iv
DEDIKASI
Teristimewa buat, Ayahanda & Bonda tercinta
Mohammad Bin Ali & Wan Saidah Binti Sulaiman Kasih dan sayang serta pengorbanan yang dicurahkan
Tiada kata-kata yang mampu kutafsirkan Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Tuhan...
Adinda-adinda yang dikasihi, Nur ‘Izzati, Ahmad Faiq, Ahmad Faiz, Nawal Awanis dan Nawal Amalin
Dengan iringan doa serta dorongan berpanjangan Kalian sentiasa dalam ingatan...
Sahabat seperjuangan, Memori bersama tidak mungkin dilupakan
Semoga berjaya dalam menempuh hidup penuh cabaran...
Terima kasih atas segalanya...
v
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang”
Syukur alhamdulillah, kerana dengan limpah kurniaNya, maka dapat saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini bagi memenuhi sebahagian daripada syarat
bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik).
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada Puan Hanim Binti Sulaiman, selaku penyelia projek, atas segala bimbingan,
tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan
PSM ini. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.
Penghargaan juga ditujukan kepada keluarga di atas galakan serta semangat yang
tidak putus-putus. Turut membantu saya semestinya rakan-rakan seperjuangan kerana
tidak lokek dalam memberi pandangan, teguran serta maklumat.
Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih juga di atas kerjasama yang telah
diberikan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Raja Bahar; Guru Besar, guru-guru dan
murid-murid tahun 6 sesi 2006 yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.
Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, saya
doakan semoga sumbangan ikhlas anda diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian murid-murid tahun 6 dalam mata pelajaran Matematik di Sekolah
Kebangsaan Raja Bahar. Faktor-faktor yang dikaji adalah peranan ibu bapa, kaedah
pembelajaran dan pengajaran guru. Seramai 40 orang murid terlibat dalam kajian ini.
Alat kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu
Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A melibatkan 5 item mengenai latar belakang
responden manakala Bahagian B melibatkan 30 item mengenai aspek-aspek persoalan
kajian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α = 0.9397. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif bagi mendapatkan peratusan
dan min. Hasil kajian menunjukkan skor min bagi faktor peranan ibu bapa dan kaedah
pembelajaran berada pada tahap sederhana manakala faktor pengajaran guru
menunjukkan skor min yang tinggi. Daripada hasil kajian ini dapatlah dirumuskan
bahawa pengajaran guru sangat membantu dalam proses pembelajaran Matematik
murid-murid tahun 6 Sek. Keb. Raja Bahar.
vii
ABSTRACT
This study is carried out to identify the factors that affect the achievement of year
six pupils in Mathematics precisely at Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. The factors
being highlighted are parents’ role, learning methods and teacher’s instruction. This
study involve 40 year six pupils. The research instrument is a set of questionnaire
consisting of two parts, that are Part A and Part B. Part A consisted of 5 items focusing
on respondents background, while Part B consisted of 30 items on study aspects. The
reliability of the questionnaire is α = 0.9397. The data collected is analyzed using
descriptive statistic in order to get the percentage and mean. Research findings show that
the mean score for parents’ role and learning methods are at average level, while the
mean score for teacher’s instruction is at high level. From the reseach finding, it can be
concluded that teacher’s instruction assist a great deal in the process of learning
Mathematics for year six pupils at Sek. Keb. Raja Bahar.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 8
ix
1.10 Metodologi Kajian 10
1.11 Rumusan 10
BAB II SOROTAN PENULISAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pencapaian Dalam Matematik 13
2.2.1 Peranan Ibu Bapa 13
2.2.2 Faktor Kaedah Pembelajaran 17
2.2.3 Faktor Pengajaran Guru 21
2.3 Rumusan 25
BAB III METODOLOGI KAJIAN 26
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27
3.4 Instrumen Kajian 28
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 30
3.6 Prosedur Kajian 31
3.7 Kajian Rintis 31
3.8 Kaedah Menganalisis Data 32
3.9 Rumusan 33
BAB IV ANALISIS DATA 34
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Data 34
x
4.2.1 Analisis Bahagian A 35
4.2.2 Analisis Bahagian B 38
4.3 Analisis Keseluruhan dan Kesimpulan 45
4.4 Rumusan 45
BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN 46
5.1 Pengenalan 46
5.2 Rumusan Kajian 46
5.2.1 Masalah Kajian 47
5.2.2 Penganalisisan Data 47
5.3 Rumusan Kajian Secara Keseluruhan 52
5.4 Implikasi Kajian 54
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 55
5.6 Penutup 56
BIBLIOGRAFI 57
LAMPIRAN 64
xi
SENARAI JADUAL
NO TAJUK MUKA SURAT
1.1 Keputusan Matematik UPSR 2000-2004 SK Raja Bahar 5
3.1 Taburan populasi kajian 27
3.2 Taburan sampel kajian 28
3.3 Taburan item mengikut faktor 29
3.4 Skala Likert 30
3.5 Pemerolehan markat dan skala 33
3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan skor min 33
4.1 Taburan responden mengikut jantina 36
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 37
4.3 Taburan responden mengikut bilangan ahli keluarga 37
4.4 Taburan responden mengikut penjaga 38
4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan penjaga 38
4.6 Faktor peranan ibu bapa dalam mempengaruhi
pencapaian murid tahun 6 dalam mata pelajaran
Matematik 40
4.7 Faktor kaedah pembelajaran dalam mempengaruhi
pencapaian murid tahun 6 dalam mata pelajaran
Matematik 42
4.8 Faktor pengajaran guru dalam mempengaruhi
pencapaian murid tahun 6 dalam mata pelajaran
Matematik 44
4.9 Analisis keseluruhan 46
xii
SENARAI RAJAH
NO TAJUK MUKA SURAT
4.1 Perbandingan di antara dua item tertinggi dan
dua item terendah mengikut peratus persetujuan
bagi persoalan kajian 1 41
4.2 Perbandingan di antara dua item tertinggi dan
dua item terendah mengikut peratus persetujuan
bagi persoalan kajian 2 43
4.3 Perbandingan di antara dua item tertinggi dan
dua item terendah mengikut peratus persetujuan
bagi persoalan kajian 3 45
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SKRB - Sekolah Kebangsaan Raja Bahar
BPPDP - Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
SPSS - Statistical Packages for Social Sciences
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat pengesahan BPPDP 64
B Pengesahan pelajar 67
C Set soal selidik 69
D Analisis kebolehpercayaan soal selidik 75
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Semenjak negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dijalankan untuk
membangunkan masyarakat dari segi sosial atau ekonomi. Pembangunan sosial dapat
diwujudkan melalui penguasaan Bahasa Melayu dan merapatkan jurang pendidikan di
antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Ini merupakan matlamat utama negara
menerusi Laporan Razak. Untuk merealisasikan Laporan Razak ini, sekolah memainkan
peranan penting untuk memastikan pelajar dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik
dan pada masa yang sama tidak tercicir dalam arus pembangunan pendidikan.
Dari segi ekonomi, program membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan antara kaum merupakan salah satu daripada matlamat negara
menerusi Dasar Ekonomi Baru. Menurut Ibrahim Saad (1980) dan Mohd Jalal Ahmad
(1991), untuk mencapai matlamat ekonomi ini, pendidikan memainkan peranan penting
untuk melahirkan tenaga mahir yang boleh membangunkan ekonomi. Kini, tumpuan
ekonomi negara telah beralih dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian.
Oleh yang demikian, fungsi pendidikan dalam konteks pembangunan ekonomi
negara menjadi semakin penting terutamanya untuk merealisasikan matlamat Wawasan
2020. Salah satu cabarannya ialah menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian
2
yang maju dan mempunyai ekonomi bebas, berdikari dan mempunyai daya saing yang
tinggi. Dalam usaha mencapai matlamat wawasan tersebut, tenaga-tenaga kerja yang
berilmu pengetahuan, kreatif dan berpandangan luas perlu dilahirkan.
Menurut Profesor Robert Wood (1994) sebuah kerajaan hanya akan berjaya
membangunkan ekonomi negara sekiranya sistem pendidikan negara tersebut dapat
menyediakan tenaga mahir yang diperlukan untuk mengendalikan industri negara. Ini
bermakna dalam konteks pembangunan negara, institusi pendidikan merupakan
pembekal tenaga kerja yang utama. Seiring dengan fungsi institusi pendidikan ini,
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyifatkan keciciran dalam pendidikan
merupakan pembaziran tenaga kerja dalam konteks pembangunan negara. Tidak
dinafikan bahawa sejak dahulu lagi, pencapaian akademik yang rendah berlaku di
sesetengah sekolah terutamanya di kawasan luar bandar. Kelemahan pencapaian
akademik ini menyebabkan berlaku keciciran pendidikan yang secara tidak langsung
menjejaskan usaha kerajaan untuk mencapai matlamat negara sama ada dari segi sosial
atau ekonomi.
Dari segi sosial, keciciran dalam pendidikan yang berlaku pada usia muda
menyekat pembangunan individu dari segi sahsiah dan perkembangan mental.
Penerapan nilai moral akan terbantut akibat tersisihnya mereka daripada pendidikan
formal, di mans ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak. Kematangan mental
yang tidak sempurna dan penguasaan ilmu yang tidak mencukupi akibat keciciran awal
pula menyebabkan mereka mudah terjebak dalam budaya yang tidak sihat serta kurang
bersedia untuk menerima tekanan di alam pekerjaan. Ini merupakan antara faktor-faktor
yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial di kalangan remaja.
Dari segi ekonomi, negara memerlukan lebih ramai tenaga mahir dan bersifat
profesional. Lantaran itu, keciciran yang disebabkan oleh kelemahan pencapaian
akademik harus diatasi untuk mengelakkan kerugian dari segi sumber tenaga manusia.
3
Negara tidak harus bergantung kepada perkhidmatan pekerja-pekerja asing untuk
membangunkan ekonomi negara kerana pergantungan berterusan akan merugikan.
Memandangkan masalah keciciran boleh menjejaskan pembangunan sosial dan
ekonomi negara, maka penyelidikan dari semasa ke semasa harus dijalankan bagi
mengesan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar agar
langkah-langkah mengatasi masalah keciciran pendidikan dikenalpasti dan diaplikasi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam
memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam situasi yang sebenar dengan
menggunakan kemahiran Matematik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang sains,
kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain. Konsep pendidikan Matematik adalah bertujuan
meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami struktur, saling hubungan, prinsip
ruang dan konsep Matematik. Tumpuan pembelajaran Matematik adalah kepada
pemahaman dan konsep.
Mata pelajaran Matematik mempunyai kedudukan istimewa dalam mana-mana
sistem pendidikan kita. Ia diwajibkan kepada semua pelajar di semua peringkat
persekolahan. Bagaimanapun pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini semakin
membimbangkan.
Setelah 22 tahun Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan,
tinjauan menunjukkan prestasi pencapaian murid dalam Matematik terutama dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) masih belum mencapai tahap membanggakan.
Perkara ini jelas dibuktikan dari tinjauan ke atas peratus kelulusan Matematik dalam
4
Laporan Analisa Peperiksaan UPSR 1993 – 1997 dan ia disahkan oleh Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia ketika itu, iaitu Datuk Aisah Abu Samah yang mengatakan
“ ... penguasaan mengira masih belum mencapai tahap membanggakan, malah
pencapaian mata pelajaran Matematik di beberapa buah sekolah rendah amat
mengecewakan ... ”
(Berita Harian, 4 Ogos 1992)
Perkara 143 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet menunjukkan bahawa
pencapaian Matematik murid-murid sekolah luar bandar yang kebanyakannya terdiri
daripada sekolah kebangsaan adalah kurang memuaskan (Ibe, 1992). Laporan tersebut
juga menekankan bahawa pencapaian yang rendah dalam Matematik adalah disebabkan
oleh kelemahan mereka dalam kemahiran asas Matematik dan juga kurang mengingat
fakta-fakta asas Matematik.
Pencapaian Matematik yang tidak begitu memberangsangkan dalam UPSR telah
menarik perhatian serta memberi kebimbangan kepada banyak pihak termasuk ahli-ahli
politik, pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan, golongan pendidik dan juga para
ibu bapa. Banyak perbincangan dan isu telah dikemukakan mengenai pendidikan
Matematik di negara ini. Pelbagai cara dan usaha telah diterokai untuk meningkatkan
tahap pencapaian murid-murid dalam Matematik di peringkat UPSR. Antara usaha-
usaha yang telah dijalankan termasuklah Program Bijak Sifir dan Program Pendidikan
Sempoa Sekolah Rendah.
1.3 Pernyataan Masalah
Matematik seringkali dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar bagi
kebanyakan pelajar. Tanggapan sebegini membuatkan kepentingan mata pelajaran ini
diabaikan lalu menyebabkan pencapaiannya masih berada di tahap rendah. Jika keadaan
5
ini berterusan, tidak mustahil pelajar kita akan ketinggalan, apatah lagi untuk menyahut
hasrat kerajaan bagi menjadikan pelajar yang celik Sains dan Matematik.
Asas pengiraan Matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan
pembahagian nombor diajar pada peringkat sekolah rendah lagi. Murid tahun 6 yang
bakal menduduki peperiksaan UPSR wajib menguasai keempat-empat operasi tersebut
kerana jika tidak, sukar bagi mereka untuk mempelajari ilmu Matematik di peringkat
sekolah menengah dengan jayanya.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 dalam mata pelajaran Matematik di Sekolah
Kebangsaan Raja Bahar dari segi pengaruh ibu bapa, kaedah pembelajaran dan
pengajaran guru. Kajian ini melihat faktor-faktor yang dikaji daripada persepsi murid-
murid tahun 6 sendiri. Sekolah tersebut dipilih berdasarkan keputusan UPSR bagi mata
pelajaran Matematik yang masih berada pada tahap sederhana.
Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Gred Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % A 22 22.45 33 28.95 29 25.66 30 24.39 43 31.39 B 27 27.55 30 26.32 30 26.55 38 30.89 29 21.17 C 19 19.39 20 17.54 28 17.54 29 23.58 34 24.82 D 14 14.29 20 17.54 8 17.54 11 8.94 19 13.87 E 16 16.33 11 9.65 18 9.65 15 12.20 12 8.76 Lulus 68 69.39 83 72.81 81 72,81 97 78.86 106 70.80 Gagal 30 30.61 31 27.19 26 27,19 26 21.14 31 21.14 Bil. Calon 98 114 113 123 137
Jadual 1.1: Keputusan Matematik UPSR bagi tahun 2000-2004 SK Raja Bahar.
6
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 mata pelajaran Matematik di Sekolah
Kebangsaan Raja Bahar. Secara khususnya ia bertujuan untuk:
Mengenal pasti faktor peranan ibu bapa mempengaruhi pencapaian murid tahun
6 dalam Matematik.
Mengenal pasti faktor kaedah pembelajaran mempengaruhi pencapaian murid
tahun 6 dalam Matematik.
Mengenal pasti faktor pengajaran guru mempengaruhi pencapaian murid tahun 6
dalam Matematik.
1.5 Persoalan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan
mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Matematik murid tahun 6 di
Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah:
Adakah peranan ibu bapa mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 dalam
Matematik?
Adakah kaedah pembelajaran mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 dalam
Matematik?
Adakah pengajaran guru mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 dalam
Matematik?