Download - Kategori Murid Pendidikan Khas
-
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
1/13
KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS
CIRI-CIRI MURID PPKI MENGIKUT KATEGORISINDROM DOWN
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran
sebahagian atau kesemua kromosom 21.
Ciri-ciri
1. bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikhantik pada sudut dalam mata2. hipotonia otot (poor muscle tone)3. batang hidung leper
4. satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian)
5. lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampirantonsil)
6. leher pendek
7. tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield
8. lentur melampau pada sendi9. kecacatan jantung kongenital
10.jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya
-
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
2/13
AUTISME
Autisma bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara
di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri kanak-kanak menjadi tidak menentu. Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiranataupun sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal.Tiada ubat dalam masalah autisma
kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah
ini dapat dikurangkan.Autisma melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira
umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi.
Ciri-ciri
1. Pola perlakuan yang unik :
Penerimaan deria yang aneh. Sering membuang masa kepada sesuatu objek yang tidak diketahui fungsinya dan gemar
memutar-mutar barang sambil berkhayal.
Terlalu menyayangi sesuatu objek sehingga sukar dipisahkan daripadanya.
Rutin harian yang dirancang secara detail.
-
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
3/13
2. Masalah perhubungan dengan orang di sekeliling :
Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat dan
tidak berminat dengan kemahiran yang diajar.
Suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang dan hanya akan berhenti apabila
ditegur. Suka bersendirian dan menganggap manusia sebagai objek dan hanya berinteraksi bila di
dekati dengan cara-cara tertentu dan dengan individu yang disukai.
Tidak mahu bertentang mata sewaktu bercakap seolah-olah mereka melihat
menembusinya.
3. Gemar memeriksa anggota badan seperti kaki dan tangan seolah-olah benda itu baru dan
pelik
4. Mengalami masalah pertuturan :
Sering mengulangi soalan yang diajukan. Suka meniru percakapan orang lain.
Kadangkala menggunakan suara yang luarbiasa untuk menuturkan sesuatu perkataan.
5. Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal :
Meletuskan kemarahan yang amat sangat atau mengamuk dan disusuli dengan perlakuanagresif.
Ianya berlaku tanpa sebab atau kerana kehilangan sesuatu objek yang disayangi atau
dilarang dari melakukan sesuatu perkara yang mereka mahu.
Mengilai, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
Tidak tahu erti bahaya dan gemar melakukan sesuatu yang merbahaya.
6. Intelek yang luar biasa walaupun autisma :
Mereka meminati matapelajaran Matematik. Gemarkan permainan seperti Jigsaw Puzzles.
Suka menyanyi atau mengingati lirik lagu serta suka mendengar semua jenis muzik.
Boleh menghafal senarai nombor telefon, tarikh, nama, sajak, dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran mekenikal yang luar biasa.
7. Tidak suka kepada perubahan dan sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin.
-
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
4/13
DISLEKSIA
Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan
bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi mereka
mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.
Ciri-ciri
1. Keliru dengan arah kiri dan kanan.2. Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
3. Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
4. Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat.
5. Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.6. Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.
7. Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.8. Keliru dengan nombor-nombor.9. Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan dominan,
dan sering terlanggar barang di sekitar.
10.Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya secaraberulang-ulang.
11.Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.
12.Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar bergaul.
13.Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.14.Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham.
https://lh4.googleusercontent.com/-elKint_K7Ns/TXbZ9SPkN6I/AAAAAAAAAcg/kpNqedHnKw0/s1600/dyslexia.jpg -
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
5/13
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER
(HIPERAKTIF)
Hiperaktif merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal,
agresifdan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian kanak-kanak
normal. Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun
dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka meningkat dewasa. Hiperaktif dapat
dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk tempoh masa yang sementara.
Ciri-ciri
1. Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap.
2. Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain.3. Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam.
4. Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat serta
gemar meniru perlakuan orang lain.5. Dapat melakukan setuatu kerja dengan pantas tetapi terburu-buru.
6. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.
7. Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.8. Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.9. Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising.
10.Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain.
11.Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.12.Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan barang
orang lain.
https://lh4.googleusercontent.com/-1QGA0TGNaY8/TXbbhYps01I/AAAAAAAAAck/hjj4C_SV6Gw/s1600/ADHD_img_5.jpg -
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
6/13
LEMBAM/SLOW LEARNER
Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan inteleksederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan
melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan
mengingat dengan berkesan.
Ciri-ciri
1. Bermasalah mengenal bentuk huruf.2. Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.
3. Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.
4. Menutup muka dengan buku sewaktu belajar.5. Membaca setiap perenggan terlalu lama.
6. Ejaan perkataan seringkali salah.
7. Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong.
8. Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh.9. Lambat sewaktu menulis.
10.Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam.11.Mempunyai konsep kendiri rendah.12.Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian mudah
dialihkan oleh rangsangan luar.
13.Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.
https://lh5.googleusercontent.com/-zMb7BDKP3oo/TXbdsJoiMPI/AAAAAAAAAco/how1oALIRgg/s1600/SLOW+LEARNER.jpg -
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
7/13
Ciri-Ciri Murid PemulihanEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-
murid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan
tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.
Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:
a.
1) Emosi dan Tingkahlaku
Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.
Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
Bersikap pasif.
Malas
2) Sosial
Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu
kawan-kawan. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
Hyper aktif.
http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6500759817834676830&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6500759817834676830&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6500759817834676830&target=twitterhttp://4.bp.blogspot.com/-ugMP90jmCs0/T2HD9HRRg-I/AAAAAAAAAUc/pFN4_vqvt1c/s1600/090320121083.jpghttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6500759817834676830&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6500759817834676830&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6500759817834676830&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8218368556468225960&postID=6500759817834676830&target=email -
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
8/13
3) Kesihatan
Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.
Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
Kurang menjaga kebersihan diri.
4) Kesediaan Belajar
Belum bersedia untuk belajar.
Perbendaharaan kata kurang.
Lemah pemahaman.
Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Kurang matangIQ tidak seimbang dengan umur hayat.
5) Pengamatan
Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
Lambat mengelaskan benda atau nombor.
Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
Tidak dapat menyelesaikan masalah.
Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
Lemah pergerakan dan perbuatan.
Lemah daya pemikiran/ingatan.
Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
Sukar untuk membuat kenyataan am
Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2009***
-
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
9/13
CIRI CIRI MURID PEMULIHAN
Definisi pemulihan mengikut kamus dewan edisi terbaharu bermaksud dipulihkan . Setiap insan
yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai pelbagai jenis insan yang bernama manusia , ada
yang normal ,dan ada juga yang kurang berkeupayaan dari segi fizikal dan mental . Begitu juga
dengan setiap sekolah di Malaysia sudah pasti terdapat pelbagai jenis murid murid yang ada di
sekolah tersebut ,antaranya adalah murid murid pendidikan pemulihan . Murid murid
pendidikan pemulihan sememangnya mempunyai ciri ciri yang sangat berbeza dari segi
keupayaan mentalnya .berbanding muridmurid normal yang lain .
Walaupun secara dasar atau secara kasarnya murid murid pendidikan pemulihan ini merupakan
muridmurid yang normal dari segi fizikal tetapi mereka agak lambat dari segi pembelajaran .
Mereka tidak boleh seiring belajar dengan pelajar normal yang lain Oleh itu adalah penting bagi
guru pemulihan itu mengenal pasti ciri ciri fizikal dan keupayaan kognitif murid- murid ini
supaya mereka dapat diberikan layanan dan pelajaran yang sesuai dengannya . Melalui
pemerhatian dan rujukan daripada guru yang berpengalaman luas dalam bidang ini ,maka dapat
disenaraikan beberapa ciri
ciri murid pendidikan pemulihan ini antaranya ialah :
- Pemalu
- Rendah diri
- Pendiam
- Kesediaan belajar
- Selalu tidak hadir disekolah
- Takut mencuba
- Bergantung pada guru
pemulihan
- Penampilan yang kurang
kemas
- Sikap pemalas ketika berada
berada dalam kelas
pemulihan pengamatan .
-
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
10/13
Ciri-ciri Murid
SIAPA MURID PEMULIHAN KHAS ???
AE Tanseley dan R. Culliford Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan
kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.
M. F . Clough Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang
berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulandan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.
Sharifah Rahman Ali Kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan
mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana.
Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).
CIRICIRI MURID PEMULIHAN KHAS Lemah koordinasi psikomoto, penglihatan dan pendengaran.
Lemah daya pemikiran. Lemah daya pertuturan. Kurang keyakinan diri. Gangguan kesihatan.
Tiada atau kurang daya taakul.
Kurang pengalaman. Kurang perbendaharaan kata. Lambat menerima konsep.
Emosi tidak stabil. Mudah lupa.
-
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
11/13
Bahasa murid-murid pemulihan khas
Apabila berbicara soal bahasa terbayang di benak kita tentang sesuatu pengucapan yang sering
kita ucapkan apabila bertemu dengan orang lain.Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan
bahasa untuk berinteraksi sesama sendiri. Keupayaan kita menguasai bahasa akan membolehkan
kita menyampaikan pendapat atau perasaan dengan lebih baik lagi kepada orang lain. Kita sering
menyebut perkataan bahasa, tapi apakah makna bahasa sebenarnya? Bagaimanakah bahasa itu
diperolehi? Apakah yang ada dalam bahasa itu sendiri? Justeru, kita mestilah mengetahui
bagaimana bahasa itu wujud.
Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu
sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara
sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak
formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan
lebih baik lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui
mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah
untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Menurut
Jabatan Pendidikan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia kanak-kanak masalah pembelajaran
ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap
-
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
12/13
boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Mengikut tulisan Mohd. Sharani
dalam bukunya yang bertajuk, Mengurus kanak-kanak yang susah belajar (2006) menyatakan
kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal
hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca,
menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti
pelajaran secara formal seperti pelajar lain yang seusia dengan mereka. Kebanyak mereka
dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran sejak di tahun pertama persekolahan mereka lagi.
Terdapat dua petunjuk utama untuk mengenali masalah pembelajaran mereka iaitu:
Pertama: Walalupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan dan
lemah. Ini disebabkan tahap perkembangan mereka menyerupai kanak-kanak yang lebih muda
beberapa tahun daripada mereka.
Kedua: Perkembangan mereka tertunda. Ini disebabkan mereka gagal setanding dengan mereka
yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan
kemahiran vokasional mereka. Ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran
ialah seperti berikut:
Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M)
Keliru dengan nombor 13 dan 31, p dengan q, dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun
huruf.
-
7/29/2019 Kategori Murid Pendidikan Khas
13/13
Sukar mengikut arahan.
Gangguan emosi.
mempunyai darjah kecerdasan di antara 70 hingga 80.
Tidak ada motivasi, pemalu, penakut, mudah terganggu.
Selalu gagal dalam latihan dan ujian, dan lain-lain lagi.
Jenis-Jenis PemulihanPemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)
Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini.Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai 3M, yang telah dikenalpasti melalui Ujian Saringan.
Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)
Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa.Murid-murid yangmenghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.