Apabila bayi dilahirkan hendaklah
diazankan di telinga kanan dan diiqamahkan
di telinga kiri tanpa mengira jantina bayi.
Tugas ini boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja sama ada bapa atau ibu, lelaki atau
perempuan, waris atau orang lain.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Daripada Ubaidullah bin Abi Rafi’ daripada
bapanya : Aku melihat Rasulullah SAW
mengazankan ke telinga Hasan bin Ali ketika
dilahirkan oleh Fatimah dengan azan solat”.
(Hadith Riwayat Tirmizi)
KAIFIAT AZAN DAN IQAMAHKAN BAYI
1. Digalakkan mengadap qiblat. 2. Meletakkan bayi di lengan tangan kanan (jika boleh). 3. Disunatkan berwudhu’ terlebih dahulu. 4. Membaca dengan nada yang perlahan di telinga bayi dan ditiupkan ke ubun-ubun bayi.
5. Digalakkan kepada wali
untuk mendoakan anak
dengan doa yang baik.
AZAN DAN IQAMAH LAFAZ AZAN
Allahu akbar 2 kali
Asyhadu alla ila ha illallah 2 kali
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
2 kali
Hayya `alas solah 2 kali
Hayya `alal falah 2 kali
Allahu akbar 2 kali
Lailaha illallah
PENGERTIAN AZAN
Allah Maha Besar Allah Maha Besar 2 kali
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah 2 kali
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah 2 kali
Marilah mengerjakan sembahyang 2 kali
Marilah menuju kejayaan 2 kali
Allah Maha Besar 2 kali
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
• Sujud syukur iaitu sujud yang dilakukan apa- bila kita menerima kenikmatan atau mende- ngar berita yang menggembirakan. Digalakkan melakukan sujud syukur sejurus
selepas bayi dilahirkan. Menurut Jumhur Ulama, cara melakukannya
ialah mengangkat takbir, kemudian sujud, bangun dari sujud dan terus memberi salam. Sebahagian ulama berpendapat sujud syukur dilakukan sekadar bersujud sahaja,kemudian bangun dari sujud dan memberi salam.
Terdapat pelbagai bacaan sujud syukur dan
tiada bacaan yang khusus. .
Contoh bacaan sujud syukur :
سبحانك اللهم انت ربي حقا حقا،
اللهم . سجدت لك يارب تعبدا ورقا
اللهم .ان عملي ضعيف فضاعف لي
قني عذابك يوم تبعث عبادك وتب
. علي انك انت التواب الرحيم Maksudnya : "Maha Suci Engkau Ya Allah, Engkaulah Tuhanku yang sebenarnya, aku su-jud kepadaMu Ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari siksaMu pada hari hamba-hambaMu dibangkitkan, terimalah taubatku. Sesunguhnya Engkau Maha Pene-rima Taubat dan Maha Penyayang."
SUJUD SYUKUR
SUDAHKAH ANDA
MENGAZANKAN
BAYI ANDA?
SILA LETAKKAN RISALAH INI DI TEMPAT YANG SEWAJARNYA
SURAH AL-HASYR AYAT 21 HINGGA 24
Disediakan oleh :
Unit Hal Ehwal Islam
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Tel : 03-3375 7000 samb. 1504/1507
SURAH AL-QADR
Selepas azan, anda digalakkan membaca
surah al-Qadr sebanyak 3 kali.
DOA DIKURNIAKAN ANAK YANG BAIK
اللهم اجععع رريعتعي عص الحعالعحعيعص
والفآئزيص في الدنيا واآلخرة Maksudnya : “Ya Allah,
jadikanlah zuriatku ini dari kalangan orang yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat”.
SURAH TOHA AYAT 1 HINGGA 5
TERBITAN
2011