Download - Buletin KKHS April 2014
Ms 24 Edisi 1 - 30 April 2014
Oleh: Siti Norliana Binti Mohd Noor
Kuala Lumpur - Seramai 25 orang kakitangan KKHS telah mengadakan lawatan ke
pesta buku Kuala Lumpur 2014 pada 30 April yang lalu. Acara ini telah berlangsung di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Acara ini merupakan acara tahunan yang di-
adakan di sini. Rombongan KKHS telah diketuai oleh Puan Siti Norliana Binti Mohd
Noor, Penolong Pegawai Perpustakawan KKHS. Banyak program dan acara telah ber-
langsung di sana antaranya sesi ramah mesra dengan penulis buku.
Pesta Buku KL 2014
Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my
K O L E J K O M U N I T I H U L U S E L A N G O R , K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A
Bil. 4
Edisi 1 - 30 April 2014
BULETIN APRIL 2014
Menarik didalam: Lawatan Kerja Dato’ KP ke KKHS
Oleh: Ahmad Tarmizi Bin Md Nor
Batang Kali - Pada 9 April yang lalu Dato’ Amir Bin
Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej
Komuniti (JPKK) telah melakukan lawatan kerja ke
KKHS. Beliau telah disambut oleh Pengarah Bahagian
Kebajikan Pelajar (BKnP), Encik Ishanuddin Bin
Hussin dan Pengarah KKHS, Encik M. Azmi Bin Hj.
Ruzali.
Kursus Cheezy Macaroni Ms 2
Petaque KK Selangor Ms 3
Lawatan Kantang Ms 5
Kursus Pelbagai Sos Ms 4
Kursus Frozen Food Ms 7
Sesi Bersama Dato’ KP Ms 6
JRD Open Day Ms 8
Kursus Solekan Ms 9
Kursus Pendawaian Elektrik
Ms 10
Kursus PPK Networking Ms 11
Mesyuarat Keselamatan MTB Jamboree
Ms 14
MTB Jamboree KKHS Ms 12
Kursus Jam Manik Ms 15
Kursus Mini Tart Ms 16
Lawatan Tapak Promosi Ms 18
Perhimpunan Bulanan Ms 17
Promosi KPM Ms 19
Kursus Gubahan Bunga Ms 20
JPP Aktiviti Jamboree Ms 21
Bowling KK Selangor Ms 22
Pesta Buku KL 2014 Ms 24
Kursus Pembuatan Talam Ms 23
Ms 2 Edisi 1 - 30 April 2014
Kursus Cheesy Macaroni
Oleh: Mazniza Binti Sulaiman, Noorfadhilah Binti Kahar
Batang Kali - Pada 4 April yang lalu, telah diadakan kursus Cheesy Macaroni yang
disertai oleh 16 orang peserta. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Noorfadhilah
Binti Kahar dan Puan Mazniza Binti Sulaiman pula sebagai penyelaras. Para peserta
terdiri dari penduduk sekitar Batang Kali dan dari seluruh daerah Hulu Selangor.
Peserta di ajar tentang adunan dan teknik yang betul dalam penyediaan Cheesy
Macaroni. Para pelajar memberikan respon yang baik terhadap kursus ini dan ber-
minat untuk menyertai kursus yang lain pada masa hadapan.
Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 23
Kursus Pembuatan Talam
Oleh: Norzalina Binti Mohd Yusof
Batang Kali - Seramai 44 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah diada-
kan pada 28 & 29 April yang lalu. Para peserta terdiri dari penduduk sekitar Batang
Kali dan dari seluruh daerah Hulu Selangor. Puan Norzalina Binti Mohd Yusof meru-
pakan pengajar bagi kursus ini dan bertindak sebagai penyelaras kursus. Peserta di
ajar tentang adunan dan teknik yang betul dalam penyediaan kuih talam. Di akhir
kursus ini peserta membawa pulang kuih talam yang telah di hias oleh mereka
sendiri. Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang
kursus ini berlangsung.
Ms 22 Edisi 1 - 30 April 2014
Bowling KK Selangor
Oleh: Nurul Sheema Binti Kamaruzaman
Kuala Selangor - Kejohanan Bowling Kolej Komuniti Negeri Selangor telah di-
adakan di Megalane Kuala Selangor pada 28 April yang lalu. Kolej Komuniti
Sabak Bernam menjadi tuan rumah kejohanan kali ini.
KKHS telah menghantar wakil dan berjaya memenangi
tempat ketiga kategori Single Lelaki dan Wanita bagi
pelajar. Bagi kategori Terbuka Staf Lelaki dan Wanita
pula, KKHS mendapat tempat ketiga untuk acara terse-
but. Lebih manis lagi, Encik Fahrul Shazlin telah
mendapat jatuhan pin tertinggi bagi kategori Staf.
Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah KK Sabak
Bernam iaitu Encik Mohd Zainudin Bin Mohd Esin.
Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 3
Oleh: Nurul Sheema Binti Kamaruzaman
Kuala Selangor - Pada 4 & 5 April yang
lalu telah diadakan Kejohanan Petaque
Kolej Komuniti Negeri Selangor bertempat
di Stadium Kuala Selangor. KKHS telah
menghantar kontijen dan telah berjaya
membawa pulang pingat Gangsa bagi kat-
egori Triple Wanita. Hadiah telah disam-
paikan oleh Encik Zaidi Bin Sharif yang
mewakili Pengarah BKnP. Tahniah KKHS!!
Petaque KK Selangor
Ms 4 Edisi 1 - 30 April 2014
Kursus Pelbagai Sos
Oleh: Hasyimah Binti Said
Batang Kali - Seramai 88 orang peserta telah menghadiri kursus pembuatan ane-
ka sos yang di kendalikan oleh Encik
Jailani Bin Jasa pada 6 April yang lalu.
Kursus ini dihadiri oleh peserta dari
sekitar Batang Kali dan Rawang. Di
akhir kursus, peserta dapat menyiap-
kan 4 jenis aneka sos. Puan Hasyimah
Binti Said merupakan penyelaras bagi
kursus ini. Para peserta memberikan
kerjasama dan komitmen yang baik
sepanjang kursus ini berlangsung.
Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 21
JPP Aktiviti Jamboree
Oleh: Siti Khadijah Bt. Othman, Aishah Binti Hussin
Batang Kali - MTB Jamboree KKHS 2014 telah berlangsung pada 27 April yang lalu.
Sempena program ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KKHS telah mengada-
kan program mencuci basikal untuk para peserta. Bayaran RM 5 dikenakan bagi se-
tiap basikal yang dicuci. Sambutan dari peserta jamboree amat menggalakkan.
Acara ini bertujuan mengutip dana bagi membiayai program yang akan dijalankan
oleh JPP KKHS pada masa akan datang. Syabas...
Ms 20 Edisi 1 - 30 April 2014
Kursus Gubahan Bunga
Oleh: Hasyimah Binti Said
Batang Kali - Kursus ini merupakan antara kursus yang ditawarkan di KKHS.
Kursus ini telah berlangsung pada 26 April yang lepas. Seramai 14 orang peser-
ta yang terdiri dari penduduk sekitar Batang Kali dan Daerah Hulu Selangor.
Peserta diajar tentang teknik yang betul dalam mengubah dan menghias bunga.
Puan Hasyimah Binti Said menjadi tenaga pengajar kursus ini dan bertindak
sebagai penyelaras kursus. Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen
yang baik sepanjang kursus ini berlangsung.
Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 5
Lawatan Kantang Industrial Community
Oleh: Muhamad Azlin Bin Ismail, Effizuraidah Binti Abd Latip
Batang Kali - Buat julung-julung kalinya KKHS
telah menerima lawatan dari Kantang Industri-
al Community, Thailand pada 7 April yang
lalu. Delegasi seramai 16 orang telah disam-
but dan diraikan oleh Pengarah KKHS, Encik
M. Azmi Bin Haji Ruzali serta kakitangan KKHS
yang lain. Rombongan ini dibawa melawat ke
seluruh KKHS dan bertemu sendiri dengan
pelajar-pelajar KKHS.
Ms 6 Edisi 1 - 30 April 2014
Sesi Bersama Dato’ KP Oleh: Ahmad Tarmizi Bin Md Nor
Batang Kali - Pada 9 April yang lalu, KKHS bertuah kerana Dato’ Amir Bin Md Noor,
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) telah melakukan lawatan
kerja ke KKHS. Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan seluruh kakitangan
KKHS. Di dalam pertemuan itu, beliau memberikan maklumat terkini mengenai Kolej
Komuniti, Selain itu, beliau juga memberikan nasihat dan menegaskan tanggungja-
wab sebagai penjawat awam kepada seluruh kakitangan KKHS. Terima kasih Dato’!!
Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 19
Promosi KPM
Oleh: Nurul Wahidah Binti Wahid Anuar, Effizuraidah Binti Abdul Latip
Putrajaya - KKHS telah mengadakan promosi
dan pameran di lobi Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Putrajaya pada 23-25 April yang
lalu. Promosi ini diketuai oleh Pegawai Pen-
erangan, Cik Effizuraidah Binti Abdul Latip dan
Pegawai Pengambilan, Puan Nurul Wahidah Binti
Wahid Anuar. Timbalan Menteri Pendidikan 2,
YB P. Kamalanathan merangkap Ahli Parlimen
Hulu Selangor, telah sudi meluangkan masa
melawat booth KKHS dan beramah mesra
dengan pelajar SPL yang hadir.
Ms 18 Edisi 1 - 30 April 2014
Lawatan Tapak Promosi
Oleh: Effizuraidah Binti Abdul Latip, Maslina Binti Abd Rahim
Putrajaya - Pegawai Penerangan KKHS, Cik Effizuraidah Binti Abdul Latip dan
Puan Maslina Binti Abd Rahim telah mengadakan lawatan tapak ke lobi Kemen-
terian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya pada 21 April yang lalu. Ia ber-
tujuan untuk mengadakan promosi
KKHS di lobi KPM tersebut pada 23-25
April akan datang. Perbincangan an-
tara pegawai dari KKHS dengan pega-
wai di KPM telah berlangsung dengan
jayanya.
Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 7
Kursus Frozen Food Oleh: Norlailatulazmila Binti Nurul Zaman
Batang Kali - Seramai 42 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah diada-
kan pada 20 April yang lalu. Para peserta terdiri dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
dan dari seluruh daerah Hulu Selangor. Puan
Norlailatulazmila Binti Nurul Zaman merupa-
kan pengajar bagi kursus ini dan bertindak
sebagai penyelaras kursus. Peserta di ajar
adunan dan teknik yang betul dalam penye-
diaan makanan sejuk beku. Para peserta
memberikan kerjasama dan komitmen yang
baik sepanjang kursus ini berlangsung.
Ms 8 Edisi 1 - 30 April 2014
JRD Open Day
Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Norzalina Binti Mohd Yusof
Batang Kali - Majlis Belia Selangor telah mengadakan Karnival Belia Hulu Se-
langor di Dataran JRD, Batang Kali pada 12 April yang lalu. KKHS telah diberikan
1 booth dan telah mengadakan pameran berkaitan rangkaian komputer. Puan
Herdawati Binti Ahmad dan Puan Norzalina Binti Mohd Yusof serta 2 orang pela-
jar SKS telah mengajar tatacara penyambungan kabel rangkaian di booth terse-
but. Sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan terutamanya ramai
bertanya tentang kursus yang ditawarkan di KKHS. Ini juga salah satu cara pro-
mosi untuk ambilan pelajar sesi Julai nanti.
Edisi 1 - 310 April 2014 Ms 17
Perhimpunan Bulanan KKHS
Oleh: Hayati Binti Idris
Batang Kali - Perhimpunan bulanan KKHS telah diadakan pada 21 April yang lalu.
Unit Pengajian Am telah diamanahkan untuk mengendalikan program perhimpunan
bulanan ini. Program perhimpunan bulanan ini diadakan setiap 3 bulan sekali.
Pengarah KKHS menyampaikan amanat Dato’ KP serta maklumat-maklumat terkini
kepada semua kakitangan KKHS. Anugerah Pekerja Contoh (APC) bulanan dan pen-
yampaian Medal ICOMPEX 2014 serta lantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
antara tentatif program perhimpunan bulanan kali ini.
Kursus Mini Tart
Oleh: Mazniza Binti Sulaiman, Noorfadhilah Binti Kahar
Batang Kali - Seramai 40 orang peserta dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
telah mengikuti kursus pembuatan mini blueberry cheese tart dan mini fruit tart
yang telah diadakan pada 18 April yang lalu. Kur-
sus ini diadakan di Bilik Masakan KKHS yang
dikendalikan oleh Puan Noorfadhilah Binti Kahar
dan Puan Mazniza Binti Sulaiman pula sebagai
penyelaras. Peserta di ajar adunan dan teknik
yang betul dalam penyediaan mini blueberry
cheese tart dan mini fruit tart ini. Para peserta
memberikan kerjasama dan komitmen yang baik
sepanjang kursus ini berlangsung.
Ms 16 Edisi 1 - 30 April 2014 Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 9
Kursus Solekan
Oleh: Dayang Noor Asmara Binti Abang Othman, Rosni Binti Hamat
Batang Kali - Kursus ini merupakan antara kursus yang ditawarkan di KKHS. Kursus
ini telah berlangsung pada 12 April yang lepas. Seramai 22 orang peserta yang
terdiri dari penduduk sekitar Batang Kali dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Peserta
diajar tentang teknik solekan, jenis-jenis berus yang digunakan dan tona kulit yang
sesuai untuk solekan yang digunakan. Para peserta memberikan kerjasama dan
komitmen yang baik sepanjang kursus ini berlangsung.
Ms 10 Edisi 1 - 30 April 2014
Kursus Pendawaian Elektrik
Oleh: Nur Hanani Binti Sariman, Noorulhuda Binti Md Tolah, Salwa Binti
Anuar, Widyawatie binti Nawi
Batang Kali - Seramai 30 orang peserta dari Pusat Pemulihan Penagihan
Narkotik (PUSPEN) Serendah telah mengikuti kursus pendawaian elektrik yang
telah diadakan pada 16 April yang lalu. Kursus ini diadakan di bangunan PUSPEN
Serendah yang dikendalikan oleh Puan Salwa Binti Anuar dan Cik Widyawatie
Binti Nawi. Peserta diajar tatacara dan teknik yang betul dalam membuat pen-
yambungan pendawaian elektrik serta langkah-langkah keselamatan ketika
melakukan pendawaian elektrik ini. Para pelajar memberikan respon yang baik
terhadap kursus ini dan berminat untuk menyertai kursus yang lain pada masa
hadapan.
Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 15
Kursus Jam Manik Oleh: Maslina Binti Abd Rahim
Batang Kali - Seramai 18 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah diada-
kan pada 18 April yang lalu. Para peserta terdiri dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
dan dari seluruh daerah Hulu Selangor. Puan Maslina Binti Abd Rahim merupakan
pengajar bagi kursus ini. Peserta di ajar teknik yang betul dalam penyediaan jam
manik tersebut. Para pelajar memberikan respon yang baik terhadap kursus ini dan
berminat untuk menyertai kursus yang lain pada masa hadapan.
Ms 14 Edisi 1 - 30 April 2014
Mesyuarat Keselamatan MTB Jamboree Oleh: Nurul Ain Binti Othman
Batang Kali - Mesyuarat Keselamatan MTB Jamboree KKHS 2014 telah diadakan pa-
da 17 April yang lalu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pihak Hulu Selangor Amatur
Radio (HUSAR), Ketua Balai Polis Ulu Yam, Ketua Balai Polis Batang Kali dan Jabatan
Pertahanan Awam (JPAM). Mesyuarat ini bertujuan menyelaraskan skop tugas pihak-
pihak terbabit serta memberikan gambaran awal senario program pada hari kejadi-
an nanti. Respon dan kerjasama daripada pihak terbabit amat di alu-alukan
Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 11
Kursus PPK Networking Oleh: Muhamad Azlin Bin Ismail, Herdawati Binti Ahmad
Batang Kali - Pada 15-18 April yang lepas, KKHS telah dipilih untuk menjalankan
Kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK), Wireless Network. Kursus ini telah
diadakan di Makmal Rangkaian (MR) KKHS. Kursus ini melibatkan 19 orang pen-
syarah kolej komuniti seluruh negara dan pegawai dari JPKK, Putrajaya. Kursus ter-
sebut telah berlangsung dengan jayanya. Ia merupakan salah satu syarat untuk ke-
naikaan pangkat di dalam skim perkhidmatan DH.
Ms 12 Edisi 1 - 30 April 2014
MTB Jamboree KKHS Oleh: Nor Rasyida Binti Rahmat
Batang Kali - Pada 27 April yang lalu, Kejohanan MTB Jamboree 2014 telah berlang-
sung. Seramai 338 orang peserta telah menyertai acara ini. Terdapat empat kategori
dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka (119 orang), Kategori Wanita (14 orang), Kat-
egori Veteran (98 orang) dan Kategori Junior (27 orang). Turut menyertai perlumbaan
ini adalah pelumba kebangsaan negara iaitu Shahrin Amir. Sebanyak 45 pasukan ke-
lab berbasikal dari Selangor, Pahang, Perak, Kedah, Putrajaya dan Kuala Lumpur te-
lah menyertai perlumbaan ini.
Edisi 1 - 30 April 2014 Ms 13