1 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
BAB 8 PILIHAN RAYA
8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu
- Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri dan
memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil / parti
yg akan membentuk kerajaan
- Pilihan raya bermula dari peringkat majlis perbandaran, diikuti
peringkat negeri dan seterusnya Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan 1955
Perkembangan Pilihan raya
Perjanjian PTM 1948
- Pilihan raya di PTM diadakan selaras dengan peruntukan
Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Perundangan
- untuk mengkaji dan membuat cadangan tentang pilihan raya
1950 - Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan
- memberikan kuasa kepada majlis tempatan untuk mengadakan pilihan raya
1951 Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town
- Pilihan Raya Majlis Perbandaran Pertama - di George Town Pulau Pinang - utk memilih 9 org ahli Pesuruhjaya
Perbandaran George Town - sebelum pilihanraya ini diadakan , ahli
dalam Majlis Perbandaran dilantik oleh Gabenor Negeri² Selat
- Hari pendaftaran pemilih diadakan selama 6 minggu mulai 17 Mei 1951 hingga 30 Jun 1951
- Seramai 14 514 org pengundi mendaftar utk membuang undi
Februari 1952 Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
- Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
- Untuk merebut 12 kerusi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur bagi kawasan Sentul, Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya
- UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor bergabung dikenali sbg Perikatan
Pilihanraya majlis perbandaran
- Pada peringkat bandar Johor Bahru, Ipoh, Alor Setar, Melaka dan Seremban
- Kerjasama UMNO-MCA mendapat kemenangan kerusi dipertandingkan
1954 Pilihan raya peringkat negeri
- Perikatan UMNO-MCA telah menang 226/268 kerusi
- Ini menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap kerjasama politik negara pada masa itu.
Rumusan - Pilihan raya peringkat awal berjaya menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi
- Ia memberi pengalaman kepada rakyat mengendalikan pilihan raya pada peringkat Persekutuan
- Ia juga sebagai persediaan ke arah berkerajaan sendiri
8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama
- Pilihan Raya Umum Pertama perlu diadakan bagi merintis
jalan ke arah kemerdekaan
- Raja² Melayu bersetuju mengadakan pilihan raya bagi
memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
- Pengisytiharan pilihan raya dibuat oleh Sir Donald
MacGillivray
- Proses ini bermula setelah penetapan bilangan ahli MPP,
penentuan sempadan, pendaftaran pengundi, penamaan
calon, mengadakan kempen, mengundi, pengiraan undi
dan pengumuman keputusan.
Rundingan Sebelum Pilihan Raya Umum
1) Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Raya
- 1 Februari 1954 - 46 orang ahli - Tujuannya utk mengkaji hal ehwal pilihan
raya yg akan dijalankan
- 2 bentuk penyata susunan MPP dikeluarkan
Bentuk A Bentuk B
Seorang Speaker Seorang Speaker
3 org ahli dilantik 3 org ahli dilantik
11 org wakil negeri 11 org wakil negeri
20 org yg dilantik mewakili kepentingan tertentu
20 org yg dilantik mewakili kepentingan tertentu
3 org dilantik mewakili golongan minoriti
3 org dilantik mewakili golongan minoriti
2 org ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi)
2 org ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi)
60 org yg dipilih melalui pilihan raya
44 org yg dipilih melalui pilihan raya 8 orang tambahan lantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
Tempoh pilihan raya Persekutuan
Pilihan raya perlu diadakan tidak lewat dari Nov 1954
Tidak menetapkan tarikh / masa tertentu utk pilihan raya
- Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih bentuk A, sedangkan Jawatankuasa Pilihan Raya memilih bentuk B
2) Rombongan ke London
21 April 1954
Ahli Rombongan
- Tunku Abdul Rahman - Tan Cheng Lock - T.H Tan - Dato’ Abdul Razak
Hussein
Tujuan - Menyatakan hasrat menentukan 3/5 bilangan anggota MPP. Anggota MPP ini hendaklah dipilih melalui pilihan raya
2 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
Pertemuan - Di London, dengan pertolongan Lord Ogmore, Tunku berjaya bertemu dgn ahli Parti Konservatif dan Parti Liberal
- Tunku membuat kenyataan tentang hasrat mrk melalui akhbar kpd rakyat British & ahli Parlimen
3) Rundingan 14 Mei 1954
Rundingan - Tunku Abdul Rahman dgn Oliver Lyttelton (Setiausaha Tanah Jajahan British di London)
Gagal - Rundingan gagal utk mendapatkan 3/5 ahli melalui pilihan raya
Kembali ke TM
- Walau rundingan gagal mrk tetap disambut meriah
Bilangan ahli MPP dipersetujui
- Akhirnya bilangan ahli MPP yg dipersetujui utk dipilih melalui pilihan raya sebanyak 52 orang
- Dipersetujui oleh British dan Parti Perikatan yg diwakili Tunku Abdul Rahman
Rang Undang-Undang Pilihan Raya PTM
- Oleh sebab persetujuan dicapai awal bulan Julai 1954, maka pilihan raya akan diadakan pada 1955
- 18 Ogos 1954 rang udg² Pilihan Raya PTM diluluskan bagi membolehkan Pilihan raya Persekutuan diadakan sebagai langkah awal kemerdekaan
Keanggotaan dalam MPP
- Sebelum ini dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
- Caranya dengan mengundang parti politik, pertubuhan kaum serta badan pekerja, perniagaan dan perusahaan menganggotainya
- Nama calon yg sesuai dikemukakan untuk menjadi calon dlm MPP
Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
1) 26 April 1954
- Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan
- Berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya
2) Ogos 1954 - Rang Undang-Undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan
3) Oktober 1954
- Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober di seluruh Tanah Melayu
- Manakala di Terengganu bermula 29 Okt 1954 - Syarat Pengundi
a) Warganegara PTM b) Berumur 21 tahun ke atas c) Individu yg tinggal di PTM dlm tempoh 6
bulan terdahulu (dari tarikh 17 Okt 1954 / 28 Okt 1954 bg Terengganu) layak untuk memohon sbg pengundi
4) 15 Jun 1955
- Penamaan calon - Syarat utk jadi calon
a) Warganegara PTM b) Umur 21 tahun ke atas c) Telah tinggal di PTM dan tinggal dlm
tempoh 12 bulan sebelum hari penamaan calon
d) Berpengetahuan dlm BI dan BM
5) Kempen - Kempen pilihan raya selama 45 hari
6) 27 Julai 1955
- Mengundi
7) Pengiraan undi
- Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi dan proses pengiraan undi dilakukan
3 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
8) Keputusan - Pengumuman keputusan
Laporan Pilihan Raya MPP Tanah Melayu 1955
- Mengandungi maklumat tentang urusan pemilihan serta penerangan berkaitan dengan peraturan dan tindakan yg perlu diambil bagi menghadapi pilihan raya
- Laporan ini menggariskan langkah bagi mentadbir perjalanan pilihan raya, pembahagian kawasan, pendaftaran calon dan pengundi serta nama-nama calon dan parti yg bertanding
Pilihan Raya Awal di Sarawak
1956 - Pilihan raya tempatan pertama diadakan sbg persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri
- Kawasan pilihanraya a) di Kuching Municipal Council [KMC]
dibahagikan 9 kawasan
William Tan dipilih Pengerusi pertama KMC
Ong Kee Hui sbg Timbalan b) Sibu Urban District Council [SUDC] (1957)
Sibu dibahagikan 9 kawasan
Ting Chew Huat sbg pengerusi
John Loo Ling Chong Timbalan - Tindakan mengadakan pilihan raya mendapat
sambutan baik dr rakyat pelbagai kaum kerana mrk boleh memilih wakil dlm kerajaan
Pilihan Raya Awal di Sabah
16 Disember 1962
- Dibawah Local Goverment Elections Ordinance
- Utk 118 kawasan (ward) di pihak berkuasa tempatan
- Setiausaha Kolonial bagi kerajaan tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya tersebut
- Seramai 202 calon bertanding bagi 118 kawasan
- Calon di 53 kawasan menang tanpa bertanding
Rumusan - Pemilihan wakil yg berintegriti dan mempunyai jati diri yg terguh adalah penting untuk memastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik
- Pilihan raya membuka peluang yg adil kepada rakyat utk mengambil bahagian dalam politik tempatan dan mengamalkan demokrasi di negara kita
Pilihanraya umum / pilihan raya kecil melibatkan 6 peringkat
1) Pengeluaran Writ (Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan writ / surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya
2) Penamaan calon 3) Kempen pilihan raya 4) Pengundian 5) Penjumlahan Rasmi Undi 6) Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
4 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
- Parti Perikatan menang besar dalam Pilihan raya MPP 1955 telah
membentuk Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Persekutuan
- Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri PTM pertama
- Berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu
Perbandingan Majlis Perundangan
Majlis Perundangan Persekutuan 1948
Majlis Perundangan Persekutuan 1955
- 52 org (ahli tidak rasmi yg dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu)
- 3 org ex officio (Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kewangan dan Peguam Besar Persekutuan)
- 9 org Residen (Residen British mewakili sembilan buah Majlis Negeri)
- 2 org (wakil Negeri² Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka
- 11 org (ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan
- 52 org (ahli yang dipilih melalui pilihanraya
- 35 org (ahli lantikan mewakili kumpulan yg berkepentingan seperti keusahawanan, perlombongan, perindustrian dan pertanian
- 11 org (Menteri Besar mewakili negeri)
- 2 org (wakil Negeri² Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka
Jumlah : 77 Jumlah: 100
Kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
- Kerajaan diketuai Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri) akan mengambil alih tugas pentadbiran Tanah Melayu daripada Pesuruhjaya Tinggi British
- Proses pertukaran dan pembaharuan berlaku secara berperingkat dan mengambil masa. British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat atasan yg menentukan hala tuju negara
- Kuasa pegawai British kini beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan. Namun begitu, masih terdapat pegawai British yg berperanan sbg penyelia atau penasihat bidang keselamatan. Susulan itu Sistem Ahli dimansuhkan
- Keanggotaan MPP menyaksikan perkembangan penting amalan pentadbiran demokrasi di negara kita. Keadaan ini menggambarkan kejayaan Kerajaan Persekutuan yg dibentuk dan dipimpin oleh rakyat tempatan , manakala ahlinya dipilih oleh rakyat
Ucapan Tunku Abdul Rahman pada Perasmian Majlis Perundangan Persekutuan 31 Ogos 1955
Ucapan Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini. Pilihan raya Persekutuan yang baru diadakan kini sudah menjadi sejarah. Buat pertama kalinya Majlis ini bersidang sebagai sebuah majlis yang majoriti ahlinya dipilih dan saya berasa amat bangga dan berbesar hati memegang jawatan Ketua Menteri. Kita telah melalui suatu peristiwa yang amat penting dalam kemajuan negara kit amencapai status berkerajaan sendiri dan merdeka. Ketika memikirkan jalan yang perlu ditempuhi, saya dapat membayangkan pelbagai permasalahan serta kesusahan tetapi saya cukup yakin bahawa dengan adanya rasa muhibah, kesabaran dan keazaman, serta yang paling penting sokongan Ahli Yang Kehormat dan rakyat, segala halangan dapat ditempuhi dan segala masalah diatasi.
Tempat Di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
11 Sept 1959
- Parlimen Persekutuan Malaya ditubuhkan.
12 Sept 1959
- Persidangan pertama Parlimen Persekutuan - Dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Pertama
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Rumusan - Dgn pembentukan MPP, rakyat tempatan mula memainkan peranan yg penting dalam pentadbiran
- Ia juga menunjukkan kompromi melalui perkongsian kuasa antara kaum bagi mencapai kemerdekaan
8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Peranan - Ke arah berkerajaan sendiri
Ketua Menteri
- Tunku Abdul Rahman
Ahli Kabinet - 10 orang menteri - 3 orang pegawai British yg memegang
portfolio Setiausaha Kewangan, Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi dan Setiausaha Pertahanan
Pengumuman rasmi Kabinet
- Dgn perkenan Raja² Melayu, Kabinet diumum secara rasmi oleh Sir Donald MacGillivray , Pesuruhjaya Tinggi British
- Pada 4 Ogos 1955 - Tempat di King’s House Kuala Lumpur - Wakil pemimpin tempatan dipilih utk
mentadbir negara melalui kabinet pertama
Peranan Kabinet Pertama
- Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan
5 | S e j a r a h T i n g k a t a n 4 R u a i n u n S M K T e r i a n g H i l i r N S D K
- Meminta Kuasa Veto (hak / kuasa penuh yg diberi kpd pihak tertentu shj, kuasa pembatal) Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan
- Mengurangkan kuasa pentadbiran British - Menyambung sistem yang diguna pakai dalam
MPP yang berasaskan Model Westminster (sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain)
- Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam
Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Tanggunjawab
Tunku Abdul Rahman
Ketua Menteri - Menunaikan mandat dari rakyat utk mencapai kemerdekaan
Dato’ Abdul Razak Hussein
Menteri Pelajaran - Membina bangsa yg bersatu melalui sistem pendidikan
V.T. Sambanthan
Menteri Buruh - Melaksanakan tugas terawalnya bersama² menteri lain utk menjadikan perkhidmatan berocrak tempatan
- Mengurangkan pegawai Eropah dalam Malayan Civil Service (MCS) secara berperingkat
Leong Yew Koh
Menteri Kesihatan - Memenuhi manisfesto Parti Perikatan
- Menjalankan rancangan secara meluas dengan meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan dan kesihatan secepat mungkin dlm tempoh negara ke arah berkerajaan sendiri
Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar
Dr. Ismail Abdul Rahman
Menteri Tanah dan Galian
H.S.Lee Menteri Pengangkutan
Sardon Jubir Menteri Kerja Raya
Ong Yoke Lin Menteri Pos dan Telekom
Abdul Aziz Ishak
Menteri Pertanian
Rumusan - Kabinet pertama PTM memperlihatkan pemimpin yg berwibawa.
- Mereka berusaha membangunkan negara menerusi jawatan yg diamanahkan, bekerjasama dan berkongsi kuasa antara satu sama lain
- Sebagai warga yg bertanggungjawab, kita perlulah memanfaatkan pilihan raya bagi memilih wakil dan pemimpin negara
- Hak rakyat untuk membuat pilihan hendaklah digunakan dengan bijak bagi meneruskan amalan demokrasi di negara kita