1
Bincangkan Perkembangan Bandar Baru Dalam Membantu Proses Pembangunan
Wilayah Di Malaysia
1.0 Pengenalan
“Menurut Frederick J. Osborn (dalam Goloni, 1976;25) , definisi Bandar baru dikaitkan dengan
istilah ‘Bandar Taman’ iaitu sebuah Bandar yang direka atau dirancang untuk memenuhi
keselesaan kehidupan penduduk mengikut saiz yang ditetapkan, mempunyai kawasan industri,
dikelilingi kawasan desa yang kebanyakannya dipunyai oleh orang awam. Secara ringkasnya,
pewujudan Bandar baru adalah untuk menyelerakkan pembangunan ke kawasan mundur dan
supaya pembangunan tidak hanya tertumpu kepada satu kawasan sahaja. Bandar baru
merupakan suatu kawasan yang dibangunkan dengan mempunyai segala kemudahan seperti
tempat tinggal, tempat bekerja, kawasan beriadah, pusat membeli-belah dan sebagainya.
Dengan adanya segala kemudahan ini, penduduk tidak perlu keluar ke tempat lain untuk
menikmati kemudahan-kemudahan tersebut. Oleh itu, segala kemudahan disediakan untuk
menampung permintaan penduduk dan supaya penduduk lebih selesa untuk tinggal di bandar
baru.
Terdapat juga bandar-bandar baru yang muncul dengan sendirinya tanpa dibantu oleh
bandar sedia ada. Bandar baru seperti ini sering wujud di luar bandar dan mempunyai hasil
ekonominya sendiri untuk berkembang. Sumber yang dimilikinya ini akan dapat menarik minat
orang luar untuk berkunjung atau menetap di bandar baru seperti ini. Perancangan Bandar-
bandar baru hendaklah mengambil kira keperluan penduduk setempat. Dalam ertikata yang
lain, perancangan kemudahan dan infrastruktur perlulah menepati kehendak-kehendak
penduduk yang bakal mendiami kawasan bandar tersebut. Bandar baru itu perlulah bersifat ‘self
contained' supaya ia dapat bergerak dengan sendiri tanpa di bantu oleh bandar sedia ada dari
segi ekonomi atau sebaliknya. Dengan ini penduduk bandar baru tersebut tidak perlu keluar ke
bandar sedia ada untuk mendapatkan keperluan harian mereka kerana segala keperluan dan
perkhidmatan boleh didapati di bandar baru tersebut. Dengan ini juga penduduk dapat
menjimatkan masa dan wang untuk ke bandar utama.
2
2.0 Ciri-Ciri Bandar BaruTerdapat beberapa ciri-ciri yang ditekankan dalam perancangan pembangunan Bandar
Baru iaitu Cukup diri dan perseimbangan.
2.1. Cukup DiriPembentukan Sebuah Bandar baru harus berupaya menampung keperluan
penghuni Bandar itu. Saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Reith yang menggubal
Akta Bandar Baru 1946 supaya Bandar-bandar baru perlu dirancang dan dilaksanakan
sebagai “Cukup Diri” dan sebagai satu komuniti yang seimbang. (Albert,1976). Cukup
diri ini berhubung rapat dengan tiga faktor asas iaitu:i. Kepelbagaian dalam aktiviti ekonomi Bandar, ini mengelakan daripada Bandar ini
mempunyai ciri ekonomi yang homogenis. Ia juga mempercepatkan lagi
pertumbuhan Bandar ini dengan luar. Ciri ini dapat mempercepatkan lagi
pertumbuhan ekonomi Bandar ini dengan peningkatan tarikan penduduk dari
luar.ii. Penyediaan peluang pekerjaan yang seimbang dengan keperluan pekerjaan
penduduk dalam lingkungan umur bekerjaiii. Aktiviti dalam Bandar ini perlu diseimbangkan dengan tahap keperluan semasa,
supaya perjalanan keluar masuk dapat diminimakan.
2.2. Perseimbangan
Perseimbangan dalam Bandar baru bermaksud jumlah pekerjaan dalam Bandar
baru dan jumlah peluang-peluang pekerjaan yang disediakan perlu seimbang. Ini bagi
mengurangkan kadar keluar masuk penghuni Bandar-bandar ini untuk mencari
pekerjaan. Pengalaman pembangunan Bandar baru di Britain dilihat dalam pengubalan
menjadikan ciri perseimbangan sebagai salah satu dasar dalam perancangan
pembangunan bandaar baru dimana aspek yang ditekankan ialah kawalan terhadap
kepadatan penduduk dengan kemudahan asas dan peluang-peluang pekerjaan. Ciri ini
tidak hanya menekankan kepada aspek keseimbangan aktiviti industry dan kediaman
sahaja, sebaliknya sebagai sebuah komuniti yang majmuk dari segi nisbah antara kaum
juga ditekankan. Di Malaysia khususnya sebuah Negara yang mempunyai penduduk
makmuk perlumenimbangkan ciri ini dalam pembangunan Bandar baru.
3.0. Jenis- Jenis Bandar Baru
3
Bandar- Bandar baru yang dirancang pada hari ini adalah agak berbeza dengan Bandar
baru pertama yang dibangunkan melalui idea Ebenezer Howard di British. Bandar-bandar ini
mempunyai ciri-ciri reka bentuk dan elemen-elemen Bandar yang berbeza. Berdasarkan ciri-ciri
ini, seperti fungsi ekonomi dan lokasi Bandar, Bandar-bandar ini boleh dikelaskan kepada
empat jenis iaitu Bandar baru dalam Bandar raya, Bandar baru pingir Bandar, Bandar baru luar
Bandar dan Bandar baru berasaskan fungsi khas (Dani Salleh, 2008)
3.1 Bandar baru dalam Bandar Raya
Di Malaysia, Bandar-bandar seperti Bandar baru Tun Abdul Razak adalah contoh
Bandar jenis ini. Ia dibangunkan dalam sempadan Bandaraya Kuala Lumpur. Bandar ini
dibangunkan dalam tapak penduduk yang sedia ada. Disamping membangunkan
kawasan-kawasan kediaman dan tapak-tapak industry, tumpuan pembangunan bagi
banndar-bandar ini adalah membangunkan pusat-pusat Bandar dengan tujuan
menyediakan kemudahan membeli belah, perkidmatan dan kemudahan awam.bandar-
bandar ini juga dirancang sebagai pusat yang cukup diri atau sebagai pusat perkidmatan
tempatan. Dari segi perspektif ekonomi dan sosial pula,strategi-strategi penyelerakan
fungsi-fungsi seperti ini akan menjamin kesampaiaan yang lebih baikuntuk penghuni-
penghuni dalam mendapatkan perkidmatan tersebut di samping mengurangkan kos dan
masa perjalanan.
3.2. Bandar Baru Pinggir Bandar (Satelite Towns)
Kedudukan Bandar-bandar ini adalah dalam lingkungan 10-20 batu dari Bandar-
bandar metropolitan. Ia dibina sebagai langkah untuk mengagihkan kesesakan industri
dan penduduka yang pesat di Bandar metropolitan. Komponen Bandar seperti tapak
kilang dan kawasan perindustrian diadakan dikawasan ini.kebanyakan Bandar-bandar
ini dirancang sebagai komuniti yang cukup diri dan tidak bergantung kepada asas
ekonomi dari Bandar lain (Sulong Muhamad,1985). Di Malaysia selaras dengan DEB,
matllamat pembangunan Bandar ini adalah untuk menempatkan penduduk dari pelbagai
kumpulan sosioekonomi dan etnik supaya menjadi satu komuniti yang seimbang.
Contoh Bandar baru jenis ini ialah Bandar baru Bangi, Shah Alam dan Subang Jaya
yang dibina sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
3.3 Bandar Baru Luar Bandar
4
Kebanyakan Bandar baru jenis ini dibangunkan dikawasan luar Bandar sebagai
satu strategi untuk memerbandarkan kawasan-kawasan yang mudur diluar Bandar.
Pembangunanya adalah berasaskan kepada sumber asli seperti pertanian dan
perhutanan. Dalam konteks pembangunan wilayah di Malaysia, Bandar-bandar jenis ini
telah banyak dibangunkan di kawasan pembangunan wilayah seperti Jengka Tiga Segi,
Pahang Tenggara, dan Johor Tenggara. Ciri- ciri Bandar ini adalah dirancang dengan
mengekalkan ciri-ciri asal keadaan dimana bakal penghuni Bandar berada sebelum ia
dating kebandar ini. Ini menunjukan Bandar-bandar ini masih mengekalkan ciri-ciri
kedesaan dengan mempunyai tahap kepadatan yang rendah. Susun atur Bandar-
bandar ini dirancang khusus bagi menggalakan wujudnya interaksi sosial antara
penghuni-penghuni di suatu kawasan perumahan. Kebanyakan rumah yang dibina di
Bandar-bandar ini berbentuk rumah sebuah dan reka bentuk yang sama dengan rumah-
rumah tradisional di kampung. Dari segi penghuninya kebanyakan adalah terdiri
daripada mereka yang bekerja di sektor asas seperti pertanian, perhutanan atau
perlombongan. Ini banyak bergantung kepada kegiatan ekonomi asas Bandar itu
dibangunkan.
3.4 Bandar Baru Berasaskan Fungsi Khas
Bandar baru seperti ini adalah dibina dengan tujuan untuk memenuhi satu-satu
objektif utama sahaja, seperti perlombongan, pelajaran pelabuhan, perindustrian,
pelancongan dan sebagainya.ciri-ciri Bandar ini tidak banyak beza dengan Bandar
diatas. Perbezaanya hanya berkisar dari segi asas ekonomi. Bandar-bandar ini
dibangunkan. Contoh Bandar baru Kerteh di Terengganu merupakan berasaskan
sumber petroleum. Ciri-ciri Bandar ini agak sama dengan Bandar baru yang dibina di
pinggir Bandar dan Bandar baru dalam Bandar.
4.0. Perkembangan Bandar Baru Di Malaysia.
5
4.1 Bandar Baru Nilai
4.1.1 Perkembangan Bandar Baru Nilai
Sejarah bandaraya nilai bermula sebagai pusat perkhidmatan untuk
ladang-ladang yang dibangunkan pada zaman British. Bandar Nilai bermula
dengan menyediakan barangan harian yang diperlukan. Kini Bandar nilai telah
banyak mengalami perubahannya namun fungsi asalnya masih tidak banyak
berubah dimana kesampaian yang baik melangsungkan kelestarian Bandar itu
walaupun dengan adanya sebuah Bandar baru. Pada pertengahan 1990- an
apabila ekonomi Malaysia dirangsang kuat oleh globalisasi, perancangan Bandar
di Malaysia mengambil langkah membentuk satu rangkaian Bandar-bandar baru
yang secara khusus mengambil peluang dari kuasa baru ini.
Nilai adalah kawasan perbandaran baru yang berasaskan berasaskan
kepada limpahan yang dijangka dari pembangunan industri logistik bersandarkan
lapangan terbang baru KLIA. Ia juga bertujuan mengambil peluang dari industri
pendidikan yang baru digerakkan secara besar-besaran pada akhir 1990-an.
Nilai juga dijadikan pusat petempatan besar ala Subang Jaya, Bandar yang
berkembang pesat akibat pembangunan lapangan terbang. Bandar nilai baru
dibentuk pada waktu kegawatan ekonomi amat nyata dan perasaan optimis
terhadap pembangunan ekonomi amat nyata diserata tempat. Ia dirancang
berdasarkaan beberapa faktor, antaranya kewujudan lapangan terbang KLIA
yang akan memerlukan perkidmatan langsung dan tidak langsung. Kedua
disebabkan kewujudan Putrajaya dan Cyberjaya yang dijangka akan membentuk
suatu hub konurbasi yang memerlukan sebuah Bandar perantara yang menjalin
kaitan antara pasaran luar yang mewakili KLIA dan keperluan Nasional mewakili
Putrajaya. Nilai dilihat sebagai komponen lokal perhubungan itu, yang ditambah
pula dengan elemen pusat pendidikan yang bertujuan mengerakan ekonomi
setempat. Ini ditambah pula dengan aktiviti- aktiviti asas ekonomi lain dalam
bentuk pelbagai industri yang juga menjana pekerjaan untuk penduduk
setempat. Melihat keadaan ini Bandar Baru Nilai diangap sebagai komponen
utama dalam metropolitan baru yang diwujudkan(Abdul Samad Hadi,2006)
4.1.2 Fungsi Bandar Baru Nilai
6
Bandar Baru Nilai yang dibina adalah untuk mengurangkan kesesakan penduduk
di Bandar-bandar besar dan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi
dengan mengagihkannya di kawasan-kawasan pingir. Di malaysia strategi ini
telah digunakan sebagai salah satu strategi utama dalam pembangunan wilayah.
Salah satu objektif dasar pengagihan penduduk ialah untuk
mengurangkan kesesakan penduduk di bandar-bandar besar dengan
mengimbangi kadar pertumbuhan dimana kawasan wilayah dan bandar baru
secara terancang boleh melaksanakan objektif ini. Bandar baru Nilai merupakan
bandar yang telah melaksanakan objektif ini dengan kewujudan banyak pusat
petempatan. Selain itu, bandar baru ini juga memainkan peranan mengurangkan
kesesakan pembangunan akibat pengelompokan aktiviti ekonommi di bandar
besar dengan mengagihkan dan menyelerakan aktiviti- aktiviti inni kewilayah-
wilayah sekitar bandar utama Kuala Lumpur. bandar baru ini juga bertindak
sebagai Counter Magnet untuk menarik pergerakan penduduk dari bandaraya
Kuala Lumpur ke kawasan ini.
Selain itu, Pengagihan dan pertumbuhan ekonomi secara adil dan
saksama adalah salah satu tujuan utama pembangunan ekonomi sesebuah
negara bagi mencapai tujuan ini, strategi pengagihan pembangunnan secara
reruang adalah penting dalam konteks pembangunan wilayah, masalah
ketidakseimbangan boleh diatasi dengan membangunkan lebih banyak pusat-
pusat pertumbuhan baru. Pembangunan bandar baru tidak dibangunkan semata-
mata untuk memenuhi satu fungsi sahaja,sebaliknya bandar- bandar ini
dibangunkan bagi melaksanakan beberapa fungsi diatas. Sehubungan dengan
itu, peranan yang dimainkan oleh bandar baru berupaya merangsang
pembangunan kawasan-kawasan dalam wilayah di negara ini. Pendekatan ini
melalui perancangan ekonomi bersepadu dengan keupayaan sektor ekonomi
setempat berupaya mencapai matlamat pembangunan.
4.2 Bandar Baru kulim
7
4.2.1 Perkembangan Bandar Baru Kulim
Kulim merupakan sebuah bandar yang besar di negeri Kedah. Ia terletak
di kawasan tenggara negeri Kedah, berdekatan dengan sempadan negeri Pulau
Pinang, yang terletak di bahagian barat. Kulim asalnya merupakan kawasan
penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju
dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim.Bandar
Baru Kulim merupakan Bandar yang berkembang akibat daripada aktiviti
perindustrian. Ramai ahli ekonomi menganggap perindustrian sebagai suatu
pemangkin untuk menggerakkan pembangunan ekonomi secara keseluruhan.
Projek-projek pembangunan ini yang biasanya bercorak intensif modal menjadi
pendorong kepada pembangunan sesuatu kawasan. Kawasan sekitar sesebuah
projek perindustrian akan mendapat faedah melalui proses yang dikenali sebagai
'kesan limpahan'.
Kesan yang terhasil daripada aktiviti perindustrian di kawasan Kulim
terdapatnya perubahan sosio-budaya, ekonomi dan ekologi terhadap kawasan
persekitaran. Perubahan dari segi sosio-budaya dapat di lihat kerana semakin
ramai penduduk luar datang bekerja di Kulim. Selain itu, perindustrian di Kulim
juga telah bertanggungjawab mempercepatkan lagi proses pemodenan dan
pembandaran yang menyebabkan kemunculan bandar-bandar baru. Ini kerana,
kawasan perindustrian telah menyebabkan kesesakan dari aspek petempatan di
Bandar Kulim.
Antara kawasan perindustrian yang utama di kawasan kulim ialah taman
perindustrian kulim (Kulim Hi-Tech Park) iaitu Taman Teknologi Tinggi Yang
Pertama di Malaysia. Kawasan ini berfungsi sebagai pusat untuk
mempromosikan aktiviti perindustrian berteknologi tinggi yang menghasilkan
produk-produk era angkasa, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan
sebuah Bandar baru yang mempunyai segala kemudahan seperti pusat
komersial, pusat rawatan kesihatan institusi pengajian dan kemudahan rekreasi
dan riadah.
4.2.2 Fungsi Bandar Baru Kulim
8
Bandar Baru Kulim yang dibina bertujuan menampung jumlah penduduk
yang pesat di bandaraya utama Pulau Pinang. Salah satu objektif dasar
pengagihan penduduk ialah untuk mengurangkan kesesakan penduduk di
bandar-bandar besar dengan mengimbangi kadar pertumbuhan dimana kawasan
wilayah dan bandar baru secara terancang boleh melaksanakan objektif ini.
Bandar baru Kulim merupakan bandar yang telah melaksanakan objektif ini
dengan kewujudan banyak pusat petempatan. Selain itu, bandar baru ini juga
memainkan peranan mengurangkan kesesakan pembangunan akibat
pengelompokan aktiviti ekonommi di bandar besar dengan mengagihkan dan
menyelerakan aktiviti- aktiviti ini kawasan baru. Bandar baru ini juga bertindak
sebagai Counter Magnet untuk menarik pergerakan penduduk dari bandaraya
Pulau Pinang ke kawasan ini.
Selain itu, Bandar Baru Kulim juga berperanan Sebagai Alat Dalam
Perancangan Nasioal dan Dasar Pembandaran Negara. Pengagihan dan
pertumbuhan ekonomi secara adil dan saksama adalah salah satu tujuan utama
pembangunan ekonomi sesebuah negara bagi mencapai tujuan ini, strategi
pengagihan pembangunnan secara reruang adalah penting dalam konteks
pembangunan wilayah, masalah ketidakseimbangan boleh diatasi dengan
membangunkan lebih banyak pusat-pusat pertumbuhan baru. Strategi inni dalam
pembangunan wilayah telah dijalankan oleh DARA,KEJORA, dan KETENGAH.
Setrusnya Bandar baru Kulim juga diwujudkan untuk tujuan Perindustrian
dimana banyak Kawasan perindustrian yang di bina terutamanya taman
perindustrian kulim (Kulim Hi-Tech Park) iaitu Taman Teknologi Tinggi Yang
Pertama di Malaysia. Melalui pembinaan taman ini ianya telah mewujudkan
banyak peluang pekerjaan dan memajukan sektor perkidmatan di kawasan
tersebut. Sektor pembuatan menjadi satu pemacu pertumbuhan kukuh bagi
Koridor Utara. Sektor ini merupakan penyumbang kedua terbesar KDNK Koridor
Utara dengan sumbangan sebanyak 34% kepada KDNK wilayah pada tahun
2000 - setanding dengan gambaran keseluruhan Malaysia di mana sektor ini
menyumbangkan 35% kepada KDNK nasional.
4.3 Bandar Baru Bangi
9
4.3.1 Perkembangan Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit (West
Country Estate) yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun
1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor
mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-
peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos
rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja
membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit
kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.
Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua
terbesar selepas Shah Alam, adalah berdasarkan perancangan bersepadu yang
dijangka mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat
menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti
komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini
adalah sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa
itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada
Pertanian kepada Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam
daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan penempatan baru. Berkonsepkan
Bandar Taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua
lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang
menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar
Baru Bangi telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.
Sebagai sebuah bandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an,
bandar ini dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan, zon rekreasi dan
zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan Perindustrian
Bandar Baru Bangi. Banyak kilang didirikan di sini kerana premium tanah yang
rendah dan dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih. Antara kilang yang ada
di sini ialah Sony, Hitach,Upha, Sapura, Datapos dan sebagainya. Bandar Baru
Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti
perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.
4.3.2 Fungsi Bandar Baru Bangi
10
Sebagai sebuah bandar satelit, kerajaan telah merancang kawasan ini
sebagai kawasan yang berfungsi sebagai pusat pendidikan. Sebagai contohnya,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dibina di kawasan ini iaitu di
Bandar Baru Bangi. Selain UKM, banyak pusat latihan turut dibina iaitu
Malaysian France Institute, German Malaysian Institute, Institut Kemahiran Mara,
NIOSH, ILKAP dan sebagainya. Beberapa buah sekolah menengah juga
terdapat di kawasan ini seperti SMK Jalan Tiga, SMK Jalan Empat dan SMK
Bandar Baru Bangi dan lain-lain. Pembinaan pusat pendidikan ini turut
meningkatkan migrasi luar ke Bandar Baru Bangi.
Bandar Baru Bangi telah menjadi pusat pentadbiran daerah bagi semua
kawasan kampung dan bandar-bandar kecil di Mukim Kajang. Hal ini dapat
dilihat dengan wujudnya Majlis Daerah Hulu Langat yang ditempatkan di
Seksyen 16. Majlis Daerah Hulu Langat menjalankan fungsi mengutip cukai
tanah dan hal-hal lain yang bersangkutan dengan pentadbiran di sekitar
kawasan Hulu Langat. Antara kawasan yang ditadbir melalui Majlis Daerah ini
termasuklah kawasan Bangi Lama, Semenyih, Beranang, Bukit Mahkota dan
sebagainya. Di sini juga terletaknya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS) iaitu di Seksyen 8. Perbadanan ini menguruskan hal-hal yang berkaitan
dengan pentadbiran perumahan, perparitan, susun atur bandar dan sebagainya
bagi seluruh Daerah Hulu Langat.
Satu lagi fungsi kawasan petempatan di Bandar Baru bangi adalah
sebagai kawasan perindustrian. Hal ini terbukti dengan wujudnya Zon Kawasan
Perindustrian yang terletak di Seksyen 16. Antara syarikat yang mendirikan
kilang di kawasan perindustrian ini ialah Sony, Hitachi, Upha, Sapura, Onkyo,
Denso dan sebagainya. Satu lagi kawasan perindustrian yang baru dimajukan
ialah Kawasan Perindustrian Selaman. Pembinaan kawasan industri ini telah
menarik penduduk dari kawasan lain untuk berhijrah ke Bandar Baru Bangi dan
meningkatkan jumlah penduduk di kawasan ini. Akibatnya saiz kawasan
petempatan di kawasan ini semakin berkembang.
4.4 Bandar Jengka, Pahang4.4.1 Perkembangan Bandar Jengka
11
Pembangunan Bandar baru akibat daripada pembangunan wilayah yang berlaku
di kawasan pantai timur ialah Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur.
Kebanyakan bandar baru jenis bandar baru luar bandar dibangunkan di kawasan
luar bandar sebagai satu strategi untuk memperbandarkan kawasan-kawasan
yang mundur di luar bandar. Pembangunannya adalah berasaskan kepada
sumber asli seperti pertanian dan perhutanan. Bandar Jengka merupakan
Bandar baru luar bandar yang telah dibangunkan oleh kerajaan. Ciri- ciri bandar
ini dirancang dengan mengekalkan ciri-ciri asal keadaan di mana penghuni
bandar berada sebelum ia datang ke bandar baru ini. Ini menunujukkan bandar
ini masih mengekalkan ciri-ciri kedesaan atau kekampungan.
Bandar Jengka ini merupakan sebuah bandar baru di negeri Pahang.
Dikenali sebagai Segi Tiga Jengka atau FELDA Jengka. Bandar Jengka juga
dikenali sebagai Bandar Tun Razak. Bandar ini terletak 55 kilometer dari Bandar
Maran dan 127 kilometer dari Bandar Kuantan. Keseluruhan bandar ini
merupakan kawasan operasi Majlis Daerah Maran. Bandar Jengka terdapat yang
ditandai dengan nombor 1 hingga 25 berdasarkan pembukaan kawasan yang
baru. Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600
buah keluarga di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut
sebagai ‘peneroka felda’ manakala isterinya dipanggil ‘Penerokawati’ dan ditadbir
oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pengurusan Felda.
Bandar Jengka Segi Tiga, menurut Howard (1985), ialah perancangan
yang menyelerak secara seimbang, dalam mana menggalakkan migrasi industri
yang terancang dan penduduk ke bandar-bandar yang bersaiz seimbang dengan
kemudahan asas, peluang-peluang pekerjaan dan kemudahan riadah.
4.4.2 Fungsi Bandar Jengka
Menurut Golany (1978), bandar baru dapat menolong pembangunan Negara
dalam pelbagai cara. Proses pembandaran yang pesat berlaku pada Bandar
Jengka membantu proses pembangunan wilayah di Malaysia.dahulunya, Bandar
Jengka ialah kampung kecil yang telah diterokai secara besar-besar akibat
pembukaan tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh sebab itu, pembukaan
12
kawasan ini telah menarik minat migrasi penduduk dari pelbagai tempat dan
negeri untuk mendiami kampung baru ini.
Bandar Jengka merupakan tanah pamah yang luas dan ini memudahkan
penerokaan tanah. Bandar Jengka menjadi bandar pertanian iaitu pengeluaran
kelapa sawit dan getah. Fungsi utama Jengka ialah penanaman kelapa sawit
dan getah untuk menjanakan pendapatan Negara Malaysia. Pembinaan kilang
yang banyak untuk memproseskan getah dan kelapa sawit. Selain itu,
perkembangan bandar Jengka yang cepat ini telah memberikan peluang
pekerjaan kepada masyarakat setempat. Ini sekali gus dapat mengurangkan
kadar pengganguran dan kemiskinan di bandar Jengka ini. Sebagai contoh,
pekerjaan yang ditawarkan ialah pengait kelapa sawit, pemandu lori, pekerja
kilang dan sebagainya. Pembangunan ekonomi yang ketara mempercepatkan
proses pembandaran sehingga membantu proses pembangunan wilayah Jengka
menjadi lebih maju.
Disamping itu, Bandar Jengka juga mempunyai pusat pendidikan iaitu
Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka di Pahang. Pembukaan IPTA
ini telah membantu proses pembangunan wilayah Jengka. Kehadiran pelajar dari
pelbagai negeri memberi penumpuan kepada pembangunan Jengka itu sendiri
kerana pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada
penduduk Felda seperti kemudahan kesihatan, premis perniagaan, perpustakaan
dan sebagainya telah memudahkan segala urusan kehidupan masyarakat luar
bandar ini.
Pembinaan jalan raya telah menggantikan jalan merah atau denai
mempermudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat lain.
Pembinaan lebuh raya menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan
Pantai Barat telah mempercepatkan kadar pegerakan penduduk. Ini
memudahkan penduduk berhubungan dengan penduduk luar yang lebih maju.
Hal ini sekali gus, telah meningkatkan mobiliti penduduk dan darjah
ketersampaian lebih tinggi. Perkembangan ini juga telah membantu
pembangunan wilayah di Jengka.
4.5 Bandar Kerteh, Terengganu4.5.1 Perkembangan Bandar Kerteh
13
Kerteh diklasifikasikan sebagai bandar baru berasaskan fungsi khas. Bandar
baru jenis ini dibina dengan tujuan untuk memenuhi objektif utama sahaja seperti
perlombongan, pelabuhan, perindustrian dan sebagainya. Ciri-ciri bandar ini
tidak banyak berbeza dengan bandar lain. Perbezaannya hanya berkisar dari
segi ekonomi bandar ini. Bandar Kerteh merupakan bandar baru yang
berasaskan petroleum. Ciri-ciri bandar ini agak sama dengan bandar baru yang
dipinggir bandar dan bandar baru dalam bandar raya.
Kerteh, Kemaman terdapat beberapa kampung yang didiami oleh kaum
melayu. Merupakan kampung nelayan yang dihuni oleh penduduk yang yang
bekerja sebagai nelayan. Kerteh membangun hasil daripada hasil penemuan
petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai
Kerteh. Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah
Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap.
Kerteh juga sering dipanggil sebagai “City of Light” di kalangan pelancong
kerana limpahan cahaya dari kawasan Perindustrian Petroleum Petronas yang
menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.
4.5.2 Fungsi Bandar Kerteh
Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya, ialah
Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan perindustrian Petronas,
Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah
Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium, dan sebagainya. Terdapat
banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECER) di seluruh negeri Pantai Timur.
Bandar Kerteh juga adalah bandar baru hasil pembangunan wilayah
Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu. Kerteh menjadi tumpuan peluang
pekerjaan kerana pembukaan pelantar-pelantar minyak di laut dan darat. Ini
menggalakkan migrasi penduduk dari seluruh Malaysia dan juga luar Negara.
Sektor perlombongan petroleum dan gas asli yang pesat telah menggalakkan
pertumbuhan penduduk sehingga telah mewujudkan Kerteh sebagai bandar
baru. Kemajuan yang pesat ini membantu proses pembangunan wilayah di
sekitar Kerteh termasuklah bandar Paka juga yang turut tempiasnya.
14
Sumber alam yang kaya iaitu petroleum dan gas asli telah menjadikan
Kerteh sebagai bandar perlombongan dan perindustrian yang maju.
Perlombongan ini yang telah mewujudkan Kerteh sebagai bandar baru di
Malaysia kerana pada zaman dahulunya hanyalah sebuah kampung nelayan.
Kerana faktor penemuan petroleum dan gas asli, dasar kerajaan telah
memajukan bandar ini sehingga menjadi bandar baru. Dasar kerajaan dan
PETRONAS yang banyak membantu proses pembangunan wilayah di Kerteh ini.
Selain itu, Kerteh juga telah menjadi maju dengan pelbagai kemudahan
asas dan infrastruktur dibina. Pelbagai kemudahan infrastruktur dibina telah
memenuhi kehendak penduduk di Kerteh sehingga meningkatkan status
kehidupan penduduk disana. Ini telah membantu proses pembangunan wilayah
di bandar Kerteh.
4.6 Bandar Bintulu, Sarawak
4.6.1 Perkembangan Bintulu
Bahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak menghadap
Laut China Selatan. Bintulu pada asalnya, hanya sebuah Kampung nelayan yang
dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk, dan belacan. Bintulu kini
muncul sebagai bandar baru dan kini telah menjadi Bandaraya Bintulu.
Bandaraya Bintulu telah membangun dengan pesat kerana penemuan gas asli di
perairan pantainya. Bintulu mempinyai keluasan 7,220.4 km persegi.
Sebuah loji pemprosesan gas asli iaitu Malaysia LNG Sdn Bhd telah
dibina di Bintulu. Malaysia telah menjadi pengeksport gas asli terbesar dunia dan
MLNG turut memiliki loji bagi penukaran gas asli kepada produk minyak sintetik
terbesar di dunia yang dikenali sebagai Shell Middle Distillate Synthesis (SMDS).
Ia menggalakkan kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan.
Pelabuhan Bintulu di Bandar Tanjung Kidurong turut dibina dan berkembang
maju. Dahulunya, hanyalah sebuah hutan rimba. Pelabuhan ini bersebelahan
dengan loji MLNG. Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada tahun 1981
bagi melicinkan pembinaan pelabuhan serta tanggungjawab dalam pengendalian
dan penjagaan pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan
mengikut jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.
15
Terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja
urea dan lain-lain kepada petani di Malaysia dan juga Negara ASEAN.
Penemuan simpanan gas asli di pesisiran pantai Bintulu pada tahun 1969, kajian
telah dibuat pada tahun 1975 mendapati Tanjung Kidurong adalah tempat yang
sesuai bagi pelabuhan laut yang pertama di Sarawak.
Menyedari potensi perindustrian dan perlombongan di Bintulu, Lembaga
Kemajuan Bintulu (BDA) ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada tahun 1978 untuk
menjalankan pembangunan infrastruktur, juga sebagai penyelaras dan
penggalak pelaburan kawasan perindustrian. Bermula tahun 1979, Bintulu telah
mengalami pembangunan industry yang luar biasa. Terkini, Bintulu telah menjadi
pusat pertumbuhan industri di Sarawak dan telah mencapai status sebagai
Bandar Raya Bintulu.
Bintulu kini dalam perancangan untuk dijadikan sebagai Bandaraya Metropolitan
terbesar , teratur, terancang, dan selesa oleh BDA. Bintulu telah menjadi
bandaraya ketiga selepas Bandaraya Kuching dan Bandaraya Miri. Kini denga
pelaksanaan Koridor Tenaga Yang Telah Diperbaharui Sarawak (SCORE), ia
dilihat mempercepatkan lagi transformasi bandar Bintulu menjadi sebuah
bandaraya. Perkembangan bandar Bintulu ini telah membantu dalam proses
pembangunan wilayah amnya di Malaysia kerana telah meningkatkan
pendapatan Negara.
4.6.2 Fungsi Bandar Bintulu
Di bawah kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang
akan menarik minat pelaburan berbilion ringgit dan pastinya, pelabuhan Bintulu
akan memperolehi manfaat. Pelabuhan Bintulu dikawal selia oleh Lembaga
Pelabuhan Bintulu termasuklah untuk industri petroleum dan gas asli di samping
menguruskan pelbagai kargo seperti kontena, kargo am, pukal dan lain-lain lagi.
Sebagai pelabuhan bertaraf dunia, khususnya dirantau BIMP-EAGA, pelabuhan
Bintulu sentiasa mempertingkatkan kualiti serta kemudahan sedia ada.
Pelabuhan ini ialah pelabuhan serbaguna paling moden dan cekap di rantau Asia
Tenggara.
16
Di Bintulu juga, terdapat pusat pendidikan iaitu Kampus Universiti Putra
Malaysia cawangan Bintulu. Ini merupakan destinasi pendidikan tinggi di Negara
ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Kampus ini
berasaskan matlamat ketiga pelan Strategi UPM 2001-2010 iaitu meningkatkan
keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta
boisumber terkemuka di peringkat antarabangsa. Selain itu, SMK Bintulu
merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar dari
tingkatan 1 sehinggan tingkatan 6. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang
menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan umum.
Bandaraya Bintulu juga mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi.
Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, tenis, skuash,
sepak takraw, bola sepak, bola tampar dan hoki. Selain itu, Bintulu juga
mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang BDA
berdekatan Dewan Suarah, sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang
terletak di Jalan Tanjung Kidurong.
Padang golf 18 lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang
mencabar tetapi mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini
dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri sebagai
pusat operasi.
Bintulu juga terkenal dengan pelancongannya. Pelancong akan singgah
di Bintulu dahulu sebelum berkunjung ke Taman Negara Niah atau Taman
Negara Similajau. Selain itu, mempunyai Tugu Dewan Undangan Negeri, City
Point Mall, Pasar Utama Bintulu, Taman Tumbina, dan sebagainya. Ini menarik
pelancong asing dan dalam negeri untuk berkunjung ke BIntulu.
Perkembangan Bandar Bintulu sehingga menjadi Bandaraya Bintulu
adalah akibat penemuan sumber alam gas asli telah mennyebabkan Bintulu
menjadi begitu maju. Perkembangan ini telah membantu proses pembangunan
wilayah di Malaysia terutama dalam SCORE. Dimana, Bintulu terlibat dalam
SCORE dan sekali gus mempercepatkan perkembangan bandar.
5.0 Implikasi Perkembangan Bandar Baru Dalam Membantu Proses PembangunanWilayah5.1 Meningkatkan KDNK dan Pendapatan Negara
17
Perkembangan bandar baru yang sangat pesat dipengaruhi oleh sektor ekonomi di
setiap bandar baru di Malaysia. Struktur ekonomi yang pesat terutama di Bandar
Jengka, Bandar Kerteh dan Bandaraya Bintulu telah membantu meningkatkan
pendapatan Negara dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Penemuan petroleum di luar pantai Terengganu dan Sarawak telah memberi peluang
kepada untuk struktur ekonomi diubah semula. Perubahan ekonomi yang berlaku di
bandar ini telah memberi impak terhadap sosioekonomi penduduk yang menyumbang
kepada proses pembangunan yang giat sehinggakan mewujudkan bandar baru.
Sebagai contoh, KDNK Terengganu mangalami peningkatan KDNK dari RM 2.1
billion pada tahun 1980 kepada hamper RM 14.3 bilion pada tahun 2000 adalah suatu
pencapaian yang baik akibat daripada perlombongan petroleum dan gas asli di Kerteh.
Hal ini juga telah meningkatkan pendapatan Negara. Selain itu, Bintulu juga merupakan
mengeksport gas asli terbesar Asia Tenggara sekali gus menarik perhatian pelaburan
asing dan dapat meningkatkan kadar pendapatan Negara. Bandar Jengka pula
mengeluar antara kawasan pengeluar terbesar hasil kelapa sawit dan getah. Malaysia
merupakan pengeksport terbesar dunia kelapa sawit dan ini meningkatkan pendapatan
Negara. Kesannya, peningkatan pendapatan ini dapat membantu proses pembangunan
wilayah.
5.2 Infrastruktur Dan Kemudahan Sosial Maju
Pelbagai kemudahan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya, ialah Bandar Seri Kerteh,
Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji
Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall
Kerteh, Stadium, dan sebagainya. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai
kemudahan kepada penduduk Felda Jengka seperti kemudahan kesihatan, premis
perniagaan, perpustakaan, klinik 1 Malaysia dan sebagainya telah memudahkan segala
urusan kehidupan masyarakat luar bandar ini.
Pembinaan jalan raya telah menggantikan jalan merah atau denai
mempermudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat lain. Lapangan
terbang Bintulu banyak mengendalikan penerbangan para kakitangan yang terlibat
dalam industri petroleum dan gas asli. Kemudahan kewangan seperti bank, perumahan,
hiburan dan sebagainya dapat diperolehi di setiap bandar kerana ini merupakan usaha
kerajaan dalam membangunkan wilayah dan bandar tersebut. Kemudahan yang
18
disediakan oleh pihak kerajaan telah akibat perkembangan bandar baru telah
membantu proses pembangunan wilayah di Malaysia.
5.3 Mengurangkan Jurang Pembangunan Antara Wilayah
Dalam sistem bersepadu, pusat-pusat bandar saling bertindak dan bergantung fungsi
sebagai fungsi antara satu sama lain dalam keadaan masing-masing mendapat faedah
pusat yang lain. Menurut Venables (2005) ,Globalisasi ekonomi telah menggalakkan
pembangunan menumpu di pusat pertumbuhan utama. Ini menyebabkan meningkatnya
jurang pembangunan wilayah dan kelas sosial. Bagi megurangkan jurang pembangunan
antara wilayah, pelbagai usaha dilakukan termasuklah menggalakkan pelaburan di
kawasan yang kurang maju.
Pembukaan kawasan Bandar jengka dan Bandar Kerteh yang mempunyai
sumber asli sendiri telah menggunakan pendekatan pusat pertumbuhan. Konsep koridor
pembangunan adalah satu pendekatan untuk memajukan sebuah wilayah yang
berbentuk jaluran. Semenanjung Barat Malaysia ialah bandar Nilai, Bandar Bangi dan
Kulim lebih cepat maju disebabkan sektor perkhidmatan dan perniagaan. Hal ini kerana,
Semenanjung Barat Malaysia lebih maju berbanding Pantai timur, Sabah dan Sarawak.
Justeru, penemuan sumber asli seperti petroleum, gas asli, kelapa sawit dan getah
dapat mennyeimbangi pembangunan wilayah di Malaysia.
5.4 Pelbagai Sektor Ekonomi Yang Wujud
Perkembangan bandar baru akibat daripada pembangunan wilayah telah menghasilkan
pelbagai sektor ekonomi. Sebagai contoh, bandar Jengka mempunyai sektor pertanian,
perniagaan, sektor perkilangan, dan sebagainya. Pelbagai sektor ini telah mweujudkan
sektor hiliran sebagai contoh kilang kasut, minyak masak, marjerin, kilang sabun dan
sebagainya hasil daripada pengeluaran kelapa sawit dan getah. Pengeluaran kilang
kimia pula hasil daripada perlombongan petroleum dan gas asli. Manakala, berbeza pula
dengan bandar Bangi dan Nilai yang lebih memfokuskan kepada sektor perkhidmatan
dan perniagaan seperti, firma peguaman, spa, salun, klinik, dan sebagainya yang lebih
memberi keuntungan kepada penduduk di sekitarnya. Bandar Kulim pula merupakan
terkenal dengan sektor perindustrian terutama pengeluaran automobil utama di
Malaysia. Bandar Kulim merupakan bandar kedua tertinggi KDNK selepas Pulau Pinang
19
dalam wilayah utara. Kewujudan pelbagai sektor ini telah menyebabkan bandar menjadi
maju dan membantu proses pembangunan wilayah di sesuatu tempat itu.
5.5 Keseimbangan Pembangunan Negara
Secara umumnya, pembangunan wilayah adalah menyelesaikan masalah
ketidakseimbangan pembangunan Negara antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pembangunan Negara tidak
seimbang antara Negeri Pantai Barat dan Negeri Pantai Timur. Faktor
ketidakseimbangan ini adalah disebabkan oleh penjajah yang telah mengeksploitasikan
sumber alam Negara ketika itu. Selain itu, ketidakseimbangan ekonomi antara kaum
juga dimana kaum Melayu miskin berbanding kaum Cina dan India. Selepas
kemerdekaan, kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru(DEB) bagi menyusun
semula masyarakat dan mengimbangi semula pembangunan Negara dengan
pembukaan tanah baru.
Penerokaan tanah secara besar-besaran terutama kawasan Felda telah
mengimbangi pembangunan Negara terutama di kawasan pedalaman dan ekonomi
kaum melayu. Kini, bandar baru Jengka mempunyai pelbagai kemudahan dan peluang
pekerjaan untuk masyarakat setempat. Justeru itu, perkembangan bandar baru adalah
untun mengatasi masalah ketidakseimbangan pembangunan melalui pembangunan
wilayah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.
6.0 Kesimpulan
20
Proses pembangunan wilayah di Malaysia semakin maju dan cepat akibat daripada
perkembangan bandar baru yang pesat terutama dari sudut ekonomi. Pembangunan Bandar-
bandar baru dalam kawasan pembangunan wilayah merupakan salah satu alternatif kepada
pendekatan pembangunan bamdar dan wilayah. Konsep pembangunan wilayah adalah
berasaskan kepada konsep pemusatan yang mana Bandar-bandar baru dibangunkan di
tengah-tengah tapak sesuatu kawasan tadahan yang terdiri daripada beberapa projek oleh
pihak kerajaan. Segala kemudahan infrastrutur Bandar dan kemudahan sosial disediakan di
pusat Bandar. Keberkesanan dan kejayaan pendekatan Bandar baru dalam pembangunan
Negara bergantung kepada sejauh manakah perancangannya. Bandar baru sangat maju
terutama dalam segi sektor ekonomi.
Bandar baru Bangi, Kulim, Nilai, Jengka, Bintulu, dan Kerteh telah membuktikan bahawa
sesbuah tempat itu dapat mencapai kemajuan jika mempunyai perancangan yang baik
terutama dari pihk kerajaan. Perkembangan setiap Bandar ini telah membantu proses
pembangunan wilayah di Malaysia. Secara keseluruhannya, pendekatan pembangunan Bandar
baru yang dilaksanakan di wilayah ini telah menunjukkan bahawa Bandar baru boleh
memainkan peranannya dalam pembangunan wilayah seperti meningkatkan pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi di kawasan mundur, membandarkan penduduk-penduduk di kawasan
desa atau pendalaman wilayah ini.
Kesimpulannya, perkembangan Bandar baru telah membantu proses pembangunan
wilayah di Malaysia terutama dari segi sosial, dan ekonomi. Pembangunan wilayah ini
menyebabkan berlaku pertumbuhan penduduk yang cepat. Dengan pesatnya Bandar baru
menyebabkan keseimbangan pembangunan Negara di semua negeri di Malaysia terutama
kawasan pedalaman untuk menjadi kawasan maju. Dengan ini, harapan Malaysia menjadi
status Negara maju dan pendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan mencapai Wawasan
2020 akan tercapai.
7.0 Rujukan
21
Abdul Samad Hadi, Abdul Hadi Harman Shah, Ahmad Fariz Mohamed dan Shaharudin Idrus (2006). Mencari kelesterian bandar kecil. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dani Salleh (2008). Urbanisasi perancangan dan kawalan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Ghani Salleh (2000). Urbanisation and regional development in Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Hasnah Ali (1991). Ekonomi wilayah : teori dan amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Ngah dan Rahmat Azam Mustafa (1991). Pengenalan perancangan pembangunan wilayah. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Katiman Rostam, Asmah Ahmad, Sulong Mohamad, Mohd Fuad Mat Ali Dan Mohd Azlan Abdullah (2006). Transformasi desa-bandar : koridor Kemaman- Dungun,
Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lim Heng Kow (1979). The evolution of the urban system in Malaya. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Rosli Buyung (1985). Dasar, halacara, dan strategi bagi pembangunan bandar-bandar baru. Kuala Lumpur: JPBD.