BALING, Mac. – Majlis Daerah Baling telah
mengadakan Hari Koprat yang dikelolakan oleh
Jabatan Perbendaharaan. Acara dimulakan
dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri
Kedah dan Lagu Perkhidmatan Awam. Dalam
ucapan, Tuan Setiausaha memberitahu kepada
para pekerja supaya sentiasa berdisiplin dan
menepati masa semasa melakukan pekerjaan.
Pengerusi Majlis Hari Koprat
Bacaan Doa
Ucapan Ketua Jabatan Perbendaharaan
Ucapan Tuan Setiausaha
Penyampaian Sijil
Harijadi Kakitangan Bulan Mac
BALING, Mac. – Majlis Daerah Baling telah
berjaya menganjurkan SEMINAR BIMBING ANAK
CEMERLANG yang bertujuan untuk membimbing
pelajar-pelajar sekolah yang akan menghadapi
peperiksaan UPSR. Majlis dirasmikan oleh Ahli
Parlimen Baling Dato’ Sri Panglima Abdul Azeez
bin Abdul Rahim.
Program ini telah disertai oleh anak-anak
staf Majlis Daerah Baling seramai 100 orang dan
400 orang pelajar dari sekolah-sekolah Daerah
Baling.
SEMINAR BIMBING ANAK CEMERLANG
ANJURAN BERSAMA MAJLIS DAERAH
BALING, AMALAN BELAJAR SDN BHD
DAN PARLIMEN BALING DI DEWAN TUN
ABDUL RAZAK BERSAMA DR SHUKRI
ABDULLAH
BALING, Mac. – Majlis Daerah Baling telah
mengadakan bengkel bagi mendapat
gambaran dengan lebih jelas tentang Pelan
Strategik. Bengkel ini dikelolakan oleh pihak
MAMPU.
Semasa bengkel tersebut beberapa
cadangan dan teguran dari pihak MAMPU seperti
perubahan misi dan visi. Para peserta bengkel
terdiri daripada Ketua Jabatan, Bahagian dan
Unit.
BENGKEL DRAF AKHIR PELAN
STRATEGIK MAJLIS DAERAH BALING
2016-2019 DI HOTEL STAR CITY ALOR
SETAR
BALING, Mac. – Majlis Daerah Baling telah
mengambil inisaitif untuk penambahbaikan 5S
yang telah dilaksanakan selama 3 tahun kepada
pendekatan yang baru iaitu EKSOSISTEM
KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA). EKSA ini akan
diaudit oleh MAMPU.
Majlis Daerah Baling telah menjemput
“champion” EKSA iaitu Encik Zulraidy dari INTAN
Wilayah Utara untuk memberikan taklimat.
Banyak perkara dipelajari semasa sesi taklimat
tesebut.
Para peserta terdiri daripada
Jawatankuasa Induk, Latihan, Promosi serta wakil-
wakil daripada zon.
TAKLIMAT PENGENALAN EKOSISTEM
KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI
DEWAN AKASIA SERI BALING INN