Download - Kata Tugas
KATA TUGAS
Ahli kumpulan :
Maisarah Nur Atikah Bt Mohd Suhaini KuAznita Bt Ku Abdullah
Suzanna Bt Ahmad
A’azizah Bt Jamai
Nama Pensyarah : En.Azizi Bin Abd.Rahman
KATA TUGAS
Definisi Kata Tugas
Kata tugas ialah kata yang tidak dapat berdiri dengan sendiri. Ia memerlukan perkataan lain untuk membentuk ayat yang lengkap.
Semua perkataan yang bukan kata nama, kata kerja dan kata adjektif digolongkan sebagai kata tugas.
Contoh : dan, atau, yang
KATA TUGA
S
KATA PENYAMBUNG AYAT
KATA PRAKLAUSA
KATA PRAFR
ASA
JENIS-JENIS KATA TUGAS
Definisi
Kata Penyambung Ayat ialah perkataan yang bertugas menghubungkan dua atau lebih daripada dua binaan ayat
Terbahagi kepada dua jenis :
KATA PENYAMBUNG AYAT
Kata Penyambung AyatKata Hubung Gabungan
Kata Hubung PancanganRelatif
Komplemen
Keterangan
Jenis-Jenis Kata Penyambung Ayat
Definisi
Kata Hubung Gabungan ialah perkataan yang menghubungkan dua atau lebih kata / frasa yang setara sifatnya
Contoh : atau, dan, serta, tetapi
Contoh ayat : Awak suka cerita ini atau
cerita itu.
Kata Hubung Gabungan
Definisi
Kata Hubung Pancangan ialah kata hubung yang menghubungkan klausa tak sama setara pada klausa utama.
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
Kata Hubung Pancangan
Definisi
Kata Hubung Pancangan Relatif ialah perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.
Contoh : yang Contoh ayat : Mariam membeli kasut yang
berwarna hitam.
Kata Hubung Pancangan Relatif
Definisi
Kata Hubung Pancangan Komplemen ialah
perkataan yang menghubungkan klausa utama
dengan klausa pelengkap.
Contoh : bahawa , untuk
Contoh ayat : Kami percaya bahawa dia
tidak bersalah.
Kata Hubung Pancangan Komplemen
Definisi
Kata Hubung pancangan keterangan ialah perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa keterangan.
Contoh : semoga, ketika, sekiranya, kerana
Contoh ayat : Farid dirawat di hospital kerana dia demam panas.
Kata Hubung Pancangan Keterangan
Definisi
Kata praklausa ialah perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, atau penerang pangkal klausa.
Terbahagi kepada lima jenis iaitu :
KATA PRAKLAUSA
Jenis-jenis Kata
Praklausa
Kata Seru
Kata Tanya
Kata Pemben
ar
Kata Perintah
Kata Pangkal
Ayat
Jenis-jenis Kata Praklausa
Definisi
Kata Seru ialah perkataan yang digunakan
untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan.
Contoh : oh, wah, aduh, eh, amboi, cis
Contoh ayat : Wah, besarnya rumah
Nazirah !
Kata Seru
Definisi
Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau seseorang.
Contoh : apa, siapa, bila mengapa, berapa Contoh ayat : Siapa ketua kelas awak?
Kata Tanya
Definisi
Kata Pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk membenarkan sesuatu pertanyaan
Contoh : benar, betul, ya Contoh ayat : Benar, sayalah yang bersalah
dalam hal ini.
Kata Pembenar
Definisi
Kata Perintah adalah untuk menyampaikan arahan, larangan, suruhan atau permintaan.
Contoh : jangan, sila, tolong Contoh ayat : Jangan berebut semasa
menaiki bas.
Kata Perintah
Definisi
Kata Pangkal Ayat ialah perkataan yang digunakan sebagai penanda dalam kesinambungan ayat
Contoh : maka, alkisah, adapun Contoh ayat : Adapun keris itu milik Hang
Tuah dari Melaka.
Kata Pangkal Ayat
Definisi
Kata Prafrasa ialah perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
Terbahagi kepada lapan jenis :
KATA PRAFRASA
Kata Prafrasa
Kata Penegas
Kata Arah
Kata Bantu
Kata Sendi Nama
Kata Nafi
Kata Pemeri
Kata Bilangan
Kata Penguat
Jenis-Jenis Kata Prafrasa
Definisi
Perkataan yang digunakan bagi menimbulkan makna-makna tambahan dalam frasa kerja.
Terbahagi kepada dua jenis :
Kata Bantu
Kata Bantu
Kata bantu aspek:Bertugas untuk
membezakan masa.Contoh: sudah, telah, belum, sedang, masih.
Contoh ayat Izzati belum makan.
Kata bantu ragam:Untuk menyatakan atau
menerangkan ragam perasaan berkaitan
perbuatan.Contoh: hendak, harus,
dapat, mesti, mahu, boleh.
Contoh ayat : Kamu harus tabah
menghadapi ujian itu.
Jenis-jenis Kata Bantu
Definisi
Perkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Terbahagi kepada tiga jenis :
Kata Penguat
Kata Penguat
Kata Penguat Bebas
Kedudukannya sama ada di
hadapan atau di belakang kata
adjektif.Contoh:
sungguh, amat, sangat.
Contoh ayat :Penduduk di kampung itu
sangat miskin.
Kata Penguat Belakangbelakang:
Kedudukan di belakang kata
adjektif.Contoh: sekali,
benar, nian.Contoh ayat :
Suasana di kampung Farah damai sekali.
Jenis-jenis Kata Penguat
Definisi
Bagi menafikan atau menidakkan seseorang atau sesuatu perkara.
Contoh: tidak, bukan
Contoh ayat : Proton Iswara itu bukan kereta saya.
Kata Nafi
Definisi
Digunakan untuk memerikan sesuatu hal .
Contoh: ialah, adalah.
Contoh ayat : Kenyataan itu adalah benar.
Kata Pemeri
Definisi
Perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan dalam ayat.
Terbahagi kepada dua jenis:
Kata Penegas
Kata PenegasMenegaskan
frasa predikat.
Contoh: lah, kah, tah.
Contoh ayat :Tolonglah jangan
ke sini lagi.
Kata yang bersifat bebas.
Contoh: juga, memang, hanya, lagi, sahaja, jua.Contoh ayat :
Di dalam kotak itu hanya ada
sebatang lilin.
Jenis-jenis Kata Penegas
Definisi
Perkataan yang terdapat kebiasaannya pada bahagian hadapan frasa nama yang mempunyai tugas tersendiri.
Contoh: terhadap, umpama, dengan,
daripada, hingga, oleh.
Contoh ayat : Pencuri itu telah ditangkap oleh polis.
Kata Sendi Nama
Definisi
Digunakan untuk menunjukkan arah atau hala sesuatu perkara.
Contoh: atas, bawah, tepi, hujung, kiri, kanan.
Contoh ayat : Mereka berkelah di tepi sungai.
Kata Arah
Definisi
Perkataan yang menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu perkara, orang atau benda.
Terbahagi kepada lima jenis :
Kata Bilangan
Kata Bilanga
n
Kata Bilangan
Tentu
Kata Bilangan
Tak TentuKata
Bilangan Himpuna
n
Kata Bilangan Pisahan
Kata Bilangan Pecahan
Jenis-jenis Kata Bilangan
Definisi : Bilangan yang tentu jumlahnya Contoh : seekor, dua, tiga Contoh ayat : Pak Amir memiliki seekor
lembu.
Definisi : Bilangan yang tak tentu jumlahnya Contoh : beberapa, seluruh, semua. Contoh ayat : Semua pelajar berkumpul di
padang sekolah.
Kata Bilangan Tentu
Kata Bilangan Tak Tentu
Definisi : Menunjukkan bilangan yang tentu Contoh : berpuluh-puluh, bertahun-tahun. Contoh ayat :Bertahun-tahun Ali pergi bertapa.
Definisi : Menunjukkan bilangan tak tentu Contoh : masing-masing, tiap-tiap, setiap Contoh ayat : Setiap hari Fahmi bermain bola.
Kata Bilangan Himpunan
Kata Bilangan Pisahan
Definisi : Kata bilangan pecahan Contoh : separuh, setengah, dua per tiga. Contoh ayat : Separuh daripada kek itu
telah dimakan oleh Kasmah.
Kata Bilangan Pecahan
LATIHAN
Gariskan jawapan yang betul
1. Bas itu bergerak ___________ membelok ke kiri ( atau, lalu )
2. Awak suka cerita itu _________ cerita ini
( tetapi, atau )
3. ________harga buku ini ? ( Berapa, Mengapa )
4. ________ berebut semasa menaiki bas ( Sila, Jangan )
5. ________ besarnya rumah Mariam!
( Eh, Wah )
JAWAPAN
Gariskan jawapan yang betul1. Bas itu bergerak ________ membelok ke kiri
( atau, lalu)
2. Awak suka cerita itu _________ cerita ini
( tetapi, atau )
3. _________ harga buku ini ? ( Berapa, Mengapa )
4. _________ berebut semasa menaiki bas
( Sila, Jangan )
5. __________, besarnya rumah Mariam!
( Eh, Wah )
TERIMA KASIH