Download - Hbmt4203 Teaching Math in Form Four
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
PENGENALAN
Dalam subjek Pengajaran Matematik di Tingkatan Empat ini, tugasan yang diberikan
mengkehendakkan kajian dan tinjauan dibuat terhadap topik Penaakulan Statistik. Tugas
yang utama ialah melayari laman sesawang atau mana-mana bahan rujukan untuk mencari
dua artikel yang berkaitan dengan tajuk penaakulan statistik. Selepas itu, artikel-artikel
tersebut perlu dibaca, difahami dan dirumuskan untuk menjelaskan makna penaakulan
statistik, menjelaskan bagaimana kemahiran penaakulan statistik dalam kalangan pelajar
tingkatan empat dapat ditingkatkan dan membina aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
mengaplikasikan kemahiran penaakulan statistik. Sebelum meneruskan penerangan tentang
kemahiran statistik, kita perlu mengenali matematik dan kemahiran yang perlu dikuasai
dalam matematik terlebih dahulu supaya pemahaman yang mendalam terhadap mata
pelajaran ini dapat ditingkatkan.
Matematik memang terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, sukar dan
membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan
fizikal dan juga sains. Keabstrakan yang miliki oleh bidang dan ilmu matematik membuatkan
ramai yang tidak dapat menguasainya dengan baik. Namun begitu, peranan guru sangat
penting dalam menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan ilmu matematik. Pada
umumnya, semua orang menerima tanpa ragu-ragu bahawa Matematik adalah satu bidang
pengajian yang sangat wajib dimasukkan dalam kurikulum. Sudah berabad lamanya, mata
pelajaran Matematik mendapat kedudukan yang utama dalam kebanyakan bidang pengajian
baik pada peringkat sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi.
Pengajaran pengetahuan matematik selalu dihubungkaitkan dengan pengajaran
konsep matematik. Satu konsep matematik boleh ditakrifkan sebagai corak asas yang
menghubungkaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain dan
pengajaran konsep-konsep matematik merupakan satu usaha yang kompleks. Matematik
dapat dilihat dari pelbagai perspektif. Seseorang itu boleh mentakrifkan matematik sebagai
permaisuri bagi sains atau sebagai suatu bentuk bahasa, mempunyai suatu struktur mantik
yang tertentu sebagai suatu bidang ilmu untuk memahami nombor dan ruang, sebagai suatu
siri kaedah untuk mendapat rumusan tertentu atau sebagai satu aktiviti intelek yang
memberangsangkan minda.
1
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
Kurikulum Matematik KBSM merupakan satu kontinum daripada Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima. Kandungan kurikulum ini diolah mengikut tiga bidang yang saling
berkait iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. Olahan ini dipilih kerana dalam
situasi umum seseorang itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan
membilang dan mengira, mengenali bentuk dan ukuran serta perkaitan antara nombor dengan
bentuk. Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang
berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik
dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan
perkembangan sains dan teknologi.
Bagi mencapai matlamat di atas, seseorang harus mempunyai keupayaan untuk
membuat penilaian dan pertimbangan secara logik. Dalam kehidupan seharian, kita sering
melihat atau terlibat di dalam situasi-situasi seperti pertikaian, perbahasan, perdebatan dan
sebagainya. Di dalam situasi-situasi ini, kita akan mempertikaikan sama ada apa yang kita
katakan adalah benar atau pihak lain yang benar. Terdapat pelbagai cara atau metodologi
yang digunakan bagi menangani masalah ini dan salah satu cara yang boleh digunakan adalah
melalui penaakulan matematik atau mantik (mathematical or logical reasoning).
Penaakulan matematik atau mantik merupakan satu aspek yang sangat penting dalam
bidang matematik. Salah satu contoh yang sangat sesuai untuk membincangkan tentang
matematik sebagai bahasa adalah melalui penaakulan matematik kerana dalam penaakulan
matematik, ia melibatkan ayat, pernyataan dan simbol-simbol matematik dan bukan nombor-
nombor. Tujuan membina penaakulan matematik yang berasaskan pada logik ini adalah
untuk membimbing minda kita ke arah berfikiran secara sistematik dan menghasilkan
jawapan yang tepat dalam membuat sesuatu keputusan.
Dalam kehidupan seharian, pengetahuan dalam penaakulan matematik amat penting
untuk membolehkan kita berfikiran secara kritikal dalam membuat keputusan atau
kesimpulan yang tepat. Penaakulan matematik adalah satu bidang dalam matematik tentang
prosedur atau prinsip yang digunakan untuk membezakan antara pernyataan yang benar dan
pernyataan yang palsu. Ia juga dikenali sebagai penaakulan mantik, di mana ia merupakan
satu cara yang sangat ketat untuk menentukan kebenaran sesuatu pernyataan atau
penghujahan.
2
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua orang yang ingin menjadi seorang ahli
matematik atau saintis haruslah mampu untuk berfikiran secara logik. Kedua-dua bidang
sains dan matematik adalah berasaskan kepada kemampuan seseorang untuk membina
penghujahan yang logik supaya dapat diterima umum. Sama ada penghujahan yang dilakukan
adalah adalah benar atau palsu, semua itu bergantung pada bidang yang melibatkan
penaakulan matematik.
Dalam penaakulan matematik, ia boleh melibatkan pernyataan dan proses yang
mudah atau ia juga boleh menjadi lebih sukar dan rumit bergantung pada pernyataan dan
hujah yang terlibat. Dengan cara penaakulan matematik, pernyataan-pernyataan akan
dibuktikan menggunakan prinsip atau theorem matematik yang tertentu untuk menentukan
kesahihan pernyataan tersebut. Tujuan ayat-ayat atau pernyataan ditukarkan kepada bentuk
simbol matematik adalah untuk memudahkan proses pembuktian kebenaran pernyataan
tersebut. Oleh yang demikian, kemahiran penaakulan matematik perlu ditingkatkan bagi
melancarkan pembelajaran ilmu matematik di peringkat yang lebih tinggi.
3
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
RUMUSAN ARTIKEL : PENAAKULAN STATISTIK
Penaakulan merupakan satu proses menggunakan fakta, pengetahuan dan strategi
penyelesaian masalah untuk menghasilkan kesimpulan bagi menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Terdapat beberapa jenis penaakulan seperti penaakulan deduktif,
induktif, abduktif, analogikal, common-sense dan penaakulan non-monotonic. Penaakulan
deduktif ialah satu kemahiran untuk menghasilkan maklumat baru daripada maklumat yang
telah diketahui, manakala penaakulan induktif pula menghasilkan rumus baru daripada set
fakta yang terhad untuk membuat suatu generalisasi. Pembentukan pengitlakan yang
dipercayai dalam penaakulan induktif adalah merujuk kepada semua kes untuk jenis yang
tertentu.
Penaakulan abduktif pula merupakan salah satu bentuk penaakulan deduktif yang
menghasilkan rumus daripada maklumat yang telah diketahui tetapi rumus yang diperolehi
itu tidak semestinya benar. Ia masih perlu dikaji dengan mendalam sebelum ianya dapat
digunakan secara meluas. Bagi rumus yang dihasilkan berdasarkan pemahaman umum
tentang sesuatu konsep, peristiwa atau situasi yang telah ada pula dikenali sebagai
penaakulan analogikal. Penaakulan common-sense adalah penaakulan yang bergantung
kepada pertimbangan yang wajar berbanding logik. Rumus dihasilkan adalah berdasarkan
kepada pengalaman dengan menggunakan pengetahuan heuristik yang ada. Bagi penaakulan
non-monotic pula, pertimbangan dan penilaian yang dibuat adalah berdasarkan maklumat
yang tidak statik dan rumus yang dihasilkan berubah-ubah berdasarkan fakta semasa
mengenai konsep, situasi atau peristiwa yang diwakilkan seperti harga saham, nilai tukaran
asing dan sebagainya.
Statistik atau perangkaan pula merupakan satu ilmu sains yang diaplikasikan dalam
pembangunan pemikiran manusia melalui penggunaan data empirikal. Statistik merupakan
salah satu daripada cabang matematik yang penting. Dalam teori statistik, kerawakan dan
ketidakpastian sesuatu data dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Kemahiran statistik
termasuklah kemahiran membuat perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian
yang tidak menentu. Tujuan penghasilan sesuatu statistik adalah untuk menghasilkan
maklumat daripada data yang telah dikumpulkan. Sesetengah orang mengkategorikan statistik
sebagai cabang membuat teori dan keputusan kerana diakhir kajian yang dijalankan, satu
rumusan atau kesimpulan menyeluruh akan dibuat untuk membentang hasil kajian.
4
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
Tajuk statistik telah mula dipelajari sejak di peringkat sekolah rendah iaitu di tahun
empat. Kemahiran statistik terus menjadi salah satu tajuk yang dimuatkan di dalam huraian
sukatan pelajaran matematik sehingga ke tingkatan enam. Ini bermakna kemahiran membuat
statistik adalah satu kemahiran yang penting dan dirasakan perlu diperkembangkan secara
berperingkat-peringkat dalam kalangan pelajar. Skop kemahiran statistik adalah sangat luas,
bermula dengan kemahiran mengenali dan membina piktograf di peringkat tahun empat
sehinggalah kepada kemahiran mentafsir data dan maklumat serta membuat kesimpulan yang
logik tentang statistik yang dibuat di peringkat sekolah menengah.
Pembelajaran statistik merupakan pembelajaran yang penting kerana ianya
membolehkan pelajar membuat pemerhatian, mengenal pasti dan mentafsirkan data-data serta
maklumat-maklumat yang terdapat di dalam sesebuah statistik. Kemahiran-kemahiran yang
dipelajari ini pula akan membantu pelajar untuk menggunakan konsep statistik untuk
menyelesaikan masalah. Kemahiran ini bertepatan dengan objektif pembelajaran matematik
yang bertujuan untuk melatih pelajar agar berpemikiran kreatif, kritis dan logik bagi
membolehkan mereka mengaplikasikan kemahiran matematik dalam kehidupan harian yang
dikelilingi oleh pelbagai masalah harian.
Pembelajaran statistik melibatkan beberapa proses penting termasuk proses
memahami masalah, merancang jalan penyelesaian, menilai penyelesaian yang dipilih dan
mentafsir hasil pembelajaran yang telah dijalankan. Sebagai permulaan, pelajar akan
mengenal pasti masalah yang hendak dikaji, memahami masalah tersebut dari segi punca-
puncanya dan mengumpul maklumat atau data yang berkenaan. Selepas itu, pelajar akan
merancang kaedah penyelesaian yang bersesuaian dan mudah difahami. Sebelum kaedah
penyelesaian dijalankan, penilaian akan dibuat terlebih dahulu ke atas kaedah penyelesaian
untuk memastikan sama ada ianya dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan atau tidak.
Setelah penyelesaian dijalankan, pelajar perlu membuat tafsiran tentang hasil pembelajaran,
menghasilkan kesimpulan yang logik dan membuat perkatian di antara masalah yang dikaji
dengan masalah yang sebenar dalam kehidupan seharian.
5
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
Kemahiran penaakulan statistik dapat dipertingkatkan dalam kalangan pelajar jika
kaedah pembelajaran yang guru gunakan bersesuaian dengan tahap pemahaman pelajar.
Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk mengetahui dan memahami peraturan-peraturan yang
perlu dipatuhi untuk membuat statistik. Terdapat pelbagai jenis peraturuan dan arahan untuk
membina statistik, bergantung pada tajuk dan jenis perwakilan data yang digunakan. Ada
jenis arahan yang dinyatakan dengan jelas dan pelajar dapat memahaminya tanpa perlu
berfikir banyak dan ada juga yang bersifat abstrak dan sukar difahami. Dalam kes sebegini,
guru memainkan peranan untuk memberi bimbingan yang sewajarnya dengan menjalankan
perbincangan tentang isi penting yang terdapat di dalam setiap arahan atau peraturan agar
pelajar dapat menghasilkan statistik yang baik.
Selain itu, guru juga perlu memberi tunjuk ajar atau memberi penerangan yang jelas
tentang statistik yang akan dibuat. Ini penting untuk membolehkan pelajar bukan setakat
menguasai kemahiran statistik sahaja, malah menguasai kemahiran penaakulan statistik
sepenuhnya. Kemahiran ini diharapkan dapat melatih pelajar menggunakan pengetahuan dan
kemahiran statistik bukan sekadar untuk memperolehi markah yang tinggi di dalam
peperiksaan, kerja-kerja sekolah atau tugasan yang dijalankan semata-mata tetapi dapat
mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran penaakulan statistik di dalam kehidupan
seharian dan menjadikannya sebagai satu amalan.
Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai, baik dan berkesan
merangsang minda pelajar juga dikatakan dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran
penaakulan statistik. Dengan adanya bahan bantu mengajar yang sesuai, minat pelajar untuk
mengikuti pelajaran akan meningkat seterusnya minda dan pemikiran mereka juga dapat
dirangsangkan. Apabila minat dan minda pelajar berjaya dirangsang, mereka akan berusaha
dengan gigih untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan baik. Bahan bantu mengajar yang
digunakan selain dapat meningkatkan pemahaman pelajar, ia juga dapat membantu pelajar
memperkembangkan daya pemikiran ke arah yang lebih positif dan tinggi kerana pelajar
perlu bijak berfikir untuk menggunakan bahan pengajaran yang diberikan.
Oleh yang demikian, guru dan pelajar perlu saling bekerjasama dan memainkan
peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan untuk memenuhi objektif
pembelajaran yang ditetapkan. Ini bermakna, guru perlu merancang aktiviti pengajaran yang
baik untuk membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
6
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : Tingkatan 4A
Bilangan Pelajar : 40 orang
Tajuk : Statistik III
Sub-tajuk : Sukatan Serakan
Masa : 80 minit
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat;
1. Menyatakan nilai kuartil-kuartil yang terdapat di dalam statistik secara lisan dalam
sesi perbincangan yang dijalankan,
2. Mengenal pasti dan mengumpul data yang terserak dengan membina sekurang-
kurangnya satu statistik bergambar dengan betul, dan
3. Mengenal pasti nilai julat dan median bagi data yang dikumpul dengan menjawab
betul 10 soalan yang dikemukakan dalam lembaran aktiviti.
Penerapan Nilai :
Yakin pada diri
Bekerjasama
Kekemasan
Bertolak-ansur
Prihatin
Peka pada isu semasa
Penyerapan Ilmu :
Lukisan
7
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
KBKK :
Membuat analisis
Menghubungkait
Mengecam
Membanding dan membeza
Alat Berfikir :
Data terkumpul
Soalan-penyoalan
Media Pengajaran :
Jadual makanan kegemaran
Lembaran statistik
Lembaran aktiviti
Edaran kertas A4
Pembaris
Pen warna
Lembaran aktiviti
Pengalaman Sedia ada :
Pelajar telah mempelajari mempelajari tajuk statistik di tingkatan dua yang
merangkumi kemahiran membina carta pai, mengira sudut dalam carta pai, serta
mengenalpasti mod, median dan min sesuatu data.
8
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah /
Masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Media
Pengajaran
Set Induksi
(10 minit)
1. Guru menyoal pelajar tentang makanan
kegemaran mereka.
2. Jawapan yang pelajar berikan dicatat oleh seorang
pelajar yang dipilih secara rawak di dalam
jadual yang ditunjukkan di papan tulis.
3. Guru membimbing pelajar mengira peratusan bagi
setiap data yang telah dikumpulkan.
4. Guru merumuskan aktiviti yang telah dijalankan
dan mengaitkannya dengan kemahiran yang akan
dipelajari hari ini.
Jadual makanan
kegemaran
Langkah 1
(15 minit)
1. Guru membimbing pelajar membina graf
perwakilan data dengan menggunakan data yang
telah dikumpul di atas.
2. Seterusnya, pelajar dibimbing untuk mengenal
pasti dan menyatakan nilai kuartil-kuartil yang
terdapat di dalam graf untuk menentukan nilai
julat antara kuartil.
3. Rumus pengiraan nilai julat antara kuartil
ditunjukkan pada papan tulis.
4. Guru menunjukkan langkah pengiraan yang betul.
5. Aktiviti diteruskan dengan menggunakan contoh-
contoh statistik yang lain untuk meningkatkan
pemahaman pelajar tentang konsep kuartil pertama
dan kuartil ketiga serta pengiraan julat antara kuartil.
Lembaran
statistik
9
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
Langkah 2
(25 minit)
1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa
kumpulan.
2. Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada
setiap kumpulan dan beberapa bahan bantu
mengajar yang diperlukan seperti kertas kosong,
pembaris panjang ukuran meter dan pen warna.
3. Setiap kumpulan diminta memilih satu masalah
yang hendak dikaji daripada pilihan yang
diberikan di dalam lembaran aktiviti.
4. Pelajar diminta mengumpul data berdasarkan
masalah yang dipilih dalam kalangan rakan
sekelas secara berkumpulan.
5. Data yang dikumpulkan perlu dianalisa untuk
menghasilkan graf atau perwakilan data yang
sesuai.
6. Setiap kumpulan juga perlu menentukan nilai julat
antara kuartil, julat dan median bagi data yang
mereka telah kumpul.
7. Guru memantau langkah kerja setiap kumpulan
untuk memastikan semua ahli kumpulan
bekerjasama dan melakukan aktiviti dengan betul.
8. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan data
dan graf atau perwakilan data masing-masing di
hadapan rakan-rakan yang lain.
9. Guru memberi maklum balas terhadap jawapan
dan persembahan setiap kumpulan.
Lembaran
aktiviti
Edaran kertas
A4
Pembaris
Pen warna
10
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
Langkah 3
(20 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada setiap
pelajar.
2. Arahan aktiviti dibaca bersama-sama.
3. Pelajar diminta mencari julat antara kuartil dan
median bagi setiap data atau graf yang diberikan.
4. Guru memantau perbincangan dan pretasi pelajar
dan memberikan bimbingan kepada individu yang
belum menguasai kemahiran sepenuhnya.
5. Secara rawak, beberapa orang pelajar diminta
menunjukkan cara pengiraan dan jawapan di papan
tulis.
6. Guru memberi maklum balas.
Lembaran
aktiviti
Penutup
(10 minit)
1. Guru menunjukkan satu contoh statistik dan
meminta pelajar mencari julat, min, mod dan
median.
2. Jawapan yang diperolehi dibincang dan dinyatakan
secara lisan.
Lembaran
statistik
REFLEKSI
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan baik
terutamanya bagi aktiviti perbincangan dan sesi bersoal jawab. Pelajar memberikan
kerjasama yang memberangsangkan dengan menyatakan jawapan dan pandangan yang baik
terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Walaupun terdapat beberapa orang pelajar yang
agak kurang yakin dengan kebolehan dan kemahiran diri tetapi guru cepat-cepat memberi
dorongan dan galakan kepada mereka untuk lebih berani menyuarakan pendapat dan jawapan
masing-masing. Bimbingan yang diberikan sepanjang proses pembelajaran dapat membantu
pelajar mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dengan baik.
11
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pasti ada kelebihan dan
kelemahannya. Kelemahan yang dihadapi perlu dikaji dengan teliti untuk membolehkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan pada masa akan
datang. Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini, berikut adalah antara cadangan-
cadangan untuk memperbaiki aktiviti yang dijalankan.
Bagi sesi perbincangan dalam langkah 1, guru boleh mengadakan perbincangan
tentang nilai julat antara kuartil tetapi tidak menunjukkan rumus pengiraannya.
Pelajar diberi peluang untuk mencari rumus pengiraan itu sendiri untuk membolehkan
mereka memahami konsep julat antara kuartil dengan lebih baik. Pelajar perlu
membuat pemerhatian yang lebih teliti terhadap data-data yang ditunjukkan dan ini
akan dapat meningkatkan kemahiran penaakulan statistik dalam kalangan mereka.
Aktiviti berkumpulan yang dijalankan boleh digantikan dengan aktiviti berpasangan
untuk membolehkan pelajar memainkan peranan yang lebih dalam melaksanakan
aktiviti pembelajaran. Ini juga akan mengelakkan daripada berlakunya penyisihan
dalam kalangan kumpulan. Pelajar juga akan menjadi lebih aktif dalam aktiviti
berpasangan kerana tidak ada ahli lain yang diharapkan untuk membuat semua kerja
melainkan diri sendiri.
Galakan pelajar membuat perbincangan dengan rakan semasa menyelesaikan soalan
yang diberikan dalam lembaran aktiviti supaya pelajar dapat berkongsi pengetahuan
dan pendapat. Aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan
dalam kalangan pelajar.
12
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
KESIMPULAN
Pembelajaran ilmu matematik bukanlah bergantung pada pembelajaran konsep dan
penghafalan rumus semata-mata. Banyak kemahiran lain yang lebih rumit yang perlu
dikuasai oleh individu jika ingin menjadi pakar dalam bidang matematik. Menguasai
kemahiran-kemahiran asas seperti mengenal, menulis dan mengira angka mungkin boleh
dikuasai dengan mudah oleh pelajar, namun untuk mempunyai daya pemikiran matematik
yang tinggi ianya bukanlah suatu tugas yang mudah. Bagi mencapai semua itu, guru dan
pelajar perlu saling memainkan peranan penting. Guru perlu bijak memilih kaedah
pembelajaran yang berkesan dan merancang aktiviti pengajaran yang berkualiti manakala
pelajar pula perlu mempunyai inisiatif yang tinggi untuk berusaha meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka. Kerjasama yang jitu dari kedua-dua belah pihak akan dapat menjamin
mutu pengajaran dan pembelajaran matematik, seterusnya membentuk kemahiran penaakulan
matematik dan statistik yang menjadi prioriti bidang ini. Dengan adanya usaha yang gigih
dan ketekunan yang tinggi, kejayaan pasti dapat dicapai walau sesukar mana pun sesuatu
cabaran yang dihadapi.
13
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
BIBLIOGRAFI
1. http://www.amazon.com/Elements-Statistical-Reasoning/dp/0471192775
2. http://www.amstat.org/publications/jse/vlon3/garfield.html
3. http://www.creative-wisdom.com/teaching/WBI/reasoning.shtml
4. http://www.eprints.usm.my/PLG_500_-
_PENAAKULAN_STATISTIK_DALAM_PENDIDIKAN.pdf
5. http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP?
SUKAYAAP0104052006TTP.pdf
6. http://www.ftsm.ukm.my/aab/lecture/TS6543/c3.pdf
7. http://www.irit.fr/`Didier.Dubois/Papers0804/D_CSDA06.pdf
8. http://www.math.temple.edu/`zachhh/ch5.pdf
9. http://www.mathed.utm.my/deriamatematik/index.php/2008/november-2008/241-
aplikasi-/380-penaakulan-matematik
10. http://www.oli.web.cmu.edu/openlearning/forstudents/freecourses/statistics
11. http://www.pdfio.om/k-1211672.html
12. http://www.pearsonhihered.com/bennett/essets/pdf/chapter5.pdf
13. http://www.phil-cmu.edu/projects/csr/
14. http://www.wps.aw.com/aw_bbt_srel_3/83/21467/5495695.cw/index.html
14
HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR
15