Download - Contoh Proposal Pelajar JKA 319E
1
Tajuk Proposal
Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Masyarakat Melayu : Satu
Kajian Kes Di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani, Kedah
Darul Aman.
1.0 Pengenalan
Penyalahgunaan dadah di Malaysia bukanlah satu perkara baru. Asal-usul
masalah dadah yang wujud di negara kita dewasa ini adalah berhubung rapat
dengan kemasukan buruh asing dari wilayah Pantai Selatan Negara China
dalam pertengahan abad ke sembilan belas yang membawa bersama tabiat
menghisap candu. Pada masa itu, menghisap candu dan ganja bukanlah satu
masalah yang besar kerana penjajah bergantung kepada pendatang tersebut
sebagai tenaga buruh yang murah. Penjajah yang memonopoli perniagaan
candu, mendapat hasil yang banyak dari cukai yang dikenakan ke atas
perniagaan candu. Rumah penghisap candu kerajaan ( government opium den )
dibuka dan penghisap candu didaftar atau diberikan permit ( Mohd Reduan
Aslie, 1990 : 34 ).
Berdasarkan Laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
2007, dianggarkan 200 juta atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada
200 orang) mengambil dadah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula
melaporkan bagi setiap penagih yang dikesan ada empat lagi yang tidak
dilaporkan. Jikalau ini benar, maka jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia
2
boleh menjadi sejuta orang berbanding hanya 250,000 yang dilaporkan. Kajian
Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula mendapati, kebanyakan
penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15
tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda
antara 19-39 tahun.
Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, dadah merupakan satu istilah
khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-
laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang
menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan
menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta
memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan
asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis
dan melacurkan diri. Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada
heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan
yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk
tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan
mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang
sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang
banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat
kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang
amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah yang telah
3
disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk
pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama ( Buletin National Anti
Drugs Agency: 2008 ).
Memandangkan ancaman dadah semakin serius dan langkah-langkah yang diambil
selama ini tidak begitu berkesan, pada 19 Februari 1983, bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Anti Dadah
Kebangsaan. Dadah juga telah diisytiharkan sebagai musuh utama negara
memandangkan implikasinya yang boleh mengganggu gugat kestabilan sesebuah
negara. Bagi masyarakat dan negara, masalah penagihan dadah ini bukan sahaja
menjadi beban, bahkan segala perancangan yang telah di selia atur mungkin
tergendala. Jika masalah ini tidak dibendung, maka segala pelan strategik yang
telah dirancang akan menemui jalan buntu dan tidak dapat dilaksanakan
sepenuhnya. Maka dengan ini, kerajaan dan beberapa buah badan sukarela seperti
PEMADAM, PENGASIH, PENDAMAI dan banyak lagi pusat-pusat pemulihan
persendirian telah mengambil tindakan untuk membendung dan membanteras
ancaman dadah di kalangan masyarakat.
Untuk mengatasi peningkatan masalah penagihan dadah, masyarakat antara
bangsa sejak awal kurun ke dua puluh telah merencanakan mekanisma kawalan
sedunia secara beransur-ansur untuk menyekat pembekalan dadah. Telah
disedari bahawa tiada negara yang boleh berjaya menentang masalah
penagihan dan pengedaran dadah secara bersendirian. Kerajaan semakin sedar
4
bahawa perlunya ada kerjasama dalam usaha memerangi pembuatan,
penagihan dan pengedaran dadah. Walau bagaimanapun, gejala penagihan
dadah banyak berlaku di kalangan golongan Melayu berbanding golongan lain
yang terdapat di negara ini. Peratus penagihan dadah sehingga Disember 2008 ;
etnik Melayu 77.41%, etnik Cina 11.64%, etnik India 8.82%, pribumi Sabah
1.21%, pribumi Sarawak 0.14%, dan etnik-etnik lain 0.67% ( Sumber daripada
Statistik Penagihan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia : 2008 ).
1.1 Pernyataan Masalah Kajian
Jahiliyah moden memaparkan perilaku atau tabiat yang lebih buruk dan
memudaratkan daripada meminum minuman yang memabukkan iaitu
penyalahgunaan dadah. Pada asalnya dadah yang hanya digunakan dalam
bidang perubatan moden dan tradisional sebagai ubat-ubatan kini
disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai bahan untuk mendapatkan
keseronokan. Di mana golongan ini lebih suka berkhayal, tidak sedar diri dan
mendedahkan diri mereka kepada penyakit-penyakit berjangkit seperti HIV dan
hepatitis. Kebanyakan daripada golongan ini adalah dikalangan bangsa Melayu.
Lihat laporan dadah di Malaysia bagi bulan Januari hingga November 2009 dan
perbandingannya pada tahun 2008 pada rajah di bawah:
JADUAL 1: Profail penagih dadah mengikut bangsa
Bangsa Januari - Peratus ( % ) Januari-
5
November 2009 November 2008
Melayu 2,382 82.17 9,106
Cina 270 9.31 1,382
India 204 7.04 1,041
Peribumi Sabah 24 0.83 140
Peribumi Sarawak 4 0.14 15
Lain-lain Bangsa 15 0.52 79
Warga Asing 0 0.00 11
Jumlah 2,899 100.00 11,774
(Sumber: Laporan Dadah November 2009 Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia : 2009 )
Secara umumnya sepanjang bulan Jan-Nov 2009, seramai 2,899 orang penagih
telah dikesan dan menunjukkan penurunan sebanyak 75.38% berbanding
tempoh yang sama tahun lalu (11,774 orang). Mereka ini terdiri daripada 1,644
orang (56.71%) penagih baru, yang mana berlakunya penurunan sebanyak
70.91% berbanding 5,651 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu. Manakala
penagih berulang pula adalah seramai 1,255 orang (43.29%), mengalami
penurunan sebanyak 79.50% berbanding tahun sebelumnya (6,123 orang).
Secara purata, seramai 5 penagih baru dan 4 penagih berulang telah dikesan
setiap hari sepanjang bulan Jan-Nov 2009.
6
JADUAL 2: Perbandingan penagih yang dikesan bagi Jan-Nov 2009 dan 2008 STATUS KES JAN-NOV
2009
Peratus (%) JAN-NOV
2008
PERBEZAAN
ANTARA
2009 DAN
2008
Penagih Baru 1,644 56.71 5,651 -70.91%
Penagih
Berulang
1,255 43.29 6,123 -79.50%
Jumlah 2,899 100.00 11,774 -75.38%
( Sumber : Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan BIONADI : 2009 )
Realitinya, kadar peningkatan penagih-penagih baru yang terdiri daripada
golongan Melayu semakin hari semakin meningkat. Mengikut akhbar Utusan
Malaysia (2004 : 8), lebih lapan puluh peratus daripada penagih dadah yang
diberkas oleh pihak berkuasa di seluruh negeri Johor adalah golongan remaja
dan belia Melayu. Berdasarkan perangkaan Agensi Antidadah Kebangsaan
Negeri Johor, lapan puluh peratus daripada 2,462 penagih yang ditangkap pada
tahun lalu adalah Melayu, 266 orang dari kaum Cina (10.8 peratus) dan India
(5.6 peratus). Masalah ini akan berterusan selagi ada permintaan dan kegiatan
mengedar dadah yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
( Utusan Malaysia, 2004 : 8 ).
7
1.2 Objektif Kajian
1.2.1 Antara objektif kajian yang dikenal pasti dalam penyelidikan ini adalah
seperti
berikut:
1. Mengenalpasti latar belakang penagih dadah berbangsa Melayu di Pusat
Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani.
2. Menerangkan faktor-faktor yang mendorong penagihan dadah dalam
kalangan penagih berbangsa Melayu di Pusat Pemulihan Penagihan
Narkotik Sungai Petani.
3. Mengenalpasti jenis-jenis dadah yang digunakan oleh penagih berbangsa
Melayu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani.
4. Mengenalpasti keberkesanan program pemulihan yang dijalankan oleh
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani.
1.3 Persoalan Kajian
1. Apakah ciri-ciri latar belakang penagih dadah berbangsa Melayu di Pusat
Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani?
2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan golongan Melayu
dalam masalah penagihan dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
Sungai Petani.
3. Sejauh manakah program pemulihan oleh Pusat Pemulihan Penagihan
Narkotik Sungai Petani berkesan dalam memulihkan penagih dadah?
8
1.4 Definisi Konsep
1.4.1 Dadah Menurut Kamus Dewan, istilah Drug dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai
ubat-ubatan. Ia juga diertikan sebagai bahan seperti ganja, heroin, marijuanna
dan sebagainya yang merosakkan atau membinasakan orang yang
menggunakannya secara berlanjutan. Untuk memberi takrif penyalahgunaan
kepada drug, perkataan use, misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama
dengan perkataan drug. Manakala dalam bahasa Melayu, dadah merupakan
istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan. Ini
bermakna perkataan ‘penyalahgunaan’ atau ‘salahguna’ tidak boleh diikuti
dengan perkataan dadah. Perkataan ‘dadah’ sudah menunjukkan ia telah
disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan ‘penggunaan’ atau ‘penagihan’ adalah
perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga
masalah-masalah yang berkaitan dengan dadah ( Kamus Dewan Terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka, 259: 1996 ).
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: i. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf
tunjang).
ii. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah
dilarang.
iii. Diperolehi secara haram.
9
iv. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal
v. Mendatangkan kesan-kesan buruk atau bahaya ke atas kesihatan dan
fungsi sosial.
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
Jadual 3: Jenis dadah, kesan dan contohnya.
Jenis Dadah Kesan/Tindakan Contoh
Depressants
(Penenang)
• Kumpulan dadah yang boleh
mengurangkan aktiviti sistem saraf
pusat.
• Fungsi dadah ini ialah menurunkan
aras rangsangan psikologikal agar
dapat menenangkan fikiran manusia.
Alkohol,
barbiturates,
transquillizers,
dan
zodiazepines.
Stimulants
(Perangsang)
• Berbeza dengan depressants.
• Ia boleh meningkatkan daya tahanan
dan menjadikan seseorang itu lebih
bertenaga.
Amphetamine,
kokain, nikotin,
dan kafein.
Opiates
• Lebih banyak digunakan untuk
mengurangkan kesakitan serta
membantu individu supaya tidur
dengan lebih nyenyak.
Heroin, morfin
dan kodein.
Hallucinogens
(Pengkhayal) • Boleh menghasilkan sensasi
khayalan yang mempesonakan
penggunanya.
Marijuana dan
LSD.
10
(Di petik daripada: Mingguan Malaysia, “Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja”, Ahad, 16 Disember 2007) Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan
tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan
dadah dari segi kesannya. Kesan penggunaannya ialah boleh membawa maut jika
diambil dalam dos yang berlebihan. Selain itu membawa kepada risiko kemalangan
ketika memandu, jangkitan HIV/AIDS, kancing gigi, keracunan darah, hepatitis,
merosakkan paru-paru, jantung, otak dan mempunyai kesan buruk ke atas
personaliti (Mohd Reduan Aslie, 1990 : 9).
1.4.2 Penagih Dadah Penagih dadah ialah seseorang yang menggunakan dadah tanpa nasihat dan
arahan doktor. Penagih ini mungkin menggunakan dadah dengan cara dimakan,
diminum, dihisap, disedut atau disuntik. Ia dikatakan penagih apabila mendapati
dirinya merasa gian dan amat sukar untuk meninggalkan tabiatnya. Penagih ini
mengambil dadah secara berterusan dari masa ke semasa hingga menyebabkan
physical dependence iaitu kesan fizikal ke atas tubuh. Sel-sel tubuh penagih
akan sentiasa atau selalu memerlukan dadah. Apabila penagih cuba berhenti
• Antara semua jenis dadah yang
disebutkan di atas, amphetamine
(stimulants) merupakan salah satu
jenis dadah yang amat popular dan
agak berleluasa penggunaannya di
kalangan pemuda pemudi di
Malaysia.
11
dari menggunakannya, penagih akan berasa kurang sempurna seperti sengal di
bahagian otot, lemah-lemah sendi dan tidak bermaya. Akibatnya ia menimbulkan
pelbagai kesengsaraan kepada penagih dan membawa masalah kepada
masyarakat. Penagih dadah adalah individu yang mempunyai pergantungan
yang kuat kepada dadah sebagai keadaan riang yang berbentuk sementara atau
kekal, memudaratkan individu, masyarakat atau kedua-duanya. Ia disifatkan
sebagai:
i. Keinginan yang kuat, kehendak atau kemestian untuk mengulangi
mengambil dadah.
ii. Semakin sukar untuk menambahkan dos untuk memenuhi kehendak.
iii. Keadaan fizikal dan emosi yang bergantung kepada dadah.
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 - Pindaan 1998 memberi
definisi bahawa seseorang yang dikatakan bergantung kepada dadah adalah
seseorang yang melalui pengambilan dadah merbahaya mengalami keadaan
jiwa dan kadangkala pada tahap fizikal yang menghasilkan tingkah laku dan lain-
lain tindakbalas termasuk kemestian mengambil dadah yang berterusan atau
mengikut tempoh tertentu untuk mendapat kesan ke atas jiwa dan mengelakkan
keadaan tidak selesa tanpanya. Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan )
1983 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-
penagih dadah. Seliaan merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik
beratkan pengawasan ke atas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka
12
tidak mengulangi tabiat penagihan mereka (Akta Penagih Dadah , Rawatan
dan Pemulihan : 1983).
1.4.3 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik atau PUSPEN merupakan satu usaha
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia dalam proses penjenamaan semula
nama Pusat Serenti. Nama PUSPEN itu sahaja sudah mencerminkan usaha
pemulihan di mana semuanya bertujuan memajukan diri, meningkatkan
keyakinan diri, berdikari, serta pelbagai aktiviti yang menjurus kepada
pembinaan jati diri sebagai bekalan selepas dibebaskan suatu hari nanti.
Penghuni bukan saja diajar hidup berdisiplin dan bagaimana mengasingkan diri
daripada najis dadah secara fizikal dan mental, bahkan mereka juga dilatih
tentang strategi mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran hidup dalam
mencari rezeki sendiri. Perubahan nama Pusat Serenti kepada Pusat Pemulihan
Penagihan Narkotik atau singkatannya PUSPEN ini melibatkan satu kajian yang
dibuat tentang maksud serenti yang tidak pernah wujud dalam kamus Dewan
Bahasa. Perubahan ini juga adalah menjurus ke arah satu anjakkan paradigma
kepada seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia dan juga
masyarakat itu sendiri. Fungsi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik tetap sama
malah sedang mengorak langkah ke arah kemajuan dan perubahan yang lebih
terkehadapan dari segi aspek infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan,
modal insan, latihan pengurusan serta program-program pemulihannya ( Ketua
13
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia : 2009 ).
1.5 Kajian Lepas
Bahagian ini membincangkan tentang penulisan kajian-kajian lepas yang
berkaitan tentang masalah penagihan dadah. Salah satu tumpuan kajian ialah
latar belakang penagih dadah yang menyumbang kepada faktor-faktor
penagihan dadah.
Mengikut kajian oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia di mana laporan
dadah yang dikeluarkan oleh agensi tersebut bagi tahun 2008, seramai 12,352
orang penagih dadah telah dikesan. Negeri Kedah mendapat kedudukan di
nombor dua selepas Kuala Lumpur dalam pengesanan kes baru dan kes
berulang iaitu 876 kes baru dan 873 kes berulang. Etnik Melayu merupakan
penagih dadah yang teramai dikesan bagi tahun 2008 iaitu sebanyak 9562
orang, diikuti etnik Cina 1438 orang dan etnik India 1090 orang ( Laporan
Dadah Agensi Antidadah Kebangsaan : 2008 ).
Penagih dadah yang telah mengalami ketagihan yang teruk akan menggunakan
sumber kewangan yang banyak untuk mendapatkan dadah. Oleh itu penagih
dadah akan menukar cara pengambilan. Alasan yang sering diberikan oleh
penagih dadah apabila mereka bertukar cara pengambilan dadah ialah kerana
faktor ekonomi. Salah seorang subjek yang ditemubual mengatakan bahawa
selepas beberapa lama mengambil dadah dengan cara chase seorang penagih
14
akan membina ketahanan kepada sesuatu dadah itu dan akan menjadi mahal
baginya untuk mengambilnya dengan cara yang sama kerana kuantiti yang lebih
banyak diperlukan. Subjek itu melaporkan dia membelanjakan sehingga
sebanyak RM 50.00 sehari untuk membeli dadah apabila mengambil dadah
secara chase. Apabila penagih ini bertukar kepada cara pengambilan dadah
secara menyuntik, hanya RM15.00 dibelanjakan sehari kerana satu suntikan
boleh memberi kesan yang lebih panjang (Navaratnam dan Foong, 1996 : 20).
Apabila penagih menghadapi gian yang serius, mereka selalunya kerap
menghabiskan sumber kewangan kerana terpaksa membeli dadah. Hampir
semua penagih mendapatkan dadah pada peringkat pemulaan dengan percuma
tetapi apabila penagih tersebut sukar melupakan dadah tersebut, maka penagih
perlu membeli dadah tersebut dengan melakukan pelbagai cara bagi
mendapatkan wang. Pada waktu tertentu, penagih heroin yang sukar
mendapatkan bekalan heroin telah beralih semula kepada penagihan ganja
sebagai alternatif untuk melepaskan gian mereka. Ini adalah kerana mereka
menganggap perubahan kaedah penagihan ini akan dapat melupakan mereka
kepada heroin.
Faktor ini berkaitan dengan pengetahuan, sikap dan kepercayaan. Sepertimana
dengan lain-lain gejala sosial, masalah penagihan dadah ini disebabkan oleh
kombinasi beberapa faktor. Faktor-faktor ini tidak semestinya bereaksi pada
masa yang sama untuk mempengaruhi sesuatu tingkahlaku tetapi sesuatu faktor
15
itu boleh menyumbang kepada tingkahlaku keseluruhan seseorang individu.
Faktor-faktor ini dibahagikan kepada faktor individu. Faktor individu terdiri
daripada pengetahuan, sikap dan kepercayaan. Kebanyakan pendidikan salah
guna dadah berdasarkan premis bahawa tingkahlaku seseorang boleh diubah
jika sikap seseorang itu diubah. Sikap boleh digunakan untuk meramalkan
fenomena tingkahlaku. Oleh itu hubungan tingkahlaku penagih dan
penglibatannya dengan aktiviti tingkahlaku berisiko dikaji untuk melihat
sejauhmanakah pengetahuan, sikap dan kepercayaan mempunyai pengaruh ke
atas tingkahlaku seseorang penagih itu. (Spencer dan Navaratnam : 1977)
Sikap ialah sesuatu yang dipelajari dan sikap dipengaruhi oleh pengetahuan
tentang sesuatu objek sikap. Sikap juga merangkumi perasaan seseorang itu
terhadap sesuatu objek. Sikap dapat diramalkan berdasarkan reaksi yang
mengambarkan satu keadaan yang positif atau negatif tentang sesuatu objek itu.
Reaksi ini boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu efektif, kognitif dan niat.
Efektif merujuk kepada perasaan seseorang terhadap sesuatu objek, orang, isu
dan perkara. Kognitif merujuk kepada pengetahuan, pendapat dan kepercayaan
tentang sesuatu objek. Niat merujuk kepada keinginan untuk melakukan sesuatu
tingkahlaku atau tingkahlaku yang dicadangkan (Fishbein dan Ajzen : 1975).
Pengetahuan, sikap dan kepercayaan seseorang tentang sesuatu perkara tidak
boleh diukur secara langsung tetapi perlu berdasarkan fenomena-fenomena
yang tidak langsung. Misalnya bahaya ancaman penagihan dadah kepada
kesihatan masyarakat tempatan pada masa akan datang. Penagih dadah
16
bereaksi atau tingkahlakunya adalah berdasarkan pengetahuan yang dimilikinya
tentang perkara ini. Sikapnya boleh diramalkan berdasarkan perasaan penagih
dadah apabila membincangkan perkara ini dan pernyataan yang dibuat
berdasarkan keseriusan masalah ini (komponen kognitif). Kepercayaan tentang
sesuatu objek adalah berdasarkan kepada maklumat yang dimiliki tentang
sesuatu objek. Mengikut model kognitif, kepercayaan menentukan sikap
seseorang terhadap sesuatu objek. Justeru, kepercayaan menghubungkan
sesuatu objek kepada ciri-ciri atribusi tertentu. Pengetahuan, sikap dan
kepercayaan adalah penting untuk meramalkan tingkahlaku seseorang itu dan
sering digunakan di dalam banyak kajian untuk menerangkan tingkahlaku
penagih.
1.6 Metodologi Kajian
Metodologi kajian adalah untuk memastikan sesuatu penyelidikan yang hendak
dilakukan dapat dijalankan dengan sempurna. Untuk memastikan ianya dapat
dilakukan dengan sempurna satu rangka kerja mesti dibentuk terlebih dahulu.
Bahagian ini akan menghuraikan perkara-perkara penting tentang lokasi kajian,
teknik persampelan kajian dan kaedah pengumpulan data.
1.6.1 Lokasi Kajian
Lokasi kajian adalah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani,
Kedah Darul Aman. Pusat pemulihan ini mula beroperasi sejak tahun 1985.
Dahulunya dikenali sebagai Pusat Insaf Diri. Kemudian atas arahan ibu pejabat,
17
namanya ditukarkan kepada Pusat Serenti Sungai Petani. Namun dengan
peralihan pentadbiran tertinggi dan atas sebab-sebab tertentu, maka namanya
ditukarkan sekali lagi kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai
Petani pada awal tahun 2009. Pusat pemulihan ini hanya menerima kes-kes
tangkapan penagih dadah dari kalangan jantina lelaki. Pusat pemulihan ini
mengamalkan kaedah pemulihan jenis Terapi Kekeluargaan atau Terapeutic
Community bagi memulihkan penghuni-penghuni.
1.6.2 Teknik Persampelan
Kajian akan dijalankan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani di
mana terdapat populasi seramai 74 orang penghuni secara keseluruhan yang
terdiri daripada Melayu 55 orang, Cina 6 orang dan India 13 orang .Di mana 55
orang penghuni berbangsa Melayu akan dipilih sebagai sampel. Pengkaji akan
menjalankan temubual berstruktur menggunakan borang soal selidik terhadap
sampel yang dipilih. Pengkaji memilih kaedah ini kerana sesuai dengan situasi
atau kebolehan penghuni yang kadangkala terbatas dari segi pembacaan dan
pemahaman. Selain itu, rasional melalui kaedah ini ialah banyak perkara
mengenai pengalaman sosial responden yang ingin dikaji dapat disoal. Jika
borang soal selidik diajukan kepada sampel yang dikaji, sudah tentu soalan-
soalan yang berbentuk sensitif tidak akan dijawab oleh responden tersebut.
Maka cara ini dirangka untuk mendapatkan jawapan yang lebih jitu dan jujur
serta menjamin ketepatan data.
18
1.6.3 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah Pengumpulan Data menggunakan dua kaedah utama iaitu
menggunakan data sekunder dan data primer. Data sekunder merupakan data
yang diperoleh daripada punca-punca lain termasuk laporan-laporan rasmi dari
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia dan Pusat Pemulihan Penagihan
Narkotik Sungai Petani Kedah Darul Aman. Sementara itu data primer pula
merupakan data mentah yang akan dikumpul oleh penyelidik. Untuk
mendapatkan data dengan terperinci, strategi yang digunakan dalam
penyelidikan ini ialah kerja lapangan. Strategi yang dipilih bersesuaian dengan
penyelidikan ini iaitu meninjau latar belakang pengalaman sosial penagih dadah
Melayu. Untuk meninjau perkara ini, temubual akan diadakan dengan 55 orang
responden Melayu yang terlibat dengan penagihan dadah di bawah seliaan
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Dari segi teknik pengumpulan data, bagi mendapatkan data sekunder, kaedah
tinjauan akan dilakukan di perpustakaan, internet dan Pusat Pemulihan
Penagihan Narkotik Sungai Petani. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat
daripada bahan-bahan monograf dan risalah-risalah ataupun seminar-seminar
yang diterbitkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia. Untuk
mendapatkan maklumat mengenai pendekatan teoritikal dan sorotan kajian,
kajian perpustakaan juga akan dilakukan. Selain data sekunder, data primer juga
dianggap penting dalam penyelidikan ini.
19
1.7 Kepentingan Kajian
1. Mengenali peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pusat
pemulihan penagihan narkotik dalam mengatasi masalah penagihan
dadah.
2. Memberi satu gambaran yang konkrit mengenai tahap penagihan dadah
dalam kalangan masyarakat Melayu.
3. Mengenalpasti masalah yang menjadi faktor-faktor utama mengapa
golongan Melayu terlibat dengan penggunaan dadah.
4. Memberi maklumat kepada masyarakat bagi mengatasi masalah ini dan
mencari jalan penyelesaian pada masa akan datang.
Rujukan
Agensi Dadah Kebangsaan 1997. Kenali Dan Perangi Dadah. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri. Aminudin Sulaiman 1995. Kaedah Penyelidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Eiser, J.R. 1992. Social Cognition and Comparative Substance Use. Philadelphia: Harwood Academic Publishers. Fishbein M. 1975. Belief, Attitude, Intention and Behaviour: An Introduction to Theory and Research. Philippines: Addison-Weslley Publishing Company.
20
Mohd. Razha Abdul Rashid 2007. Isu-Isu Antropologi dan Sosiologi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia Mohd Aris Othman 1985. Identiti Etnik Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Reduan Aslie 1990. Krisis Dadah. Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd. Spencer C.P. 1978. A Study of the Misuse of Drus Among Secondry School
Children in the state of Kelantan. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan Universiti Sains Malaysia.
Ting Chew Peh 1997. Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Navaratnam 1996. A Study on Intravenous Drug Use and AIDS Knowledge Among Heroin Addicts. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Navaratnam 1977. The Drug User and The Law a Survey of Drug Offenders
Before The Courts and in Prison. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Sheikh Othman 1996. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujukan Lain: Mingguan Malaysia, “Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja” Ahad, 16
Disember 2007
21
Laporan Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan BIONADI 2009
Laporan Dadah November 2009 Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia 2009
Laporan Dadah November 2008 Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia 2008 Buletin National Anti Drugs Agency 2008
Majalah Massa 4 Ogos 2001 Utusan Malaysia 22 Januari 2004 Rujukan Internet : www.adk.gov.my