Download - Dasar Ekonomi Baru
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
1.0 PENDAHULUAN
Bermula daripada sejarah kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan
penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah menunjukkan kepada
rakyat Malaysia bahawa usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan status negara
berdaulat bukan mudah. Malaysia bukan sahaja harus mendapatkan kembali hak yang
dirampas oleh pihak penjajah dan berusaha membina serta menyusun semula hak yang
telah ditinggalkan, malah Malaysia harus pandai mengagihkan setiap kekayaan secara
adil antara kumpulan etnik yang terbina akibat dasar yang telah ditinggalkan oleh pihak
penjajah British. Maka, kerajaan telah berusaha membuat pelbagai dasar bagi
merealisasikan impian setiap rakyat Malaysia yang menginginkan kesejahteraan,
perpaduan dan kekayaan untuk dinikmati bersama secara adil.
Menyedari ketidakseimbangan sosial ekonomi yang berlaku, kerajaan telah
mengusahakan satu pendekatan yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
melibatkan beberapa program melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) selama 20
tahun bermula dari 1971 sehingga 1990 dan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein Al-Haj. DEB merupakan
kesinambungan daripada dasar kerajaan terdahulu iaitu Rancangan Malaysia Pertama
(RMK1) yang dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan
ekonomi ini dilaksanakan selama lima tahun bermula dari tahun 1966 sehingga 1970
melibatkan seluruh Malaysia. Objektif utamanya adalah menjaga kebajikan seluruh
rakyat dan meninggikan taraf hidup di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan
mereka yang berpendapatan rendah.
1
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
Matlamat utama DEB ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam
negara dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum. Rancangan-
rancangan pembangunan di bawah DEB disusun menerusi dua strategi utama iaitu,
membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua
rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
2.0 FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB)
2.1 Mencapai Perpaduan Negara
Matlamat utama DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dengan membetulkan
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah (termasuk antara
kawasan dalam wilayah yang sama). Menurut Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun
Abdul Razak : 1
” Untuk mencapai matlamat perpaduan negara keseluruhannya, Malaysia berkehendakan
bukan sahaja setakat kadar perkembangan ekonomi yang tinggi. Dalam usaha memupuk tenaga bagi
menghadapi pembangunan ekonomi yang cepat, kita terpaksa sama sekali menentukan adanya keadaan
masyarakat yang adil, pembahagian pendapatan yang saksama dan peluang-peluang pekerjaan yang
bertambah.”
Masalah perpaduan yang dihadapi negara ketika itu adalah berpunca daripada
dasar-dasar British semasa penjajahan Tanah Melayu. Kaum Melayu, Cina dan India
bukan sahaja ditempatkan secara berasingan malah mempunyai jenis pekerjaan dan asas
1 Petikan kata-kata daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, daripada Yusof Ismail (Sunting) (2008) Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysa,. Perpustakaan Negara Malaysia, m.s. 25.
2
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
ekonomi yang berbeza-beza. British pada masa itu tidak merangka sebarang dasar
sewaktu pemerintahannya untuk menyatupadukan ketiga-tiga kaum utama ini. Justeru itu,
wujud prasangka dan curiga antara satu sama lain. Keadaan ini telah membawa kepada
tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Faktor ekonomi menjadi punca penumpuan
sekumpulan kaum di kawasan bandar dan kumpulan kaum lain di kawasan desa dan
pedalaman.
Pengelompokan di bandar ini pada dasarnya boleh menghindari daripada
berlakunya perselisihan di antara kaum. Orang asing berkecenderungan untuk berkumpul
dalam kumpulan yang sama. Mereka beranggapan lebih selamat berada dalam kumpulan
yang sama keturunan, agama dan kebudayaan serta kepercayaan. Pada tahun 1920-an,
pemisahan ini lebih ketara apabila hampir keseluruhan orang Melayu berada di desa,
orang Cina di bandar dan orang India di estet. Selain itu terdapat juga beberapa kawasan
dalam bandar dikuasai etnik tertentu. Misalnya di Kuala Lumpur, orang Cina tertumpu di
kawasan Pudu, orang India di kawasan Brickfield dan Sentul. Manakala orang Melayu di
Kampung Baru. Di antara sebab lain yang menjadi batu penghalang kepada perpaduan
kaum ketika itu adalah akibat daripada masalah pemisahan tempat tinggal atau
penempatan antara kaum, perbezaan tumpuan sektor ekonomi, pengasingan melalui
sistem pendidikan dan fahaman serta pengaruh politik yang berbeza. Selain itu, masalah
ekonomi, perbezaan kepercayaan atau agama, malah, penggunaan akhbar yang berbeza
juga ketika itu telah memperkukuhkan lagi masalah perpaduan antara tiga kaum utama
tersebut.
2.2 Ketidakseimbangan Pendapatan dan Kadar Kemiskinan Antara Kaum
3
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan
tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Pembangunan yang telah dicapai semenjak kemerdekaan sehinggalah tercetusnya tragedi
13 Mei bukan sahaja gagal mengatasi masalah kemiskinan malah pernah dianggap
memburukkan lagi masalah tersebut. Pembangunan ekonomi yang pesat dalam tempoh
tersebut tidak dapat dinikmati oleh sebahagian besar penduduk negara.
Kajian daripada bancian penduduk pada tahun 1970 mendapati bahawa 49.3
peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di
bawah garis kemiskinan. Daripada jumlah semua keluarga miskin tersebut, 86 peratus
berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Manakala kadar
kemiskinan mengikut kaum pula menunjukkan nilai peratus yang paling tinggi adalah
dari kaum Melayu iaitu 64.8 peratus. Cina dan India pula masing-masing 26 dan 39.2
peratus manakala kaum lain-lain pula menunjukkan 44.8 peratus. Keadaan kemiskinan
yang melanda berkait rapat dengan kadar pemilikan modal di sektor syarikat yang tidak
seimbang. Keadaan ini juga dikatakan akibat daripada dasar pihak penjajah British yang
memberi layanan dan perhatian yang berbeza terhadap kelompok kaum tertentu.
Sehubungan itu, kadar pemilikan modal saham dalam kalangan golongan Bumiputera
pula hanya mencecah 2.4 peratus. Jumlah tersebut jauh lebih kecil berbanding kadar
pemilikan yang dipunyai oleh kelompok bukan Bumiputera iaitu 34 peratus. Kadar
kemiskinan tinggi, sementara agihan pendapatan makin tidak setara. Di samping itu
terdapat beberapa ciri kemiskinan yang boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi
4
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
negara seperti mana yang telah dimanifestasikan oleh tragedi 13 Mei dahulu. Di antara
ciri-ciri tersebut termasuklah :
a) Kadar dan bilangan isirumah miskin yang terlalu tinggi di kalangan kaum
Bumiputera berbanding dengan bukan Bumiputera.
b) Sebahagian besar daripada golongan miskin itu terlibat dalam sektor pertanian.
c) Golongan miskin ini juga merupakan sumber utama kuasa politik kerajaan.
Jadual di bawah menunjukkan kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada
tahun 1970. Ia jelas menunjukkan kemiskinan dalam kalangan kaum Melayu lebih tinggi
berbanding dengan kaum Cina dan India. Juga disertakan dan didapati purata pendapatan
kaum Melayu yang jauh lebih rendah dimana kaum Melayu hanya RM162 sebulan,
sedangkan kaum India berpendapatan RM310 sebulan dan kaum Cina RM399 sebulan.
Jadual 1.0: Semenanjung Malaysia: Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Isi
Rumah, 1970.
Kaum Kadar Kemiskinan
(%)
Pendapatan Purata Isi
Rumah (RM sebulan)
Nisbah
Pendapatan
Melayu 56.4 162 -
Cina 19.2 399 Cina/Melayu = 2.32
India 28.5 310 India/Melayu = 1.76
Sumber : Malaysia, Kajian Separuh Penggal RM ke-2 (1971-1975).
Ishak dan Rogayah (1986).
5
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
2.3 Ketidakseimbangan Pekerjaan Antara Kaum
Jika dilihat pula dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970, pecahan mengikut
kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan. Dalam sektor pertanian misalnya,
kaum Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 peratus, kaum Cina hanya 19.9
peratus, manakala kaum India pula berjumlah 11.5 peratus dan lain-lain kelompok
sebanyak 1.0 peratus. Dalam sektor perlombongan pula, kaum Cina mendominasi dengan
jumlah 58.7 peratus, kaum Melayu hanya 32.1 peratus, kaum India sebanyak 8.5 peratus
dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 peratus. Dalam sektor perniagaan, perdagangan,
pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam pula, kaum Melayu
meliputi 42.6 peratus, manakala kaum Cina 45.5 peratus, kaum India 10.7 peratus dan
lain-lain sebanyak 1.2 peratus.
Ketidakseimbangan ini dipercayai menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan
sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969. Antara fokus utama DEB ialah
menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera
sehingga sekurang-kurangnya mencapai 30 peratus menjelang tahun 1990. Jadual
berikutnya pula menunjukkan jenis kumpulan pekerjaan yang menjadi tumpuan guna
tenaga Malaysia mengikut kaum. Daripada keseluruhan guna tenaga yang terlibat dalam
pekerjaan pertanian, 68.7 peratus daripadanya ialah guna tenaga dari kaum Melayu iaitu
peratus yang tertinggi. Manakala bagi kaum Cina dan India masing-masing 17.3 peratus
dan 9.7 peratus.
6
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
Jadual 2.0: Semenanjung Malaysia: Pekerjaan Guna Tenaga Mengikut Kaum, 1970
(’000 orang)
Kumpulan Pekerjaan Melayu Cina India Jumlah
Pertanian 62.3 (68.7%) 21.2 (17.3%) 41.0 (9.7%) 44.8 (100%)
Perkhidmatan 6.8 (44.3%) 8.6 (39.6%) 10.9 (14.6%) 7.9%
Pentadbiran & Pengurusan 0.5 (21.4%) 1.9 (62.9%) 0.8 (7.8%) 1.1%
Jualan 4.7 (26.7%) 15.3 (61.7%) 9.5 (11.1%) 9.1%
Pengeluaran 18.0 (31.3%) 41.6 (55.9%) 24.7 (9.6%) 27.3%
Profesional & Teknikal 4.3 (47.0%) 5.2 (39.5%) 4.9 (10.8%) 4.8%
Perkeranian 3.4 (35.4%) 6.3 (45.9%) 8.1 (17.2%) 5.0%
Jumlah (’000 orang) 1477.6
(51.8%)
1043.6
(36.6%)
301.4
(10.6%)
2850.3
(100%)
Sumber : Malaysia, RM ke-4 (1981-1985). Jadual 3.11.
Malaysia, RRJP2 (1991).
Sebagaimana yang diketahui, aktiviti pertanian tidak menjamin pulangan yang stabil
disebabkan oleh keadaannya tidak menentu. Ini kerana sektor pertanian dipengaruhi oleh
faktor musim dan cuaca selain ketidakstabilan harga di pasaran. Selain terlibat dalam
sektor pertanian, guna tenaga Melayu juga tertumpu kepada pekerjaan dalam
perkhidmatan di jabatan-jabatan kerajaan. Terdapat juga kaum Bumiputera yang terlibat
dalam pekerjaan pengeluaran, tetapi kebanyakkan daripada mereka bekerja di peringkat
bawahan sebagai pekerja separuh mahir dan tidak mahir. Sebaliknya, guna tenaga Cina
7
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
lebih tertumpu kepada kumpulan pekerjaan jualan, pentadbiran dan pengurusan serta
pengeluaran.
3.0 ISU-ISU DALAM DEB
3.1 Pendidikan
Peranan DEB dalam isu pendidikan merupakan antara isu yang paling hangat
dimana melalui perancangan DEB, ramai anak tempatan yang berjaya mendapatkan
pendidikan dengan sempurna. Pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan yang disediakan
oleh pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia. Salah satu kemudahan yang disediakan ialah
berhubung dengan pemberian biasiswa khususnya kepada kaum bumiputera supaya
mereka ini tidak jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain yang lebih maju
kehadapan. Isu pendidikan perlu dikaji dan dirancang semula secara teliti khasnya untuk
mendidik anak-anak Malaysia pasca merdeka memahami konsep dan kepentingan
pendidikan dalam kehidupan mereka. Jika dilihat dari sudut sejarah, sememangnya
lahirnya kelas menengah Melayu hari ini banyak terhutang budi kepada peluang-peluang
biasiswa yang dibuka secara meluas selepas DEB diperkenalkan. Ini menunjukkan DEB
yang dibentuk amat mementingkan pendidikan.
DEB telah menyumbang peranan yang besar dalam pendidikan dimana bermula
pada tahun 1970-an, pelajar-pelajar Bumiputera dihantar ke Institusi-institusi Pengajian
Tinggi dalam dan luar negara dengan bantuan biasiswa dari pelbagai badan kerajaan,
separa kerajaan dan swasta. Contohnya peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang
banyak membuka peluang kepada pelajar Bumiputera khususnya untuk melanjutkan
8
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan memeberi tawaran biasiswa dan
kemudahan lain. Pembabitan MARA telah mempercepatkan usaha kerajaan menyediakan
peluang pembelajaran kepada semua generasi muda terutama selepas tamat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Langkah MARA memperuntukkan pinjaman pendidikan kepada
pelajar-pelajar Bumiptera berjumlah RM1.2 bilion seperti diumumkan Ketua
Pengarahnya pada tahun 2007, Datuk Nam Marthinin akan memanfaatkan ramai pelajar
Bumiputera. Peruntukan itu disifatkan terbesar memandangkan jumlah keseluruhan
penajaan Mara dalam bentuk pinjaman dan biasiswa ialah RM2.9 bilion.2
Oleh yang demikian, lebih ramai pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang
dan berhasrat menyambung pelajaran di luar negara, akan mendapat tawaran. Pada masa
ini jumlah pelajar mendapat penajaan belajar di luar negara terhad kerana sebahagian
besar bergantung kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan badan lain seperti
Petronas. Di sini tidak dinafikan bahawa MARA sememangnya membiayai pelajar ke
luar negara setiap tahun, tetapi jumlahnya sedikit berbanding di sekitar 1970-an dan
1980-an. Selain itu, pelajar yang mendapat keputusan sederhana juga mempunyai
peluang lebih luas mendapat pembiayaan Mara, sama ada menyambung pelajaran di
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta (IPTS).
Untuk IPTS, pihak pengurusan MARA mengutamakan IPTS milik Bumiputera.
Dengan berbuat demikian, MARA mensasarkan satu lagi objektifnya iaitu membantu
memajukan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan untuk
2 Ibrahim Saad. ‘Mara Perlu Buka Peluang Biaya Pendidikan Pelajar Bumiputera’, Berita Harian, 9 Mac 2007.
9
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
meningkatkan taraf hidup Bumiputera supaya tidak jauh ketinggalan berbanding kaum
lain.
Selain itu, penubuhan Giatmara juga antara usaha MARA untuk merealisasikan
rancangan DEB dalam memberikan pendidikan dan kemahiran untuk mereka gunakan
bagi mencari pekerjaan. Pusat Giatmara ini diwujudkan di seluruh negeri di Malaysia dan
lokasinya di tengah-tengah masyarakat luar bandar bertujuan untuk memberikan
kemahiran dan meluaskan fikiran kepada belia khususnya yang berada di kawasan luar
bandar. Menurut Tuan Haji Hashim Bin Ahmad iaitu Pegawai Eksekutif Giatmara, salah
satu objektif penubuhan Giatmara ialah memberikan peluang kepada masyarakat
Bumiputera dalam program ‘bersekolah balik’ iaitu menimba ilmu kemahiran untuk
mengisi wawasan masing-masing.3
Contohnya seseorang yang hilang mata pencarian kerana kilang tempat mereka
bekerja ditutup atau ingin mengubah haluan demi membaiki taraf hidup dengan memilih
untuk bekerja sendiri dan memerlukan kemahiran tertentu, maka dia boleh mengikuti
kursus di Pusat Giatmara. Selain itu, penubuhan Pusat Giatmara ini bertujuan untuk
menyediakan pekerja mahir yang sebanyak mungkin dalam kalangan kaum Bumiputera
terutama di luar bandar bagi mengisi kekosongan yang sentiasa wujud dari masa ke
semasa mengikut arus kemajuan dunia. Ini amat bersesuaian dan selari dengan matlamat
utama DEB yang ingin meningkatkan kadar guna tenaga.
3.2 Pembasmian Kemiskinan
3 Baharun Hj. Sulaiman, ‘Giatmara Melahirkan Tenaga Mahir’, Dewan Masyarakat Mac 1997
10
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
Pembasmian kemiskinan merupakan salah satu usaha kerajaan dalam pelaksanaan DEB
kerana kemiskinan bukan sahaja berlaku di luar bandar malah di bandar juga. Definisi
secara umum tentang kemiskinan ini dapat dilihat daripada definisi klasik yang diberikan
oleh Charles Booth (disebut di dalam Holman, 1978: m/s.3)4 yang menerangkan bahawa:
“…miskin boleh dihuraikan sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang susah untuk
memenuhi keperluan-keperluan hidup yang mencukupi”.
Definisi ini menjelaskan hubungan antara kemiskinan dengan ketidakmampuan
memenuhi keperluan minimum bagi mengekalkan kecekapan fizikal atau bagi memenuhi
keperluan asas. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Rowntree (1901) yang mengkaji
masalah kemiskinan di York, London. Rowntree (disebut di dalam Holman, 1978: m/s 6,
Mohd Taib, 1993: m/s 14) mendefinisikan kemiskinan sebagai ‘ketidakcukupan
memenuhi keperluan asas di peringkat secukup hidup untuk mempertahankan kecekapan
fizikal’.
Untuk mengelakkan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik berulang dan dalam
jangka masa panjang mengurangkan masalah ini maka, kerajaan telah membentuk DEB.
Pelaksanaan dasar ini memerlukan program pembangunan wilayah yang lebih pesat
berbanding dengan programnya pada tahun-tahun sebelum 1970.5 Salah satu inisiatif
kerajaan dalam memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur ialah melalui
pembangunan tanah atau wilayah baru seperti Federal Land Development Authority
4 Mohd Taib Haji Dora. (1993). Agihan Pembangunan: Teori dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m.s. 135 Mohd. Yusof Kasim. (1988). Ketidakseimbangan Wilayah: Satu Penilaian Terhadap Dasar dan Strategi Pembangunan Wilayah dalam Tempoh Dasar Ekonomi Baru (1970-1990). Dalam Chamhuri Siwar & Mohd Haflah Piei (ed.). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 206,
11
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
(FELDA). FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Kemajuan Tanah
dikuatkuasakan.6 Menerusi Akta Kemajuan Tanah 1956, FELDA ditubuhkan dengan
modal kerja sebanyak RM10 juta.7 FELDA pula lebih tertumpu di Semenanjung
Malaysia, manakala agensi-agensi lain lebih bertanggungjawab kepada pembangunan
tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Bagi Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3),
FELDA telah memajukan lebih dari 314,000 ekar tanah dan menempatkan kira-kira
19,800 keluarga.8
Manakala dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) pula, peruntukan
bagi pembangunan tanah dan wilayah yang berjumlah RM5705.9 juta akan digunakan
bagi program-program yang dilaksanakan oleh FELDA dan Lembaga Kemajuan
Wilayah. FELDA akan memajukan 175,000 hektar tanah baru, iaitu bertambah sebanyak
kira-kira 8.5 peratus daripada keluasan yang dimajukan di bawah Rancangan Malaysia
Keempat.9 Ini menunjukkan bahawa konsep pembangunan tanah yang sedang giat
dilaksanakan di seluruh negara mempunyai kepentingannya yang tersendiri, iaitu selaras
dengan objektif ekonomi negara untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi
kemiskinan.
6 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. Diperoleh pada 20 Ogos 2009 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan.7 Sekretariat Media Kementerian, Kesenian, Kebudayaan. (31 Mei 2007). Berita Harian. FELDA Ubah Landskap Luar Bandar: Pembangunan Tanah Pedalaman Bawa Kemakmuran, Basmi Kemiskinan. Diperoleh pada 15 Ogos 2009 daripada http://www.feldaholdings.com/content.php?h=1818 8 Ucapan Perdana Menteri Malaysia Ketika Membentangkan Usul Bagi Meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketiga, di Dewan Rakyat, Pada 19 Mac 1979. Diperoleh pada 20 Ogos 2009 daripada http://www.arkib.gov.my/html/themes/arkib/download/TunHusseinOnn/1979TunHussein.pdf9 Rancangan Malaysia Ke Lima: Program Sektor Awam dan Pembiayaan (1986-1990). Diperoleh pada 20 Ogos 2009 daripada http://www3.pmo.gov.my/rancanganweb/rancangan1.nsf/18919c170aa1dfba482567320023cc04/5b00e2cb9c8d84544825674b003337bf?OpenDocument.
12
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
Keupayaan strategi pembangunan tanah FELDA dan penyediaan infrastruktur luar
bandar mencapai matlamat DEB, terutama yang berkaitan dengan penyusunan semula
masyarakat agak terhad. Konsep pembangunan wilayah yang ‘baru’ mengutamakan
pencapaian kedua-dua matlamat DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat.10 Walaupun sebelum ini pembangunan wilayah telah berjalan sejak
akhir tahun 1950-an, dasar pembangunan wilayah yang nyata tidak wujud. Ini kerana
pihak kerajaan sebelum itu tidak mewartakan sebarang dasar berkenaan pembangunan
wilayah. Dasar ini dijelaskan buat pertama kalinya pada tahun 1976 seperti yang tertera
dalam dokumen Rancangan Malaysia Ketiga, seperti yang berikut:
Di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), strategi pembangunan wilayah adalah bertujuan untuk
merapatkan lagi perhubungan di antara negeri-negeri di Malaysia. Ini akan dicapai dengan cara
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur di antara wilayah-wilayah negara
ini….Matlamat asasnya ialah agihan yang saksama bukan saja dari segi pendapatan, tetapi juga
kemudahan-kemudahan kesihatan, pelajaran, kemudahan-kemudahan awam, perkhidmatan,
kemudahan-kemudahan hiburan, perumahan dan yang paling penting sekali peluang-peluang
untuk kemajuan sosial dan ekonomi rakyat sejajar dengan matlamat-matlamat Dasar Ekonomi
Baru (Malaysia, 1976; hlm 235)11
FELDA telah membuat petempatan bandar yang terdiri daripada satu
perkelompokan beberapa unit perkampungan di sekitar pusat bandar. Ini merupakan
langkah awal bagi membasmi kemiskinan yang berlaku pada waktu itu. Rancangan
pembangunan tanah dan petempatan Jengka Tiga Segi adalah rancangan pertama seperti
10 Mohd. Yusof Kasim. (1988). Ketidakseimbangan Wilayah: Satu Penilaian Terhadap Dasar dan Strategi Pembangunan Wilayah dalam Tempoh Dasar Ekonomi Baru (1970-1990). Dalam Chamhuri Siwar & Mohd Haflah Piei (ed.). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 206&207, 11 Ibid, m.s. 208.
13
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
ini yang dilaksanakan oleh FELDA dalam tahun 1970. Rancangan tersebut terletak di
negeri Pahang di suatu tapak seluas 300,000 ekar (121,500 hektar) dan kedudukannya
adalah di tengah-tengah di antara Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang, dengan Kuala
Lumpur, ibu negara Malaysia. Kira-kira 132,000 ekar (53,460 hektar) tanah di dalam
kawasan projek ini adalah kawasam hutan simpan. Daripada jumlah ini sebanyak 94,000
ekar (38,070 hektar) dikekalkan dalam keadaan semula jadi. Seluas 22,000 ekar (8,910
hektar) lagi adalah untuk kegiatan pembalakan. Kawasan yang sesuai untuk
pembangunan ialah seluas 178,000 ekar (72,190 hektar), termasuk kawasan seluas 25,000
ekar lagi dari lima rancanga FELDA yang sedia ada, iaitu Kampung Ulu Jempul, Bukit
Tajau, Sungai Nerek, Sungai Takam dan Kampung Awah yang telah dimajukan terlebih
dahulu dan secara berasingan daripada projek Jengka Tiga Segi.
Projek ini dibiyai oleh Bank Dunia, dan satu pelan induk telah disediakan untuk
membuat cadangan-cadangan berhubung dengan pola pembangunan selanjutnya.12 Skel
pembangunan tanah FELDA semakin besar dan sehingga tahun 1982, sejumlah 1.5 juta
ekar tanah telah dimajukan oleh FELDA. Sehingga tahun 2000, FELDA dijangka dapat
memajukan dua juta juta ekar tanah. Walaupun tanah yang sesuai untuk pembangunan
pertanian terdapat di negeri Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu, namun hampir
separuh daripada tanah yang akan dimajukan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima
terdapat di Pahang dan Johor.
Namun begitu, terdapat beberapa kekangan dalam memperluaskan kegiatan
FELDA. Di antara kekangan yang wujud adalah disebabkan oleh kerana perbezaan
12 Sulong Mohamad. (1985). Petempatan FELDA: Perspektif Perancangan Bandar dan Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 85
14
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
konsep, falsafah dan objektif FELDA dengan Lembaga Kemajuan Wilayah. FELDA
ditubuhkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dengan cara memajukan
tanah pertanian melalui satu kegiatan ekonomi pertanian sama ada tanaman getah, kelapa
sawit atau koko. Bagi Lembaga Kemajuan Wilayah pula, membesarkan operasi dan
menambah kegiatan FELDA akan membawa kepada ketidakcekapan, ketidakberkesanan,
dan penyelewengan daripada matlamat asal.
Tujuan penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah bukan sahaja untuk membasmi
kemiskinan dengan cara meningkatkan pendapatan, menambah peluang pekerjaan dan
kemudahan asas negeri atau wilayah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi,
malah dalam masa yang sama menyusun semula masyarakat.13 Dengan itu, bagi mencapai
objektif Lembaga Kemajuan Wilayah, pelbagai kegiatan ekonomi telah dilaksanakan
merangkumi kegiatan pertanian, perusahaan, perdagangan, perkhidmatan, dan
pembangunan bandar. Melalui kegiatan itu, objektif DEB dijangka boleh dicapai dengan
lebih berkesan melalui pengwujudan peluang-peluang pekerjaan, penambahan pemilikan
harta oleh orang-orang Melayu dan pembandaran orang Melayu.
4.0 KESAN-KESAN DEB
4.1 Sektor Pendidikan
Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar
kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Melalui pendidikan
yang diterapkan, telah memberikan impak yang positif sehingga hari ini dimana bilangan
13 Mohd. Yusof Kasim. (1988). Ketidakseimbangan Wilayah: Satu Penilaian Terhadap Dasar dan Strategi Pembangunan Wilayah dalam Tempoh Dasar Ekonomi Baru (1970-1990). Dalam Chamhuri Siwar & Mohd Haflah Piei (ed.). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 213
15
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
profesional Bumiputera telah bertambah. Peratusan graduan Bumiputera ke luar negara
untuk mencapai tahap profesionalisma bumiputera ke puncak tertinggi juga meningkat.14
Kini, terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Keadaan ini jauh
berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu di mana hanya ada segelintir
sahaja doktor pakar Bumiputera. Malahan, kini, banyak syarikat besar di Malaysia
diketuai oleh golongan profesional Bumiputera dan ramai profesional Bumiputera
mampu berdaya saing untuk bekerja di luar negara.
Kejayaan DEB melalui pendidikan telah membawa kepada masyarakat Melayu
yang berpendidikan sejak 70-an yang telah menyumbang kepada peluasan peratusan
kelas pertengahan.15 Masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat membantu
mewujudkan lebih ramai kelas pertengahan bagi kestabilan politik dan ekonomi negara.
Pada masa kini, Melayu memiliki sejumlah perniagaan di peringkat tinggi misalnya
pemilik hartanah, perunding perhubungan awam, pengurus dana dan perunding
kejuruteraan. Inilah hasil daripada pendidikan di bawah DEB yang melahirkan sejumlah
profesional Melayu yang dihormati. Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan
profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang
kuat.
Selain itu, kesan dari perancangan DEB melalui pendidikan telah berjaya
meningkatkan peratus kecemerlangan pelajar Bumiputera di peringkat tinggi. Menurut
Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau;
14 Dr. Kamarulnizam Abdullah, Massa, edisi 14-20 Jun 200315 Tun Daim Zainuddin, Utusan Malaysia 20 September 2005
16
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
’berdasarkan maklumat dari Biro Tatanegara, peratus graduan Bumiputera yang lulus dengan
kepujian kelas pertama di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) meningkat dari 13.25 peratus pada tahun
1996 kepada 25.4 peratus pada tahun 2002’.16
Sehubungan itu, kemasukan pelajar Melayu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) melepasi tahap 60 peratus dan ini adalah satu peratusan yang jauh lebih tinggi
dari yang ditetapkan di bawah sistem kuota. Selain itu, kemasukan pelajar Melayu ke
dalam kursus-kursus kritikal di IPTA juga meningkat. Negara juga mempunyai 18
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk sebuah Universiti Islam
Antarabangsa. Malah, Malaysia juga diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
bagi pelajar dari negara asing. Kini, terdapat lebih 36,000 penuntut dari 150 negara yang
datang belajar di Malaysia.
Melalui DEB juga jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar
dirapatkan bagi memastikan persaingan yang lebih adil dan saksama. Selain
menempatkan guru-guru berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar
bandar, kemudahan-kemudahan yang sama seperti yang terdapat di bandar, termasuklah
infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga disediakan. Segala ini
diambil kira untuk mewujudkan medan persaingan menjadi lebih rata dan peluang anak
Melayu untuk berjaya dapat ditingkatkan. Negara Malaysia kini mempunyai Sekolah
Bestari dimana menurut Dato Seri Najib Tun Razak;
’Sekolah Bestari ditubuhkan ialah bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan Koridor Raya
Multimedia malahan melahirkan satu generasi rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif’.
16 ‘Nisbah Perlu Lebih Adil’, Utusan Malaysia 13 Julai 2009
17
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
Antara tujuannya ialah untuk menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang
kreatif dan berteknologi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendemokrasikan pendidikan
agar semua kanak-kanak berpeluang untuk belajar. Maka, dengan ini terbukti bahawa
DEB mampu memainkan perananya dalam pendidikan apabila kejayaan demi kejayaan
telah dikecapi hasil usaha keras kerajaan dan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia.
4.2 Sektor Pembasmian Kemiskinan (FELDA)
Penempatan FELDA, sama ada unit perkampungan tunggal atau bandar, adalah komuniti
yang sengaja dibina atau dirancang di kawasan desa untuk mencapai matlamat-matlamat
sosio-ekonomi negara. Sebagai komuniti baru sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri yang
istimewa kerana ia dirancang berdasarkan konsep perancangan moden dan polisi-polisi
yang dibentuk khusus untuk membawa perubahan sosial, ekonomi dan fizikal kepada
masyarakat desa. Petempatan FELDA adalah komuniti yang pertama yang dirancangkan
secara menyeluruh di kawasan desa dan pembukaan tanah baru di luar bandar.17
4.2.1 Penyediaan Infrastruktur Komuniti
Petempatan FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan
sosial para peneroka. Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya dan bekalan air
untuk kesenangan para peneroka, sekolah untuk pendidikan anak-anak, pusat kesihatan
untuk kesejahteraan fizikal, masjid untuk kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti
untuk perkembangan mental, kedai untuk memenuhi keperluan harian, dan bekalan
elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut di berikan kepada peneroka FELDA.
17 Sulong Mohamad. (1985). Petempatan FELDA: Perspektif Perancangan Bandar dan Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 134
18
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
Penyediaan infrastruktur di petempatan FELDA mencerminkan satu usaha untuk
membawa modenisasi ke kawasan desa, iaitu berasaskan kepercayaan bahawa perubahan
sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan memuaskan sekiranya pusat-puat petempatan
ini tidak disertakan denagn pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan tanpa
infrastruktur yang diperlukan oleh sesebuah komuniti.18 Oleh kerana asas ekonomi pusat-
pusat petempatan FELDA dibina berdasarkan tanaman perdagangan yang berorientasikan
eksport, maka hubungan dengan pusat-pusat bandar yang lain dan pelabuhan sama ada di
Malaysia atau di luar Malaysia mestilah diwujudkan. Ini memerlukan satu sistem
pengangkutan dan perhubungan yang cekap antara pusat-pusat FELDA (sebagai unit
pengeluaran) dengan pusat-pusat bandar di Malaysia dan di luar Malaysia (sebagai
pasaran).
Oleh itu, jaringan pengangkutan, hubungan dan infrastruktur ekonomi moden,
seperti kemudahan pemasaran dan pemprosesan, mestilah disediakan dalam komuniti.
Kemudahan, infrastruktur dan utiliti dirancang di setiap pusat petempatan, dan ini
melahirkan satu persekitaran dan pengalaman baru kepada peneroka sehingga mereka
terpaksa membuat beberapa penyesuaian terhadap keadaan tersebut. Kemudahan
kemudahan tesebut sangat kurang terdapat atau tidak ada disediakan di tempat-tempat
asal mereka.19
4.2.2 Penggabungan Persekitaran Desa dengan Bandar
Perancangan petempatan FELDA adalah berdasarkan konsep rekabentuk yang
menggabungkan ciri-ciri bandar dan desa. Ini adalah sama dengan prinsip perancangan
18 Ibid, m.s. 13419 Ibid, m.s. 134
19
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
bandar baru yang menggabungkan persekitaran bandar dan desa yang baik untuk
mewujudkan satu persekitaran baru supaya satu aras keselesaan yang lebih tinggi dapat
disediakan bagi penghuni bandar baru. Di petempatan FELDA, pusat kampung, (bagi unit
petempatan tunggal) dan pusat bandar (bagi petempatan bandar) dirancang supaya ia
mempunyai kepadatan yang lebih tinggi untuk melahirkan satu suasana pembandaran di
pusat-pusat petempatan tersebut. Kepadatan kediaman secara keseluruhannya adalah
lebih rendah. Setiap rumah dirancang supaya mempunyai lot yang cukup besar untuk
mengadakan kebun sendiri, dan berkongsi sempadan yang sama dengan lot rumah jiran-
jiran mereka.
Kawasan pertanian yang membentuk sempadan petempatan, dilindungi daripada
pembangunan bukan pertanian untuk menjaga kepentingan peneroka. Ini mengekalkan
imbangan antara kawasan binaan yang mempunyai sempadan yang jelas di dalam
kampung dengan kawasan pertanian yang memberikan persekitaran yang hijau, cantik
nyaman dan bersih. Pemandangan seperti ini tidak mudah dinikmati di pusat-pusat bandar
besar. Pembinaan bandar baru jugak berlaku dengan wujudnya petempatan baru FELDA,
bandar Muadzam Shah, di Rompin, Pahang adalah salah satu bandar baru yang wujud
hasil daripada pembukaan tanah FELDA di kawasan terbabit. Penduduk FELDA di
kawasan berhampiran bandar baru ini agak mudah untuk menjalankan aktiviti berkaitan
dengan perbankan, urusan perniagaan, dan lain-lain lagi yang memerlukan mereka untuk
keluar ke bandar.20
4.2.3 Pemilikan Tanah
20 Ibid, m.s. 136
20
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
Sistem pemilikan tanah dalam komuniti FELDA adalah baru dan sangat berbeza dengan
amalan pemilikan tanah tradisional di Malaysia. FELDA mengenakan peraturan dan
syarat yang ketat terhadap pemilikan tanah untuk melindungi kepentingan dan
kesejahteraan peneroka. FELDA mempunyai kuasa untuk mengambil semula pemilikan
tanah tersebut jika peneroka didapati melanggari mana-mana syarat atau peraturan yang
telah ditetapkan. Tujuan peraturan ini dibuat adalah untuk menghalang pembangunan
atau kemajuan yang tidak diingini di ladang-ladang pertanian. Dengan cara ini, guna
tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. Di
samping itu guna tanah pertanian dilindungi daripada diambil untuk pembangunan
perumahan atau pembangunan-pembangunan lain yang bertentangan dengan prinsip
perancangan yang di jalankan oleh FELDA. Kedua, peraturan seperti ini adalah untuk
mengelakkan pemilikan tanah bertukar milik kepada orang lain yang tidak
bertanggungjawab, dan dengan itu menggagalkan tujuan asal FELDA untuk memberi
tanah kepada penduduk desa yang tidak bertanah dan miskin.
Hak milik tanah diberi kepada peneroka berdasarkan sistem pemilikan bagi
tempoh selama 25 tahun. Walaupun peneroka di rancangan getah diberi hakmilik
berasingan bagi tanah mereka, di rancangan kelapa sawit, tanah diberi hakmilik secara
berkumpulan seperti yang telah di laksanakan di beberapa FELDA, antaranya adalah
FELDA Jengka dan FELDA Keratong di Pahang. Ini adalah satu lagi ciri baru berhubung
dengan amalan pemilikan tanah di Malaysia. Tanah peneroka dibenarkan untuk diwarisi
oleh anak mereka. Walaubagaimanapun, pemecahan tanah yang akan menimbulkan saiz
tanah yang tidak ekonomis tidak dibenarkan. Oleh itu, FELDA membenarkan tanah
tersebut diwarisi oleh seorang sahaja daripada anak peneroka. Kesemua langkah ini
21
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
diambil untuk menjaga kepentingan peneroka supaya ia tidak menjejaskan matlamat
perancangan FELDA untuk member satu aras pendapatan pertengahan kepada mereka
dan keluar mereka.
Kini Genap 50 tahun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA
menempuh pelbagai cabaran untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkan
kawasan luar bandar. Dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa cemerlang dan pencapaian
FELDA yang membanggakan dapat disaksikan. Misi 50 tahun pertama penubuhan
FELDA sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas untuk memastikan
kecemerlangannya terus bertahan untuk 50 tahun lagi. Semestinya meletakkan kedudukan
masyarakat peneroka lebih baik daripada apa yang mereka nikmati hari ini.
Selepas berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu untuk memajukan kawasan
pertanian secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supaya
maju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup lebih sempurna maka
lebih jauh kepada pembabitan di peringkat antarabangsa. Kestabilan harga sawit dan
getah yang dianggap antara paling selesa ketika ini membolehkan FELDA menjadi
peneraju utama industri sawit hingga ke peringkat antarabangsa. Dengan ini
menunjukkan bahawa, DEB yang telah di jalankan oleh pihak kerajaan walaupun tidak
mencapai objektif sepenuhnya, namun di peringkat proses penyusunan semula
masyarakat, Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi, dan supaya
dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi boleh dikatakan berjaya dilaksanakan. Golongan miskin yang telah berpindah
ke kawasan FELDA pada mulanya dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan dan
22
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
tanah kini telah menjadi warga Malaysia yang prodaktif dan inovatif bagi kemajuan
negara ini.
5.0 PENUTUP
Selepas 20 tahun DEB ditinggalkan, rakyat Malaysia jelas mendapat sesuatu yang amat
bermakna dan bernilai daripada dasar yang telah dilaksanakan ini. Beberapa projek yang
dilaksanakan dapat dilihat hasil kejayaannya seperti jurang ekonomi diantara kaum dapat
dikurangkan dan semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapat peluang melanjutkan
pelajaran mereka ke peringkat tertinggi hasil daripada pelbagai bantuan yang telah
disalurkan oleh kerajaan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kepincangan dalam pelaksanaan DEB
kerana masih terdapat kes-kes yang terpencil seperti kadar kemiskinan untuk bumiputera
adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding kaum-kaum lain. Selain itu, pada akhir
pelaksanaan DEB yang diteruskan oleh Dasar Pembangunan Negara, penguasaan orang
Melayu hanya berada pada paras 19 peratus, gagal menepati sasaran 30 peratus ekuiti.
Daripada peratusan itu, individu Melayu hanya menguasai tiga peratus ekuiti manakala
selebihnya, dikuasai oleh institusi-institusi berkaitan Melayu seperti Permodalan
Nasional Bhd., Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, yang
seterusnya memiliki kepentingan yang amat besar dalam syarikat-syarikat milik kerajaan
(GLC).21
Kelemahan DEB adalah disebabkan kurangnya data yang terperinci, terpusat dan
menyeluruh. Malah, dikatakan juga kegagalan DEB disebabkan oleh pemegang amanah
21 Asuki Abas, Utusan Online, 22 Julai 2005, DEB perlu ditunjangi GLC
23
Dasar-dasar Negara (LNP 2013)
atau penjaga dan pemangkin DEB tidak jujur dan amanah dalam menjalankan tugas,
selain dari kelemahan sistem perancangan, perlaksanaan dan penyelarasan dalam
kegiatan perusahaan awam.22 Kelemahan-kelemahan ini seharusnya dapat diatasi
sekiranya pucuk pimpinan tegas dalam melaksanakan sesuatu dasar dan semua pihak
haruslah menumpahkan sepenuh tenaga dan usaha bagi merealisasikan impian bersama.
22 Yusof Ismail (Sunting) (2008) Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia, m.s. 35
24