EDU 3108
ASAS KEPEMIMPINAN dan PERKEBANGAN PROFESIONAL GURU
TAJUK 7 (6 jam)
Struktur Organisasi Pendidikan
DR. MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR
Jabatan R& I/ Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
2
STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA (Maklumat terkini sila rujuk laman
web KPM: www.moe.gov.my)
3
Pengenalan kepada struktur dan organisasi
Definisi struktur
• Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap
lapisan mempunyai hirarki tertentu.
• Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi,
bidang tugas dan tanggungjawab.
• Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan
yang disandang, semakin banyak fungsinya, semakin
besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu
dilakukan.
4
Definisi organisasi
• Satu kumpulan individu yang telah setuju bekerjasama untuk satu-satu tujuan yang tertentu.
• Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga manusia untuk mencapai sesuatu matlamat.
• Mempunyai 5 unsur seperti :
• 1. dasar yang tegas,
• 2. tujuan yang jelas,
• 3. adanya kepimpinan wakilan,
• 4. anggota yang konkrit serta
• 5. usaha yang positif dan kreatif.
5
Model organisasi dan struktur.
Kementerian Pelajaran Malaysia ;
satu organisasi formal
terbentuk dari unit-unit sosial yang kompleks
mengandungi peraturan, peranan, dan matlamat, yang berasaskan kepada pola-pola kewibawaan.
• Setiap unit yang terdapat di dalam gabungan yang kompleks itu adalah penting; ia memberi makna ke arah memahami Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu organisasi.
• Perhubungan di antara unsur atau unit di dalamnya ialah strukturnya.
Misalnya perhubungan di antara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dengan Pengarah Bahagian atau di antara Pengetua dengan guru-gurunya.
6
Model Organisasi dan Struktur.
8
7
6
5
2
3
4
1
Petunjuk
1-8 : unit-unit yang terdapat di
dalam Kementerian Pelajaran
Malaysia
Rajah 1 : Model Struktur dan Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
7
Rasional Struktur dan Organisasi
• Berdasarkan Rajah 1.
• mencapai matlamat-matlamat yang khusus.
• setiap individu atau unit dapat memainkan peranan
masing-masing secara berkesan.
• matlamatnya menolong dan memajukan pertumbuhan dan
perkembangan seseorang individu dari semua aspek, iaitu
jasmani, akal, emosi, sosial dan moral.
• maka individu yang terdapat di dalam organisasi akan
menjalankan tugas masing-masing demi kepentingan
masyarakat dan negara.
8
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan objektif
Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Proses pendidikan menggalakkan;
perkembangan diri individu dan orentasi terhadap masyarakat dan negara.
menjadi warganegara yang berguna, patriotik dan bertanggungjawab.
• Paksinya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Bertindak mengikut misi dan objektif yang telah ditetapkan.
9
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan
jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
10
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia.
11
Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu
padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber
tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi
peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.
12
Carta organisasi Kementerian Pelajaran
Malaysia.
• Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bahawa
pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan.
• Di negara kita, sistem pentadbiran pendidikan diawasi
sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.
• Ketua Kementerian Pelajaran ialah Menteri Pelajaran.
ahli kabinet dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
memastikan dasar pendidikan serta pentadbiran ke seluruh
sistem pendidikan itu berjalan dengan berkesan.
13
CARTA ORGANISASI JABATAN PELAJARAN NEGERI
Pengarah
Pelajaran Negeri
Tim. Pengarah
Pelajaran Negeri
1,2 3,4
5,6
7,8
9,
Sekolah
Pengetua / Guru Besar
Petunjuk :
1. SPA
2. SPS
3. SPIM
4. SPPK
5. SPP
6. SPS/PKhas
7. SJK
8. SKPP(2P)
9. Unit ICT
10. Pegawai Pelajaran
Daerah (11 )
14
CARTA ORGANISASI PEJABAT PELAJARAN DAERAH
Pegawai
Pelajaran
Daerah
Sektor
Pengurusan
Sekolah
Sektor
Pengurusan
Akademik
Sektor
Pengurusan
Pembangunan
Kemanusiaan
dan Khidmat
Sokongan
Sekolah
Pengetua / Guru Besar
Sektor
Pengurusan
Perkhidmatan
Pendidikan
15
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Pengetua/Guru Besar
Lembaga
Pengelola
Sekolah
PIBG
Lembaga Tatatertib
Guru-guru Penolong Kanan
Penyelia Petang
Guru
Ketua Bidang
Guru
Guru
Kakitangan sokongan
Kakitangan sokongan
Guru
16
JABATAN-JABATAN UTAMA DI BAWAH
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
17
JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
18
CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SEKOLAH
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Sekolah
Pengarah Bahagian Sekolah
Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru
Pengarah Pusat
Perkembangan Kurikulum
Pengarah Bahagian Buku Teks
Pengarah Bahagian
Sukan
19
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN SEKOLAH
Tim. Ketua Pengarah Malaysia Jabatan Pendidikan Sekolah
1. Bahagian Sekolah (BS) melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penggubalan, penyelarasan, pemantauan pelbagai program persekolahan dan pengurusan persekolahan, guru dan pelajar.
2. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bertanggungjawab menggubal kurikulum kebangsaan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Usaha ini adalah bagi mencapai tahap kurikulum yang relevan kepada keperluan negara, koheren dan berkualiti secara berterusan, berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
3. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Program dan Kursus Pendidikan Perguruan Perkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan.
4. Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan pemerakuan buku teks, menetapkan harga dan mengawal mutu fizikal buku teks, melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, memastikan murid di luar SPBT mendapat bekalan, mengawal penggunaan buku teks di sekolah bantuan kerajaan dan menyemak semula buku teks.
5. Bahagian Sukan berperanan melaksanakan pengurusan Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan Dan Sukan Untuk Integrasi Nasional di sekolah-sekolah.
20
JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL
21
CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal
Pengarah Bahagian
Pengurusan Teknikal dan Vokasional
Pengarah Bahagian Kurikulum Teknikal & Vokasional
Pengarah Bahagian
Pengurusan Politeknik
Pengarah Bahagian
Perancangan & Penyelidikan Teknikal & Vokasional
Pengarah Bahagian Latihan & Kemajuan
Staf
Pengarah Bahagian
Kolej Komuniti
22
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
Tim. Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal
Bertanggungjawab mengawal selia; Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional, Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Bahagian Pengurusan Politeknik, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Teknikal dan
Vokasional, Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf Bahagian Kolej
Komuniti.
23
JABATAN
JABATAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL
24
CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral
Pengarah Bahagian
Pendidikan Islam dan Moral
Pengarah Bahagian
Pendaftaran & Piawaian
Pengarah Bahagian
Penguatkuasaan
25
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Bertanggungjawab mengendalikan : pengurusan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
dalam sistem pendidikan kebangsaan. Tanggungjawab tersebut meliputi : perancangan pembangunan dan penyelenggaraan
kemajuan pendidikan Islam dan Bahasa Arab di semua peringkat persekolahan, selaras dengan falsafah dan aspirasi pendidikan negara.
26
JABATAN
PENDIDIKAN SWASTA
27
CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SWASTA
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan
Swasta
Pengarah Bahagian Perancangan &
Penyelidikan
Pengarah Bahagian Pendaftaran &
Piawaian
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan
28
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN SWASTA
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta
1. Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) berperanan; menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis institusi pendidikan
swasta (IPS) menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk memastikan dasar dan
peruntukan perundangan dipatuhi.
2. Juga dipertanggungjawabkan untuk; mengubal peruntukan perundangan yang berkaitan, menguruskan data dan maklumat pendidikan swasta, menjalankan penyelidikan ke arah penggubalan dasar dan mempromosikan
pendidikan swasta ke luar negara. 3. Pelaksanaan semua fungsi dan tanggungjawab tersebut dijuruskan kepada
pencapaian matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan.
29
JABATAN
PENDIDIKAN KHAS
30
CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas
Pengarah Bahagian
Perancangan & Penyelidikan Khas
Pengarah Latihan &
Khidmat Bantu
Pengarah Bahagian
Perkhidmatan
Pendidikan Khas
31
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aspek-aspek yang berkaitan;
perancangan dan pengurusan dasar, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan murid, pembangunan, penyenggaraan dan perolehan, latihan dan perkembangan staf, khidmat sokongan, pengurusan dan pentadbiran, dan pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang upaya.
32
BAHAGIAN PERANCANGAN
DAN PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN
(EPRD)
33
FUNGSI BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN (EPRD)
Pengarah Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan berperanan sebagai urusetia Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan perancangan perkembangan dan pembangunan pendidikan.
34
LEMBAGA PEPERIKSAAN
MALAYSIA
35
FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia
1. Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan peperiksaan kebangsaan dengan mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR, SPM (Bertulis), STAM (Bertulis) dan SPM (Matematik dan B. Melayu). Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga diperkenalkan mulai tahun 2000.
2. Lembaga Peperiksaan Malaysia mengendalikan peperiksaan-peperiksaan luar negeri iaitu University of London, Associated Board of the Royal School of Musics (ABRSM), City and Guilds of London Institute, Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), The Chartered Association of Certified Accountants (CACA), Institute of Transport, Institute of Fire Engineers, London Chamber of Commerce and Industry (LCCI), Association of Certified Accountants (London), Association of Business Executives (ABE), University of Michigan, Institute of Building, Institute of Chartered Shipbrokers, Institute of Quantity Surveyors dan Institute of Statisticians.
36
BAHAGIAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN
37
FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab: meningkatkan akses bagi pelajar-pelajar khususnya di luar bandar
kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media yang bermutu;
memperkayakan persekitaran pembelajaran khususnya di sekolah-sekolah luar bandar dengan media dan teknologi pendidikan;
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan media dan teknologi pendidikan.
38
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
39
FUNGSI INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Institut Aminuddin Baki (IAB) bertanggungjawab: memperbaiki kualiti pendidikan di samping mempertingkatkan
kecekapan dan keberkesanan operasi sistem pendidikan negara. IAB turut membina dan membangunkan profesionalisme dalam
kepemimpinan dan pengurusan pendidikan dalam semua program latihan yang dilaksanakan setiap tahun.
IAB menyediakan program-program latihan berkualiti, khidmat perundingan, penerbitan, penyelidikan serta berusaha secara berterusan mempertingkat tahap pengurusan dan kepemimpinan pendidikan di kalangan pemimpinan-pemimpinan di pelbagai peringkat sistem pendidikan.
40
JABATAN
PELAJARAN NEGERI
41
FUNGSI JABATAN PELAJARAN NEGERI
PENGARAH PELAJARAN NEGERI
Jabatan Pelajaran Negeri adalah bertanggungjawab: melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta menyelaraskan
perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum, sukatan pelaqjaran, kokurikulum, pinjaman buku teks, perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan, pembangunan , penempatan, guru serta pencalonan guru untuk latihan dan pelbagai kursus.
Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang bertanggung jawabdidalam semua hal pentadbiran dan semua sekolah di satu-satu daerah
42
BIDANG TUGAS
KETUA SETIAUSAHA
43
BIDANG TUGAS
• Sebagai Ketua Eksekutif dan Pegawai Pengawal:
• Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran bertanggungjawab:
menentukan pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pelajaran berada pada tahap kualiti yang tinggi.
Untuk tujuan ini, tugas utama Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah seperti berikut:
• Penggubalan, Perancangan dan Pelaksanaan Dasar
• Pengurusan kewangan
• Pengurusan Pembangunan dan Bekalan
• Pengurusan dan Pembangunan Personel
• Lain-lain tugas
44
BIDANG TUGAS
KETUA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA
45
BIDANG TUGAS
• Penasihat utama Menteri Pelajaran berhubung dengan dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya serta hal ehwal pendidikan pada amnya.
• Merancang dan mengubal kurikulum persekolahan kebangsaan, rancangan perkembangan keiktisasan dan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan.
• Menentukan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri di semua negeri di Malaysia berjalan lancar.
• Bertanggungjawab menentukan semua Jabatan dan Bahagian-Bahagian Profesional Kementerian Pelajaran berfungsi dan berjalan lancar selaras dengan keperluan negara.
• Lain-lain tugas.
JANGKAAN GURU
Jangkaan guru merupakan harapan dan
keinginannya yang sangat kuat untuk
memperolehi sesuatu ganjaran atau hasil
setelah melakukan sesuatu tugasan.
• Dalam profesion perguruan jangkaan guru
dapat dikelompokkan dalam empat bentuk
jangkaan iaitu jangkaan terhadap pelajar,
jangkaan terhadap pengurus atau pentadbir,
jangkaan terhadap ibu bapa dan komuniti
serta jangkaan terhadap diri sendiri.
• Penentuan hasil pembelajaran adalah jangkaan
guru pada setiap kali pengajaran dan guru
akan berpuas hati sekiranya hasil
pembelajaran tercapai.
• Semangat guru yang kuat untuk memenuhi
jangkaan tersebut mendorong guru bekerja
keras dengan menggunakan pelbagai strategi
bagi memastikan muridnya memiliki
keperibadian dan akhlak yang mulia.
• Guru juga mempunyai jangkaan agar pihak
atas dapat memimpin dengan penuh amanah,
berintegriti dan bersungguh-sungguh.
• Guru perlu merancang sesuatu strategi bagi
membina jambatan yang menghubungkan ibu
bapa dan masyarakat dengan guru di sekolah.
• Guru meletakkan jangkaan bahawa mereka
akan mempunyai peluang yang luas dalam
laluan kerjaya di samping insentif dari sudut
kebajikan mereka sebagai guru.
51
SOALAN-SOALAN LATIHAN
• 1. Bina semula carta organisasi Kementerian Pelajaran di
peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah.
• 2. Senaraikan 2 (dua) fungsi dari setiap Jabatan utama
Kementerian Pelajaran Malaysia.
• 3. Anda memohon pertukaran antara negeri dengan
mengikut saluran yang ditetapkan. Untuk mengetahui
status permohonan tersebut, Jabatan manakah anda perlu
membuat rujukan.
• 4. Nyatakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian
Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
• 5. Jika anda bertugas di sekolah, siapakah Ketua Jabatan
anda?
Perbincangan
52
53