Download - Elemen 2 Laksa Pak Ngah
SENARAI KANDUNGAN
Bil Kandungan Muka Surat
1 Penghargaan 1
2 Objektif kajian 2
3 Kaedah kajian 2
4 Hasil kajian
1.0 MAKLUMAT ASAS
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Sejarah kewujudan syarikat
2.2 Tujuan / kepentingan
2.3 Keistimewaan /keunikan
3.0 KAEDAH / CARA PENGHASILAN
3.1 Senarai Bahan
3.2 Senarai Peralatan
3.3 Proses Pembuatan
3.4 kawalan mutu
4.0 PERKEMBANGAN PRODUK
4.1 Rangkaian pemasaran
4.2 Sambutan
4,3 Kemajuan Yang Dicapai
4.4 perancangan masa depan
3
3
5
5
6
6
6
6
7
7
7
7
5 Rumusan 8
6 Lampiran 9
7 Rujukkan 10
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaannya ,saya dapat juga menyiapkan folio sejarah ini. Pertama sekali
saya mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang SMK Clifford, Puan Hjh Norliah Bt
Mohd Lazim, AMN, kerana telah membenarkan kami melakukan tugasan yang mulia ini . Banyak
dugaan yang telah menimpa kami semasa melakukan tugasan ini . Selain itu, saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Guru Mata Pelajaran kami iaitu En Peter Johnson A/L Thominathan kerana telah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan kepada kami untuk menyiapkan folio ini . Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga saya
, yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan folio yang bersejarah ini . Akhir sekali, terima
kasih kepada pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya.
Sekian, terima kasih.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Dengan menghasilkan folio ini, saya akan dapat:-
I. Mengetahui banyak produk tempatan yang terdapat di Malaysia.
II. Mengetahui secara terperinici proses –proses pembuatan produk tersebut.
III. Mengetahui lokasi penghasilan produk tersebut.-
IV. Menilai keistimewaan dan keunikan produk tersebut.
V. Mensyukuri nikmat Tuhan kerana dilimpahkan dengan pelbagai seni dalam kehidupan kita.
KAEDAH KAJIAN
1. Mencari sumber atau bahan melalui internet
2. Melalui pemerhatian
3. Berdasarkan media massa dan media elektronik
4. Temubual bersama abang dan kawan-kawan
5. Membaca bahan
HASIL KAJIAN
1.0 MAKLUMAT ASAS PEMILIK
Nama pemilik: Muhammad Rizman bin Muhammad
Tajidi
Alamat perniagaan: Belakang Sekolah Menengah
Tsung Wah, Jalan Dato' Sagor, 33000 Kuala
Kangsar
Telefon:+605 7775405 +605 7751361
Bidang perniagaan: Memproses laksa dan kuah, memproses cili boh
Emel: [email protected]
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Sejarah Kewujudan Syarikat
Sejarah 'laksa pakngah' ini bermula dengan Tuan
Haji Mat Rashid bin bin Uda Jaafar (foto sebelah
kanan), bapa kepada Puan Hajah Rogayah binti
Haji Mat Rashid, sekitar 1950-an dan ia dibantu
oleh keluarga. Bermula dengan perusahaan
berniaga laksa secara menjaja dengan basikal
turut berjual cili boh secara kecil-kecilan.
Pasaran kecil pada peringkat awal, bermula
dengan pelanggan dan pengguna sekitar bandar Kuala Kangsar. Sebelum
berniaga laksa, Encik Abdul Rashid iaitu suami kepada Rogayah binti Mat
Rashid, iaitu datuk kepada Pengurus restoran ini, turut mengusahakan
perniagaan memproses dan memasar cili boh.
Perniagaan cili boh dan gerai makanan menjual laksa, semakin berkembang.
Ahkhirnya Abdul Rashid mendapat modal untuk membeli motorsikal Honda
C70. Pendapatan yang berkembang ini memboleh dia berjaja laksa dan cili
boh ke merata tempat. Laksa dan cili itu dipasar secara jualan langsung dan
kecilan ke kampung.
Kelihatan Encik Abdul Rashid sedang melayan pelanggannya
disebuah sekolah rendah sekitar tahun 1955. Gambar kiri sekali
kelihatan Puan Rogayah binti Haji Mat Rashid serta suaminya.
Usaha yang berterusan, rasa yang tidak berubah, semakin mendapat tempat bagi penggemar
laksa sekaligus memberi ruang perniagaannya berkembang. Laksa Pakngah menjadi
trademark. Masyarakat tempatan mengenali Pakngah bagi gelaran datuk kepada pengurus
restoran ini dan Pakngah Laksa satu nama tidak asing lagi. Akhirnya Laksa Pakngah dari
berbasikal, bermotor kini berkembang kepada perniagaan restoran disertai dengan
cawangannya.
Rancangan untuk menjadikan perusahaan keluarga kepada konsep francais dan cawangan
lebih besar sedang diusahakan. Sumbangan kakitangan dan pekerja turut sama membantu
untuk membenarkan perniagaan kami terus berkembang dan lebih berjaya di masa akan
datang.
2.2 Perniagaan
Perniagaan utama syarikat ialah jenis restoran dengan menyaji makanan utama - laksa.
Laksa Pakngah adalah jenama yang diwarisi turun temurun oleh keluarga Encik Muhammad
Rizman bin Muhammad Tajidi. Menjadi pengurus kepada syarikat Muhammad Rizman bin
Muhammad Tajidi untuk 10 tahun setelah mengambil alih dari bapanya Encik Muhammad
Tajidi bin Abdul Rashid.
Kami turut menerima tempahan pukal untuk restoran dan kedai makanan. Tempahan boleh
dibuat dengan menghubungi Man di *0124501846/ Suziey 0125892758. Pelanggan yang
ingin membuat secara belian pukal (niaga) boleh berkunjung ke premis perniagaan kami
(utama) di alamat di atas.
Tempahan untuk majlis keramaian, majlis rasmi dan tahunan untuk agensi, jabatan kerajaan
dan swasta dialukan. Anda boleh membuat tempahan dan pesanan dengan nombor
diberikan.*
2.2 Tujuan Produk
Tujuan syarikat Laksa Pak Ngah menjual laksa pada mulanya untuk menyara kehidupan
keluarga dan memberi peluang pekerjaan.
2.4 Keistimewaan Produk
Keistimewaan laksa ialah ia digemari oleh semua lapisan bangsa dan semua peringkat umur
3.0 KAEDAH PENGHASILAN
3.1Senarai Bahan
Terdapat beberapa bahan yang terdapat di dalam laksa.
Antaranya ialah isi laksa.Isi laksa merupakan ramuan utama untuk membuat laksa. Kemudian,
ikanmerupakan bahan untuk membuat laksa. Ini kerana ikan mengandungi protein yang banyak dan
membantu menambah tekstur kepada laksa. Selain itu, daun kesam,belacan dan limau juga
merupakan bahan untuk membuat laksa. Jika dicampur bersama, ia akan menambahkanperisa
kepada laksa. Akhir sekali, telur rebus digunakan sebagai hiasan untuk laksa.
3.2 Senarai Peralatan
Terdapat beberapa peralatan yang digunakan untuk membuat laksa.Antarnya ialah mesin
pengisar. Mesin pengisar digunakan untuk mengisar daun kesam dan belacan. Selain itu,
pengisarikan digunakan untuk mengisar ikan menjadi cebisan. Kemudian, periuk digunakan
untuk mencampur kesemua bahan dan memasak laksa. Akhir sekali, pisau digunakan
untuk memotong timun dan telur rebus menjadi cebisan.
3.3 Proses Penghasilan
Terdapat beberapa proses yang terlibat ketika membuat laksa. Langkah yang pertama ialah
rebuskan laksa supaya menjadi lembut. Kemudian, kisar belacan, ikan yang dibuang
tulangnya. Selepas itu, tumiskan daun kesam, potong timun, telur dan limau menjadi cebisan.
Akhir sekali, didihkan kuah yang dibawa dari rumah supaya panas dan campurkan semua
bahan.
3.4 Langkah-Langkah Kawalan Mutu
Untuk memastikan laksa tidak kotor ketika memasak,terdapat beberapa langkah kawalan
mutu. Langkah kawalan mutu yang pertama ialah kebersihan tapak perniagaan danmakanan.
Selain itu, menggunakan sukatan yang betul dan tepat. Akhir sekali,barangan yangdigunakan
mesti berkualiti.
4.0 PERKEMBANGAN PRODUK
4.1 Rangkaian Pemasaran
Syarikat Laksa Pak Ngah bercadang untuk meluaskan cawangan di sekitar kawasan .
4.2 Sambutan Daripada Pengguna
Laksa Pak Ngah telah mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada pelanggan kerana
ia sedap dan berkhasiat .
4.3 Kemajuan Yang Dicapai
Syarikat Laksa Pak Ngah telah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda sejak penjualan
laksa dan mendapat tempatan untuk majlis perkahwinan.
4.4 Perancangan Masa Hadapan
Syarikat Laksa Pak Ngah bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan.
RUMUSAN
Setelah menjalani kajian ini,saya dapat memahami produk laksa daripada Syarikat Laksa Pak
Ngah. Hasilnya,saya lebih mengetahui tentang kandungan laksa, cara mereka membuat, dan
cara mereka memasarkan produknya. Di samping itu, melalui kajian ini,saya dapat berkongsi
kepada semua orang tentang persediaan,bahan dan cara membina syarikat pemakanan seperti
Syarikat Laksa Pak Ngah yang menjual produk utama, iaitu laksa. Akhir sekali, saya
mendapat ilmu cara untuk menubuhkan syarikat makanan seperti Syarikat Laksa Pak Ngah dan
resipi laksa yang menjadi kebanggaan negara kita
LAMPIRAN
Encik Muhammad Tajidi adalah generasi ke 3 dalam perusa
BERMULA dengan basikal, menjaja di gerai makan dan kawasan bandar Kuala Kangsar pada awal
CLICK ENGLISH VERSIONLokasi restoran utama:
haan bapanya.
1950-an, kini perniagaan milik Tuan Haji Mat Rashid bin uda Jaafar berkembang kepada perniagaan restoran dan francais. Pakngah laksa dan Laksa Pakngah telah menjadi satu famili trademark, memiliki citarasa dan jenama tersendiri. Sudah beberapa generasi meneruskan perjuangan mempertahankan jenama mereka dalam usaha memelihara kualiti.
Location: From EXIT TOLL Kuala Kangsar drive to Bandar Kuala Kangsar. Turn right when you meet first traffic-light. T junction and turn left. Opposite the main road is the school Tsung
Wah. There is sign-board LAKSA PAKNGAH. If you driving from Ipoh, find out District Hospital. Drive to north and meet Balai Bomba. There is traffic light and turn left. T junction and turn left again. Opposite the main road is the
school Tsung Wah. STORE THIS NUMBER 012 4501846 for assistant if you lost.
Kami turut memproses cili boh untuk kegunaan komersial. Tempahan kuah dan laksa oleh peniaga dan restoran juga disediakan dengan harga pembekal (borong). Hubungi bahagian pemasaran di 012 4501846 Man. Pejabat:+605 7775405
RUJUKKAN
http://www.geocities.ws/laksapakngah/sejarah.htm