Download - BAHASA BERSIFAT SEJAGAT
BAHASA BERSIFAT SEJAGAT
BERMAKSUD :Universal
Sesuatu bahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini.
Setiap bahasa ada penuturnya dan tiada peraturan yang melarang individu lain mempelajari mana-mana bahasa yang dituturkan di dunia ini.
KEUNIVERSALAN BAHASA DIJELASKAN SEPERTI BERIKUT :
BUNYI BAHASA
MAKNA
BUNYI BAHASA
Semua bunyi bahasa di dunia ini dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.
Bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan satu demi satu
Bunyi-bunyi bahasa itu disusun atur secara
sistematik supaya dapat menghasilkan mesej
bermakna.
MaknaSetiap bahsa mempunyai makna yang dapat
difahami oleh penutur dan pendengarnya
Makna berkait rapat dengan budaya masyarakat penutur tersebut
Umumnya, bunyi bahasa, gabungan perkataan dan struktur isyarat dalam ayat dapat menghasilkan makna.
Ada perkataan yang membawa makna konkrit atau tersurat
Ada juga perkataan yang membawa makna abstrak atau tersirat
Selain itu, bahasa juga mempunyai pelbagai dialek yang diujarkan dalam satu-satu kumpulan penutur dan laras bahasa yang digunakan dalam satu-satu bidang ilmu.
Ini bermaksud bahasa bersifat variasi
Terdapat beberapa pandangan lain yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa yang lain berkaitan dengan sifat bahasa yang dianggap universal bagi semua bahasa di dunia ini.
Anderson 19728 ciri bahasa yang disenaraikan oleh
Anderson berkaitan sifat bahasa yang dianggap universal bagi semua
bahasa didunia ini
1. Bahasa merupakan satu sistemBahasa itu mempunyai kaedah atau cara
untuk diujarkan atau dituliskanSetiap bahasa mempunayi susunan ytertentu
sama ada dalam bentuk Bunyi perkataan Susunan perkataan Nahu (tatabahasa) Struktur sintaksis(menurut kamus dewan edisi ke-3,sintaksis
bermaksud pengetahuan tentang susunan kata dalam ayat)
2. Bahasa terdiri daripada vokal dan bunyi-bunyi ujaranPenutur mengujarkan bunyi-bunyi bahasa
( bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Bunyi-bunyi itu tersusun menurut makna yang ada dalam sesuatu masyarakat bahasa tersebut)
3. Bahasa terdiri daripada lambang-lambang arbitrariTidak semestinya terdapat hbungan antara
bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda yang dimaksudkan
Oleh kerana sifat arbitrari inilah kita dapati bahasa di dunia ini mempunyai perkataan yang berlainan tetapi merujuk kepada perkara yang sama
4. Bahasa terbina dengan kebiasaan
5. Bahasa merupakan alat perhubunganKita menggunakan bahasa untuk
menyampaikan apa yang dirasai, difikirkan, dan diketahui kepada orang lain
Bahasa sebagai alat perhubungan boleh berlaku dalam dua caraLisanTulisan
Secara lisanPenutur mengujarkan bunyi-bunyi bahasa
untuk didengari dan difahami pendengar
Secara tulisan penulis mencatatkan dan menggunakan
tanda yang dapat dilihat bagi menyampaikan idea atau perkara yang terkandung dalam fikiran mereka kepada pembaca
6. Bahasa berhubung erat dengan tempat
bahasa itu dituturkan
7. Bahasa sentiasa berubah-ubah (dinamis)Sesuatu bahasa itu berpotensi untuk
berkembang, membuat penyesuaian, serta menerbitkan pembaharuan
Ianya akan terus berlaku selagi penutur bergaul dan berinteraksi dengan manusia yang lain
Pertembungan ini menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbandaharaan kata sesuatu bahasa
Namun demikian, lazimnya struktur dan tatabahasa sesuatu bahasa tidak berubah
8. Bahasa mempunyai sifat-sifat
khas dan unik
Brown (1960) sependapat dengan Anderson yang menyatakan bahasa bersifat universal. Beliau telah merumuskan 6 ciri umum bahasa seperti berikut.
1. Bahasa merupakan ssatu sistem yang sistematik
2. Bahasa merupakan lambang yang sewenang-wenangnya
3. Lambang bahasa boleh bersifat bunyi, visual atau grafik
4. Lambang bahasa boleh mengandungi makna kebiasaan
5.Bahasa bersifat kemanusiaan
6. Bahasa bersifat universal
Charles F. Hockett pula menyenaraikan ciri bahasa dengan lebih terperinci seperti berikut
1.Saluran lisan pendengaran
2.Sistem penghantaran
3.Cepat lenyap
4.Mudah ubah
5. Maklum balas total
6. Pengkhususan
7. Bermakna
8. Arbitrari
9. Terpisah-pisah
10. Produktiviti
11. Pemerolehan
12. Fakta dan imaginasi
13. Boleh dipelajari
14. Reflektif