Download - EDU 3101 Edited 25 Slides
EDU 3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
SEMESTER 1/ 2012PISMP PSV BM BI 2
UMA RAMADASGRACE CHENG ENN HUEI
PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSRA. MEMBANDING BEZA ANTARA TEORI PEMBINAAN KURIKULUM BERDASARKAN MODEL OBJEKTIF DENGAN MODEL PROSES .
B. MEMBANDING BEZA ANTARA KBSR DAN KSSR.
C. MEMBERI PENJELASAN TENTANG PEMBELAJARAN YANG MENYERONOKKAN BERSERTA CONTOH-CONTOH YANG SESUAI.
D. MEMBUAT PENULISAN REFLEKSI MENGENAI PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR MATLAMATNYA KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020.
E. MEMBINCANGKAN PERUBAHAN-PERUBAHAN TERKINI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH.
TAJUK PERBENTANGAN:
TEORI DAN MODEL PEMBINAAN KURIKULUM
Teori= andaian dari mana suatu set peraturan boleh diasaskan secara logikal.
Teori ialah penerangan yang terurus untuk suatu set peristiwa atau fenomena yang diperhatikan yang memerlukan penerangan.
Model= keperluan teori berkenaan pengajaran dan pembelajaran dan juga menggariskan pendekatan, kaedah dan prosedur untuk implementasi dan penilaian.MODEL OBJEKTIF (TYLER & TABA)
Model objektif = model hasil
TEORI DAN MODEL PEMBINAAN KURIKULUMKebaikan Keburukan
o Mengelakkan penyataan yang benar.
o Membuat penilaian yang lebih tepat dan cepat.
o Membantu memilih dan menstrukturkan kandungan.
o Membuat guru atau pendidik sedar tentang pelbagai jenis dan peringkat pembelajaran yang terlibat dalam mata pelajaran tertentu.
o Membimbing dan mendorong guru dan pelajar berkenaan kemahiran yang perlu dikuasai.
Pada peringkat yang lebih rendah, penentuan objektif tingkah laku adalah rumit dan tidak diperlukan.
Susah untuk menulis objektif tingkah laku yang dapat memuaskan pada peringkat pembelajaran yang lebih tinggi.
Tingkah laku yang spesifik atau unik adalah tidak sesuai untuk domain afektif.
Kurikulum terlalu terikat dengan mata pelajaran dan peperiksaan.
MODEL KURIKULUM TYLER 1949
Kurikulum, segala pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Seperti contoh: peperiksaan dan mata pelajaran.
Dengan menggunakan objektif dalam perkembangan kurikulum dan pendidikan dapatlah mencapai sesuatu tujuan atau matlamat.
Tujuan sebenar bagi pendidikan adalah untuk membawa perubahan dalam tingkah laku murid-murid.
EMPAT PRINSIP ASAS
Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai? Bagaimanakah pengalaman pembelajaran untuk mencapai objektif? Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran dapat
dinilai? Bagaimanakah pengalaman pembelajaran disusun untuk pengajaran
berkesan?
MODEL KURIKULUM TABA 1962 Kurikulum seharusnya direka oleh guru atau pendidik dan
bukan semestinya oleh pihak berkuasa atasan. Guru haruslah memulakan proses di atas sebelum mencipta
reka bentuk kurikulum am. Beliau menekankan objektif sebagai platform untuk aktiviti
di sekolah semasa merancang kurikulum.
Objektif memandu keputusan kurikulum:
Apa yang perlu disampaikan?
Apa yang perlu ditekankan?
Apa jenis isi kandungan yang perlu dipilih?
Apa jenis pengalaman pembelajaran yang perlu dititikberatkan?
Model= pembangunan konsep dan mengutamakan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Ia merupakan kaedah yang berkesan bagi mengajar kandungan kurikulum dalam bentuk generalisasi dan diskriminasi.
Mengesyorkan 4 strategi pengajaran untuk menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan murid.Model objektif= satu terjemahan kajian pendidikan kepada amalan pendidikan.
Langkah dalam MODEL KURIKULUM TABA1. Mendiagnosis kepentingan pembelajaran.2. Membentuk objektif tingkah laku3. Memilih bahan pembelajaran yang sesuai4. Menyusun bahan pembelajaran 5. Memilih pengalaman pembelajaran 6. Penyusun pengalaman pembelajaran 7. Menentukan bahan pembelajaran yang akan
dinilaikan dan cara-cara untuk menilai.
Model Proses STENHOUSE 1975
• Membentuk spesifikasi kurikulum dan proses pendidikan bukan bermula dengan hasil berbentuk objektif.
• Ia menekankan kemungkinan pembentukan prinsip prosedur untuk pemilihan kandungan kurikulum dan justifikasinya.
• Bermula dari titik tolak yang menyatakan pendidikan mambawa impilkasi yang ia merupakan proses penyebaran apa yang bernilai untuk dipelajari.
Model ini lebih berfokus kepada:i. Aktiviti-aktiviti dan peranan guruii. Aktiviti-aktiviti murid dan pelajariii. Keadaan-keadaan di mana pembelajaran berlakuiv. Mementingkan bagaimana dan bukan kesudahanv. Pelajar seharusnya mempunyai peranan dalam membuat
keputusan tentang aktiviti pembelajaranvi. ]lebih mempunyai individuvii. Mempunyai andaian bahawa pelajar memberikan respons
yang unik terhadap pengalaman pembelajaran.
Model Proses STENHOUSE 1975
Kebaikan Keburukan
Menekankan peranan yang aktif oleh kedua-dua guru dan pelajar.
Menekankan kemahiran belajar.
Menekankan kepada beberapa aktiviti yang penting dan berguna untuk kehidupan.
o Mengabaikan pertimbangan kandungan yang sesuai
o Susah mengaplikasikan pendekatan ini pada sesetengah bidang.
Dalam Perancangan
Kurikulum
Dalam Pembelajaran Empirikal
Dalam Pembelajaran Proses
1. Guru mesti menentukan
bahan pengajaran yang akan
diajar.
1. Guru mesti menentukan apa yang harus dipelajari oleh murid dan cara-cara menilai pencapaian
murid.
1. Guru mesti memilih isi kandungan dari segi kriteris dan tidak perlu bergantung
kepada objektifnya
2. Prinsip-prinsip yang akan
dipraktikkan dalam kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
2. Melihat “feasibility atau kesesuaian
mengimplementasikan kurikulum dalam konteks sekolah dan persekitaran
yang berlainan.
2. Merancang aktiviti yang membolehkan murid
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
3. Prinsip- prinsip dalam membuat
urutan bahan pembelajaran
3. Stenhouse menitikberatkan pengajaran
guru dan menggalakkan peranan tambahan guru
sebagai penyelidik dengan tujuan meningkatkan
kemahiran guru tersebut
4. Kriteria-kriteria mengenai kekuatan
dan kelemahan murid-murid
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang:
· Komunikasi
· Manusia dan alam sekeliling
· Perkembang diri Individu
Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:
· Komunikasi
· Kerohanian, sikap dan nilai
· Kemanusiaan,
· Perkembangan fizikal dan estetika
· Sains dan teknologi
· Ketrampilan diri
Bahan kurikulum:
· Sukataan pelajaran
Bahan Kurikulum:
· Dokumen Standard Kurikulum
Reka bentuk kurikulum:
· Linear
Reka bentuk kurikulum:
· Modular
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
· Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
· Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
· Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan Elektif.
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
· Mata pelajaraan Teras dan Elektif
Elemen
Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Elemen
Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta (ICT)
secara explicit.
Fokus:
3M (Membaca, menulis dan mengira)
Fokus:
4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)
Aspek KBSR KSSR
Kandungan · Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran
Pedagogi
Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam
P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa
Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar
Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut:
Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar
Peruntukan Masa· Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Kaedah Pentaksiran· Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif
· Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
· Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai· Bersifat autentik dan holistik
Bahan
· Sukatan Pelajaran· Huraian Sukatan Pelajaran· Kandungan· Hasil Pembelajaran· Cadangan Aktiviti P&P· Buku Teks
· Dokumen Kurikulum· Standard Kandungan· Standard Pembelajaran· Buku Teks
Pengurusan Kurikulum· Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.
PRINSIP KBSR DAN KSSR BAHASA Kembali Kepada Asas
Membina kompetensi yang kukuh bagi kemahiran literasi asas; mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis, penmanship & phonics (BI)
Pembelajaran Yang Bermakna Dan Bermatlamat Aktiviti yang berkonteks, bermakna, bermatlamat dan berbentuk didik hibur Mengintegrasikan kemahiran
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Keperluan pelajar dan faktor pelajar (persekitaran, keluarga, konteks penggunaan
bahasa )Pendekatan Modular
p&p berfokus kepada satu kemahiran dalam satu modul sahaja dan kemahiran di modul lain disepadukan untuk mencapai objektif
Penggunaan teknologi baru Menggunakan teknologi baru yang kreatif and inovatif untuk merangsang dan
membantu p&p yang bermakna
Pembentukan modal insan melalui soft skills Memupukan nilai-nilai murni melalui soft skills dalam pelbagai aktiviti dalam dan
luar bilik darjah
Cara duduk yang betul
Cara memegang pensel yang betul
45°
Menghasilkan penulisan kreatif pelbagai genre secara terkawal, berpandu dan bebas
mengedit dan memurnikan hasil penulisan
Kemahiran MenulisAsas menulis memegang pensel ,
menulis corak, cara duduk Menulis secara mekanis dengan
betul dan kemasHuruf, suku kata, perkataan, frasa ayat
Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul dan kemas
Menulis imlak dengan tepat Perkataan, frasa dan ayat
Mencatat maklumat dalam bentuk biasa, carta alir, carta, pengurusan grafik dan peta minda
Menulis untuk menyampaikan maklumat
Puisi, pengumuman, laporan, berita, syarahan, ucapan dan
pidato
menulis pandangan, pendapat dan ulasan bahan sastera dan yang dibaca, didengar dan ditonton bukan sastera
ASPEK SENI BAHASA
Menyebut, mengujarkan,
melafaz
Lirik lagu, cerita, dialog, puisi dan
ucapan
Didik Hibur
1. Pelaksanaan KBSR & KSSR telah menyebabkan wujudnya pendidikan seumur hidup.
~ Pendidikan diibaratkan sebagai satu usaha yang berterusan, iaitu proses belajar berlaku secara berterusan dan tidak ada had dari segi jangka waktu.
~ Secara am atau umumnya, sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.
2. Pelaksanaan KBSR & KSSR menyebabkan semua murid mendapat pendidikan yang sama
~ Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang tanpa mengambil kira jenis aliran persekolahan.
~ kelas pemulihan akan wujud ke atas murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu
3. Pelaksanaan KBSR & KSSR menyebabkan wujudnya suasana sekolah yang kondusif
~ memberi peluang dan galakkan interaksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid.
4. Pelaksanaan KBSR & KSSR juga wujudnya nilai-nilai murni merentasi kurikulum.
~Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran nilai murni dalam Pendidikan Moral boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran dalam bilik darjah.
5. Pelaksanaan KBSR menyebabkan wujudnya murid-murid yang mampu menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul )
~ Guru merupakan elemen penting dalam mendidik anak murid menguasai kemahiran 3M atau 4M. Pengajaran yang berkualiti adalah hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut.
6. Pelaksanaan KBSR & KSSR menyebabkan wujudnya murid-murid yang mempunyai kemahiran berfikir (KB) serta kemahiran lain.
Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
7. Pelaksanaan KBSR & KSSR – murid-murid memperolehi pengalaman asas hidup dari persekitarannya
~ iaitu pembelajaran dilakukan melalui perhubungannya dengan manusia lain, unsur-unsur alam dan Tuhan mengikut peringkat-peringkat perkembangan aspek intelek, rohani dan fizikal.
~ Maka pembelajaran tentulah menjadi lebih bermakna apabila mengaitkannya dengan pengalaman asas yang sedia ada pada kanak-kanak.
~ Hal ini bertujuan mencapai pembinaan sikap, watak dan peribadi yang sempurna.
Matlamat pelaksanaan KBSR & KSSR ke arah pencapaian wawasan 2020
•Untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh yang akan membenarkannya utk beroperasi dengan efisien dalam struktur sistem sosial negara.
• Supaya murid dapat menguasai kemahiran asas,iaitu membaca, menulis & mengira serta memperoleh ilmu pengetahuan yang cukup sesuai dengan peringkat umur & perkembangan diri mereka.
• Untuk murid menguasai Bahasa Melayu dengan memuas sesuaikan dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita.
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif” Cabaran Ke-6 Wawasan 2020
Objektif: menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
“ mewujudkan masyarakat daya saing dan makmur ”Cabaran ke-9 Wawasan 2020
Objektif: mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yangmenjadikannya asas bagi amalan hidup
•Pelaksanaan KBSR & KSSR untuk membolehkan murid menguasai kemahiran saintifik dan teknikal memainkan peranan yang amat penting ke arah pencapaian Wawasan 2020.• Cabaran Wawasan yang ke-6 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif bermaksud negara kita ingin mewujudkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Cabaran ke-9 Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat daya saing dan makmur bermaksud negara Malaysia berhasrat melahirkan model insan yang mempunyai daya saing dan ketahanan dinamik serta tangkas menghadapi perubahan.
Sekiranya murid-murid mengamalkan nilai-nilai murni yang dilaksanakan dalam KBSR atau KSSR, maka mereka berpotensi untuk mencabar segala dugaan dan cabaran
~ Sekolah rendah merupakan tahap terpenting dalam pendidikan formal seseorang kanak-kanak. Pendidikan peringkat ini menjadi teras kepada sistem pendidikan negara berjalan lancar dan matlamat pembangunan negara dapat dicapai dengan maksimum.
~ Matlamat KBSR atau KSSR dalam sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkambangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan beraklak mulia.
PEUBAHAN-PERUBAHAN KBSR Penerapan nilai-nilai murni Susunan kemahiran asas kepada kompleks Menyerap amalan perdagangan Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains
dan Kajian TempatanGURU HARUS MEMASTIKAN ASPEK-ASPEK
BERIKUT BERLAKU: Penerapan nilai-nilai murni dalam semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Matlamat pendidikan di sekolah rendah bukan lagi menekankan
kemahiran penguasaan kemahiran asa sahaja tetapi penguasaannya secara betul, jujur dan bertanggungjawab dalam urusan seharian.
Kemahiran-kemahiran disusun semula daripada yang paling asas kepada yang kompleks mengikut topik masing-masing. Aspek penyelesaian masalah yang difikirkan sesuai diintegrasikan dalam setiap topik.
Sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran disusun semula mengikut perubahan dalam susunan kemahiran-kemahiran sekolah rendah. Sehubungan ini, draf Sukatan Pelajaran Tahun 1 yang disediakan pada November 1992 mula dilaksanakan pada Disember 1992.
Menyerap Amalan Perdagangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk-tajuk seperti wang, ukuran dan sukatan. Oleh itu, Amalan Perdagangan tidak lagi menjadi satu tajuk yang diajar secara berasingan.
Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains dan Kajian Tempatan mengikut jadual pelaksanaan seperti di bawah ini:
Sesi Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
1994/95 Sains dan Kajian Tempatan
Alam dan Manusia Alam dan Manusia
1996 Sains dan Kajian Tempatan
Sains dan Kajian Tempatan
Alam dan Manusia
1997 Sains dan Kajian Tempatan
Sains dan Kajian Tempatan
Sains dan Kajian Tempatan
Menjelang tahun 2000, pelaksanaan konsep Sekolah Bestari telahmenjadi satu lagi reformasi kurikulum pendidikan untuk kedua-dua sekolah rendah dan sekolah menengah, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan diperkenalkan dalam 90 buah sekolah rendah dan menengah yang dikenal pasti sebagai Sekolah Bestari dengan menggunakan teknologi maklumat serta komunikasi sebagai sebahagian daripada aktiviti sokongan kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, sukatan pelajaran bagi keempat-empat mata pelajaran tersebut diubahsuai dan disediakan dalam bentuk perisian olej Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2003, Tahun 1 di semua sekolah rendah diperkenalkan kurikulum baharu, iaitu mata pelajaran komputer dengan komputer riba dan projektor LCD. Bahasa pengajaran dan pembelajaran adalah dalam bahasa Inggeris.
Terima kasih