Download - Dokumentasi Silat
PERTANDINGAN PENCAK SILATSEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH
PERSEKUTUAN2012
Tema:SILAT
UNTUK SEMUA
Tarikh : 11 Mei 2012Tempat : Stadium Titiwangsa
kuala Lumpur
NAMA PERTANDINGAN
PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAHPERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR 2012
TARIKH7, 8, 9, 10 & 11 MEI 2012
MASA7.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG
TEMPATSTADIUM TITIWANGSA KUALA LUMPUR
TEMA
“SILAT UNTUK SEMUA”
DIRASMIKAN OLEH
TN. HAJI ISMAIL BIN MUSATIMBALAN PENGARAH PELAJARAN DAERAH
BANGSAR DAN PUDU
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 OBJEKTIF 1
2 PENGENALAN 2-20
3 JAWATANKUASA PENGELOLA 21-37
4 SENARAI PENYERTAAN 38-41
5 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN 42
6 JADUAL PERTANDINGAN 43
7 ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN 44
8 KEPUTUSAN PERTANDINGAN 45-57
9 SENARAI WASIT 58-59
10 KEWANGAN 60-61
11 LAPORAN AJK
11.1 LAPORAN SETIAUSAHA PENGELOLA 62-67
11.2 PENDAFTARAN DAN PEGURUSAN PESERTA 68
11.3 JAMUAN DAN MINUMAN VIP DAN AJK 69-71
11.4 STATISTIK 72
11.5 PUBLISITI DAN SIARAYA 73-74
11.6 DISIPLIN DAN KESELAMATAN 75
11.7 FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI 76-77
11.8 KEBERSIHAN 78
11.9 UPACARA PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN
HADIAH DAN TEKS UCAPAN VIP
79-80
11.10 HAKIM DAN KEPEGAWAIAN 81
11.11 PENJAGA MASA 82
11.12 HADIAH, SIJIL DAN CENDERAMATA 83
11.13 BUKU PROGRAM DAN ATURCARA 84
11.14 JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL 85
11.15 LOGISTIK DAN PERALATAN 86
SENARAI
LAMPI
SENARAI
LAMPI
12.1 GAMBAR
12.2 KEHADIRAN
12.2 TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN
12.3 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
12.4 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
12.5 SURAT PELANTIKAN JAWATANKUASA
12.6 SURAT PANGGILAN MESYUARAT
12.7 BORANG ANGGARAN BELANJAWAN
12.8 BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN
12.9 BORANG JAWATANKUASA KECIL
12.10 BORANG LAPORAN JAWATANKUASA KECIL
12.11 BORANG PEMARKAHAN
12.12 PELAN LANTAI GELANGGANG
12.13 BUKU PROGRAM
12.14 IKRAR PESERTA
12.15 CD GAMBAR
OBJEKTIF
MEMUPUK SIKAP KERJASAMA, TOLERANSI DAN RENDAH DIRI
MENANAM SEMANGAT KESUKANAN YANG POSITIF DAN TABAH
MENGHADAPI SEBARANG CABARAN
MENGUJI TAHAP PENCAPAIAN DIRI DALAM AKTIVITI SILAT DAN
MENGUJI KEMAMPUAN PELAJAR DALAM
MENGHAYATI SILAT WARISAN
BUDAYA BANGSA
1
PENGENALAN
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi
bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia
sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan
tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara
mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan
diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni
mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.
Mereka yang belajar silat digelar pesilat.
Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang
mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru
silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya
sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang
kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri.
Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar
(atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di
antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan
amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan
pendekar.
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat
adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi,
tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata,
pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong
(tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran
dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit.
Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada
kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah
aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian
yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang
mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu.
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian,
digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang
tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis
tarian. Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan
Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai
persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran
mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari
sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang
diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah
atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan
sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.
Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru
silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan
mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan
untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam
perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti
menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta
mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh
tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal
dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan
sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba
melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk
perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat
aliran ini.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan
kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah
sinonim dengan silat.
Jenis silat (umum)
Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat
pulut adalah biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian
seperti majlis perkahwinan manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur
pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara
seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya 'silat pulut'
bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya memfokuskan persembahan dan
tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan
apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini
termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan
muslihat permainan aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan pesilat
menubuhkan kumpulan 'silat pulut' ini untuk membincangkan dan berlatih untuk
persembahan-persembahan di majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya
wujud 'aliran' atau 'sekolah silat pulut'. Nama silat pulut ini dikatakan berasal
daripada 'pulut pengantin' (majlis-majlis perkahwinan di mana ia selalu
dipersembahkan).Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya,
seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana
Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat
yang telah dapat dikesan.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak
mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara
seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat.
Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah menentang
dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama
seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya.
Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha
pemodenan dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti Silat akan terus menjadi
warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.
Etimologi
Suatu teori menyatakan bahawa perkataan silat sendiri berasal dari silek dari
bahasa Minangkabau. Silek adalah salah satu komponen untuk menyembahkan
tarian rakyat randai Minangkabau bersampingan bakaba (pereka cerita) dan saluang
jo dendang (lagu-dan-seruling).
Istilah silat adalah sebenarnya suatu kata nama am yang digunakan untuk
merujuk pada seni mempertahankan diri di Asia Tenggara. Ia dikenali di Malaysia
sebagai seni silat, seni bela-diri dan kadang-kala ilmu silat/pencak silat. Di Sumatra
silat dikenali sebagai silek dan lebih popular di Jawa dan Indonesia sebagai Pencak
Silat. Versi Cina bagi silat dikenali sebagai kuntao.
Pada umumnya perkataan Silat atau Gayung biasa digunakan oleh
masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Silek dan Gayuang di Sumatra,
Penca dan Maempok di Jawa Barat, Pencak di Jawa Timur dan Jawa Tengah,
Mancak di Madura dan Bawean, Encak di Bali, Mpaa Sila di Dompu dan Nusa
Tenggara Barat, Bermancek di Bulungan dan Kalimantan, memencak di Bugis dan
Sulawesi, Akmencak di Sulu dan Sulawesi, Basilat dan Kali di Mindanau.
Sejarah
Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya
masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang
Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan
Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di
selatan, dan Pattani di utara adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan
dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi
bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi
gaya-gaya seni mempertahankan diri itu. Apabila Islam disebarkan sepanjang
nusantara abad ke-14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan
tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.
Silat telah diperhaluskan ke ciri keistimewaan sultan, panglima dan pendekar
sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ia adalah waktu
apabila silat tersebar sepanjang Semenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan
Borneo. Orang Melayu, terutamanya di semenanjung Melayu, menganggap cerita
legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat.
Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika
itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk
membebaskan diri daripada kekuasaan penjajah. Sewaktu era pasca penjajahan,
silat telah menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar
yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan.
Kegunaan daerah
Di Indonesia, pencak silat telah dipilih pada 1948 sebagai suatu istilah
kesatuan untuk seni pertahan diri mereka. Ia adalah suatu kata majmuk dari dua
istilah yang umumnya digunakan untuk seni pertahan diri di Indonesia. Pencak
adalah istilah yang digunakan di Jawa tengah dan timur, sementara silat digunakan
di Sumatera. Dalam kegunaan moden, pencak dan silat dilihat sebagai dua aspek
pada amalan yang sama. Pencak adalah aspek persembahan pada seni pertahan
diri, sedangkan silat adalah inti perkelahian dan seni pertahan diri.
Di Malaysia, silat adalah suatu istilah yang digunakan sebagai istilah payung
untuk semua seni pertahan diri Melayu. Contoh-contoh pada gaya-gaya silat di
Malaysia adalah Silat Cakar Harimau, Silat Gayung Zahir 9, Silat Pancasila, silat
gayong maarifat, Silat Keris Lok Sembilan, Silat Gayung Pusaka, Silat Seni Gayong
dan Silat Lian Padukan.
Di Malaysia, Perguruan Silat diberi nama mengikut masyarakat seperti Silat
Minangkabau, Silat Bugis, Silat Jawa dan Silat Kerinci. Terdapat juga perguruan
yang diberi nama mengikut daerah seperti Silat Gayong Fatani, Silat Gayungman
Kedah, Silat Buah Pukul Mersing dan Silat Pukulan Melaka. Terdapat juga
perguruan yang diberi nama mengikut tokoh seperti Silat Hang Tuah, Silat Cekak
Ustaz Hanafi, Silat Mat Kilau dan Silat Sendeng Hj Hamid. Terdapat juga perguruan
yang diberi nama mengikut motif gerak dan semanagat haiwan seperti Silat
Rajawali, Silat Penyu, Silat Siamang Laut dan Silat Harimau.
Perkembangan
Selepas merdeka (1957) terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia.
Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal silat mewujudkan persatuan
silat dan didaftarkan atas tujuan untuk membina, meyusun dan pengurusan silat
yang lebih baik. Saranan tersebut disambut baik, maka beberapa kumpulan silat
telah didaftarkan. Di sinilah bermulanya wujud pelbagai nama alairan penguruan
silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan masing-masing.
Pada tahun 1978 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia ketika
itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang
boleh membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat
Malaysia (1983). Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat
Kebangsaan Malaysia atau PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada
1986. Pesaka malaysia telah dianggotai oleh empat anggota bertaraf badan pendiri
Pesaka Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia,
Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi
anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. Bermakna
seluruh silat telah bersatu di bawah PESAKA Malaysia
Pada 11hb Mac, 1980,Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT)
telah rasmi ditubuhkan sebagai badan induk silat di peringkat antarabangsa dan
Jakarta, Indonesia menjadi ibupejabat PERSILAT. Indonesia, Malaysia, Brunei dan
Singapura telah diiktiraf sebagai anggota pendiri PERSILAT. Badan induk
kebangsaan untuk silat dikenali sebagai Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) di
Indonesia, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) di Malaysia, Persekutuan Silat
Brunei (PERSIB) di Brunei dan Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) di
Singapura.
Pencak Silat telah diiktiraf sebagai Seni Bela Diri Asli bangsa Indonesia.
Manakala di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa Silat sebagai
Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara
semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga 4hb Disember 2006.
Pada 23hb hingga 24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI
telah memperkenalkan Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah
disusun pada tahun 1973. Silat sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai
sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.
JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012
Penaung : Dato’ Haji Khairil bin Awang
Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Penasihat : Timbalan Pengarah
Pejabat Pelajaran Bangsar/Pudu
Pejabat Pelajaran Keramat
Pejabat Pelajaran Sentul
Jabatan Pelajaran WilayahPersekutuan Kuala
Lumpur
Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola
: Pn Hjh Hamidah bt Bani
Pengetua SMK Wangsa Maju Seksyen 2
Naib Pengerusi : Pn Nik Eleena Zurenee bt Nik Mustapha
PK Koko SMK Wangsa Maju Seksyen 2
Pengerusi Teknik : En Hazli bin Adnan
SSWP Sri Titiwangsa
Setiausaha : Pn Noor Nadia bt Abd Ghani
Naib Setiausaha : Cik Norhanum bt Ismail
Bendahari : Pn Haslinda bt Hashim
Urusetia : Unit Kokurikulum JPWPKL, WP Keramat &
SMK Wangsa Maju Seksyen 2
Pegawai Perhubungan : En Mohd Fuzi bin Mohd Yusop
Penyelia Kokurikulum Cemerlang, JPWP
En Firdaus bin Said
Penyelia Kokurikulum PPW Keramat
PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAHPERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR 2012
LAPORAN AJK PENDAFTARAN DAN PENYELIA PESERTA
NAMA SEKOLAH : SMK SERI AMPANGTARIKH : 11 MEI 2012HARI : JUMAATMASA : 12.00 PMTEMPAT :STADIUM TITIWANGSAAJK :
Pengerusi : Datin Nor Azizah binti Sulaiman (Pengetua SMK Seri Ampang)
Naib Pengerusi : Pn Rosliza binti Ab. Hamid (Penolong Kanan Kokurikulum)
Ahli : 1) Hasbullah bin Muhammad 2) Mohd Akmazani bin Isa 3) Wan Muslim bin Wan Hasan 4) Cety Qasmawanty binti Nor Ahad 5) Cik Tan Liew Chuan 6) Cik Farida bt Yaakub
LAPORAN TUGASAN :
1. KEKUATAN
2. KELEMAHAN
3. CADANGAN
1. Bagi Pendaftaran tempat pendaftaran sangat strategi. Selain itu meja pendaftaran sangat sesuai. Bagi penyelia peserta pula kedudukan meja pendaftaran sangat strategik
2. Terdapat sekolah yang hadir tetapi tidak mendaftar. Bagi penyelia peserta pula kebanyakan sekolah lambat menghantar peserta walaupun telah dipanggil berulang kali.
3. Kumpulkan peserta di satu sudut stadium sahaja
LAPORAN KEWANGAN : 1. Bateri Healer 16 biji RM 48 2. Kertas 1 rim RM 8.20 3. Alat tulis RM 5.00
DISEDIAKAN OLEH:
…………………………………………..(MOHD AKMAZANI BIN ISA)
DISAHKAN OLEH:
PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAHPERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR 2012
LAPORAN AJK BUKU PROGRAM DAN ATURCARA
NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN MELATITARIKH : 11 MEI 2012HARI : JUMAATMASA : 12.00 PMTEMPAT :STADIUM TITIWANGSAAJK :
Pengerusi : Pn. Che Aini bt Che Ismail (Pengetua SMK Taman Melati)
Naib Pengerusi : Pn Samsinar bt Abdul Majid (Penolong Kanan Kokurikulum)
Ahli : 1) En. Erwan bin Sulaiman 2) Pn. Hasnah bt Abdullah
LAPORAN TUGASAN :1. KEKUATAN
2. KELEMAHAN
3. CADANGAN
1. Membuat buku program dan susunan aturcara program.Mengumpul semua maklumat dari semua AJKMenyediakan dan mencetak 10 buah buku program VVIP dan 200 buah tetamuMenyerahkan buku program pada urusetia sebelum majlis bermula
2. Tiada
3. Tiada
LAPORAN KEWANGAN : 1. Tiada
DISEDIAKAN OLEH:
…………………………………………..(Pn. Samsinar bt Abdul Majid)GPK Kokurikulum SMK Taman Melati
DISAHKAN OLEH:
84
PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAHPERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR 2012
LAPORAN AJK LOGISTIK DAN PERALATAN PERTANDINGAN
NAMA SEKOLAH : SMK SERI TITIWANGSATARIKH : 7 - 11 MEI 2012HARI : ISNIN - JUMAATMASA : 12.00 PMTEMPAT : STADIUM TITIWANGSAAJK :
Pengerusi : EN. NIK ANUAY B ABDULLAH
Naib Pengerusi : EN ZAMBRI B ZAINAL ABIDIN
Ahli : 1) EN. AZRUL FAHMI B ISMAIL 2) EN. JAMAL B BUSAH 3) 15 ORANG PELAJAR
LAPORAN TUGASAN :
SEBELUM PERTANDINGAN1. Mengadakan mesyuarat AJK sebanyak 2 kali iaitu pada tarikh 30 April 2012
(Isnin) dan 3 Mei 2012 (Khamis)Agenda mesyuarat: - ucapan aluan
- Bidang tugas- Peralatan- Hal-hal lain
2. Menghantar peralatan ke Stadium Titiwangsa pada hari Ahad (6 Mei 2012) jam 4.00 petangdan memasang mattress serta menyusun meja pertandingan
SEMASA PERTANDINGAN1. Gelanggang dibuka selepas tamat hari pertandingan sebanyak 2 kali dan
dipasang semula keesokan harinya.
SELEPAS PERTANDINGAN1. Peralatan pertandingan dihantar semula ke SMK Seri Titiwangsa selepas
tamat pertandingan(11 Mei 2012)
PENAMBAHBAIKAN1. Tempoh sewa stadium dilanjutkan hingga ke malam supaya mattress tidak
dipasang dan dibuka setiap hari.2. Peralatan pertandingan tidak akan disediakan lagi seperti penutup kemaluan
lelaki dan perempuan
Sekian terima kasih
86
PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAHPERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR 2012
LAPORAN AJK HADIAH, CENDERAMATA DAN SIJIL
NAMA SEKOLAH : SMK DESA TUN HUSSEIN ONNTARIKH : 11 MEI 2012HARI : JUMAATMASA : 12.00 PMTEMPAT : STADIUM TITIWANGSAAJK :
Pengerusi : En. Abd. Razak bin Abd Malek (PK 1 SMK Desa Tun Hussein Onn)
Naib Pengerusi : En. Tajuddin bin Talib (Penolong Kanan Kokurikulum)
Ahli : Ahli Jawatankuasa Guru 1) Cik Amnah bt Mohamad 2) Cik Suhaida bt Ibrahim 3) Pn. Noor Nikila bt Ahmad Ahli Jawatankuasa Murid 4) Huriyyah Aina bt Manaff 5) nur Addena Ain bt Amran 6) Nurul Asnida bt Md Said 7) Nur Fatin Najihah bt Rosli
LAPORAN TUGASAN :1. KEKUATAN
2. KELEMAHAN
3. CADANGAN
1. AJK mencukupi.
2. Tiada
3. Tiada
LAPORAN KEWANGAN : 1. Tiada
DISEDIAKAN OLEH:
…………………………………………..(EN. TAJUDDIN BIN TALIB)
DISAHKAN OLEH:
GPK Kokurikulum SMK Taman Setiawangsa
PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAHPERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR 2012
LAPORAN AJK PENJAGA MASA
NAMA SEKOLAH : SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJUTARIKH : 11 MEI 2012HARI : JUMAATMASA : 12.00 PMTEMPAT : STADIUM TITIWANGSAAJK :
Pengerusi : Pn Hjh Habsah binti Abdul Kudus (Pengetua SMK Seksyen 5 Wangsa Maju)
Naib Pengerusi : Pn Kamilah binti Ab. Rahman (Penolong Kanan Kokurikulum)
Ahli : Pn Noraini bt Yasin Pn Jamilah bt Jamaludin Pn Jalinah bt Madsuboh Pn Siti Sapura bt Zakaria
LAPORAN TUGASAN :1. KEKUATAN
2. KELEMAHAN
3. CADANGAN
1. AJK penjaga masa dapat menjalankan tugas dengan baik, kerana diberi taklimat dan latihan selama dua hari. Peralatan yang digunakan dalam keadaan baik dan mencukupi
2. Tiada
3. Tiada
LAPORAN KEWANGAN : 1. Tiada
DISEDIAKAN OLEH:
…………………………………………..(Pn Kamilah bt Ab. Rahman)GPK Kokurikulum SMK Seksyen 5,
DISAHKAN OLEH:
Wangsa Maju
PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAHPERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR 2012
LAPORAN AJK FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI
NAMA SEKOLAH : SMK WANGSA MELAWATITARIKH : 7 - 11 MEI 2012HARI : ISNIN -JUMAATMASA : 8.00 AM – 5.00 PMTEMPAT : STADIUM TITIWANGSAAJK :
Pengerusi : Pn Hjh Hasniah binti Ali (Pengetua SMK Wangsa Melawati)
Naib Pengerusi : Pn Nor Haryati binti Imam Khatabi (Penolong Kanan Kokurikulum)
Ahli : En Mohd Burhan bin Ramli Pn Nadia Azwa binti Othman
LAPORAN TUGASAN :1. KEKUATAN
2. KELEMAHAN
3. CADANGAN
1. Mempunyai kelengkapan peralatan fotografi yang cukup.
2. Laporan pelaksanaan daripada beberapa AJK lambat diterima menyebabkan proses penjilidan buku dokumentasi tidak berjalan dengan lancar.
Format laporan yang diterima adalah tidak seragam dan menggunakan font yang pelbagai walaupun format laporan telah diberikan.
3. AJK-AJK yang terlibat perlu menghantar laporan pelaksanaan dan maklumat mengikut masa yang ditetapkan.
Pengelola menyediakan format laporan dalam bentuk soft copy.
LAPORAN KEWANGAN : 1. RM 270.00 (Seperti dalam lampiran)
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:
(Pn Nadia Azwa binti Othman)AJK Fotografi dan dokumentasiSMK Wangsa melawati
PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI
PENDAHULUAN
Pertandingan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni di
dalam beberapa aspek persilatan, iaitu aspek-aspek tari silat (bunga) hinggalah ke
aspek bela diri.
Pertandingan dijalankan dengan menilai persembahan sesuatu pasukan di
mana persembahan adalah dilakukan sesama ahli-ahli pasukan mereka sahaja
mengikut kaedah-kaedah peraturan pertandingan.
1. KELENGKAPAN PERTANDINGAN
1.1 Gelanggang Pertandingan
1.1.1 Gelanggang persembahan merupakan empat segi dengan
keluasan tidak kurang dari 81 meter persegi (9X9 meter)
1.1.2 Gelanggang boleh dibuat di atas tanah, lantai, atau pentas yang
rata (yang pada pendapat pengadil ianya tidak membahayakan
peserta)
1.2 Kelengkapan gelanggang
1.2.1 Kelengkapan gelanggang adalah terdiri daripada:
1.2.1.1 Jam pertandingan
1.2.1.2 Gong atau alat yang berfungsi sama
1.2.1.3 Alat perakam kaset atau alat-alat untuk muzik silat.
1.3 Kelengkapan peserta
1.3.1 Pakaian pesilat yang terdiri daripada
1.3.1.1 Pakaian kepala (tengkolok)
1.3.1.2 Pakaian badan – warna dan potongan yang sesuai
untuk pertandingan mengikut kreativiti dan tradisi
melayu yang berasaskan nilai-nilai murni.
1.3.1.3 Sebarang aksesori tambahan adalah dibenarkan
1.3.1.4 Baju layang tidak dibenarkan dipakai semasa acara
kategori II (Seni Tempur Silat)
1.3.1.5 Semasa acara kategori IV (Jurus Wajib), peserta
hanya memakai pakaian hitam berbekung putih
selebar 4 inci, melilit piggang dan hujung terjuntai.
2. PENYERTAAN
2.1 Peserta adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan bagi kategori
menengah dan rendah.
2.2 Setiap pasukan sekolah menengah hendaklah tidak melebihi 10 peserta.
2.3 Bagi kategori sekolah rendah hendaklah tidak melebihi 7 peserta.
3. CORAK DAN WAKTU PERSEMBAHAN
3.1 Persembahan pertandingan yang lengkap adalah terbahagi kepada EMPAT
kategori sekolah menengah dan TIGA kategori sekolah rendah:
Kategori 1
Seni Tari Silat - Dipersembahkan oleh SEORANG peserta
(menengah / rendah) (lelaki dan perempuan)
Kategori II
Seni Tempur Silat - Dipersembahkan oleh DUA orang peserta
(menengah / rendah) (lelaki dan perempuan)
Kategori III
Seni Jurus Silat - Dipersembahkan oleh EMPAT orang peserta
(menengah / rendah) (lelaki dan perempuan)
Kategori IV
Jurus Wajib - Dipersembahkan oleh TIGA orang peserta
(menengah / rendah) (lelaki dan perempuan)
3.2 Persembahan bagi semua kategori hendaklah diiringi oleh muzik manakala
kategori IV (Jurus Wajib ) tanpa iringan muzik.
4. ATURAN PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada
pasukan yang membuat persembahan dikalangan pesertanya sahaja.
4.2 Larangan-larangan di dalam persembahan adalah :
4.2.1 Persembahan –persembahan yang membahayakan penonton dan
pegawai.
4.2.2 Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejek, meludah, dan
sebagainya.
4.2.3 Kelakuan yang mencabar.
5. PENILAIAN MARKAH
5.1 Nilai markah Penilaian Markah akan diberi berdasarkan kepada kategori
perembahan seperti berikut :
5.1.1 Kategori Seni Tari Silat5.1.1.1 Wiraga 505.1.1.2 Wirama 205.1.1.3 Wirasa 20 = 100
5.1.2 Kategori Seni Tempur Silat5.1.2.1 Teknik Serang Bela 305.1.2.2 Kekayaan Teknik 305.1.2.3 Ketangkasan dan Kecekapan 205.1.2.4 Daya Tahan & Pernafasan 105.1.4.5 Kemantapan Sikap 10 = 100
5.1.3 Kategori Seni jurus Silat5.1.3.1 Wiraga 505.1.3.2 Wirama 205.1.3.3 Wirasa 30 = 100
5.1.4 Kategori Jurus Wajib5.1.4.1 Kemantapan 605.1.4.2 Keseragaman 305.1.4.3 Urutan dan Ketepatan 10 = 100
5.2 Perincian PemarkahanBagi maksud pemberian markah yang lebih objektif markah yang maksimum
bagi unsur-unsur yang diperhatikan ialah adalah:
Unsur Penilaian kategori I dan III5.2.1 Wiraga
5.2.1.1 Kekayaan Gerak 10
5.2.1.2 Kemantapan gerak 105.2.1.3 Keterampilan dan Keseragaman 105.2.1.4 Penggarapan Gerak 105.2.1.5 Keserasian Pakaian & Kelengkapan 10
Jumlah Kecil 50
5.2.2 Wirama5.2.2.1 Ketepatan Gerak dengan Irama 105.2.2.2 Keserasian Gerak dengan Muzik 10
Jumlah kecil 205.2.3 Wirasa
5.2.3.1 Penghayatan Gerak 105.2.3.2 Kemantapan Ekspresi 105.2.3.3 Tertib dan Sopan Santun 10 Jumlah kecil 30
Unsur Penilaian kategori II5.3.1Teknik Serang dan Bela
5.3.1.1 Serangan / belaan yang logik 105.3.1.2 Sikap awal, Lintasan Serangan dan Kekuatan 105.3.1.3 Kaedah Pencak Silat 055.3.1.4 Keberkesanan Serangan / Belaan 055.3.1.5 Jumlah Kecil 30
5.3.2 Kekayaan Teknik5.3.2.1 Keanikaragam Teknik 155.3.2.2 Jumlah Teknik Serang / Bela 155.3.2.3 Jumlah Kecil 30
5.3.3 Ketangkasan dan Kecepatan5.3.3.1 Ketepatan Waktu Serang / Bela 105.3.3.2 Kecepatan dan Ketepatan Serangan 055.3.3.3 Kemurnian dan daya Tarik 055.3.3.4 Jumlah Kecil 20
5.3.4 Daya Tahan dan Pernafasan5.3.4.1 Daya Tahan Tubuh 045.3.4.2 Permanfaatan Tenaga 025.3.4.3 Pernafasan 04
Jumlah Kecil 10
5.3.5 Kemantapan Sikap5.3.5.1 Sikap Sopan Santun 05
5.3.5.2 Sikap Tegas dan Berani 05Jumlah Kecil 10
Unsur Penilaian kategori IV
5.4.5 Kemantapan5.4.5.1 Pergerakan 305.4.5.2 Penghayatan 205.4.5.3 Daya Tahan 10
Jumlah Kecil 605.4.6 Keseragaman
5.4.6.1 Gerakan 205.4.6.2 Keterampilan 10
Jumlah Kecil 30
5.4.7 Urutan dan Ketepatan5.4.7.1 Urutan Gerakan 055.4.7.2 Ketepatan Gerakan 05
Jumlah Kecil 10
5.5 Perincian Pemarkahan 5.5.1 Nilai 5 (lima) markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan
kurang 15-29 saat dari waktu yang ditentukan.
5.5.2 Nilai 10 (sepuluh) markah ditolak dari peserta pertandingan yang
melaksanakan persembahan kurang 30-45 saat dari waktu yang ditentukan.
5.5.3 Nilai 15 (lima belas) markah ditolak dari peserta pertandingan yang
melaksanakan persembahan kurang 60 saat dari waktu yang ditentukan.
5.5.4 Peserta diberi masa 15 (lima belas) saat untuk menyelesaikan gerakan
terakhir dari persembahannya. Persembahan akan dihentikan oleh Ketua
Pertandingan jika peserta tidak memberhentikan persembahan pada akhir
tempoh masa tersebut. Persembahan di dalam tempoh masa ini tidak akan
diberi penilaian oleh para pengadil.
5.6 Perkara-perkara yang membolehkan penolakan nilai semasa pertandingan:
5.6.1 Perkara 5.5.1, 5.5.2 dan 5.5.3 dalam para 5.5 seperti di atas.
5.6.2 Jatuh Aksesori:
5.6.2.1 Tengkolok (kecuali semasa acara tempur)
5.6.2.2 Pakaian badan – nilai 1 ditolak
5.6.2.3 Keluar gelanggang ( sama ada satu atau dua belah kaki atau badan )
– nilai 1 ditolak
5.6.3Perkara-perkara 4.2.1 dan 4.2.2 dalam para 4.2 tajuk 4 – nilai 1 ditolak seperti
5.6.3.1 Meludah
5.6.3.2 Isyarat lucah
5.6.3.3 Lain-lain perbuatan melampau yang menyentuh nilai-nilai kesopanan
5.6.3.4 Perlakuan Mencabar
6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN
3.1 Setiap pertandingan akan diketuai oleh Ketua Pertandingan dengan dibantu
oleh tiga orang Dewan Juri, lima orang juri, Setiausaha Pertandingan &
Penolong dan Pengamat Waktu & Penolong
3.2 Pengurusan pengiraan jumlah markah akan dibuat oleh Dewan Juri
3.3 Tugas juri adalah memberi penilaian markah kepada setiap persembahan.
3.4 Tugas pengamat waktu adalah bertanggungjawab:
3.4.1 Menghidupkan jam pertandingan bagi memulakan setiap pertandingan
mengikut kategori.
3.4.2 Membunyikan gong atau alat sama fungsi untuk menandakan
persembahan, amaran waktu hampir tamat dan tamat masa
persembahan.
7. PENGURUSAN PASUKAN
7.1 setiap pasukan perlu mempunyai seorang Pengurus Peserta.
7.2 Tanggungjawab Pengurus Peserta ialah menerima segala arahan dari
Pegawai-pegawai pertandingan dan melaksanakannya.
8. PENENTUAN KEMENANGAN
8.1 Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah dari setiap kategori
yang dipertandingkan.
8.2 Dalam keadaan di mana jumlah markah yang diperoleh adalah sama, maka
unsur-unsur berikut dijadikan penentu kepada kemenangan mengikut
keutamaan susunan ini bagi kategori I,II, dan III sahaja.
8.2.1 Nilai Wiraga atau kekayaan serang bela
8.2.2 Nilai wirama atau kekayaan teknik
8.2.3 Nilai pengurangan markah terkecil
8.2.4 Undian dijalankan jika ketiga-tiga penentu di atas tidak dapat mencapai
keputusan cemerlang
8.2.5Bagi kategori IV, penentu kepada kemenangan mengikut keutamaan
susunan:
8.2.5.1 Kemantapan
8.2.5.2 Keseragaman
8.2.5.3 Urutan dan ketepatan
8.3 Johan keseluruhan akan ditentukan:
8.3.1 Berdasarkan kepada pungutan pingat johan, naib johan , ketiga dan
keempat sekolah menengah dan sekolah rendah.
8.3.2 Jika didapati sama jumlah pingat, jumlah kutipan markah keseluruhan
kategori sekolah menengah akan menjadi penentu kemenangan.
8.3.3 Jika didapati masih sama, rujuk kepada pemenang mengikut urutan
kategori I, II, III dan IV dekolah menengah lelaki sahaja.
8.3.4 Jika didapati masih sama, undian akan dijalankan.
8.4 Segala keputusan akan diumumkan olehKetua Pertandingan atau mana-mana
orang yang diberi mandat oleh Ketua Pertandingan.
9. FORMAT PERSEMBAHAN PERTANDINGAN
Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut:
9.1 Peserta memberi hormat kepada Ketua Pertandingan, Juri, dan penonton.
9.2 peserta menghadap Ketua Pertandingan untuk menerima arahan memulakan
pertandingan.
9.3 peserta bersedia untuk memulakan persembahan.
9.4 masa akan diambil apabila penanda permulaan dibunyikan dan peserta
hendaklah memulakan persembahannya.
9.5 bagi kategori I dan II sekolah menengah dan rendah dan kategori III sekolah
rendahsahaja, setelah 2 minit 50 saat dijalankan , bunyi penanda 1 kali akan
dibunyikan sebagai peringatan bahawa masa ada 10 saat lagi.
9.6 Tanda masa penamat bagi perkara 9.5 di atas akan dibunyikan 3 minit setelah
persembahan dibuat dan peserta hendaklah mengakhiri persembahannya.
9.7 Bagi kategori III sekolah menengah , setelah 4 minit 50 saat dijalankan, bunyi
penanda 1 kali akan dibuat sebagai peringatan bahawa masa ada 10 saat lagi.
9.8 Tanda masa penamat 5 minit kategori III dibunyikan dan peserta-peserta
menamatkan persembahan.
9.9 Bagi kategori IV (Jurus Wajib), hanya masa permulaan dan penamat 3 minit
masa persembahan akan dibunyikan.
9.10 Peserta memberi hormat dan keluar gelanggang.
10.SUSUNAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN
10.1 Susunan pelaksanaan teknik pertandingan ialah:
10.1 Pegawai Teknikal
10.2 Ketua Pertandingan dibantu :
10.2.1 Dewan juri
10.2.2 Juri
10.2.3 Setiausaha Pertandingan / Pembantu
10.2.4 Pengamat waktu / Pembantu
10.2.5 Pembantu Perubatan
10.3 Pasukan Perubatan
10.4 Juri Rayuan
11.PEGAWAI TEKNIKAL
11.1 Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pertandingan
12.KETUA PERTANDINGAN
12.1. Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas kelancaran pertandingan
12.2. Mengatur tugas-tugas juri
12.3. Memutuskan masalah pertandingan ke peringkat pertama iaitu dengan
merujuk kepada juri
12.4. Memanjangkan / mengemukakan masalah pertandingan ke peringkat
kedua iaitu dengan merujuk Juri Rayuan
12.5. Mengesahkan segala keputusan sebelum pengumuman keputusan
dibuat.
13.PASUKAN PERUBATAN
13.1. Tiap pertandingan yang diselenggarakan harus dihadiri, disaksikan dan
dijaga oleh Pegawai perubatan yang ditentukan olehUrusetia
Pertandingan dari awal hingga akhir.
13.2. Atas permintaan Ketua Pertandingan, Pegawai Perubatan boleh
merawat pesilat di gelanggang persembahan.
13.3. Pegawai perubatan akan menentukan sama ada peserta boleh atau
tidak boleh meneruskan pertandingan
14.DEWAN JURI
14.1 Dewan juri adalah terdiri daripada 3 orang juri yang dipilih oleh ketua
pertandingan.
14.2 Tanggungjawab Dewan Juri ialah:
14.2.1 Meneliti hasil-hasil penilaian Juri dan menentukan keputusan
sesuatu persembahan untuk diserahkan kepada Ketua
Pertandingan.
14.2.2 memberikan pertimbangan masalah pertandingan kepada Ketua
Pertandingan
15.JURI
15.1 Juri yang akan menjalankan tugas harus memenuhi syarat :
15.1.1.memiliki kemahiran seni silat dan tauliah dari perguruan masing-
masing.
15.1.2 bersikap adil dan tidak berat sebelah.
15.1.3 dapat membuat keputusan dan memberi keputusan dan memberi
keputusan dengan cepat dan tegas.
15.1.4 Telah mengikut kursus pengadilan silat seni.
16.JURI RAYUAN
16.1 juri rayuan adalah mereka yang dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur
Kejohanan
16.2 Juri rayuan mempunyai kuasa tertinggi untuk memberi keputusan
terhadap masalah pertandingan yang dikemukakan kepadanya.
16.3 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad serta tidak boleh dipersoal
lagi.
17.ENGKAR DAN HUKUMAN
17.1 Engkar terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan daripada
tatatertib pertandingan boleh dikenakan tindakan:
17.1.1 Amaran
17.1.2 Dilarang mengikuti kegiatan pertandingan
17.1.3 Hukuman
17.2 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan yang tidak menepati
syarat :
17.2.1 Peringkat umur dan status persekolahan
17.2.2 Jantina
17.2.3 Kerakyatan
Kategori yang tersebut di atas akan tersingkir dari menyertai
pertandingan
18.Peraturan yang tidak terdapat di dalam peraturan ini hendaklah ditentukan
dan dijelas oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan
19
KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN DALAM PERTANDINGAN SILAT
SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
2012
1. Pertandingan Silat 2012 Sekolah Rendah (putera dan puteri)
1.1 Seni Tari
1.2 Seni Tempur
1.3 Seni Jurus Silat (puteri)
1.4 Seni Jurus Wajib (putera)
2. Pertandingan Silat 2012 Sekolah Menengah (putera dan puteri)
2.1 Seni Tari
2.2 Seni Tempur
2.3 Seni jurus silat (puteri)
2.4 Seni Jurus Wajib (putera)
2.5 Silat Olahraga kategori 42-45kg (puteri)
2.6 Silat Olahraga kategori 48-51kg (puteri)
2.7 Silat Olahraga kategori 54-57kg (puteri)
2.8 Silat Olahraga kategori 45-48kg (putera)
2.9 Silat Olahraga kategori 51-54kg (putera)
2.10 Silat Olahraga kategori 57-60kg (putera)
20
20
3. Pertandingan Pasukan Muzik Iringan
ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN
Aturcara
8.30 pagi Pendaftaran Tetamu Jemputan
8.45 pagi Ketibaan Dato’ Pengarah Yang berbahagia Dato’ Haji Khairil bin AwangPengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
9.00 pagi Ketibaa Tetamu KehormatYang Berbahagia Datuk Astaman bin Abdul AzizPengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa
Bacaan doaPersembahan (SMK Wangsa Maju Seksyen 2)
Ucapan Alu-aluanYang berbahagia Dato’ Haji Khairil bin AwangPengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
Ucapan Perasmian Penutup Yang Berbahagia Datuk Astaman bin Abdul AzizPengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa
Penyampaian Hadiah dan Sijil
Persembahan Pemenang
Upacara Penutupan Gelanggang
Nyanyian Lagu Negaraku
12.00 tengahari Majlis Bersurai