Download - CARA-CARA MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DALAM …
CARA-CARA MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN GENERASI MUDA
Kita acapkali tersentak apabila melihat di kaca televisyen mahupun dada akhbar yang sering mempamerkan budaya hiburan yang
bercorak komersial dan hedonistik. Hal ini secara tidak lsungakan mencetuskan keruntuhan institusi kekeluargaan, ang peningkatan gejala
negatif dan terhakisnya adat dan budaya bangsa yang didukung sejak zaman-berzaman. Oleh itu, semua pihak sewajarnya berusaha memupuk
nilai-nilai murni dalam benak generasi muda hari ini.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilihat berupaya menjadi wadah bagi melahirkan
citra jati diri bangsa yang berhemah tinggi, berdikari dan bersifat cinta akan negara. Pihak kerajaan memainkan peranan yang dominan dalam
menguar-uarkan kempen yang menggalakkan pelibatan masyarakat secara total. Bagi memastikan usaha mumi ini terlaksana dengan berkesan,
pihak lain juga perlu memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai murni ini. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh membantu kerajaan dengan
mengadakan kempen dan aktiviti yang berupaya memupuk nilai mumi. Pendek kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lisaha ini perlu
dilakukan secara berterusan agar dapat menzahirkan generasi yang bersahsiah tinggi.
Anak-anak diibaratkan kain putih maka ibu bapalah yang menjadi pencoraknya. Bertepatan dengan ungkapan tersebut, jelaslah ibu
bapa sebagai suri teladan yang harus dicontohi oleh anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan
anak-anak, justeru sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membesarkan insan yang kaya dengan budi bahasa dan berpekerti mulia agar
dapat mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat seterusnya ibu pertiwi. Ibu bapa juga berperanan mengawasi perilaku anak-anak dan
mengenal pasti rakan-rakan mereka. Sesungguhnya, ibu bapa diamanahkan untuk menjadi arkitek pembangunan anak-anak agar segala anasir
negatif dapat ditangkis dengan berhemat.
Institusi pendidikan sewajarnya memupuk nilai-nilai murni seperti cinta akan negara, kerjasama dan tolong-menolong menerusi
kurikulum dan kokurikulum. Hal ini bertujuan melahirkan jiwa kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam kalangan generasi muda. Institusi
pendidikan menerusi prasekolah dan sekolah bukan sahaja dibina sekadar tempat melimpahkan ilmu pengetahuan, malah berperanan sebagai
tempat untuk membangunkan generasi bersahsiah mulia. Mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta Sivik dan Kewarganegaraan
dilihat sebagai batu loncatan untuk menyuntik nilai patriotisme dalam lubuk hati generasi muda dari peringkat awal lagi. Jelasnya, institusi
pendidikan haruslah menerapkan nilai-nilai terpuji sebagai perisai segala kebejatan sosial.
Media massa seperti televisyen, radio dan akhbar serta Internet merupakan medium yang berkesan dalam memupuk nilai-nilai mulia
dalam nurani generasi muda. Hal ini demikian, media elektronik haruslah memperluas pengaruhnya dengan memaparkan adegan dalam drama
atau rancangan yang bertemakan kekeluargaan dan dipenuhi dengan nilai-nilai kemanusiaan seperti Program Jejak Kasih. Selain itu, akhbar-
akhbar perdana boleh menyiarkan kempen-kempen dan berita-berita semasa berkaitan nilai kemanusiaan dalam masyarakat. Dengan ini nilai
kasih sayang sesama manusia dapat dipupuk. Hakikatnya, media massa memikul tanggungjawab sosial terhadap generasi muda agar golongan
ini dapat menghayati nilai-nilai murni dalam sanubari masing-masing.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagi merealisasikan cita-cita memupuk nilai murni agar menjadi kenyataan
seiring cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam
nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi. Oleh itu, generasi muda haruslah mengamalkan sikap positif bagi
melahirkan modal insan kelas pertama yang menjulang kejayaan serta menjunjung mercu kecemerlangan bangsa di sarwajagat.
KEPENTINGAN AKTIVITI REKREASI
Semakin hari kita semakin dibelenggu dengan pelbagai masalah penyakit yang berpunca daripada kurangnya melakukan aktiviti
rekreasi seperti bersenam dan beriadah. Pada zaman ini, rekreasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Hari ini
ramai dalam kalangan masyarakat yang beranggapan bahawa aktiviti rekreasi hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang
maslahat kepada mereka. Oleh itu, persepsi sebegini seharusnya ditangkis daripada bersarang dalam minda masyarakat kerana aktiviti rekreasi
sebenarnya banyak membawa kepentingan kepada masyarakat.
Kepentingan rekreasi kepada masyarakat adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Perhubungan yang baik dalam kalangan
masyarakat merupakan tunjang galakan kepada perpaduan negara. Sebagai contoh, ketika menjalankan aktiviti rekreasi kita dapat berkenalan
dengan masyarakat di sekeliling kita dan daripada situ sebenarnya sudah bermula satu bentuk perhubungan yang seterusnya membawa kepada
perpaduan majmuk dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perhubungan yang baik hasil daripada rekreasi juga dapat membawa kepada
pembentukan komuniti yang bukan sahaja sihat dari segi kesihatan malah sihat dari segi perhubungan masyarakat itu sendiri. Dengan ini, aktiviti
rekreasi mampu mengeratkan hubungan masyarakat yang bersatu padu ibarat pepatah Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Selain itu, kepentingan aktiviti rekreasi adalah untuk melapangkan minda dan fikiran masyarakat. Sebagai contoh, dalam mengharungi
kesibukan serta tekanan kerja, aktiviti rekreasi seperti berbasikal dan beriadah dilihat sebagai satu penyelesaian kepada kita untuk
menghindarkan diri sebentar dari ruang lingkup kerja, justeru masyarakat seharusnya berpegang teguh pada prinsip badan sihat otak cerdas.
Seterusnya, kepentingan rekreasi kepada masyarakat adalah untuk bertukar-tukar pendapat• Setiap manusia mempunyai kekurangan
dan kelebihan maka seharusnya kekurangan serta kelebihan itu boleh digunakan bagi pertukaran idea, pendapat atau pandangan yang boleh
dilakukan menerusi medium berekreasi. Sebagai contoh, ketika berekreasi bersama-sama sahabat mahupun jiran, kita boleh bertukar-tukar dan
berkongsi pendapat serta idea. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini dapat mewujudkan satu bentuk komunikasi yang baik antara kita dengan
masyarakat yang seterusnya membawa kepada perpaduan kaum ibarat isi dengan kuku. Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti rekreasi dapat
dijadikan sebagai salah satu medium pertukaran dan perkongsian idea.
Akhir sekali, kepentingan rekreasi kepada masyarakat adalah untuk menyihatkan badan-. Hal ini demikian kerana kesihatan fizikal dan
mental merupakan dua elemen yang berkait dalam menjadikan tubuh badan kita sihat dan cergas. Sebagai contoh, aktiviti rekreasi seperti
berjoging dan berkelah bukan sahaja mampu menyihatkan badan malah dapat melapangkan fikiran kita. Jelasnya, aktiviti rekreasi merupakan
salah satu gaya hidup yang mampu menyegarkan dan menjadikan badan kita sihat.
Aktiviti rekreasi sebenarnya mempunyai banyak kepentingan dan kelebihannya. Oleh itu, masyarakat seharusnya meluangkan masa
untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi ibarat peribahasa hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Semua pihak
seharusnya menggembleng tenaga untuk mengambil modus operandi yang drastik bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan aktiviti
rekreasi dalam melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani.
AMALAN BERJIMAT CERMAT
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit dan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain, demikianlah ungkapan yang
menunjukkan bahawa kesenangan dan kekayaan tidak akan diperoleh dengan mudah. Kemewahan dan kekayaan yang ingin diperoleh hendaklah
dimulakan dengan cara berjimat cermat dan berdikit-dikit. Sesuai dengan suasana masa kini, amalan hidup ini amatlah tepat diamalkan oleh
masyarakat untuk melatih diri agar berjimat cermat. Amalan berjimat cermat merupakan amalan mulia yang akan memberikan impak yang besar
dalam diri setiap individu.
Kebaikan amalan berjimat cermat dapat menj amin kecemerlangan pendidikan individu. Sebagai pelajar, kita wajar sediakan payung
sebelum hujan dan sentiasa menyimpan wang. Pada masa ini, perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi semakin
melonjak berlipat kali ganda. Sekiranya amalan berjimat cermat menjadi prinsip hidup kita, segala masalah seperti melunaskan yuran pengajian
dapat diselesaikan dengan mudah. Hal ini jelaslah bahawa amalan berjimat cermat membantu kita untuk mencapai cita-cita dan mengecapi
kejayaan yang diingini.
Seterusnya, amalan berjimat cermat juga membantu kita pada hari tua. Tabungan untuk hari tua sangat penting kepada setiap individu.
Wang simpanan hasil tabungan itulah yang akan menjadi galang ganti sewaktu kita sudah tidak mampu untuk keluar bekerja. Generalisasinya,
amalan berjimat cermat penting untuk hari tua, seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Selain itu, amalan berjimat cermat juga penting sebagai persediaan untuk menghadapi waktu kecemasan seperti waktu sakit. Hal ini
demikian kerana kos perubatan semakin meningkat. Bagi golongan yang kurang berkemampuan, amalan berjimat cermat
dan menabung amat digalakkan untuk menampung kos perbelanjaan dan perubatan, kemalangan dan penyakit kronik yang dihidapi oleh diri
sendiri, ibu bapa atau kaum keluarga.
Selain faedah untuk diri, amalan berjimat cermat turut membantu meningkatkan kemajuan ekonomi dan pembangunan negara apabila
wang simpanan yang dicarumkan dalam institusi kewangan akan diperniagakan sama ada dalam pasaran saham ataupun membeli aset seperti
Amanah Saham Wawasan (ASW), Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB). Tambahan pula, sekiranya setiap
rakyat Malaysia menyumbangkan RM10 sebulan untuk tabungan dalam mana-mana institusi kewangan yang berdaftar seperti CIMB, Maybank
dan Bank Simpanan Nasional, bermakna kita mampu mengumpulkan dana berjumlah kira-kira RM240 juta berdasarkan jumlah rakyat Malaysia
yang berjumlah lebih 20 juta orang. Hal ini sekali gus meningkatkan pembangunan negara Malaysia. Dengan mempunyai dana yang banyak,
negara dapat meningkatkan dan menaiktarafkan prasarana, pembangunan negara setanding dengan negara maju di dunia, malah ekonomi negara
turut meningkat. Oleh itu, kita perlu menyimpan wang untuk kepentingan semua pihak.
Kesimpulannya, amalan berjimat cermat mempunyai banyak faedah untuk kepentingan individu, keluarga dan negara. Sesungguhnya,
kita wajar berpegang pada falsafah ingat sebelum kena dan berjimat sementara belum habis. Elakkan tabiat membazir yang kelak memakan diri.
Amalan berjimat cermat juga perlu ditingkatkan untuk kesenangan hidup pada kemudian hari. Oleh itu, marilah kita mengamalkan amalan
berjimat cermat untuk memperoleh kehidupan yang baik, seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing di peringkat
global.
PENGANGKUTAN MODEN
Kemajuan teknologi maklumat membolehkan terciptanya pelbagai kemudahan dalam bidang pengangkutan. Jika diamati secara telus,
kita dapat melihat bahawa bidang pengangkutan mengalami fasa pembangunan dan pemodenan. Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai
kemudahan pengangkutan moden di negara ini seperti Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT),
perkhidmatan monorel, kapal kontena dan sebagainya. Kemudahan ini telah lama menjadi nadi kelancaran pengangkutan utama di bandar utama.
Mauduknya, pengangkutan moden mempunyai pelbagai kepentingan kepada rakyat di negara ini.
Lanjutan daripada itu, sistem pengangkutan moden dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang pada kebiasaannya melanda di
bandar-bandar utama pada waktu puncak. Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi, monorel dan LRT dapat
mengurangkan kadar kesesakan dan kemalangan yang berlaku di bandar-bandar yang sentiasa sibuk. Selain itu, masalah tempat letak kereta dan
pencemaran juga dapat dikurangkan dengan adanya pengangkutan moden.
Selain itu, pengangkutan moden juga dapat menjimatkan masa perjalanan yang dilalui oleh seseorang. Contohnya, LRT dan monorel
dapat memendekkan masa perjalanan. Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia pula dapat memendekkan masa perjalanan dari semua
lokasi di dalam dan di luar negara. Seterusnya, segala aktiviti harian dapat dijalankan dengan cepat kerana tempoh perjalanan yang pendek
memberikan peluang untuk menyelesaikan pelbagai aktiviti harian. Tempoh masa perjalanan yang singkat juga memberikan kelebihan kepada
peniaga untuk memudahkan urusan perkhidmatan dan pentadbiran dengan lebih efisien. Deduksinya, kita perlulah menjimatkan masa perjalanan
untuk menghargai masa kerana pepatah ada mengatakan bahawa masa itu emas.
Seterusnya, sistem pengangkutan moden dapat memudahka perhubungan antara satu dengan yang lain. Kajian telanh menunjukkan
bahawa sebanyak 96 peratus institusi kekeluargaan di negara ini mempunyai kenderaan sendiri. Walau bagaimanapun pengangkutan awam tetap
disediakan di seluruh negara dan dapati digunakan oleh pengguna yang tiada kenderaan sendiri. Cuaca buruk juga tidak dapat menghalang
pergerakan masyarakat kerana kita memiliki kemudahan pengangkutan yang serba lengkap. Tegasnya, terbuktilah bahawa pengangkutan moden
juga mampu memudahkan perhubungan.
Akhir sekali, perkembangan dalam bidang pengangkutan moden dapat mengurangkan kos penghantaran barangan. Sebagai
analoginya, pengangkutan udara membolehkan penghantaran barangan yang cepat rosak atau ubat-ubatan disalurkan ke kawasan pedalaman dan
terpencil dengan cepat. Manakala bagi kemudahan kontena pula, kapal kontena dapat mengangkut barang dalam kuantitinya yang banyak dalam
satu-satu masa. Hal ini dapat meningkatkan kadar import dan eksport negara. Selain itu, kos buruh dan tenaga kerja yang ramai juga dapat
dijimatkan. Maka, perkembangan dalam teknologi pengangkutan moden membolehkan kos menghantar barangan dapat dikurangkan.
Kesimpulannya, setiap individu perlulah menghargai segala kemudahan pengangkutan moden yang disediakan oleh negara pada hari
ini. Selain itu, kita juga perlulah menyedari bahawa sikap kita sendirilah yang akan menentukan kemajuan negara dalam sistem pengangkutan
untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain bak kata pepatah duduk sama rendah berdiri sama tinggi Secara totalnya, sistem
pengangkutan moden perlulah dibangunkan dengan kadar yang segera kerana sistem pengangkutan moden ini memberikan seribu satu
kepentingan kepada rakyat Malaysia.
PERPADUAN KAUM
Pada hari ini, isuperpaduan kaum dan integrasi nasional divar-uarkan oleh semua pihak. Sekolah perlu memainkan peranan yang
dominan dalam pembentukan nilai-nilai kesepaduan masyarakat. Sebelum nasi menjadi bubur, kita hendaklah menggembleng tenaga dalam
menangani isu global persis seikat bak sirih, serumpun bak serai. Oleh itui usaha-usaha yang efektif dan drastik perlu dilakukan segera oleh
pihak sekolah untuk mengatasi masalah nasional yang sudah bersarang lama ini.
Pelaksanaan yang perlu ditekankan oleh pihak sekolah ialah penyertaan murid-murid dalam aktiviti sukan dan riadah. Pelibatan murid-
murid pelbagai kaum dalam aktiviti sukan secara b erpasukan seperti permainan badminton, bola sepak dan bola keranjang secara tidak langsung
dapat menjalinkan perpaduan. Selain itu, aktiviti perkhemahan dan kem motivasi telah menjadi serampang dua mata, bukan setakat aktiviti ini
mampu menyemai perpaduan yang utuh dan mapan, malah dapat mempertingkatkan kemahiran kepimpinan dalam mentadbir sesuatu kumpulan.
Jelaslah, pihak sekolah haruslah menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang sukan agar perpaduan dapat disemai secara
menyeluruh.
Sudah menjadi satu tanggungjawab sebagai seorang murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.
Dalam konteks ini, aktiviti gotong-royong dapat dijalankan dengan pelibatan murid-murid pelbagai bangsa. Memetik ucapan perasmian kempen
bergotong-royong pada peringkat nasional oleh Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat pernah menegaskan
bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilaimurni dalam diri. Fenomena ini sama
seperti sambil menyelam minum air kerana gotong-royong dapat menceriakan kawasan sekolah sekali gus mengukuhkan keakraban dan
hubungan rapat yang diumpamakan sebagai wadah semangat bersatu padu hasil keberkatan semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Jelasnya, aktiviti gotong-royong mampu mempererat jalinan mesra sesama kaum.
Mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengilhamkan aktiviti Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) pada tahun 1986 sebagai jalan penyelesaian. Aktiviti RIMUP merupakan aktiviti bercorak integrasi kaum dan
penggabungan kegiatan khas, penggunaan kemudahan dan peralatan sekolah secara bersama, perkongsian dan penggemblengan tenaga,
pengalaman dan kepakaran warga sekolah. Program sekolah yang dijalankan pasti akan melibatkan gabungan setiap kaum terutamanya dalam
aktiviti berkumpulan untuk melahirkan jalinan mesra sesama individu. Lantaran itu, aktiviti RIMUP ini haruslah dilaksanakan untuk mempererat
hubungan antara kaum dan sekaligus mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berupaya meningkatkan martabat bahasa ibunda. Oleh itu, pihak sekolah
perlulah mempraktikkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua aktiviti. Pihak sekolah juga menjadi medium untuk memastikan warga
sekolah menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dari segi nahu dan tatabahasa. Semua sekolah swasta juga wajar mengutamakan bahasa
kebangsaan dalam setiap majlis rasmi yang diadakan kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Pendek kata, segenap lapisan masyarakat di seluruh pelosok
negara haruslah memartabatkan bahasa Melayu agar perpaduan kaum terus dijulang.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah memelihara perpaduan demi keselamatan dan kestabilan negara. Perpaduan diumpamakan
sebagai tonggak kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan. Sesungguhnya, usaha yang padu dan komited daripada semua rakyat Malaysia
amatlah diharapkan dalam merealisasikan Wawasan 2020.
BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Kebaikan membeli barangan buatan tempatan bermaksud faedah memperoleh bahan yang dihasilkan dan dibuat di negara sendiri.
Dalam menongkah arus globalisasi, kini negara kita Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan barangan buatan sendiri yang
menunjukkan produktiviti dan kreativiti rakyat Malaysia. Kerajaan telah melancarkan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia pada 14 April
1994 dan usaha ini telah dimurnikan semula oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun
1998. Masyarakat diseru supaya menyokong barangan tempatan agar kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain, justeru
terdapat pelbagai kebaikan membeli barangan buatan Malaysia.
Kebaikan membeli barangan buatan Malaysia adalah untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga. Sesebuah institusi keluarga tidak
perlu mengeluarkan belanja yang banyak semata-mata untuk membeli barangan dari luar negara. Barangan buatan Malaysia semestinya
mengikuti piawaian yang standard dari segi kualiti dan kuantitinya. Harga barangan yang dipasarkan di Malaysia tidak terlalu mahal jika
dibandingkan dengan barangan dari luar negara yang belum tentu lagi kualiti dan jaminannya. Membeli barangan buatan tempatan dapat
membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan keluarga terutamanya keluarga yang kurang berkemampuan seperti inisiatif pihak kerajaan
untuk mewujudkan program 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, iaitu Kedai 1Malaysia yang menjamin harga yang
rendah dan berpatutan untuk rakyat.
Selain itu, membeli barangan buatan Malaysia dapat memajukan industri tempatan dan meningkatkan ekonomi negara kita. Barangan
tempatan seperti pakaian, makanan dan kraf tradisional semakin rancak dipasarkan di negara kita, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Wang
hasil titik peluh bekerja rakyat Malaysia tidak hanya disalurkan kepada pertumbuhan ekonomi negara, sebaliknya disumbangkan kepada
pembangunan industri tempatan. Secara total, rakyat Malaysia disarankan untuk membeli barangan buatan tempatan bagi menjamin kemajuan
ekonomi negara.
Seterusnya, pembelian barangan buatan Malaysia dapat meningkatkan imej negara di seantero dunia. Perkara ini jelas apabila
perbandingan dibuat antara produk keluaran tempatan dengan produk hasilan luar negara dan didapati bahawa senarai produktiviti terbaik
diungguli oleh barangan tempatan seperti Petronas, Maybank dan DiGi. Malaysia ialah negara terawal yang mengeluarkan kenderaan automotif
seperti Perodua, Proton dan Modenas. Hal ini menjadikan negara kita setanding dengan negara maju yang lain. Selain itu, Malaysia juga telah
berjaya menghasilkan enjin berkuasa tinggi bagi kenderaan automotif Fomula 1 yang sememangnya tidak mudah dicapai oleh negara lain dan
pencapaian ini menunjukkan kepentingan rakyat untuk menyumbang kepakaran kepada negara sendiri seterusnya meningkatkan imej negara.
Membeli barangan buatan tempatan juga memberikan prakarsa dalam menyemai semangat patriotik dan cinta akan negara dalam diri
rakyat Malaysia. Melalui penghasilan pelbagai barangan buatan Malaysia yang bermutu dan berkualiti serta pasaran Malaysia yang semakin
melebar di dalam dan luar negara, rakyat dapat menjanakan produktiviti industri tempatan seterusnya menjadi pengguna setia. Contohnya,
produk makanan berjenama Malaysia seperti Ayamas dan makanan segera yang dipasarkan di kota metropolitan London telah meningkatkan
semangat patriotisme rakyat Malaysia terutamanya mereka yang menuntut di luar negara. Anak watan yang merantau di luar negara akan berasa
bangga kerana terdapat barangan tempatan yang dipasarkan di luar negara.
Kesimpulannya, membeli barangan buatan Malaysia memberikan pelbagai kebaikan. Semua pihak termasuk rakyat, kerajaan, pihak
swasta, dan badan bukan kerajaan (NGO) perlulah bekerjasama dalam usaha meningkatkan dan menyokong barangan buatan tempatan untuk
menjanakan ekonomi negara Malaysia.
PYRAMID MAKANAN
Isu pengambilan makanan segera dalam kalangan keluarga yang kedua-dua ibu bapanya berkerjaya semakin meningkat. Selain itu,
kesan pemakanan yang tidak sihat juga kian dilupakan. Sememangnya hal ini amat membimbangkan kerana dapat mengundang penyakit-
penyakit yang memudaratkan diri kita sendiri seperti penyakit diabetes, darah tinggi dan obesiti. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin
mestilah mengetahui kebaikan-kebaikan pemakanan yang seimbang kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sebagaimana yang kita ketahui, makanan yang baik mempengaruhi tumbesaran fizikal yang seimbang. Hal ini berlaku disebabkan
makanan yang baik mengandungi vitamin dan mineral penting untuk pembentukan serta pengekalan kedudukan badan selain membantu
mengeluarkan bahan kumuhan secara normal. Tambahan pula, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat terhasil daripada pengambilan
makanan yang mengandungi nutrien. Oleh itu, kita mestilah mengambil makanan yang berkhasiat untuk merangsang proses tumbesaran fizikal
yang seimbang.
Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang dapat mengawal penyakit obesiti atau kegemukan. Hal ini dibuktikan melalui
pengambilan makanan segera dan makanan ringan seperti ayam goreng yang menjadi punca obesiti dalam kalangan anak-anak yang mempunyai
lingkungan umur 18 tahun ke bawah. Lantaran itu, ibu bapa mestilah menghindari perkara tersebut dengan cara mendidik anak-anak mereka
supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam menu harian sama ada di rumah atau di luar. Seterusnya, anak-anak juga harus
digalakkan mengamalkan pengambilan buah-buahan segar apabila berasa lapar kerana alah bisa tegal biasa. Oleh itu, kita perlulah mengorak
langkah sekarang dengan makan makanan yang sihat agar dapat mencegah penyakit obesiti.
Sementara itu, kebaikan lain pula adalah dengan mencegah penyakit terutamanya penyakit kronik. Hal ini dapat dilaksanakan
jika kita mematuhi setiap panduan pemakanan yang ditetapkan. Kita perlulah mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang diproses dan
diawet sebaliknya mengamalkan makanan yang berorganik. Hal ini demikian kerana kajian mendapati 50 peratus agen pengoksidaan datangnya
daripada makanan yang berorganik tinggi seterusnya berperanan mencegah penyakit kanser. Oleh itu, kita mestilah bertindak segera kerana lalai
sesaat adakalanya mencurahkan air mata.
Dalam pada itu, amalan pemakanan yang sihat dan seimbang dapat mengelakkan gangguan perkembangan mental secara menyeluruh.
Contohnya, kandungan perasa makanan, iaitu monosodium glutamat (MSG) yang tinggi serta lemak berlebihan dalam makanan ringan
mengakibatkan otak gagal berfungsi dengan baik. Sebenarnya, punca peningkatan peratus keganasan dalam kalangan masyarakat berlaku
disebabkan cara pemakanan yang tidak sihat dan kurang mendapat khasiat Omega-3. Pengambilan makanan seimbang amat penting untuk
memastikan perjalanan hidup sentiasa lancar sekali gus mampu mengelakkan penyakit buta terutamanya apabila umur meningkat dalam
lingkungan 55 hingga 80 tahun. Oleh itu, kita mestilah mengambil makanan yang seimbang berpandukan piramid makanan yang betul kerana
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Secara total, setiap masyarakat perlu menyedari kepentingan pengambilan makanan yang seimbang dan perlu dipupuk sedari kecil
lagi. Oleh hal yang demikian, semua pihak mestilah berganding bahu dan bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya kita dapat menjalani gaya
hidup yang aktif dan cergas. Akhir kata, setiap individu mestilah mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang berpandukan
piramid makanan agar dapat melahirkan sebuah komuniti masyarakat yang produktif dan mampu meningkatkan kemajuan negara kerana badan
sihat, otak cerdas.
PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan kepada kita. Namun, akhir-akhir ini sikap alpa dan terlalu mengejar
kemewahan menyebabkan alam sekitar dieksploitasi tanpa kawalan atas takrifan pembangunan. Sungai, udara dan kawasan hutan serta
persekitaran merupakan kawasan yang lazimnya dicemari dewasa ini. Oleh itu, punca-punca pencemaran alam sekitar perlu dikenal pasti
sebelum menjadi lebih parah, persis peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru tengadah.
Punca pencemaran alam sekitar yang dominan ialah pembuangan sampah sarap dan sisa buangan domestik di merata-rata tempat telah
menjadi penyumbang pencemaran yang serius. Hasilnya, penyebaran pelbagai jenis penyakit semakin berleluasa kesan daripada bau yang
kurang menyenangkan dan pembiakan lalat. Keadaan longgokan sampah yang lama juga menjejaskan pemandangan alam sekitar seterusnya
imej negara. Sebagai contoh, 70 peratus pencemaran sungai di negara ini berlaku daripada pembuangan sampah sarap tanpa kawalan dan sikap
ini boleh diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Jelasnya, sikap mementingkan diri sendiri harus dihindari
agar pencemaran dapat ditangani.
Tambahan lagi, perkembangan sektor perindustrian seperti industri elektronik, industri kimia dan industri pemprosesan hasil pertanian
telah mengakibatkan penambahan pada pelepasan gas organik dan bukan organik, bahan kimia beracun seperti nitrogen, sulfur dioksida,
hidrokarbon dan habuk toksik. Pelepasan asap tanpa kawalan akan menjejaskan kualiti udara dan seterusnya memberikan risiko kepada
kesihatan manusia seperti kesukaran bernafas. Oleh itu, kawalan pihak berwajib terhadap pelepasan asap dari kilang-kilang industri dilihat
mampu menurunkan kadar pencemaran udara di kawasan perindustrian.
Selain itu, pembuangan sisa toksik daripada penempatan setinggan dan sektor perkilangan juga akan menjejaskan ekosistem air. Hal
ini demikian kerana kelodak dan pembuangan serta pelepasan sisa buangan dari kilang seperti sisa logam, plastik, pelarut-pelarut organik dan
sisa-sisa kimia yang lain sememangnya boleh memusnahkan segala hidupan air dan habitatnya. Analoginya, air sungai yang tercemar dengan
sisa toksid boleh dielakkan jika slogan "Cintai Sungai Kita" menjadi pegangan masyarakat.
Seterusnya, aktiviti penebangan hutan untuk kegunaan industri dan pertanian turut mengakibatkan air dan udara tercemar. Tanah akan
terdedah kepada hakisan air hujan dan berlaku pengaliran tanah ke dalam sungai bersama-sama kelodak, ranting pokok dan kayu. Impaknya,
aliran air tersekat dan terjadinya banjir kilat di kawasan berhampiran. Selain itu, suhu mikro di kawasan-kawasan yang telah digondolkan akan
meningkat kerana permukaan bumi menerima cahaya matahari secara terus. Sekiranya keadaan ini tidak dibendung, maka suhu setempat akan
menjadi semakin panas. Oleh itu, langkah yang drastik perlu diambil bagi memastikan kawasan hutan tidak diterokai dengan membabi buta
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Kesimpulannya, punca-punca pencemaran alam sekitar perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana hanya dengan koordinasi
pihak berwajib dan masyarakat, kita dapat mengawal kadar pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing. Oleh itu, pemeliharaan dan
pemuliharaan warisan sumber alam perlu dilakukan demi kepentingan dan keperluan generasi masa depan kerana bumi kita warisan kita.
USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional merupakan salah satu warisan yang menj adi lambang jati diri masyarakat Malaysia pada zaman dahulu.
Lambakan permainan komputer dan alat elektronik yang canggih di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan telah meminggirkan
peranan permainan tradisional sebagai wadah pengikat hubungan masyarakat setempat. Kepupusan permainan tradisional berhubung rapat
dengan perubahan cara hidup dan pengaruh persekitaran masyarakat yang tinggal di bandar. Justeru itu, pelbagai usaha yang pragmatik perlulah
dilaksanakan oleh semua pihak untuk mempopularkan permainan tradisional.
Pendedahan awal perlulah diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang permainan tradisional. Ibu bapa mestilah mengenalkan
dan mengajarkan permainan tradisional seperti congkak, gasing, sepak raga dan wau kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata peribahasa
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Permainan tradisional juga perlulah dijadikan sebagai aktiviti rutin bagi mengisi masa senggang sama
ada di rumah atau pada masa cuti sekolah. Jelaslah, ibu bapa hendaklah memberikan pendedahan awal tentang kepentingan permainan
tradisional agar anak-anak dapat meneruskan usaha untuk mempopularkan permainan tradisional.
Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memasukkan aktiviti permainan tradisional sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum
murid. Pihak sekolah mestilah menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Hal ini bertujuan memberikan peluang
kepada murid-murid untuk lebih meminati permainan tradisional warisan tinggalan nenek moyang mereka bak kata pepatah tak kenal maka tak
cinta. Guru-guru perlulah berganding bahu dan berusaha untuk mempopularkan permainan tradisional agar dapat mengangkat martabat
permainan tradisional ke tahap yang lebih membanggakan.
Seterusnya, pihak kerajaan hendaklah menganjurkan kempen dan promosi permainan tradisional dengan lebih meluas. Hal ini
bertujuan menarik minat orang ramai untuk mengenali permainan tradisional dengan lebih mendalam. Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan misalnya perlulah merancang pelan perjalanan kempen dengan kerjasama pihak media massa untuk menyiarkan rencana dan
dokumentari berkaitan permainan tradisional. Langkah ini dipercayai dapat memperluas penguasaan permainan tradisional di seluruh Malaysia
umpama pegaga tumbuh melata. Selain itu, pihak kerajaan dengan kerjasama daripada pihak media massa juga boleh menyiarkan program
sukaneka berunsurkan permainan tradisional atau dikenali sebagai sukan rakyat untuk mengetengahkan permainan tradisional tersebut.
Akhir sekali, pelbagai pertandingan yang berunsurkan permainan tradisional wajar dianjurkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Pertandingan ini perlulah bersifat terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Melalui kerjasama
penajaan yang diberikan, Festival Layang-layang Sedunia di Pasir Gudang, Johor misalnya dapat diadakan oleh kerajaan negeri dengan pelbagai
penyertaan dari seluruh dunia. Hal ini membuktikan bahawa warisan permainan tradisional kita, iaitu permainan wau atau layang-layang turut
menjadi kegilaan masyarakat luar negara. Sesungguhnya, pelbagai pertandingan yang dianjurkan menzahirkan kekayaan permainan tradisional
di negara ini.
Kesimpulannya, semua pihak berperanan untuk memastikan peninggalan warisan bangsa terus popular dan dimartabatkan pada
peringkat global. Khazanah budaya bangsa kita mestilah terus dipelihara agar tidak lenyap dek zaman bak kata pepatah tak lapuk dek hujan tak
lekang dek panas. Sudah terang lagi bersuluh bahawa permainan tradisional yang diwarisi sejak berkurun lamanya amat penting dan bermakna
buat setiap individu yang mencintai warisan budaya bangsa.
PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUH
Tanpa kita sedari, telah banyak berlakunya bencana alam kerana implikasi perbuatan manusia sendiri seperti kejadian tanah runtuh.
Fenomena ini amat berkait rapat dengan sikap masyarakat yang mementingkan keuntungan semata-mata daripada berusaha untuk mengekalkan
alam semula jadi. Buktinya, kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini telah meragut banyak nyawa selain menyebabkan
kehilangan tempat kediaman malah kerugian harta benda. Oleh itu, kita perlulah mencari akar umbi yang mengakibatkan kejadian tanah runtuh
pada masa ini seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Kerja-kerja penarahan cerun merupakan salah satu punca berlakunya tanah runtuh. Hal ini kerana aktiviti pemotongan dan
pengubahsuaian cerun bagi tujuan membina bangunan atau laluan kenderaan akan melemahkan struktur tanah. Malah, beban berlebihan di
puncak cerun juga menyebabkan kejadian geluncuran tanah berlaku dengan begitu mudah. Sekiranya kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan
cerun tidak dijalankan secara berkala sudah pasti risiko tanah runtuh yang lebih besar akan berlaku. Sesungguhnya, peribahasa ingat sementara
sebelum kena mestilah dijadikan panduan dalam menjaga keindahan alam sekitar.
Bertitik tolak dari situ, aktiviti pembangunan dan ekonomi juga menjadi faktor berlakunya kejadian tanah runtuh ini. Pembinaan •
hotel, kawasan kediaman mewah dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang akan mengeruhkan keadaan kerana bakal menjadi punca
tragedi tanah runtuh yang semakin meningkat saban hari. • Bukan itu sahaja, penambakan dan pemotongan bukit yang tidak mengambil kira
sudut kecuraman, kekuatan batuan, darjah luluhawa serta pengaruh litupan tumbuhan mendorong kejadian tanah runtuh • seperti Tragedi
Highland Towers. Tegasnya, sikap pemaju yang mengetepikan keselamatan dan pengawasan projek pembangunan tanah tinggi telah
menjejaskan keindahan alam sekitar.
Di samping itu, punca lain yang menyumbang kepada kejadian tanah runtuh ialah penebangan hutan tanpa kawalan. Hal ini demikian
kerana penggondolan hutan untuk aktiviti pertanian secara haram yang semakin berleluasa menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.
Hal ini ditambah lagi dengan pembalakan haram yang memusnahkan anak-anak pokok seterusnya menjadikan hakisan cerun bukit lebih giat.
Struktur tanah juga menjadi longgar akibat ketiadaan pelindung atau tanaman tutup bumi.
Akhir sekali, faktor semula jadi merupakan punca kepada berlakunya kejadian tanah runtuh. Hujan lebat yang berterusan menjadikan
kandungan air dalam tanah banyak dan boleh melemahkan struktur tanah menyebabkan tanah mudah runtuh. Tambahan lagi, gempa bumi yang
berlaku mengakibatkan pergerakan dan gegaran serta ketegangan struktur cerun lalu mempengaruhi kekuatan cerun dan membentuk pergerakan
sesar aktif. Kesannya, runtuhan akan menghasilkan mendakan lumpur yang banyak. Hujan lebat pula membawa bahan tersebut ke kawasan
rendah dan akhirnya berlakulah banjir.
Kesimpulannya, semua pihak harus bermuhasabah agar kejadian tanah runtuh tidak terus berulang. Kita perlulah mengemudi dan
menghargai alam dengan sebaik-baik yang mungkin demi mengekalkan kewujudannya. Semua lapisan masyarakat seharusnya bekerjasama
dalam mengurangkan kejadian tanah runtuh kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, kita haruslah
melestarikan dan memulihara alam sekitar agar generasi akan datang dapat hidup dalam keadaan sejahtera seterusnya mampu melangkah
sederap dengan pembangunan negara.
Kepentingan Kempen Cuti-cuti Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik, bukan sahaja dari segi kemajmukan rakyatnya, tetapi unik dari segi kedudukan
geografinya. Oleh yang demikian, terdapat banyak lokasi atau destinasi yang dapat dijadikan sebagai pusat pelancongan yang mampu menarik,
sama ada pelancong domestik ataupun pelancong antarabangsa. Hal ini amat bertepatan dengan agenda kerajaan yang kini mempromosikan
Kempen Cuti-cuti Malaysia dalam kalangan rakyat dan juga di peringkat antarabangsa.
Antara kepentingan kerajaan mempromosikan Kempen Cuti-cuti Malaysia adalah dapat meningkatkan sektor ekonomi negara. Dalam
keadaan ekonomi global yang tidak menentu ini, sesebuah negara haruslah bijak memanfaatkan kekuatan dalaman yang dimilikinya dan tidak
hanya bergantung pada sektor-sektor yang ditentukan oleh negara-negara kaya sahaja. Oleh itu, melalui sektor pelancongan ini juga kita dapat
menjana kegiatan ekonomi domestik yang lebih cergas, terutamanya dalam kalangan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Di samping itu, kepentingan lain yang diperoleh adalah dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga Malaysia. Melalui
kempen tersebut, sektor pelancongan dapat diaktifkan dan keadaan ini juga akan menggerakkan momentum ekonomi bidang-bidang lain seperti
perhotelan, industri desa, pengangkutan, perkhidmatan dan sebagainya. Keadaan ini sudah tentu dapat mewujudkan bidang pekerjaan sekali gus
dapat mengurangkan jumlah penganggur.
Pada masa yang sama juga, kempen ini dapat mempromosi negara Malaysia. Hal ini sudah tentu dapat meningkatkan imej Malaysia,
sama ada di peringkat negara serantau atau di peringkat jagatraya. Secara tidak langsung, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara
lain akan terjalin. Malah, pertukaran budaya juga dapat diwujudkan. Di samping itu, kita dapat mempromosikan budaya unik Malaysia. Dalam
erti kata yang lain, kempen ini merupakan satu mekanisme untuk mempromosi dan menjual nama Malaysia agar gah di mata dunia.
Kesimpulannya, Kempen Cuti-cuti Malaysia haruslah dilaksanakan secara berkesinam-bungan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Dari segi pelaksanaannya pula, semua pihak haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan, terutamanya sektor swasta yang harus
menjadikan agenda ini sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR). Jika semua pihak sehati sejiwa, senada seirama, sudah tentulah kempen ini
akan mencapai sasarannya.
Punca-punca Kemalangan Maut
Malaysia semakin disegani oleh kawan dan lawan. Dari semasa ke semasa, imej Malaysia semakin tersohor. Pelancong daripada
pelbagai negara semakin bertambah bilangannya. Hal ini sudah tentu dapat menjana pendapatan negara. Namun demikian, perkara yang sering
diperkatakan oleh para pelancong ialah sikap rakyat Malaysia ketika berada di jalan raya yang sering menyebabkan berlakunya kemalangan.
Antara punca kemalangan ialah sikap cuai pemandu ketika berada di jalan raya. Oleh sebab ingin mengejar masa, ada segelintir
pemandu yang tidak mementingkan keselamatan orang lain. Sikap ini akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Malah, terdapat
pakar psikologi yang berpendapat bilangan pemandu yang cuai semakin meningkat, terutamanya di bandar-bandar besar disebabkan cara hidup
kota yang memberikan tekanan kepada penghuninya.
Terdapat segelintir pemandu yang bersikap acuh tidak acuh serta memandang enteng terhadap peraturan jalan raya. Malah, ada yang
menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk menguji prestasi enjin kenderaan masing-masing. Walaupun pelbagai operasi dan kempen
dijalankan oleh pihak yang berkuasa, namun mereka hanya menghormati peraturan jalan raya ketika operasi atau kempen dijalankan. Selepas itu,
sikap mereka berubah seperti sediakala, bak kata pepatah bagai mencurah air ke daun keladi dan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Menurut kajian yang dijalankan, antara punca berlakunya kemalangan jalan raya ialah kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan
baik. Banyak pemandu atau pemilik kenderaan memberikan alasan kesibukan atau ketiadaan masa untuk menyelenggarakan kenderaan mereka.
Tahukah mereka, membawa kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik adalah sama seperti telur di hujung tanduk? jika tidak bernasib
baik akan berlaku kejadian-kejadian seperti brek tidak berfungsi, tayar kenderaan meletup, lampu kenderaan tidak berfungsi dan sebagainya.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya akan terus berlaku jika pemandu Malaysia tidak melakukan anjakan paradigma walaupun
bermacam-macam kempen dilaksanakan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan
kesungguhan yang harus ditunjukkan oleh semua pihak untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Persiapan Pelajar untuk Menghadapi Dunia Kerjaya
Golongan muda merupakan modal insan yang paling penting untuk menjana ekonomi negara agar dapat bersaing dengan negara-negara
lain. Namun begitu, pada era pascamoden ini, golongan muda termasuk pelajar haruslah mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai maklumat
serta kemahiran agar mereka dapat menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara. Jika tidak, mereka akan menghadapi
kesukaran untuk diterima dalam pasaran kerja.
Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah dari segi penguasaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Pada era yang serba
canggih ini, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi sangat diperlukan dan digunakan secara meluas, sama ada oleh badan kerajaan ataupun
pihak swasta. Oleh itu, penguasaan dalam bidang ini akan memberikan bonus kepada golongan pelajar semasa mencari pekerjaan kelak.
Selain itu, pelajar-pelajar juga harus menguasai kemahiran berbahasa asing di samping bahasa kebangsaan. Hal ini disebabkan, seseorang
yang menguasai sekurang-kurangnya dwibahasa lebih diberikan keutamaan berbanding seseorang yang hanya menguasai ekabahasa. Antara
sebabnya, pada era globalisasi ini, kejayaan sesebuah organisasi atau syarikat amat bergantung pada pemasaran secara meluas. Oleh yang demikian,
dengan menguasai bahasa asing, komunikasi secara global dapat dijalankan untuk meluaskan empayar pemasaran.
Di samping itu, pelajar juga harus melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi, terutamanya komunikasi interpersonal.
Komunikasi interpersonal ini merujuk kepada hubungan antara individu dengan individu yang lain. Kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja
tidak mencukupi untuk menjanjikan kerja jika seseorang itu tidak berkomunikasi dengan orang lain. Kegagalan untuk berkomunikasi secara
berkesan menunjukkan seseorang itu mengalami masalah rendah diri.
Kesimpulannya, isu pengangguran kini semakin diperkatakan. Oleh itu, sebagai pelajar, mereka haruslah melengkapkan diri mereka
dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran. Melalui cara ini, pelajar akan lebih bersedia untuk terjun ke dalam dunia kerjaya, bak kata
pepatah, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung.
Peranan Remaja Sebagai Aset Negara
Pada era dunia tanpa sempadan ini, negara kita, Malaysia sentiasa berusaha untuk meletakkan imej negara di persada dunia. Namun,
hal ini tidak mungkin berlaku jika golongan remaja terus hanyut dengan gejala sosial kerana remaja merupakan aset negara yang bakal
menerajui negara pada suatu hari nanti.
Sebagai aset negara, remaja harus memiliki ilrnu pengetahuan, terutamanya dalam bidang yang amat diperlukan untuk membangunkan
negara. Antara bidang tersebut ialah bidang sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi dan sebagainya. Oleh itu, remaja tidak
harus membuang masa, terutamanya semasa di alam persekolahan. Mereka seharusnya memanfaatkan masa tersebut untuk mendapatkan ilmu
sebanyak mungkin.
Selain itu, untuk menjadi aset negara, remaja haruslah melengkapkan diri dengan sahsiah dan peribadi yang murni. Hal ini amat
ditekankan, terutamanya dalam Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan
intelek. Oleh itu, sebagai modal insan, remaja harus memiliki jati diri yang utuh supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam
kebejatan sosial.
Di samping itu, sebagai aset negara, remaja juga haruslah mempunyai semangat nasionalisme yang kental. Tiada maknanya negara
kita memiliki jutaan remaja, tetapi jiwa mereka kosong dengan semangat cinta akan tanah air. Natijahnya, negara kita akan terdedah dengan
bahaya daripada anasir-anasir luar yang dapat menggugat keamanan dan keharmonian negara. Oleh itu, semangat nasionalisme perlu sentiasa
tertanam dalam diri mereka.
Kesimpulannya, remaja memang merupakan aset negara yang paling penting. Semua pihak harus sehati sejiwa dalam usaha untuk
membina dan membangunkan golongan remaja agar menjadi insan yang berguna kepada negara. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing haruslah dikikis, terutamanya dalam memantau serta menegur remaja kita. Hal ini kerana remaja yang murni biasanya
lahir dalam kalangan masyarakat yang murni juga.
Manfaat daripada Aktiviti Kokurikulum
Sekolah merupakan wahana pendidikan yang bukan sahaja dapat membentuk dan melahirkan rakyat Malaysia yang celik ilmu
pengetahuan, tetapi mempunyai keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Oleh yang demikian, selain pencapaian cemerlang dalam aspek akademik, kegiatan kokurikulum juga merupakan aspek penting yang harus
dititikberatkan.
Antara kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ialah dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin seperti mematuhi
peraturan, menepati masa, menghormati pemimpin, dan bekerjasama dalam kumpulan. Disiplin yang utuh dalam diri seseorang pelajar
merupakan satu aset penting untuk melahirkan modal insan yang dapat menjana ekonomi negara.
Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk bakat kepemimpinan dalam kalangan pelajar. Pelajar merupakan golongan
muda yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian, melalui aktiviti kokurikulum para pelajar
akan dipertanggungjawabkan dengan jawatan atau tugas-tugas tertentu. Dengan cara ini, para pelajar diasuh agar memiliki ciri-ciri
kepemimpinan seperti nilai bertanggung-jawab, amanah, berketerampilan, dan dapat berkomunikasi secara lebih berkesan.
Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan integrasi antara kaum. Dengan menyertai
aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, seminar, pertandingan dan sebagainya, sudah tentu jalinan perpaduan antara kaum dapat kita kecapi.
Secara tidak langsung juga, kita dapat mengenali adat resam serta budaya kaum-kaum yang lain.
Secara tuntasnya, jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai banyak manfaatnya. Sebagai ibu bapa kita harus menggalakkan
anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum kerana terdapat cogan kata yang berbunyi, otak yang cerdas berpunca daripada tubuh yang
cergas. Anak-anak pula merupakan aset penting yang dapat menjana pembangunan negara pada masa hadapan.
Usaha Memupuk Amalan Membaca
Antara frasa menarik yang sering kedengaran ialah slogan `Membaca Jambatan Ilmu'. Hal ini jelas menunjukkan bahawa amalan
membaca sangat penting untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan progresif. Rakyat yang berilmu ialah elemen utama untuk
memacu pembangunan negara agar dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.
Antara cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia ialah ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik.
Dalam hal ini, ibu bapa harus menunjukkan minat membaca terlebih dahulu, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika perkara
ini berlaku dalam kehidupan seseorang anak sejak kecil lagi, maka amalan membaca lebih mudah ditanamkan dalam jiwa mereka.
Selain itu, ibu bapa haruslah memberikan pendedahan awal kepada anak-anak terhadap bahan bacaan yang sesuai. Dalam hal ini, ibu
bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di sudut rumah agar dapat memberikan rangsangan kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Dengan cara ini, amalan membaca dapat dipupuk sejak peringkat akar umbi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Di samping itu, pelaksanaan kempen membaca haruslah diteruskan dari semasa ke semasa. Misalnya, program bacaan NILAM yang
diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi sekolah-sekolah di bawah pentadbirannya. Melalui program ini, murid-murid
sekolah bersaing secara sihat untuk bergelar sebagai murid yang paling banyak membaca.
Pendek kata, usaha untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia harus dilakukan secara kolektif oleh semua
pihak. Dalam hal ini, kita tidak boleh mengharapkan pihak kerajaan sahaja. Pihak ibu bapa, pihak sekolah, agensi kerajaan, dan swasta harus
menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Kepentingan Lebuh Raya
Rangkaian lebuh raya negara kita antara yang termoden di rantau Asia Tenggara. Antaranya ialah Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh
Raya KESAS, Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Ray Timur-Barat, Lebuh Raya SPRINT, dan lain-lain.
Pembinaan lebuh raya memudahkan perjalanan kerana semua tempat di seluruh pelosok tanah air dapat dihubungi tanpa sebarang
masalah. Pengguna lebuh raya juga dapat bergerak ke sesuatu destinasi dengan perjalanan yang lebih mudah dan lancar. Hal ini juga dapat
menjimatkan masa perjalanan berbanding dengan menggunakan jalan biasa.
Selain itu, pembinaan lebuh raya dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Urusan perniagaan dapat dilakukan dengan lebih
mudah dan lancar. Syarikat-syarikat perniagaan dapat menghantar barang ke sesuatu tempat dengan lebih cepat dan mudah. Dalam pada itu,
urusan perniagaan juga boleh dilakukan dengan negara yang bersempadan dengan Malaysia, iaitu Thailand di utara Semenanjung Malaysia dan
Singapura di selatan Semenanjung Malaysia. Malaysia boleh mengeksport barangan kraf tangan, pertanian, dan makanan ke negara jiran ini
dengan cepat
Perkembangan sistem pengangkutan bergerak seiring dengan perkembangan pembinaan rangkaian lebuh raya. Sistem pengangkutan
awam turut dimajukan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat untuk bergerak ke mana-mana sahaja di seluruh pelosok negara.
Perkembangan ini secara tidak langsung turut membantu perkembangan industri pelancongan negara. Hal ini demikian kerana pelancong asing
dapat pergi ke mana-mana negeri yang dingini dengan mudah, cepat, dan selesa. Jelaslah di sini bahawa pembinaan lebuh raya dapat
menggalakkan perkembangan sistem pengangkutan dan industri pelancongan di negara kita.
Kesimpulannya, pembinaan lebuh raya dapat memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara. Kemajuan teknologi pembinaan lebuh
raya juga menunjukkan peningkatan negara dalam bidang perhubungan. Hal ini menjadikan negara kita mampu untuk duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Oleh itu, kemudahan lebuh raya yang sedia ada hendaklah sentiasa dinaiktarafkan supaya
dapat meningkatkan imei negara di mata dunia.
Langkah-langkah membendung penyertaan remaja dalam kongsi gelap
Sejak akhir-akhir ini, penyertaan remaja dalam kumpulan kongsi gelap semakin membarah dan bagai
sukar dibendung di negara kita. Kerap terdapat paparan berita mengenai gejala negatif ini sehingga menggugat kesejahteraan masyarakat dan
negara. Oleh itu, pelbagai langkah yang proaktif dan wajar dilakukan oleh semua pihak untuk membendung gejala yang berbahaya ini
Langkah paling utama ialah ibu bapa mestilah lebih peka akan kegiatan masa lapang anak-anak
mereka. Sikap ini amat penting supaya anak-anak tidak terperangkap oleh sindiket yang berkepentingan. Sindiket ini merekrut anak-anak yang
datang daripada keluarga yang bermasalah untuk menjalankan kegiatan gengsterisme. Oleh itu, ibu bapa haruslah menutup ruang ini serapat-
rapatnya agar sindiket tersebut tidak mempunyai ruang untuk meracuni pemikiran anak-anak.
Di samping itu, kaunselor sekolah juga perlulah lebih proaktif untuk mendekati dan membimbing murid-murid yang terlibat dengan
gejala ini agar kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, program-program sahsiah dan motivasi perlu diadakan bagi membina jati diri dan wawasan
yang tinggi dalam kalangan murid. Malahan, aktiviti lasak yang dapat membina semangat perlu diadakan supaya murid-murid sentiasa positif,
kuat jati diri, dan proaktif.
Pihak kerajaan pula perlu memperbanyak pusat rekreasi dan riadah untuk remaja mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah.
Sebagai contohnya, pembinaan gelanggang badminton dan futsal dapat menjadi tempat remaja bermain sukan tersebut. Permainan seperti ini
juga dapat mengelakkan remaja daripada membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang negatif.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bersatu hati untuk mengambil tindakan yang konkrit dan proaktif bagi menangani masalah ini.
Bak kata orang, muafakat membawa berkat. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah.
Cara-cara Mengelakkan Penipuan Internet
Peribahasa ada mengatakan bahawa pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk. Peribahasa ini bermaksud
bahaya yang sentiasa mengancam. Belakangan ini, kes penipuan Internet semakin berleluasa. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-
jaga untuk menanganinya, bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Langkah pertama untuk mengelakkan penipuan Internet adalah sentiasa berwaspada. Lazimnya, pelaku akan menyamar sama ada
sebagai ahli keluarga, sahabat, pegawai kerajaan, petugas badan amal, atau pekerja syarikat yang pernah berurusan dengan kita. Oleh itu, sebagai
langkah berjaga-jaga, kita digalakkan untuk memasang perisian dalam telefon pintar seperti True Caller untuk mengenal pasti pemanggil.
Menerusi perisian ini, kita akan dapat mengetahui identiti pemanggil walaupun mereka menyamar sebagai pihak lain.
Selain itu, kita janganlah mudah panik, terutama apabila menerima panggilan yang mencurigakan. Lazimnya, panggilan tersebut akan
mendakwa kita melakukan apa-apa kesalahan atau mempunyai tunggakan pinjaman wang dengan mana-mana institusi kewangan. Seharusnya,
kita bertenang dan jangan membuat keputusan secara terburu-buru. Seeloknya, tamatkan sahaja talian tersebut dan tidak malayan panggilan itu
lagi. Jangan biarkan diri kita terus diperdaya sehingga mendatangkan kerugian.
Di samping itu, kita juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada orang yang percayai terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa
keputusan. Kita boleh meminta pandangan daripada ahli keluarga atau mana-mana jabatan yang berkaitan agar tidak membuat keputusan yang
salah. Janganlah kita mudah percaya untuk membuat bayaran atau menyerahkan sejumlah wang kepada sesuatu pihak sekiranya menerima
hadiah percuma dan sebagainya. Perkara ini dapat mengelakkan kita daripada ditipu oleh itu, bertindaklah dengan rasional dalam membuat
keputusan atau tindakan
Kesimpulannya, sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak menyebabkan mangsa penipuan Internet bertambah. Sebagai pengguna
Internet, kita haruslah bijak dan menyelidik sesuatu perkara terlebih dahulu sekiranya terdapat keraguan. Dengan itu, kita tidak akan menjadi
manga penipuan Internet
Punca-punca Penderaan Kanak-kanak
Penderaan kanak-kanak terdiri daripada penderaan fizikal, emosi, seksual, pengabaian, dan pembuangan anak-anak. Anak-anak
seharusnya dilayan bagai menatang minyak yang penuh agar dapat membentuk masa depan yang cemerlang.
Antara faktor pederaan anak-anak ialah ibu bapa menghadapi tekanan di tempat kerja. Anak-anak dipukul, ditendang, dan dihukum
atas kesilapan kecil oleh ibu bapa untuk melepaskan tekanan kerja yang dihadapi. Seharusnya ibu bapa lebih nasional dan bijak menangani stres
serta tidak menghukum anak semata-mata ingin mengurangkan stres mereka.
Selain itu, penderaan kanak-kanak turut berlaku disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga. Hal ini
demikian kerana kos sara hidup yang tinggi hari ini memaksa rakyat untuk bekerja untuk mencari nafkah hidup, terutama keluarga yang
berpendapatan rendah. Maka, anak-anak perlu diserahkan kepada pihak pusat jagaan kanak-kanak, pengasuh, atau saudara terdekat untuk dijaga
sepanjang ibu bapa bekerja. Namun begitu, terdapat segelintir penjaga yang tidak berperikemanusiaan telah mendera kanak-kanak tersebut atas
sebab-sebab tertentu. Oleh itu, ibu bapa haruslah berhati-hati dalam memilih penjaga atau pengasuh anak.
Di samping itu, kekurangan didikan agama dalam kalangan ibu bapa turut menjadi faktor penderaan kanak-kanak. Ilmu agama ibu
bapa yang cetek menyebabkan mereka gagal untuk membimbing dan mengurus keluarga dengan baik berpandukan ajaran agama. Ekoran itu,
banyak kes haruan makan anak sama ada dari segi fizikal, emosi, dan seksual. Sikap sabar, nasional, dan bertanggungjawab dalam diri ibu bapa
amat penting dalam melayan kerenah anak-anak. Ibu bapa haruslah menunjukkan sikap yang baik dan menjadi suri teladan
Kesimpulannya, kes penderaan kanak-kanak ini merupakan perbuatan keji serta ditegah oleh agama dan undang-undang. Oleh itu,
semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk membanteras gejala ini kerana merekalah aset negara yang akan meneruskan
pembangunan negara pada masa depan.