Download - gejala gengsterisme
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan
peradaban bangsa dan negara seolah-olah semakin menular dalam kalangan masyarakat
terutamanya dalam kalangan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja
terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar dan kaca television. Kemajuan
yang dicapai oleh negara kita pada era kini menjadi kurang mantap dengan wujudnya
penularan gejala sosial dalam kalangan remaja terutamanya gejala gengsterisme. Isu tersebut
telah menjadi buah mulut setiap marhaen di seantero dunia yang kini semakin berleluasa
terutamanya di sekolah.
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2010, halaman
458, gengsterisme didefinisikan sebagai kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu
kegiatan untuk kegiatan jenayah sesuatu. Menurut Trasher pula yang merupakan pelopor awal
tentang kajian gengsterisme mengutarakan bahawa golongan ini berpotensi untuk
mewujudkan geng pada awal remaja. Golongan ini mudah terdedah dengan keadaan
persekitaran dengan syarat mereka dapat memperoleh keseronokan di dunia dalam kumpulan
mereka. Beliau juga mendefinisikan geng sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri
seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan bersemuka, gerakan secara berunit,
konflik dan mempunyai perancangan. Secara umumnya, kegiataan gengsterisme ini boleh
ditakrifkan sebagagi aktiviti-aktiviti yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh
sekumpulan individu iaitu pelaja sekoah terhadap pelajar-pelajar lain atau mangsa keadaan.
Mereka yang kongkalikung dalam gejala ini sanggup melakukan sesuatu perkara yang
melanggar dari segi undang-undang demi mencapai matlamat hidup mereka yang
mengamalkan hendonisme. Selain itu, penglibatan mereka dalam gejala gengsterisme ini
mampu mendorong mereka kepada kegitatan yang tidak diingini seperti merokok, ponteng
sekolah, peras ugut dan sebagainya. Penglibatan gengsterisme terbahagi kepada dua golongan,
iaitu golongan delinkuen dan devian. Delinkuen bermaksud remaja sekolah manakala devian
pula bermaksud golongan yang melanggar norma masyarakat setempat. Secara lazimnya, kes-
kes gengsterisme ini berlaku pada awal remaja, misalnya pada tahun 2009, Ketua nPolis
Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar telah mengatakan 10,000 individu dikesan menjadi
anggota rahsia lapan kumpulan yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah dan
gangsterisme di Selangor. Pada tahun 2012 pula, satu insiden belasah berlaku di Sekolah
Menengah (SM) Raja Dr Nazrin Shah di Kampung Gajah, Ipoh. Pelajar tersebut dibelasah
oleh sekumpulan pelajar yang melibatkan 18 orang pelajar dengan menggunakan objek keras
lebih tiga jam selepas enggan mengaku mencuri wang sebanyak RM100 milik seorang
pelajar. Selain itu, kes yang berlaku pada tahun 2014 juga menjadi perhatian murba, iaitu
berlakunya di Georgetown, Pulau Pinang. Tajuk yang terpampang di dada akhbar pada tahun
2014 mengatakan bahawa empat pelajar disyaki terbabit gengsterisme telah ditahan. Hal ini
demikian disebabkan mereka disyaki terbabit dalam kes peras ugut dan membelasah pelajar
lain. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka berusia dalam
linkungan 15 dan 18 tahun ini ditahan di Persisiran Tembaga dan Jalan Sungai Dua dan juga
terbabit dalam pertubuhan kongsi gelap. Jelaslah bahawa gejala gengsterisme ini membawa
padah terhadap generasi muda harapan bangsa pada masa kini. Oleh itu, persoalannya adalah
apakah yang membuatkan golongan remaja ini terdorong dalam melakukan kegiataan yang
tidak sihat dan lebih mendorong kepada pengamalan sifat atau fahaman nihilisme ini?
Penularan gejala gengsterisme yang berleluasa ini disebabkan oleh pelbagai