Download - Hikayat Khoja Maimun
Hikayat Khoja
Maimun
SinopsisKhoja Maimun hidup bahagia bersama-sama dengan isterinya, Bibi Zainab. Dia adalah saudagar yang sangat kaya di negeri Ajam. Khoja Maimun diberitahu oleh Bayan bahawa tiga hari lagi ada saudagar ingin membeli sanbal. Terbukti tiga hari kemudian datanglah saudagar mencari sanbal. Oleh sebab semua sanbal sudah dibeli oleh Khoja Maiman, maka saudagar itu membeli sanbal daripada Khoja Maimun. Hasil keuntungan perniagaan itu digunakan untuk membayar harga burung bayan. Khoja Maimun juga membeli burung tiung betina. Burung tersebut diletakkan di dalam satu sangkar bersama-sama burung bayan. Pada suatu hari, ketika Khoja Maimun belayar untuk berdagang, Bibi Zainab termenung di tingkap. Tiba-tiba dia terpandang akan seorang anak raja yang kacak sedang menunggu kuda. Mereka saling berpandangan dan berbalas senyuman. Anak raja itu memintas jasa baik perempuan tua untuk mendapatkan Bibi Zainab dengan apa cara sekali pun. Bibi Zainab pula tidak menolak sebaliknya berpesan kepada perempuan tua yang dia akan berjumpa dengan anak raja pada sebelah malam. Burung tiung menasihati Bibi Zainab agar tidak curang kepada suami kerana azab perempuan menduakan suami akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam selama seribu tahun. Burung tiung itu dihempas oleh Bibi Zainab lalu mati. Burung Bayan melengah-lengah Bibi Zainab daripada berjumpa dengan anak raja itu dengan bercerita tentang Hikayat Bayan. Bibi Zainab mendesak burung bayan agar bercerita dahulu sebelum dia berjumpa dengan anak raja itu. Setelah habis bercerita, bayan itu menyuruh Bibi Zainab berjumpa dengan anak raja itu. Tetapi malangnya hari sudah jadi siang. Pada hari yang berikutnya ketika Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja itum burung Bayan mula bercerita tentang Hikayat Taif. Bibi Zainab mendesak Burung Bayan agar terus bercerita tentang hikayat tersebut. Setelah habis bercerita, Bayan menyuruh Bibi Zainab pergi berjumpa dengan anak raja itu tetapi malangnya hari sudah siang. Begitulah juga pada hari-hari yang berikutnya, apabila Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa anak raja itu, burung Bayan mula bercerita tentang pelbagai hikayat. Kebijaksanaan burung Bayan berjaya menghalang Bibi Zainab bertemu dengan anak raja.Akhirnya Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya yang tiada di rumah pada ketika itu.
Tema & PersoalanTema • Ketaatan dan tanggungjawab seorang isteri ketika ketiadaan suami di rumah.
Persoalan 1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.• Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan
berpura-pura tidur.
2. Persoalan kecurangan seorang isteri• Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja. 3. Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.• Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki. 4. Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubungan• Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba
mendekatinya.
Watak & Perwatakan
Burung Bayan
• Bersaiz kecil• Taat pada tuannya - Burung Bayan cuba
mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang kepada tuannya Khoja Maimun.
• Pandai membuat ramalan - Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli sanbal benar-benar terjadi.
• Bijak bercerita – Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat mengelakkan daripada berlaku curang.
Bibi Zainab
Khoja Maimun
• Cantik• Penyayang terhadap suami – Dia ingin bersama-sama
suaminya pergi berlayar.• Curang – Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin
berjumpa pada waktu malam.• Kejam – Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.
• Bertanggungjawab – Dia pergi belayar demi mencari rezeki.
• Penyayang – Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab.• Bijak – Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan.
Taif• Setia – Taif tetap berbakti kepada raja walaupun
dimurkai oleh raja.• Rela berkorban – Dia sanggup kematian anaknya demi
Raja Tabristan.• Taat perintah – Taif menurut perintah Raja Tabristan
yang mahu dia menyiasat tentang bunyi suara yang didengar.
LatarLatar Masyarakat1. Masyarakat pedagang – Khoja Maimun pergi belayar untuk menjalankan perniagaannya.2. Masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya arab – Cerita yang dicerita oleh burung bayan
kesemuanya latar belakang negeri Tanah Arab.3. Masyarakat isteri curang terhadap suami – Bibi Zainab berjanji untuk bertemu dengan
anak raja ketika suaminya tiada di rumah.4. Burung yang patah bercerita – Burung Bayan pandai bercerita tentang kisah suami yang
sangat cemburu.
Latar Masa5. Pada waktu malam – Sewaktu Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja.6. Pada waktu pagi – Sewaktu setiap cerita bayan tamat dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu
dengan anak raja.
Latar Tempat7. Di negara Ajam8. Di pekan9. Di rumah Khoja Maimun
Nilai• Bijaksana – Burung Bayan bijak mencari akal untuk
menanguhkan niat Bibi Zainab yang ingin berjumpa dengan anak raja melalui cerita yang menarik.
• Kasih sayang – Khoja Maimun yang menyayangi isterinya.
• Taat setia – Bibi Zainab sebagai isteri haruslah jujur dan setia sepanjang ketiadaan suaminya yang keluar untuk berdagang.
• Kesederhanaan – Bibi Zainab sebagai seorang isteri saudagar sewajarnya mengamalkan nilai kesederhanaan.
PengajaranKita hendaklah menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bertindak.• Bibi Zainab haruslah berfikir masak-masak sebelum
membuat keputusan berjumpa dengan anak raja.
Kita haruslah sayang akan anggota keluarga.• Khoja Maimun sangat sayang akan isterinya.
Janganlah kita menyeksa haiwan.• Bibi Zainab telah membunuh burung tiung disebabkan
berasa marah.
The End