Download - Friezes Dan Mosaic
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
1/10
FRIEZES DAN MOSAIC
Matematik memainkan pelbagai peranan yang penting di dalam teknologi
moden. Namun, peranan matematik juga berfokuskan kepada satu budaya yang
berterusan. Budaya ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi dan masih digunakan
sehingga sekarang. Friezes dan mosaic adalah contoh budaya matematik yang
berterusan digunakan sehingga sekarang.
Frieze atau lebih dikenali sebagai dekorasi dinding merupakan ukiran pada
bahagian atas dinding yang mengklasifikasikan corak pada permukaan dua dimensi
yang berulang-ulang dalam satu arah berdasarkan simetri dalam corak yang
mengaplikasikan konsep matematik. Ia sering digunakan dalam seni hiasan oleh
masyarakat terdahulu seperti tamadun Mesir Purba, tamadun Mayan dan Sumeria.
Dekorasi dinding atau frieze dapat diperhatikan pada struktur bangunan seperti di
bawah bumbung dan siling, di atas tingkap dan pintu serta di luar bangunan. Banyak
struktur yang direka dalam corak klasik yang mempunyai gaya yang tersendiri seperti
struktur bangunan di Parthenon, Athens.
Knightspada dekorasi dinding Parthenon
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
2/10
Bahan-bahan pembinaan untuk dekorasi dinding atau frieze adalah berbeza
seperti batu marmar, batu kapur atau logam. Dalam struktur yang lebih moden,
dekorasi dinding boleh dibuat daripada kayu dan dicat secara bertekstur untuk
membezakan dekorasi dinding dari seluruh struktur dan reka bentuk frieze. Dalam seni
bina klasik, dekorasi dinding telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada struktur
yang menyokong bumbung. Struktur ini dikenali sebagai entablature, dan ia biasanya
terletak di puncak ruang yang tersendiri. Gaya seni bina klasik yang berbeza ini boleh
digunakan untuk mengenal pasti tempoh seni bina ini telah dibina.
John Conway, seorang ahli Matematik telah mencipta nama-nama bagi tujuh
corak dekorasi dinding yang mengaplikasikan konsep penjelmaan (transformation).
Corak ini adalah berkaitan dengan tapak kaki bagi setiap kumpulan (F1 hingga F7).
Kumpulan dekorasi dinding pertama, F1, melibatkan traslasi ke sisi sahaja yang dikenali
sebagai Hop.
Corak asas F1, Hop
Contoh corak F1, Hop : dekorasi dinding Sempadan Alcazar de los Reyes Cristianos,Cordoba, Sepanyol.
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
3/10
Kumpulan dekorasi dinding yang kedua, F2, melibatkan translasi ke sisi dan
pantulan gelangsar (glide) yang dikenali sebagai Step.
Corak asas F2, Step
Kumpulan dekorasi dinding ketiga, F3, melibatkan traslasi dan pantulan secara
menegak dan simetri yang dikenali sebagai Sidle.
Corak asas F3, Sidle
Contoh corak F3, Slide : dekorasi dinding Palacio de Velazquez Parque de Retiro
Madrid, Sepanyol.
Kumpulan dekorasi dinding keempat, F4, melibatkan translasi dan putaran
(separuh pusingan) yang dikenali sebagai Spinning Hop.
Corak asas F4, Spinning Hop
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
4/10
Contoh corak F4, Spinning Hop : Meander Frieze San Giorgio Maggiore, Venice, Italy.
Kumpulan dekorasi dinding kelima, F5, melibatkan translasi, pantulan gelangsar
(glide) dan putaran (separuh pusingan) yang dikenali sebagai Spinning Sidle.
Corak asas F5, Spinning Sidle
Contoh corak F5, Spinning Sidle : Mosaic Nuestra Senora de la Almundena, Madrid,Spain.
Kumpulan dekorasi dinding keenam, F6, melibatkan translasi dan pantulan yang
dikenali sebagai Jump.
Corak asas F6, Jump
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
5/10
Contoh corak F6, Jump : Ceiling Mezquita, Cordoba, Spain.
Kumpulan dekorasi dinding ketujuh, F7, melibatkan ketiga-tiga translasi, pantulan
dan putaran yang dikenali sebagai Spinning Jump.
Corak asas F7, Spinning Jump
Contoh corak F7, Spinning Jump : Back of a Bench, Banos de la Maria de Padilla
Reales Alcazares, Seville, Spain.
Mosaic atau lebih dikenali sebagai mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka
bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan
tembikar. Seni hiasan ini merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka
bentuk hiasan dalaman yang mempunyai hubungkait dengan kebudayaan dankeagamaan seperti yang dapat dilihat pada tempat untuk beribadat. Corak hiasan
mozek dibuat dengan menysun kepingan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar atau
seramik (tessera) di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan
menghasilkan pantulan atau kilauan. Imej yang berasingan dan tidak bertindih disusun
secara bersebelahan bagi menghasilkan mozek mengikut sesuatu jenis tema.
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
6/10
Mengikut sejarah lama, mozek telah diperkenalkan oleh orang-orang Greek.
Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
Orang-orang Roman pula menggunakan teknik mozek untuk menghias batu, marmar
dan seramik pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang-orang Kristian
Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan menggunakan
teknik mozek. Kini, teknik mozek teknik mozek telah digunakan secara meluas di dalam
pembinaan bangunan.
Antara contoh-contoh mozek yang terkenal dalam tamadun dunia adalah seperti
dalam gambar rajah di bawah:
Etruscan Mosaic
Mozek Eruscan telah dipilih oleh Persatuan Artis Mozek Amerika Syarikat
(SAMA), untuk dipamerkan di Orangeburg, SC Fine Arts Center pada tahun 2002.
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
7/10
The Leopard Mosaic
Mozek Leopard menggunakan teknik Opus Vermiculatum untuk menyerlahkan
kesederhanaan gambar harimau bintang.
Roman Mosaic
Mozek Roman mempunyai garisan yang menyerupai seperti bendalir. Ia bukan
sahaja kelihatan hebat di dinding tetapi mempunyai keaslian lantai yang cukup indah
untuk dipandang.
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
8/10
Serpents Mosaic
Untuk menyerlahkan pergerakan ular, mozek Serpents diubah suai dari reka
bentuk di dalam sebuah bangunan awam di Pompeii. Latar belakangnya dilakukan
dalam teknik Tessalatum Opus.
Girih Islamic Complex Mosaic
Corak mozek yang bercirikan Islam yang begitu komplek dikenali sebagai Girih
adalah bentuk seni bina popular di dalam tamadun budaya Islam. Mozek ini terdapat di
bawah kubah Makam Hafez di Shiraz.
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
9/10
Running Rug, 2001 Structural Mosaic Work
Mozek di atas adalah contoh mozek gaya moden, arca mozek Running Rug
yang dihasilkan oleh Marcelo de Melo pada tahun 2001. Mozek ini menggunakan teknik
yang dikenali sebagai 'mozek struktur' menjadi Pemenang Hadiah Juri di Miami pada
tahun 2003.
Kesimpulannya, kita dapat lihat konsep penjelmaan (transformation) yang telah
diaplikasikan dalam bidang matematik bagi menghasilkan corak-corak yang sangat
menarik. Matematik telah digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang teknologi
moden.
-
5/19/2018 Friezes Dan Mosaic
10/10
RUJUKAN
Ancient Designs Mosaic. Diperoleh Sept 26, 2012 dari
http://www.bizantinamosaics.com/ancientmosaicdesigns.html
Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Modul Pendidikan Matematik Sekolah Rendah
MTE3113 Geometri. Cyberjaya : Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Marcelo de Melo Running Rug from Wikipedia the Free Encyclopedia. Diperoleh Sept
26, 2012 dari
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Marcelo_de_Melo_Running_Rug.jpg
Nur Afifah Azmi (2012). Definisi mozek. Diperoleh Sept 26, 2012 dari
http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-mozek.html
Seven Friezes Pattern.
Diperoleh Sept 26, 2012 dari
http://mathdl.maa.org/images/upload_library/4/vol1/architecture/Math/seven.html
Shahfir (2011). Kuil Kuno Yunani di atas Acropolis Parthenon, Athens. Diperoleh Sept
26, 2012 dari http://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-
acropolis.html
Smith S.E. (2003). What is Friezes?. Diperoleh Sept 26, 2012 dari
http://www.wisegeek.com/what-is-a-frieze.htm
Roof Hafiz Tomb from Wikipedia the Free Encyclopedia. Diperoleh Sept 26, 2012 dari
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Roof_hafez_tomb.jpg
http://www.bizantinamosaics.com/ancientmosaicdesigns.htmlhttp://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-mozek.htmlhttp://mathdl.maa.org/images/upload_library/4/vol1/architecture/Math/seven.htmlhttp://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-%09acropolis.htmlhttp://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-%09acropolis.htmlhttp://www.wisegeek.com/what-is-a-frieze.htmhttp://en.wikipedia.org/wiki/File:Roof_hafez_tomb.jpghttp://en.wikipedia.org/wiki/File:Roof_hafez_tomb.jpghttp://www.wisegeek.com/what-is-a-frieze.htmhttp://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-%09acropolis.htmlhttp://cahayaair.blogspot.com/2011/12/kuil-kuno-yunani-di-atas-%09acropolis.htmlhttp://mathdl.maa.org/images/upload_library/4/vol1/architecture/Math/seven.htmlhttp://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-mozek.htmlhttp://www.bizantinamosaics.com/ancientmosaicdesigns.html