kod-
kod amalan, standard, spesifikasi jabatan, Garis Panduan berkaitan
kejuruteraan dan arahan-arahan lain yang berkaitan bagi-bagi perkara-
perkara yang bercanggah ataupun yang memberikan kesan dalam kes/kes
penyiasatan tapak;
b. Teknologi terkini berkaitan sistem mekanikal yang diperlukan untuk memenuhi
garis panduan, piawaian dan arahan-arahan berkaitan;
c. Berupaya merancang prosedur keselamatan untuk melaksanakan kerja-kerja
penyiasatan di tapak;
d. Calon mahir mengaplikasikan dan memanipulasi pelbagai kaedah
pemeriksaan dan pengujian, penggunaan peralatan, pengambilan serta
pengumpulan data untuk kajian kes/forensik;
e. Menganalisis data bagi menghubungkaitkan dengan isu-isu forensik berkaitan
bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan;
f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,
mengenalpasti dan menyelesaikan punca masalah melibatkan sistem
mekanikal dalam bangunan (troubleshooting);
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 8
g. Berupaya untuk menganalisa isu berkenaan sistem elektrik untuk
pemasangan dan kawalan sistem mekanikal;
h. Berpengetahuan dan berkemampuan mengenalpasti spesifikasi bahan yang
digunakan dan pemasangan yang dibuat mematuhi spesifikasi jabatan; dan
i. Hadir kursus berkaitan forensic mechanical specialist services – equipment
troubleshooting, forensic data science, dll.
Selain memenuhi semua keperluan skop pengetahuan kategori Pensijilan Tahap 4,
calon yang berkelayakan adalah perlu menjadi sumber rujukan kepada pihak lain
yang memerlukan khidmat nasihat dalam bidang berkaitan forensik. Calon juga
perlu berkebolehan membangunkan teknik, prosedur atau proses berkaitan kerja-
kerja forensik dan juga berkeupayaan untuk menjadi mentor kepada pegawai-
pegawai lain serta boleh menjana amalan terbaik di peringkat organisasi dan
peringkat yang lebih meluas.
5.0 LATIHAN
Bagi memastikan calon-calon telah dilatih secara terancang dan sistematik, mereka
dikehendaki menyertai kursus teknikal seperti yang termaktub di dalam dokumen
Pelan Pengurusan Kompetensi Dan Program Latihan Jurutera dan Penolong
Jurutera Mekanikal JKR.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 9
6.0 SYARAT PERMOHONAN
Calon calon yang berminat boleh memohon tahap pensijilan yang telah dinyatakan
dengan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.
6.1 Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal) Tahap 3
Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;
a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kejuruteraan Forensik Tahap 3;
b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Siswazah;
c) Menghadiri dua kursus Modul Mechanical Specialist Services (berkaitan
forensik) atau Pengujian & Pentauliahan, atau Penyelenggaraan; (sila lihat senarai
kursus teknikal wajib)
d) Memperolehi pensijilan kompetensi Tahap 2 untuk sistem penyaman udara
dan satu sistem mekanikal lain yang berkaitan;
ATAU
e) Calon yang mempunyai kelayakan Jurutera Profesional (P.E) layak
dipertimbangkan dengan syarat calon perlu mempraktikkan bidang
kejuruteraan mekanikal (kejuruteraan forensik (mekanikal)) sekurang-
kurangnya 5 tahun serta syarat-syarat lain yang berkaitan.
6.2 Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal) Tahap 4
Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;
a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kejuruteraan Forensik Tahap 4;
b) Berstatus Jurutera Profesional (P.E);
c) Menghadiri dua kursus berkaitan Forensic Mechanical Specialist Services; (sila
lihat senarai kursus teknikal wajib)
d) Calon perlu mempraktikkan bidang berkaitan sistem mekanikal dalam
bangunan sekurang-kurangnya 5 tahun dan berpengalaman melaksanakan
kerja-kerja forensik bagi sistem mekanikal dalam bangunan sekurang-
kurangnya 3 tahun;
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 10
e) Memperolehi pensijilan kompetensi Tahap 3 untuk sistem penyaman udara
dan satu sistem mekanikal lain yang berkaitan;
ATAU
f) Mempunyai ijazah sarjana dalam bidang forensik.
7.0 CARA MEMOHON
Hebahan program ini akan disiarkan melalui :
Laman web rasmi JKR / CREaTE
Borang permohonan adalah di seperti Lampiran I.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh dikemukakan kepada Urusetia
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya.
Borang permohonan, laporan pengalaman dan kertas kerja/jurnal/artikel yang
lengkap, boleh dikemukakan kepada Urusetia Pelaksanaan Program Pensijilan
Kepakaran Jurutera Mekanikal beralamat seperti berikut :
Urusetia
Program Pensijilan Kepakaran Jurutera Mekanikal
Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteran
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR
Alor Gajah, Melaka
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 11
8.0 PENILAIAN
8.1 Kaedah
Proses Penilaian adalah berasaskan kepada temuduga dan laporan pengalaman
beserta sikap yang akan di kendalikan oleh pihak Urusetia Pelaksanaan Program
Pensijilan Jurutera Mekanikal.
Calon yang telah memiliki Ijazah Lanjutan atau pernah menyediakan kertas kerja/
jurnal samada melalui JKR/ Agensi lain akan diberi pertimbangan sewajarnya.
Kertas kerja dan laporan pengalaman hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian/
Ketua Jabatan.
Panel penilai bagi pensijilan adalah terdiri dari pegawai-pegawai yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Program Pensijilan Jurutera Mekanikal.
8.2 Pemarkahan
Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut :
Kriteria Markah
Temubual 50%
Personaliti dan perwatakan 20%
Pengetahuan Am 10%
Kepimpinan 10%
Kemahiran Komunikasi 10%
Kertas Kerja & Laporan Pengalaman 50 %
Laporan Pengalaman
Sumbangan / Track Record berkaitan dengan
sub bidang kepakaran yang dipilih
Projek/ Khidmat Nasihat berkaitan dengan sub
bidang kepakaran yang dipilih (laporan lengkap
– rekabentuk konsep, pengiraan dan lain-lain)
Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan
Jurnal/ Artikel
Calon calon perlu mendapatkan markah keseluruhan sekurang - kurangnya
80 % untuk lulus dalam sesi penilaian ini.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 12
SENARAI KURSUS
Kursus - kursus teknikal yang wajib dihadiri oleh calon bagi pensijilan tahap yang
berkaitan mengikut bilangan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
1. Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal) Tahap 3
Modul Program Tajuk Kursus Bil. hari
Kepakaran 1. Analisa Forensik Dalam Sistem Mekanikal 2
2. Mould Prevention (Asas) 1
Pengujian dan Pentauliahan
1. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3
rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
2. Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal) Tahap 4
Modul Program Tajuk Kursus Bil. hari
Kepakaran 1. Analisa Forensik Dalam Sistem Mekanikal 2
2. Mould Prevention (Lanjutan) 1
3. AC Control System (Diagnose & Troubleshooting)
1
Pengujian dan Pentauliahan
1. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3
rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 13
SENARAI SEMAKAN UNTUK PERMOHONAN
Dokumen dokumen yang perlu dihantar kepada urusetia adalah :
i. Borang Permohonan Pensijilan Jabatan Kerja Raya(Sistem Automasi Bangunan)
ii. Salinan Sijil-sijil berkaitan (Ijazah, PhD, P.E. etc)
iii. Salinan pengesahan Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan Jurnal/
Artikel
iv. Laporan pengalaman dan latihan yang telah dilalui
v. Sijil kehadiran kursus teknikal wajib
vi. Maklumat dan Dokumen Tambahan
Disediakan oleh : Urusetia Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya Disiplin Mekanikal
LAMPIRAN I
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA BORANG PERMOHONAN
PROGRAM PENSIJILAN KEPAKARAN JURUTERA MEKANIKAL
TAHUN 20....
1. NAMA :___________________________________________________________________
2. No. K.P :___________________________________________________________________
3. ALAMAT TEMPAT BERTUGAS: ______________________________________________________
________________________________________________________________________________
4. NO. TEL PEJABAT & BIMBIT:________________________________________________________
5. FAKSIMILI :_______________________________________________________________________
6. EMEL :__________________________________________________________________________
7. JAWATAN & GRED:________________________________________________________________
8. KELAYAKAN AKADEMIK:____________________________________________________________
:____________________________________________________________
9. KELAYAKAN PROFESIONAL/KOMPETEN :_____________________________________________
:_______________________________________________________________________________
10. TEMPOH PERKHIDMATAN TETAP DI JKR :_____________________________________________
(Sehingga tarikh memohon)
Sila nyatakan sub-bidang kepakaran yang dipilih dan tandakan (/) pada tahap pensijilan yang dimohon pada petak yang
disediakan.
Sub-Bidang Kepakaran JM Tahap 2 JM Tahap 3 JM Tahap 4
SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA KENYATAAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR DAN SAYA TELAH
MENEPATI SEMUA SYARAT YANG DITETAPKAN BAGI PENSIJILAN YANG DIMOHON.
_____________________ ______________________________ TARIKH TANDATANGAN & COP PEMOHON
(A) MAKLUMAT PERIBADI & PERKHIDMATAN
(B) KATEGORI PENSIJILAN
(C) ULASAN KETUA BAHAGIAN
1. SAYA SOKONG/ TIDAK SOKONG PERMOHONAN JURUTERA MEKANIKAL INI UNTUK PENSIJILAN
DIATAS.
_______________________ _________________________________ TARIKH TANDATANGAN KETUA BAHAGIAN & COP RASMI JABATAN
LAMPIRAN I
TAHUN
BERKHIDMAT
(DARI-HINGGA)
TEMPAT
BERTUGAS JAWATAN, PERANAN & TANGGUNGJAWAB
Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.
(D) PENGALAMAN KERJA (dari mula berkhidmat hingga kini)
LAMPIRAN I
BIL
TAJUK DAN KETERANGAN RINGKAS
Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.
(E) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Kertas kerja/ Laporan/ Jurnal/ dan lain-lain)
LAMPIRAN I
BIL KEKOMPETENAN
TAHUN
(F) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Lain-lain Sijil Kekompetenan)
Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.