KAJIAN KAREKTOR OPERA CINA
Roselyn Hii Ya Wen
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka)
2012
KAJIAN KAREKTOR OPERA CINA
ROSELYN HII YA WEN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Senireka)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2012
i
Projek bertajuk “KAJIAN KAREKTOR OPERA CINA” telah disediakan oleh
ROSELYN HII YA WEN dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan
Kepujian (Teknologi Seni Reka).
Diterima untuk diperiksa oleh:
_________________________
( En. Terry Lucas)
Tarikh:________________________
ii
PENGAKUAN
Penulis mengakui bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan atau
dilaporkan dalam tesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk
suatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institusi pengajian
tinggi lain.
_______________________
(ROSELYN HII YA WEN)
No. Matrik: 24917
iii
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana bimbingan-Nya
membawa saya ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan mendampingi
saya melalui pelbagai cabaran sepanjang tiga tahun ini. Tanpa kurniaan kekuatan,
keyakinan, ketabahan dan kebijaksanaan daripada-Nya, saya tidak dapat
menyiapkan Ijazah Sarjana Muda ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada keluarga saya terutama
bapa saya, Hii Seng Ming, dan ibu saya, Ngo Tai Hee yang sentiasa berdoa,
bertimbang rasa dan memberi kepercayaan serta sokongan sepenuhnya ke atas apa
yang saya lakukan sepanjang pengajian saya di UNIMAS.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada penyelia projek tahun akhir saya yang arif dan bertanggungjawab, Encik
Terry Lucas dan Cik Haslina Senin, kerana mereka telah banyak menyumbangkan
masa, tenaga, idea, cadangan, nasihat, motivasi, sokongan, dan bimbingan dalam
projek ini.
Sehubungan itu, saya turut ingin merakamkan penghargaan kepada Cik
Auzaini dan Encik Lincoln yang secara tidak langsung membantu menjayakan
projek ini. Pada masa yang sama, tanpa bantuan dan sokongan daripada rakan-
rakan saya amat dihargai terutamanya Adrian Yeoh Aun Hong, Ong Ming Loo,
Hii Mon Nie, kajian ini tidak akan berjaya. Tidak lupa juga, saya ingin berterima
kasih kepada senior animasi, rakan sekelas, dan rakan serumah.
iv
Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam projek ini. Semoga projek ini dapat
memanfaatkan para mahasiswa-mahasiswi pada masa depan dan menjadi satu
rujukan kepada sesiapa yang ingin meneruskan kajian ini dengan lebih lanjut.
v
ISI KANDUNGAN
Halaman Tajuk
Borang Pengesahan Status Tesis
Pengesahan dan Tandatangan Penyelia i
Pengakuan Pelajar ii
Penghargaan iii
Isi Kandungan v
Senarai Jadual x
Senarai Carta Bar xii
Senarai Gambarajah xiv
Abstrak xvi
Abstract xvii
1. BAB 1 - PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang kajian 2
1.2.1 Sejara Opera Cina 2
1.2.2 Sejarah Persatuan Dramatik Fukien Yi Sing 4
Kuching
1.3 Definisi 5
1.3.1 Definisi Karektor 5
1.3.2 Definisi Opera Cina 6
1.4 Permasalahan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Matlamat Kajian 8
1.7 Hipotesis 8
1.8 Kepentingan Kajian 8
1.9 Skop Kajian 9
1.10 Populasi Kajian 9
1.11 Kesimpulan 9
vi
2. BAB 2 - SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Karektor 10
2.3 Chibi 11
2.4 Opera Cina 11
2.4.1 Kostum 11
2.4.2 Solekan atau Lukisan Wajah 12
2.4.3 Ekspresi 12
2.5 Animasi 13
2.6 Warna 14
2.7 Kesimpulan 14
3. BAB 3 - Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan 15
3.1.1 Reka Bentuk Kajian 15
3.2 Kaedah Kualitatif 15
3.2.1 Temuramah 16
3.2.2 Analisa Kandungan 16
3.2.3 Eksperimentasi 16
3.2.4 Pendekatan Perisian 17
3.3 Kaedah Kuantitatif 17
3.3.1 Borang Kaji Selidik 17
3.4 Kesimpulan 18
4. BAB 4 - HASIL DAPATAN
4.1 Pengenalan 19
4.2 Analisis Data Borang Kaji Selidik 19
4.2.1 Kesimpulan Analisa Data Borang Kaji Selidik 38
4.3 Analisa Visual 38
4.3.1 Karektor Sheng 38
vii
4.3.2 Karektor Dan 41
4.3.3 Karektor Jing 43
4.3.4 Karektor Chou 45
4.4 Analisa Video 47
4.4.1 Keputusan Analisa Video 48
4.4.2 Kesimpulan Analisa Video 52
4.5 Pemerhatian 53
4.6 Seni Membaca Wajah 54
4.7 Temuramah 56
4.7.1 Responden Pertama - Encik Zhou Yi Shan 56
4.7.2 Responden Kedua - Encik Kamal Bahrin 57
4.8 Eksperimen 58
4.8.1 Eksperimen Teknik dan Gaya Mereka Cipta 58
Karektor
4.8.2 Eksperimen Garisan 60
4.8.3 Eksperimen Teknik dan Gaya Menghasilkan 60
Animasi
4.9 Kesimpulan 60
5. BAB 5 - CADANGAN DAN REKA BENTUK
5.1 Pengenalan 61
5.2 Konsep Seni 61
5.3 Reka Bentuk Karektor Atau Watak 62
5.3.1 Perkembangan Idea 62
5.3.2 Lakaran 63
5.3.3 Reka Bentuk Karektor Dengan Menggunakan 63
Perisian
5.3.4 Ketinggian Karektor 65
5.3.5 Cara Melukis Karektor Opera Kids 66
5.4 Sinopsis 66
5.5 Teknik Animasi 67
viii
5.6 Muzik yang Digunakan 69
5.7 Rekaan Latar Belakang 70
5.8 Logo 71
5.9 Character Bible 71
5.10 Papercraft 73
5.11 Hasil Karya 74
5.12 Kesimpulan 74
6. BAB 6 - Validasi
6.1 Pengenalan 75
6.2 Analisa Data Borang Validasi 75
6.3 Kesimpulan 82
7. BAB 7 - Tuntutan
7.1 Pengenalan 83
7.2 Tajuk 83
7.3 Latar Belakang 83
7.4 Karektor 83
7.5 Muzik atau Bunyi 84
7.6 Tuntutan 84
8. BAB 8 - Rumusan 85
9. BIBLIOGRAFI 87
ix
10. LAMPIRAN 90
A Jadual Perancangan Tahun 2011 90
B Jadual Perancangan Tahun 2012 91
C Soalan semasa berwawancara dengan pengarah 92
Persatuan Dramatik Fukien Yi Sing, Encik Zhou
Yi Shan.
D Soalan semasa berwawancara dengan animator, 93
Encik Kamal Bahrin
E Borang Kaji Selidik 94
F Skrip Cerita 107
G Papan Cerita 110
H Reka Bentuk Persekitaran 111
I Pembentangan Panel Akhir (Taksiran CIPTA 2012) 112
J Pembentangan Panel Akhir (Pameran CIPTA 2012) 113
K Poster Opera Kids 114
L Poster Solekan Muka 115
M Borang Validasi 116
N Surat Jemputan 118
x
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Jantina Responden 19
Jadual 2 Umur Responden 20
Jadual 3 Bangsa Responden 21
Jadual 4 Agama Responden 22
Jadual 5 Pengetahuan Tentang Opera Cina 23
Jadual 6 Pengetahuan Responden Terhadap Opera Cina 24
Jadual 7 Cara Responden Mengetahui Opera Cina 25
Jadual 8 Kegemaran Responden Terhadap Opera Cina 26
Jadual 9 Pengetahuan Opera Cina 27
Jadual 10 Pemahaman Responden Terhadap Opera Cina 28
Jadual 11 Gambaran Responden Terhadap Opera Cina 29
Jadual 12 Keputusan Responden Terhadap Penciptaan Karektor 30
Opera Cina di Malaysia
Jadual 13 Keputusan Responden Terhadap Penciptaan Karektor 31
Opera Cina
Jadual 14 Warna Yang Digemari Oleh Responden 32
Jadual 15 Rupa Bentuk Yang Digemari Oleh Responden 33
Jadual 16 Konsep Yang Digemari Oleh Responden 34
Jadual 17 Analisa Reka Bentuk Karektor 37
Jadual 18 Analisa Terhadap Sudut Dan Shot Kamera 49
Jadual 19 Analisa Terhadap Warna Visual 50
xi
Jadual 20 Analisa Terhadap Komunikasi Visual 51
Jadual 21 Analisa Terhadap Bunyi Video 52
Jadual 22 Jantina Responden 75
Jadual 23 Umur Responden 76
Jadual 24 Bangsa Responden 77
Jadual 25 Agama Responden 78
xii
SENARAI CARTA BAR
Carta Bar 1 Peratusan Jantina Responden 19
Carta Bar 2 Peratusan Umur Responden 21
Carta Bar 3 Peratusan Bangsa Responden 22
Carta Bar 4 Peratusan Agama Responden 23
Carta Bar 5 Peratusan Pengetahuan Tentang Opera Cina 24
Carta Bar 6 Pengetahuan Responden Terhadap Opera Cina 24
Carta Bar 7 Cara Responden Mengetahui Opera Cina 25
Carta Bar 8 Kegemaran Responden Terhadap Opera Cina 26
Carta Bar 9 Pengetahuan Opera Cina 27
Carta Bar 10 Pemahaman Responden Terhadap Opera Cina 28
Carta Bar 11 Gambaran Responden Terhadap Opera Cina 29
Carta Bar 12 Keputusan Responden Terhadap Penciptaan Karektor 30
Opera Cina di Malaysia
Carta Bar 13 Keputusan Responden Terhadap Penciptaan Karektor 31
Opera Cina
Carta Bar 14 Warna Yang Digemari Oleh Responden 32
Carta Bar 15 Rupa Bentuk Yang Digemari Oleh Responden 33
Carta Bar 16 Konsep Yang Digemari Oleh Responden 35
Carta Bar 17 Purata Min Mengenai Candangan Spesifikasi Strategi 37
dan Reka Bentuk Karektor.
Carta Bar 18 Jantina Responden 75
xiii
Carta Bar 19 Umur Responden 76
Carta Bar 20 Bangsa Responden 78
Carta Bar 21 Agama Responden 79
Carta Bar 22 Hasil Data Daripada Validasi Kajian 81
xiv
SENARAI GAMBARAJAH
Gambarajah 1 Lakonan Opera Cina Di Atas Pentas 3
Gambarajah 2 Karektor Sheng 38
Gambarajah 3 Karektor Dan 41
Gambarajah 4 Karektor Jing 43
Gambarajah 5 Karektor Chou 45
Gambarajah 6 Pakaian Opera Cina 53
Gambarajah 7 Persembahan Opera Cina di Tua Pek Kong, 53
Kuching
Gambarajah 8 Rupa Bentuk Muka Karektor 54
Gambarajah 9 Encik Zhou Yi Shan 56
Gambarajah 10 Encik Kamal Bahrin 57
Gambarajah 11 Karektor Yang Direka Dengan Menggunakan 58
Perisian Adobe Photoshop
Gambarajah12 Karektor Yang Direka Dengan Menggunakan 59
Perisian Adobe Illustrator
Gambarajah13 Garisan dalam Perisian Adobe Illustrator 60
Gambarajah14 Konsep Seni 61
Gambarajah15 Konsep Karektor 62
Gambarajah16 Lakaran 63
Gambarajah17 Karektor Awal 63
Gambarajah18 Karektor Sheng yang bernama Rong 64
Gambarajah19 Karektor Akhir yang Bernama Opera Kids 64
Gambarajah 20 Ketinggian Karektor Ru adalah Berskala 2.8 65
Kepala
Gambarajah 21 Cara-cara Melukis Karektor Opera Kids 66
xv
Gambarajah 22 Melukis dan Mewarna Karektor 67
Gambarajah 23 Menambah Bayangan 68
Gambarajah 24 Menghasilkan Animasi 68
Gambarajah 25 Menedit Audio 69
Gambarajah 26 Permandangan dalam Animasi Opera Kids 70
Gambarajah 27 Bangunan dalam Animasi Opera Kids 70
Gambarajah 28 Pentas dalam Animasi Opera Kids 70
Gambarajah29 Logo 71
Gambarajah30 Penyusunan muka surat Character Bible 71
Gambarajah31 Character Bible 72
Gambarajah 32 Papercraft Layout Karektor Sheng 73
Gambarajah 33 Papercraft Opera Kids 73
Gambarajah 34 Perletakan Hasil Karya Semasa CIPTA 2012 74
xvi
ABSTRAK
KAJIAN KAREKTOR OPERA CINA
ROSELYN HII YA WEN
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti watak dan perwatakan yang
terdapat dalam Opera Cina. Penyelidikan ini menganalisa watak-watak Opera
Cina dari segi rupa dan bentuk. Pemahaman tentang rupa fizikal karektor Opera
Cina, psikologi watak, dan pergerakan yang terdapat dalam pementasan Opera
Cina juga amat penting bagi penyelidikan ini. Emosi yang ditunjukkan dan
pergerakan muka yang rumit juga dikaji dengan teliti. Kini, Opera Cina semakin
tidak dikenali di kalangan generasi muda. Dalam kajian ini, penyelidik akan
merekacipta karektor-karektor Opera Cina. Sebuah animasi juga akan dihasilkan
untuk memperkenalkan karektor Opera Cina. Pengkaji berharap agar penghasilan
karektor tersebut mampu membantu dalam memelihara kesenian Opera Cina.
Kata Kunci: Opera Cina, reka cipta karektor
xvii
ABSTRACT
CHARACTERS CHINESE OPERA RESEARCH
ROSELYN HII YA WEN
This research is to identify characters of Chinese Opera. This research also
analyzes characters of Chinese Opera in appearance and form. Emotions, complex
facial movements are also examined. Chinese Opera have been slowly extinct
from the younger generations. As the outcome of this research, characters design
will be produced based on the research of Chinese Opera. It will hopefully, result
in the preservation of the Chinese Opera for the years to come.
Keyword: Chinese Opera, character design
1
Bab 1 Pengenalan
1.1 Pengenalan
Kajian ini adalah untuk mengkaji tentang karektor Opera Cina. Tumpuan
kajian adalah untuk mengenalpasti watak perwatakan yang terdapat dalam Opera
Cina. Melalui kajian ini, sebuah video animasi yang pendek akan dihasilkan
berdasarkan pengadapatasian karektor opera masyarakat Cina serta elemen naratif
turut dipertengahkan.
Bab ini akan dibahagikan kepada sepuluh bahagian iaitu:
1) Latar Belakang Kajian
2) Sejarah Opera Cina
3) Definisi
4) Penyataan Masalah
5) Objektif Kajian
6) Matlamat Kajian
7) Hipotesis
8) Kepentingan Kajian
9) Skop Kajian
10) Populasi Kajian
11) Kesimpulan
2
1.2 Latar Belakang Kajian
Latar belakang kajian ini tertumpu kepada sedikit sejarah Opera Cina dan
sejarah Persatuan Dramatik Fukien Yi Sing Kuching.
1.2.1 Sejarah Opera Cina
Teater dikenali terawal muncul pada Dinasti Song (AD 960-1279) iaitu
peringkat persegi yang dikelilingi oleh pagar. Dalam tempoh pertama Maharaja
Kublai Khan dalam Dinasti Yuan (AD 1279-1368) opera perubahan revolusi dan
tempoh yang telah diklasifikasikan sebagai usia emas opera klasik. Dalam abad ke-
19, opera dikuasai oleh bentuk yang dipanggil Peking Opera yang menampilkan
kostum berwarna-warni, ekspresi muka, dan percakapan dan nyanyian dalam dialek
Mandarin. Lain-lain bentuk opera juga telah berkembang dengan menggunakan
dialek yang berlainan mengikut kawasan, seperti Shanghai, Guangzhou, Chiuzhou
dan Suzhou. Persembahan Opera Cina biasanya dari cerita-cerita legenda dan
beberapa tafsiran sebenar peristiwa bersejarah seperti "Tiga Kerajaan". Nizaarahman
(2009) menyatakan bahawa sejak dari tahun awal Republik Rakyat Cina, Opera
Beijing mengalami perkembangan positif. Dalam perspektif kesenian yang popular,
opera menjadi teater pertama yang merefleksikan perubahan kebijakan di negara
China. Sebagai contoh, serangan pada November 1965 terhadap wakil walikota Wu
Han dan lakon sejarahnya, Pemecatan Hai Rui dari Dinas, menandakan permulaan
Revolusi Kebudayaan. Sepanjang Revolusi Kebudayaan, hampir semua kumpulan
opera dibubarkan, pelakon dan penulis cerita dianiaya, serta seluruh pertunjukan
opera dilarang, kecuali 8 model opera yang dipersetujui oleh Jiang Qing.
3
Gambarajah 1: Lakonan Opera Cina Di Atas Pentas.
Ciri-ciri utama Opera Cina adalah gabungan dari lagu dan tarian, kostum
yang berwarna-warni, solekan, akrobat, badut, penglipur lara, gerakan, puisi dan
seni mempertahankan diri. Pementasan persembahan opera lebih kepada
pengkisahan kehidupan di dalam istana. Watak-watak yang selalu digunakan dalam
opera adalah watak raja, puteri dan putera raja, jeneral, askar-askar, dayang-dayang
dan pengasuh raja. Opera lebih terkenal dengan keunikan lagu-lagunya dan teknik
vokal nyanyiannya. Penyanyi opera akan menyanyi bersama kumpulan muzik yang
diiringi dengan alat muzik seperti goahu, yehu, yangqin, sona, guitar, saxophone,
electrik yin, zhonghu, sanxian dan percussion. (Jabatan Kesenian dan Kebudayaan
Negeri Kelantan, 2010).
4
1.2.2 Sejarah Persatuan Dramatik Fukien Yi Sing Kuching
Selepas masyarakat Cina berhijrah ke Kuching Sarawak, mereka bukan
sahaja membawa kuasa ekonomi yang besar, masyarakat Cina juga membawa
banyak kesenian negara China seperti nyanyian opera dan konsert untuk
memberitahu cerita tempatan negara China dalam dielek Hokkien.
Dalam abad ke-20, hanya satu kumpulan yang tinggal untuk
mempersembahkan Opera Cina iaitu Persatuan Dramatik Fukien Yi Sing. Ahli-ahli
persatuan Yi Sing mempersembahkan opera untuk hiburan yang masih memegang
kepada warisan dan budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang masyarakat Cina.
Persatuan Dramatik Fukien Yi Sing Kuching ditubuhkan pada tahun 1950.
Persatuan tersebut terdiri daripada satu kumpulan drama amatur. Mereka
mengamalkan sikap berdikari untuk mengekalkan persatuan tersebut sampai hari ini.
Zhou Yi Shan merupakan seorang pengarah yang berumur 76 tahun. Pada awal
pertubuhan persatuan Yi Sing, beliau sangat aktif dalam aktiviti opera. Beliau tidak
pernah berputus asa untuk perjuangan persatuan tersebut.
Encik Zhou Yi Shan menyatakan beliau berhijrah dari China ke Kuching
pada usia lebih kurang 16. Disebabkan pada masa itu Kuching tidak mempunyai
banyak hiburan, beliau bersama dengan beberapa kawannya bekerjasama untuk
memulakan nyanyian opera. Pada mulanya, mereka tidak mempunyai ahli wanita
kerana pada masa itu masyarakat Cina masih bersikap tertutup. Ibu bapa tidak
membenarkan anak perempuan mengambil bahagian dalam aktiviti persembahan.
Oleh demikian, watak wanita akan dimainkan oleh pelakon lelaki.
Persatuan Dramatik Fukien Yi Sing Kuching mempunyai satu adat sebelum
persembahan opera iaitu upacara mempersilakan Tuhan. Persatuan Dramatik Fukien
5
Yi Sing mempunyai dua patung emas yang memainkan peranan yang penting untuk
melindungi persatuan tersebut. Tuhan utama teater dikenali sebagai Tiandu Marsyal
atau Tuhan Xiang Xiang. Tuhan Xiang Xiang berperanan menjaga teater pada jangka
panjang. Tiandu Marsyal pula akan dipersilakan bersama kumpulan tersebut pergi
ke pentas persembahan supaya semua persembahan dapat berjalan dengan lancar.
Persatuan Dramatik Fukien Yi Sing Kuching kini telah mencipta sejarah
Opera Cina di Kuching. Namum begitu, perkara yang amat menyedihkan adalah
generasi muda hari ini tidak berminat terhadap Opera Cina. Walaupun zaman
keemasan telah tamat, tetapi warisan budaya Cina masih tetap dikekalkan oleh
Persatuan Dramatik Fukien Yi Sing Kuching. Persatuan ini akan terus berjuang
walaupun pada hakikatnya suatu hari nanti akan dibubarkan.
1.3 Definisi
Definisi masalah ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu definisi karektor
dan definisi Opera Cina.
1.3.1 Definisi Karektor
Karektor didefinisikan sebagai suatu watak yang dimainkan oleh si pemain.
Karektor dalam video adalah fiksyen yang dapat dimainkan oleh si pemain.
Karektor ditinjau dari segi watak seperti lelaki, perempuan, manusia, robot, raksaksa,
binatang dan lain-lain. Karektor menjadi ciri utama pelakon dalam setiap lakonan.
Karektor digambarkan sebagai sifat manusia pada umumnya kerana manusia
mempunyai banyak sifat yang tergantung dari faktor kehidupannya sendiri. Sifat
karektor adalah seperti pemarah, sabar, ceria, pemaaf dan sebagainya. Setiap