8/25/2014
1
FEM 4205 : 3 (3+0)
Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah
Resource Management in Changing Environment
HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM
BILIK A2-14
Email: [email protected]
Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Kuliah
Tajuk Jam
3. Prinsip dan Teori Perubahan 8
Teori perubahan organisasi
Teori Kurt Lewin
Tahap perubahan
4. Kesan Persekitaran Berubah 6
Individu dan keluarga
Organisasi
Masyarakat
8/25/2014
2
Tajuk 3
Prinsip dan Teori Perubahan
Teori perubahan organisasi
Dalam persekitaran yang berubah, individu mahupun
organisasi perlu juga berubah
Untuk kejayaan jangka panjang, perubahan yang berjaya
boleh digalakkan dan dipermudahkan melalui langkah-
langkah yang sesuai
Perubahan adalah suatu fenomena benar
Ia boleh diperhatikan dan dianalisa melalui pelbagai
langkah atau fasa
Teori perubahan diwujudkan bagi menjawab persoalan
mengenai “ Bagaimana perubahan berjaya dapat
berlaku?”
8/25/2014
3
Teori perubahan organisasi
Terdapat beberapa teori perubahan yang terlibat
Teori Perubahan Tiga-Langkah Lewin (Teori Kurt Lewin)
Teori Perubahan Fasa Lippitt
Teori Perubahan Prochaska dan DiClemente
Teori Kognitif Sosial
Teori Tingkahlaku Dirancang dan Tindakan Bersebab
Teori perubahan organisasi:
Teori Kurt Lewin
Teori Kurt Lewin :
Kurt Lewin (1951) memperkenalkan model perubahan
tiga-langkah
Tingkah laku dilihat sebagai daya dinamik seimbang
yang bekerja dalam arah bertentangan
Daya penggerak memudahkan perubahan dengan
mengaruh tingkahlaku pekerja ke arah yang dikehendaki
Daya kekangan (penahan) menyekat perubahan dengan
mengaruh tingkah laku pekerja ke arah berlawanan
Model ini boleh menganjak keseimbangan dalam arah
perubahan yang dirancang.
8/25/2014
4
Teori perubahan organisasi:
Teori Kurt Lewin
Langkah Pertama
Langkah pertama dalam proses tingkah laku berubah
adalah untuk menyahbeku keadaan sedia ada (status
quo)
‘Status quo’ adalah keadaan keseimbangan
Menyahbeku adalah perlu bagi mengatasi kekangan
terhadap halangan individu dan keakuran (penyesuaian)
kumpulan
Menyahbeku boleh dicapai melalui 3 kaedah
Teori perubahan organisasi:
Teori Kurt Lewin
3 kaedah untuk langkah pertama iaitu menyahbeku:
Pertama: Meningkatkan daya penggerak yang
mengarahkan tingkah laku jauh daripada keadaan sedia
ada atau status quo
Kedua: Mengurangkan daya kekangan yang menghalang
pergerakan daripada keadaan keseimbangan sedia ada
Ketiga: Mencari gabungan dua kaedah di atas
8/25/2014
5
Teori perubahan organisasi:
Teori Kurt Lewin
Antara aktiviti yang membantu langkah menyahbeku:
Memotivasikan individu dengan menyediakan mereka
untuk perubahan
Membina kepercayaan dan penghargaan untuk
keperluan kepada perubahan
Menyertai dengan aktif dalam mengenalpasti masalah
dan sumbangsaran penyelesaian dalam sesuatu
kumpulan
Teori perubahan organisasi:
Teori Kurt Lewin Langkah kedua
Langkah pergerakan di mana perlu untuk menggerak
kan sistem sasaran kepada keseimbangan baru
Tiga tindakan yang membantu pergerakan adalah
memujuk individu/pekerja untuk bersetuju dengan
status quo itu adalah tidak menguntungkan mereka
menggalakkan mereka untuk melihat masalah dari
perspektif baharu, sama-sama bekerja untuk
menghasilkan maklumat baru dan relevan,
menjalinkan pandangan kumpulan kepada pemimpin
yang dihormati & berkuasa yang menyokong perubahan
8/25/2014
6
Teori perubahan organisasi:
Teori Kurt Lewin
Langkah Ketiga:
Langkah membeku semula.
Ia perlu setelah perubahan dilaksanakan supaya
perubahan dapat dikekalkan dan individu/pekerja tidak
berubah semula ke keadaan sebelumnya
Langkah ini adalah untuk menstabilkan keseimbangan
baru yang terhasil dari perubahan itu dengan
menyeimbangkan kedua-dua daya penggerak dan daya
kekangan
Teori perubahan organisasi:
Teori Kurt Lewin Langkah Ketiga: (samb.)
Satu tindakan yang boleh diambil dalam langkah ini
adalah menguatkuasakan pola baru dan menginstitusikan
(membudayakan) ia melalui mekanisma formal dan tidak
formal termasuk melalui prosedur dan dasar
Oleh itu teori Kurt Lewin menggambarkan kesan daya-
daya (daya penggerak) yang mengaruh atau menghalang
perubahan (daya kekangan)
Perubahan berlaku bilamana kekuatan gabungan suatu
daya melebihi dari kekuatan gabungan daya bertentangan
8/25/2014
7
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Fasa Lippitt
Lippit, Watson dan Wesley (1958) melanjutkan Teori
Perubahan Tiga-Langkah Lewin
Membina teori tujuh-langkah yang memfokus lebih
kepada peranan dan tanggungjawab agen perubahan
berbanding evolusi perubahan itu sendiri
Maklumat saling bertukar secara berterusan sepanjang
proses
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Fasa Lippitt
Tujuh langkah itu adalah:
1. Mengenalpasti masalah
2. Menilai motivasi dan kemampuan untuk berubah
3. Menilai sumber dan motivasi bagi agen perubahan. Ini
termasuk penglibatan agen perubahan kepada
perubahan, kuasa dan stamina
4. Memilih objek perubahan yang progresif. Pelan
tindakan dibina dan strategi dibuat
8/25/2014
8
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Fasa Lippitt
5. Peranan agen perubahan hendaklah dipilih dan
difahami dengan jelas oleh semua pihak supaya
jangkaan adalah jelas. Contoh peranan: fasilitator, pakar
6. Mengekalkan perubahan. Komunikasi, maklumbalas,
dan koordinasi kumpulan adalah unsur perlu dalam
langkah ini
7. Secara beransur-ansur menarik diri dari hubungan
memberi bantuan. Agen perubahan hendaklah menarik
diri dari peranan mereka dalam tempoh masa itu. Ini
boleh berlaku bilamana perubahan itu menjadi
sebahagian budaya organisasi atau individu
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Fasa Lippitt
Perubahan itu boleh menjadi stabil jika perubahan itu
disebarkan ke sistem bersebelahan atau kepada
bahagian lain dalam sistem sejurus selepas berubah
Perubahan akan lebih berkekalan
Contoh: individu menemui masalah lain dalam cara
yang sama; masalah yang sama tersebar ke bahagian lain
dalam perniagaan yang sama
Lebih luas perubahan itu tersebar, lebih
berkemungkinan tingkah laku itu dianggap sebagai
normal
8/25/2014
9
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente
Prochaska & DiClemente menyatakan suatu siri
peringkat yang pelbagai dilalui oleh individu bila
berlakunya perubahan
Peringkat itu yang dibincangkan dalam teori ini adalah
pra-pertimbangan, pertimbangan, persediaan, tindakan
dan penyelenggaraan
Peringkat ini dilalui secara kitaran dan bukannya linear
kerana kebanyakan individu berulang dalam usaha
mereka untuk berubah, dan tidak mengekalkan hasil
perubahan berkenaan
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente
Aspek pertama model menunjukkan pergerakan dari
pra-pertimbangan kepada pertimbangan sesuatu isu
Pra-pertimbangan wujud bilamana individu tidak
menyedari atau gagal mengenalpasti masalah
Individu di peringkat ini tidak hendak berubah tingkah
laku mereka dan menegaskan bahawa tingkah laku
mereka adalah normal
8/25/2014
10
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente
Peringkat Pertimbangan
Peringkat pertimbangan wujud bila individu
menimbulkan kesedarannya terhadap isu atau masalah
Individu di peringkat ini memikirkan untuk mengubah
tingkah laku mereka, tetapi tidak bersedia untuk terlibat
dalam proses perubahan itu lagi
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente
Peringkat persediaan
Persediaan berlaku bilamana individu bersedia untuk
mengubah tingkah laku dan merancang untuk berbuat
demikian dalam tempoh masa yang singkat (contohnya 2
minggu)
Individu ini memerlukan kaunseling, sokongan sosial,
dan bantuan dalam menyelesaikan masalah semasa
proses perubahan
Pringkat tindakan menyusul selepas peringkat ini
8/25/2014
11
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente
Peringkat tindakan
Peringkat ini dicirikan oleh peningkatan dalam
keupayaan menghadapi perubahan tingkah laku dan
individu mula terlibat dalam aktiviti perubahan
Peringkat penyelenggaraan
Tindakan untuk mengukuhkan perubahan dilakukan
seiring dengan penubuhan suatu perubahan tingkah laku
yang baharu kepada gaya hidup dan norma individu.
Kaunseling diperlukan untuk mengelak dari berulangnya
proses perubahan bagi memastikan perubahan jangka
panjang yang berjaya
Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente
Dalam model kitaran ini, individu boleh keluar dari
mana-mana peringkat bila-bila masa sekiranya mereka
tidak bersedia untuk berubah
Model ini mengambil kira ulangan tingkah laku atau
kembali ke tingkah laku asal
Dalam keadaan tingkah laku berulang, individu boleh
mengikuti semula peringkat pertimbangan dan bersedia
untuk tindakan di masa hadapan
Kebanyakan individu belajar dari proses tingkah laku
berulang untuk berubah menjadi individu yang lebih
baik
8/25/2014
12
Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial
Teori ini sebelum ini dinamakan teori pembelajaran
sosial, menyarankan bahawa perubahan tingkah laku
mendapat kesan dari pengaruh persekitaran, faktor
peribadi, dan sifat dari tingkahlaku itu sendiri
Individu mesti mempunyai kemujaraban-diri (self-
efficacy) – percaya mengenai kebolehan diri untuk
melakukan tingkah laku itu dan mestilah mempunyai
tanggapan bahawa terdapat insentif untuk berbuat
demikian
Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial
Individu bertindak mengikut sepertimana tanggapan
mereka terhadap akibat dari tingkah laku mereka
Dengan itu, untuk pembelajaran sosial berlaku,
jangkaan positif individu terhadap tingkah laku itu
hendaklah melebihi jangkaan negatif
Akibat atau hasilnya boleh dikelaskan sebagai
mempunyai manafaat segera seperti merasa bertenaga;
bagi manafaat jangka panjang adalah mengalami
kesihatan yang lebih baik
8/25/2014
13
Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial
Kemujaraban-diri adalah merupakan ciri penting yang
menentukan perubahan tingkah laku seseorang
disebabkan hasil yang dijangkakan ditapis melalui
tanggapan yang ia boleh melakukan tingkah laku
berkenaan pada mulanya
Kemujaraban-diri boleh ditingkatkan melalui 3 cara
iaitu memberi arahan jelas, menyediakan peluang
pembangunan kemahiran atau latihan, dan
menggunakan model bagi tingkah laku yang diingini
Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial
Dalam melaksanakan program latihan pekerja, terdapat
4 proses yang dijalankan yang boleh meningkatkan
kemungkinan kejayaan dengan berkesan
Ini termasuk:
proses memberi perhatian
proses pembendungan
proses penghasilan-semula motor
proses pengukuhan
8/25/2014
14
Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial
Proses memberi perhatian
Proses ini mengambilkira keadaan di mana individu
belajar dari seseorang model bilamana mereka boleh
berhubung dengan model itu dan memberi perhatian
kepada perkara-perkara berkaitan model berkenaan
Individu mudah terpengaruh sekiranya model itu
bersih, menarik, memikat, menarik perhatian, dan
berkait dengan sesuatu yang mereka ambil berat
Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial
Proses pembendungan
Proses ini mengambil kira sejauh mana individu boleh
mengingati model dan ciri-cirinya
Proses penghasilan-semula motor
Proses ini menggambarkan seseorang individu boleh
menukar pemerhatian kepada perlakuan
8/25/2014
15
Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial
Proses pengukuhan
Proses ini digunakan bila individu mengubah tingkah
laku disebabkan ganjaran dan insentif positif
Tingkah laku yang berubah yang disasarkan akan diberi
perhatian khusus, ganjaran yang lebih baik, dan
dilakukan lebih kerap
Untuk lebih efektif, model hendaklah mendapatkan
kepercayaan dan penghargaan dari pemerhati
Begitu juga, model hendaklah tidak menunjukkan
tingkah laku yang mana pemerhati merasa tidak boleh
dicapai
Teori perubahan : Teori Tingkahlaku Dirancang & Tindakan Bersebab
Teori ini menyatakan bahawa prestasi individu bagi
tingkah laku tertentu ditentukan pada asasnya oleh
kehendak individu untuk melakukan tingkah laku
berkenaan
Terdapat dua faktor utama yang membentuk kehendak
individu
8/25/2014
16
Teori perubahan : Teori Tingkahlaku Dirancang & Tindakan Bersebab
Faktor Pertama:
Sikap individu terhadap tingkah laku yang diingini
hendaklah positif untuk perubahan berlaku
Faktor Kedua:
Pengaruh persekitaran sosial individu berkenaan atau
norm subjektif.
Ini termasuk kepercayaan rakan sebaya dan apa yang
mereka percaya individu patut lakukan; dan juga
motivasi individu untuk mematuhi/bersetuju dengan
pendapat rakan sebaya.
Ulasan Terhadap Teori Kurt Lewin
Teori ini adalah terlalu rasional, dan berorientasikan
matlamat dan perancangan
Perubahan yang berlaku kelihatan berada pada tahap
perubahan yang baik kerana ia rasional
Dalam keadaan sebenarnya, kekurangan dalam
mengambilkira perasaan dan pengalaman manusia akan
memberikan kesan negatif
Individu/pekerja mungkin terlalu teruja dengan sesuatu
perubahan baharu sehingga membelakangkan perasaan,
sikap atau pengalaman lepas individu/pekerja lain
Akibatnya, mereka berhadapan dengan halangan atau
kekurangan semangat untuk berubah