Download - Bahan bengkel bm
TEKNIK MENJAWABKERTAS BAHASA
MELAYU 2012
PN. HALIZA BINTI HASANGURU BAHASA MELAYU
TAHUN 6 / SKDDH
PENGENALAN
MASA : 1 jam 15 minit
Terbahagi kepada tiga bahagian
Bahagian A
Memindahkan maklumat /Mentafsir bahanGrafik.Masa : 15 minitMarkah : 10
Bahagian B
Menulis karanganMasa : 40 minitMarkah : 30
Bahagian C
Menulis ulasan / rumusan nilaiMasa : 20 minitMarkah : 20
Baca arahan soalan terlebih dahulu. Terdapat tiga jenis arahan :
i) Tulis lima ayat lengkap tentang gambar. ii) Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. iii) Tulis lima ayat lengkap tentang situasi / suasana dalam gambar.
Panduan Menulis Ayat Lengkap Bahagian A
Calon seharusnya dapat menonjolkan penggunaan kata kerja / aktiviti dalam ayat.
Arahan 1 dan 2 :
Dua orang kanak-kanak sedang bermain buaian di taman permainan. (k.kerja)
Kakak membaca surat khabar di ruang tamu sambil duduk di atas sofa.
(k.kerja )
Calon perlu memastikan penggunaan Kata Adjektif dalam ayat terlebih dahulu sebelum kata kerja
Arahan 3
Dua orang kanak-kanak gembira bermain buaian di taman permainan.
Kata AdjektifKata Kerja
1. Suhana dan adiknya seronok bermain bunga api di halaman rumah mereka.2. Sambutan hari raya di rumah Suhana meriah
dengan tetamu yang datang berkunjung.
Tulis lima ayat berdasarkan suasana dalam gambar di bawah.
☺ Teliti gambar yang diberi. Ingat FORMULA S.A.M untuk bantu kamu mengumpul maklumat.
S – Siapa buat ? A – Apa yang dibuat ? M – di mana dia buat ? / bagaimana / dengan apa / untuk apa ( tambahan klu )
Contoh 1 : Siapa buat ? Amin / Abang Apa yang dibuat ? Menebas rumput Di mana dia buat? Belakang rumahDengan apa ? Sebilah sabit
Ayat lengkap : Amin menebas rumput di belakang rumah menggunakan sebilah sabit.
Contoh 2 :
Siapa buat ? Sarah Apa yang dibuat? Mencuci pinggan-mangkukDi mana dia buat? dapur
Ayat lengkap : Sarah sedang mencuci pinggan- mangkuk di dapur.
Sarah mencuci pinggan-mangkuk yang kotor di dapur.
Semak semula ayat yang telah ditulis bagi memastikan tiada sebarang kesalahan ejaan, huruf besar/kecil dan tanda baca.
Calon hanya dapat markah penuh 10 sekiranya tiada kesalahan langsung walaupun satu tanda nokhtah!
Pastikan aktiviti ( apa yang dibuat ) tepat dan sesuai dengan gambar. ( kosa kata yang sesuai ) contoh : menonton televisyen ( / )
menengok televisyen ( X )
PERINGATAN !
Elak menulis ayat tunggal. Calon akan turun aras sekiranya semua ayat tunggal.
Sekiranya gambar bersiri diberi, pastikan ayat yang dibina seimbang . Tiga ayat daripada gambar pertama atau dua ayat daripada gambar pertama.
( sebaliknya )
Jangan mulakan ayat dengan … 1. Pada hari Ahad yang lalu … 2. Selepas itu …
Sekiranya arahan soalan meminta calon menulis ayat tentang aktiviti, elak daripada menulis ayat tersirat.
Ayat tersirat – Penggunaan kata Adjektif sebelum kata kerja
Contoh : 1. Ahmad kelihatan sihat kerana berjoging pada setiap petang. sepatutnya: Ahmad berjoging pada setiap petang supaya sentiasa sihat.
Calon harus peka pada kehendak soalan . Oleh itu, pastikan kamu gariskan kata kunci dalam arahan soalan .
Latihan Bahagian A
Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Tulis lima ayat lengkap tentang situasi dalam gambar.
lima langkah panduan menulis karangan
1. Pilih soalan yang tepat Sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan
keupayaan kamu menulis karangan yang dipilih Faham akan kehendak soalan Dapat kuasai format dan laras bahasa karangan
yang dipilih
BAHAGIAN BPanduan Menulis Karangan
2. Cari kata kunci soalan Ada dua kata kunci penting yang perlu dikesan iaitu
Jenis karangan dan apa yang perlu saya tulis ( isi ) Jenis karangan Kamu tidak berjaya mendapat pinjaman buku teks.
Tulis sepucuk surat kepada guru kelas untuk memohon bantuan pinjaman tersebut.
apa yang perlu saya tuliskan ( isi-isi )
3. Menyediakan rangka karangan
Rangka karangan dapat bantu kamu tidak hilang punca ketika menulis karangan.
Buat rangka yang ringkas dengan mencatat isi-isi karangan yang sesuai dengan soalan. Boleh buat mengikut perenggan-perenggan.
Contoh : Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon mengadakan lawatan sambil belajar. ( Surat Rasmi )
Rangka : P1 – Maklumkan persatuan merancang adakan lawatan P2 – Tujuan lawatan – tambah pengetahuan / pengalaman baru P3 – Butiran lawatan ( tarikh/masa/jumlah murid /guru pengiring P4 – Akujanji – akan jaga nama baik sekolah / patuhi arahan / jaga disiplin ** Pastikan isi menepati kehendak soalan**
4 . Menulis karangan
Karangan yang ditulis mestilah mempunyai isi-isi yang sesuai dengan soalan. Diolah dengan baik dengan memasukkan contoh dan huraian yang kemas.
Setiap perenggan harus mempunyai kaitan dan pertalian antara isi yang dihuraikan.
Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda baca diberi perhatian.
5. Menyemak karangan
Selepas siap menulis karangan, pastikan kamu menyemak kembali karangan tersebut.
Semak aspek bahasa, ejaan, tanda baca dan tatabahasa.
Pastikan karangan kamu menepati jumlah perkataan yang ditetapkan.
KARANGAN
Berformat Tidak berformat
Surat rasmiSurat tidak rasmiLaporanBeritaDialogUcapanCatatanSyarahanPerbahasan
CeritaMenyambung/ menyudahkan ceritaFaktaBiografiAutobiografiGambarTindakan
1. Surat Tidak Rasmi - pastikan kamu kuasai format surat ini .
Isi-isi : P1 – Ayat penghadapan surat ( sila hafal ) P2 - Tujuan surat ( olah ayat soalan )
P3 & P4 - isi surat yang sesuai dengan soalan
P5 - Ayat penutup surat ( hafal )
Contoh rangka karangan
Tuliskan laporan tentang hari sukan sekolah kamu. ( Pastikan kamu ingat format karangan)P1 – Butiran – hari/ tarikh/masa/ lokasi/aktiviti yang dijalankan / perasmiP2 – Tujuan aktiviti diadakan – i) pilih peserta wakil sek
ii) cungkil bakat muridP3 / P4 & P5 - aktiviti yang dijalankan / - acara perbarisan rumah sukan / - acara yang dipertandingkan / pemenang - keputusan keseluruhan P6 - Rumusan keseluruhan pelapor - Matlamat penganjuran tercapai / mendapat kerjasama daripada semua pihak /
berharap temasya sukan dapat dijalankan lagi pada tahun akan datang
Laporan
Menguji kemahiran calon melahirkan idea/ isi yang tepat / relevan dan sesuai dengan soalan.
Kemahiran menghurai/mengolah isi amat penting. Untuk mantapkan isi, boleh masukkan contoh yang sesuai. Tutup huraian isi dengan kesimpulan kecil.
Bentuk penulisan karangan fakta ini boleh digunapakai untuk karangan jenis syarahan, ucapan, perbincangan. Bezanya, karangan fakta tiada format karangan.
Karangan Fakta
Tuliskan karangan tentang punca-punca kemalangan jalan raya. ( sebab-sebab)
Isi – Sikap pemandu Contoh : memandu laju Kesan : menyebabkan kenderaan hilang kawalan Kesimpulan kecil : mengundang kemalangan Antara punca berlakunya kemalangan
jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Pemandu yang suka memandu laju boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Oleh itu akan mengundang kemalangan jalan raya.
Contoh menulis huraian karangan fakta ICK2
Pastikan tindakan siapa ? Individu @ berkumpulan Jalan cerita harus menarik – tidak terus kepada penyelesaian
masalah. Cuba wujudkan satu jalan cerita yang menarik, Contoh : Kamu terjumpa sebuah dompet di tepi jalan. Tuliskan
tindakan kamu.
i) Jumpa dompet / ambil / serah kepada guru @ pihak polis ( tidak menarik / idea terhad)
ii) Jumpa dompet/ ambil /cari maklumat pemilik/ cuba hubungi- gagal / bawa pulang / ceritakan kepada ayah / ke rumah pemilik bersama ayah – tiada di rumah / ke balai polis / buat laporan / ternampak lelaki mirip gambar dalam dompet / pulangkan dompet / gembira
Karangan Tindakan
Jam sudah menunjukkan angka dua belas malam. Aku masih belum tidur. Majalah yang dibaca tidak dapat membuatkan aku mengantuk. Tiba-tiba…
( Sambung cerita seterusnya )Atau
Kematian rakan baikku itu benar-benar menginsafkan aku. Aku berjanji tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan lombong terbiar itu lagi.
( Tuliskan apa yang mungkin berlaku kepada ‘aku’ dan kawan baiknya sebelum terjadi
kematian )
Menyambung / menyudahkan cerita
Pastikan kamu faham maksud peribahasa yang diberi. Fikirkan cerita menarik yang sesuai dengan maksud
peribahasa.
Contoh : Tuliskan sebuah karangan tentang peribahasa “Nasi telah menjadi bubur ” - penyesalan yang tidak berguna lagi
Ahmad- nakal – suka merempit ./Tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa / rakan sekelas / gemar bercampur dengan budak-budak nakal / kerap ponteng / diberi kaunseling tetapi tidak berubah.
Pada suatu hari, ikut serta lumba haram / terbabas/ cedera parah/ kaki terpaksa dipotong / menyesal tetapi sudah tidak berguna lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.
Jenis Peribahasa
Format terletak pada : i) bandar ii) tanda koma iii) hari / tarikh iv) tanda sempang
KULAI,Jumaat- @ SHAH ALAM, 10 April-
Karangan ini mementingkan laras bahasa berita
yang sesuai. Ayat ringkas tetapi padat dan tidak
meleret-leret. Contoh : Tuliskan berita tentang sambutan
hari sukan sekolah kamu. ** Boleh gunakan panduan isi
karangan laporan **
Karangan berita
Pastikan kamu benar-benar faham kehendak / maksud soalan. Baca ketiga-tiga soalan sebelum kamu memilih salah satu daripadanya.
Kegagalan kamu memahami kehendak soalan boleh menyebabkan kamu kehilangan markah.
Penggunaan penanda wacana penting untuk tunjukkan kesinambungan antara satu perenggan isi dengan perenggan seterusnya.
Karangan yang baik perlu ada pendahuluan, perenggan isi ( sekurang-kurangnya empat isi) dan perenggan penutup.
Peringatan
Baca semula karangan yang telah siap kamu tuliskan untuk membuat semakan.
Pastikan tulisan kamu kemas kerana ada pemeriksa yang terkesan dengan tulisan yang tidak kemas.
Langkah satu baris setiap kali kamu ingin mulakan perenggan baru. ( tujuan kekemasan)
Calon yang dapat menulis karangan yang baik tanda sebarang kesalahan tanda baca/ struktur ayat/ huruf besar/kecil boleh mendapat markah penuh 30 markah.
Bahagian yang menguji calon menulis rumusan petikan yang diberi.
Arahan : Tuliskan lima nilai murni / pengajaran / amalan baik yang terdapat dalam petikan. Tiga langkah yang perlu kamu beri perhatian : i) Baca petikan ii) Gariskan bahagian yang menunjukkan terdapat amalan/ perkara baik ( menjadi huraian nilai dalam jawapan ) iii) Tuliskan nilai murni yang tepat bagi bahagian yang kamu gariskan itu.
BAHAGIAN C
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Sebelum mandi, Salina akan mengemas tempat tidurnya sendiri. Selepas itu, dia akan mandi dan gosok gigi.
Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan pagi sebelum ke sekolah . Salina suka membawa bekalan makanan dari rumah.
Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus ke tempat bacaan pagi untuk menjalankan aktiviti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Contoh petikan
Baca / garis dan tuliskan nilai yang tepat / sesuai
Huraian Nilai
1. Bangun awal Menghargai masa
2. Mengemas tempat tidur sendiri Berdikari
3. Mandi dan gosok gigi Menjaga kebersihan
4. Membantu ibu di dapur Rajin / baik hati
5. Bersarapan pagi Menjaga kesihatan
6. Membawa bekalan ke sekolah Berjimat cermat
7. Bersalaman dengan ibu ayah Menghormati orang tua
8. Membaca sementara menunggu bas
Menghargai masa / rajin
9. Menjalankan aktiviti bacaan pagi Patuh pada peraturan sekolah
Jadual Nilai
Frem jawapan ( sila hafal ) Nilai murni yang pertama ialah kita hendaklah ……………………..dengan ……………………. Selain itu, kita mestilah …………………dengan …………………… Di samping itu, kita perlulah ………………dengan …………………… Seterusya, kita sewajarnya ……………….dengan ……………… Akhir sekali kita hendaklah …………………dengan ……………………
Perhatian :1. Garisan tempat kosong pertama diisi dengan Nilai murni
dan diikuti dengan huraian nilai.1. Huraian nilai perlu diambil terus daripada petikan.2. Nilai murni mesti tepat. Nilai yang tepat memberi markah walaupun huraiannya tidak tepat.4. Sekiranya nilai murni tidak tepat atau salah, keseluruhan ayat tidak memberi apa-apa makna. ( tiada markah )1. Calon digalakkan menggarisi nilai dan huraian dalam
perenggan jawapan. Memudahkan pemeriksa mengesan nilai/huraian. Calon juga perlu memastikan
2. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja. Elak menulis terlalu panjang.
Kertas Penulisan dan Pemahaman sepatutnya menjanjikan Gred A yang mudah untuk kamu.
Banyakkan rujukan bahan bacaan untuk membantu kamu merangsang idea .
Banyakkan latihan binaan ayat / huraian/ olahan ayat untuk memantapkan karangan kamu.
Elak membuat kesilapan mudah yang boleh memudaratkan impian kamu mendapat GRED A dalam mata pelajaran BAHASA MELAYU.
Ingatlah…
Terus berusaha tanpa mengenal erti jemuSemoga kamu beroleh kejayaan
yang cemerlang
Terima Kasih kerana memberi perhatian !