Download - B.PRAM PIBG
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-35
SK DE LA SALLE, KAMPAR PERAK
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan De La Salle adalah sebuah sekolah bertaraf luar bandar yang terletak di Jalan Iskandar, Kampar. Sekolah ini terletak berhampiran Majlis Daerah Kinta Selatan.
Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Mei 1953 dengan nama asalnya St. Micheal’s Institution Kampar, Branch. Lokasi asalnya di tepi gereja Katolik, Jalan Iskandar, Kampar. Pada 31 Oktober 1956, sekolah ini telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang dan diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan De La Salle, Kampar.
Murid-muridnya terdiri daripada Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Kelas Pendidikan Khas dengan jumlah keseluruhan murid seramai 197 orang. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, India dan Orang Asli yang tinggal di Kg.Batu Berangkai, Kg. Sg Kurong dan kawasan perumahan berhampiran.
MATLAMAT
Sebagai sebuah sekolah bantuan modal, Sekolah Kebangsaan De La Salle, Kampar sentiasa berganding bahu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan murid-muridnya. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ini seringkali mengadakan perjumpaan dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berdasarkan Surat Pekeliling Bil 4/2004, Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung sebelum 31 Mac setiap tahun. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan pekeliling tersebut. Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK De La Salle sebulat suara bersetuju mengadakan mesyuarat Agung kali ke 35 pada 4 Mac 2012 pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan SK De La Salle.
OBJEKTIF
1.1 Berinteraksi dengan ibu bapa tentang perkembangan aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah
1.2 Mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan kemusykilankan yang diusulkan oleh ibu bapa.
1.3 Memberi motivasi kepada ibu bapa tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak.
1.4 Melantik Ahli Jawatankuasa Sesi 2012 di kalangan ibu bapa dan guru.
1.5 Mengeratkan hubungan warga sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG)
__________________________________________________________________
2
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBGSESI 2011
Penasihat : Puan Ramsinah Bt. Abdul LatibYang Dipertua : Puan Nor Fatimah Bt. MustafaNaib Yang Dipertua : Encik Mohamad Suki B. AbdullahSetiausaha : Puan Elwa Neta Bt Itam WaliBendahari : Encik Choo Chee Seng
Ahli Jawatan Kuasa Ibu Bapa:1. Puan Siti Aida Bt. Haji Ismail2. Puan Alang A/P Chot3. Puan Kalairani A/P Gangan4. Encik Mohd Haris Mohamad5. Puan Norhayati Bt. Amat
Ahli Jawatan Kuasa Guru:1. Puan Rosmawat Bt Hami2. Encik Hafiz B. Abdullah3. Encik Faizul B. Mohd Zairy @ Khairi4. Puan Halimah Bt Darus5. Cik Noor Aznie Yanti Bt Mustapa
Juru Audit Dalaman:1. Puan Rakhelah Bt Salim2. Encik Mohd Hasmawi B. Deraman
SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAMESYUARAT AGUNG PIBG SK DE LA SALLE KALI-35
…………………………………………………………………………………………….
PENYAMBUT TETAMU PENGACARA MAJLIS
Pn Ramsinah Bt Abdul Latib En Norhazali B. Muhd Yusof(K)
Tn.Hj Sahbudin B. M.Ottok Pn Maslamah Bt Hj Ahd Razali
Cik Norliah Bt Abdullah
3
En Zainal B. Hussion SIARAYA / ICT
En Jumaat B. Majid En Asri B. Ahmad(K)
Pn Nor Fatimah Bt Mustafa En Arman B. Hashim
AJK PIBG
PERSEMBAHAN
BUKU ATURCARA & JEMPUTAN En Faizul B. Mohd Zairy @ Khairi(K)
Pn Puteri Zairene Bt Mohd Isak (K) Pn Rosmawat Bt Hami
Pn Rosnita Bt Alang Wahab Pn Wan Faizah Bt Wan Hussin
Cik Salma Bt Fadzil
PERSIAPAN DEWAN Cik Fawwiza Bt Shahruddin
En Zulkhiffli B. Razmi (K) JAMUAN
En. Mohd Hasmawi B. Deraman Pn Halimah Bt Darus (K)
En. Che Mukri Bin Din Pn. Habsah Bt Sabli
Pekerja Swasta Pn. Maimunah Bt Mohd Isa Cik Nor Farhana Bt M. Arshad
PENDAFTARAN
Pn Kuah Ai Choo (K) HADIAH
Pn Rosnah Bt Hj Alli Pn Siti Sham Lee Bt Bakar(K)
Pn Noraidawati Bt Abd Aziz Cik Chu Pei Ying
En. Gunarajan Pn Salmi Bt Hj Ismail
Cik Nur Fahlihin Bt Mohd Hafiza
FOTOGRAFI
En. Mohd Bakhtiar B. Yusuf(K) PENGIRA UNDI
En.Mohd Hafiz B. Abdullah Cik Nur Shafini Bt Sabri(K)
Cik Erna Liza Bt Buyong
ATURCARA PERASMIAN & AGENDAMESYUARAT AGUNG PIBG SK DE LA SALLE, KAMPAR KALI KE-35
---------------------------------------------------------------------------------------------------------8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Penasihat PIBG 4
(Pn Ramsinah Bt Abdul Latib)
: Ucapan Yang Dipertua PIBG (Pn Nor Fatimah Bt Mustafa)
: Ucaptama dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-35
(Dato’ Lee Chee Leong) Persembahan 1
: Penyampaian cenderahati kepada:- 1.AJK PIBG Sesi 2011 2.Perasmi
Jamuan Ringan VIP
Persembahan 2
9.45 pagi : Mesyuarat dimulakan:-
1.Melantik Pencatat Mesyuarat2.Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 343.Perkara-perkara Berbangkit4.Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Tahun 20115.Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Tahun 20116.Pembubaran AJK PIBG Sesi 20117.Pelantikan Pengerusi Majlis8. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2012 - Seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi - 5 orang AJK dikalangan Ibu Bapa - melantik seorang Juruaudit Dalaman kalangan Ibu Bapa9. Membincangkan usul-usul yang diterima
10. Ucapan Penangguhan 11. Cabutan Bertuah 12. Jamuan 13. Majlis Bersurai
5
6
7
8
9
10
11
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBGSK DE LA SALLE 2011
Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak PIBG sekolah untuk membantu pihak sekolah dan murid-murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Bil Tarikh Aktiviti Catatan
12
1.01.03.11
Program Motivasi Ibu Bapa
2.25.03.11
Mesyuarat Agung PIBG Kali-34 Perasmi: YB Dato’ Lee Chee Leong (Ahli Parlimen Kampar)
3.29.03.11
Majlis Pertukaran Guru Besar, dan Persaraan Kakitangan
En. Hor Nee Khong
4.19.04.11
Ceramah Teknik Menjawab Soalan
5. 25.05.11
Sambutan Hari Guru
6.22.08.11
Walkathon 2011 Kutipan Terkumpul RM4133.70
6.03.10.11
Temasya Sukan Sekolah Tahunan 2011
7.05.10.11
Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi
40 orang peserta terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6 bersama guru.
8.20.10.11
Majlis Perpisahan Pn Yau Sook Fun dan Kakitangan
9.21.10.11
Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya
Peserta terdiri daripada pemimpin murid dan guru-guru
10.01.11.11
Hari Kanak-kanak
11.03.11.11
Hari Anugerah Akademik & Ko-kurikulum
Disediakan oleh: Disemak oleh:
……………………………….. ………………………………Pn Elwa Neta Bt Itam Wali Pn Nor Fatimah BMustafaSetiausaha PIBG YDP PIBGSK De La Salle SK De La Salle
13
14
15
16
USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-35 TAHUN 2012
Usul daripada AJK PIBG
1.Mencadangkan agar derma PIBG dinaikkan daripada RM10 satu keluarga kepada RM20 satu keluarga.
17
Usul daripada pihak sekolah
1.Mencadangkan bayaran RM50 untuk Program Peningkatan Kecemerlangan Tahun 1 dan 2 bagi murid tahun 1 dan 2.
2. Mencadangkan bayaran RM50 untuk Program Kecemerlangan Akademik UPSR bagi murid tahun 6.
3. Mencadangkan bayaran RM5 setiap murid bagi Bilik Komputer.
Usul daripada Ibu Bapa / Penjaga
1. Pencadang: Encik Mohd Zaidi B. Dahlan
a) Bina pintu gerbang
b) Pendedahan tentang komputer bagi Tahun 1 ke Tahun 6.
b) Bina pondok menunggu di hadapan sekolah.
c) Wujudkan pondok pengawal.
d) Naik taraf bangunan lama ke bangunan baru sekolah.
2. Pencadang: Encik Mazlan Bin Shaari
a) Menanam tanaman herba.
3. Pencadang: Puan Kavaljit Kaur
a) Sekolah membeli meja dan kerusi yang baru.
4) Pencadang: Encik Cik Omar Bin Saad
a)Pihak sekolah mengadakan perjumpaan ibu bapa dan guru ketika mengambil keputusan setiap semester.
5) Pencadang : Encik Hassan B.Sidek
a)Mencadangkan pihak sekolah memohon kepada Kementerian untuk memberi biasiswa kepada pelajar yang ibu bapa
18
berpendapat RM2000 ke bawah.
6) Pencadang: Encik Kamaruddin B. Abdul Jamil
a) Memohon satu lagi bonggol diadakan di jalan raya depan sekolah untuk keselamatan murid melintas jalan dari padang ke sekolah, Ini adalah kerana masih ada lagi kenderaan yang memandu laju.
SENARAI JAWATANKUASAPERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SESI 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE
19
Penasihat : Pn. Ramsinah Bt. Abdul Latib
Yang Dipertua :…………………………………………………
NaibYang Dipertua :…………………………………………………
Setiausaha :Cik Erna Liza Bt. Buyong
Bendahari :Cik Chu Pei Ying
Ahli Jawatankuasa ibubapa :
1……………………………………………………………………..
2……………………………………………………………………..
3……………………………………………………………………..
4……………………………………………………………………..
Ahli Jawatankuasa Guru :
1. Pn. Siti Sham Lee Bt. Bakar
2. En. Jumaat B. Majid
3. Pn. Halimah Bt. Darus
4. Pn. Kuah Ai Choo
5. En. Gunarajan A/L R. Sambasivam
Juruaudit Dalaman :
1. En. Mohd Hasmawi B. Deraman
2. ……………………………………………………………………..
pENGHARGAAN
20
Jawatankuasa Majlis dengan sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada :
1.Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong, DPMP, AMP(Timbalalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Kampar).
2.Yang Dipertua PIBG SK De La Salle
3.Guru Besar SK De La Salle
4.AJK PIBG
5.Ibu Bapa/Penjaga Murid SK De La Salle
6.Guru dan Kakitangan SK De La Salle
7.Murid-murid SK De La Salle
Serta
Individu, organisasi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
21
SEKIAN,TERIMA KASIH
22
Sireh junjung bertingkat-tingkat,Tepak disusun di atas dulang;
Warga guru menggenggam hasrat,Menjana generasi hebat
cemerlang.
Tepak disusun di atas dulang,Lafaz diucap janji bersyarat;
Kejayaan cemerlang menuntut pengorbanan,
Usaha gigih seluruh masyarakat.
23