Download - Asgmen Bm Khairuddin
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN FEBRUARI 2012
BMM 3117 (E)
(KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)
NAMA PELAJAR : RUHAIZAH BINTI PEKEH
ANGKA GILIRAN : 700620015236
NO. ANGKA GILIRAN : 2012151360327
KUMPULAN/UNIT : PPG PSV 1
KOD KURSUS : BMM 3117 E
NAMA KURSUS : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
PENSYARAH : DR.KHAIRUDDIN B. MOHAMAD
./
HALAMAN PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Pelajar : Ruhaizah Binti Pekeh
Tarikh : 22 September 2013
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya kekuatan, kesihatan dan masa untuk
menyiapkan kerja kursus dalam masa yang telah ditetapkan dan seperti yang dikehendaki.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu
Dr. Khairuddin B. Mohamad di atas bantuan, bimbingan, teguran dan nasihat yang telah
beliau berikan sepanjang saya menyiapkan tugasan saya.
Daripada pembacaan buku huraian sukatan , internet dan perbincangan dengan
pensyarah,banyak maklumat yang telah saya perolehi dan komitmen untuk menjayakan
tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan – rakan sekelas
saya yang telah banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan idea – idea berguna yang telah
membantu saya untuk menyiapkan tugasan tersebut.
SOALAN TUGASAN :
Tajuk Projek.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik merupakan
strategi yang digunakan guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancang dalam
objektif pengajaran.
Sehubungan itu, murid yang berjaya dalam pembelajaran didorong oleh guru yang berjaya
mengalikasikan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang paling sesuai adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu yang lengkap dan berkesan.
Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki :
1. Berdasarkan pernyataan yang dinyatakan , secara individu buat pembacaan.
Kemudian kumpulkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan EMPAT jenis
pendekatan, TIGA jenis kaedah dan TIGA jenis teknik pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu dengan mengambilkira takrif, ciri – ciri dan kelebihan setiap subtajuk
yang dipilih. Sediakan hasil tugasan tersebut dalam bentuk nota dan pengurusan
grafik secara terancang, sistematik, menarik dan mesra pembaca. Pastikan anda
menggunakan sekurang – kurangnya tiga ‘kutipan rakaman’ dalam huraian anda.
( 20% ).
2. Kemudian, pilih salah satu topic dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 berserta
kemahiran yang sesuai daripada sukatan pelajaran subjek dan tahun berkenaan,
binalah satu RPH yang lengkap. Lembaran kerja dan bahan bantu mengajar yang
sesuai boleh disertakan sekali sebagai sokongan huraian anda. ( 40%)
3. Akhir sekali berdasarkan RPH yang telah dibina, anda dikehendaki melaksanakan
pengajaran makro. ( 30% )
4. Menulis refleksi yang menunjukkan tentang kefahaman anda terhadap setiap soalan
tugasan yang diberi. ( 10% )
ISI KANDUNGAN :
PENDAHULUAN:
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah mahupun menengah adalah
untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi untuk memenuhi
keperluan diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial,dan urusan harian.Perkara ini
menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid-
murid.
Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan bahawa
kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid – murid
mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan
perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat,bakat dan
kemampuan mental serta kesediaan murid- murid.
Untuk mencapai matlamat di atas,bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia
memerlukan kesungguhkan.kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan
murid- murid itu sendiri,Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia,kita perlulah menggunakan
pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian supaya menjamin
keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran dan mencapai objektifnya secara optima.
Pemahaman mengenai pendekatan,kaedah,teknik dan aktiviti sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah.Bagi tujuan menentukan
pendekatan ,kaedah serta teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa
guru perlulah betul-betul mahir dan bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen
tersebut.Kebijaksanaan guru memilih pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai akan
memberi kesan kepada anak didik.Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur
kebolehan serta kemampuan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada
tercapai atau tidak objektif pengajaran pada hari itu.
PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan:
Pendekatan bermaksud latar belakang falsafah tentang idea utama yang hendak
dibahaskan. Pendekatan juga bertindak sebagai aksioma ; pernyataan yang diterima
umum, termasuk fungsi dan impak asasnya untuk sesuatu huraian bahasa.
Menurut Biggs (1987), pendekatan merupakan gabungan niat bersama strategi yang sesuai
Dipilih oleh murid untuk memperoleh maklumat berbeza dan menyesuaikan diri dalam
situasi pembelajaran yang berlainan. Biggs menambah bahawa pada umumnya
pendekatan digambarkan dalam Model Dua Kategori iaitu Pendekatan Mendalam dan
Pendekatan Permukaan.
1. Pendekatan Mendalam
Seseorang murid yang mengamalkan Pendekatan Mendalam berminat dalam
sesuatu tugasan dan menikmati proses tingkah laku ( Biggs 1987 ). Murid berusaha
mencari maksud yang terkandung dalam sesuatu tugasan dan menjadikannya
bermakna untuk pengalaman sendiri. Murid juga akan menyatu dan melengkapkan
aspek tugasan, contohnya mengaitkan bukti dengan kesimpulan,, termasuk
menghubungkaitkan dapatan dengan pengetahuan lepas. Murid turut terlibat dalam
percubaan untuk membina teori atau hipotesis sendiri berasaskan tugasan yang
dilaksanakan.
2. Pendekatan Permukaan
Menurut Biggs (1987), murid yang mengamalkan Pendekatan Permukaan
menganggap tugasan sebagai syarat yang perlu dibuat dengan sempurna. Murid
juga meninjau aspek tugasan sebagai sesuatu yang tidak ada kaitan antara satu
sama lain atau dengan sesuatu tugasan yang lain. Murid mengelakkan diri daripada
makna tersirat yang disampaikan menerusi tugasan. Oleh itu, murid hanya
bergantung kepada penghafalan atau cuba untuk menghasilkan sesuatu tugasan
yang membawa maksud permukaan sahaja.
Menurut Juriah Long dalam buku Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
(2010), menyatakan bahawa pengajaran bahasa adalah satu tugas amali yang boleh
dilaksanakan melalui dua cara. Pertama, dengan cara mengikuti prosedur lengkap tentang
tatacara melaksanakannya. Kedua, dengan cara menggunakan satu set prinsip bagi
melaksanakan tugas tersebut. Seorang guru bahasa yang baik perlu mempunyai satu set
prinsip yang boleh dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya itu. Prinsip umum
daripada teori linguistic dan psikologi menentukan orientasi atau pendekatan pengajaran
guru bahasa.
Dalam pengajaran bahasa Melayu, terdapat beberapa pendekatan yang sering digunakan ,
antaranya pendekatan deduktif, Induktif, Ekletik, dan Komunikatif.
Pendekatan Induktif
Menurut Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960),pendekatan ini dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu
generalisasi.Manalaka kamaruddin Husin (1988), pula berpendapat induktif merupakan satu
pendekatan pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat
pengitlakan terhadap unsur– unsur yang terdapat dalam contoh – contoh tersebut.
Pendekatan induktif didefinisikan sebagai penekanan terhadap perancangan aktiviti
yang menonjolkan contoh – contoh konkrit tentang sesuatu isi pelajaran. Dalam hal ini,
guru akan memberikan contoh – contoh yang mudah kepada murid terlebih dahulu supaya
dapat dibentuk generalisasi tentang sesuatu isi pelajaran.
Ciri Pendekatan Induktif :
1. Terdapat struktur kognitif yang menggerakkan pencapahan isi untu penyusunan
semula dalam bentuk lebih luas demi peningkukatan pemahaman murid.
2. Wujud kebolehan kognitif yang meransang kemahiran intelektual mmeneri bukti –
bukti konkrit pad bahagian awal pengajaran sehinggalah kesimpulan terbentuk.
3. Ada prosedur pengajaran induktif yan memperincikan struktur, isi dan peringkat –
peringkat kebolehan kognitif.
Proses Pengajaran Induktif:
Perlaksanaan pengajaran induktif tertumpu kepada tiga proses utama. Proses – peoses
utama yang terlibat adalah seperti berikut :
Proses 1 :
Pembentukan generalisasi atau sesuatu yang umum daripada contoh – contoh yang
diberikan. Jika seseorang guru hendak mengajar kata nama misalnya, maka tunjukkan
terlebih dahulu kepada murid tentang beberapa sampel yang memaparkan kedudukan
salahsilah untuk kategori manusia, haiwan, tumbuh – tumbuhan.
Proses 2:
Pembentukan alasan terhadap sesuatu penganalisisan. . Dalam proses ini , beberapa
contoh boleh diberikan oleh guru dengan membuktikan bahawa kategori haiwan
disenaraikan di bawah kata nama bernafas, makan dan membesar..
Proses 3 :
Pembentukan hukum daripada pernyataan – pernyataan tertentu untukmendapatkan satu
teori daripada sesuatu urutan pemikiran. Hukum yang bermula daripada contoh – contoh
sesuai mampu memanfaatkan murid semasa membuat kesimpulan dengan berdasarkan
pengamatan. Dalam hal ini, jika seseorang murid dapat menguasai golongan kata nama
dengan berpandukan senarai contoh yang konkrit, maka murid tersebut akan berpotensi
menjelaskan definisi atau sesuatu yang abstrak.
Prinsip Pendekatan Induktif:
Terdapat tujuh prinsip yang paling asas dalam pendekatan induktif.Guru harus :
1. Memberikan contoh yang relevan untuk menerangkan isi.
2. Membimbing murid untuk membuat kesimpulan.
3. Memberikan peluang kepada murid untuk memerhati dan menganalisis sesuatu
contoh supaya mampu membuat kesimpulan.
4. Merancang aktiviti pengajaran daripada contoh – contoh yang khusus kepada
kesimpulan yang lebih umum.
5. Memaparkan contoh – contoh khusus untuk dipelbagaikan dengan mengambil kira
ciri- ciri yang sama dan mudah bagi murid mengenal pasti ciri – ciri berkenaan.
6. Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memudahkan murid
memperoleh sesuatu kesimpulan.
7. Mengajar dengan berpandukan urutan yang tepat.
2.Pendekatan Deduktif
Definisi :
Pendekatan deduktif memperlihat hukum – hukum atau sesuatu teori atau peraturan
tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum – hukum
tadi melalui contoh – contoh yang konkrit ( Kamaruddin Haji Husin, et al.1997:22-24).
Secara khususnya, pendekatan deduktif ialah proses menghuraikan pengajaran
bermula daripada hipotesis atau andaian , kemudian diikuti dengan beberapa contoh yang
khusus. Selepas membuat perkaitan antara generalisasi dengan contoh, barulah guru
mengukuhkan pemahaman murid dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan.
Misalnya,apabila guru mengajar tajuk ayat tunggal, guru akan member takrif ayat tunggal
dahulu sebelum member contoh ayat tersebut.
Ciri Pendekatan Deduktif :
1. Pengajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan diperoleh murid
2. Pendekatan ini menggunakan perantara fikiran untuk mendapatkan ilmu.
3. Penyusunan isi mestilah sentiasa dimulakan daripada keseluruhan yang lebih
kompleks.
4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal berbanding hafalan.
Proses Pengajaran Deduktif:
1. Guru memaklumkan objektif pembelajaran pada peringkat awal pengajaran,
2. Pengajaran disusuli dengan peraturan rumus.
3. Guru mencungkil cirri utama dan sampingan menemui aplikasi peraturan rumus.
4. Murid kemudiannya mendapatkan rumus baharu untuk disesuaikan dengan rumus
yang diberikan oleh guru pada peringkat permulaan.
5. Guru membimbing murid untuk mengingati kembali rumus yang telah diberikan,
selain bersedia pula menyampaikan rumus yang baharu.
Prinsip Pendekatan Deduktif :
1. Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih
dahulu. Justeru, murid perlu dibimbing untuk mengingatkan semula generalisasi
atau teori untuk membolehkan berlakunya penyelesaian masalah atau hipotesis yang
telah didedahkan.
2. Generalisasi atau teori yang digunakan adalah untuk penyelesaian masalah atau
membuktikan hipotesis diketahui serta difahami.
3. Proses penyelesaian masalah adalah untuk membuktikan hipotesis tidak terhad
kepada penggunaan satu generalisasi atau teori yang telah dipelajari.
4. Guru tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah atau penghuraian cara
untuk membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab
sehinggalah mereka mampu melaksanakan aktiviti penyelesaian masalah secara
bersendirian.
3.Pendekatan Eklektik
Definisi :
Eklektik bermaksud campuran. Dalam pengertian khusus, campuran melibatkan
penggabungan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi menghasilkan satu
strategi pengajaran.
(Menurut Kamarudin Haji Husin,1991:37) Pendekatan eklektif ialah pendekatan yang
cuba mencantumkan unsur-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk
menghasilkan satu strategi yang lebih seimbang. Sebagai contoh , dalam pengajaran
tatabahasa guru menerangkan rumus atau peraturan aspek tatabahasa yang diajar serta
contoh. Kemudian, murid diminta memberi contoh lain untuk menjelaskan generalisasi yang
dibuat . Selepas itu, murid menyimpulkan takrif aspek tatabahasa tersebut.
Ciri Pendekatan Eklektik:
1. Pendekatan yang digunakan tidak tertumpu pada satu pendektan sahaja, tetapi
mesti dalam arah dua hala, induktif ke deduktif dan deduktif ke induktif.
2. Murid dapat memahami sekali gus tentang contoh dan generalisasi.
3. Sesuai dilaksanakan dengan beberapa kaedah.
Proses Pengajaran Eklektik:
1. Gabungan pendekatan digunakan.
2. Gunakan strategi pemusatan guru, murid, bahan dan masalah.
3. Gunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Prinsip Pendekatan Eklektik:
1. Berbagai – bagai aplikasi kaedah untuk pengajaran semua kemahiran berbahasa
perlu diterapkan menerusi penggunaan pendekatan eklektik.
2. Usaha dan daya kreatif perlu diterap untuk merangsang motivasi pelajar kea rah
penaakulan isi – isi pelajaran pada aras tinggi; sintesis dan penilaian.
3. Latihan banyak yang bertimbal balik antara pendekatan induktif dengan deduktif
atau sebaliknya dapat meningkatkan kredibiliti murid dalam peningkatan ilmu
pengetahuan dan kemahiran berbahasa, khususnya dalam penulisan.
4. Penggunaan bahasa secara aktif menunjukkan penguasaan murid untuk
memberikan kefahaman terhadap pemikiran konkrit kepada abstrak ataupun abstrak
kepada konkrit.
5. Kemahiran kognitif wajar disusun mengikut contoh – contoh yang pelbagai,
termasuk penghayatan terhadap sesuatu yang menunjukkan kesimpulan yang tepat
dan padat.
4.Pendekatan Komunikatif
Definisi:
Pendekatan Komunikatif merupakan pendekatan yang berlandaskan pemikir bahawa
penggunaan bahasa dalam berkomunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai untuk
pembelajaran bahasa. Dalam pendekatan komunikatif, terdapat konsep kompetensi yang
membezakan komponen bahasa menjadi dua bahagian , iaitu kompetensi dan performansi
atau tunjuk kerja.
Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an.Ahli linguistik berpendapat
bahasa ialah satu sistem terbuka dan dinamik dan digunakan Sesutu masyarakat untuk
bertukar-tukar penerangan atau pendapat.
Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri
daripada ahli linguistik terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran
bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja
kecekapan berbahasa , iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif.
Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang
menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat
khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif berpendapat
bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa dan
penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks wacana lisan dan
penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses perolehan bahasa ibunda kanak-
kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak-kanak menguasai
bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya.
Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang
tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin
Husin :1998:38-40).Pendekatan pengajaran ini boleh digambarkan berdasarkan rajah yang
berikut:
Ciri- ciri pendekatan komunikatif
1. Disusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-
lain.
2. Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk
membolehkan mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan
dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan.
3. Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya bersesuaian dengan komunikasi
yang dipelajari.
4. Murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk
membolehkan murid membina struktur ayat yang betul.
5. Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa
untuk berkomunikasi dengan berkesan.
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah atau
peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu
dituruti dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran. Kaedah pengajaran
membolehkan guru-guru mengajarkan bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang.
Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa
akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah-kaedah yang telah
disarankan dalam bidang pengajaran bahasa. Pelbagai kaedah diketengahkan sebagai
alternatif kepada guru. Terpulanglah kepada mereka untuk menentukan dan menggunakan
kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran. Walaupun pedagogi tidak menentukan
potensi kaedah-kaedah tertentu, namun kepakaran guru menggunakannya boleh
menjadikan sesuatu sesi pengajaran itu menarik, bermakna dan menghiburkan. Berikut
diperlihatkan secara ringkas beberapa kaedah yang kerap digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa.
1. Kaedah Natural
Latar belakang
Diasaskan oleh Tracy Terell, 1977. Tokoh-tokoh natural yang lain ialah Gouin,
Montaigne dan L. Sauveur. Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan buku “ The
Natural Approach” 1978.Kaedah semula jadi dianggap sebagai kaedah tradisi dalam
pengajaran bahasa.
Ciri-ciri:
1. Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa bahasa
lebih mudah dikuasai secara semula jadi
2. Komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa dan pengajaran bahasa lebih
berpusatkan keupayaan pengajaran komunikatif
3. Menekankan makna dan perbendaharaan kata dalam pengajaran kerana bahasa
dilihat sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej
4. Penguasaan bahasa berlaku apabila pendengar memahami mesej dalam bahasa
sasaran yang dipelajari.
Prinsip:
1. Arahan sama dengan tahap penguasan bahasa
2. Mengajar perkataan dan ayat harian
3. Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat
4. Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif
5. Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan
6. Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk
kosa kata dan abstrak.
7. Teks turut digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur
8. Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan.
Kaedah Natural (Semula Jadi) dalam Pengajaran Bahasa
1. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan
gambar
2. Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan
yang telah diketahui oleh murid
3. Tidak menggunakan bahasa ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan tidak
menggunakan kaedah terjemahan
4. Cara pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa pertama
5. P &P dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan kemahiran
lisan, kemudian bertutur dan seterusnya membaca dan menulis.
2 . Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kaedah Tatabahasa Terjemahan merupakan kaedah klasik yang dirancang untuk
kemahiran menulis bukan kemahiran bertutur. Ia mementingkan aspek ejaan, penulisan
dan tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kaedah Tatabahasa
Terjemahan tidak memetingkan P&P bahasa secara aktif dan tidak mementingkan aspek
fonetik.
Tujuan Tatabahasa Terjemahan
1. Membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa
2. Melatih murid menulis menggunakan bahasa yang gramatis
3. Membolehkan murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa ibunda, dan
sebaliknya
4. Melengkapkan murid dengan kosa kata yang luas dalam penulisan
Cara Mengajar:
Murid diperkenalkan kepada peraturan tatabahasa terlebih dahulu. Guru memberi
penerangan kepada murid tentang peraturan ini kemudian memberikan contoh-contoh.
Peraturan ini perlu dihafaz supaya tidak berlaku kesilapan.
Kemudian, murid diberi senarai kosa kata yang perlu dihafaz. Dalam pembelajaran
bahasa kedua, senarai kosa kata ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa ibunda.
Murid diminta membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai kosa kata itu berdasarkan
peraturan tatabahasa yang telah dipelajari.
3. Kaedah Ajuk Hafaz
Pengenalan
- Mula diguna oleh tentera Amerika pada perang dunia kedua.
- Berkesan kerana dorongan yang kuat dan latihan yang intensif.
Konsep
- Pengajaran melalui demonstrasi dan latih tubi
- Pembelajaran secara mengajuk atau menghafaz sebutan kata dan ayat yang
tepat seperti penutur jati bahasa yang dipelajari
Ciri-ciri:
- tatabahasa diajar secara menghafaz ayat-ayat asas melalui ajukan
- makna diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda
- pelajar tidak dikehendaki menterjemah kata demi kata
- selepas menguasai ayat dasar, murid digalakkan menggunakan bahasa yang
dipelajari dalam perbualan dan komunikasi harian supaya sebutan dan tatabahasa
dapat dipraktik
Cara Mengajar:
Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Maknanya diberi
dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak perlu menterjemah perkataan
demi perkataan. Apabila semua ayat dasar sudah dipelajari, murid akan membaca deskripsi
bahasa sasaran itu dalam bahasa ibundanya. Contoh, diberi dalam bahasa sasaran dengan
persamaannya dalam bahasa ibunda. Kemudian dia terus mendengar lagi ayat-
ayat daripada pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan
mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan memakai ayat dasar dan
gabungan bahagian-bahagiannya.
Guru terpaksa menjalankan beberapa ikhtiar untuk mencapai maksud ini. Beliau
hendaklah menyediakan hanya latihan dalam pertuturan, misalnya latihan bertutur,
karangan-karangan lisan. Latihan cara-cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutnya
dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya dalam
bentuk-bentuk ayat yang betul.
Guru perlu tahu bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran amat penting.
Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang
betul kepada pelajar. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan
habit bahasa yang baik dan sempurna.
TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan
biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang
tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan
guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan
murid.
Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan,
teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga
berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan
pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya
pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak
disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin
dipupuk.
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh
guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah, di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih
haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
1. Teknik main peranan2. Teknik permainan bahasa3. Teknik latih tubi4. Teknik bercerita5. Teknik inkuiri6. Teknik perbahasan7. Teknik kuiz8. Teknik sumbangsaran9. Teknik soal jawab10. Teknik simulasi11. Teknik drama12. Teknik perbincangan13. Teknik forum14. Teknik dialog
TUJUAN TEKNIK
1. Menarik Minat murid2. Mengekalkan perhatian3. Membangkitkan rasa ingin tahu
TEKNIK LATIH - TUBI
Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :
I. Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi
yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
II. Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
III. Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
IV. Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
V. Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan
berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran
yang memerlukan ikutan dan ulangan.
TEKNIK SOAL – JAWAB
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi
ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan
menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.
TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. Ia juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis di kalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,
gerak laku dan kawalan mata.Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus
dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
1. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
2. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
3. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
4. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
5. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
6. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
7. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
Pelajaran diterima dengan cara yang lebih konkrit kerana ia disertai dengan contoh – contoh yang baik dan munasabah.
Guru mudah menyusun pelajaran mengikut prinsip bagaimana kanak – kanak belajar yakni daripada yang senang kepada lebih susah dan seterusnya.
Sesuai dengan kehendak ilmu pengajaran dan pendidikan, iaitu beberapa amatan akan menjadi satu tanggapan.
Bahan diterima secara tidak langsung dan dapat digunakan secara praktik.
Tidak perlu menghafal kerana kanak – kanak akan faham setelah diberikan contoh itu beberapa kali.
KEBAIKAN PENDEKATAN INDUKTIF
Kanak – kanak mempelajari nya melalui lisan, bacaan dan karangan. Ia tidak disampaikan sebagai tajuk yang berasingan.
KEBAIKAN PENDEKATAN DEDUKTIF
Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
Pendekatan ini patut dan sesuai
dan patut digunakan oleh kerana
secara tradisinya, guru patut
memberikan penerangan
sebelum memulakan PdP.
Pendekatan menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu membuat banyak persediaan.
KEBAIKAN PENDEKATAN EKLEKTIK
Guru mempunyai kebebasan untuk mengajar isi pelajaran. Guru tidak terikat kepada satu pendekatan sahaja.
Murid boleh dilibatkan secara aktif sama ada dalam tugas mengesan rumus ataupun diberikan contoh. Penglibatan akan mengelakkan kebosanan dalam diri pelajar.
Apabila guru memberi penerangan terlebih dahulu, rumusan tatabahasa lebih mudah dikesan oleh murid dan akan menjimatkan masa.
Pendekatan ini sesuai untuk semua murid , iaitu sama ada murid yang pandai atau yang kurang pandai. Ia juga sesuai untuk pelajar dewasa.
KEBAIKAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Mewujudkan peluan kepada murid untuk berkomunikasi secara bebas dengan menggunakan bahasa yang dipelajari.
Murid dapat mengalami dan menggunakan sendiri bahasa tersebut dalam konteks yang sebenar.
Pengajaran tatabahasa lebih bermakna kerana murid dapat lihat baaimana sesuatu rumusan tatabahasa berfungsi dalam situasi penggunaan yang sebenar.
Penglibatan adalah secara aktif dan tugas guru hanya memandu serta membimbing murid.
Murid dapat menggunakan kreativiti mereka sendiri dalam penggunaan bahasa. Sekali gus murid dapat kuasai dua kemahiran serentak iaitu kemahiran bahasa dan kemahiran linguistic.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 3 Melati
Tarikh : 10 September 2013
Bilangan murid : 35 orang
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi ( 60 minit )
Tema : Tradisi Kita
Tajuk : Pua Kumbu
Standard Kandungan :
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai
situasi dengan betul.
Standard Pembelajaran :
5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas dengan betul
dalam pelbagai situasi.
Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i) Memahami dan mengenalpasti sekurang – kurangnya empat kata majmuk
yang terdapat dalam teks dengan betul.
ii) Membina sekurang- kurangnya empat ayat tunggal menggunakan kata majmuk.
.
Sistem Bahasa : Kata Majmuk. Ayat Tunggal
Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum :
Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Kerjasama
KB : Mengenal pasti, Bacaan Imbasan
EMK : Kreativiti dan Inovasi
TMK : Belajar m elalui TMK
Bahan Bantu Mengajar :
Bilangan Jenis Bilangan
1. Komputer Riba Dan LCD 1
2. Slide Powerpoint 1
3. Petikan Teks 35
4. Lembaran Kerja 35
Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah melihat gambar penenun menenun kain di
dalam televisyen dan majalah.
.
Isi Pelajaran Langkah/aktiviti Catatan
Pua Kumbu
Soalan :
1.Apakah yang dilakukan oleh
perempuan di dalam gambar ?
2.Pernahkah kamu melihat kain
tersebut ?
.
Set Induksi ( 5 minit )
1.Murid ditunjukkan dengan
skaid powerpoint.
2.Murid bersoal jawab dengan
guru tentang aktiviti dilakukan ?
3.Guru mengaitkan tema dan
tajuk pelajaran pada hari itu.
ABM:
Slaid Powerpoint
“Wanita Menenun
Kain”
KB:
menghubungkait
Petikan Teks bertajuk “ Pua
Kumbu “
Langkah 1 ( 15 minit )
1.Murid membaca bahan grafik
yang mengandungi ayat.
2.Guru dan murid berbincang
tentang isi petikan.
ABM :
Petikan Teks
3.Guru menerangkan mengenai
kata majmuk dan memberi
contoh .
Kenal pasti kata majmuk
(Rujuk lampiran)
Langkah 2 (10 minit )
1.Di dalam kumpulan , murid
berbincang dan mengenal pasti
kata majmuk yang terdapat
dalam teks.
3.Murid diminta menyenaraikan
kata majmuk lain yang pernah
didengar dan dipelajari.
ABM :
Peta minda
Membina ayat
(rujuk lampiran )
Langkah 3 (15 minit )
1.Murid membina ayat
berdasarkan perkataan diberi.
2.Murid membaca ayat tunggal .
3.Murid menyalin ayat ke dalam
buku tulis.
ABM :
Papan hitam
( Rujuk lampiran )
Langkah 4 (10 minit )
Pemulihan
1.Murid memadankan kata
majmuk.
Pengayaan
1.Murid membaca maklumat
dan menggariskan kata majmuk
yang berkaitan dengan cerita.
Lembaran Kerja
Kognitif :
Pua Kumbu ialah warisan budaya
masyarakat Negara Malaysia . Ia
perlu dipelihara untuk kegunaan
generasi akan datang.
Penutup ( 5 minit )
1.Guru merumuskan isi
pelajaran dengan mengaitkan
aktiviti yang telah dilakukan.
ABM :
Sosial :
Sentiasa rajin dan berusaha
2.Penerapan Nilai:
- bekerjasama
Refleksi :
Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan
hidayah-Nya juga, saya dapat menyiapkan tugasan Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek
ini , saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang diterima sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan
tenang dan sabar.
Pada mulanya, saya diberi penerangan , penjelasan dan ulasan tentang cara untuk
membuat kerja khusus ini oleh pensyarah iaitu Dr. Khairuddin B. Mohamad ketika di dalam
kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut, saya mula berbincang dengan rakan untuk
mencari maklumat serta membantu antara satu sama lain. Saya akui masih terdapat
segelintir golongan pendidik menganggap bahawa istilah pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik pengajaranadalah mempunyai definisi yang sama sahaja walaupun
pada hakikatnya konsep bagi setiap istilah -istilah itu adalah berbeza sama sekali.
Bagi seseorang yang bergelar guru, sukar untuk membezakan konsep pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik pengajaran.
Konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu
rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Seseorang pendidik
perlulah jelas dengan konsep keempat-empat istilah tersebut supaya mereka tidak
tersalah erti dan silap dalam merancang rancangan pengajaran harian yang
menyebabkan objektif pembelajaran yang hendak dicapai tidak berjaya disempurna
kan. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat -empat konsep adalah amat
berguna bagi guru seperti saya untuk memanfaatkan ilmu pedagogi yang
dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah dan seterusnya dapat melaksanakan
proses Pembelajaran dan pengajararan dengan sempurna.
Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari
maklumat tentang folio ini.Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan
cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan saya untuk menyelesaikan
kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya mensintesis serta
menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini
akibat kekangan masa sebagai pelajar dan ibu bekerja. Namun, Alhamdulillah, sekali lagi
kami memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnianya kami berjaya
menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada
pensyarah iaitu Dr. Khairuddin b. Mohamad selaku pensyarah kelas kami yang memberi
nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih
juga kepada para sahabat. Jasa kalian tak dapat kami balas dan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Disediakan Oleh :
RUHAIZAH BT. PEKEH
PPG Psv 1
Penutup.
Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di
dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang
bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.
· Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat
penting dalam dunia pendidikan.
· Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan,
maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-
syafiq-presentation
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu