-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
1/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 1
BAB 1
SATU MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
1.0 Pendahuluan
Era kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat
Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi
masakini. Demi merealisasikan matlamat Negara, pelbagai usaha telah diambil untuk menjadikan
masyarakat Malaysia dipandang tinggi di mata dunia. Oleh yang demikian, tanggungjawab ini
seharusnya dipikul oleh setiap rakyat Malaysia terutamanya warga pendidik yang merupakan nadi
kepada pelajar untuk memperolehi ilmu yang ingin diterokai.
Namun perkara yang paling asas dalam melaksanakan impian ini berakar umbi daripada perpaduan
antara kaum di Malaysia. Berasaskan kepada perpaduan pelbagai etnik di Malaysia maka Konsep
1Malaysia telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak
untuk memastikan perpaduan dan keharmonian negara berkekalan. Selain itu, konsep 1Malaysia
bertujuan untuk membawa aspirasi dalam memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Hal ini kerana, konsep satu Malaysia rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan adalah merupakan gagasan yang berkait rapat dengan Negara
Bangsa Malaysia yang menjadikan kemajmukan rakyat sebagai sumber kekuatan. Dalam konteks ini,
gagasan 1Malaysia mengiktiraf sumbangan semua kaum dalam membangunkan Negara bangsa
dengan memberi penekanan kepada perpaduan nasional.
2.0 Konsep Satu Malaysia
Prinsip utama yang mendasari gagasan 1 Malaysia adalah kebersamaan (togetherness) dan kekitaan
(sense of belonging). Manakala konsep rakyat didahulukan pula meliputi aspek-aspek yang berikut
iaitu:
a) Tiada rakyat yang tercicir
b) Setiap rakyat Malaysia berpotensi menjadi modal insan yang berharga
c) Mesra rakyat
d) Menekankan keperluan rakyat
e) Mengutamakan perpaduan
f) Memahami masalah, kekangan dan kesulitan rakyat
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
2/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 2
Sementara itu, konsep pencapaian pula merupakan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat
unggul (precise society). Antara ciri-ciri masyarakat unggul adalah:
a) Mementingkan kualiti
b) Kejayaan yang berasaskan outcome bukan output
c) Mengutamakan budaya kerja cemerlangd) Sistem penyampaian (delivery system) yang berkesan
Dalam aspek mementingkan kualiti, penekanan diberikan terhadap ketepatan dan penjimatan masa,
berorientasikan pelanggan dan business like. Business like yang dimaksudkan melibatkan:
(a) Mengurangkan protokol
(b) Ketetapan masa
(c) Budaya kerja yang jelas
(d) Salutation (salam hormat) yang ringkas
(e) Menghentikan budaya sambutan yang keterlaluan(f) Pelaksanaan majlis yang ringkas, mudah dan tidak membazir
(g) Mewujudkan peluang beramah mesra dengan semua lapisan
(h) Mesra pelanggan (pelajar/guru/PIBG/komuniti)
(i) Ceria dan berketrampilan
(j) Membuat keputusan dengan segera
Manakala aspek kejayaan pula perlu berasaskan kepada outcomedan bukannya output. Sebagai contoh,
outcome yang perlu dicapai bukan mengira jumlah sekolah yang telah dibina sebaliknya mengira jumlah
pelajar cemerlang secara holistik yang dapat dilahirkan. Sementara itu, aspek Budaya Kerja Cemerlang
pula melibatkan elemen-elemen berikut:
(a) Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
(b) Bekerja dengan penuh tanggungjawab
(c) Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
(d) Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
(e) Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
(f) Berpegang teguh kepada ajaran agama
Sistem Penyampaian (Delivery System) yang dimaksudkan pula melibatkan satu sistem yang mempunyai
ciri-ciri berikut:
Pelaksanaan yang berkesan
Meletakkan sesuatu pada tempat yang hak
Penyebaran maklumat secara sistematik
Maklumat disebarkan dengan tepat
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
3/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 3
Konsep 1Malaysia juga mengiktiraf sumbangan semua kaum dalam membangunkan negara dan
menekankan kepentingan perpaduan nasional yang perlu diterjemahkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di institusi-institusi pendidikan di negara kita dengan memberi penekanan terhadap aspek
perpaduan kaum dalam silibus di sekolah-sekolah dan menggalakkan aktiviti integrasi murid terutamanya
di sekolah-sekolah yang berbeza aliran, di samping memastikan tiada golongan dalam masyarakat yang
tercicir daripada menerima manfaat sistem pendidikan kebangsaan.
3.0 Modenisasi Sektor Awam
Bagi menjayakan segala perubahan yang diperlukan negara untuk memastikan Malaysia terus aman, maju
dan makmur pada abad ke-21, kita memerlukan sebuah persekitaran yang kondusif untuk semua rakyat
Malaysia mengoptimumkan potensi mereka. Oleh itu, peranan sector perkhidmatan awam yang cekap,
berkesan, responsif, luwes dan berani berubah adalah amat penting.
Justeru, dalam melaksanakan konsep ini, kakitangan perkhidmatan awam perlu memainkan peranan
penting untuk memberi impak yang positif dan bersesuaian dengan kehendak persekitaran demi mencapai
kejayaan pada alaf ini. Oleh itu, terdapat beberapa proses modenisasi atau pembaharuan yang perlu
diambil perhatian untuk membuat anjakan paradigma iaitu:
(a) Anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan
(b) Anjakan daripada budaya outputdan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada
mementingkan aspek outcome atau dampak keberhasilan secara holistik
(c) Anjakan daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi yang memudah cara dan
menyenangkan rakyat
(d) Anjakan daripada produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan
inovasi
Hal yang dimaksudkan dengan anjakan paradigma daripada ketegaran kepada keanjalan ialah kita harus
lebih fleksibel dan tidak terlampau rigid. Keanjalan ini penting bagi menghadapi cabaran untuk berjaya di
dalam ekonomi baru yang ditandai oleh proses globalisasi. Kita harus mengubah kerangka minda, strategi
dan kaedah bekerja jika kita ingin memanfaatkan fenomena yang ada. Sesungguhnya extraordinary times
requires extraordinary measures. Sektor awam perlu menjadi pemudah cara kepada penciptaan kekayaan
tanpa mengenepikan peranan mereka sebagai pemelihara kepentingan awam.
Anjakan paradigma kedua pula ialah beralih daripada budaya outputdan perbelanjaan atau kesan nyata
semata-mata kepada mementingkan aspek outcome atau dampak keberhasilan secara holistik.
Perkhidmatan awam harus menganjak paradigma daripada menilai kejayaan yang berasaskan output
kepada kejayaan yang berasaskan outcome. Contohnya penekanan kita bukan pada bilangan mesyuarat
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
4/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 4
yang diadakan atau kekerapan lawatan ke luar negeri tetapi kepada hasil yang tercapai daripada
mesyuarat dan lawatan yang telah dibuat.
Anjakan paradigma ketiga adalah anjakan daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi yang
memudah cara dan menyenangkan rakyat. Sistem birokrasi yang ada di Malaysia telah membawa
pembangunan ke seluruh pelusuk negara sejak lima puluh tahun yang lalu, namun hari ini terdapattanggapan bahawa pentadbiran awam berada di belakang keluk perubahan negara mahupun global
sehingga timbul persoalan dalam kalangan rakyat sama ada pulangan yang kerajaan perolehi daripada
perbelanjaan besar untuk membayar gaji dan upah kakitangan awam setimpal.
Anjakan paradigma yang keempat pula adalah daripada produktiviti semata-mata kepada gabungan
produktiviti, kreativiti dan innovasi. Sebelum ini, pencapaian diukur dari aspek produktiviti semata-mata
tetapi pada masa ini pengukuran perlu ditambah baik melibatkan elemen kreativiti dan inovasi. Ukuran
produktiviti secara konvensional hanya memberikan penambahbaikan secara bertokok (incremental),
manakala jika digabungkan produktiviti dan kreativiti serta inovasi, ia akan memberikan penambahbaikan
secara anjakan berganda (quantum leap). Jelasnya, produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan
inovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam Malaysia.
Tanggapan bahawa setiap masalah boleh diselesaikan dengan menubuhkan jabatan/agensi baru atau
menambah kakitangan adalah pandangan yang tidak tepat. Dengan kemajuan teknologi maklumat
produktiviti setiap pegawai dan kakitangan boleh dioptimakan. Saiz kerajaan perlu dikawal kerana tidak
semua masalah mempunyai penyelesaian. Realitinya, era kerajaan besar dan kerajaan mengetahui
segalanya sudah berakhir. Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti
dan inovasi ini. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan sektor awam
yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka hanya semata-
mata kerana ia tidak konvensional. Demi menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras
kecemerlangan peringkat global maka budaya pemikiran diluar kotak kebiasaan perlu menjadi norma
harian dan rutin supaya persekitaran kerja yang dinamik, bertenaga dan berdaya saing dapat mewujudkan.
Lantas, untuk melakukan proses anjakan ini, sektor awam bukan sahaja perlu memahami realiti semasa
tetapi juga mempunyai kemahuan dan berani untuk membuat perubahan.
4.0 Fokus Kementerian Pelajaran
Salah satu tanggungjawab penting kerajaan adalah menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti
kepada rakyat dan institusi pendidikan untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu dalam
masyarakat majmuk. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan
panduan kepada sekolah-sekolah dengan memberikan fokus kepada aspek-aspek berikut:
(a) Infrastruktur sekolah yang sentiasa tersedia, bersih, kemas, berfungsi, selamat dan diselenggara.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
5/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 5
(b) Guru yang berilmu, berkemahiran, berpengalaman, berketrampilan, menepati masa, banyak
membaca dan berintegriti
(c) Murid yang holistik, berdaya saing, mempunyai jati diri, berkeyakinan, berkemahiran komunikasi,
kreatif dan inovatif serta tiada yang terpinggir
(d) Kepemimpinan sekolah yang berkesan kerana organisasi yang berjaya bermula dari pemimpin
yang berkualiti dan mempunyai wawasan untuk memimpin organisasinya bagi merealisasikan
matlamat dan objektif yang diharapkan. Antara ciri kepimpinan sebegini adalah:
(i) Terdapat perubahan yang menyumbang kepada kecemerlangan (berfikir di luar kotak)
(ii) Wujud pasukan kerja yang profesional, komited, dan berdedikasi
Sementara itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) merupakan landasan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) untuk membuat transformasi pendidikan yang diharapkan. Strategi Membina Negara
Bangsa yang terkandung dalam PIPP yang juga menjadi tema Hari Guru pada tahun 2009 telah memberi
penekanan terhadap aspek berikut:
(a) Semangat patriotisme
(b) Perpaduan
(c) Jati diri (identity)
(d) Seni, budaya & warisan
(e) Bahasa kebangsaan
Sementara bagi Strategi PIPP untuk Membangun Modal Insan pula, fokus diberi bagi aspek berikut:
(a) Yakin diri(b) Kemahiran berkomunikasi
(c) Berani / tidak berputus asa
(d) Kreatif / inovatif
(e) Kemahiran ICT
(f) Multilingual
(g) Berakhlak mulia
(h) Pendidikan sepanjang hayat
KPM juga berhasrat untuk membuat transformasi pendidikan dengan memberi penekanan kepada:
(a) Pembelajaran yang menyeronokkan
(b) Pentaksiran berasaskan sekolah
(c) Memperkukuh semangat patriotik, perpaduan dan menyayangi alam sekitar
(e) Murid dibekalkan dengan nilai tambah (keusahawanan, menguasai pelbagai bahasa, berkemahiran
ICT, sains dan teknologi
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
6/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 6
5.0 Penutup
Kesimpulannya, konsep 1 malaysia merupakan satu pendekatan yang diambil oleh pemimpin nombor satu
negara dengan memfokuskan kepentingan rakyat melalui kesinambungan daripada pemerintahan
pemimpin terdahulu. Ia merupakan satu pendekatan yang universal iaitu boleh diaplikasikan oleh semua
peringkat kepimpinan. Justeru, tema rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan adalah sangat relevandengan keadaan semasa negara yang sedang mengalami krisis ekonomi untuk kali yang ketiga. Melalui
konsep ini juga, kepercayaan,keyakinan dan kesetiaan rakyat kepada negara semakin mantap dan sukar
diganggu oleh anasir luar yang sememangnya ingin melihat Negara Malaysia dalam keadaan huru-hara.
Oleh yang demikian, semangat jati diri perlu ditanam dalam diri masyarakat supaya konsep 1 Malaysia
yang diperkenalkan ini mencapai misi dan visinya.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
7/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 7
BAB 2
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NATIONAL KEY RESULT AREA - NKRA)
DAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR - KPI)
1.0 Pendahuluan
Pada 27 Julai 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Perdana Menteri
Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan menjadi keutamaan kerajaan bagi
tempoh beberapa tahun akan datang. Langkah ini bertujuan untuk mewujudkan elemen
kebertanggungjawaban yang serius di kalangan anggota pentadbiran dan penjawat awam di samping
menjadi kaedah untuk membuat transformasi terhadap pentadbiran Negara selaras dengan dasar. Satu
Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan untuk membawa Negara ke tahap yang lebihmaju lagi.
2.0 Tujuan
NKRA dan KPI diperkenalkan sebagai panduan kepada rakyat yang menjadi pelanggan utama
kerajaan agar tidak berada dalam keadaan samar dan teraba-raba tentang inisiatif, rencana dan hala
tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh kerajaan. Setiap NKRA mempunyai perincian dalam
bentuk KPI tertentu melibatkan sasaran khusus untuk mengukur prestasi dan pencapaiannya selaras
dengan hasrat Perdana Menteri untuk membuat transformasi terhadap pentadbiran kerajaan.
Amalan pengurusan menggunakan KPI telah lama dipraktikkan di sektor swasta. Beberapa jabatan di
sektor awam juga telah meggunakannya secara dalaman semenjak tiga tahun lalu. KPI untuk Menteri
dan Timbalan Menteri mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada 9 April 2009 dan mesyuarat
kabinet pertama bagi membincangkan prestasi pengurusan diadakan pada 15 April 2009.
3.0 Enam Teras NKRA
Sasaran enam teras NKRA tersebut adalah seperti berikut:
3.1 Mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir tahun 2010 Kementerian
Dalam Negeri
3.2 Semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi
rasuah Menteri di Jabatan Perdana Menteri
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
8/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 8
3.3 Memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan - Kementerian
Pelajaran
3.4 Meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah menjelang 31 Deisember 2010
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
3.5 Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dengan peruntukan RM10.9 bilion bagi
membina jalan, bekalan air dan elektrik, selain baik pulih 50,000 buah rumah menjelang 2012.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
3.6 Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana Kementerian
Pengangkutan
4.0 KRA Kementeriaan Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terlibat secara langsung dengan NKRA teras yang ketiga iaitu
memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Fokus utama KRA Kementerian
Pelajaran Malaysia adalah pada empat aspek yang berikut:
4.1 Sekolah Berprestasi Tinggi (High Performing Schools HPS)
Sekolah Berprestasi Tinggi (HPS) ditakrifkan sebagai:
Schools with ethos, character and a unique identity which enable the schools to
excel in all aspects of education as they have strong and excellent work cultures
and dynamic national human capital for holistic and continuous development in
addition to being able to compete in the international arena, hence becoming the
school of choice.
Antara ciri HPS adalah:
a) mempunyai rekod pencapaian akademik yang cemerlang dan sentiasa meningkat
b) mempunyai markah pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysai (SKPM) melebihi 90
peratus.
c) mendapat pengiktirafan dan anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
d) telah menghasilkan pemimpin yang mempunyai towering personalities.
e) menjadi tempat rujukan dan dijadikan penanda aras oleh sekolah-sekolah lain dari dalam dan
luar negara
f) mengadakan perkongsian pintar dengan masyarakat
g) mempunyai jaringan hubungan dengan sekolah-sekolah sama ada di peringkat tempatan
maupun antarabangsa.
h) menjalin hubungan dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
9/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 9
Sebagai KPI, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mensasarkan untuk mewujudkan 100 HPS
menjelang 2012 bagi menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif di
samping menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta untuk berganding bahu dalam
usaha untuk memacu pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga
tahun sebelum penamat 2012.
4.2 Baih (New Deal) untuk pemimpin sekolah
Baiah merupakan satu akujanji untuk membuat atau mengambil sesuatu tindakan. Bersesuaian
dengan konsep pencapaian diutamakan, kerajaan akan menawarkan new dealatau Baiah kepada
kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah dengan janji ganjaran berasaskan
pencapaian sekolah masing-masing. Pemimpin pendidikan yang terlibat dengan baiah akan diberi
insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan sekiranya pencapaian mereka melepasi
sasaran yang telah ditetapkan. Justeru Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan satu
sistem penilaian berasaskan prestasi (performance based assessment) untuk digunakan bagi
mengenalpasti tahap pencapaian dan kecemerlangan pemimpin pendidikan di sekolah. Langkah ini
merupakan satu usaha untuk meningkatkan kualiti pemimpin pendidikan di sekolah di samping
memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah mencapai tahap kecemerlangan yang
dikehendaki.
4.3 Penguasaan 3M (Literacy and Numeracy LINUS)
Penguasaan 3M melibatkan kemahiran menulis, membaca dan mengira merupakan asas untuk
seseorang murid mendalami ilmu pengetahuan di sekolah. Tanpa penguasaan dalam 3M, seseorang
murid itu tidak akan dapat memahami apa yang diajar oleh guru di sekolah. Sehubungan itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah kanak-kanak
yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila
meninggalkan bangku sekolah. Sebagai KPI, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil
ketetapan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira apabila mereka melangkahkan kakinya ke Tahun 4 di sekolah
rendah sebelum penghujung 2012. Justeru, semua guru sekolah rendah bertanggungjawab untuk
menyahut cabaran bagi merealisasikan hasrat dan cita-cita ini.
4.4 Prasekolah
Langkah kerajaan untuk memperkasakan prasekolah melalui dasar NKRA dan KPI telah meletakkan
pendidikan prasekolah maju setapak lagi. Pendidikan prasekolah bakal menjadi sebahagian
daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. Ini bertujuan untuk menyediakan
pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
10/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 10
Tujuan pendidikan prasekolah diwujudkan adalah untuk meningkatkan potensi murid dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
ke alam persekolahan. Justeru, prasekolah bakal menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan
Malaysia yang diberi perhatian untuk pembangunan potensi murid ke arah yang lebih gemilang.
Sebagai petunjuk prestasi melalui KPI, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysiaberhasrat untuk meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% iaitu daripada
67% (2009) kepada 87% (pada akhir tahun 2012) dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan
dan swasta dalam system pendidikan kebangsaan.
Antara strategi pelaksanaannya pula melibatkan langkah-langkah berikut:
a) Kurikulum Prasekolah sedia ada akan ditambahbaik dan waktu interaksi dalam Bahasa Inggeris
ditambahkan menjadi sehingga 50% (cadangan)
b) Sebanyak 4194 kelas prasekolah baru akan diwujudkan menjelang tahun 2012.
c) KPM akan menyediakan latihan kepada guru prasekolah KPM dan swasta melalui pelbagai
kaedah latihan seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Peningkatan
Profesionalisme secara berterusan dan kursus-kursus lain seumpamanya.
d) Menggalakkan penyertaan pihak swasta melalui cadangan pemberian insentif.
e) Pemantauan, pemeriksaan dan penyeliaan akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan
kualiti pendidikan yang disediakan.
f) Melaksanakan pelbagai program kesedaran dan promosi untuk menggalakkan penyertaan
ibubapa luarbandar, pedalaman dan berpendapatan rendah.
g) Menyediakan pelan tindakan untuk menyelaras pelaksanaan strategi peluasan prasekolah.
Implikasi dari ketetapan ini, semua prasekolah kerajaan dan swasta akan:
a) menggunakan Kurikulum Prasekolah Nasional
b) melaksanakan latihan guru prasekolah berdasarkan Kurikulum Prasekolah Nasional
c) menyediakan pendidikan yang seiring dengan peraturan dan Akta Pendidikan
d) mendaftar sebagai institusi prasekolah
5.0 Penutup
Empat sub-NKRA dan KPI Kementerian Pelajaran Melaysia di atas merupakan aspek yang bakal
menjadi fokus utama dan bakal digunakan sebagai strategi untuk merealisasikan aspirasi untuk
memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Langkah tersebut menggambarkan
komitmen kerajaan untuk membuat transformasi bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat
perkhidmatan pendidikan yang lebih baik.
BAB 3
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
11/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 11
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
1.0 Pendahuluan
Dasar kerajaan untuk melaksanakan transformasi pendidikan merupakan satu usaha untuk merealisasikan
gagasan Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Pelbagai isu pendidikan telah
banyak ditangani sementara aspek penting dalam pendidikan telah diubah dan diperbaiki atau
diperbaharui. Antara dasar yang telah diutarakan melibatkan isu Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan menghadkan bilangan
matapelajaran SPM kepada 10 matapelajaran.
2.0 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
2.1 Peringkat Pelaksanaan.
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas
Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan dasar ini adalah secara berperingkat dan bermula pada
sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah murid Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah dan
Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat sekolah menengah. Rasional pelaksanaan dasar ini
adalah berasaskan kepada keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia dalam
usaha untuk mencapai taraf negara maju dan mampu bersaing dalam era globalisasi. Selain itu,
pelaksanaan PPSMI juga bertujuan untuk membantu murid dalam meningkatkan penguasaan mereka
dalam Bahasa Inggeris di samping meningkatkan penguasaan mereka dalam Sains dan Matematik
memandangkan sumber rujukan untuk bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris.
2.2 Pemansuhan PPSMI
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009, dasar PPSMI akan dimansuhkan secara
berperingkat mulai tahun 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju untuk melaksanakan mekanisma soft landing bagi membantu
murid mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisma soft landing tersebut dapat
dinatijahkan dengan melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di
sekolah rendah dan sekolah menengah. Penggunaan dwibahasa melibatkan Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan di sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah manakala penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris boleh diperkenalkan di SJK(C) dan
SJK(T). Mekanisme ini akan memberi ruang kepada murid untuk menyesuaikan diri dengan peralihan
dasar yang diperkenalkan.
2.3 Suara Rakyat
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
12/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 12
Berdasarkan semangat Satu Malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kerajaan telah
mendengar suara rakyat dengan teliti sebelum membuat perubahan dalam dasar PPSMI. Kajian
pelaksanaan PPSMI dilakukan berikutan reaksi pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan
(NGO), para akademik, pencinta bahasa, persatuan pelajar dan ahli-ahli politik. Berikut adalah antara
reaksi yang dirakamkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 8 September 2009:
Kebanyakan pandangan tidak bersetuju dasar tersebut diteruskan kerana selepas enam tahun
pelaksanaannya, terdapat petunjuk berlakunya kemerosotan dalam keputusan peperiksaan bagi
kedua-dua mata pelajaran matematik dan sains.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terjejas selain terdapat masalah
kekurangan guru yang fasih dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu.
Pemansuhan PPSMI akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan
memartabatkan bahasa dan membina bangsa memlalui penggunaan Bahasa Kebangsaan yang
tunggal.
GAPENA berpendapat, PPSMI akan menimbulkan masalah kepada cendiakawan sekiranya
diteruskan.
Peratusan penggunaan Bahasa Inggeris adalah antara 53% hingga 58 % daripada keseluruhan
masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik.
Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambilujian penilaian tahap profisiensi Bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisien
Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008
merosot daripada 85.1% kepada 82.5% bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 % kepada 79.7%
bagi sekolah luar bandar.
Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008
untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8% kepada 80.9 %
Jurang pencapaian antara sekolah Bandar dan luar Bandar dalam subjek sains dan matematik
semakin melebar.
Pemansuhan PPSMI yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran disambut
baik oleh semua masyarakat, badan bukan kerajaan, pendidik dan golongan pencinta Bahasa Melayu.
Penguatkuasaan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu akan dilaksanakan pada tahun
2012. Menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, MCA menyambut baik pengumuman pemansuhan PPSMI
untuk membolehkan mata pelajaran matematik dan sains diajar semula dalam Bahasa Melayu dan bahasa
ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan. Hal ini juga disokong oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim yang
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
13/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 13
menyatakan bahawa Bahasa Melayu akan kembali menjadi bahasa ilmu dan industri buku dalam bahasa
kebangsaan akan berkembang. Rakyat juga menyambut baik dalam usaha pemansuhan PPSMI secara
keseluruhannya yang memberi keutamaan Bahasa Melayu dan Bahasa Ibunda dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kenyataan ini juga seiring dengan kehendak pemimpin yang mewakili rakyat seperti Datuk
S Veerasingam yang menyokong langkah kerajaan ini kerana ia selaras dengan kepentingan rakyat dan
masa depan Negara.
3.0 Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Selaras dengan pemansuhan PPSMI, pelbagai strategi telah pun diluluskan oleh Kabinet untuk
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di semua peringkat
sekolah. Strategi ini diambil atas beberapa rasional berikut:
a) penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar pengajaran Sains dan Matematik di
sekolah telah menghakis kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut
b) penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah mantap bagi semua mata pelajaran
yang dimulakan sejak tahun 1970an
c) kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka
masing-masing sebagai bahasa ilmu
d) PPSMI telah melebarkan jurang pencapaian Sains dan Matematik antara murid bandar dan luar
bandar
e) penggunaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan sebagai bahasa perpaduan untuk membina jati
diri dan Negara bangsa
f) Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1961) telah menekankan tentang perlunya
penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan
sebagai bahasa perpaduan.
Sehubungan itu, beberapa strategi berikut telah diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu (MBM):
a) P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu di SMK dan SK manakala bahasa ibunda di
SJKC dan SJKT mulai tahun 2012
b) Menambah waktu P&P Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT
c) Memperluaskan penggunaan ICT dalam P&P Bahasa Melayu
d) Menyediakan bahan bacaan Bahasa Melayu
e) Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Melayu
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
14/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 14
f) Lima IPGM dijadikan pusat untuk kursus Bahasa Melayu (pra dan dalam perkhidmatan)
Sementara itu, strategi berikut merupakan langkah diambil untuk memperkukuhkan penguasaan
Bahasa Inggeris (MBI) dalam kalangan murid:
a) Menambah waktu P&P Bahasa Inggeris di peringkat menengah dan rendah (termasuk SJK)
b) Menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru
dari luar Negara dan IPTS selain pengambilan melalui IPGM dan IPTA
c) Menyediakan guru Bahasa Inggeris di luar norma iaitu dua orang guru bagi setiap kelas
berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)
d) Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris
e) Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris
f) Lima IPGM dijadikan pusat untuk kursus Bahasa Inggeris (pra dan dalam perkhidmatan)
g) Memperluaskan penggunaan ICT dan makmal bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris.
4.0 Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS)
Pelaksanaan kaedah peperiksaan berasaskan sekolah (PBS) adalah satu kaedah baru dan lebih relevan
dengan arus pendidikan pada hari ini. Cadangan Kementerian Pelajaran untuk melakukan transformasi
pendidikan dengan mengaplikasikan Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah akan dapat dilaksanakan
sepenuhnya untuk semua murid sekolah rendah di negara ini menjelang tahun 2016. Berdasarkan
kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran ketika itu, PBS akan
diperkenalkan melalui sesi pembelajaran tahun 2010. Perlaksanaannya bermula dengan murid prasekolah
dan Tahun Satu pada tahun 2010, diikuti murid Tahun Dua pada 2011 dan seterusnya sehinggalah
pelaksanaan sepenuhnya melibatkan murid Tahun Enam pada 2016. Manakala perlaksanaan untuk
pelajar sekolah menengah, sistem ini akan bermula pada tahun 2013 dengan pelajar Tingkatan Satu
sebagai perintisnya. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, sebanyak 500 buah
sekolah rendah merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah dipilih sebagai perintis pada tahun 2009 untuk memastikan
pelaksanaannya kelak adalah komprehensif.
Dengan peperiksaan berasaskan sekolah, pentaksiran yang bersifat alternatif dan autentik seperti
pentaksiran kerja kursus, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan
pembinaan jati diri murid boleh dilaksanakan. Melalui pentaksiran itu bukan sahaja penguasaan murid
dapat dilaporkan, malahan proses pembinaan modal insan dapat diteruskan. Serentak dengan
perkembangan itu, maka mekanisme peperiksaan pusat akan dikurangkan melalui pelbagai cara seperti
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
15/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 15
mengurangkan bilangan mata pelajaran yang boleh diambil oleh murid, mengadakan jadual yang lebih
fleksibel serta mengasingkan peperiksaan aliran vokasional daripada aliran akademik.
Sistem penilaian secara holistik yang digariskan mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
itu akan meliputi ujian psikometrik, pencapaian kokurikulum serta penilaian yang disediakan oleh guru
sendiri. Melalui sistem itu, pelajar dinilai menerusi peperiksaan standard yang diluluskan oleh Lembaga
Peperiksaan dan peperiksaan awam selain mengambil kira penglibatan dalam bidang ko-kurikulum. Ini
bermakna pada 2016, markah peperiksaan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya
mencakupi 30%, manakala 70% lagi markah akan dinilai daripada peperiksaan sejak mereka berada di
Tahun Satu selain penyertaan dalam kokurikulum.
Sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan peperiksaan secara berpusat, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia akan memperkenalkan Jadual Waktu Berperingkat (JWB) bagi Peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) mulai tahun ini. Melalui kaedah ini juga sekolah dapat mengurangkan masalah ponteng
sekolah yang serius selepas peperiksaan berpusat selesai. Selain itu, secara tidak langsung ia dapat
mengurangkan risiko keciciran pelajar dan melahirkan pelajar yang benar-benar menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Sementara itu, guru akan bertindak sebagai pemudah cara yang berkesan
melalui pengurangan peperiksaan berpusat dan sekaligus mengurangkan tekanan peperiksaan yang
dihadapi oleh pelajar, guru dan ibubapa.
5.0 Menghadkan Jumlah Subjek SPM
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
bahawa kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2010 tidak lagi boleh
mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran telah mendapat pelbagai reaksi. Perbincangan mengenainya
telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan
dalam sistem penggredan mata pelajaran. Calon perlu memastikan mereka membuat pilihan subjek elektif
secara tepat bersesuaian dengan minat dan cadangan kerjaya yang ingin diceburi kerana cara ini dapat
membantu mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang dipilih, sekiranya memperolehi keputusan
yang cemerlang terutama dalam subjek elektif yang diambil.
Pada asasnya, kementerian telah menetapkan enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam atau Moral sebagai subjek teras. Namun
demikian, pelajar yang berada dalam tiga aliran iaitu Agama, Sains atau kombinasi Agama dan Sains
(Sains Agama) hanya perlu mengambil empat atau lima mata pelajaran teras. Pelajar aliran Sains Agama
hanya perlu mengambil empat mata pelajaran teras kerana mereka tidak perlu mengambil subjek Sains
dan Pendidikan Agama Islam. Berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10
subjek dalam peperiksaan SPM pada tahun 2008 hanyalah 48,000 orang daripada sejumlah 500,000 orang
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
16/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 16
calon SPM di seluruh negara. Ini bermakna hanya 10 peratus daripada calon SPM telah mengambil lebih
10 subjek. Kerajaan telah memutuskan semua pelajar kecuali yang mengambil aliran Sains Agama hanya
dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun depan.
Perkembangan untuk menghadkan mata pelajaran yang diambil oleh calon SPM ini sudah tentu
memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh memberipenumpuan yang lebih terhadap subjek yang diambil. Sementara itu, kos yang perlu ditanggung oleh
ibubapa kerana menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen disebabkan subjek tambahan tidak diajar
secara konsisten di sekolah akan dapat dikurangkan. Kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek
dalam SPM ini sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian. Sekumpulan ahli akademik dan
profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk menghadkan jumlah subjek yang
boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Implikasi dari pelaksanaan dasar ini ialah:
a) pelajar wajib mengambil subjek teras dan pada masa yang sama boleh mengambil subjek-subjek
elektif dengan syarat jumlah mata pelajaran diambil tidak melebih 10.
b) pelajar mempunyai ruang masa yang lebih untuk menguasai kemahiran lain terutama berkaitan
aktiviti kemasyarakatan
c) masalah pertindihan kertas peperiksaan yang diambil dapat dielakkan
d) pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada subjek-subjek teras
e) pelajar dan ibu bapa lebih peka dengan syarat kemasukan ke universiti untuk bidang pilihan
masing-masing adalah bergantung kepada kecemerlangan subjek teras dan mata pelajaran elektif
yang diambil
f) guru dan murid mempunyai lebih banyak masa untuk mengimbangkan antara kegiatan akademik
dan aktiviti kokurikulum.
g) masalah tekanan peperiksaan dapat dikurangkan
h) pembangunan potensi pelajar dalam jurusan yang dipilih dapat digarap secara lebih intensif dankomprehensif.
Keputusan menghadkan bilangan mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada 10 subjek
disifatkan sebagai cadangan baik yang dapat mengurangkan beban pelajar selain memantapkan lagi
kecemerlangan dalam bidang yang diambil. Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata langkah kerajaan ini membolehkan
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
17/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 17
pelajar menikmati zaman remaja mereka dan tidak hanya memberi penumpuan kepada akademik semata-
mata. Sekiranya jumlah mata pelajaran yang diambil terlalu banyak, pelajar bukan saja perlu
menghabiskan lebih banyak masa untuk belajar, tetapi juga berkemungkinan terpaksa mendapatkan
tuisyen bagi subjek tertentu. Selain tekanan fizikal dan emosi pelajar, ibu bapa juga mungkin menghadapi
beban kewangan, terutama jika mempunyai ramai anak yang masih bersekolah
Pengerusi Biro Pendidikan MIC, Prof Datuk Dr T Marimuthu, berkata pelajar yang mengambil terlalu
banyak mata pelajaran hanya mampu mengagihkan masa yang terhad untuk setiap subjek dan tahap
kefahamannya juga tidak mendalam. Sementara itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam Tamadun Melayu,
Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud menjelaskan, cadangan kerajaan itu disifatkan sebagai satu usaha untuk
melahirkan produk lulusan SPM yang lebih berkualiti kerana pelajar akan memberi penumpuan kepada
mata pelajaran elektif yang mereka pilih sendiri. Justeru, kita bakal mempunyai lulusan SPM yang
mempunyai kepakaran di dalam subjek tersendiri kerana mereka akan lebih mengutamakan belajar subjek
yang mereka minat
Keputusan itu meyakinkan masyarakat kerana sudah pasti kerajaan mempunyai alasan kukuh. Ia akan
memudahkan sekolah dan ibu bapa membuat perancangan yang lebih berkesan dalam menentukan aliran
dan mata pelajaran yang akan diambil oleh pelajar. Dengan menetapkan jumlah maksimum 10 mata
pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan SPM, sistem pendidikan kita sebenarnya
berada pada landasan yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pelajar tidak
akan dibebankan dengan sistem yang terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga mengabaikan aspek
perkembangan potensi jasmani, emosi dan rohani mereka. Peranan sistem pendidikan ialah untuk
mengenal pasti dan mengasah potensi insan agar setiap orang melakukan perkara yang terbaik bagi
mereka. Matlamatnya ialah untuk mewujudkan kemajuan, keseimbangan dan ketertiban dalam negara.
6.0 Penutup
Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorah langkah untuk menangani pelbagai isu
dan masalah dalam sistem pendidikan sedia ada. Banyak aspek penting dalam pendidikan telah diubah
dan diperbaiki atau diperbaharui. Usaha berterusan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang
berkualiti kepada semua rakyat yang telah dibuat oleh kerajaan jelas menggambarkan komitmen yang
tinggi untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Penglibatan dan komitmen semua pihak terutama pihak pemimpin pendidikan, guru, pelajar dan ibubapa
adalah sangat penting bagi memastikan transformasi pendidikan yang dilaksanakan memberi impak yang
besar terhadap kehidupan masyarakat di Malaysia.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
18/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 18
BAB 4
PENDEKATAN JABATAN PELAJARAN JOHOR BAGI MENYAHUT SERUAN DASAR BARU
KERAJAAN DAN MENGHADAPI CABARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN
1.0 Pendahuluan
Bagi menyahut seruan dasar baru kerajaan, Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ) telah mengambil beberapa
inisiatif positif untuk menghadapi cabaran dalam sistem pendidikan yang sering dilanda ombak perubahan.
Pelbagai perancangan teliti dirangka supaya tranformasi peringkat kedua ini akan berjaya mencapai
objektifnya. Antara perancangan yang telah dan bakal dilaksanakan adalah menerusi pemikiran kreatif
pengarah yang direalitikan melalui misi, visi dan matlamat Jabatan Pelajaran Johor. Berikut diterangkan
secara ringkas tentang Perancangan Strategik, Key Result Area dan Key performance indicator (KRA
&KPI) Jabatan Pelajaran Johor serta Flagships (inisiatif) yang menjadi fokus utama dalam pengurusan
pendidikan di bawah kepimpinan Pengarah Pelajaran Johor.
2.0 Perancangan Strategik
Pendekatan Jabatan Pelajaran Johor dalam menghadapi arus perubahan sistem pendidikan negara telah
dirancang dan dinyatakan dengan jelas dalam Buku Perancangan Strategik Jabatan Pelajaran Johor (2009
hingga 2011). Dokumen perancangan tersebut dengan jelas memaparkan pernyataan visi dan misi jabatan.
Visi Jabatan Pelajaran Johor adalah sekolah unggul penjana generasi terbilang manakala misinya pula
adalah membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Bagi mencapai visi dan misi ini, enammatlamat strategik telah digariskan dalam perancangan tersebut. Berikut adalah matlamat strategik yang
digariskan bagi memastikan visi dan misi pendidikan Johor dapat dicapai:
a) Mempunyai barisan pemimpin pengurusan yang berintegriti.
b) Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah.
c) Melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global.
d) Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian.
e) Mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti.
f) Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan
3.0 KRA dan KPI Jabatan Pelajaran Johor
Oleh kerana Matlamat Strategik yang dinyatakan di atas mewakili enam bidang utama dalam pengurusan
pendidikan, ia juga merupakan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Jabatan Pelajaran Johor. Sebanyak 12
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kesemua enam KRA tersebut telah dikenalpasti.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
19/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 19
3.1 KRA Jabatan Pelajaran Johor
Berikut adalah enam KRA yang digariskan berdasarkan Matlamat Strategik Jabatan Pelajaran Johor:
KRA 1 : Mempunyai barisan pemimpin pendidikan yang berkualiti dan berintegriti.
KRA 2 : Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah.
KRA 3 : melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global.
KRA 4 : mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian
KRA 5 : mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti.
KRA 6 : mempunyai system pengurusan yang cekap dan berkesan.
3.2 KPI Pengarah Pelajaran Johor
Berdasarkan enam KRA di atas, sebanyak 12 KPI telah digariskan untuk menjadi petunjuk prestasi utama
Pengarah Pelajaran Johor. Berikut disenaraikan kesemua KPI Pengarah Pelajaran Johor berdasarkan
KRA Jabatan Pelajaran Johor:
KRA 1 : Mempunyai pemimpin pendidikan yang berkualiti dan berintegriti.
KPI 1 : Semua pengetua dan guru besar melaksanakan amalan kepimpinan transformasional di sekolah
sebelum akhir tahun 2011.
KRA 2 : Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah.
KPI 2 : Semua guru dipantau dan memperolehi skor pemastian standard SKPM2 melebihi 80% sebelum
akhir tahun 2011.
KPI 3 :Menyediakan keperluan guru mencukupi dan mengikut opsyen sebelum akhit tahun 2011.
KRA 3 : Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global.
KPI 4 :Semua murid sekolah rendah menguasai 3M sebelum memasuki tahun 4 pada tahun 2011.
KPI 5 : Memastikan lebih 80% murid-murid Negeri Johor telah melalui pendidikan prasekolah sebelum
memasuki tahun satu pada akhir tahun 2011.
KPI 6 : Penglibatan 90% pelajar dalam kegiatan kokurikulum dan memperolehi skor minimum 5% dalam
penilaian 10% markah bagi syarat ke IPTA dalam kokurikulum sekolah pada akhir tahun 2011.
KPI 7 : Kes disiplin murid dapat dikurangkan di bawah paras 0.1% sebelum akhir tahun 2011.
KPI 8 : Johor mencapai kedudukan JOHAN dalam Kejohanan Sukan & Olahraga MSSM pada tahun 2011.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
20/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 20
KRA 4 :Mencapai prestasi Cemerlang dalam Pentaksiran dan Penilaian
KPI 9 : Johor mencapai kedudukan Top 5 dalam semua peperiksaan Awam pada tahun 2011.
KRA 5 : Mempunyai kemudahan Pendidikan yang berkualiti
KPI 10: Semua sekolah mempunyai bilik darjah yang mencukupi dan lengkap dengan kemudahan asas(kerusi, meja, tingkap cermin, papan kenyataan, perabot, lampu dan kipas) sebelum akhir tahun
2011.
KPI 11: Semua perpustakaan di negeri Johor mempunyai nisbah 1 murid : 15 buku bagi sekolah rendah
dan nisbah 1 murid : 20 buku bagi sekolah menengah sebelum akhir tahun 2011.
KRA 6 : Mempunyai sistem Pengurusan yang cakap dan berdisiplin
KPI 12 : Semua sekolah di Negeri Johor memperolehi sijil Audit tanpa Berteguran dalam pengurusan
kewangan sebelum akhir tahun 2010
Pelaksanaan KRA dan KPI adalah penting dalam sesebuah institusi demi mencapai matlamat yang diingini.
Hal ini kerana setiap matlamat yang tidak dicapai boleh dikesan dan diatasi dengan mudah berdasarkan
kepada KRA dan KPI yang ditetapkan. Oleh yang demikian, inisiatif Jabatan Pelajaran Johor untuk
mewujudkan KRA dan KPI sendiri merupakan tindakan jitu yang relevan dengan keadaan semasa
pendidikan negara. Pelaksanaan KRA dan KPI tersebut adalah aplikasi gagasan 1 Malaysia yang diuar-
uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kelima di samping menjadi satu strategi
serampang dua mata yang diperkenalkan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mewujudkan
organisasi yang efisien.
4.0 Flagships (Inisiatif) Pengarah Pelajaran Johor
Perancangan Strategik dan KRA Jabatan Pelajaran Johor serta KPI Pengarah Pelajaran Johor yang
dinyatakan di atas telah digunakan sebagai garis panduan bagi memastikan negeri Johor berada pada
landasan yang betul untuk merealisasikan dasar baru kerajaan dan menghadapi cabaran transformasi
pendidikan. Sebagai penegasan dan pengukuhan terhadap usaha ini, Tuan Haji Sufaat bin Tumin telah
mengemukakan 30 Flagships(Inisiatif) Pengarah Pelajaran Johor yang menjadi fokus utama pengurusan
pendidikan di negeri Johor di bawah kepimpinan beliau. Flagships tersebut merupakan inisiatif pemimpin
tertinggi pendidikan di negeri Johor untuk merealisasikan transformasi yang diharapkan oleh rakyat dan
negara. 30 Inisiatif ini telah dibentangkan kepada semua pemimpin pendidikan di Negeri Johor bagi
memastikan mereka memahami dan menghayati hasrat dan cita-cita Pengarah Pelajaran Johor dalam
usaha untuk memacu pendidikan di negeri ini. Berikut disenaraikan 30 Inisiatif yang dimaksudkan:
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
21/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 21
4.1 Pembudayaan ilmu
4.2 Pelaksanaan KPI di kalangan staf
4.3 Program immersion
4.4 Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008
4.5 Dasar kepimpinan melalui 5 Fasa kepimpinan
4.6 Kepimpinan Tranformasional
4.7 Kepimpinan pertengahan
4.8 Satu guru satu kajian tindakan
4.9 Kepimpinan intruksional
4.10 Perancangan strategik 2009-2011 ke arah sekolah unggul
4.11 Pentaksiran berasaskan sekolah
4.12 Johor top 5 dalam peperiksaan awam
4.13 Pembangunan disiplin
4.14 Program headcountkehadiran murid
4.15 Sahsiah unggul
4.16 Membangunkan SABK cemerlang
4.17 P1NCH(Program 100% Celik Huruf)
4.18 Program khidmat bantu guru
4.19 Sistem penyebaran maklumat berkesan
4.20 program perkembangan staf
4.21 Sifar audit berteguran
4.22 Mengutamakan kebajikan guru
4.23 Pusat sumber sekolah
4.24 Dasar RK 50% cemerlang
4.25 Pemantauan berfokus
4.26 e-bank item Negeri Johor
4.27 Mengembalikan kecemerlangan sekolah
4.28 Transisi pendidikan khas
4.29 Pengurusan pegawai, staf bermasalah
4.30 Panel perunding mata pelajaran
Huraian ringkas tentang Flagships (inisiatif) Pengarah Pelajaran Johor yang disenaraikan di atas telah
diterbitkan dalam bentuk buku dan telah diedarkan oleh pihak jabatan ke semua sekolah di negeri Johor.
Sila rujuk buku tersebut untuk huraian lebih lanjut. Bilangan inisiatif tersebut mungkin akan bertambah pada
masa hadapan bergantung kepada keperluan.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
22/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 22
5.0 Penutup
Perancangan Strategik, Key Result Area dan Key performance indicator (KRA &KPI) Jabatan Pelajaran
Johor serta Flagships (inisiatif) yang menjadi fokus utama dalam pengurusan pendidikan di bawah
kepimpinan Pengarah Pelajaran Johor merupakan instrumen yang boleh dijadikan panduan bagi menyahut
seruan dasar baru kerajaan dan merealisasikan transformasi pendidikan di Johor. Instrumen tersebut amatberguna kepada semua warga pendidikan di Johor khususnya pemimpin pendidikan di sekolah kerana ia
seolah-olah seperti satu road map yang menggambarkan laluan yang perlu ditempohi untuk sampai ke
satu matlamat yang dicita-citakan.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
23/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 23
BAB 5
HALATUJU KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN JOHOR:
KE ARAH MEREALISASIKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN
1.0 PendahuluanOrganisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan kualiti kepimpinan pengurusannya. Pemimpin merupakan
agen perubahan yang penting dalam menyatupadukan warganya untuk mencapai wawasan sesebuah
organisasi. Kini, kelangsungan hayat dan keberkesanan sesebuah organisasi sangat bergantung kepada
pemimpinnya menangani cabaran baru untuk berubah selari dengan kehendak masa dan persekitaran.
Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin organisasi pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk
merealisasikan matlamat pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan sekolah yang cemerlang secara
holistik. Dalam hal ini, Pengetua dan Guru Besar merupakan individu yang berperanan sebagai key player
dalam membuat usaha penambahbaikan terhadap sekolah dan seterusnya melestarikannya. Malah,peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin pendidikan di sekolah adalah lebih rencam dan mencabar
kerana mencakupi pelbagai bidang seperti pentadbiran pejabat, pengurusan akademik, pengurusan
kewangan, perancangan pembangunan fizikal, pembangunan sumber, jalinan hubungan luar dan
sebagainya. Justeru, pemimpin sekolah perlu mempunyai persediaan yang secukupnya untuk
membolehkan mereka melaksanakan tugasnya dengan lebih cekap dan berkesan.
Sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kapasiti
kepimpinan Pengetua/ Guru Besar dan pemimpin pertengahan di sekolah yang ada Negeri Johor bagi
mendepani perubahan dan transformasi pendidikan. Modul Latihan Kepimpinan Transformasional telahdibina dan dilaksanakan untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam memperkasakan pemimpin
pendidikan di Negeri Johor. Modul ini merupakan kesinambungan kepada Modul Latihan Kepimpinan
Instruksional yang telah digunakan sebelum ini dan amalannya telah tersebar dengan meluas di serata
pelusuk Negeri Johor. Amalan Kepimpinan Instruksional yang telah dipupuk sebelum ini, kini ditingkatkan
ke tahap yang lebih tinggi dengan terlaksananya Modul Latihan Kepimpinan Transformasional Negeri Johor
mulai Jun 2009. Matlamat utama Latihan Kepimpinan Transformasional ini adalah untuk membantu
pemimpin sekolah membuat satu transformasi pendidikan yang signifikan dan memberi impak yang besar
dan positif terhadap kemajuan dan kecemerlangan pendidikan di Negeri Johor.
2.0 Senario Kepimpinan Pendidikan Johor
Gerakan pembaikan dalam pendidikan di Negeri Johor bermula pada akhir tahun 2005 dengan memberi
fokus kepada kepimpinan sekolah. Pada tahun tersebut, Jabatan Pelajaran Johor telah mengambil inisiatif
untuk membina Modul Latihan Kepemimpinan Instruksional dan mula melaksanakan latihan kepada Guru
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
24/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 24
Besar dan Pengetua sebagai langkah untuk memantapkan pengurusan kurikulum dan menangani isu
kemerosotan prestasi akademik murid-murid di Negeri Johor.
Sebagai strategi pemantapan seterusnya, pada tahun 2006, Jabatan Pelajaran Johor telah melancarkan
Blue Print Perancangan Strategik Negeri Johor (2006 2008) bagi mencapai hasrat untuk menjadikan
Johor gemilang pada tahun 2008. Matlamat Strategik untuk melahirkan barisan pemimpin instruksionalyang efektif dan efisien di Negeri Johor menjelang tahun 2008 telah dinyatakan secara jelas dan eksplisit.
Natijahnya, semua barisan pemimpin sekolah telah didedahkan dengan kursus kepimpinan instruksional
pada akhir tahun 2007.
Strategi untuk melonjakkan pencapaian melalui pendekatan kepimpinan yang diambil oleh jabatan ini telah
memberi impak yang besar kepada kecemerlangan pendidikan di negeri Johor. Banyak sekolah cemerlang
dan pemimpin berwibawa telah dilahirkan melalui pendekatan ini. Buktinya, pada tahun 2007, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah memberi Anugerah Sekolah Cemerlang kepada 18 buah sekolah di Negeri Johor
sementara 7 buah sekolah lagi diberi Anugerah Lonjakan Saujana kerana pencapaian dalam pelbagaibidang pendidikan. Pada tahun 2008 pula, Johor terus mengungguli dengan menerima 21 Anugerah
Sekolah Cemerlang.
Seperti juga aspek pengurusan, pencapaian Negeri Johor dalam peperiksaan awam juga semakin
meningkat. Prestasi UPSR terus meningkat dari 61.9% (dengan GPS 2.3) pada tahun 2005 kepada 66.3 %
(dengan GPS 2.2) pada tahun 2008. Prestasi PMR dan SPM juga turut meningkat meningkat sama ada
dari aspek kualiti maupun kuantiti. Apa yang menariknya, sekolah-sekolah di negeri ini telah
memperlihatkan hala tuju yang semakin jelas sementara pencapaian akademik murid-murid mula diurus
berasaskan data dan pendekatan headcount.
Bagi mendepani cabaran pendidikan yang lebih rencam pada masa hadapan, Jabatan Pelajaran Johor
telah lebih bersedia dengan Blue Print Perancangan Strategik 2009-2011. Antara cabaran tersebut
termasuklah hambatan: (a) gobalisasi, lokalisasi, individualisasi; (b) transformasi kurikulum dan sistem
pentaksiran kebangsaan; (c) kualiti modal insan dan (d) kepimpinan berintegriti. Justeru, sekali lagi jabatan
ini telah memberi fokus utama terhadap peningkatan kualiti kepimpinan pendidikan sebagai strategi bagi
mendepani cabaran yang mendatang. Oleh itu, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengambil
ketetapan untuk Gerakan pembaikan dalam pendidikan di Negeri Johor bermula pada akhir tahun 2005
dengan memberi fokus kepada kepimpinan sekolah. Pada tahun tersebut, Jabatan Pelajaran Johor telah
mengambil inisiatif untuk membina Modul Latihan Kepemimpinan Instruksional dan mula melaksanakan
latihan kepada Guru Besar dan Pengetua sebagai langkah untuk memantapkan pengurusan kurikulum dan
menangani isu kemerosotan prestasi akademik murid-murid di Negeri Johor.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
25/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 25
3.0 Modul Latihan Kepemimpinan Instruksional
Kerangka Modul Latihan Kepemimpinan Instruksional yang dibina dan digunakan di Johor adalah
berdasarkan Model Kepemimpinan Instruksional yang dipelopori oleh Hallinger dan Murphy pada tahun
1985. Terdapat 3 domain melibatkan 11 elemen dalam model tersebut iaitu: (a) mendefinisikan misi
sekolah, (b) mengurus program instruksional dan (c) mewujudkan iklim pembelajaran yang positif
Matlamat utama modul ini adalah untuk melahirkan pemimpin instruksional di negeri Johor bagi memimpin
ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah
mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Justeru, modul tersebut memberi pendedahan kepada
peserta tentang amalan kepimpinan instruksional melibatkan penetapan visi yang jelas, berfokus kepada
pencapaian dan keperluan murid di samping mewujudkan iklim sekolah yang menyokong kepada
pencapaian matlamat yang ditetapkan.
Mode pembelajaran dalam kursus tersebut melibatkan aktiviti ceramah dan perbengkelan yang
dikendalikan oleh pasukan pembina dan fasilitator kursus. Kandungan kursus yang disampaikan berkisar
tentang huraian berhubung 11 elemen dalam Model Kepemimpinan Instruksional yang dipelopori oleh
Hallinger dan Murphy.
Bagi mengenalpasti impak kursus ini, satu kajian telah dijalankan oleh panel kajian Jabatan Pelajaran
Johor dengan kerjasama Majlis Perhubungan Pemimpin Pelapis Pendidikan (M4P) Negeri Johor. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan Pengetua/ Guru Besar terhadap kursus adalah tinggi
(melebihi 90%). Mereka menganggap kursus ini membantu mereka untuk membuat perubahan yang
diperlukan bersesuaian dengan kehendak Kepimpinan Instruksional. Sementara itu, tahap pelaksanaan
amalan Kepimpinan Instruksional dalam kalangan Pengetua/ Guru Besar selepas kursus juga adalah tinggi
bagi ketiga-tiga domain: mendefinisikan misi sekolah (min=4.42), mengurus program instruksional
(min=4.29) dan mewujudkan iklim pembelajaran (min=4.23).
4.0 Modul Latihan Kepemimpinan Transformasional
Bagi memastikan latihan kepimpinan yang diberikan menepati kompetensi kepimpinan yang diperlukan dan
seterusnya memberi impak yang besar terhadap kepimpinan di sekolah, Jabatan Pelajaran Johor telah
membina Modul Latihan Kepimpinan Transformasional berdasarkan instrumen Kompetensi Pemimpin
Sekolah (KOMPAS) yang dibina oleh IAB. IAB telah menggunapakai instrumen KOMPAS sebagai training
based necessity.
Modul Latihan Kepimpinan Transformasional yang dibina berdasarkan kerangka Model Pembangunan
Kepimpinan IAB ini juga memberi pertimbangan yang wajar terhadap praktis berbanding teori, pendekatan
contextualberbanding pendekatan konvensional sedia ada, penggunaan refleksi berbanding competency-
based assessmentdan lebih berfokus kepada workplace developmentyang lebih meluas.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
26/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 26
Kursus Training of Trainers(TOT) pada 3-5 Disember 2008 di Tanjung Piai Resort untuk semua pembina
dan fasilitator Modul Kepemimpinan Transformasional telah bersetuju untuk menjadikan kompetensi
kepimpinan yang mempunyai high impact terhadap kepimpinan pendidikan melibatkan kompetensi
kepimpinan transformational (domain change and innovation) digunakan sebagai asas untuk latihan
kepimpinan pendidikan di Johor mulai 2009. Modul Latihan Kepemimpinan Transformasional yang dibina
dibahagikan kepada lima elemen utama seperti berikut:
a. Mengurus Perubahan(Managing Change)
b. Kreativiti dan Inovasi(Creativity and Innovation)
c. Kemahiran Menyelesai Masalah(Problem Solving Skill)
d. Kemahiran Membuat Keputusan(Informed Decision Making Skill)
e. Mengurus Penambahbaikan Sekolah (Managing School Improvement)
Kursus Kepemimpinan Transformasional Pemimpin Pendidikan Johor telah diadakan bermula pada akhir
Jun 2009. Empat kohort kursus melibatkan 60 orang peserta untuk setiap kohort telah dirancang untuk
dilaksanakan pada tahun 2009. Setakat hari ini, satu Test Run dan tiga kohort peserta melibatkan
Pengetua sekolah menengah telah dilaksanakan dengan jayanya. Kohort 1 telah diadakan di Hotel Selesa,
Johor Bahru pada 30 Jun hingga 3 Julai 2009, sementara kohort 2 telah berlangsung di Hotel Katerina,
Batu Pahat pada 10 hingga 13 Ogos 2009. dan kohort 3 telah dilaksanakan dengan jayanya baru-baru ini
iaitu pada 12-15 Oktober 2009 di Hotel Landmark Batu Pahat. Sehingga kini seramai 220 pengetua telah
terlibat menyertai modul latihan ini.
Hasil maklumbalas dari peserta yang telah menyertai kursus ini menunjukkan bahawa kursus ini
telah memberi impak yang baik terhadap kesedaran tentang cabaran dan harapan dunia pendidikan pada
masa kini dan masa akan datang. Motivasi dan keyakinan diri peserta untuk melakukan perubahan dalam
organisasi juga semakin meningkat sementara kemahiran peserta dalam pengurusan organisasi sekolah
juga meningkat setelah mengikuti kursus ini. Adalah diharapkan, pemimpin pendidikan yang telah melalui
modul latihan ini akan membuat transformasi terhadap organisasi sekolah yang dipimpinnya.
5.0 Latihan Kepimpinan Pemimpin Pelapis Pendidikan
Bagi memastikan perubahan dan transformasi pendidikan yang dilaksanakan disekolah difahami dan
dihayati oleh warga guru terutamanya pemimpin pertengahannya, persediaan perlu dibuat untuk melatih
kalangan pemimpin pelapis di sekolah. Jabatan Pelajaran Johor telah memberi fokus terhadap latihan
kepimpinan pemimpin pertengahan ini bagi memastikan mereka bersedia untuk bersama-sama dengan
Pengetua dan Guru Besar dalam mendepani perubahan dan cabaran yang dilaksanakan. Melalui latihan-
latihan yang dijalankan di samping usaha-usaha pihak Pengetua dan Guru Besar di sekolah masing-
masing, pembangunan pemimpin pertengahan ini dimantapkan. Hasilnya, mereka bukan sahaja menjadi
pengikut yang baik dan setia, malah jika digembling dengan baik mereka dapat memimpin rakan-rakan
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
27/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
Jabatan Pelajaran Johor 27
guru yang lain. Akhirnya, amalan kepemimpinan distributive akan dapat dilaksanakan dan aspek
kepemimpinan tidak hanya tertumpu kepada Pengetua dan Guru Besar, malah amalan perkongsian
kepemimpinan seperti elemen empowerment dapat dilaksanakan di sekolah.
Antara ciri utama amalan kepimpinan sebegini adalah penyertaan dan komitmen semua pihak dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di samping menentukan matlamat dan hala tujuorganisasi. Kerja secara sepasukan pula mendominasi amalan pengurusan mereka dengan nilai-nilai
kerjasama, semangat kesepunyaan dan kekitaan menjadi amalan seharian di samping pembelajaran dan
usaha penambahbaikan dalam pasukan terus diutamakan. Budaya kerja secara sepasukan sebegini
sebenarnya telah meningkatkan tahap kepemimpinan sekolah ke satu tahap yang lebih baik seperti
dinyatakan dalam literatur sebagai distributive leadership. Ringkasnya, usaha Jabatan Pelajaran Johor
untuk memberi latihan kepemimpinan kepada pemimpin pelapis pendidikan ini adalah untuk meningkatkan
tahap kepemimpinan sekolah daripada kepemimpinan transformasional kepada kepemimpinan yang lebih
distributive sifatnya. Tahap kepemimpinan ini adalah penting bagi memastikan segala perubahan yang
dilakukan dan pencapaian yang diperolehi dapat dilestarikan.
5.0 Latihan Kepemimpinan Lestari (Sustainable Leadership)
Bagi memastikan segala perubahan dan transformasi pendidikan disekolah dapat dilestarikan, bukan
hanya Pengetua dan Guru Besar yang perlu memainkan peranannya. Semua pihak perlu berperanan
sebagai pemimpin di peringkat pasukan kerja masing-masing terutama dalam aspek pengoperasian.
Melalui pasukan tersebut, proses pembelajaran untuk ahli dapat dilakukan dan segala perubahan dan
transformasi pendidikan yang mereka lakukan bersama akan lebih mudah dihayati, dipertahankan dan
dilestarikan. Justeru, amalan distributive leadership yang mantap akan menatijahkan pegamalan
sustainable leadership. Antara ciri utama yang dapat dilihat pada tahap kepemimpinan ini adalah budaya
sekolah yang mantap, prestasi dan pencapaian sekolah berada pada tahap tinggi dan melestari, proses
pembelajaran dan usaha penambahbaikan dalam kalangan guru dan murid berjalan dengan rancak di
samping outcomedalam bentuk murid yang dihasilkan atau kemenjadian pelajarnya adalah pada tahap
tinggi (contohnya ramai pemimpin telah lahir dari institusi sekolah tersebut). Ringkasnya, sekolah
berprestasi tinggi (HPS) yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan ciri sekolah
unggul yang telah mencapai tahap lestari.
Sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Johor sedang berusaha untuk membina Modul latihan Kepemimpinan
Lestari untuk digunakan sebagai wadah bagi melahirkan pemimpin lestari dalam kalangan pemimpin
pendidikan yang berpotensi dan telah menunjukkan prestasi dan pencapaian yang tinggi. Modul ini
dijangka bakal dilaksanakan kepada kelompok kecil Pengetua dan Guru Besar yang terpilih berdasarkan
kriteria di atas mulai tahun 2010.
-
7/23/2019 bersama merealisasikan transformasi pendidikan-1.pdf
28/28
Bersama Merealisasikan Transformasi Pendidikan
6.0 Penutup
Menyedari hakikat peri pentingnya peranan pemimpin pendidikan di sekolah dalam menjayakan agenda
perubahan dan memastikan transformasi pendidikan dapat direalisasikan, Jabatan Pelajaran Johor telah
berusaha secara komited dan bersungguh-sungguh untuk menentukan halatuju kepemimpinan pendidikan
di negeri ini. Bermula dengan gerakan pembaikan dalam pendidikan dengan memberi fokus kepadakepimpinan sekolah pada tahun 2005 melalui Latihan Kepemimpinan Instruksional, pihak jabatan telah
mengambil inisiatif untuk meningkatkan kapasiti kepimpinan Pengetua/ Guru Besar dan pemimpin
pertengahan di sekolah yang ada Negeri Johor bagi mendepani perubahan dan transformasi pendidikan
melalui Modul Latihan Kepimpinan Transformasional dan Latihan Kepemimpinan Pemimpin Pelapis
Pendidikan. Kini usaha sedang dibuat untuk membina modul latihan kepemimpinan lestari bagi
memastikan halatuju kepimpinan pendidikan Johor berada pada landasan yang tepat dan betul untuk
menjayakan wawasan dan transformasi pendidikan.