Download - Dokumen Standard Matematik Tahun Pengukuhan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PENDENGARAN)
TAHUN PENGUKUHAN
MATEMATIK
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS
MASALAH PENDENGARAN
TAHUN PENGUKUHAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
MATEMATIK
Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Matematik : (masalah pendengaran ). Tahun pengukuhan
(Kurikulum standard sekolah rendan pendidikan khas)
ISBN 978-967-0359-21-2
1. Mathematlcs-Study and teaching (Primary). 2. Special education-Study
and teaching (primary). 3. Hearing lmpalred chlldren-Education-Currcula.
I. Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
II. Siri.
372.7043
Di Cetak Oleh Mihas Grofik
11
Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Rukun Negara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendahuluan
Matlamat
Objektif
Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Fokus Mata Pelajaran
Objektif Mata Pelajaran
Organisasi Kandungan
Pentaksiran
3
iii
v
vi
1
1
1
2
3
4
4
Nombor dan Operasi
Sukatan
Bentuk dan Dimensi
8
6
12
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
berdikari dalam kehidupan seharian;
serta menjadi warganegara yang berguna;
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan
dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan
pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan
tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, (KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan
dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau
teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga
menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid
bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang
seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang
dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran membolehkan
murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
1
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
san budaya;dan
melibatkan diri dalam aktiviti riadah;
bagi yang beragama Islam;
masyarakat majmuk;
dengan sempurna;
kehidupan bekerjaya;
2
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii.
ix. menghargai keindahan alam dan wari
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang
saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
Reka Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard
Kandungan .
3
FOKUS MATA PELAJARAN
Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah untuk Tahun
Pengukuhan telah digubal bagi menyediakan asas pengetahuan
dan kemahiran matematik kepada muridmurid masalah
pendengaran. Elemen ini akan menyediakan asas matematik yang
kukuh dalam kalangan muridmurid masalah pendengaran.
Kandungan matematik dibahagikan kepada empat bidang yang
saling berkaitan yang melibatkan nombor dan operasi.
Pembelajaran matematik tidak hanya melibatkan penguasaan
konsep asas dan kemahiran dalam matematik. Ia melibatkan
pemahaman terhadap pemikiran matematik dan strategi umum
dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan sikap
positif terhadap matematik sebagai suatu yang penting dalam
kehidupan seharian. Adalah diharap dengan adanya pengetahuan
dan kemahiran yang diperolehi dalam matematik, murid masalah
pendengaran boleh meneroka, mengadaptasi dan memodifikasi
serta membuat inovasi dalam menghadapi pelbagai cabaran pada
masa hadapan.
MATLAMAT
Kurikulum matematik sekolah rendah bermatlamat untuk
menyediakan murid masalah pendengaran memahami konsep
nombor dan asas kemahiran dalam matematik yang boleh mereka
gunakan dalam pelbagai konteks, dan membina pemikiran
matematik, strategi dalam penyelesaian masalah, sikap yang positif
serta menghargai peranan matematik dalam kehidupan seharian.
4
OBJEKTIF
1. Memahami dan menggunakan konsep serta kemahiran
matematik dalam pelbagai konteks
2. Mengenalpasti dan dapat menghubungkait idea-idea
matematik dengan bidang lain dalam kehidupan
sebenar.
3. Menyatakan idea-idea matematik secara jelas dengan
mengunakan bahasa dan sistem simbol.
4. Menggunakan kemahiran-kemahiran serta
pengetahuan matematik untuk digunakan dan
diadaptasi dengan pelbagai strategi untuk
penyelesaian masalah.
5. Berfikir, mengkaji dan menaakul secara matematik
dalam kehidupan seharian.
6. Menggunakan sesuatu untuk melahirkan idea-idea
matematik serta kaitannya.
7. Menghargai kepentingan serta keindahan matematik .
PENEKANAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik menekankan
pemahaman. Murid masalah pendengaran diharapkan dapat
menggunakan peraturan, konsep dan proses matematik.
Penguasaan dalam matematik akan bercambah apabila murid
masalah pendengaran dapat menggunakan pengetahuan
matematik yang dipelajari secara fleksibel, boleh
mengaplikasikan dalam situasi yang lain.
1. Komunikasi
Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan
penjelasan pemahaman matematik. Komunikasi adalah satu
proses interaktif yang melibatkan aktiviti seperti berisyarat,
mendengar/melihat isyarat, membaca dan memerhati. Apabila
murid-murid menaakul tentang matematik bagi menjelaskan
apa yang mereka fikir, mereka sebenarnya lebih jelas dan
meyakinkan orang lain.
Menerima penjelasan orang lain, memberi peluang
kepada murid-murid untuk mempertingkatkan pemahaman
mereka. Komunikasi di mana idea-idea matematik diterokai
dari pelbagai perspektif dapat membantu menajamkan
pemikiran murid serta dapat menghubungkaitkan idea-idea
mereka. Aktiviti seperti ini dapat membantu murid masalah
pendengaran meningkatkan penguasaan bahasa untuk
menjelaskan idea matematik serta menghargai keperluan
penggunaan bahasa yang betul.
Beberapa teknik komunikasi secara lisan/berisyarat yang
berkesan dalam matematik :
5
i. Bercerita, bersoal jawab yang menggunakan perkataan /
isyarat sendiri.
ii. Bertanya ( lisan/ isyarat ) dan menjawab soalan secara
lisan/ isyarat.
iii. Temubual (isyarat) secara berstruktur atau tidak.
iv. Perbincangan dalam forum, seminar, perdebatan dan
sesi percambahan minda secara lisan ( isyarat ).
v. Pembentangan dapatan tugasan.
Penulisan adalah satu proses berkomunikasi di mana
idea-idea matematik dan maklumat dikongsi bersama orang
lain dalam bentuk tulisan. Penulisan biasanya adalah hasil
perbincangan, sumbang saran dan percambahan minda
segala dapatan dan pemerhatian serta hubungannya di antara
konsep-konsep yang terlibat semasa proses menyiapkan
tugasan.
Contoh aktiviti penulisan adalah :
i.
Melakukan latihan.
ii.
Penyediaan buku skrap.
iii.
Penyediaan folio.
iv.
Melaksana projek-projek.
2.
Membuat Perhubungan
Dalam matematik setiap idea tidak berdiri dengan
sendirinya, tetapi saling berkaitan. Murid masalah
pendengaran sepatutnya digalakkan membuat kaitan di antara
idea baru dengan idea yang telah dipelajari. Peluang
seharusnya diberi kepada murid masalah pende ngaran untuk
mengkaitkan
matematik dengan bidang yang lain. Dengan
membuat kaitan murid masalah pendengaran boleh menerima
matematik secara holistik dan bukan sesuatu yang terpisah.
Oleh itu mereka akan membina kefahaman yang lebih
mendalam.
Guru boleh membantu membuat perhubungan dengan
permasalahan berkaitan matematik dalam bilik darjah dengan
memberi galakan murid masalah pendengaran berkomunikasi,
menghuraikan dan mempersembahkan idea mereka. Apabila
kesemua idea–idea matematik ada kaitan dengan kehidupan
seharian mereka, murid akan bertambah peka dan sedar
untuk mengaplikasikannya dalam matematik. Mereka juga
boleh menggunakkan konteks matematik yang berbeza dalam
kehidupan seharian mereka.
6
1. Pewakilan
“Pewakilan” adalah satu proses penguasaan konsep
matematik atau menghubungkannya dengan elemen yang
lain(proses) dan elemen itu sendiri(produk). Berkemahiran
dalam matematik membolehkan murid untuk mencari
hubungan antara idea-idea matematik yang tidak formal,
intiusi dan abstrak dengan menggunakkan bahasa harian
mereka (isyarat). Murid akan menyedari bahawa sesetengah
kemahiran lebih berkesan sekiranya mereka tahu
menggunakan elemen “pewakilan” matematik.
2. Menggunakan Teknologi.
Penggunaan teknologi membantu murid memahami
konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat
serta membolehkan mereka meneroka konsep-konsep lain
dalam matematik. Penggunaan kalkulator, komputer dan
perisian pembelajaran, laman web dan internet dapat
membantu meningkatkan kemahiran pedagogi guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Bagi murid
Tahun pengukuhan, penggunaan kalkulator dan peralatan ICT
yang lain boleh digunakan sebagai alat bantu pelajaran.
Kaedah ini memberi jalan untuk belajar tentang nombor dan
sistemnya serta nilai tempat. Walau bagaimanapun pada
tahap ini pelajar tidak digalakkan menggunakan kalkulator
sebagai alat mengira.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses pengajaran perlu mengambil kira pengalaman
murid yang hendak dibangunkan dan memahami konsep
matematik, kemahiran dan peraturan matematik itu sendiri.
Penggunaan bahan bantu mengajar perlu jelas untuk
membentuk konsep pemahaman dalam matematik. Guru
boleh menggunakan bahan maujud untuk membantu murid
menggarap pengalaman, idea-idea abstrak, membina
intevensi-intevensi, keyakinan diri, menggalakan keupayaan
kendiri dan menyemai semangat kerjasama.
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
perlu mengandungi elemen dinostik supaya murid dapat
mengetahui sejauh mana kefahaman kemahiran, dan konsep
yang mereka kuasai. Bagi membantu murid mempunyai sifat-
sifat positif dan dasar nilai matematik, keyakinan dan berfikir
secara sistematik, elemen ini perlu diserapkan dalam proses
pembelajaran.
7
Nilai-nilai murni boleh disemai melalui konteks.
Sebagai contoh proses pembelajaran secara berkumpulan
boleh membina kemahiran bersosial dan menggalakkan
kerjasama serta keyakinan diri. Elemen patriotik boleh juga
ditanam melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan topik-topik terancang. Kesemua nilai murni ini
perlu diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Di antara pendekatan yang boleh digunakan ialah:
i. Proses pengajaran menarik yang berpusatkan kepada
murid.
ii. Kebolehan belajar dan gaya belajar.
iii. Penggunaan material yang releven sesuai serta efektif.
iv. Pembentukan penilaian untuk mengenalpasti
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
v. Pemilihan pendekatan yang sesuai akan melonjakkan
persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas mahupun di luar.
PENTAKSIRAN
Pentaksiranan adalah penting di dalam
proses pengajaran
dan pembelajaran. Pentaksiran tidak boleh dilihat hanya hasil
pembelajaran (sumatif), tetapi juga perlu dilihat secara
kesinambungan (formatif) yang mana, guru menyediakan
data-data kebolehan murid secara standard. Berpandukan
kaedah penetapan kemahiran yang perlu dikuasai, kekuatan
dan kelemahan murid dapat dinilai. Perbezaan cara pentaksiran
boleh dijalankan menggunakan beberapa teknik penilaian.
Penilaian ini boleh juga secara temuramah, pertanyaan secara
terbuka dan tertutup, pemerhatian dan pemberian tugasan.
Proses penilaian kurikulum standard termasuk :
i. Penilaian secara formatif dan sumatif.
ii. Pelbagai kaedah penilaian termasuk penulisan dan lisan.
iii. Penilaian tugasan yang membenarkan murid untuk
mempamerkan pengetahuan termasuk kriteria dalam
penilaian.
iv. Perkembangan penilaian menunjukkan peningkatan
terhadap pencapaian standard.
v. Penilain tugasan secara integrasi dan tidak hanya
mengandungi keputusan akhir.
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN PENGUKUHAN
NOMBOR DAN OPERASIMengira, Susunan Nombor dan Turutan Nombor
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.0 Membandingkan dua kumpulan objek. 1.1 Membanding dua kumpulan objek dan tanpa mengira, nyatakankumpulan yangi) banyak atau sedikitii) lebih, kurang, atau sama banyak
2.0 Mengira objek dalam set diberi danmenulis nombor yang berkaitan.
2.1 Mengira sehingga 50, menggunakan turutan pengiraan yang betul.
2.2 Membaca(berisyarat) dan menulis nombor sehingga 50 dalam bentuk nombordan perkataan.
3.0 Memahami dan menggunakanperkataan membandingkan danmenyusun nombor atau bilangan.
3.1 Menyebut (isyarat) nombor bulat mengikut turutan menaik dari0 sehingga 50, turutan menurun dari 50 ke 0.
3.2 Menyebut (isyarat) nombor lebih daripada 1 atau kurang, mana – mananombor yang diberi.
3.3 Menyusun nombor-nombor yang diberi dalam lingkungan 20 mengikut turutan.
3.4 Membandingkan dua nombor yang diberi sehingga 20 dan sebut (isyarat)mana yang lebih.
8
9
NOMBOR DAN OPERASIMengira, Susunan Nombor dan Turutan Nombor
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.0 Memahami notasi nombor dannilai tempat.
4.1 Membilang mengikut nilai tempat secara puluh dan sa sehingga 50, danmenulis mengikut nilai tempat.
5.0 Memahami turutan nombor. 5.1 Membilang mengikut langkau 1,2, 5 dan 10 dari mana-mana nomborhingga 50.
5.2 Membilang secara turutan menurun satu demi satu hingga 20.
6.0 Memahami anggaran. 6.1 Memberi satu nombor anggaran yang boleh dikenalpasti denganmembilang bilangan objek.
NOMBOR DAN OPERASIOperasi Tambah dan Operasi Tolak
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
7.0 Memahami kosa kata yang berkaitandengan operasi tambah dan operasitolak.
7.1 Mengenalpasti penambahan adalah gabungan dua atau lebih kumpulan untukmendapatkan satu jumlah atau sebagai langkah-langkah sepanjang rangkaiannombor.
7.2 Menyatakan pasangan nombor yang berkemungkinan memberi jumlah nomborkurang daripada 10 yang diberi.
7.3 Menulis ayat Matematik bagi operasi menambah dengan menggunakan simbol+ dan =
7.4 Mengenalpasti bahawa dengan menambah 0 kepada sebarang nombor nilaiasalnya tidak akan berubah.
7.5 Mengenalpasti bahawa operasi tolak adalah mengeluarkan atau mengasingkannilai asalnya.
7.6 Mengenalpasti bahawa dengan menolak 0 daripada sebarang nombor nilaiasalnya tidak akan berubah.
7.7 Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.
8.0 Memahami dan menggunakan kosa katayang berkaitan dengan wang.
8.1 Mengenalpasti nilai muka bagi duit syiling dan wang kertas yang berbeza.
8.2 Menukar ganti sejumlah wang dalam bentuk sen sehingga RM 1
8.3 Menukar ganti sejumlah wang dalam bentuk ringgit sehingga RM 50.
10
11
SUKATANMasa, Panjang, Berat dan Isipadu
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
9.0 Memahami dan menggunakan kosa katayang berkaitan dengan masa.
9.1 Namakan (Isyarat ) hari dalam seminggu mengikut turutan.
9.2 Namakan (Isyarat ) bulan dalam setahun mengikut turutan.
10.0 Memahami dan menggunakan kosa katayang berkaitan dengan panjang, beratdan isipadu.
10.1 Menggunakan perkataan untuk menerangkan panjang dan jarak ,berat dan Isipadu.
10.2 Menggunakan perbandingan terus untuk membandingkan :* jarak antara dua objek.* berat antara dua objek.* Isipadu antara dua objek.
BENTUK DAN DIMENSI
Bentuk 2 Dimensi dan 3 Dimensi
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
11.0 Memahami dan menggunakan kosa kata
yang
berkaitan dengan bentuk 2-D dan3-D.
11.1 Mengenalpasti, menerangkan dan mengasingkan bentuk –bentuk3D termasuk kubus, kuiboid, sfera,pirámid, silinder dan kon.
11.2 Mengelaskan,ciri
–
ciri dan mengasingkan bentuk 2D berdasarkan segi empatsama, segi empat tepat,segi tiga dan bulat.
12
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917http://www.moe.gov.my/bpk