Download - HAJI HAJI HAJI
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
1/12
Perjalanan Jemaah Haji Malaysia
Pendaftaran Haji
1) Semua warganegara Islam Malaysia yang ingin mengerjakan ibadah haji mesti terlebih
dahulu mendaftarkan diri dengan Lembaga Tabung Haji. Syarat pendaftaran ialah baki
simpanan hendaklah dikekalkan pada tahap minima RM1,300.00 bagi setiap kali pendaftaran.
Pendaftaran hanya sah untuk sekali pergi sahaja. Jika ingin pergi lagi, kenalah daftar semula.
Demikianlah seterusnya. Menjadi penyimpan di Tabung Haji belumlah lagi dikira sebagai telah
berdaftar untuk menunaikan fardhu haji.
2) Dua jenis surat tawaran akan dikeluarkan kepada bakal haji setiap musim haji. Surat
tawaran status TERPILIH bagi mereka yang termasuk dalam kuota rasmi (kini 26,000 orang)
dan status MENUNGGU (STANDBY) akan diberikan kepada jumlah tertentu jemaah yang akan
hanya disahkan dapat pergi kemudian (terpilih) tertakluk kepada kelulusan kuota-kuota
tambahan yang diberi kepada Malaysia oleh Kerajaan Arab Saudi. Bagi setiap jenis tawaran,
bakal jemaah perlu memberi jawapan (kembalikan borang tertentu) samada menerima atau
menolak tawaran tersebut.
3) Urusan membuat pasport dan pemeriksaan perubatan akan dikeluarkan kepada yang
bersetuju menerima tawaran (tidak kira berstatus TERPILIH mahupun MENUNGGU), seawal
bulan RabiulAwal lagi. Walaupun sudah mempunyai pasport dan lulus pemeriksaan kesihatan,
seseorang jemaah berstatus MENUNGGU belum dijamin akan dapat pergi sehinggalah pada
saat akhir dalam bulan Zulkaedah.
Penerbangan Carter Haji
1) Semua jemaah haji akan pergi dengan kapal terbang Carter Haji yang bermula pada 1
Zulkaedah dan berakhir pada 30 Zulkaedah setiap musim. Biasa LTH akan menyewa secara
carter pesawat-pesawat dari dua buah syarikat penerbangan; iaitu syarikat penerbangan
Saudia dan MAS. Pesawat-pesawat dari syarikat penerbangan Air Asia dan Transmil juga
pernah disewa untuk penerbangan jemaah haji ke tanah suci. Trip-trip penerbangan akan
dinamakan dengan nombor KT (Kapal Terbang) yang disusun sendiri oleh LTH, iaitu dari KT01,
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
2/12
KT02, KT03 dan seterusnya hingga mencukupi jumlah jemaah yang dibawa setiap musim.
Muatan setiap KT adalah bergantung kepada jenis kapalterbang yang digunakan.
2) Bagi penerbangan-penerbangan dari 1 Zulkaedah hingga 22 Zulkaedah, semua
penerbangan SAUDIA akan terus ke Madinah, manakala penerbangan MAS akan hanya keJeddah, walaupun ada juga yang dibenarkan terus ke Madinah. Tetapi semua penerbangan
selepas 22 Zulkaedah akan terus ke Jeddah oleh sebab semua jemaah penerbangan akhir
akan terus ke Makkah. Maknanya jemaah haji yang pergi dengan penerbangan-penerbangan
dari 1 22 Zulkaedah akan menziarahi Madinah dulu (8 atau 9 hari) sebelum ke Makkah dan
akan pulang ke tanah air melalui lapangan terbang Jeddah; manakala jemaah-jemaah yang
berlepas dari tanah air selepas 22 Zulkaedah akan masuk ke Makkah dahulu dan akan
menziarahi Madinah pada 8 atau 9 hari terakhir sebelum pulang ke tanah air.
3) Tempoh berada di tanah suci telah ditetapkan mengikut setiap Kapal Terbang. Biasanya
antara 35 hingga 46 hari, dan kebanyakannya 44 hari.
WAJIB HAJIWajib haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika di-
tinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan membayar denda(dam).Perkara wajib haji ialah:
1. Niat ihram di Miqat
(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah
hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat..
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
3/12
Miqat terbahagi kepada dua, iaitu:
a) miqat makani;
Miqat makani ialah sempadan tempat di mana jemaah haji mesti berniat.
Miqat makani bagi ibadat haji dari Malaysia ialah di:y Yalamlam.
Yalamlam ialah nama sebuah bukit di tepi Laut Merah di dataran
Semenanjung Tanah Arab dan jaraknya dengan Makkah lebih kurang 89
kilometer.
b) miqat zamani;
Miqat zamani bagi ibadat haji ialah pada bulan Syawal hingga
10Zulhijrah
sementara Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun.
Antara hikmat-hikmat ditentukan miqat bagi ibadat haji termasuklah:
a) supaya kita memahami bahawa setiap pekerjaan ada permulaan dan ada kesudahannya;
b) supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan sesuatu
pekerjaan.
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
4/12
2. Bermalam di Muzdalifah (mabit)
Pergertian Mabit : berada di bumi Muzdalifah sepanjang malam hingga pagi atau berada di
bumi Muzdalifah seketika selepas tengah malam.
Amalan-amalan ketika mabit:
i. Berdoa
ii. Berzikir
iii. Sembahyang sunat
iv. Mengutip anak-anak batu
Pengecualian mabit jika uzur:
i. Takut terancam keselamatan diri atau harta
ii. Menjaga atau menemani orang sakit
iii. Berpenyakit dan sukar bermalam
iv. Terpaksa
3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
a) Waktu melontar Jamrah Al-Aqabah bermula dan tengah malam 10 Zulhijah hingga
maghrib hari yang sama.
b) Waktu afdal : pada waktu dhuha 10 zulhijjah
c) Waktu diharuskan : selepas tengah malam 10 zulhijjah hingga terbenam matahari 13
zulhijjah.
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
5/12
4. Bermalam di Mina (mabit)
# Pergertian mabit : berada di bumi Mina sepanjang malam sehingga pagi atau berada di
bumi Mina lebih daripada setengah malam.
# Waktu mabit : pada malam 11, 12, dan 13 Zulhijjah
Pilihan mabit di Mina:
1) boleh bermalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah) dinamakan nafar awal.
2) Boleh bermalam 3 malam (malam 11, 12, 13 Zulhijjah) dinamakan nafar thani
Pengecualian mabit jika uzur:
i. Takut terancam keselamatan diri atau harta
ii. Menjaga atau menemani orang sakit
iii. Mencari keluarga yang hilang
iv. Berpenyakit dan sukar bermalam
v. Terpaksa
5. Melontar ketiga-tiga jamrah.
Melontar tiga jamrah :jamratul ula, jamratul wusta, dan jamratul aaqobah
Waktu afdal: selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah
Waktu harus: selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah (menurut Imam
Asnawi).
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
6/12
Syarat-syarat melontar;
a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah Al-Ula, Al-Wusta dan kemudian jamrah
Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri
6. Meninggalkan perkara-perkara yang haram semasa ihram:
Jenis-jenis larangan.
a) Larangan pakaian.
- Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum (lelaki)
- Menutup kepala atau sebahgian daripadanya (lelaki)
- Menutup muka (perempuan)
- Memakai sarung tangan (lelaki/perempuan)
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
7/12
b) Larangan berwangi-wangian.
- Memakai bau-bauan samada pada badan, pakaian, atau menghisapnya ke dalam
hidung (lelaki/perempuan)
- Memakai minyak di kepala/janggut dan semua bulu selain daripada bulu di pipi dan
dahi (lelaki/perempuan)
c) Larangan kecantikan.
- Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan (lelaki/perempuan)
- Mengerat atau memotong kuku (lelaki/perempuan)
d) Larangan alam sekitar.
- Memotong / menebang / mengerat atau mencabut pokok di tanah haram
(lelaki/perempuan)
- Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di tanah
haram atau di tanah halal (lelaki/perempuan)
e) Larangan hubungan jantina
- Bersetubuh
- Berkahwin / mengahwinkan / menerima wakil kahwin.
# Bagi jemaah haji Malaysia (penerbangan dari 1 Zulkaedah hingga 22 Zulkaedah), setelah
selesai menziarahi bumi Madinah, mereka akan meneruskan perjalanan haji menuju ke bumi
Mekah bagi melaksanakan Rukun Haji.
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
8/12
RUKUN HAJI
Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal
salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti pada tahun hadapan.
Rukun haji ialah :1. Niat Ihram Haji
Ihram ini dinilai sebagai rukun haji yang pertama. Jadi yang penting sekarang,
kalau dia sudah berada di miqat,harus berganti pakaian ihram.
Apabila ia telah niat ihram sebelum sampai ki miqat ,maka dia harus menghadirkan
(kembali) niatnya itu ketika telah sampai di miqat.
Sesampainya di perbatasan miqat atau sudah dekat dengan miqat,dia membaca
talbiyah LABBAIK ALLAHUMMA........(hajjan,umratan,hajjan umratan) kerana
begitulah yang dikerjakan Nabi Muhammad s.a.w.
2.Wukuf di Arafah
Wukuf bermaksud : berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang
keadaan selepas gelincir matahari pada 9n Zulhijjah.
# Sesudah terbit matahari pada tanggal 9 Zulhijjah,kalau boleh jemaah haji disunatkan menuju
Arafah dan mandi sebagai persiapan untuk melakukan wuquf,tetapi hendaknya masuk Arafah
itu ditetapkan waktu wuquf iaitu sesudah tergelincir matahari.
# Kalau matahari sudah tergelincir,disunatkan seorang imam untuk berkhutbah di hadapankhalayak dengan memberikan penerangan dan pengarahan tentang apa yang harus dilakukan
oleh jemaah pada hari itu dan berikutanya. Di samping menyeru kepada orang ramai supaya
bertaqwa kepada Allah dan menjauhkan larangan Allah.
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
9/12
# Sesudah berkhutbah diteruskan dengan solat zuhur dan asar dengan jamak taqdim dengan
diqasarkan,dan cukup dengan satu kali azan dan dua iqamat. Kerana begitulah yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad s.a.w
Syarat-syarat wuquf.
1) Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga
terbit fajar 10 Zulhijjah.
2) Kalau melakukan wukuf itu disiang hari,dianggap cukup. Dan kalau ia datang malam
hari itu juga telah dipandang cukup. Tetapi yang pling afdal iaitu menghimpunkan antara
sebahagian dari malam dan sebahagian dari waktu siang.3) Yang dimaksudkan dengan wukuf disini adalah,tetap berada di Arafah yang
disunatkannya supaya menghadap kiblat dan Jabal Rahman.
Sunat-sunat wukuf:
1) Wukuf di tempat di mana Rasulullah s.a.w pernah wukuf iaitu berdekatan batu besar
yang berada di bawah Jabal Rahmah.
2) Dalam keadaan suci dari hadas dan najis
3) Menghadap kiblat
4) Memperbanyakan doa,beristighfar,merendah diri kepada Allah dan berdoa bersungguh-
sungguh,dan ketika berdoa itu hendaknya dengan mengangkat tanggan sehingga
Nampak kedua ketiaknya.
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
10/12
3. Tawaf di Baitullah
Tawaf bermaksud mengelilingi BaitullahilHaram sebanyak tujuh pusingan kerana
beribadat kepada Allah S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Tawaf itu dilakukan tujuh kali putaran,tiga putaran pertama dengan lari-lari anjing,jika tidak mengganggu sesiapa pun. Sedang yang empat kali putaran dengan jalanbiasa.
Tawaf ini dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad pula, denganmenjadikan Baitullah itu di sebelah kiri. Dan disunatkan menyelendangkanselendangnya itu di bawah ketiak lengan kanan dan hujungnya di atas pundak kiri.
Setiap kali putaran ,kalau boleh harus mengusap dan menguncup Hajar Aswad.
Tetapi kalau tidak boleh cukup dengan berisyarat dari jauh.
Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy AllahS.W.T. dan bertasbih memuji kebesaranNya.
Tawaf terbahagi kepada empatjenis, iaitu:
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
11/12
-
8/6/2019 HAJI HAJI HAJI
12/12
5. Bercukur
Mengunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut
Waktu bercukur adalah ;
a) selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah ataub) selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah
6. Tertib
Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan
sebelum tawaf bagi orang yang melakukan tahalul awal.
Contoh ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Kemudian terus kembali ke
Mekah. Sampai di Mekah, dia akan tawaf, saie dan bercukur. Kemudian baru ke Mina utk
ibadah melontar.
Contoh tak ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Biasanya rombonganhaji Malaysia akan terus ke Mina utk melontar di Jamratul Aqabah 10 zulhijjah dan bermalam di
Mina dan melontar jamrah pada 11-13 zulhijjah. Selepas melontar di Jamrah Aqabah pada 10
zulhijjah, maka dia boleh bercukur... selepas selesai amalan melontar/bermalam di Mina, balik
ke Mekah, barulah mengerjakan tawaf dan saie.
# Setelah selesai melaksanakan semua wajib haji dan rukun haji, para Jemaah Haji Malaysia
akan berangkat pulang ke Tanah Air.