Download - JENAYAH WANITA.pdf
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
1/28
PERSEPSI PELAJAR TENTANG KEJADIAN JENAYAH
TERHADAP WANITA
FIRDAUS BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
2/28
PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TENTANG KEJADIAN JENAYAH TERHADAPWANITA.
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : __________ FIRDAUS BINTI ISMAIL__________________(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________(TANDATANGAN PENULIS)
ALAMAT TETAP: PROF.MADYA AMINUDDIN RUSKAM
112, KG PONDOK CHEGAR, Nama PenyeliaMKM PADANG PUSING
06700N PENDANG, KEDAH
Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008
CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
3/28
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Tandatangan
Nama Penyelia : P.M Aminuddin Ruskam Al-Dawamy
Tarikh : 2 MEI 2008
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
4/28
PERSEPSI PELAJAR TENTANG KEJADIAN JENAYAH TERHADAP
WANITA
FIRDAUS BINTI ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
5/28
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan : ________________________
Nama Penulis : FIRDAUS BINTI ISMAIL
Tarikh : 2 MEI 2008
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
6/28
DEDIKASI
Teristimewa Buat
Ayahda dan Bonda Tersayang
Ismail bin Jusoh dan Hasnah binti Idris
Jutaan terima kasih dariku di atas segala pengorbanan, dorongan, dan sokonganmukepadaku, dalam mendidik dan membesarkanku tanpa mengenal erti jemu. Segala
pengorbananmu akan ku semat dalam sanubari sehingga akhir hayatku. Doa darianakmu Semoga Allah sentiasa merahmatimu di dunia dan akhirat.
Buat Adik-Adik Yang Tersayang
Mohammad Zubir Mohammad Ashraf Mohammad Mukhlis Nur Rasyadah
Muhammad Rifaat dan Muhammad Ammar.
Doa dari kakakmu semoga berjaya di dunia dan akhirat. Semoga ikatan ukhuwwahdi antara kita kekal abadi selamanya. Jadilah insan yang berilmu dan bergunadalam meneruskan pejuangan di alam fana ini. Ternyata dengan segulungkejayaan kita akan terpancar cahaya kegembiraan di wajah ibu dab bapa kita
Penyarah-Pensyarah Yang Dihormati
Terima kasih di atas tunjuk ajar kalian di sepanjang pengajianku di UTM yangsentiasa memberi sokongan dan nasihat yang berguna untuk ku. Engkau ibaratlilin yang sanggup membakar diri demi menyinari orang lain.
Sahabat seperjuanganku
Segala jasa dan petolonganmu didahului dengan ucapan terima kasih. Gelak tawadan susah senang kita bersama akan ku kenang sehingga akhir hayatku dansemoga Allah melimpahkan rahmat buat kita semua. Semoga ukhuwwah yang
terjalin antara kita kekal selamanya.
Terima kasih
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
7/28
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat
yang dianugerahkan Nya, maka saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda yang
diamanahkan. Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada P.M Aminuddin
Ruskam Al-Dawamy selaku Penyelia Projek Sarjana Muda ini Yyang banyak membantu
dan memberi tunjuk ajar sepanjang projek penyelidikan dilakukan. Berjuta kemaafan
dipinta, sekiranya sepanjang saya diselia telah menimbulkan banyak masalah baik berupa
yang disengajakan atau pun tidak. Semoga keikhlasan dan keluruhan yang diberikan oleh
ustaz dalam menyampaikan ilmu kepada saya diredhai dan dirahmati Allah S.W.T.
Dikesempatan ini juga saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak dalam penyiapkan penyelidikan ini seperti tenaga
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), kakitangan PSZ, warga Fakulti
Pendidikan dan juga warga Kolej 9 yang banyak membantu serta dengan memberi segala
bentuk maklumat yang berkaitan dengan projek ini.
Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala
jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan dirahmati dari-
Nya. Akhir kata , semoga kajian ini memberikan manfaat kepada semua pihak dalam
mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar pengabdian.
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
8/28
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar di Kolej 9, UniversitiTeknologi Malaysia, tentang kejadian jenayah terhadap wanita. Fokus kajian ini
bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar serta kepekaan mereka mengikut bentuk-
bentuk jenayah yang berlaku iaitu dari aspek jenayah kekerasan, jenayah emosi, jenayah
seksual dan kesan-kesannya terhadap wanita. Populasi kajian ini adalah seramai 278
pelajar dari kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukandan seramai 83 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara
kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagaiinstrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of
Social Sciences (SPSS).Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah = 0.763. Nilai minuntuk mengetahui persepsi pelajar Kolej 9 tentang kejadian jenayah terhadap wanita ialah
4.18. Hasil dapatan yang menggambarkan tentang persepsi pelajar terhadap bentuk
jenayah dari aspek jenayah kekerasan, menunjukkan purata min sebanyak 4.21. Nilai minbagi mengenalpasti persepsi pelajar dari aspek jenayah emosi pula ialah 3.80. Manakala
untuk mengetahui persepsi pelajar dari aspek jenayah seksual, hasil kajian menunjukkanmin ialah 4.40. Akhir sekali tahap pengetahuan pelajar tentang kesan terhadap jenayah
yang berlaku dikalangan wanita pula ialah menunjukkan purata nilai min adalah 4.30.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden sememangnya peka terhadap jenayah
yang berlaku mengikut bentuk-bentuk jenayah yang sering dihadapi oleh wanita. Oleh itubeberapa cadangan dikemukakan bagi membanteras berlakunya jenayah kekerasan,
jenayah tekanan emosi dan jenayah seksual yang berlaku terhadap wanita.
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
9/28
ABSTRACT
The study was carried out to assess the perception of College 9 students,
University Technology Malaysia, on the cases of criminal activities towards women. The
focus of the study aims at understanding the students perception their awarenessdepending on the types of crimes in focus of the use of force, emotion, sexual and the
impacts towards women. The population of the study counts of 278 students from
different courses. The sampling was done at random and 83 students were chosen as
respondents. The study follows the quantitative method using questionnaire whichconsists of 40 items as the instrument. The descriptive a statistical analysis were used to
obtain the frequency counts, percantage and mean. The data were analyzed usingStatistical Package of Social Sciences (SPSS). The validity of the questionnare was =0.763. The mean average to gain the College 9 students perception of criminal activities
towards women, was 4.19. The findings show the student perception towards the types
of crimes from the aspects ot the use of force, showing the average mean of 4.24. Themean for identifying students perception in term of emotional crimes was 3.83. In term
of understanding of the students perception in sexual crimes, the finding show an
average mean of 4.40. Finally, the level of students knowledge about the impact ofcrimes on women shows the average mean value of 4.30. The findings also suggest that
respondents were cousious of the crimes according to the types of crimes usuallyencountered by women. Therefore several, are commendations were offered to reduce onthe types of crimes in focus of the use of force, emotion, and sexual towards women.
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
10/28
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
SENARAI KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xvii
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
11/28
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Persepsi 8
1.8.2 Pelajar 9
1.8.3 Jenayah 9
1.8.4 Wanita 9
1.9 Kesimpulan 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Pengertian Jenayah 11
2.3 Pembahagian Jenayah Dalam Perundangan Islam 13
2.4 Definisi Penganiayaan 15
2.5 Keganasan Rumah Tangga 16
2.6 Bentuk-Bentuk Penganiayaan Atau
Penderaan Terhadap Wanita.
2.6.1 Jenayah Membunuh 17
2.6.2 Penganiayaan Fizikal 17
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
12/28
2.6.3 Penganiayaan Emosi 19
2.6.4 Penderaan Mental 20
2.6.5 Penganiayaan Seksual 21
2.7 Faktor Berlakunya Kejadian Jenayah
Terhadap Wanita
2.7.1 Kerendahan Iman 22
2.7.2 Tekanan Hidup 23
2.7.3 Sakit Jiwa 23
2.7.4 Faktor Persekitaran 24
2.7.5 Kurang Didikan Agama Dan Akhlak 25
2.7.6 Masalah Kewangan 25
2.7.7
Pemabuk dan Penagih Dadah 26
2.7.8 Cemburu 26
2.7.9 Pengaruh Media Elektronik 27
2.8 Kesan-Kesan Jenayah Terhadap Wanita
2.8.1 Kesan Fizikal 27
2.8.2 Kesan Psikologi 28
2.8.3 Kesan Mental 29
2.8.4 Kesan Terhadap Anak-Anak 30
2.9 Undang-Undang Dan Hukuman Jenayah
Terhadap Wanita 31
2.9.1 Kanun Keseksaan 32
2.9.2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 34
2.9.3 Akta Perlindungan Gadis
Dan Wanita 1973 36
2.9.4 Kod Amalam Bagi Pencegahan
Dan Pembasmiangangguan Seksual
Di Tempat Kerja 37
2.10 Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia
2.10.1 Tidak Memberikan Keadilan Yang
Sewajarnya Kepada Isteri 37
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
13/28
2.11 Faktor-Faktor Kelemahan Undang-Undang
Jenayah Yang Dilaksanakan Menyebabkan
Kes-Kes Jenayah Semakin Meningkat
2.11.1 Undang-Undang Tidak Berkesan 39
2.11.2 Kes Tertunggak Di Mahkamah 40
2.11.3 Diskriminisi Dalam Undang-Undang
Keluarga Islam 41
2.11.4 Wanita Tidak Mengetahui Hak-Hak
Mereka Dari Segi 42
2.11 Kajian Lepas 43
2.12 Kesimpulan 44
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 45
3.2 Reka Bentuk Kajian 45
3.3 Tempat Kajian 46
3.4 Populasi Dan Sample Kajian 46
3.5 Instrumen Kajian 47
3.6 Tatacara Kajian 48
3.7 Kajian Rintis 49
3.8 Analisis Kajian 50
3.9 Jangka Masa Kajian 50
3.10 Kesimpulan 51
BAB IV ANALISIS DATA
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
14/28
4.1 Pendahuluan 52
4.2 Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Umur Responden 53
4.2.2 Agama 53
4.2.3 Bangsa 54
4.2.4 Kelayakan 54
4.2.5 Fakulti 55
4.3 Analisis Data Bahagian B.
4.3.1 Analisis Data Mengenai Persepsi
Pelajar Terhadap Jenayah Di kalangan
Wanita Khususnya Dari Aspek
Jenayah Kekerasan. 56
4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi
Pelajar Terhadap Jenayah Di kalangan
Wanita Khususnya Dari Aspek
Jenayah Terhadap Tekanan Emosi. 61
4.3.3 Analisis Data Mengenai Persepsi
Pelajar Terhadap Jenayah Di kalangan
Wanita Khususnya Dari Aspek Jenayah Seksual.
65
4.3.4 Analisis Data Mengenai Kesan-Kesan
Kejadian Jenayah Terhadap Wanita. 70
4.4 Analisis Pecahan Konstruk
4.4.1 Dapatan Keseluruhan Bagi Item
Bahagian Satu 74
4.4.2 Dapatan Keseluruhan Bagi Item
Bahagian Dua 77
4.4.3 Dapatan Keseluruhan Bagi Item
Bahagian Tiga 79
4.4.4 Dapatan Keseluruhan Bagi Item
Bahagian Empat 81
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
15/28
4.5 Kesimpulan 83
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 84
5.2 Perbincangan 84
5.2.1 Latar Belakang Responden 85
5.2.2 Perbincangan berkaitan Objektif Kajian.
5.2.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap
Jenayah Di kalangan Wanita Dari
Aspek Jenayah Kekerasan. 87
5.2.2.2Persepsi Pelajar Terhadap
Jenayah Di kalangan Wanita Dari
Aspek Jenayah Terhadap
Tekanan Emosi. 88
5.2.2.3Persepsi Pelajar Tentang
Jenayah Di kalangan Wanita
Khususnya Dari Aspek
Jenayah Seksual 90
5.2.2.4Kesan-Kesan Kejadian
Jenayah Yang Berlaku
Terhadap Wanita. 92
5.3 Rumusan 93
5.4 Cadangan
5.4.1 Membanteras Berlakunya Jenayah
Kekerasan Terhadap Wanita. 96
5.4.2 Mengatasi Masalah Tekanan Emosi
Di Kalangan Wanita. 97
5.4.3 Membanteras Perlakuan Jenayah
Seksual Terhadap Wanita. 98
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
16/28
5.5 Kajian Lanjutan 99
5.6 Kesimpulan 99
BIBLIOGRAFI 101
LAMPIRAN
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
17/28
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Indeks Jenayah 2005 2007 41
3.1 Skala Likert 47
3.2 Klasifikasi Item 48
3.3
Skala Nilai Min 50
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 52
4.2 Taburan Responden Mengikut Agama 52
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 53
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan 53
4.5 Taburan Responden Mengikut Fakulti 54
4.6 Taburan Skor Bagi Item 1 56
4.7 Taburan Skor Bagi Item 2 57
4.8 Taburan Skor Bagi Item 3 57
4.9 Taburan Skor Bagi Item 4 58
4.10 Taburan Skor Bagi Item5 58
4.11 Taburan Skor Bagi Item 6 59
4.12 Taburan Skor Bagi Item 7 59
4.13 Taburan Skor Bagi Item 8 59
4.14 Taburan Skor Bagi Item 9 60
4.15 Taburan Skor Bagi Item10 60
4.16 Taburan Skor Bagi Item11 61
4.17 Taburan Skor Bagi Item12 61
4.18 Taburan Skor Bagi Item13 62
4.19 Taburan Skor Bagi Item14 62
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
18/28
4.20 Taburan Skor Bagi Item15 63
4.21 Taburan Skor Bagi Item16 63
4.22 Taburan Skor Bagi Item17 63
4.23 Taburan Skor Bagi Item18 64
4.24 Taburan Skor Bagi Item19 64
4.25 Taburan Skor Bagi Item20 65
4.26 Taburan Skor Bagi Item 21 65
4.27 Taburan Skor Bagi Item 22 66
4.28 Taburan Skor Bagi Item 23 66
4.29 Taburan Skor Bagi Item24 67
4.30 Taburan Skor Bagi Item25 67
4.31 Taburan Skor Bagi Item26 67
4.32 Taburan Skor Bagi Item27 68
4.33 Taburan Skor Bagi Item28 68
4.34 Taburan Skor Bagi Item29 69
4.35 Taburan Skor Bagi Item30 69
4.36 Taburan Skor Bagi Item31 70
4.37 Taburan Skor Bagi Item32 70
4.38 Taburan Skor Bagi Item 33 71
4.39 Taburan Skor Bagi Item34 71
4.40 Taburan Skor Bagi Item35 71
4.41 Taburan Skor Bagi Item 36 72
4.42 Taburan Skor Bagi Item 37 72
4.43 Taburan Skor Bagi Item 38 73
4.44 Taburan Skor Bagi Item 39 73
4.45 Taburan Skor Bagi Item 40 74
4.46
Dapatan Kajian Untuk Mengenal pasti Persepsi Pelajar
Terhadap Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya Dari
Aspek Jenayah Kekerasan. 76
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
19/28
4.47 Dapatan Kajian Untuk Mengenal pasti Persepsi Pelajar
Terhadap Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya Dari
Aspek Jenayah Terhadap Tekanan Emosi 78
4.48 Dapatan Kajian Untuk Mengenalpasti Persepsi Pelajar
Terhadap Jenayah Dikalangan Wanita Khususnya Dari
Aspek Jenayah Seksual. 80
4.48 Dapatan Kajian Untuk Mengetahui Tentang Kesan-Kesan
Kejadian Jenayah Terhadap Wanita 82
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
20/28
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
% - Peratus
n - Jumlah Responden (Sampel)
- Alpha
CD - Compact Disc
DVD - Digital Video Disc
FAB - Fakulti Alam Bina
FKA - Fakulti Kejuruteraan Awam
FKE - Fakulti Kejuruteraan Elektrik
FKM - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
FKKSA - Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli
FKSG - Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi
FP - Fakulti Pendidikan
FPPSM - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
FS - Fakulti Sains
FSKSM - Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
IPD - Ibu Pejabat Polis Daerah
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
MBM - Majlis Belia Malaysia
PDRM - Polis Diraja Malaysia
PPIPS - - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan SosialSPSS - Statistical Packages for Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
21/28
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UiTM - Universiti Teknologi Mara
UIA - Universiti Islam Antarabangsa
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
22/28
SENARAI LAMPIRAN
A Soal Selidik
B Surat Kebenaran Perpustakaan Sultan Zanariah Universiti Teknologi
Malaysia
C Surat Pengesahan Pakar Bahasa
D Artikel Majalah
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
23/28
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Jenayah adalah satu masalah moral yang dipandang berat oleh Islam. Ianya
mempunyai kaitan yang rapat dengan ketenangan dan kerukunan hidup masyarakat
seluruhnya (Prof.Dato Harun Din et.al,2003). Kebanyakannya jenayah yang belaku
pada hari ini mangsanya adalah daripada golongan wanita. Wanita fitrahnya adalah
kaum yang lemah dan sering dianiayai oleh mereka yang tidak mempunyai sifat
berperikemanusiaan. Maka wanita yang teraniaya akan menjadi lebih sengsara dan
hidup dalam keadaan yang tidak tenteram akibat daripada perbuatan jenayah yang
dihadapi oleh mereka. Jenayah terhadap wanita juga lebih sinonim dengan istilah
keganasan terhadap wanita, kerana kedua-dua istilah tersebut adalah melibatkan
perbuatan yang akan memberi kemudaratan kepada wanita. Keganasan ialah suatu
pengabaian atau perbuatan seseorang terhadap seseorang yang akan mengakibatkan
kesan, kerosakan atau penderitaan fizikal, seksual atau mental termasuk ancaman
seperti tindakan, paksaan atau perlucutan kebebasan dengan sewenangnya-
wenangnya, sama ada berlaku di khalayak ramai atau pun kehidupan persendirian
seseorang. Keganasan boleh dibahagikan pula kepada keganasan domestik atau
keganasan rumah tangga dan keganasan lain seperti rogol, culik dan sebagainya
(Noor Aziah Mohd Awal, 2006).
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
24/28
2
1.2 Latar Belakang Masalah.
Dunia moden pada hari ini sedang berhadapan dengan perbuatan-perbuatan
jenayah yang pada umumnya terus meningkat hari demi hari. Di akhbar-akhbar,
disiaran televisyen, di majalah dan di dalam filem-filem sering dipaparkan kisah-
kisah jenayah yang selalunya dilakonkan oleh penjenayah dengan cara yang amat
kejam. Sebaliknya mangsa terhadap kekejaman ini adalah terdiri daripada makhluk
yang lemah dari segi fizikal iaitu kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua. Kaum
wanita khususnya dieksploitasikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki(Dakwah: April 2000).
Pada kebelakangan ini, kes-kes jenayah terhadap wanita mendapat liputan
luas dalam media massa. Perangkaan kes rogol yang dilaporkan dari statistik Polis
Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan peningkatan kes rogol dalam tempoh lima
tahun iaitu 1429 kes pada 1997 kepada 1539 (1998), 1457 (1999), 1210 (2000), 135
(2001), 1418 (2002) dan 1471 kes pada tahun lalu. Manakala sehingga Februari
tahun ini, sebanyak 307 kes sudah dilaporkan. Sebenarnya, jenayah terhadap wanita
bukan sahaja merujuk kepada kes rogol tetapi juga merangkumi skop yang lebih luas.
Bagi kes bunuh pula, walaupun jumlahnya jauh lebih rendah, ia tetap
membimbangkan. Dalam tempoh sama sebanyak 3997 kes dilaporkan dengan
pecahan 540 kes pada tahun 1997, diikuti 629 kes (1998), 588 (1999), 551 (2000),
608 (2002), 519 (2002),516 (2002), 565 (2003) dan sehingga Februari tahun ini
sudah ada 102 kes bunuh. Jika dimasukkan kes yang berlaku sepanjang Mac, April
dan Mei, pasti angkanya lebih menakutkan (Dewan Masyarakat : Jun 2007).
Kejadian jenayah pada hari ini semakin digeruni oleh semua masyarakat, ia
dilihat semakin berleluasa. Ini kerana setiap hari berlaku kes culik, rogol atau bunuh
dipaparkan oleh media. Semakin dipaparkan, semakin menjadi-jadi pula keghairahan
golongan orang sakit jiwa menjalankan aktiviti jenayah mereka seolah-olah
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
25/28
3
menjadi kebanggaan jika jenayah mereka mendapat liputan secara besar-besaran.
Kebanyakannya yang menjadi mangsa kekejaman jenayah ialah golongan wanita.
Kes jenayah terhadap wanita bukan sahaja melibatkan kes rogol dan bunuh,
tetapi kes sumbang mahram juga adalah satu kes wanita teraniaya yang juga
dikatakan sebagai haruan makan anak, iaitu bapa yang merogol anak kandungnya
sendiri. Antara kes sumbang mahram yang telah berlaku iaitu pada 19 Mei 1997,
seorang penoreh getah Ahmad Osman diberikan hukuman 15 tahun penjara kerana
merogol anak perempuannya sejak 1989, yang pada masa itu baru berumur sembilan
tahun.
Pada 7 Oktober 2000, seorang jurutera komputer iaitu Noor Suzaily
Mukhtar,24 , telah dirogol dan dibunuh secara kejam di dalam sebuah bas ekspres
dan mayatnya dicampakkan di sebuah jalan di kawasan pembinaan perumahan
Taman Bukit Tinggi Klang. Belum reda kesedihan keluarga Noor Suzaily sekali lagi
masyarakat digemparkan dengan rentetan kes rogol dan bunuh yang membabitkan
mangsa wanita berbangsa melayu iaitu Noritta Samsudin,22 , seorang eksekutif
pemasaran yang ditemui mati di rumahnya ( http//:www.bharian.com.my).
Pada 13 Jun 2003, pembunuhan seorang pengalisis komputer iaitu Canny
Ong yang telah diculik di tingkat bawah sebuah pusat membeli belah yang terkenal
di Kuala Lumpur. Mayatnya dibakar kemudian dijumpai di sebuah culvert, di mana
ia telah ditindih dengan tayar-tayar. Polis percaya yang mangsa telah dirogol, ditikam
dan dicekik sebelum dibakar. Kes ini telah mendapat liputan meluas media, telah
menyentap setiap wanita, terutamanya yang tinggal di bandar. Ia menyedarkan
wanita bahawa mereka tidak selamat semasa melakukan kerja harian mereka di
tempat yang sehingga kini dianggap selamat dan kawasan yang dikunjungi ramai
(http//:www.malaysia.today.net).
Kejadian terbaru yang paling mengemparkan seluruh negara ialah kejadian
seorang model warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu,28 , disyaki ditembak mati
dan yang lebih menyayat hati lagi mayatnya telah diletupkan dengan tiga butir bom
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
26/28
4
tangan di empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. Cebisan
mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan
bahan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan
letupan). Demikian dapat dilihat betapa kejamnya jenayah yang berlaku dalam era
teknologi sekarang (Utusan Malaysia,2006).
Tindakan seorang lelaki bisu yang menumpangkan seorang pekerja kilang
rupanya mempunyai niat jahat apabila wanita yang juga bisu itu dirogol di dalam
kebun kelapa sawit. Kejadian malang telah menimpa wanita yang berusia 31 tahun,
sudah mempunyai seorang anak itu berlaku kira-kira jam 9 pagi, 27 Februari lalu di
Lorong Kurnia, Jalan Sawah Pekan Nanas, Pontian. Lelaki itu kini ditahan di lokapIbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dan akan didakwa mengikut Seksyen 376
Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan
hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan ( Harian Metro, 2007).
Isu keganasan terhadap wanita sering dibincangkan oleh semua lapisan
masyarakat baik di Malaysia mahupun di luar Malaysia. Ia adalah isu sejagat yang
tidak mengenali batasan agama, bangsa, budaya dan tempat (Noor Aziah Mohd
Awal, 2006). Malahan jenayah yang berlaku tidak mengenal siapa mangsanya,
rentetan ini kerana pada 10 Mei 2007, seorang ustazah graduan Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) Anizah Othman, 26, yang mengajar di SJK(C) Hin Hua, Song,
Sarawak, mangsa ditemui mati dibunuh berhampiran kawasan Perindustrian Bleteh,
Kapit (Utusan Malaysia,2007).
Kejadian-kejadian yang disebut di atas adalah benar dan amat mengejutkan.
Mereka mewakili sebahagian kecil dari kes-kes keganasan terhadap wanita yang
dilaporkan oleh media Malaysia. Ramai lagi yang tidak diceritakan kisah mereka,
kebanyakannya kerana dalam kes-kes yang melibatkan keganasan domestik, rogol
atau sumbang mahram, mangsa-mangsa takut publisiti yang akan mengikuti mereka
jika mereka membuat laporan polis dan kes mereka akan disiasat
1.3 Penyataan Masalah.
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
27/28
5
Keganasan terhadap wanita adalah perbuatan yang menganiayai wanita dan
kanak-kanak dengan pelbagai cara, adalah kerana wanita dianggap sebagai tidak
mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Wanita juga dianggap lemah dari
segi fizikal dan mental serta mereka sering menjadi mangsa keganasan. Keganasan
terhadap wanita me;iputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya.
Keadaan ini juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta
wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka iaitu sentiasa menjadi
mangsa jenayah.
Berdasarkan penyataan di atas, adalah penting kajian ini dijalankan untuk
mengetahui persepsi pelajar, khususnya siswi tentang tanggapan dan pengetahuanserta dalam menghadapi keganasan yang berlaku terhadap wanita pada hari ini.
Kajian ini juga secara tidak langsung akan memfokuskan tentang aspek keganasan
yang berlaku iaitu yang melibatkan jenayah fizikal, seksual, dan mental. Sering
dilihat sememangnya wanita selalu terdedah kepada jenayah keganasan hanya kerana
mereka adalah wanita, dan sering dianggap sebagai golongan yang lemah fizikalnya.
Statistik kes jenayah yang berlaku di negeri Johor pada bulan Januari hingga
Jun 2007 adalah sebanyak 13,471, iaitu merupakan negeri ketiga tertinggi berlaku
kes jenayah di negara ini. Rentetan daripada statistik di atas, antara kes jenayah yang
berlaku di negeri Johor iaitu pada 5 Januari 2007, suatu kes rompak dan rogol yang
melibatkan dua orang mangsa dan empat orang perompak telah berlaku di Johor
Bahru. Perompak telah mengugut mangsa dengan menggunakan pisau dan
kemudiannya membawa kereta mangsa di sekitar Pasir Gudang selama kira-kira
sejam sebelum berhenti di suatu semak dan merogol mangsa wanita.
Kes yang seterusnya pula, iaitu pada 11 Mac 2007, berlaku tragedi keganasan
rumah tangga yang menyayat hati, seorang perniaga disyaki membunuh isteri dan
tiga orang anaknya dengan sebatang besi buaian. Kes ini berlaku di Taman Kota
Masai, Pasir Gudang, Johor ( Dewan Masyarakat, Julai 2007).
-
7/25/2019 JENAYAH WANITA.pdf
28/28
6
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian adalah seperti :
i. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita
khususnya dari aspek jenayah kekerasan.
ii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita
khususnya dari aspek jenayah terhadap tekanan emosi.
iii.
Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanitakhususnya dari aspek jenayah seksual.
iv. Mengetahui tentang kesan-kesan kejadian jenayah terhadap wanita.
1.5 Persoalan Kajian
Skop kajian adalah berpandukan kepada beberapa aspek tertentu sahaja seperti
berikut :
i. Sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita dari
aspek jenayah kekerasan.
ii.
Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita
dari aspek jenayah terhadap tekanan emosi.
iii. Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita
khususnya dari aspek jenayah seksual
iv.
Apakah kesan-kesan kejadian jenayah yang berlaku terhadap wanita