Download - Euthanasia : Pandangan Dari Agama Berlainan
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
1
Pendahuluan
Perkataan “euthanasia” berasal daripada bahasa Yunani eu (Baik) dan thanatos (Mati),
yang digabungkan menjadi mati dengan baik. Dengan kata lain, euthanasia membawa
maksud tindakan menamatkan hidup seseorang dengan sengaja kerana seseorang tidak dapat
menahan kesakitan yang dibawa oleh penyakit atau seseorang tidak dapat diubati dengan
perubatan yang sedia ada. Selain itu, euthanasia juga bermakna kematian dengan aman tanpa
kesakitan. Euthanasia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu voluntary euthanasia,
non-voluntary euthanasia, involuntary euthanasia, euthanasia aktif, dan euthanasia pasif. Pada
masa kini, hanya beberapa negara yang membenarkan perlaksanaan euthanasia, iaitu Holland,
Belgium dan negeri Oregan serta negeri Washington di Amerika Syarikat. Euthanasia tidak
dapat dilaksanakan di seluruh dunia kerana perbuatan tersebut boleh membangkitkan
persoalan moral, dan bertentangan dengan ajaran agama serta undang-undang yang sedia ada
di negara masing-masing.
Secara umum, euthanasia hanya dapat dilaksanakan di tempat-tempat yang
meluluskannya sekiranya mendapat permintaan daripada pesakit yang nazak (voluntary
euthanasia). Dalam kes koma, sesetengah keluarga pesakit akan membuat permohonan untuk
melaksanakan euthanasia ke atas pesakit supaya kematiannya boleh dipercepatkan (Non-
voluntary euthanasia). Euthanasia boleh dilaksanakan dengan menyuntik ubat-ubatan yang
membawa mautan (euthanasia aktif) atau dengan menghentikan bekalan ubatan, keperluan
asas dan langkah-langkah yang diperlukan untuk melanjutkan hidup pesakit (euthanasia
pasif).1
Perlaksanaan euthanasia untuk menamatkan hidup seseorang yang tidak mempunyai
harapan untuk sembuh telah membangkitkan pelbagai soalan moral dalam masyarakat. Isu ini
1 Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia, http://members.tripod.com/tibbians/ilham.pdf (30 Januari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
2
melibatkan pelbagai perspektif yang mempunyai idea yang berbeza. Daripada perspektif
pesakit, kadang-kala penyakit yang dihidapi akan membawa pelbagai kesakitan dan
penderitaan yang tidak dapat ditanggung oleh pesakit. Sebab itu, kebanyakan pesakit yang
masih bersedar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk berputus asa dan memilih
untuk menamatkan hidupnya tanpa kesakitan. Akan tetapi, ahli keluarga pesakit boleh
menghadapi dilemma dalam membuat keputusan jika pesakit tersebut berada dalam keadaan
koma. Dengan melaksanakan euthanasia, kos perubatan yang ditanggung oleh ahli keluarga
dapat diringankan tetapi pada masa yang sama, adakah itu pilihan yang diingini oleh pesakit
untuk menamatkan hidupnya? Dalam proses membuat keputusan, ahli keluarga juga akan
menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek, termasuk masyarakat, diri sendiri dan lain-lain.
Manakala dalam perspektif perubatan, euthanasia membawa alternatif kepada pesakit
dan tindakan ini boleh menamatkan hidup seseorang tanpa kesakitan dan menghentikan
penderitaan. Doktor memainkan peranan yang penting dalam isu ini kerana pada kebanyakan
masa merekalah yang mengambil keputusan sama ada pesakit berkelayakan untuk menerima
euthanasia. Tetapi pada masa yang sama, sebahagian pesakit akan berasa takut sekiranya
doktor yang merawatinya berpendapat bahawa pesakit tidak dapat disembuhkan dan doktor
akan melaksanakan euthanasia kepadanya. Keyakinan antara pesakit dengan doktor mungkin
akan dikurangkan sekiranya euthanasia sentiasa dilaksanakan oleh doktor. Dalam soal agama,
kebanyakan agama percaya bahawa hidup seseorang adalah diberikan oleh Tuhan dan
manusia tidak menpunyai hak untuk menamatkan hidup. Jelaslah isu euthanasia menerima
bantahan yang tegas daripada ahli agama.
Oleh itu, perbuatan euthanasia bukan sahaja melibatkan pesakit sahaja tetapi juga
melibatkan ahli keluarga, ahli perubatan, isu agama dan lain-lain. Dengan ini, isu euthanasia
harus diuruskan secara teliti supaya isu ini tidak menjadi isu perbalahan dalam lapisan
masyarakat.
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
3
Huraian Isu
Sejarah euthanasia
Perkataan ‘euthanasia’ yang digunakan pada kali pertama adalah dipercayai terdapat
dalam karya Suetonius, seorang sejarawan Roman, bertajuk De Vita Caesarum--Divus
Augustus, yang menghuraikan kematian Augustus Caesar. Petikan di bawah merupakan salah
satu petikan di dalam karya tersebut.
"...while he was asking some newcomers from the city about the daughter of Drusus,
who was ill, he suddenly passed away as he was kissing Livia, uttering these last
words: "Live mindful of our wedlock, Livia, and farewell," thus blessed with an easy
death and such a one as he had always longed for. For almost always, on hearing that
anyone had died swiftly and painlessly, he prayed that he and his might have a like
euthanasia, for that was the term he was wont to use. "2
Kira-kira 400 S.M., salah satu frasa dalam Sumpah Hippokratik oleh Hippocrates,
seorang ahli perubatan Greek yang amat terkenal, menyatakan bahawa
“Saya tidak akan memberi ubat yang boleh membawa kemautan kepada sesiapa pun
walaupun diminta ataupun dicadangkan.”3
di mana inilah dipercayai bermulanya konsep pertentangan euthanasia.
Manakala penyokongan idea euthanasia yang pertama adalah pada abad ke-16, oleh
Thomas More. Dia berpendapat bahawa apabila seseorang pesakit menghidapi penyakit yang
2 The Life Information Charitable Trust, (2007), General History of Euthanasia, http://www.euthanasia.org.nz/about-euthanasia/history-global/1/ (2 Februari 2009) 3 Michael North, National Library of Medicine, Hippocratic Oath, (2002), http://www.nlm.nih.gov/hmd/greek/greek_oath.html (8 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
4
tidak dapat diubati dan dia menderita disebabkan penyakit tersebut, dia haruslah dinasihatkan
supaya matikan diri. Pesakit tersebut sepatutnya menyedari bahawa penyakitnya yang
langsung tidak dapat diubati akan menjadi beban orang lain dan penderitaannya akan
menyebabkan orang lain berasa kasihan terhadapnya.4
Undang-undang Inggeris iaitu English Common Law telah membantah perbuatan
pembunuhan diri, sama ada dengan sendiri ataupun dengan bantuan pihak ketiga sejak tahun
1300 sehingga abad lepas. Dalam English Common law, Bracton, seorang pihak autoriti yang
paling awal untuk hukum tersebut, menyatakan bahawa
“Sesiapa yang membunuh diri disebabkan oleh ketidakinginan untuk menerima
penderitaan badan yang selanjutnya akan dirampaskan harta benda peribadi, tetapi
tidak akan merampas hartanya yang berharga.”. 5
Pada akhir abad ke-18, Prussia telah menggubalkan undang-undang bagi meringankan
hukuman kepada sesiapa yang membantu dalam pembunuhan pesakit yang menghidapi
penyakit yang tidak dapat diubati pada 1 Jun 1794. Sejak abad-ke 19, isu euthanasia menjadi
semakin hangat didebati di kebanyakan negara, terutamanya di Amerika Utara dan Eropah.
Pengubalan akta yang anti-euthanasia iaitu mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan
di dalam undang-undang Amerika di New York pada 10 Disember 1828 telah menyebabkan
beberapa negeri Amerika Syarikat seperti California dan Dakota turut menggunakan akta
tersebut sebagai contoh di setiap negeri masing-masing. Manakala di antara tahun 1857 dan
1865, Suruhanjaya New York yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka kod jenayah
yang melarangkan pembantuan dalam pembunuhan diri, terutamanya dalam “Pembekalan
4Aysegil Demirhan Erdemir dan Omur Elcioglu, (2001), Eubios Journal of Asian and International Bioethics 11, Eubios Ethics Institute, 47-49. 5 Neil McGill Gorsuch, (2006), The Future of Assisted Suicide and Euthanasia, Princeton University Press, 28-29.
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
5
kepada seorang dengan sebarang ubat atau senjata yang boleh menyebabkan kemautan,
walaupun niat orang tersebut yang hendak mengambil nyawa sendiri telah diketahui”. 6
Walaubagaimanapun, dengan kepesatan dalam teknologi perubatan, Amerika Syarikat pada
abad ke-20 mulai menimbang semula akta anti-euthanasia tahun 1828 berulang-kali.
Pada tahun 1889, Nietzsche, seorang ahli falsafah Jerman menyokong kematian
secara sukarela dengan karya falsafahnya yang bertajuk Thus Spoke Zarathustra.
Many die too late, and some die too early.
yet strange sounds the precept: “Die at the right time!”Die at the right time! So teach
I, Zarathustra.
…My death, praise I unto you, the voluntary death, which cometh unto me because I
want it.
Nietzsche - Thus Spoke Zarathustra
Manakala seorang peguam Jerman bernama Jost telah menyediakan sebuah buku bertajuk
“Killing Law” pada tahun 1895. Jost menekankan bahawa hanya mereka yang menghidapi
penyakit maut boleh diizinkan kematian jika mereka sendiri meminta untuk dimatikan.
Penyokongan isu euthanasia di Jerman diteruskan dengan penerbitan sebuah buku
kecil bertajuk ‘The Release of the Destruction of Life Devoid of Value’ pada tahun 1920 oleh
dua orang professor Jerman, Alfred Hoche dan Karl Binding yang menyokong pengambilan
nyawa makhluk yang tidak bernilai. Mereka juga berpendapatan bahawa seseorang pesakit
yang meminta bantuan untuk mati berhak untuk mendapatkan bantuan tersebut daripada
doktor, jika di bawah keadaan yang terkawal. Buku inilah yang telah menjadi asas euthanasia
bukan sukarela kepada Nazi Jerman.7
6 History of Euthanasia, (2009), http://www.euthanasia.com/historyeuthanasia.html (5 Februari 2009) 7 Malcolm Muggeridge, (1980), The Humane Holocaust, < http://www.prolifeforum.org/ethics/muggeridge.asp> (18 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
6
Pada tahun 1935, satu persatuan yang menyokong euthanasia sukarela, iaitu Voluntary
Euthanasia Society (VES) telah dibentuk di England pada tahun 1935. Persatuan tersebut
adalah merupakan jenis persatuan yang pertama kali ditubuhkan di seluruh dunia. VES
ditubuhkan dengan tujuan mengesahkan euthanasia sukarela supaya mereka yang menderita
daripada penyakit serius boleh mendapatkan bantuan untuk mati apabila mereka
memintakannya. 8 Beberapa tahun kemudian, persatuan euthanasia Amerika Syarikat iaitu
Euthanasia Society of America (ESA) juga ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Charles Francis
Potter.9
Kod nama ‘Aktion 4’ iaitu satu program euthanasia Nazi Jerman telah dilancarkan
pada Oktober 1939 menujukan kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah yang
menderita daripada kecacatan fizikal dan mental ataupun “makhluk yang tidak sepatutnya
hidup”. Selepas program tersebut dilancarkan dan semakin berkembang, tindakan euthanasia
bukan sukarela tersebut juga terlibat kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Atas
perintah Adolf Hitler yang bertarikh 1 September 1939, sesiapa yang didapati menghidap
penyakit yang tidak dapat diubati selepas menjalankan pemeriksaan haruslah diberikan
euthanasia bukan sukarela, ataupun menurutnya, mercy death. 10
Selepas itu, pada tahun 1950, Persatuan Perubatan Dunia (World Medical Association)
telah mengutuk euthanasia secara terbuka dan menyerukan supaya semua persatuan
perubatan negara seharusnya membuat sedemikian. Pada tahun yang sama, tinjauan pendapat
umum di Amerika Syarikat telah mendedahkan bahawa hanya 36% orang Amerika Syarikat
hendak mengesahkan pembunuhan diri dengan bantuan, ataupun assisted suicide. 11
8 Definition of Voluntary Euthanasia Society, 13 November 1998, http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=7423 (12 Februari 2009) 9 Richard Weikart , (4 September 2004), Killing Them Kindly: Lessons from the euthanasia movement, http://www.csustan.edu/history/faculty/Weikart/killing.htm (10 Februari 2009) 10 Philip Gavin, (1996), The History Place, http://www.historyplace.com/ (12 Februari 2009) 11Ian Dowbiggin, (2007), A Concise History of Euthanasia, Rowman & Littlefield, 97
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
7
Pada 5 May 1980, gereja Katolik telah membuat pengisytiharan terhadap euthanasia.
Secara umumnya, pengisytiharan tersebut adalah menunjukkan pertentangan mereka terhadap
euthanasia. Salah satu frasa di dalam pengumuman tersebut yang menegaskan pandangan
mereka berbunyi “Ini adalah diperlukan untuk menegaskan lagi bahawa tidak ada sesiapa pun
yang boleh memberikan keizinan untuk membunuh seseorang yang tidak bersalah, sama ada
dia fetus atau embrio, seorang kanak-kanak atau orang dewasa, seorang yang sudah tua,
ataupun seseorang yang menderita daripada penyakit maut, ataupun seseorang yang
menghadapi ajal.” 12 Empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1984, mahkamah tertinggi
Holland, secara tidak langsung, telah mengizinkan euthanasia sukarela di bawah beberapa
keadaan disebabkan oleh kes Alkmaar.13
Manakala pada tahun 1995, daerah utara Australia telah meluluskan draf undang-
undang yang mengenai euthanasia iaitu Rights of the Terminally Ill Act of the Northern
Territory. Draf undang-undang tersebut mula berkesan pada tahun 1996, tetapi telah berjaya
menterbalikkan kelulusan draf undang-undang tersebut pada tahun 1997 oleh Parlimen
Australia. Semasa tempoh draf undang-undang tersebut berkesan, hanya empat euthanasia
telah dilaksanakan, dan semuanya dilaksanakan oleh Dr Philip Nitschke.14
Pada 27 Oktober 1997, negeri Oregon, Amerika Syarikat telah berjaya menggubalkan
undang-undang Death with Dignity Act yang memberi keizinan kepada penduduk Oregon
yang menghidapi penyakit maut menjalankan euthanasia sukarela terhadap sendiri, dengan
bantuan doktor.15 Seterusnya pada tahun 2000, Holland turut meluluskan euthanasia sukarela
dan pembunuhan diri dengan bantuan doktor. Dua tahun kemudian, Belgium juga meluluskan
12Declaration Issued By The Sacred Congregation For The Doctrine Of The Faith http://www.euthanasia.org.nz/religious-key-issues/catholic-church-teaching/ (2 Februari 2009) 13Margaret Otlowski, (1997), Voluntary Euthanasia and the Common Law, Oxford University Press, 401 14 About Philip Nitschke, http://www.exitinternational.net/page/OurDirector (13 Februari 2009) 15 Death With Dignity Act, http://www.oregon.gov/DHS/ph/pas/index.shtml (15 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
8
undang-undang euthanasia seperti yang terdapat di negara Holland, mengizinkan euthanasia
sukarela dan pembunuhan diri dengan bantuan doktor.16
Setelah melebihi 100 percubaan untuk megesahkan undang-undang euthanasia
sukarela selepas negeri Oregon di Amerika Syarikat, akhirnya pada 4 November 2008, negeri
Washington berjaya dalam pengundian untuk pengesahan Initiative 1000 iaitu seseorang
penduduk Washington yang menghidapi penyakit maut dan telah diramalkan secara klinikal
bahawa dia hanya dapat hidup untuk enam bulan sahaja, boleh membuat permohonan untuk
membunuh diri dengan ubat yang disediakan oleh doktor.17 Akan tetapi, pada masa yang
sama, Washington State Medical Association (WSMA) menentangkan kelulusan tersebut.
“Kami percaya pembunuhan diri dengan bantuan doktor tidak sesuai langsung dengan
peranan doktor yang sebagai penyembuh.” Kata Presiden WSMA, Brain P.Wicks. “Pesakit
sentiasa menaruhkan harapan terhadap doktor untuk menyembuhkannya dan ikatan tersebut
boleh dimusnahkan oleh kelulusan initiative 1000.”18
Sehingga pada masa kini, masih terdapat banyak persatuan dan negara bergiat untuk
megesahkan euthanasia. Akan tetapi, disebabkan oleh penglibatan yang terlalu besar dalam
pelbagai aspek dan perspektif, euthanasia dipercayai amat sukar untuk diluluskan di seluruh
dunia.
16 The Life Information Charitable Trust, General History of Euthanasia, http://www.euthanasia.org.nz/about-euthanasia/history-global/1/ (2 Februari 2009) 17 Sarah Foster, (24 November 2008), Washington State Voters Legalize Physician-Assisted Suicide, http://www.newswithviews.com/NWV-News/news109.htm (17 Februari 2009) 18 Washington State Medical Association, (2 Julai 2008), As I-1000 Signatures are Counted, Washington State Medical Association Opposition to Physician-Assisted Suicide Reiterated, http://www.bio-medicine.org/medicine-news-1/As-I-1000-Signatures-are-Counted--Washington-State-Medical-Association-Opposition-to-Physician-Assisted-Suicide-Reiterated-23161-1/ (17 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
9
Kaedah-kaedah Euthanasia
Dengan perkembangan euthanasia yang semakin besar di seluruh dunia, pelbagai
kaedah-kaedah telah digunakan untuk memulakan proses euthanasia. Setiap kaedah ini boleh
memberikan akibat yang berlainan, ada juga yang menyakitkan. Secara umumnya, kaedah-
kaedah euthanasia boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu euthanasia pasif dan euthanasia
aktif.
Euthanasia pasif
Dalam euthanasia pasif, seseorang akan dibiarkan dengan mengubah bentuk sokongan
hidup dan meninggal dunia dalam keadaan semula jadi. Contohnya, kaedah penyekatan
sokongan hidup, kaedah penyekatan prosedur perubatan, kaedah kebuluran dan
penyahhidratan, dan kaedah euthanasia melalui komputer riba. 19 Semua kaedah-kaedah
euthanasia pasif perlu mendapatkan keizinan daripada mahkamah untuk dilaksanakan.
§ Kaedah penyekatan sokongan hidup
Kaedah penyekatan sokongan hidup biasanya dijalankan atas seseorang yang memerlukan
peralatan sokongan hidup seperti respirator dan alat-alat perubatan yang lain. Dalam kaedah
ini, peralatan sokongan hidup ditanggalkan dan seseorang itu dibiarkan mati dalam keadaan
semula jadi.
§ Kaedah penyekatan prosedur perubatan
Kaedah penyekatan prosedur perubatan dijalankan atas seseorang yang memerlukan
prosedur perubatan untuk meneruskan hidupnya. Dalam kaedah ini, prosedur perubatan
dihentikan dan seseorang itu tidak dibekalkan dengan sebarang ubat lagi. Akhirnya,
seseorang itu akan mati secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, penyekatan pembekalan
19 Wordpress.com, (Ogos 2007), Euthanasia dari perspektif sains, etika dan undang-undang, http://72.14.235.132/search?q=cache:3CQ3J8mp5dsJ:umchemistry.files.wordpress.com/2007/08/perfect-euthanasia.doc+EUTANASIA+DARI+PERSPEKTIF+SAINS,+ETIKA+DAN+UNDANG-UNDANG&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my (21 Februari 2008)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
10
CPR (Cardio-pulmonary resuscitation) juga dijalankan apabila seseorang itu memerlukan
CPR. Hal ini mengakibatkan jantungnya berhenti dan mati secara semula jadi.
§ Kaedah kebuluran dan penyahhidratan
Satu lagi kaedah euthanasia yang biasanya dijalankan atas seseorang dalam keadaan coma
ialah kaedah kebuluran dan penyahhidratan. Dalam kaedah ini, makanan dan cecair-cecair
(pemakanan dan penghidratan) disingkirkan daripada seseorang. Sama ada seseorang itu
adalah olahragawan Olimpik sihat yang boleh mengambil makanan dan cecair melalui mulut
ataupun pesakit lemah dan kurang upaya yang menerima makanan dan cecair melalui
penyuapan tiub, kematian adalah tidak dapat dielakkan jika kaedah tersebut dilaksanakan
terhadap seseorang. Biasanya kematian yang berlaku dalam kaedah ini adalah disebabkan
penyahhidratan.20
§ Kaedah euthanasia melalui komputer riba
Salah satu kaedah untuk euthanasia pasif yang menarik telah digunakan oleh Dr. Philip
Nitschke semasa kelulusan Rights of the Terminally Ill (ROTI) Act pada tahun 1995 di
Wilayah Australia Utara. Sebelum menjalankan kewajipannya, beliau akan membuat
panggilan kepada pesakit. Selepas itu, beliau membawa komputer riba, paip plastik, dan
jarum suntik yang diisikan dengan barbiturit semasa melaksanakan pembunuhan diri terhadap
pesakitnya. Komputer ribanya telah dilengkapkan dengan satu program “bunuh diri”. Selepas
pemasangan peralatan antara komputer riba dan pesakit, program akan bermula dan tiga
soalan akan timbul pada skrin komputer seperti berikut:
1. Adakan anda memahami bahawa jika anda membaca sampai skrin yang terakhir dan
menekan “ya”, anda akan diberikan ubat yang menyebabkan kematian dan anda akan
mati? Ya/Tidak
20 The Life Information Charitable Trust, (2007), Euthanasia Methods, http://www.euthanasia.org.nz/about-euthanasia/methods/ (21 Februari 2008)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
11
2. Adakah anda memahami jika anda terus dan menekankan “ya” pada skrin seterusnya,
anda akan mati? Ya/Tidak
3. Dalam masa 15 saat, anda akan diberikan suntikan yang membawa kematian.
Ya/Tidak
Penekanan “ya” dalam ketiga-tiga soalan akan mengaktifkan penyuntikan program dan
ubat yang membawa kematian akan disuntikkan kepada pesakit. Cara ini membolehkan
doktor menjalankan tugasnya terhadap pesakit secara tidak langsung.21
Euthanasia aktif
Euthanasia aktif melibatkan pembunuhan seseorang melalui tindakan secara langsung
dan pada kebanyakan masa pembunuhan sebegini dilaksanakan semata-mata untuk
menunaikan permintaan seseorang pesakit yang sakit tenat. Kadang-kala, pelaksana
euthanasia aktif akan didakwa sekiranya pelaksanaan tersebut tidak diizinkan oleh mahkamah.
Contohnya, pembunuhan diri yang dibantu oleh doktor (Physician Assisted Suicide),
penggunaan “pil aman”, dan kaedah suntikan dadah.
§ Kaedah pembunuhan diri yang dibantu oleh doctor (Physician Assisted Suicide)
Dalam kaedah ini, doktor berkenaan menjelaskan pengetahuan mengenai euthanasia dan
cara membunuh dengan jelas kepada seseorang yang memohon untuk mematikan diri.
Bimbingan tersebut akan membantu mereka yang terlibat memahami tujuan euthanasia dan
membantu mereka membunuh diri. Selepas itu, doktor akan melaksanakan euthanasia aktif
terhadap mereka yang bertegas untuk membunuh diri dengan bantuan doktor.
21 Philip Nitschke & Fiona Stewart, The Peaceful Pill Handbook, (2006), Exit International US Ltd, 8
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
12
§ Kaedah suntikan mati dan penggunaan “pil aman”
Kebanyakan orang tidak menerima penyingkiran segala rawatan dan penjagaan terutama
penyingkiran makanan dan cecair-cecair kerana mereka berasa kaedah tersebut amat
menyakitkan, dan mereka lebih sudi untuk menerima suntikan mati dan penggunaan “pil
aman”. Dengan menggunakan suntikan mati dan “pil aman”, seseorang akan meninggal dunia
dalam keadaan yang tidak sedar diri, tanpa penderitaan dan kesakitan.
§ Kaedah suntikan dadah
Kaedah euthanasia yang paling biasa digunakan dalam euthanasia aktif iaitu memberi
pesakit ubat morfin yang biasanya digunakan untuk mengawal kesakitan dalam dos yang
tinggi. Suntikan tersebut akan menindas respirasi pesakit dan menyebabkan kematian yang
lebih awal daripada yang sepatutnya.
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
13
Kes-kes yang melibatkan euthanasia
Beberapa kisah benar mengenai euthanasia telah disertakan sebagai rujukan. Kes-kes
sedemikian sentiasa berlaku di mana-mana jua sahaja dan cara untuk melaksanakan
euthanasia adalah berlainan. Kes-kes berikut telah digolongkan kepada kes euthanasia bukan
sukarela (non-voluntary euthanasia), kes euthanasia sukarela (voluntary euthanasia) dan kes
kegagalan dalam permohonan euthanasia. Kebanyakan kes yang disertakan tergolong kepada
kes euthanasia bukan sukarela.
Kes euthanasia bukan sukarela (Voluntary euthanasia)
§ Kes Karen Ann Quinlan, Amerika Syarikat
Pada bulan April hari 15, 1975, Karen Ann Quinlan yang berumur 21 tahun telah
dimasukkan ke hospital dalam keadaan kehilangan kesedaran diri. Dalam beberapa jam
sahaja, dia telah memasuki keadaan koma yang tidak dapat dipulihkan. Kedua-dua ibu
bapanya, penganut Roman Catholics, mengetahui bahawa anak perempuan mereka tidak rela
berada dalam keadaan tersebut. Setahun kemudian, Karen memasuki keadaan vegetatif
persisten. Pada masa itu, mahkamah-mahkamah membenarkan rawatannya untuk dihentikan;
tetapi penyuapan buatan masih diteruskan dan dia telah dikekalkan sebagai sebuah badan
yang hidup sehingga Jun 1985. Akhirnya, dia meniggal dunia disebabkan oleh penyakit
pneumonia. Keluarganya menerima beribu-ribu surat simpati dan kebanyakannya
berpendapat bahawa keluarga Karen tidak sepatutnya membiarkan Karen menderita selama
ini. 22
22 Kirsti A. Dyer, Karen Ann Quinlan - A Focal Point for Death with Dignity/Right to Die Movement, (19 Disember 2006), http://dying.about.com/od/palliativeendoflifecare/p/karen_quinlan.htm , (20 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
14
§ Kes Tony Bland, United Kingdom
Pada 1992, Mahkamah Tinggi United Kingdom membenarkan euthanasia mangsa
kemalangan Hillsborough, Tony Bland yang berada dalam keadaan koma dengan
memutuskan tiub-tiub penyuapannya. Presiden Bahagian Keluarga, Tuan Stephen Brown
berkata, tidak ada "kemungkinan munasabah" bahawa dia akan sedar daripada koma. Ibu
bapa Tony Bland, Allan dan Barbara, menyokong tindakan mahkamah dan berasa lega atas
keputusan tersebut. Tony Bland, pada umur 22, mengalami kerosakan otak yang teruk
daripada kemalangan keruntuhan tempat duduk stadium apabila dia dan penyokong-
penyokong bola sepak lain yang sedang berhimpit-himpit untuk memasuki ke dalam stadium
Hillsborough pada bulan April 1989. Sebanyak sembilan puluh lima peminat telah mati
dalam malapetaka itu. Dalam Mahkamah Tinggi, para doktor Tony Bland dari Hospital Besar
Airedale, dan pakar-pakar lain dalam bidang perubatan bercadang bahawa dia boleh bertahan
selama lima tahun tetapi dia tidak akan pulih dan jika tiub penyuapan dikeluarkan, dia akan
mati dalam beberapa hari. Akhirnya, Tony meninggal dunia daripada penyahhidratan
sembilan hari selepas tiub penyuapannya dialihkan. 23
§ Kes Again Isna Nauli, Indonesia
Satu permohonan untuk melakukan euthanasia pada tarikh 22 Oktober 2004 telah dibuat
oleh seorang suami bernama Hassan Kusuma ke Mahkamah Negeri Jakarta Pusat kerana
tidak lega melihatkan isterinya yang bernama Again Isna Nauli, 33 tahun, tergolek koma
selama 2 bulan dan di samping itu, ketidakmampuan untuk menanggung beban bayaran
perawatan turut menjadi alasannya untuk permohonan tersebut. Kes ini merupakan salah satu
contoh bentuk euthanasia yang di luar keinginan pesakit. Permohonan ini akhirnya ditolak
oleh Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, dan setelah menjalani perawatan intensif maka
23 Telegraph & Argus, A right to choose, (15 April 1999), http://archive.thisisbradford.co.uk/1999/4/15/164123.html , (21 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
15
keadaan terakhir pesakit (pada 7 Januari 2005) telah mengalami kemajuan dalam pemulihan
kesihatannya.24
§ Kes Terri Schiavo, Amerika Syarikat
Terri Schiavo (41 tahun) telah meninggal dunia di negeri Florida, pada 31 Mac 2005, 13
hari setelah Mahkamah Agung Amerika Syarikat memberikan keizinan untuk mencabut salur
makanan yang selama ini menghidupkan pesakit dalam koma ini. Koma pesakit tersebut
bermula pada tahun 1990. Terri jatuh di rumahnya dan ditemui oleh suaminya, Michael
Schiavo, dalam keadaan kegagalan jantung. Terri dapat diresusitasikan lagi setelah ambulans
dipanggil, tetapi disebabkan oleh penghentian nafas dalam masa yang panjang, dia
mengalami kerosakan otak yang kritikal, akibat kekurangan oksigen. Menurut kalangan
medik, kegagalan jantung itu disebabkan oleh ketidakseimbangan unsur potasium dalam
tubuhnya. Oleh kerana itu, doktornya kemudian dituduh kesalahan praktik dan terpaksa
membayar ganti rugi besar kerana kecuaian dalam penilaiannya iaitu tidak menemukan
keadaan yang membahayakan ini pada pesakitnya.
Setelah Terri Schiavo selama 8 tahun berada dalam keadaan koma, maka pada bulan
Mei 1998 suaminya, Michael Schiavo membuat permohonan ke mahkamah agar salur alat
bantu makanan pada isterinya boleh dicabut agar isterinya dapat meninggal dengan tenang,
namun ibubapa Terri Schiavo iaitu Bobert dan Mary Schindler menyatakan keberatan dan
menentang niat menantu mereka. Dua kali salur makanan telah dilepaskan dengan izin
mahkamah, tetapi beberapa hari kemudian, salur makanan tersebut dipasang kembali atas
perintah hakim yang lebih tinggi. Ketika akhirnya hakim memutuskan bahawa salur makanan
boleh dilepaskan, maka para penyokong keluarga Schindler melakukan segala yang boleh
untuk menggerakkan Senat Amerika Syarikat agar membuat undang-undang yang
24 Taipei Times, Indonesian call for euthanasia riles Muslim population, (15 November 2004), http://www.taipeitimes.com/News/world/archives/2004/11/15/2003211150 , (19 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
16
memerintahkan Mahkamah Persekutuan untuk meninjau kembali keputusan hakim tersebut.
Undang-undang ini disokong oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan ditandatangani
oleh Presiden George Walker Bush. Tetapi, berdasarkan undang-undang di Amerika,
kekuasaan kehakiman tidak bergantungan dengan sebarang kuasa yang lain, akhirnya hakim
persekutuan membenarkan keputusan hakim terdahulu. 25
§ Kes Dr. Park, Korea Selatan
Di Korea Selatan, pada tahun 2002, terdapat seorang pesakit wanita berusia 68 tahun
yang menderita daripada penyakit sirosis hati. Setelah dirawat selama tiga bulan, seorang
doktor bernama Park yang berumur 30 tahun, telah mencabut alat bantu pernafasan atas
permintaan anak perempuan pesakit tersebut. Pada Disember 2002, anak lelaki pesakit
tersebut meminta polis untuk menyiasat kakaknya berserta dengan doktor tersebut atas
tuduhan melakukan pembunuhan. Dr. Park mengatakan bahawa dia tidak bersalah dan hanya
menunai permintaan anak perempuan pesakit tersebut agar alat bantu pernafasan tersebut
tidak dipasangkan. Satu minggu sebelum mati, pesakit tersebut amat diderita oleh penyakit
sirosis hati yang telah mencapai peringkat akhir, dan doktor mengatakan bahawa walaupun
alat bantu pernafasan tidak dicabut, kemungkinan besar pesakit tersebut hanya dapat bertahan
selama 24 jam sahaja.26
Euthanasia sukarela (voluntary euthanasia)
§ Kes Dr. Nigel Cox, United Kingdom
Pada tahun 1992, Dr. Nigel Cox mencabar undang-undang secara terbuka dan bersetuju
kepada permintaan Puan Boyes yang berumur 70 tahun untuk menjalankan euthanasia
25Diana Lynne, The whole Terri Schiavo story, (24 Mac 2005), http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=43463 , (21 Februari 2009) 26Theresa Kim Hwa-young, Seoul, the debate on euthanasia opens, (13 Jun 2007), http://new.asianews.it/index.php?l=en&art=9539 , (21 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
17
sukarela aktif. Puan Boyes berada dalam keadaan kritikal sehingga beliau akan menjerit jika
sesiapa menyentuh dia. Ubat biasa tidak melegakan penderitaannya. Dalam hari-hari
terakhirnya, setelah membuat permintaan yang berterusan, akhirnya Dr. Cox memberinya
satu suntikan kalium klorida dan akhirnya Puan Boyes meninggal dunia. Akibatnya Dr. Cox
telah digantung kerja dan dihukum oleh mahkamah. 27
§ Kes Sue Rodriguez, Kanada
Sue Rodriguez28, seorang ibu dalam awal tiga puluhannya, menghadapi penyakit Lou
Gehrig. Dia mengetahui bahawa otot-ototnya akan merosot sehingga suatu hari dia akan
tercekik sehingga mati dalam keadaan sedar diri. Oleh itu, dia meminta mahkamah supaya
membenarkan doktor membantu dia dalam memilih saat kematian untuk menenteramkannya.
Akan tetapi, permintaannya ditolak dan dia terpaksa meneruskan hidupnya dalam ketakutan.
Akhirnya seorang doktor, pada bulan Februari 1994, telah melanggar undang-undang dan
membantunya untuk meninggal dunia.
Kegagalan dalam permintaan euthanasia
§ Kes Dianne Pretty, United Kingdom
Dianne Pretty 29 menghadapi penyakit neuron motor kritikal. Dia dan suaminya
merayu kepada mahkamah agar memberikan keimunan dari dakwaan terhadap suaminya jika
suaminya membantu dia membunuh dirinya, tetapi permintaan tersebut telah ditolak.
Akhirnya, Dianne Pretty telah mati di hospital dalam keadaan yang dia hendak mengelakkan.
Terdapat seorang perakam dokumentari telah merekodkan penderitaan dan kehilangan
27 John Keown, (2002), Euthanasia, Ethics, and Public Policy, Cambridge University Press, 11 28 William F. Sullivan, (2004), Eye of the Heart, University of Toronto Press, 33 29 BBC News, Diane Pretty dies, (12 Mei 2002), http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/1983457.stm , (21 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
18
maruah semasa Dianne Pretty melawan penyakitnya, dan ini membuat kesnya amat terkenal
di England.
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
19
Perbincangan - Agama
Pandangan dari agama Kristian
Agama Kristian pada keseluruhannya, menentang euthanasia dan sebarang perbuatan
mengambil nyawa diri atau orang lain. Penganut Kristian percaya bahawa semua manusia
adalah pemberian Tuhan, dan adalah maha suci.
“In the image of God” – Genesis 1:26 (“Dalam imej Tuhan").
Euthanasia dan perbuatan bunuh diri dikatakan ia menentang perintah Tuhan kerana
bagi mereka, hanya Tuhan mempunyai kuasa menentukan hidup-mati.
"No man has power over the wind to contain it; so no one has power over the day of
his death." - Ecclesiastes 8:8 30("Tiada manusia mempunyai kuasa lebih daripada
angin; tiada sesiapa mempunyai kuasa terhadap hari kematiannya.")
Kitab-kitab ajaran Kristian tidak membincang tentang euthanasia. Walau
bagaimanapun, kebanyakan ajaran kitab-kitab Kristian mempunyai unsur-unsur yang
bertentangan dengan Euthanasia dan perbuatan bunuh diri. Kebanyakan petikan-petikan yang
dipetik daripada kitab Kristian memberi ajaran yang bertentangan dengan ideologi euthanasia.
Walaupun kitab-kitab Kristian tidak membincangkan tentang Euthanasia, tetapi sesetengah
kitab mempunyai fakta-fakta yang berkaitan dengan perbuatan mengambil nyawa sendiri.
Contohnya dalam King Saul - 1 Samuel 31:3-5 31yang menceritakan tentang Raja Saul.
Dalam kitab, Raja Saul kalah dalam peperangan dan takut ditawan, beliau menyuruh 30 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008) 31 David E. Pratte, (2006), Suicide and the Bible, <http://www.gospelway.com/morality/suicide.php > (3 Februari 2008)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
20
pembawa perisainya supaya membunuhnya tetapi pembawa perisainya enggan. Akhirnya,
Saul dan pembawa perisainya sama-sama membunuh diri. Satu lagi contoh adalah dalam
kitab “old testament”, terdapat satu kejadian bagi pembunuh diri, iaitu Judas Iscariot -
Matthew 27:3-5; Acts 1:1832. Judas Iscariot berasa amat kesal selepas mengkhianati Jesus
dan menggantung dirinya.
Kitab-kitab mencatatkan kejadian-kejadian ini sebagai fakta untuk memberi
pengajaran. Dalam setiap kes ini, orang yang mengambil nyawa sendiri atau orang lain
biasanya didorong oleh watak kejam. Ini menunjukkan bahawa agama Kristian menentang
perbuatan mengambil nyawa sendiri atau orang lain seperti euthanasia.
Pada pandangan Kristian, euthanasia merupakan perbuatan mengambil nyawa sendiri
atau orang lain yang bertentangan dengan ajaran kitab- kitab Kristian. Satu petikan dari kitab,
“Thou shalt not kill” – Exodus 20:13 33
yang bermaksud jangan membunuh, mengatakan jelas bahawa agama Kristian menentang
sebarang perbuatan mengambil nyawa, sama-ada membunuh diri atau orang lain. Pada
pandangan Kristian, Euthanasia merupakan perbuatan membunuh diri yang dianggap berdosa.
Penganut-penganut Kristian percaya bahawa nyawa adalah pemberian Tuhan dan
setiap insan adalah bagai khalifahNYA, seperti petikan
“You yourselves are God's temple” - 1 Corinthians 3:16 ("Anda adalah kuil Tuhan").
Petikan –petikan seperti 32 David E. Pratte, (2006), Suicide and the Bible, <http://www.gospelway.com/morality/suicide.php > (3 Februari 2008) 33 Archpriest Victor Potapov, (1991), The sixth commandment, <http://www.stjohndc.org/Russian/command/e_command_06_euthnas.htm> (2 Februari 2008)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
21
“The LORD gave and the LORD has taken away” - Job 1:21 ("TUHAN memberi dan
membawa pergi")
dan
“My times are in thy hand...” - Psalms 31:15 ("Masa-masa saya adalah dalam
kawalanNYA”)34
mengatakan bahawa hanya Tuhan yang berhak menentukan kematian seseorang.
“To every thing there is a season, and a time to every purpose under the heaven: A
time to be born, and a time to die; a time to plant, and a time to pluck up that which is
planted” - Ecclesiastes 3:1-2 35 (“Setiap benda terdapat satu musim, dan satu masa
untuk setiap tujuannya di bawah syurga: Satu masa untuk dilahirkan, dan satu masa
mati; satu masa untuk tanam, dan satu masa untuk mencabut apa yang ditanamkan")
Petikan di atas mengatakan bahawa kematian seseorang adalah takdir dan ditentukan oleh
Tuhan. Perbuatan yang mengubah hakikat hidup-mati dianggap sebagai perbuatan berdosa.
Agama Kristian menumpu kepada kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan.
Kebanyakan kes-kes euthanasia disebabkan oleh penderitaan melawan penyakit kritikal atau
koma. Kebanyakan orang yang menjalankan euthanasia adalah kerana ingin melepaskan diri
daripada kesengsaraan dan penderitaan yang alaminya, khususnya penyakit kritical. Ajaran
Kristian tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut, Sebaliknya, ajaran Kristian mengatakan
bahawa kita seharusnya mengatasi apa-apa yang terjadi.
34 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008) 35 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
22
“Be not over much wicked, neither be thou foolish: why shouldest thou die before thy
time?” - Ecclesiastes 7:17 36(“Jangan menjadi kejam, mahupun menjadi bodoh:
adakah patut kamu mati sebelum masaNYA?")
Walaupun dalam kitab Kristian tidak membincangkan Euthanasia secara langsung,
tetapi terdapat juga sesetengah petikan yang berhujah untuk Euthanasia secara tidak langsung.
Walau Bagaimanapun, kebanyakan petikan lebih memihak kepada pembangkangan
Euthanasia. Salah satu petikan dari kitab yang dikatakan menyokong Euthanasia seperti di
bawah.
"Love your neighbour as you love yourself" – Jesus.37("Cinta jiran anda seperti anda
mencintai sendiri" – Jesus).
Seperti agama-agama lain, agama Kristian juga mementingkan kasih sayang. Sesetengah
orang berpendapat Euthanasia sebagai perbuatan daripada belas kasihan dan kasih sayang.
Secara keseluruhannya, dalam perspektif agama Kristian, euthanasia adalah
dilarangkan kerana sebarang tindakan yang mengambil nyawa dianggapkan berdosa.
36 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008) 37 Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia , <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm> (4 Februari 2008)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
23
Pandangan dari agama Islam
Euthanasia dalam ajaran Islam disebut qatl ar-rahmah atau taisir al-maut38, iaitu
tindakan yang memudahkan kematian seseorang dengan sengaja tanpa merasakan sakit,
dengan tujuan meringankan penderitaan pesakit, baik dengan cara positif ataupun negatif.
Secara umum, euthanasia adalah dilarangkan sama-sekali di dalam agama Islam dan
dianggapkan dosa besar kepada sesiapa yang melaksanakannya. Dalam pandangan agama
Islam, hak seseorang untuk hidup dan mati merupakan anugerah Allah kepada manusia, dan
manusia diamanahkan dengan tubuh badan supaya menjaganya dengan baik mengikut
landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Dan Dialah Allah yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu,
kemudian menghidupkan kamu (lagi), sesungguhnya manusia itu, benar-benar sangat
mengingkari nikmat.
Al-Qur’an - Surat 22. Al Hajj : Ayat 66
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman
mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) karena takut mati; maka Allah
berfirman kepada mereka: "Matilah kamu", kemudian Allah menghidupkan mereka.
Sesungguhnya Allah mempunyai karunia terhadap manusia tetapi kebanyakan
manusia tidak bersyukur.
Al-Qur’an - Surat 2. Al Baqarah : Ayat 243
Dalam agama Islam, nyawa dianggapkan suci kerana ia adalah anugerah daripada
Allah. Euthanasia tidak dirangkumi di antara alasan-alasan untuk membunuh di dalam ajaran
38 Dr. Yusuf Qardhawi , Fatwa-Fatwa Kontemporer – Euthanasia, http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Eutanasia.html, (25 Januari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
24
Islam. Oleh itu, pembunuhan tanpa alasan yang benar adalah dilarangkan sama-sekali.
Agama Islam juga tidak membenarkan membunuh diri walaupun dalam keseksaan and
penderitaan kerana manusia bukan pencipta kepada diri mereka sendiri dan bukan pemilik
mutlak.39
Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya),
melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa dibunuh secara
lalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya,
tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia
adalah orang yang mendapat pertolongan.
Al-Qur’an - Surat 17. Al Israa’: Ayat 33
Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel, bahawa: barang
siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang
lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia
telah membunuh manusia seluruhnya.
Al-Qur’an - Surat 5. Al Maa-Idah: Ayat 32
Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha
Penyayang kepadamu.
Al-Qur’an - Surat 4. An Nisaa’: Ayat 29
Nabi [Muhammad SAW] berkata, "Diantara bangsa-bangsa di hadapanmu adalah
seorang lelaki yang terluka, dan mulai tidak sabar (dengan sakitnya), [lalu] ia 39 Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia, http://members.tripod.com/tibbians/ilham.pdf (30 Januari 2009).
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
25
mengambil sebilah pisau dan memotong tangannya dengan itu dan darahnya tidak
berhenti hingga ia meninggal. Allah bersabda, ' HambaKu bergegas menjemput
kematiannya sehingga Aku telah melarangnya (untuk masuk) syurga.'
Sahih Bukhari 4:56:669
Dalam ajaran Islam, Allahlah yang memiliki semua hidupan dan akan menentukan
masa kematian seseorang manusia yang tidak dapat diubahkan oleh manusia sendiri. Oleh
demikian, euthanasia adalah dilarang secara tegas dan jelas dalam ajaran Islam.
Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta dikemudiankan
sesaatpun dan tidak pula mereka dapat mendahulukan.
Al-Qur’an - Surat 16. An Nahl: Ayat 61
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai
ketetapan yang telah ditentukan waktunya.
Al-Qur’an - Surat 3. Ali ‘Imran: Ayat 145
Walaupun kebanyakan tindakan euthanasia dilakukan kerana kasih sayang yang
bertujuan untuk mengurangkan keseksaan yang dihadapi oleh pesakit, terutamanya yang
dilakukan oleh doctor, namun Dr. Syekh Yusuf Al-Qardhawi, seorang sarjana yang amat
terkenal dari Egpyt telah menerangkan euthanasia aktif, iaitu tindakan memudahkan kematian
pesakit dengan menggunakan peralatan atau ubat, merupakan tindakan yang tidak dapat
dilepaskan dari kategori pembunuhan meskipun tindakan tersebut dilaksanakan atas rasa
kasihan terhadap pesakit kerana walau bagaimanapun doctor tidaklah lebih pengasih dan
penyayang daripada Allah yang menciptakannya. Hanya Allah yang memberi kehidupan
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
26
kepada manusia dan mencabutnya apabila telah tiba masa yang telah ditetapkan-Nya. 40
Berdasarkan hadits Ibnu Abbas yang diriwayatkan dalam kitab Sahih dari seorang wanita
yang ditimpa penyakit epilepsi. Wanita itu meminta kepada Nabi s.a.w. agar mendoakannya,
lalu beliau menjawab:
‘Jika engkau mahu bersabar (maka bersabarlah), engkau akan mendapatkan syurga;
dan jika engkau mahu, akan saya doakan kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu.’
Wanita itu menjawab,
‘Aku akan bersabar. Sebenarnya saya tadi ingin dihilangkan penyakit saya. Oleh
kerana itu doakanlah kepada Allah agar saya tidak akan minta untuk menghilangkan
penyakit saya.’
Lalu Nabi s.a.w. mendoakan orang itu agar tidak meminta dihilangkan penyakitnya. Oleh itu,
kita dapat melihat dalam ajaran Islam, seseorang yang menanggung penderitaan adalah
diminta bersabar dan redha (menerima dengan rasa senang) kerana ia mendapat ganjaran
besar dari Allah swt.41
Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan
cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang
menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan
(oleh Allah).
Al-Qur’an - Surat 31. Luqman: Ayat 17
40 Dr. Yusuf Qardhawi , Fatwa-Fatwa Kontemporer – Euthanasia, http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Eutanasia.html (25 Januari 2009) 41 Abu Asyraf , Euthanasia: perundangan dan perspektif Islam, www.geocities.com/Athens/Academy/2211/euthanas.htm (30 Januari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
27
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu".
Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah
itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang
dicukupkan pahala mereka tanpa batas.
Al-Qur’an - Surat 39. Az-Zumar: Ayat 10
Pada konferensi pertama tentang kedoktoran iaitu First International Conference of
Islamic Medicine anjuran Islamic Organisation of Medical Science di Kuwait pada tahun
1981 telah menyatakan bahawa tidak ada sebarang alasan yang dapat menyokong mercy
killing (Euthanasia) yang bertujuan untuk menghilangkan penderitaan dan keseksaan. Juga
dalam kod Islam etika perubatan telah dinyatakan bahawa doktor tidak mempunyai kuasa
untuk menamatkan nyawa seseorang pesakit walaupun pesakit tersebut telah dibuktikan tidak
dapat dipulihkan secara saintifik, sebaliknya doktor hendaklah mencuba sedaya-upaya untuk
mengekalkan nyawa pesakit tersebut kerana tanggungjawab doktor adalah membantu dalam
penyambungan nyawa, bukan kematian. 42
Islamic European Council for Fatwa and Research (ECFR) telah memutuskan
bahawa tindakan membunuh diri dan juga euthanasia, tak kira euthanasia aktif ataupun pasif,
adalah dilarangkan dalam agama Islam. Pada sesi ke-11 yang telah diadakan dari 1 Julai ke 6
Julai 2003 di Stockholm, ibu negara Sweden, majlis telah menyatakan bahawa pesakit adalah
dilarang membunuh diri ataupun dibunuh oleh orang lain walaupun pesakit tersebut telah
memberi keizinan kepadanya. Akan tetapi, majlis tersebut memutuskan bahawa pesakit yang
dibuktikan mati secara klinikal diizinkan menghentikan pembekalan mesin pernafasan
kepada pesakit tersebut kerana mereka yang mati secara klinikal telah kehilangan perasaan
sebab kerosakan yang dialami oleh otak, dan ini menjadi tidak bermakna untuk membekalkan
42 Rahman, Abdul, C.Amine, and Ahmed Elkadi, (1981), The Islamic Code of Medical Professional Ethics, Kuwait Ministry of Health, 65-67
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
28
mesin pernafasan kepada pesakit tersebut, sedangkan pembekalan tersebut boleh
meningkatkan kos operasi hospital dan banyak lagi pesakit yang lain amat memerlukannya.43
Oleh demikian, jelaslah bahawa dalam agama Islam, euthanasia adalah tindakan yang
tidak dibenarkan dan juga tidak akan dihalalkan di mana-mana negara di dunia kerana dalam
ajaran Islam, hak untuk menentukan masa kematian adalah pada tangan Allah swt. Sebagai
makhluk yang diciptakan olehNya, manusia haruslah menyayangi dan menjaga nyawa sendiri
tanpa syarat.
43 Catholic World News Brief , Islamic Religious Leadership Council Rules Against Euthanasia, Assisted Suicide, www.LifesiteNews.com/CWN (1 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
29
Pandangan dari agama Buddha
Isu euthanasia merupakan isu serius yang sering dibicarakan oleh kalangan
masyarakat, sama ada para doktor, para ahli hukum, ataupun para ulama. Walaupun terdapat
sekelompok yang bersetuju, namun kebanyakan tidak setuju. Masalah euthanasia ini tidak
luput pula dari perhatian umat Buddha. Mereka berusaha menyelesaikan masalah ini, tetapi
setentunya dengan berpedoman kepada pengajaran Sang Buddha. Euthanasia, iaitu perbuatan
mempercepat kematian seseorang secara tidak alamiah, sama ada dengan menggunakan ubat
penenang atau menghentikan terapi yang boleh memanjangkan tempoh hidup pesakit,
merupakan pelanggaran terhadap sila ajaran Buddha.
“Kami harus menjauhi pembunuhan, tidak mencuri, tidak berzina, tidak berbohong, tidak
minum arak, dan bersifat tidak ingin melakukan semua perbuatan tersebut. Lima sila ini
merupakan perintah yang patut dipatuhi semasa berada di dalam rumah.” (Samyuktagama
Sutra, topik 33)
Dalam ajaran Buddha, terdapat lima dasar kemoralan (sila) yang diutamakan oleh Sang
Buddha dan setiap orang didorong untuk mematuhinya, bagi kesejahteraan mereka sendiri
dan melahirkan keperibadian yang sempurna. Lima sila termasuklah menghindari
pembunuhan, menghindari pengambilan sesuatu yang tidak diberikan, menghindari perbuatan
berzina, menghindari perkataan bohong dan menghindari minuman keras. 44 Dalam sila
“Menghindari pembunuhan” bermaksud tidak menganiayai atau meragut nyawa makhluk
hidupan, termasuk nyawa sendiri (bunuh diri) secara sengaja.
44 Bhikkhu Dhammavuddho Maha Thera, (Mei 2008), Pesan Sang Buddha, <http://www.patria.or.id>, (21 Januari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
30
Nyawa merupakan hal yang paling berharga bagi setiap makhluk hidup, terutamanya
nyawa manusia.45 Seseorang akan berasa ketakutan yang terbesar apabila hidupnya dalam
bahaya atau ancaman. Sang Buddha menekankan ajaran ini supaya melahirkan sifat belas
kasihan di kalangan penganut. Walaupun kebanyakan kes euthanasia dilakukan dengan
alasan kasih sayang, atau tidak senang melihat keadaan orang yang sedang menderita atas
kesakitannya, tetapi perlaksanaan euthanasia merupakan suatu cara yang tidak tepat.
Seseorang yang memang memiliki kasih sayang tidak mungkin akan melakukan perbuatan
mengakhiri hidup seseorang kerana dia menyedari bahawa hidup merupakan milikan yang
paling berharga bagi setiap makhluk.46 Dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan tanpa
berputus asa untuk menghilangkan penderitaan orang lain dengan cara yang lebih tepat dan
benar.
“Jika kamu sengaja melakukan sesuatu perbuatan, kamu tentu mendapat balasan, sama ada
yang baik atau yang buruk; jika kamu tidak sengaja melakukan sesuatu perbuatan, kamu
tidak akan mendapat balasan.” (Madhyamagama Sutra, topik 5)
" Sesuai dengan benih yang ditanam, itulah buah yang akan anda peroleh. Pelaku kebaikan
akan mengumpulkan kebaikan Pelaku keburukan, memperoleh keburukan. Jika anda
menanamkan benih yang baik, maka anda menikmati buah yang baik." (Samyutta Nikaya I,
227)
45 Dalai Lama, (18 September 1996), “What are Buddhist perspectives on euthanasia and physician-assisted suicide?”, <http://www.euthanasia.procon.org/viewanswers.asp?questionID=158>, (23 Januari 2009) 46 Bohdi, (29 Disember 2007), Pandangan Agama Buddha Terhadap Euthanasia, < http://forum.wgaul.com/ showthread.php?t=67915>, (3 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
31
Sang Buddha amat mementingkan konsep karma. Beliau mempercayai bahawa semua
perbuatan yang dilakukan oleh setiap makhluk tentu meninggalkan kesan. Perbuatan yang
baik meninggalkan kesan baik dan perbuatan yang jahat meninggalkan kesan buruk. Sang
Buddha pernah mengatakan bahawa dalam kelahiran yang baru, setiap makhluk akan
menerima akibat-akibat karma yang belum berbuah dalam kehidupan dahulu dan pusingan
kelahiran akan berterusan sehingga hasil perbuatannya, sama ada yang baik atau buruk, habis
diselesaikan.47 Dengan demikian, jika akibat karma itu belum diterimanya dalam kehidupan
sekarang ini, maka dia akan menerimanya pada kelahiran yang berikutnya.
“Kehidupan sekarang menunjukkan perbuatan yang dibuat sebelum kelahiran semasa;
perbuatan sekarang menentukan kehidupan pada kelahiran yang akan datang.” (Karma
Sutra)
Dalam kepercayaan Buddha, euthanasia merupakan tindakan jahat dan perbuatan ini
akan mendatangkan karma yang negatif kepada sesiapa yang terlibat dalam tindakan
euthanasia tersebut, termasuk pesakit sendiri dan orang yang melaksanakannya. Oleh itu,
perbuatan euthanasia bukan sesuatu perbuatan yang boleh menghilangkan penderitaan pesakit,
malah ia akan membawa karma yang negatif kepada pesakit and juga orang yang
melaksannakannya. Walaupun pesakit bebas daripada penderitaan selepas meninggal dunia,
tetapi karma yang negatif akibat membunuh diri akan dibawa ke kelahiran yang seterusnya.
Ini merupakan penderitaan yang baru dan tidak kehabisan. Oleh sebab itu, kita hendaklah
membiarkan pesakit itu melunasi karma buruknya pada kehidupan sekarang, sehingga akibat
karma buruk yang berupa penderitaan itu tidak akan diterimanya lagi pada kehidupan yang
akan datang. 47 Henry, (9 Julai 2007), Hukum-hukum dalam Agama Buddha, < http://forum.wgaul.com/archive/thread/t-63906-HUKUM-HUKUM-Dalam-Agama-Buddha.html>, (10 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
32
Bagi orang yang melaksanakan euthanasia atau bersetuju dengan perlaksanaan
euthanasia, perbuatan atau fikiran mereka yang mendorong pembunuhan dan menyebabkan
kehilangan nyawa orang lain juga melanggar sila yang pertama, akan menyebabkan
seseorang itu menerima karma yang negatif tidak kira dalam kehidupan sekarang ataupun
kelahiran pada masa depan.
“Ketika fikiranku yang terkondensasi telah demikian termurnikan, terang, bebas dari
ketidaksempurnaan, mantap dan mencapai keadaan yang tidak terganggu, aku
mengarahkannya pada pengetahuan tentang hancurnya noda-noda (tiga akar kejahatan iaitu:
ketamatan, kebencian, dan ketidaktahuan atau kebodohan). Secara langsung aku mengetahui
sebagaimana adanya: ‘Inilah penderitaan’, ‘Inilah asal mula penderitaan’, ‘Inilah
berhentinya penderitaan’, ‘Inilah jalan menuju berhentinya penderitaan’.” (Majjhima
Nikaya, 4.31)48
Sang Buddha mengemukakan konsep Empat Kebenaran Mulia apabila dia mendapat
jawapan terhadap penderitaan yang ditemui oleh orang ramai. Dalam konsep Empat
Kebenaran Mulia ini menyatakan bahawa ada penderitaan, ada sebab dari penderitaan, ada
akhir dari penderitaan, dan ada jalan untuk mengakhiri penderitaan iaitu Jalan Mulia
Berunsur Delapan. 49 Konsep ini mengajar penganutnya supaya berfikiran secara logik.
Seseorang harus memahami suatu masalah dan menganalisis masalah tersebut, menyedari
dan menemukan penyebab masalah tersebut, mengetahui bahawa masalah dapat diatasi dan
48 Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, < http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma-f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009) 49 Venerable Ajahn Sumedho, (2 Disember 2008), The Four Noble Truths, <http://www.dhammacitta.org/ perpustakaan/ebook/umum/empat-kebenaran-mulia.htm>, (17 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
33
mencari cara penyelesaiannya, dan menemukan cara mengatasi masalah tersebut serta
menjalankan caranya.50
Sang Buddha juga menyatakan bahawa seseorang akan mencapai kebahagiaan
sejati jika berkelakuan berdasarkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan. Jalan Mulia
Berunsur Delapan menyatakan bahawa seseorang harus mempunyai pandangan benar, fikiran
atau niat benar, ucapan benar, perbuatan benar, penghidupan benar, upaya benar, perhatian
benar, dan kesedaran benar.51 Apabila sesuatu perbuatan yang dilakukan adalah baik, ini
bermakna fikirannya baik. Fikirannya benar (positif) disebabkan pandangannya benar. Oleh
yang demikian, pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara merupakan asas yang paling
penting dalam cara pengurusannya. Oleh itu, pandangan orang ramai terhadap euthanasia
adalah amat penting apabila mereka berdepan dengannya.
Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa agama Buddha tidak bersetuju dengan
perlaksanaan euthanasia tidak kira perlaksanaan ini telah disetujui oleh pesakit atau tidak.
Agama Buddha amat mementingkan karma dan melarang penganutnya terlibat dalam
pembunuhan segala hidupan.
50 Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, < http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma-f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009) 51 Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, < http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma-f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
34
Pandangan dari agama Hindu
Pandangan agama Hindu terhadap euthanasia adalah berdasarkan ajaran karma,
moksha dan ahimsa.
Karma: Hindus meyakini penjelmaan bagi jiwa (atau Atman) melalui banyak nyawa,
bukan semestinya semua manusia. Matlamat akhir hidup adalah bagi mencapai moksha, iaitu
pembebasan daripada kitaran kematian dan kelahiran semula. Bunuh diri adalah suatu
perbuatan yang dilarang di dalam ajaran Hindu dengan fikiran bahawa perbuatan tersebut
dapat dijadikan suatu faktor yang mengganggu sistem semula jadi reinkarnasi seterusnya
menghasilkan “karma” buruk. Kehidupan manusia merupakan suatu kesempatan yang sangat
berharga untuk meraihkan tingkat yang lebih baik dalam kehidupan kembali. Berdasarkan
kepercayaan umat Hindu, apabila seseorang membunuh diri, maka rohnya tidak akan masuk
neraka ataupun syurga melainkan berada di dunia manusia sebagai roh jahat dan berkeliaran
tanpa tujuan sehingga ia mencapai masa di mana ia seharusnya menjalani kehidupan yang
baru.
(Catatan: Misalnya seseorang membunuh diri semasa berumur 17 tahun dan seharusnya dia
ditakdirkan hidup hingga 60 tahun maka selama 43 tahun rohnya berkeliaran tanpa arah
tujuan, setelah tamat tempoh itu maka rohnya masuk ke neraka menerima hukuman lebih
berat dan akhirnya ia akan kembali ke dunia dalam kehidupan kembali (reinkarnasi))52
Dalam agama Hindu ada menyatakan bahawa melarang mengambil nyawa orang lain
atas dasar alasan apapun dalam konsep Hidup, ada beberapa nilai ajaran yang relevan
diantaranya adalah ajaran Ahimsa, Tat Twan Asi dan Karmaphala.
52 Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Hindu (1 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
35
• Ahimsa
Ahimsa merupakan kepercayaan bahawa terdapat jiwa dalam setiap makhluk hidup.
Dalam ajaran Hinduisme, jiwa yang terdapat dalam makhluk hidup merupakan insan yang
berasal dari Tuhan dan disebut Atman. Jiwatma bersifat abadi, namun ia akan dipengaruhi
oleh badan manusia yang bersifat maya, maka Jiwatma tidak mengetahui asalnya yang
sesungguhnya. Perbuatan yang melawan Ahimsa disebut “Himsa karma” seperti membunuh,
meyakiti, dan menyeksa tanpa alasan yang dibenarkan di dalam kitab-kitab suci. Apabila
perbuatan itu semata-mata demi kepuasan peribadi dan tampa perasaan, apa lagi itu
dilakukan secara berencana dan penuh dengan kesedaran dalam ertian lebih dalam untuk
mengakhiri penderitaan seseorang tetap merupakan perbuatan "Himsa Karma".
• Tattwam Asi
Tattwam Asi adalah merupakan ajaran sosial tanpa batas.
“Saya adalah kamu dan kamu adalah saya, dan segala makhluk adalah sama seperti
menolong orang lain bererti menolong diri sendiri dan menyakiti orang lain bererti juga
menyakiti diri sendiri”
“Antara saya dan kamu sesungguhnya bersaudara, hakikat atman yang menjadiknya hidup
diantara saya dan kamu berasal dari satu sumber iaitu Tuhan, Atman yang menghidupkan
tubuh makhluk hidup yang merupakan percikan terkecil dari Tuhan. ”53
Jadi sesungguhnya filsafah tatwam asi ini mengandung makna yang sangat dalam.
Tattwam Asi mengajar agar kita bahawa sentiasa mengasihi orang lain atau menyayangi
makhluk lain dan janganlah sekali-kala menyakiti hati orang lain. Apabila dihayati dan
diamalkan dengan baik, maka akan terwujud suatu keharmonian hidup (kerukunan hidup).
53 Ketut Wiana, (2001), Yadnya dan Bhakti, terbitan Pustaka Manikgeni, <http://www.indoforum.org/showthread.php?t=38435 > (1 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
36
• Karmaphala
Agama Hindu mengenalkan hukum sebab-akibat yang disebut dan menjadikan salah
satu keyakinan dasar. Dalam ajaran Karmaphala, setiap perbuatan manusia pasti
membuahkan hasil, baik atau buruk. Ajaran Karmaphala adalah berkaitan dengan keyakinan
tentang reinkarnasi, karena dalam ajaran Karmaphala, keadaan manusia (baik suka mahupun
duka) disebabkan oleh hasil perbuatan manusia itu sendiri. Dalam ajaran tersebut, biasanya
dikatakan bahawa manusia menentukan nasib pada masa yang akan datang, sementara Tuhan
yang menentukan berapa hasil yang akan diberi.
Perbuatan bunuh diri umumnya dilarang dalam agama Hindu, di atas dasar
menganggu masa kitaran kematian dan kelahiran semula dan menghasilkan karma yang teruk.
Perbuatan bunuh diri adalah tidak diluluskan dalam Hinduisme kerana kehidupan manusia
adalah satu peluang yang berharga untuk membantu negara mencapai tahap yang lebih tinggi.
Menurut kitab Yajnavalkya bahagian 1:116,
Satu lelaki menguasai, menghormati dan boleh meneruskan kehidupannya melalui
pendidikan dia, tindakan keagamaan, umur, sahabat handai dan kekayaan. Tiada
sesiapa yang berhak untuk merampas hak dia.54
Menurut kitab “Brihadaranyaka Upanishad”,
“Rakyat mesti dijaga sehingga mereka mati. Walaupun Hindus tidak mempunyai
bantahan tentang meneruskan hidup dengan sokongan mesin-mesin, kematian
merupakan satu pintu kepada kelahiran semula yang akan datang.”55
54 Prof. A. A. Ramanathan, (2002), Yajnavalkya Upanishad , terbitan The Theosophical Publishing House, Chennai <http://www.advaita.it/library/yajnavalkya.htm> (1 Februari 2009)
55 Sri Aurobindo, (1966), Brihadaranyaka Upanishad , Pondicherry , India http://www.gnosis.org/library/brihad.htm (1 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
37
Hindus mempercayai bahawa semua hidup adalah suci dan mereka tidak bersetuju
dengan euthanasia. Prinsip-prinsip bagi Ahimsa (penghormatan untuk hidup) memberitahu
bahawa ia adalah sentiasa dipertimbangkan kesilapan untuk menerima hidup walaupun
seseorang mengalami sakit atau dalam kesakitan. Penderitaan dianggap sebagai hasil Karma
yang kurang baik (tindakan-tindakan, dan akibat-akibat bagi tindakan-tindakan). Penderitaan
perlu ditanggung bagi menghalang kewujudan karma buruk yang akan dibawa ke hidupan
lain.
Seterusnya adalah sedikit pandangan daripada ketua-ketua agama hindu dari seluruh
dunia.56
Swami Omkarananda dari Bandarikashrama, Fremont, California
“Eutanasia adalah satu persoalan yang sukar. saya tidak akan meminta untuk ia.
Tuhan telah memberi, membiarkan Tuhan mengambil, sama ada ia adalah betul untuk
seorang doktor melakukan ia, saya tidak mempunyai sebarang ulasan. Hidup sokongan
mesin-mesin adalah satu isu moral yang besar. Ia adalah satu kekesalan kepada kehidupan
manusia. Jika kita tercipta jentera untuk menyimpan orang hidup, kemudian kita terpaksa
mengguna mereka.
"Unplugging" mereka adalah satu soalan yang sukar. Setiap satu hidup adalah
tanggungjawab sendirinya, beliau perlu membuat keputusan. ”
Swami Bhasyananda dari Vivekananda Vedanta Society, Chicago, Illinois
“Hidup telah disedarkan dunia oleh Tuhan, dan kehidupan ini sepatutnya pergi,
tetapi bukan secara buatan manusia. Kita harus cuba meminimumkan penderitaan. Selain ini,
tidak perlu majalankan kaedah ini. Hidup tidak berakhir selepas kematian badan.
56 Hinduism Today, (August 1988), Euthanasia,< http://www.hinduismtoday.com/archives/1988/08/1988-08-08.shtml>, (1 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
38
Sememangnya satu undang-undang [untuk memberi suntikan maut] diserahkan AMERIKA
SYARIKAT, seorang doktor Hindu tidak harus melakukan ia.”
Swami Satchidananda dari Integral Yoga Institute, Virginia
“Ia adalah tidak dinasihatkan bagi sesiapa untuk meminta suntikan maut. Ia adalah
satu bentuk bunuh diri yang akan memberi kesan hidupan lain mereka Anda melakukan
bukan semata menyimpan badan hidup dengan mencangkuk itu dan ini. Pada masa yang
sama, anda tidak perlu membunuh badan. Jika anda tidak boleh merawat mereka,
meninggalkan ia; mereka akan mati dalam cara semulajadi. Ia adalah kerana karma tertentu.
Mereka sedang menjalani pembersihan keluar dari karma. Jika anda menamatkan badan
sebelum mereka memadam sepenuhnya apa yang perlu dibersihkan dosa dalam hidup ini,
tiada cara lagi untukmembersihkan ia semua. Sebagai langkah seterusnya bagi mereka yang
perlu meneruskan, juga dalam hidupan lain, kerana karma perlu membersihkan dosa.
Perbuatan meletakkan seseorang pada sistem sokongan hidup melibatkan doktor atau
jururawat dalam peribadi karmas bagi seseorang. Untuk melepaskan mereka daripada
sistem sokongan hidup atau memberi satu suntikan maut memutuskan bintang "tali perak"
penghubungan bintang badan dengan fizik. Yang terbabit kemudian mula kelihatan tinggal
karmas bagi pesakit. Tiada doktor atau jururawat seharusnya dibenarkan satu lesen
seumpama ini. Apabila seseorang berada dalam satu keadaan yang komatos atau otak rosak,
mereka tidak merasa menderita, tetapi ia adalah hidup, aktif dan gembira dalam badan
mereka dalam Devaloka. Mereka boleh jadi hidup tertutup, sebagai orang-orang earthbound,
manakala karma mereka melegakan. Tiada sesiapa boleh memberi sesiapa izin untuk
menamatkan badan fizikal. Permintaan-permintaan seperti ini sepatutnya diambil sebagai
satu tanda kelemahan dan tidak harus dipedulikan. Setiap jiwa mesti digalakkan untuk hidup
dalam badan fizikal selagi ia dapat menahan, supaya karma ini tidak akan dibawa kepada
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
39
penjelmaan yang akan datang.penjelasan lebih dalam adalah dalam perkataan Sanskrit
mumia.”
Swami Saraswati Rajarajeshwari Peedam, dari Pennsylvania
“Di India, jika seorang wali hendak keluar dari badan, beliau harus memilih satu
masa untuk meninggalkan badannya. Saya tidak mempercayai buatan cara [eutanasia]
kerana kaedah ini menyebabkan tiada peluang untuk perkembangan rohaniah. Para doktor
Hindu perlu mendidik diri mereka dalam hukum spiritual dan panduan. Mereka harus
menasihat pesakit supaya tidak menerima suntikan maut. Terdapat satu pengecualian dalam
larangan Hindu. Perbuatan bunuh diri adalah amalan prayopavesa, atau puasa untuk
kematian. Prayopavesa dianggap sebagai berlainan dengan kaedah bunuh diri kerana ia
adalah semula jadi dan tanpa sebarang kekerasan. ia hanya digunakan apabila ia adalah
masa sesuai untuk menamatkan hidup, iaitu apabila badan telah sajikan tujuannya dan
menjadi satu beban; Prayopavesa adalah satu proses berperingkat, memberi cukup masa
untuk pesakit menyediakan dirinya dan saudara di sekelilingnya untuk kematiannya;
manakala euthanasia selalu dikaitkan dengan perasaan bagi kekecewaan, kemelesetan, atau
kemarahan, prayopavesa dikaitkan dengan perasaan bagi ketenangan.”
Terdapat Undang-undang Hindu yang menetapkan syarat-syarat prayopavesa:
1) keputusan adalah diisytiharkan secara terbuka
2) tindakan mesti dilakukan di bawah pengaturan komuniti
Satguru Sivaya Subramuniyaswami, seorang pemimpin Hindu yang lahir di California,
mangakhiri kehidupan sendirinya sebelum prayopavesa pada bulan November 2001. Setelah
mendapati bahawa beliau telah tidak dapat dirawat daripada kanser usus .Satguru tercenung
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
40
untuk berhari-hari dan kemudiannya mengumumkan bahawa beliau hanya akan menerima
rawatan penahan sakit dan akan menjalankan prayopavesa – iaitu hanya meminum air tanpa
sebarang makanan. Beliau telah mati pada hari yang ke-32.57
Melalui ajaran dan amalan ini, secara keseluruhannya agama hindu tidak semestinya
bantah atau melarang kaedah bunuh diri, manakala ia juga setuju untuk mejalani prayopavesa
bagi mengakhiri nyawa dengan syarat tertentu yang dianggap secara semula jadi.
57 BBC Team, (24 Februari 2004), Euthanasia and Suicide , http://www.bbc.co.uk/religion/religions/hinduism/hinduethics/euthanasia.shtml (1 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
41
Pendapat kumpulan
Isu euthanasia boleh dinilaikan daripada pelbagai perspektif dan setiap perspektif
membawa kebaikan dan keburukan. Dalam pendirian kumpulan, kami tidak bersetuju untuk
melaksanakan euthanasia ke atas isteri yang mengalami penyakit yang kritikal. Tindakan
untuk menjalankan euthanasia adalah tidak wajar walaupun pesakit tiada harapan untuk
sembuh atau mengalami kesakitan yang kritikal.
Pada zaman yang moden, teknologi perubatan telah membawa pelbagai harapan
kepada pesakit untuk disembuhkan. Walaupun sebahagian penyakit masih tidak ada
perubatan yang boleh menyembuh pesakit, tetapi dengan teknologi yang semakin moden dan
canggih, kebanyakan penyakit dapat dikawal dan disembuhkan melalui pengubatan dengan
mengambil masa yang lama. Dalam kes ini, isteri yang mengalami kerosakan saraf yang
kritikal sepatutnya diberi pengubatan yang secukupnya supaya dia masih ada harapan untuk
disembuhkan. Sebagai suami, dia harus menjaga isteri dengan cekal dan penuh sabar,
walaupun proses yang diambil dalam pengubatan adalah lama dan penuh dengan kesusahan.
Pada masa yang akan datang, sekiranya terdapat penciptaan perubatan yang baru, ini akan
memberi harapan kepada pasangan suami isteri ini.
Dengan kos yang semakin meningkat dalam perubatan dan kehidupan seharian, suami
ini mungkin akan menghadapi masalah kewangan. Beban ini menjadi isu yang penting dalam
menentukan tindakan euthanasia ke atas isterinya. Dengan kebangkitan masyarakat yang
semakin moden dan kaya, suami ini boleh mengumpulkan kewangan melalui paparan
suratkhabar, permohonan bantuan daripada kerajaan atau permohonan bantuan daripada
organisasi bukan kerajaan. Selain itu, suami ini juga boleh mendapat bantuan daripada
masyarakat untuk menjaga anak-anaknya. Suami boleh mencari penjaga sementara untuk
menjaga anak-anaknya dan pada masa yang sama, suami ini boleh mencari pekerjaaan yang
dapat bertoleransi dengan masa penjagaan isterinya. Dengan pekerjaan yang sedia ada,
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
42
sumber kewangan untuk kehidupan harian dapat diselesaikan. Mengenai kos perubatan yang
semakin mahal, suami ini boleh mencari wakil rakyat supaya sumber kewangan untuk
perubatan dapat dikumpulkan melalui masyarakat umum. Suami ini juga boleh berbincang
dengan pihak hospital supaya kos perubatan dapat dikurangkan. Hospital kerajaan
menyediakan perubatan yang lengkap dengan kos perubatan yang rendah, berbanding dengan
hospital swasta. Oleh itu, suami ini juga boleh memilih hospital yang sesuai untuk
menyembuhkan isterinya.
Daripada perspektif kepentingan diri, walaupun proses penjagaan isteri mengambil
masa yang lama, letih dan penat, suami seharusnya bersabar dengan kesusahan dalam proses
ini. Sebagai suami isteri, mereka seharusnya menjaga satu sama lain sekiranya salah satu
pihak berada dalam kesusahan. Suaminya harus bertoleransi dengan keadaan isterinya dan
menjaganya tanpa sebarang kesesalan. Walaupun jiwa suami berasa penat dan beringin putus
asa, dia patut menjaga perasaan isteri, anak-anaknya dan masyarakat. Tindakan euthanasia
mungkin akan menyebabkan suaminya digelar sebagai pembunuh dan tidak bertimbang rasa
akan keadaan isterinya.
Daripada perspektif undang-undang, tindakan voluntary euthanasia adalah
diharamkan kerana tindakan ini dikira sebagai pembunuhan diri dan pembunuhan diri adalah
bertindak salah di sisi undang-undang. Dalam isu ini, non-voluntary euthanasia dikira kerana
isteri tidak dapat mengambil keputusan dan suami mengambil keputusan berpihak kepada
isterinya. Kedua-dua kaedah euthanasia masih diharamkan kerana isu euthanasia belum
diluluskan oleh ahli parlimen untuk dilaksanakan. Oleh itu, suami kepada isteri ini tidak
berhak untuk menjalankan euthanasia ke atas isterinya. Sekiranya euthanasia telah dijalankan
ke atas isteri dengan persetujuan suaminya, suami ini boleh didakwa dalam Seksyen 302
Kanun Keseksaaan. Tindakan euthanasia tidak membawa manfaat kepada pasangan suami
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
43
isteri ini dan sebaliknya, ini membawa kesan keburukan kepada keluarganya dan juga
masyarakat.
Dalam tuntutan agama, kebanyakan agama percaya bahawa manusia dicipta oleh
Tuhan dan hanya Tuhan yang berkuasa untuk memutuskan nyawa seseorang. Manusia
sepatutnya memanfaatkan kehidupan mereka dengan sepenuhnya. Kebanyakan kumpulan
agama menentang isu euthanasia kerana idea isu ini bertentangan dengan tuntutan agama.
Dari sudut agama, suami ini sepatutnya berpegang kepada agamanya dan percaya bahawa
isteri boleh disembuhkan pada satu hari. Dengan pegangan agama yang teguh, suami boleh
mendapat sokongan untuk jiwa supaya dia dapat menjalankan kewajipannya dengan
sepenuhnya. Suaminya tidak boleh mengambil hidup isterinya dengan alasan kos perubatan
dan harian yang mahal kerana kebanyakan agama menitikberatkan bahawa masalah dapat
diselesaikan melalui bantuan masyarakat.
Oleh itu, tindakan euthanasia adalah kurang wajar untuk dijalankan ke atas isteri yang
dalam keadaan kritikal. Suami ini sepatutnya mencari penyelesaian secara positif supaya ahli
keluarga dan diri sendiri dapat mengharungi halangan ini. Kesan negatif dapat dielakkan
supaya isu ini tidak dicontohi oleh masyarakat umum.
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
44
Kesimpulan
Isu euthanasia diutarakan sejak zaman purba dan isu ini telah dibalahkan sehingga
masa kini. Sebahagian menyokong perlaksanaan euthanasia melalui karya-karya sendiri dan
penubuhan persatuan seperti Voluntary Euthanasia Society (VES) tetapi sebahagian juga
membantah perlaksanaan euthanasia melalui penggubalan undang-undang seperti English
Common Law dan Death with Dignity Act di negeri Oregon, Amerika Syarikat. Selain itu,
pihak agama seperti gereja Katolik juga menyuarakan suara bantahan terhadap idea
euthanasia. Ini membuktikan bahawa isu euthanasia tidak dapat diterima oleh semua lapisan
masyarakat dan tindakan ini dianggap sebagai pembunuhan, walaupun tujuannya adalah
untuk menamatkan hidup pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan yang kritikal.
Pelbagai kaedah dilaksanakan bagi tujuan euthanasia dan kaedah-kaedah ini
dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Kaedah secara langsung, iaitu euthanasia aktif
melibatkan penyuntikan dadah dan penggunaan “pil aman”. Kaedah secara tidak langsung,
iaitu euthanasia pasif yang melibatkan proses seperti penyekatan bekalan makanan dan
minuman, perubatan dan alat penyokongan hidup dilaksanakan supaya pesakit meninggal
dunia secara semula jadi. Kes-kes euthanasia yang berlaku di seluruh dunia telah
menggunakan kedua-dua kaedah untuk melaksanakan euthanasia ke atas pesakit. Kes-kes
yang hangat seperti Kes Dr. Nigel Cox di United Kingdom dan Kes Karen Ann Quinlan di
Amerika Syarikat telah membangkitkan suara sebahagian lapisan masyarakat yang
menunjukkan kewajaran untuk melaksanakan euthanasia.
Secara keseluruhannya, dalam ketiga-tiga agama yang dibincangkan, iaitu agama
Kristian, agama Islam dan agama Buddha tidak menyokong idea euthanasia, manakala agama
Hindu mempunyai satu pengecualian yang digelar Prayopavesa yang dianggap kematian
tenang yang berlaku secara semula jadi. Agama Kristian tidak membantah idea euthanasia
secara langsung tetapi ajaran agama Kristian melarang perbuatan pembunuhan untuk diri
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
45
sendiri atau orang lain. Tambahan pula, kitab Bible menyatakan bahawa kehidupan seseorang
adalah diberi Tuhan dan hanya Tuhan yang boleh menentukan hidup mati seseorang. Seperti
agama Kristian, agama Islam juga tidak menyokong idea euthanasia kerana tindakan ini
dianggap sebagai dosa besar. Ajaran agama Islam percaya bahawa kehidupan seseorang
adalah ditentukan oleh Allah dan manusia dilarang membunuh diri walaupun seseorang
berada dalam keadaan yang seksa dan tenat. Dari pandangan Islam, manusia seharusnya
bersabar semasa menghadapi penderitaan dan keseksaan.
Manakala dari sudut pandangan agama Buddha, tindakan euthanasia adalah
bertentangan dengan salah satu tujuan lima sila, iaitu menghidari pembunuhan. Dalam agama
Buddha, tindakan euthanasia merupakan tindakan yang jahat dan membawa kesan buruk.
Berdasarkan konsep karma, perlaksanaan euthanasia membawa karma yang negatif ke
kelahiran seterusnya. Seseorang yang mengalami penderitaan dan keseksaan seharusnya
mengamalkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan dan konsep Empat Kebenaran Mulia
untuk menghadapi cabaran hidup agar masalah dapat diselesaikan. Oleh itu, agama Buddha
juga membantah idea euthanasia. Melalui ajaran karma, moksha, ahimsa dan Karmaphala
dalam agama Hindu, penganut agama Hindu dilarang untuk melakukan euthanasia kerana
mereka percaya bahawa nyawa adalah suci dan tindakan euthanasia akan membawa karma
yang buruk kepada kelahiran seterusnya. Dalam pandangan agama Hindu, tindakan
euthanasia juga akan mengganggu keseimbangan sistem semula jadi dengan kewujudan roh
jahat. Pengecualian Prayopavesa dalam agama Hindu menunjukkan bahawa agama Hindu
tidak semestinya akan membantah idea euthanasia tetapi idea ini akan digunakan dengan
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Dalam kes euthanasia yang dibincangkan, kumpulan kami menekankan bahawa
perlaksanaan euthanasia ke atas isteri yang sakit tenat dengan persetujuan suami adalah
tindakan yang tidak wajar. Walaupun mengalami pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian,
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
46
suaminya seharusnya menghadapi situasi dengan pemikiran positif melalui ajaran agama.
Dengan pemikiran yang sihat, masalah seperti kos perubatan dan kos kehidupan untuk suami
dapat diselesaikan tanpa melaksanakan euthanasia ke atas isterinya.
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
47
Bibliografi
Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia, <http://members.tripod.com/tibbians/ilham.pdf>, (30 Januari 2009)
The Life Information Charitable Trust, (2007), General History of Euthanasia, <http://www.euthanasia.org.nz/about-euthanasia/history-global/1/>, (2 Februari 2009)
Michael North, National Library of Medicine, Hippocratic Oath, (2002), <http://www.nlm.nih.gov/hmd/greek/greek_oath.html>, (8 Februari 2009)
Aysegil Demirhan Erdemir dan Omur Elcioglu, (2001), Eubios Journal of Asian and International Bioethics 11, Eubios Ethics Institute, 47-49.
Neil McGill Gorsuch, (2006), The Future of Assisted Suicide and Euthanasia, Princeton University Press, 28-29.
History of Euthanasia, (2009), <http://www.euthanasia.com/historyeuthanasia.html>, (5 Februari 2009)
Malcolm Muggeridge, (1980), The Humane Holocaust, <http://www.prolifeforum.org/ethics/muggeridge.asp>, (18 Februari 2009)
Definition of Voluntary Euthanasia Society, 13 November 1998, <http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=7423>, (12 Februari 2009)
Richard Weikart , (4 September 2004), Killing Them Kindly: Lessons from the euthanasia movement, <http://www.csustan.edu/history/faculty/Weikart/killing.htm>, (10 Februari 2009)
Philip Gavin, (1996), The History Place, <http://www.historyplace.com/>, (12 Februari 2009)
Ian Dowbiggin, (2007), A Concise History of Euthanasia, Rowman & Littlefield, 97
Declaration Issued By The Sacred Congregation For The Doctrine Of The Faith <http://www.euthanasia.org.nz/religious-key-issues/catholic-church-teaching/>, (2 Februari 2009)
Margaret Otlowski, (1997), Voluntary Euthanasia and the Common Law, Oxford University Press, 401
About Philip Nitschke, <http://www.exitinternational.net/page/OurDirector>, (13 Februari 2009)
Death With Dignity Act, <http://www.oregon.gov/DHS/ph/pas/index.shtml>, (15 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
48
The Life Information Charitable Trust, General History of Euthanasia, <http://www.euthanasia.org.nz/about-euthanasia/history-global/1/>, (2 Februari 2009)
Sarah Foster, (24 November 2008), Washington State Voters Legalize Physician-Assisted Suicide, <http://www.newswithviews.com/NWV-News/news109.htm>, (17 Februari 2009)
Washington State Medical Association, (2 Julai 2008), As I-1000 Signatures are Counted, Washington State Medical Association Opposition to Physician-Assisted Suicide Reiterated, <http://www.bio-medicine.org/medicine-news-1/As-I-1000-Signatures-are-Counted--Washington-State-Medical-Association-Opposition-to-Physician-Assisted-Suicide-Reiterated-23161-1/>, (17 Februari 2009)
Wordpress.com, (Ogos 2007), Euthanasia dari perspektif sains, etika dan undang-undang, <http://72.14.235.132/search?q=cache:3CQ3J8mp5dsJ:umchemistry.files.wordpress.com/2007/08/perfecteuthanasia.doc+EUTANASIA+DARI+PERSPEKTIF+SAINS,+ETIKA+DAN+UNDANG-UNDANG&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my>, (21 Februari 2008)
The Life Information Charitable Trust, (2007), Euthanasia Methods, <http://www.euthanasia.org.nz/about-euthanasia/methods/>, (21 Februari 2008)
Philip Nitschke & Fiona Stewart, The Peaceful Pill Handbook, (2006), Exit International US Ltd, 8
Kirsti A. Dyer, Karen Ann Quinlan - A Focal Point for Death with Dignity/Right to Die Movement, (19 Disember 2006), <http://dying.about.com/od/palliativeendoflifecare/p/karen_quinlan.htm>, (20 Februari 2009)
Telegraph & Argus, A right to choose, (15 April 1999), <http://archive.thisisbradford.co.uk/1999/4/15/164123.html>, (21 Februari 2009)
Taipei Times, Indonesian call for euthanasia riles Muslim population, (15 November 2004), <http://www.taipeitimes.com/News/world/archives/2004/11/15/2003211150>, (19 Februari 2009)
Diana Lynne, The whole Terri Schiavo story, (24 Mac 2005), <http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=43463>, (21 Februari 2009)
Theresa Kim Hwa-young, Seoul, the debate on euthanasia opens, (13 Jun 2007), <http://new.asianews.it/index.php?l=en&art=9539>, (21 Februari 2009)
John Keown, (2002), Euthanasia, Ethics, and Public Policy, Cambridge University Press, 11
William F. Sullivan, (2004), Eye of the Heart, University of Toronto Press, 33
BBC News, Diane Pretty dies, (12 Mei 2002), <http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/1983457.stm>, (21 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
49
Rsrevision committee, (2008), The bible and Euthanasia, <http://www.rsrevision.com/GCSE/christian_perspectives/life/euthanasia/bible.htm>, (4 Februari 2008)
David E. Pratte, (2006), Suicide and the Bible, <http://www.gospelway.com/morality/suicide.php>, (3 Februari 2008)
Archpriest Victor Potapov, (1991), The sixth commandment, <http://www.stjohndc.org/Russian/command/e_command_06_euthnas.htm>, (2 Februari 2008)
Dr. Yusuf Qardhawi , Fatwa-Fatwa Kontemporer – Euthanasia, <http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Eutanasia.html>, (25 Januari 2009)
Abu Asyraf , Euthanasia: perundangan dan perspektif Islam, <www.geocities.com/Athens/Academy/2211/euthanas.htm>, (30 Januari 2009)
Rahman, Abdul, C.Amine, and Ahmed Elkadi, (1981), The Islamic Code of Medical Professional Ethics, Kuwait Ministry of Health, 65
Rahman, Abdul, C.Amine, and Ahmed Elkadi, (1981), The Islamic Code of Medical Professional Ethics, Kuwait Ministry of Health, 67
Catholic World News Brief , Islamic Religious Leadership Council Rules Against Euthanasia, Assisted Suicide, <www.LifesiteNews.com/CWN>, (1 Februari 2009)
Bhikkhu Dhammavuddho Maha Thera, (Mei 2008), Pesan Sang Buddha, <http://www.patria.or.id>, (21 Januari 2009)
Dalai Lama, (18 September 1996), What are Buddhist perspectives on euthanasia and physician-assisted suicide?, <http://www.euthanasia.procon.org/viewanswers.asp?questionID=158>, (23 Januari 2009)
Bohdi, (29 Disember 2007), Pandangan Agama Buddha Terhadap Euthanasia, <http://forum.wgaul.com/ showthread.php?t=67915>, (3 Februari 2009)
Henry, (9 Julai 2007), Hukum-hukum dalam Agama Buddha, <http://forum.wgaul.com/archive/thread/t-63906-HUKUM-HUKUM-Dalam-Agama-Buddha.html>, (10 Februari 2009)
Venerable Ajahn Sumedho, (2 Disember 2008), The Four Noble Truths, <http://www.dhammacitta.org/ perpustakaan/ebook/umum/empat-kebenaran-mulia.htm>, (17 Februari 2009)
Preview
Only
Euthanasia Universiti Tunku Abdul Rahman
50
Admin, (7 November 2008), Empat Kebenaran Mulia, <http://dhammasena.6forum.biz/artikel-dhamma-f4/empat-kebenaran-mulia-sebuah-pendekatan-modern-t107.htm>, (18 Februari 2009)
Wikipedia, <http://en.wikipedia.org/wiki/Hindu>, (1 Februari 2009)
Ketut Wiana, (2001), Yadnya dan Bhakti, terbitan Pustaka Manikgeni, <http://www.indoforum.org/showthread.php?t=38435 >, (1 Februari 2009)
Prof. A. A. Ramanathan, (2002), Yajnavalkya Upanishad, terbitan The Theosophical Publishing House, Chennai, <http://www.advaita.it/library/yajnavalkya.htm>, (1 Februari 2009)
Sri Aurobindo, (1966), Brihadaranyaka Upanishad , Pondicherry , India <http://www.gnosis.org/library/brihad.htm>, (1 Februari 2009)
Hinduism Today, (August 1988), Euthanasia, <http://www.hinduismtoday.com/archives/1988/08/1988-08-08.shtml>, (1 Februari 2009)
BBC Team, (24 Februari 2004), Euthanasia and Suicide, <http://www.bbc.co.uk/religion/religions/hinduism/hinduethics/euthanasia.shtml>, (1 Februari 2009)
Preview
Only