ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
i
KANDUNGAN M/S PENDAHULUAN
A. BELANJA MENGURUS (B.63) DAN PENGURUSAN KEWANGAN
1. Peruntukan Mengurus 2018 1 2. Agihan Waran Peruntukan 3 3. Penyelarasan Semula Peruntukan 14
4. Pengurusan Penubuhan/ Penutupan Pusat Tanggungjawab
(PTJ) 16
5. Pelaksanaan Sistem Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB) 19 6. Pengurusan Prestasi Belanja Mengurus 23 7. Pelaporan Anggaran Hasil Kepada Perbendaharaan Malaysia 25 8. Pengurusan Akaun Belum Terima 26 9. Pelaksanaan Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Pelajar 29 10. Pengurusan Permohonan Bertugas Rasmi Ke Luar Negara 31 11. Kelulusan Pakej 38 12. Pinjaman/Skim Pembiayaan Kenderaan Dan Skim Pembiayaan
Komputer Dan Telefon Pintar (Smartphones) Perkhidmatan Awam
41
13. Pengesahan Akuan Bebas Berhutang (Pengesahan
Kewangan) 43
14. Pelantikan Penceramah Bukan Penjawat Awam/Training
Provider 43
15. Kemudahan Pendahuluan Diri Semasa Menjalankan Tugas
Rasmi 44
16. Permohonan Kelulusan Khas Perbendaharaan 45
17. Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan 45
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
ii
KANDUNGAN M/S
B. BELANJA PEMBANGUNAN (P.63) DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN
1. Peruntukan Pembangunan 2018 47 2. Agihan Waran Peruntukan 48
3. Pelaksanaan Projek Baharu 48 4. Pengurusan Projek Pembangunan 49
5. Kawalan Perbelanjaan Pembangunan 53
6. Pemantauan Projek Dan Prestasi Belanja PTJ 53
7. Pelarasan Semula Peruntukan 55
C. PENGURUSAN PERAKAUNAN
1. Pelaksanaan Perakaunan Akruan 57 2. Kod Perakaunan 3. Pembayaran Bil dan Penyelenggaraan Daftar Bil 4. Pembayaran Melalui 1GFMAS 5. Pembayaran Di Bawah Arahan Perbendaharaan 58 (a) 6. Pembayaran Melibatkan Arahan Perbendaharaan 59 7. Pengurusan Akaun Amanah 8. Pengurusan Akaun Deposit 9. Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (KWS) 10. Penutupan Akaun
57 58 58 59 59 60 62 63 64
D. PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET
1. Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan 65 2. Perolehan Harta Modal Yang Lain (HMYL) Di Bawah
OS35000 Belanja Mengurus 66
3. Pelupusan Aset Alih 68
4. Perolehan Perkhidmatan 62626H6 68
5. Pindaan Skop Kerja Penyelenggaraan Bangunan 70
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
iii
KANDUNGAN
M/S
6. Kelulusan Penerimaan Hadiah 70
7. Pemantauan dan Pelaporan 71
8. Penyelarasan Fungsi dan Peruntukan Di Bawah BPPA 72
9. Tatacara Pengurusan Perolehan Perbelanjaan Darurat (AP55)
Dan Perolehan Darurat (173.2) 73
E. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Perjawatan dan Naziran 76
2. Pembekuan Pewujudan Jawatan Baharu 76
3. Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan 76 4. Tuntutan Bayaran Pertukaran Dan Penempatan Kali Pertama 78
5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 78
6. Kenaikan Pangkat 79
7. Pengurusan Latihan 79
8. Pengurusan Maklumat 84 9. Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) 85
10. Pengambilan Guru Ganti 86
F. PENGURUSAN AUDITAN
1. Pengurusan Audit Dalam 88
2. Pengurusan Teguran Audit 88
PENUTUP
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
iv
SENARAI LAMPIRAN M/S
LAMPIRAN I Senarai Aktiviti Di Bawah Program Khusus 90-91
LAMPIRAN II Senarai Fungsi Utama Bagi Penubuhan PTJ 92-93
LAMPIRAN III Penyelaras Bagi Permohonan Peruntukan Program Khusus
Bertugas Rasmi ke Luar Negara 94-95
LAMPIRAN IV Senarai Semak Bagi Permohonan Penyediaan Kemudahan Secara Pakej
96
LAMPIRAN V Dokumen Pakej Yang Sering Dikuiri/ Tidak Lengkap 97-100
LAMPIRAN VI Proses Kerja Pelaksanaan Perolehan Darurat 101-106
LAMPIRAN VII Carta Aliran Perbelanjaan Darurat 107-108
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
Semua Pengarah/ Setiausaha Bahagian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL TAHUN 2018
Saya selaku Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan ini
menggariskan panduan dan tatacara pengurusan kewangan, pembangunan,
perolehan dan pengurusan aset, sumber manusia, perakaunan dan pengauditan
melalui penghasilan Arahan Pegawai Pengawal (APP) Tahun 2018. Dokumen ini juga
disediakan bagi membantu semua Ketua Jabatan dan warga KPM untuk
melaksanakan program, aktiviti dan projek KPM dengan lebih cekap, berkesan dan
berintegriti.
Bermula 1 Januari 2018, pelaksanaan Perakaunan Akruan bagi Kerajaan
Persekutuan akan dilaksanakan. Latihan komprehensif telah diberikan kepada
pengguna sistem perakaunan kerajaan 1 Government Financial and Management
Accounting System (1GFMAS) bagi memastikan persediaan pelaksanaan
Perakaunan Akruan di KPM.
Ketua Jabatan juga diingatkan untuk mematuhi peraturan/prosedur/ tatacara
kewangan yang sedang berkuat kuasa selaras dengan garis panduan pengurusan
kewangan yang telah dikeluarkan dalam memenuhi aspirasi dasar Pendidikan
Kebangsaan.
Sekian, terima kasih.
SEHATI SEJIWA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
PENDAHULUAN
Arahan Pegawai Pengawal (APP) Tahun 2018 ini disediakan sebagai garis panduan
dan tatacara kepada Ketua Jabatan dan pihak pengurusan yang terlibat secara
langsung dalam urus tadbir Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan pada tahun
semasa. APP ini mengandungi garis panduan dan tatacara bagi pengurusan
kewangan, pembangunan, perakaunan, perolehan dan pengurusan aset, sumber
manusia serta pengauditan.
Semua Ketua Jabatan dikehendaki merujuk dan mematuhi peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan timbul kekeliruan, penyelewengan dan salah tadbir
dalam pengurusan Kerajaan. Dalam masa yang sama, Ketua Jabatan diwajibkan
memantau peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan sama ada Belanja Mengurus
dan Pembangunan atau lain-lain yang diamanahkan, mengawasi perbelanjaan dan
mengenalpasti keutamaan peruntukan mengikut senarai perancangan
Bahagian/Jabatan. Perbelanjaan yang telah dilaksanakan perlu dinilai keberkesanan
dan outcome di peringkat Kementerian dan Nasional.
Berlandaskan konsep Let Managers Manage, Pegawai Pengawal dibenarkan
mewakilkan kuasa kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan untuk melaksanakan
Program/ Aktiviti Kementerian mengikut batasan tertentu dengan penuh akauntabiliti
dan berintegriti.
BELANJA
MENGURUS B.63
DAN
PENGURUSAN
KEWANGAN
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
1
A. BELANJA MENGURUS B.63 DAN PENGURUSAN KEWANGAN
1. PERUNTUKAN MENGURUS 2018
1.1 Perbandingan peruntukan B.63 KPM bagi tahun 2017 dan 2018
mengikut komponen Sistem Belanjawan Berasaskan Outcome (SBBO) dan
Objek Am (OA) adalah seperti berikut:
KOMPONEN SBBO
TAHUN 2017 (RM)
TAHUN 2018 (RM)
PERBEZAAN (RM)
(a) (b) (c) = (b)-(a)
DASAR SEDIA ADA
39,295,890,700
40,327,063,000
1,031,172,300
PROGRAM KHUSUS
3,585,049,300
4,164,387,900
579,338,600
DASAR BARU
-
-
-
ONE-OFF
11,000,000
22,421,000
11,421,000
JUMLAH 42,891,940,000
44,513,871,900
1,621,931,900
OBJEK AM (OA)
TAHUN 2017 (RM)
TAHUN 2018 (RM)
PERBEZAAN (RM)
(a) (b) (c) = (b)-(a)
10000
35,906,553,000
36,616,817,700
710,264,700
20000
3,593,451,300
3,943,883,400
350,432,100
30000
137,862,900
157,083,900
19,221,000
40000
3,254,072,800
3,796,086,900
542,014,100
JUMLAH
42,891,940,000
44,513,871,900
1,621,931,900
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
2
PROGRAM OBB
TAHUN 2017 (RM)
TAHUN 2018 (RM)
PERBEZAAN (RM)
(a) (b) (c) = (b)-(a)
PROGRAM OPERASI PENDIDIKAN
34,849,288,500
35,800,320,500
951,032,000
PROGRAM PENGUKUHAN OPERASI PENDIDIKAN
484,944,400
544,244,600
59,300,200
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISMA
763,040,100
837,743,300
74,703,200
PROGRAM PENGURUSAN KEMENTERIAN
3,123,013,700
3,063,299,200
(59,714,500)
PROGRAM DASAR, PENILAIAN DAN PENGURUSAN PRESTASI
75,604,000
81,455,400
5,851,400
PROGRAM KHUSUS
3,585,049,300
4,164,387,900
579,338,600
DASAR BAHARU
-
-
-
ONE-OFF
11,000,000
22,421,000
11,421,000
JUMLAH
42,891,940,000
44,513,871,900
1,621,931,900
Dasar Sedia Ada (DSA)
1.2 Peruntukan DSA sebanyak RM40,327,063,000 melibatkan agihan
kepada 5 program seperti berikut :
i 010000 - Operasi Pendidikan;
ii. 020000 - Pengukuhan Operasi Pendidikan;
iii. 030000 - Pembangunan Profesionalisma;
iv. 040000 - Pengurusan Kementerian;
v. 050000 - Dasar, Penilaian dan Pengurusan Prestasi;
Program Khusus
1.3 Aktiviti di bawah Program Khusus kod 060000 dengan peruntukan
RM4,164,387,900 adalah melibatkan 33 aktiviti seperti di LAMPIRAN I.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
3
Program One-Off
1.4 Peruntukan Program One-Off di bawah kod 070000 berjumlah RM22,421,000 melibatkan Harta Modal - 070100
2. AGIHAN WARAN PERUNTUKAN
2.1. Bahagian Kewangan akan mengagihkan waran peruntukan pertama
kepada Bahagian/ Jabatan bermula 5 Januari 2018 (Jumaat).
2.2. Secara umumnya, peratusan agihan waran pertama tahun 2018 mengikut
Objek Am (OA) dan Objek Sebagai (OS) adalah seperti berikut:
i. Dasar Sedia Ada (DSA):
OBJEK AM
PERATUS AGIHAN
(%) CATATAN
10000
100 OS11000, OS12000, OS13000, dan OS15000
50 OS14000 Agihan seterusnya akan dibuat berdasarkan prestasi perbelanjaan.
100 OS17000 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
4
OBJEK AM
PERATUS AGIHAN
(%) CATATAN
20000
50
OS21000: OS22000 OS23000: OS24000: OS28000 OS29000:
Perbelanjaan Perjalanan dan Sara Hidup Pengangkutan Barang-barang Perhubungan dan Utiliti Sewaan Lain-lain Perkhidmatan Pembersihan Kawasan Penyelenggaraan Komputer Guru Ganti Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain Yang Dibeli dan Hospitaliti Pakej Mesyuarat/Bengkel Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Agihan seterusnya akan dibuat berdasarkan prestasi perbelanjaan dan/atau justifikasi kukuh.
100
OS24000: OS26000: OS27000: OS28000:
Sewaan Bangunan dan Mesin Fotostat Bekalan Bahan Mentah dan Bahan- bahan Penyelenggaraan dan Pembaikan Bekalan Alat Pejabat dan Pakaian Seragam Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil yang Dibeli
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
5
OBJEK AM
PERATUS AGIHAN
(%) CATATAN
40000
50
OS41000 : OS42000:
Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajaran Pemberian Dalam Negeri
- Bantuan Utiliti Sekolah Bantuan Kerajaan
- Aktiviti Pelajar
100
OS43000 : OS47000 : OS48000 :
Pemberian Luar Negeri Faedah, Dividen dan Kenaan Ganjaran Gantian Cuti Rehat
ii. Program Khusus
OBJEK AM
PERATUS AGIHAN
(%) CATATAN
20000 30000 40000
50
i. MBMMBI ii. Emolumen Kakitangan Kontrak iii. Pembelian Buku Teks iv. Penyertaan Pelajar di Peringkat
Antarabangsa v. Pengurusan Sukan vi. Teach for Malaysia vii. Sekolah Amanah viii. Biasiswa Perguruan Persekutuan ix. Sekolah Transformasi x. Inisiatif PPPM
20000 30000
70
i. Penyelenggaraan Institusi Pendidikan KPM; ii. Penyelenggaraan Genset; iii. Penyelenggaraan Telaga Tiub; iv. Penyelenggaraan Solar Hibrid; v. Tanah dan Pembaikan Tanah; Agihan seterusnya akan dibuat berdasarkan prestasi perbelanjaan dan/atau justifikasi kukuh.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
6
OBJEK AM
PERATUS AGIHAN
(%) CATATAN
40000
100
Bantuan Persekolahan
i. Perjalanan dan Pengangkutan Murid (PPM)
ii. Bantuan Geran Per Kapita(PCG)
iii. Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
iv. Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
v. Bantuan PCG Prasekolah (PCG PRA)
vi. Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan
(BBTP)
vii. Bantuan Makanan Asrama (BMA)
viii. Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia
(RMT1M)
ix. Bantuan Jaket Keselamatan Murid (JKM)
x. Kelas Dewasa Orang Asli Penan (KEDAP)
xi. Bantuan Pakaian Seragam Pasukan
Beruniform (BPS)
xii. Biasiswa Sukan (BS)
xiii. Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh
(PKSBP)
xiv. Elaun Prauniversiti (EPraU)
xv. Bantuan Awal Persekolahan
xvi. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
xvii. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM)
60 i. Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)
iii. One-Off
OBJEK AM
PERATUS AGIHAN
(%) CATATAN
30000 100 Harta Modal (BPPA)
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
7
2.3. Ketua Jabatan hendaklah memastikan waran peruntukan pertama diterima
dalam 1GFMAS. Sekiranya waran pertama ini perlu diagihkan, Waran Peruntukan
Kecil (WPK) hendaklah dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada
tarikh waran pertama diterima. Permohonan pelepasan baki (jika ada) boleh
dipertimbangkan dengan mengambil kira prestasi perbelanjaan dan lain-lain
keperluan kritikal.
2.4. Pemberian geran kepada Badan Berkanun hendaklah selaras dengan
Surat Edaran Kementerian Kewangan rujukan KK.BKP(S)10/718 Jld. 4 s.k 2/2009
bertarikh 22 Oktober 2013. Selaras dengan surat edaran tersebut, geran akan
diagihkan secara suku tahunan atau empat (4) kali setahun. Permohonan
kelulusan penyaluran suku tahun ketiga dan keempat hendaklah disertakan dengan
aliran tunai untuk diperakukan oleh Pegawai Pengawal dan dihantar secara
bersekali kepada Kementerian Kewangan. Kaedah penyaluran adalah seperti
berikut:
Suku Tahun Pertama
(Januari - Mac)
Kedua (April - Jun)
Ketiga (Julai -
September)
Keempat (Oktober - Disember)
Amaun Untuk Disalurkan
Tidak melebihi 25%
daripada jumlah
peruntukan tahunan
Tidak melebihi 25%
daripada jumlah
peruntukan tahunan
Berdasarkan analisa
keperluan tunai
Berdasarkan analisa
keperluan tunai
Kuasa Melulus Penyaluran
Pegawai Pengawal
Pegawai Pengawal
Kementerian Kewangan
dengan perakuan oleh
Pegawai Pengawal
Kementerian Kewangan
dengan perakuan oleh
Pegawai Pengawal
2.5. Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan, terdapat
beberapa fungsi yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian-bahagian yang
bertindak selaku penyelaras peruntukan seperti berikut:
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
8
BAHAGIAN PERUNTUKAN
OBJEK AM
/OBJEK SEBAGAI
Bahagian Perolehan dan
Pengurusan Aset (BPPA)
i. Penyelenggaraan Institusi Pendidikan KPM
ii. Penyelenggaran Genset iii. Penyelenggaraan Telaga Tiub iv. Penyelenggaraan Solar Hibrid v. Pengurusan Tender Perkhidmatan
Pelupusan Bahan Berjadual vi. Tanah dan Pembaikan Tanah vii. Sewaan Kuarters Institut Pendidikan
OS 28000 dan
OS32000
OS 28000 OS 28000 OS 28000 OS 29000
OS 31000 OS 24000
Bahagian Kewangan
(BKew)
i. Program Khusus Bertugas Rasmi Luar
Negara ii. Semua Jenis Bantuan Persekolahan
Umum, Biasiswa Kecil Persekutuan (Sekolah Harian), Bantuan Awal Persekolahan,
iii. Pemberian Dalam Negeri Bantuan Mengurus Jenazah
OA 20000
OS 42000
OS 42000
Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia (BPSM)
i. Emolumen Jawatan Kumpulan ii. Kenaikan Pangkat Time-Based dan
Lantikan Baru iii. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iv. Latihan Bagi Anggota Bukan Guru v. Program Transformasi Minda bagi
Perkhidmatan Bukan Guru
OA 10000 OA 10000
OS 15000 OA 20000 OA 20000
Bahagian Tajaan
Pendidikan (BTajaan)
i. Biasiswa Perguruan Persekutuan
OA 40000
Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH)
i. Penempatan Guru ii. Pengurusan Sekolah Amanah iii. Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan
Penan (KEDAP)
OA 20000 OA 20000 OS 42000
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
9
BAHAGIAN PERUNTUKAN
OBJEK AM
/OBJEK SEBAGAI
Bahagian Pendidikan Islam (BPI)
Pengurusan Institusi Pendidikan Islam Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK)
OA 20000 OA 40000
Bahagian Pendidikan
Khas (BPKhas)
i. Sekolah Berkeperluan Khas ii. Sekolah Dalam Hospital (SDH) iii. Elaun Murid Berkeperluan Khas (bagi
Sekolah Pendidikan Khas)
OA 20000 OA 20000 OA 40000
Bahagian Sukan (BS)
i. Pengurusan Sukan ii. Bayaran Insentif Jurulatih Sukan iii. Elaun Pra Universiti (EPraU) iv. Skim Biasiswa Sukan (BS) v. Penyertaan Pelajar di Peringkat
Antarabangsa (Kokurikulum& Sukan)
OA 20000 OS 29000 OA 40000 OA 40000 OS 42000
Bahagian Pengurusan
Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kecemerlangan
(BPSBPSK)
Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)
OS 42000
BDHA
Pemberian Luar Negeri
OS 43000
Bahagian Kokurikulum
dan Kesenian (BKK)
Penyertaan Pelajar di Peringkat Antarabangsa (Kokurikulum& Sukan)
OS 42000
Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
i. Latihan Dalam Perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
ii. Program Transformasi Minda Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
iii. Sekolah Transformasi
OA 20000 OA 20000
OA 40000
Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM)
i. Latihan Pra Perkhidmatan ii. Kursus Dalam Cuti iii. Program Teach For Malaysia (TFM)
OA 20000 OA 20000 OA 40000
Institut Aminuddin Baki
(IAB) Latihan Kepimpinan
OA 20000
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
10
BAHAGIAN PERUNTUKAN
OBJEK AM
/OBJEK SEBAGAI
Jabatan Pendidikan
Negeri/PejabatPendidikan
Daerah
i. Peruntukan Pengurusan Tender Perkhidmatan
ii. Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) [bagi Sekolah Harian]
iii. Bantuan Jaket Keselamatan Murid (JKM) iv. Bantuan Makanan Asrama (BMA) v. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan
Murid (PPM) vi. Rancangan Makanan Tambahan
1Malaysia (RMT1M) vii. Bantuan Pakaian Seragam Badan
Beruniform (BPS)
OS 29000
OS 42000
OS 42000 OS 42000 OS 42000
OS 42000
OS 42000
Pengurusan Pentadbiran
Negeri (PPN)
i. Perkhidmatan Pembersihan Kawasan (KBK) untuk JPN
ii. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) untuk JPN
OS 28000
OS29000
Bahagian Khidmat
Pengurusan (BKP)
i. Sewaan Kenderaan SPANCO ii. Penyelenggaraan Kenderaan SPANCO iii. Bayaran Kos Pelbagai SPANCO (kos
pengangkutan, insurans komprehensif dsb.)
OS24000 OS28000 OS29000
Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK)
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
OA20000 OA30000 OA40000
Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP)
Penyelenggaraan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk sewaan peralatan ICT
i. Bahagian Teknologi Pendidikan; ii. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri; iii. Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian
(PTPB); iv. Pusat Kegiatan Guru (PKG); dan v. semua sekolah di bawah KPM.
OA20000
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
11
BAHAGIAN PERUNTUKAN
OBJEK AM
/OBJEK SEBAGAI
Bahagian Pengurusan Maklumat
(BPM)
Penyelenggaraan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk sewaan peralatan ICT iaitu selain di bawah seliaan BTP.
OA20000
Bahagian-bahagian
Pelaksana Inisiatif PPPM
OA20000 OA30000 OA40000
(i) Kenaikan Pangkat Time-Based dan Lantikan Baru hendaklah
mengambil kira keperluan di bawah OS 11000, OS 12000 dan OS
13000.
(ii) Kementerian Kewangan telah menggunapakai sepenuhnya kod objek di
bawah OS 17000 bagi bayaran Imbuhan Tahunan dan Bantuan
Kewangan bermula Tahun 2013.
2.6. Peranan Bahagian-bahagian yang dilantik selaku penyelaras peruntukan
adalah seperti berikut:
2.6.1. Menyelaraskan keperluan sebenar peruntukan bagi setiap fungsi/aktiviti
yang dipertanggungjawabkan;
2.6.2. Memantau prestasi perbelanjaan termasuk peruntukan yang disalurkan
melalui subwaran kepada Bahagian/Jabatan lain;
2.6.3. Memaklumkan Bahagian Kewangan mengenai keperluan
peruntukan tambahan, pindah peruntukan dan tarik balik
peruntukan; dan
2.6.4. BPPA bertindak sebagai penyelaras bagi pengurusan tender
Pengurusan Perkhidmatan KBK, PKK dan Bekalan Makanan Bermasak
(BMB) berdasarkan keperluan dan peruntukan di Bahagian/Jabatan
masing-masing.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
12
2.7 Penyelaras bagi fungsi penyelenggaraan peralatan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) termasuk sewaan peralatan ICT dipertanggungjawabkan
kepada Bahagian/Jabatan berikut:-
PENYELARAS INSTITUSI TERLIBAT
Bahagian Pengurusan
Maklumat (BPM)
i. Semua Bahagian di KPM kecuali Bahagian Teknologi Pendidikan.
ii. Semua agensi di negeri iaitu seperti berikut: a. JPN; b. Cawangan Bahagian Audit Sekolah (BAS); c. Cawangan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK); d. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); dan e. Pusat Kokurikulum.
Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP)
i. Bahagian Teknologi Pendidikan; ii. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri; iii. Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB); iv. Pusat Kegiatan Guru (PKG); dan v. Semua sekolah di bawah KPM.
Bahagian Matrikulasi (BM)
Kolej-kolej Matrikulasi KPM.
Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) Institut Pendidikan Guru (IPG) Induk dan Kampus.
2.8 Penyelaras mengikut fungsi selain ICT pula dipertanggungjawabkan kepada
Bahagian-bahagian berikut:
BAHAGIAN FUNGSI
Bahagian Kewangan (BKew)
Semua jenis Bantuan Persekolahan Umum dan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform (BPS)
BKP
i. Peruntukan kemudahan tambang percuma ke luar negeri bagi pegawai Jawatan Utama 'A' dan ke atas, Gred Khas A serta setaraf di KPM (termasuk YB Menteri/YB Timbalan Menteri/YBhg. KSU/YBhg. KPPM/TKSU)
ii. Menyelaras perkara-perkara berkaitan pakaian seragam seperti berikut :
a) Rekaan dan warna; dan
b) Keperluan keseluruhan peruntukan bagi pegawai yang layak.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
13
BAHAGIAN FUNGSI
PADU Pelaksanaan Inisiatif PPPM peringkat Kementerian
Bahagian Perolehan dan
Pengurusan Aset (BPPA)
i. Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan;
ii. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan; dan
iii. Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak.
Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH)
i. Program Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia (RMT1M);
ii. Asrama 1Malaysia;
iii. Pelaksanaan Redeployment; dan
iv. Penempatan Guru Baru.
v. Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan (KEDAP)
vi. Bantuan Makanan Asrama (BMA)
vii. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia (BPSM)
Guru Ganti (Sekolah Harian Biasa);
Bahagian Sukan
i. Bantuan Sukan JPN dan PPD. ii. Elaun Pra Universiti (EPraU) iii. Biasiswa Sukan (BS) iv. Penyertaan Pelajar di Peringkat Antarabangsa
Bahagian Pengurusan
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan (BPSBPSK)
Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)
Bahagian Pendidikan Khas
(BPKhas)
Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) [Bagi sekolah pendidikan khas]
Bahagian Matrikulasi
Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) [Bagi Kolej Matrikulasi]
Bahagian Pendidikan Teknik
dan Vokasional
Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) [Bagi Kolej Vokasional]
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
14
BAHAGIAN FUNGSI
Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian
i. Bantuan Kokurikulum JPN dan PPD. ii. Penyertaan Pelajar di Peringkat Antarabangsa
Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM)
i. Kursus Dalam Cuti (KDC) ii. Latihan Pra Perkhidmatan
Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian
i. Peruntukan bagi Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan;
ii. Peruntukan bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan;
iii. Peruntukan bagi Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ; dan
iv. Bantuan Jaket Keselamatan Murid (JKM)
2.9 Peranan Bahagian-bahagian yang dilantik selaku penyelaras fungsi adalah
seperti berikut:
2.9.1 Menyediakan cadangan agihan peruntukan yang akan disalurkan oleh
Bahagian Kewangan kepada semua Bahagian/ JPN; dan
2.9.2 Membekalkan maklumat keperluan peruntukan untuk diselaraskan
oleh Bahagian Kewangan.
2.10 Penyelaras Peruntukan B.63 Keseluruhan
2.10.1 Bahagian Kewangan bertanggungjawab menyelaras semula agihan
peruntukan B.63 yang ditetapkan di atas mengikut kesesuaian sekiranya ada
keperluan.
3. PENYELARASAN SEMULA PERUNTUKAN
3.1 PINDAH/TAMBAH PERUNTUKAN/PELEPASAN BAKI
3.1.1 Permohonan pindah/ tambah peruntukan/ pelepasan baki (jika ada)
boleh dikemukakan kepada Bahagian Kewangan dari semasa ke semasa
sebelum 28 September 2018 (Jumaat).
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
15
3.1.2 Permohonan pindah/tambah peruntukan/ pelepasan baki akan
dipertimbangkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa PTJ dan/atau
justifikasi kukuh. Permohonan mesti disertakan dengan:
i. Pengesahan baki peruntukan di PTJ (laporan 1GFMAS);
ii. Justifikasi yang lengkap; dan
iii. Ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Timbalan/ Ketua Sektor
Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/Ketua Penolong
Pengarah (KPP) /Ketua Penolong Setiausaha (KPSU)/Ketua Unit
(KU) yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Kewangan
sahaja.
3.2. TARIK BALIK PERUNTUKAN
3.2.1 Permohonan tarik balik peruntukan oleh Bahagian/Jabatan hendaklah
dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2018 ( Khamis) KECUALI
bagi bantuan persekolahan. Sebarang pemulangan baki peruntukan
selepas tarikh ini akan diambil kira dalam pengagihan peruntukan tahun
berikutnya. Permohonan hendaklah disertakan dengan:
i. Pengesahan baki peruntukan di PTJ (laporan 1GFMAS);
ii. Justifikasi yang lengkap; dan
iii. Ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Timbalan/ Ketua Sektor
Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/ KPP/ KPSU/ KU yang
bertanggungjawab dalam Pengurusan Kewangan sahaja.
3.2.2 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan baki peruntukan yang
akan ditarik balik tidak mempunyai sebarang komitmen dan mencukupi
bagi membolehkan waran tarik balik dilaksanakan.
3.2.3 Bahagian Kewangan berhak mengambil tindakan untuk menarik
balik peruntukan sekiranya prestasi perbelanjaan tidak memuaskan.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
16
4. PENGURUSAN PENUBUHAN/ PENUTUPAN PUSAT TANGGUNGJAWAB
(PTJ)
4.1. TADBIR URUS PTJ
4.1.1 Penubuhan PTJ adalah di bawah kawalan Pegawai Pengawal
bertujuan untuk melancarkan pengurusan kewangan dan perakaunan
Kementerian/ Jabatan agar sumber dapat diuruskan secara berhemat,
telus, terkawal, cekap dan berkesan berdasarkan keperluan dan
persekitaran organisasi dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
4.1.2 KPM melaksanakan tadbir urus PTJ secara tidak berpusat yang
merangkumi PTJ Tier 1 (Bahagian Kewangan KPM), PTJ Tier 2
(Bahagian-bahagian/ JPN) dan PTJ Tier 3 (Pejabat Pendidikan Daerah,
Sekolah-sekolah di bawah seliaan Bahagian dan Sekolah-sekolah
bertaraf PTJ).
4.1.3 Pegawai Pengawal melalui Bahagian Kewangan akan menilai
semula status dan operasi PTJ sedia ada di KPM dari semasa ke
semasa. PTJ yang tidak aktif/ tidak diperlukan disebabkan tiada/
kurang transaksi akan disyorkan supaya ditutup. Ini adalah selaras
dengan konsep multitasking dan multiskilling dalam perkhidmatan
awam.
4.1.4 PTJ-PTJ melaksanakan arahan berkaitan pengurusan kewangan
dan perakaunan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa dan
melaksanakan mesyuarat dan menyediakan laporan berkaitan
kewangan dan perakaunan secara berkala seperti berikut :
i. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan
Akaun;
ii. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan;
iii. Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan;
iv. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan; dan
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
17
v. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan Wang
Amanah/Akaun Amanah (jika berkaitan)
4.2 PENUBUHAN PTJ
4.2.1 Kuasa Melulus penubuhan PTJ adalah terletak di bawah bidang
kuasa Pegawai Pengawal dan tidak boleh diwakilkan selaras dengan
asas-asas pertimbangan dan kriteria penubuhan PTJ seperti berikut :
i. Menjalankan sekurang-kurangnya satu fungsi utama seperti di
Lampiran II. Walau bagaimanapun sesebuah Jabatan/
Bahagian/ Seksyen/ Unit yang dijadikan PTJ digalakkan untuk
menjalankan lebih banyak fungsi utama agar lebih efisien dan
kos efektif;
ii. Mempunyai bilangan pegawai yang mencukupi dan kompeten
dalam bidang kewangan dan perakaunan;
iii. Melaksanakan pengasingan tugas yang jelas dalam
pengurusan kewangan dan perakaunan bagi tujuan kawalan
dalaman;
iv. Mempunyai infrastruktur ICT yang mencukupi untuk capaian
sistem kewangan dan perakaunan yang cekap dan berkesan;
v. Menimbangkan faktor lokasi dan geografi yang bersesuaian
bagi memastikan kawalan, keselamatan dan pelaksanaan
prosedur pengurusan kewangan dan perakaunan PTJ berjalan
lancar, cekap dan berkesan; dan
vi. Mempunyai peruntukan sedia ada yang mencukupi bagi
menjalankan fungsi PTJ.
4.2.2 Permohonan penubuhan PTJ hendaklah dikemukakan melalui
Bahagian Kewangan menggunakan borang seperti di Lampiran A 1PP
PS6.1 : Garis Panduan Pemantapan Penunuhan Pusat Tanggungjawab.
Bahagian Kewangan akan mendapatkan ulasan daripada Bahagian Akaun
sebelum memperakukan permohonan kepada Pegawai Pengawal untuk
kelulusan.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
18
4.2.3 Bahagian Akaun akan memperuntukkan satu kod dan nama PTJ
setelah kelulusan penubuhan diperoleh daripada Pegawai Pengawal dan
mengemukakannya kepada Jabatan Akauntan Negara untuk didaftarkan di
dalam sistem.
4.2.4 Bahagian Kewangan akan memaklumkan kelulusan penubuhan
PTJ dan perihal pengaktifan kod PTJ kepada PTJ berkenaan setelah
kelulusan dan pengaktifan disempurnakan.
4.3 PENUTUPAN PTJ
4.3.1 Semua rekod PTJ berkaitan fungsi keseluruhan PTJ seperti
pengurusan bajet, pengurusan perolehan, pengurusan kewangan dan
perakaunan, pembangunan dan pemantauan projek, pengurusan Kumpulan
Wang Amanah/Akaun Amanah/Deposit serta pengurusan terimaan dan
bayaran hendaklah diselesaikan atau diselaraskan tertakluk kepada
undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa sebelum ditutup.
4.3.2 PTJ hendaklah memastikan semua capaian kepada sistem
kewangan dan perakaunan dibatalkan.
4.3.3 Permohonan penutupan PTJ hendaklah dikemukakan melalui
Bahagian Kewangan menggunakan borang seperti di Lampiran A 1PP
PS6.1 : Garis Panduan Pemantapan Penunuhan Pusat Tanggungjawab.
Bahagian Kewangan akan mendapatkan ulasan daripada Bahagian Akaun
sebelum memperakukan permohonan kepada Pegawai Pengawal untuk
kelulusan.
4.3.4 Bahagian Kewangan akan mengemukakan kelulusan penutupan
kepada Bahagian Akaun untuk tindakan pembatalan kod PTJ dalam sistem
oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
4.3.5 Bahagian Kewangan akan memaklumkan perihal pembatalan
kod kepada PTJ setelah menerima maklumat dari Bahagian Akaun.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
19
5. PELAKSANAAN SISTEM BELANJAWAN BERASASKAN OUTCOME
(OBB) DI KPM
5.1 STRUKTUR OBB KPM
5.1.1 OBB merupakan suatu proses berterusan di bawah Outcome Based
Approach (OBA) yang bertujuan untuk menghasilkan keberhasilan di
peringkat kementerian yang akan menyumbang kepada Kerangka
Keberhasilan Nasional (NRF). OBB akan melalui proses kitaran empat (4)
proses strategik utama iaitu perancangan berasaskan outcome,
penyediaan bajet, pemantauan dan penilaian dan pelaporan
keberhasilan.
5.1.2 Struktur OBB KPM terdiri daripada lima (5) program seperti berikut :
BIL PROGRAM PENGURUS
1 Operasi Pendidikan TKPPM (Operasi Pendidikan)
2. Pengukuhan Operasi pendidikan TKSU (Pembangunan Pelajaran)
3. Pembangunan Profesionalisme TKPPM (Pembangunan
Profesionalisme Keguruan)
4. Dasar, Penilaian dan Pengurusan
Prestasi
TKPPM (Dasar & Pembangunan
Pendidikan)
5. Pengurusan Kementerian TKSU(Pengurusan)
5.1.3 Program-program ini disokong oleh 22 aktiviti seperti berikut :
BIL PROGRAM AKTIVITI KETUA AKTIVITI
1. Operasi Pendidikan
(Bahagian
Pengurusan Sekolah
Harian adalah
Penyelaras Program)
i. Pendidikan Awal
ii. Pendidikan rendah
iii. Pendidikan Menengah
iv. Pendidikan Lepas
menengah
BPSH
BPSH
BPSBPSK
BM
2. Pengukuhan Operasi
Pendidikan
i. Pembangunan
Infrastruktur
ii. Teknologi Maklumat
BPP
BPM
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
20
BIL PROGRAM AKTIVITI KETUA AKTIVITI
(Bahagian
Pembangunan
Pelajaran adalah
Penyelaras Program)
iii. Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran
iv. Pentaksiran
v. Bantuan dan Kebajikan
Pendidikan
vi. Pembangunan
Kurikulum
vii. Majlis Peperiksaan
Malaysia
viii. Dewan Bahasa dan
Pustaka
BBT
LP
BT
BPK
MPM
DBP
3. Pembangunan
Profesionalisme
(Bahagian Pendidikan
Guru adalah
Penyelaras Program)
i. Latihan Dalam
Perkhidmatan
ii. Latihan kepimpinan
iii. Latihan Pra
Perkhidmatan
BPG
IAB
IPGM
4. Dasar, Penilaian dan
Pengurusan Prestasi
(Bahagian
Perancangan dan
Penyelidikan Dasar
Pendidikan adalah
Penyelaras Program)
i. Dasar Pendidikan
ii. Penilaian
BPPDP
JNJK
5. Pengurusan
Kementerian
(Bahagian
Pengurusan Sumber
manusia adalah
Penyelaras Program
i. Pengurusan Sumber
Manusia
ii. Pengurusan
Kewangan dan
Akaun
iii. Pengurusan Ibu
Pejabat
iv. Auditan
v. Pentadbiran Negeri
BPSM
BKEW
BKP
BAD
BPSH
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
21
5.1.4 Bagi memastikan pengurusan kewangan KPM berjalan lancar,
pelaksanaan OBB disokong oleh 3 jawatankuasa yang berperanan melaksana
dan memantau prestasi OBB di peringkat Kementerian, program dan aktiviti
seperti berikut:
i. Jawatankuasa Pelaksanaan OBB Kementerian(Ministry OBB
Implementation Committee MOIC), dipengerusikan oleh Pegawai
Pengawal.
ii. Jawatankuasa Pengurusan Prestasi Program (Programme
Performance Management Committee PPMC), dipengerusikan
oleh Pengurus Program;
iii. Jawatankuasa Pengurusan Prestasi Aktiviti (Activity Performance
Management Committee APMC), dipengerusikan oleh Ketua
Aktiviti.
5.2 JAWATANKUASA PELAKSANAAN OBB KEMENTERIAN (MINISTRY
OBB IMPLEMENTATION COMMITTEE MOIC)
5.2.1 Peranan dan tanggungjawab MOIC adalah seperti berikut:
i. MOIC ditugaskan untuk melaksanakan proses strategik OBB;
ii. MOIC akan merancang, membentuk dan memperbaiki Program
dan Aktiviti untuk memastikan jajaran dan sumbangan kepada
NRF;
iii. MOIC akan menyediakan anggaran bajet tahunan Kementerian
bagi Program dan Aktiviti, memantau kemajuan pelaksanaan dan
melaporkan prestasi suku tahun dan tahunan kepada CPMC;
iv. MOIC akan merekod dan memperakukan keputusan rancangan
dan bajet Kementerian dalam minit mesyuarat;
v. MOIC hendaklah menubuhkan jawatankuasa bagi setiap
Program dan Aktiviti untuk menguruskan perancangan outcome,
penyediaan bajet, pemantauan dan penilaian, dan proses
pelaporan keberhasilan;
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
22
vi. MOIC bertanggungjawab ke atas penginstitusian dan kemapanan
pembinaan kapasiti dan inisiatif komunikasi OBB dalam
Kementerian;
vii. MOIC akan memberi maklum balas terhadap cabaran dan isu ke
atas pelaksanaan OBB kepada NOSC; dan
viii. MOIC hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali
bagi setiap suku tahun.
5.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN PRESTASI PROGRAM
(PROGRAMME PERFORMANCE MANAGEMENT COMMITTEE
PPMC)
5.3.1. Penyelaras-penyelaras setiap program bertanggungjawab
menyelaras PPMC dengan peranan seperti berikut:
i. PPMC akan merancang hala tuju dan melaksanakan program
OBB bagi mencapai outcome Program yang dihasratkan
termasuk menyemak analisis pelanggan/pemegang taruh
(stakeholder) yang dibuat pada tahun sebelumnya mengikut
konteks persekitaran sosioekonomi semasa, di samping
mengambil kira trend dan prestasi tahun-tahun sebelumnya;
ii. PPMC akan menganalisis, menyemak dan menggabungkan
cadangan bajet bagi Aktiviti di bawah program OBB sebelum
dikemukakan kepada MOIC;
iii. PPMC akan memantau dan menilai program OBB berdasarkan
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan sasaran prestasi serta
melaporkan hasilnya kepada MOIC secara suku tahunan;
iv. PPMC akan mengambil tindakan pembetulan setelah disahkan
dan diluluskan oleh MOIC yang termasuk melaporkan analisis
varian dan laporan hasil daripada tindakan pembetulan yang
dilaksanakan; dan
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
23
v. PPMC hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali
setiap suku tahun bagi tujuan penilaian dan pelaporan
keberhasilan peringkat Program.
5.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN PRESTASI AKTIVITI (ACTIVITY
PERFORMANCE MANAGEMENT COMMITTEE APMC)
5.4.1 Ketua-ketua Aktiviti bertanggungjawab menyelaras APMC dengan
peranan seperti berikut:
i. APMC akan membangunkan pelan tindakan untuk melaksanakan
aktiviti bagi mencapai sasaran outcome berdasarkan hala tuju yang
ditetapkan oleh PPMC dan MOIC;
ii. APMC akan menyediakan bajet Aktiviti untuk dikemukakan kepada
PPMC;
iii. APMC akan memantau dan menilai Aktiviti berdasarkan KPI dan
sasaran prestasi dan melaporkan prestasi bulanan atau suku
tahunan. APMC akan mengambil tindakan pembetulan setelah
disahkan dan diluluskan oleh MOIC yang termasuk melaporkan
analisis varian dan laporan hasil daripada tindakan pembetulan yang
dilaksanakan; dan
iv. APMC hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap
suku tahun bagi tujuan penilaian dan pelaporan keberhasilan
peringkat aktiviti.
6. PENGURUSAN PRESTASI BELANJA MENGURUS
6.1. JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA)
6.1.1. Ketua Jabatan hendaklah memastikan pembentangan laporan
kewangan dibuat kepada JPKA masing-masing mengikut kekerapan dan
peraturan yang ditetapkan di bawah 1Pekeliling Perbendaharaan PS 5.1.
Mesyuarat JPKA di peringkat Bahagian/Jabatan/PTJ hendaklah dibuat lebih
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
24
awal dari tarikh mesyuarat JPKA di peringkat Kementerian mengikut
ketetapan seperti berikut :
Bil Mesyuarat
Tempoh Suku Tahun
Tarikh Mesyuarat di
Bahagian/Jabatan
Tarikh Akhir Hantar Minit dan Laporan ke BKew
Pertama
Oktober Disember (Tahun sebelumnya) Sebelum 1 Februari 1 Februari
Kedua Januari Mac
(Tahun Semasa) Sebelum 15 April 15 April
Ketiga April Jun
(Tahun Semasa) Sebelum 15 Julai 15 Julai
Keempat Julai September (Tahun Semasa)
Sebelum 15 Oktober
15 Oktober
6.1.2. JPKA hendaklah membincangkan perkara-perkara seperti berikut:
i. Pengurusan Bajet;
ii. Pengurusan Perakaunan;
iii. Pengurusan Perolehan;
iv. Pengurusan Aset dan Stor;
v. Perbelanjaan Utiliti; dan
vi. Barang pakai habis.
6.2. LAPORAN PRESTASI DAN PENGURUSAN PERUNTUKAN PROGRAM
KHUSUS - INISIATIF PPPM
6.2.1 Peruntukan bagi Inisiatif PPPM akan disalurkan kepada Bahagian-
bahagian Pelaksana. Ketua Jabatan bagi semua Bahagian Pelaksana adalah
bertanggungjawab dalam pengurusan peruntukan Inisiatif PPPM.
6.2.2 Penyelaras bagi pelaksanaan Inisiatif PPPM di peringkat Kementerian
adalah PADU, manakala penyelaras aktiviti inisiatif adalah Bahagian Peneraju
Inisiatif.
6.2.3 Bagi memastikan pelaksanaan Inisiatif PPPM mematuhi prosedur dan
peraturan yang berkuat kuasa, PADU dan Bahagian Pelaksana perlu
menjalankan peranan masing-masing seperti berikut:
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
25
Peranan PADU
i. Menyelaras sebarang permohonan daripada Bahagian-bahagian
Pelaksana berkenaan peruntukan inisiatif PPPM sebelum
dikemukakan ke Bahagian Kewangan;
ii. Memantau prestasi perbelanjaan Inisiatif PPPM termasuk
peruntukan secara subwaran kepada Bahagian/JPN serta
memastikan prestasi perbelanjaan adalah mengikut varians yang
ditetapkan; dan
iii. Mengemukakan laporan prestasi perbelanjaan Inisiatif PPPM dan
membentangkan dalam mesyuarat JPKA dan/atau mana-mana
mesyuarat pembentangan prestasi belanja secara bulanan/suku
tahun.
Peranan Bahagian Pelaksana
i. Menyalurkan peruntukan melalui sub waran kepada Bahagian/JPN
yang terlibat;
ii. Mengemukakan permohonan penjajaran/pindah peruntukan
kepada PADU;
iii. Mengemukakan permohonan pelepasan baki kepada Bahagian
Kewangan beserta laporan 1GFMAS terkini dan/atau justifikasi yang
kukuh; dan
iv. Memastikan semua prosedur kewangan dan perolehan dipatuhi.
7. PELAPORAN ANGGARAN HASIL KEPADA PERBENDAHARAAN
MALAYSIA
7.1 Perbendaharaan Malaysia menetapkan semua Kementerian dan Agensi
untuk menyediakan anggaran hasil bagi hasil-hasil Kerajaan Persekutuan yang
akan dipungut pada tahun berikutnya. Anggaran hasil yang diperolehi akan
digunakan dalam penyediaan Buku Anggaran Hasil Persekutuan.
7.2 Berdasarkan Arahan Perbendaharaan 41, penyediaan anggaran hasil
hendaklah mematuhi kod penjenisan hasil seperti yang ditetapkan oleh
Perbendaharaan Malaysia di bawah peruntukan 1Pekeliling Perbendaharaan
PS1.1 - Penjenisan Kod Bagi Hasil dan Perbelanjaan.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
26
7.3 Anggaran hasil perlu dikemukakan oleh KPM kepada Perbendaharaan
Malaysia sebelum atau pada 31 Julai 2018. Bagi tujuan penyelarasan dan
penyatuan maklumat anggaran hasil berkenaan, Bahagian/ Jabatan/ Agensi
hendaklah mengemukakan maklumat anggaran hasil kepada Bahagian
Kewangan, KPM sebelum atau pada 30 Jun 2018.
8. PENGURUSAN AKAUN BELUM TERIMA (ABT)
8.1 PELAPORAN ABT KEPADA JABATAN AKAUNTAN NEGARA
8.1.1 Arahan Perbendaharaan 89A.(a) ABT hendaklah dilaporkan oleh
Pegawai Pengawal kepada Akauntan Negara dan disalinkan kepada
Perbendaharaan dan Ketua Audit Negara. Sistem perakaunan ABT yang
hendak diwujudkan perlu mendapat kelulusan Akauntan Negara.
8.1.2 Seperti yang digariskan di dalam 1Pekeliling Perbendaharaan
WP10.6 - Penyelenggaraan dan Pelaporan ABT, terdapat dua (2)
Laporan ABT yang perlu dikemukakan oleh KPM kepada Akauntan Negara
Malaysia (ANM) melalui Pegawai Pengawal bagi setiap enam (6) bulan.
Bagi tahun 2018, Bahagian/Jabatan/Agensi hendaklah mengemukakan
laporan-laporan berkenaan kepada Bahagian Kewangan untuk tujuan
penyelarasan sebelum tarikh-tarikh yang dinyatakan di bawah:-
BIL. JENIS
LAPORAN
TARIKH AKHIR
PENGHANTARAN
KE BKEW
TARIKH AKHIR
PENGHANTARAN
KE ANM
FORMAT
PELAPORAN
1.
Laporan
ABT KPM
sehingga
31
Disember
2017
13 Januari 2018 31 Januari 2018
Seperti yang
dinyatakan pada
Lampiran A di
dalam 1Pekeliling
Perbendaharaan
WP10.6
Penyelenggaraan
dan Pelaporan
ABT 2.
Laporan
ABT KPM
sehingga 30
Jun 2018
15 Ogos 2018 31 Ogos 2018
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
27
8.1.3 Bahagian/Jabatan turut dikehendaki untuk mengemukakan
laporan terperinci tunggakan ABT kepada Bahagian Kewangan setiap
suku tahun 2018 menggunakan format di dalam 1Pekeliling
Perbendaharaan WP10.6. Laporan tersebut akan dibentangkan di dalam
Mesyuarat Pengurusan ABT dan mesyuarat-mesyuarat Pengurusan
Tertinggi Kementerian sekiranya perlu.
8.2 MEWUJUDKAN TATACARA PERAKAUNAN ABT
8.2.1 Setiap tunggakan ABT perlulah direkodkan dengan teratur supaya
pegawai yang melaksanakan kutipan dapat memantau jumlah tunggakan
ABT yang terkini dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan
kronologi dan maklumat yang dinyatakan di dalam rekod berkenaan.
8.2.2 Bagi tujuan itu, Ketua Jabatan hendaklah mewujudkan rekod-
rekod perakaunan ABT seperti yang digariskan oleh Akauntan Negara
Malaysia di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan
9 Tahun 2011 dan memastikan rekod-rekod berkenaan sentiasa
diselenggara dan dikemaskini.
8.3 TANGGUNGJAWAB MENGUTIP TUNGGAKAN ABT
8.3.1 Seperti yang terkandung di dalam Arahan Perbendaharaan 53,
Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab melaksanakan kewajipan
kewangan Kementerian masing-masing dengan sempurna bagi memungut
dengan sewajarnya segala Wang Awam yang patut diterima oleh atau di
bawah arahan mereka dan bertanggungjawab sekiranya akaun yang
dikemukakan oleh mereka atau di bawah kuasa mereka didapati tidak
betul.
8.3.2 Arahan Perbendaharaan 89A.(b) pula
mempertanggungjawabkan Pegawai Pengawal dan semua PTJ
(Pemungut) bagi mengambil tindakan untuk memungut semua ABT.
Sebarang hutang lapuk untuk dihapuskira hendaklah mematuhi AP 328.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
28
8.3.3 Sehubungan dengan itu, Ketua Jabatan dan pegawai yang
melaksanakan kutipan tunggakan ABT di Bahagian/Jabatan/Agensi
hendaklah melaksanakan usaha mendapatkan kembali hutang secara giat
dengan menggunakan semua saluran yang ada seperti di bawah:
i. Mengesan alamat terkini penghutang menerusi agensi-agensi
seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Pilihan Raya,
Jabatan Imigresen dan lain-lain;
ii. Mengesan rekod masuk keluar negara dengan Jabatan Imigresen
dan Wisma Putra sekiranya perlu;
iii. Menghantar surat-surat peringatan bayaran hutang kepada alamat
penghutang yang dikenalpasti dengan konsisten dan kerap;
iv. Menyemak status kemuflisan individu atau syarikat dengan Jabatan
Insolvensi;
v. Mengadakan lawatan ke premis atau ke alamat penghutang untuk
bersemuka dengan penghutang; dan
vi. Lain-lain usaha yang difikirkan perlu.
8.3.4 Setelah usaha-usaha seperti yang dinyatakan di atas dibuat
dengan giat dan penghutang didapati tidak memberikan maklum balas atau
tidak dapat dikesan, kes tersebut perlu dikemukakan kepada Penasihat
Undang-undang Kementerian dengan kadar segera supaya tindakan
perundangan dapat diambil sebelum terhalang oleh sekatan had masa
selaras dengan Akta Had Masa 1953 yang berkuat kuasa.
8.4 HAPUS KIRA ABT
8.4.1 Arahan Perbendaharaan 328(a) membenarkan Ketua Jabatan
untuk mengemukakan permohonan hapus kira bagi hutang yang tidak
dapat dikutip melalui Pegawai Pengawal kepada Perbendaharaan
Malaysia bagi tujuan kelulusan hapus kira. Sehubungan dengan itu, semua
permohonan hapus kira hendaklah dikemukakan melalui Bahagian
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
29
Kewangan bagi tujuan kelulusan di peringkat Pegawai Pengawal atau
Perbendaharaaan Malaysia.
8.4.2 Semua permohonan hapus kira yang diterima oleh Bahagian
Kewangan akan disemak dan diteliti terlebih dahulu. Sekiranya usaha
mengesan penghutang dan usaha membuat kutipan didapati tidak
dilaksanakan dengan intensif oleh Bahagian/ Jabatan, maka Bahagian
Kewangan berhak untuk menolak permohonan tersebut. Permohonan yang
dikemukakan juga hendaklah bersekali dengan dokumen pembuktian/
sokongan dalam kes pegawai meninggal dunia, diisytiharkan muflis atau
yang berkaitan.
8.4.3 Semua permohonan hapus kira hendaklah berdasarkan format
yang ditetapkan di bawah 1Pekeliling Perbendaharaan WP10.3 -
Pengurusan Kehilangan Dan Hapus kira Wang Awam.
9. PELAKSANAAN PENGURUSAN BANTUAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR
9.1 Pihak Kementerian amat prihatin terhadap kebajikan murid terutama
mereka yang datang daripada keluarga miskin. Kementerian menyediakan
peruntukan khusus kepada murid sekolah rendah, menengah dan lepasan
menengah yang merangkumi 18 jenis bantuan persekolahan melibatkan
peruntukan berjumlah RM3,057,470,800 pada tahun 2018.
9.2 Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM327 juta untuk
meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menggantikan
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) kepada murid Tahun 1
hingga Tingkatan 5 dari kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah
bagi sesi persekolahan tahun 2018. Jabatan Pendidikan Negeri/Bahagian
diminta untuk mematuhi Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan Kepada
Murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2018 yang
dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
30
9.3 Peruntukan/Waran peruntukan bagi bantuan persekolahan lain akan
disalurkan mulai Januari 2018 secara berperingkat seperti berikut:-
Bil Jenis Bantuan Tarikh
Penyaluran/Bayaran
1. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
Minggu Ke-2 Januari 2018
2.1 2. Bantuan Geran Per Kapita
3. Bantuan Sukan Sekolah
4. Bantuan Makanan Prasekolah
5. Bantuan PCG Prasekolah
6. Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan
7. Bantuan Makanan Asrama
8. Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia
9. Perjalanan dan Pengangkutan Murid
10. Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh
11. Biasiswa Sukan
12. Elaun Pra Universiti
13. Kelas Dewasa Orang Asli dan Penan
14. Bantuan Pakaian Seragam Pasukan
Beruniform
15. Bantuan Jaket Keselamatan
16. Bantuan Awal Persekolahan Minggu Ke-3 Januari 2018
17. Biasiswa Kecil Persekutuan
Mulai Mei 2018 18. Elaun Murid Berkeperluan Khas
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
31
10. PENGURUSAN PERMOHONAN BERTUGAS RASMI KE LUAR NEGARA
10.1 Pengurusan permohonan lawatan rasmi YB Menteri Pendidikan dan YB
Timbalan Menteri Pendidikan adalah tertakluk kepada:
10.1.1 Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun 2008;
10.1.2 Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 15 Julai 2009;
dan
10.1.3 PB3.1 Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan
Perbelanjaan Kerajaan
10.2 Semua tugasan/lawatan rasmi bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, perlu mendapat perakuan Ketua Jabatan dan sokongan Ketua
Perkhidmatan terlebih dahulu. Pegawai dan kakitangan bukan guru perlu
mendapat perakuan Ketua Jabatan sebelum permohonan dikemukakan
kepada Bahagian Kewangan.
10.3 Bahagian perlu merancang keperluan tugasan/lawatan rasmi
pegawai ke luar negara dengan teliti dan meminimumkan bilangan
delegasi mengikut keperluan lawatan berdasarkan bidang tugas,
tanggungjawab dan kemahiran masing-masing.
10.4 Bagi lawatan rasmi ke luar negara yang melibatkan murid, jumlah guru
pengiring adalah mengikut nisbah 5 murid : 1 guru bagi sekolah rendah dan
nisbah 8 murid : 1 guru bagi sekolah menengah tertakluk kepada keperluan
dan peruntukan yang mencukupi. Sekiranya terdapat keperluan untuk
menghantar lebih ramai pegawai, justifikasi dan senarai tugas setiap pegawai
perlu dikemukakan.
10.5 Permohonan peruntukan Program Khusus Bertugas Rasmi ke Luar
Negara bagi semua Bahagian/Jabatan di KPM hendaklah dikemukakan
kepada Bahagian-bahagian yang dilantik sebagai penyelaras mengikut jenis
program seperti di Lampiran III.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
32
10.6 Bahagian-bahagian penyelaras bertanggungjawab untuk:
i. Menilai program yang akan dilaksanakan mengikut keutamaan;
ii. Memastikan peruntukan mencukupi untuk melaksanakan
program yang diluluskan;
iii. Memastikan permohonan yang dikemukakan adalah lengkap dan
betul;
iv. Bagi permohonan yang melebihi 3 orang, bahagian
penyelaras wajib memberikan justifikasi yang jelas
mengenai keperluan penyertaan setiap pegawai dan fungsi/
tugasan dalam urusan permohonan perjalanan tugas rasmi
ke luar negara sebelum dikemukakan ke Bahagian
Kewangan untuk pertimbangan dan kelulusan Kementerian
Kewangan;
v. Bahagian penyelaras hendaklah menyaring permohonan
dan mengehadkan penyertaan pegawai terlebih dahulu
terutamanya yang melibatkan peruntukan yang besar dengan
menekankan konsep value-for-money dan menepati objektif/
sasaran lawatan berkenaan;
vi. Perbelanjaan bertugas ke luar negara hanya dibenarkan bagi
mesyuarat/persidangan berjadual/ berkala yang telah diluluskan
di dalam bajet tahunan dan yang benar-benar penting serta
memberi impak yang signifikan kepada kepentingan negara; atau
mesyuarat/persidangan yang telah diluluskan oleh Jemaah
Menteri.
10.7 Permohonan seperti berikut tidak dipertimbangkan walaupun
tidak menggunakan peruntukan Program Khusus: Bertugas Rasmi ke Luar
Negara:
i. Program Lawatan Sambil Belajar yang melibatkan pegawai
melebihi 10 orang;
ii. Program penanda aras yang tidak memberi impak kepada
pelaksanaan dasar-dasar pendidikan negara; dan
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
33
iii. Permohonan-permohonan lain yang tidak relevan dengan
dasar kementerian.
10.8 Bilangan pegawai yang mengiringi Ketua Delegasi iaitu sama ada
YB Menteri/ Timbalan Menteri/ Ketua Setiausaha/ Ketua Jabatan yang
dibenarkan adalah seperti berikut:
i. satu (1) orang sahaja bagi negara yang mempunyai pejabat
perwakilan Malaysia; dan
ii. tidak melebihi dua (2) orang bagi negara yang tidak
mempunyai pejabat perwakilan Malaysia
10.9 Semua permohonan bertugas rasmi ke luar negara yang
menggunakan peruntukan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah
mesti diterima oleh Bahagian Kewangan tidak kurang daripada 40 hari
bekerja sebelum tarikh perjalanan. Semua permohonan ini perlu dipastikan
lengkap sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk mendapatkan
kelulusan Pegawai Pengawal dan Kementerian Kewangan.
10.10 Semua permohonan Bertugas Rasmi ke Luar Negara
hendaklah diterima oleh Bahagian Kewangan tidak kurang daripada 21 hari
bekerja sebelum tarikh perjalanan. Manakala bagi permohonan yang
memerlukan kelulusan khas Kementerian Kewangan, permohonan hendaklah
diterima oleh Bahagian Kewangan tidak kurang daripada 35 hari bekerja.
Sekiranya terdapat kuiri di dalam permohonan tersebut, Bahagian
Penyelaras perlu mengemukakan semula dokumen dalam tempoh 5 hari
bekerja. Kegagalan mematuhi tempoh kuiri di atas akan mengakibatkan
permohonan ditolak.
Jadual 1: Tempoh Masa Permohonan Kelulusan Bertugas Rasmi ke Luar
Negara
PERKARA TEMPOH
Kelulusan Pegawai Pengawal tidak kurang daripada 21 hari bekerja
dari tarikh perjalanan
Kelulusan khas Kementerian Kewangan
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
34
i. Peruntukan Program Khusus
Bertugas ke Luar Negara
ii. Peruntukan Akaun Amanah
/Kumpulan Wang Amanah
i. tidak kurang daripada 35 hari
bekerja dari tarikh perjalanan
ii. tidak kurang daripada 40 hari
bekerja dari tarikh perjalanan
Permohonan yang dikuiri tempoh 5 hari bekerja daripada kuiri
diterima
10.11 Kategori permohonan yang memerlukan kelulusan khas Kementerian
Kewangan yang menggunakan peruntukan di bawah Program Khusus
Bertugas Rasmi ke Luar Negara adalah seperti berikut:
i. Penyertaan melibatkan lebih daripada 3 orang pegawai;
ii. Lawatan yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kontrak atau
projek. (1Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1);
iii. Kekerapan perjalanan maksimum atas tugas rasmi (tidak termasuk
kursus/latihan) ke luar negara yang dibenarkan dalam tempoh
setahun adalah tiga (3) kali bagi Ketua Setiausaha/ Ketua Jabatan/
Ketua Agensi dan dua (2) kali bagi pegawai- pegawai yang lain;
dan
iv. Permohonan yang tidak menggunakan waran udara dan tidak
menggunakan Syarikat Penerbangan Nasional/ Negara ke
destinasi yang dituju perlu mengemukakan permohonan ke
Bahagian Kewangan.
10.12 Permohonan perjalanan bertugas rasmi ke luar negara yang
menggunakan peruntukan sendiri, tajaan oleh penganjur/ badan-badan bukan
Kerajaan atau persatuan dan bukan syarikat swasta adalah dikecualikan
daripada kelulusan khas Kementerian Kewangan tetapi hendaklah
mendapat kelulusan Pegawai Pengawal.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
35
10.13 Bagi permohonan yang melibatkan pembentangan kertas kajian/kertas
kerja/kerja ilmiah, penilaian dan kelulusan perlu diperoleh daripada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
sebelum dikemukakan kepada Bahagian Kewangan. Surat Siaran Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013, Garis Panduan Pembentangan
Kertas Ilmiah Peringkat Antarabangsa di Dalam dan Luar Negara bertarikh 12
Jun 2013 hendaklah digunakan sebagai panduan permohonan.
10.14 Laporan Keberkesanan Program melalui Sistem e-Lawatan
Antarabangsa (e-La) di alamat http://apps5.moe.gov.my/ebdha/
menggunakan pelayar web Microsoft Internet Explorer 9++ hendaklah
dikemukakan selepas menghadiri program tersebut kepada Bahagian Dasar
dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) dalam masa 14 hari bekerja selepas
tarikh balik tugasan rasmi. Satu salinan laporan juga hendaklah dikemukakan
kepada Bahagian Kewangan.
10.15 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan permohonan yang
dikemukakan menepati semua peraturan yang ditetapkan.
10.16 Bahagian Kewangan tidak akan memproses permohonan perjalanan
bertugas rasmi ke luar negara sekiranya:
i. Permohonan lewat diterima dari tempoh yang ditetapkan;
ii. Permohonan tidak disertakan dokumen yang lengkap;
iii. Peruntukan Bahagian/Jabatan yang tidak mencukupi;
dan
iv. Perjalanan telah dilakukan terlebih dahulu.
10.17 Perjalanan yang dilakukan tanpa kelulusan Pegawai Pengawal/
Kementerian Kewangan akan menyebabkan tuntutan tidak boleh dibayar dan
boleh dikenakan tindakan tatatertib.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
36
10.18 Borang dan dokumen yang perlu dikemukakan kepada Bahagian
Kewangan yang mengandungi:-
i. BORANG PERMOHONAN BERTUGAS RASMI KE LUAR NEGARA
Bahagian / Jabatan yang ingin membuat permohonan ke luar negara
hendaklah memuat turun format minit kelulusan Pegawai Pengawal di
dalam portal MOE.
ii. BORANG LAMPIRAN A (PERINCIAN PERMOHONAN)
(a) Borang yang digunakan adalah seragam; dan
(b) Header dan Footer pada borang ini akan ditandatangani oleh Pegawai
Pengawal dengan mencatatkan tajuk program, nama pegawai (jika ramai,
nyatakan jumlah dan senarai pegawai disertakan sebagai lampiran lain),
tempat lawatan dan tarikh lawatan.
iii. BORANG LAMPIRAN B (IMPLIKASI KEWANGAN)
(a) Mengemukakan jadual pengiraan anggaran implikasi kewangan
yang mengandungi pengiraan keperluan kewangan berdasarkan
kelayakan pegawai bertugas rasmi di luar negara seperti kelayakan
pengangkutan, penginapan, elaun makan minum, tambang tiket kapal
terbang dan lain-lain berkaitan;
(b) Menyatakan baki peruntukan yang masih ada bagi Program
Khusus Luar Negara; dan
(c) Lain-lain sumber seperti tajaan, sumbangan persendirian dan lain-
lain.
iv. BORANG LAMPIRAN C (SENARAI PESERTA)
Menyediakan Lampiran C bagi program yang melibatkan peserta melebihi
3 orang yang menyatakan nama penuh pegawai, gred jawatan dan tempat
bertugas.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
37
v. BORANG LAMPIRAN D (SURAT AKUAN BEBAS DARIPADA
SENARAI HITAM BAHAGIAN TAJAAN, KPM)
Mengisi Lampiran D yang mengandungi akuan bebas
daripada senarai hitam bagi penerima biasiswa/pinjaman
pendidikan di bawah Bahagian Tajaan, KPM yang disahkan
oleh Ketua Jabatan masing-masing.
vi. BORANG LAMPIRAN E (SENARAI SEMAK PERMOHONAN)
Bahagian/Jabatan yang memohon hendaklah menyemak
keperluan dokumen disediakan dengan lengkap dan sempurna
sebelum dikemukakan kepada Bahagian Kewangan bagi
memudahkan perkara ini diproses sebelum dikemukakan untuk
pertimbangan dan kelulusan Pegawai Pengawal.
10.19 Ketua Jabatan hendaklah merujuk Pekeliling, Surat Pekeliling dan Surat
Edaran seperti berikut dalam menguruskan permohonan bertugas rasmi ke luar
negara:
i. PB3.1 mengenai Garis Panduan Langkah-Langkah
Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan Bagi Mengawal
Perbelanjaan Awam;
ii. PB2.4 mengenai Perbelanjaan Bagi Perjalanan Tugas Rasmi Ke
Luar Negara;
iii. PB1.4 mengenai Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan
Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana
Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan
Anggota Polis);
iv. WP2.5 mengenai Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi;
v. SPK Bilangan 4 Tahun 2011 Garis Panduan Pengurusan Kewangan
dan Perakaunan dan Peruntukan Khas Sekolah Berprestasi Tinggi
KPM; dan
vi. SPK Bilangan 2 Tahun 2011 Kadar Kelayakan Makan dan
Penginapan Murid/Atlet/Pelajar KPM Yang Terlibat Dalam
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
38
Pelaksanaan Aktiviti Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan Dalam atau
Luar Negara.
10.20 Permohonan perjalanan ke luar negara bagi lawatan persendirian hendaklah
diuruskan mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 bertarikh 1 Oktober
2012 berkaitan Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan
Persendirian.
11 KELULUSAN PAKEJ
11.1 PERANCANGAN PROGRAM AWAL TAHUN
11.1.1 Setiap Ketua Jabatan hendaklah merancang pelaksanaan
program/ aktiviti pada setiap awal tahun dan mengenal pasti hanya
program/ aktiviti yang benar-benar perlu sahaja dilaksanakan melalui
kemudahan pakej.
11.1.2 Peraturan mengenai penyediaan kemudahan pakej tugas rasmi
dan kursus/ latihan di KPM adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling
Kewangan (SPK) Bilangan 1 Tahun 2014, Permohonan Penyediaan
Kemudahan Pakej Penginapan dan Makan Bagi Tugas Rasmi dan
Kursus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
11.2 PENGGUNAAN INSTITUT LATIHAN AWAM (ILA)/ PREMIS KERAJAAN
11.2.1 Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PB 3.1 Garis
Panduan Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan,
semua kementerian/ jabatan/ agensi hendaklah mengaplikasikan
pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan
mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan
juga kemudahan di Institusi Latihan Awam (ILA) milik Kerajaan bagi
penganjuran persidangan/ seminar/ pameran/ kursus/ bengkel dan
sebagainya.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
39
11.2.2 Bahagian/ Jabatan hendaklah membuat tempahan lebih awal
dengan pihak ILA bagi mengelakkan tiada kekosongan.
11.2.3 Ketua Jabatan yang telah berusaha mendapatkan tempahan
dengan pihak Institut Latihan Awam (ILA) lebih awal tetapi tidak berjaya di
atas sebab-sebab tertentu, permohonan pakej di premis swasta hendaklah
disertakan dokumen berikut:
i. Surat permohonan tempahan kepada sekurang-kurangnya lima
(5) ILA; dan
ii. Surat jawapan dari kelima-lima ILA tersebut.
Garis panduan bagi pelaksanaan kursus/ tugas rasmi/ majlis rasmi
di ILA KPM adalah seperti yang dinyatakan di dalam Surat Pekeliling
Kewangan (SPK) KPM Bil.1 Tahun 2016 - Pelaksanaan
Penggunaan Kemudahan Di Institut Latihan Awam Di Bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (ILA KPM) Selaras Dengan Dasar
Mengoptimumkan Perbelanjaan.
11.3 KEMUDAHAN PAKEJ DI PREMIS SWASTA
11.3.1 Arahan Pentadbiran Pegawai Pengawal: Langkah-Langkah
Tambahan Penjimatan Belanja Mengurus Tahun 2015, KPM yang
berkuatkuasa pada 1 Oktober 2015 di perenggan 4.4 telah
menyatakan semua permohonan baharu bagi penganjuran
program/aktiviti secara pakej di premis swasta tidak dibenarkan.
Arahan ini akan terus berkuatkuasa bagi tahun 2018 selagi mana
perbelanjaan kemudahan pakej tersebut mengguna pakai peruntukan
kerajaan. Namun, permohonan pengecualian terhadap kelulusan ini
boleh diberikan sekiranya Bahagian/Jabatan dapat membuktikan
bahawa harga keseluruhan pakej (termasuk tuntutan perjalanan) bagi
penganjuran program/aktiviti di premis swasta setara/lebih rendah
berbanding pelaksanaan di premis kerajaan.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
40
11.3.2 Premis swasta yang dimaksudkan adalah termasuk hotel,
premis badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang
mengenakan kadar bayaran penginapan dan makan.
11.3.3 Semua permohonan pakej di premis swasta tanpa mengira
jumlah kos pakej hendaklah mendapat kelulusan khas Pegawai Pelulus
seperti berikut:
Bil. Kos
Pakej
Pegawai
Pelulus
1.
RM50,000
dan ke
bawah
Setiausaha Bahagian Kewangan
2. RM50,000
ke atas Pegawai Pengawal
11.3.4 Kelulusan khas ini adalah terpakai kepada semua
Bahagian/Jabatan kecuali kepada Bahagian/Jabatan yang telah
mendapat pengecualian daripada pegawai Pengawal
11.3.5 Kos-kos selain kos pakej seperti kos tuntutan perjalanan,
sewaan dan lain-lain perbelanjaan hendaklah diambil kira dalam
melaksanakan sesuatu program untuk memastikan kaedah dan
pendekatan yang paling menjimatkan telah dilaksanakan dalam semua
perkara.
11.3.6 Semua program/aktiviti berbentuk mesyuarat
pengurusan di peringkat Bahagian atau bersama agensi-agensi di
bawah kawalan Bahagian berkenaan hendaklah dihadkan kepada
sehari sahaja dan dilaksanakan di premis sendiri atau premis
kerajaan.
11.4 TATACARA PEROLEHAN PAKEJ
11.4.1 Ketua Jabatan juga diingatkan untuk mematuhi Tatacara
Perolehan Kerajaan Kemudahan Secara Pakej yang sedang berkuat
kuasa di dalam 1Pekeliling Perbendaharaan PK7.1 dan PK7.2
sebelum mengemukakan permohonan pakej kepada Pegawai
Pelulus. Ketidakpatuhan dalam melaksanakan kaedah perolehan
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
41
pakej akan menyebabkan permohonan ditolak dan tidak
dipertimbangkan.
11.5 SENARAI SEMAK DOKUMEN PAKEJ
11.5.1 Dokumen permohonan yang perlu dihantar hendaklah lengkap
berserta justifikasi yang kukuh dan relevan. Ketua Jabatan boleh
merujuk kepada Lampiran IV bagi senarai semak terkini permohonan
pakej dan Lampiran V bagi mengenal pasti senarai dokumen yang
sering dikuiri untuk dijadikan panduan.
11.6 TEMPOH MENGHANTAR PERMOHONAN PAKEJ
11.6.1 Ketua Jabatan hendaklah memastikan permohonan pakej
dikemukakan kepada Pegawai Pelulus sekurang-kurangnya 21 hari
daripada tarikh program akan diadakan.
11.6.2 Tarikh akhir permohonan pakej hendaklah dikemukakan
selewat-lewatnya pada 1 November 2018 manakala tarikh akhir
pelaksanaan pakej adalah pada 30 November 2018 tertakluk kepada
peruntukan yang mencukupi serta mematuhi sepenuhnya peraturan
kewangan yang berkuat kuasa.
11.6.3 Pegawai Pelulus berhak untuk menolak dan tidak
mempertimbangkan permohonan-permohonan yang tidak lengkap
atau lewat dikemukakan.
12 PINJAMAN/SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN DAN SKIM PEMBIAYAAN
KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR (SMARTPHONES) PERKHIDMATAN
AWAM
12.1 Semua kelulusan Skim Pinjaman/Pembiayaan Kenderaan dan Skim
Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) hendaklah direkodkan
di dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) pegawai yang terlibat
12.2 Ketua Jabatan dan peminjam bertanggungjawab untuk
memastikan bayaran balik pinjamannya dilakukan menurut peraturan yang
telah ditetapkan. Pihak pelulus adalah bertanggungjawab untuk mengutip balik
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
42
bayaran ansuran dan tunggakan pinjaman/pembiayaan kenderaan dan
pembiayaan komputer dan Telefon Pintar (Smartphones).
12.3 Pegawai Pelulus bagi pinjaman/pembiayaan kenderaan adalah
bertanggungjawab memeriksa resit-resit pembelian, Cover-Note/Sijil Insurans dan
kenderaan yang telah dibeli oleh peminjam (perenggan 15.4, 1PP WP 9.2 dan
perenggan 15.2, 1PP WP9.1).
12.4 Pegawai yang diluluskan pembiayaan kenderaan hendaklah
menyerahkan resit pembelian sekali gus kenderaan, Cover-Note/Sijil Insurans
Komprehensif dan Buku Pendaftaran Kenderaan yang dicatat "Hak Milik Dituntut
Oleh Kerajaan" kepada pegawai yang meluluskan permohonannya di dalam
tempoh 30 hari selepas cek bayaran diterima oleh pejabat di mana peminjam
bertugas. Sekiranya peminjam gagal menyerahkan dokumen-dokumen
tersebut di dalam tempoh 30 hari, maka pinjaman itu dianggap sebagai
terbatal (perenggan 15.1, 1PP WP9.2) dan peminjam dikehendaki untuk
membayar semula jumlah pinjaman yang telah diluluskan.
12.5 Ketua Jabatan juga perlu memastikan setiap peminjam memohon
Pelepasan Hak Milik (PHM) kenderaan dibuat sebaik sahaja peminjam menerima
Surat Arahan Berhenti Potongan Gaji yang dikemukakan oleh Bahagian
Kewangan, KPM selaras dengan 1PP WP9.2 dan WP 9.3.
12.6 Bagi kelulusan pembiayaan komputer dan telefon pintar
(smartphones), Ketua Jabatan dan pegawai yang diluluskan pembiayaan
komputer dan telefon pintar (smartphones) hendaklah memastikan resit asal
pembelian komputer dan telefon pintar (smartphones), salinan invois yang
telah disahkan dan salinan penyata bank yang menunjukkan bayaran telah
dikreditkan ke akaun peminjam dikemukakan kepada pihak pelulus dalam
tempoh 30 hari daripada tarikh EFT. Sekiranya pegawai itu gagal
mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari, maka
pembiayaan tersebut dianggap terbatal (perenggan 8.2, 1PP WP9.1) dan
peminjam dikehendaki untuk membayar semula jumlah pinjaman yang telah
diluluskan.
12.7 Sebuah buku daftar pinjaman/pembiayaan kenderaan dan
pembiayaan komputer dan telefon pintar (smartphones) mengenai semua
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
43
pembiayaan yang telah diluluskan hendaklah diselenggarakan oleh Ketua
Jabatan.
12.8 Ketua Jabatan hendaklah melaporkan dengan segera sekiranya
berlaku penyelewengan atau kegagalan mematuhi peraturan-peraturan dalam
pekeliling kepada Perbendaharaan melalui Bahagian Kewangan, KPM.
12.9 Ketua Jabatan hendaklah melaporkan dengan segera sekiranya
berlaku penyelewengan atau kegagalan mematuhi peraturan-peraturan dalam
pekeliling kepada Perbendaharaan melalui Bahagian Kewangan, KPM.
12.10 Tindakan surcaj dan tatatertib akan diambil terhadap peminjam dan
pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan pinjaman berkenaan sekiranya
terdapat syarat-syarat dan peraturan-peraturan di dalam Pekeliling yang
ditetapkan tidak dipatuhi.
13 PENGESAHAN AKUAN BEBAS BERHUTANG (PENGESAHAN KEWANGAN)
13.1 Ketua Jabatan diingatkan untuk menghantar borang pengesahan akuan
berhutang (borang pengesahan kewangan) bagi pendahuluan diri dalam dan luar
negeri, pendahuluan diri lebihan emolumen, pendahuluan diri gaji, pendahuluan
diri AP59, tunggakan KWSP dan Pinjaman Kenderaan serta Komputer kepada
Bahagian Kewangan bagi pegawai yang bakal bersara, pegawai yang telah
meninggal dunia dan pegawai yang telah meninggalkan perkhidmatan awam.
13.2 Pengesahan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 6 bulan sebelum
pegawai bersara dan dalam masa tujuh (7) hari bekerja bagi pegawai yang
telah meninggal dunia atau meninggalkan perkhidmatan awam. Pengesahan
akuan berhutang ini bertujuan untuk mengelakkan kesukaran untuk mengutip
semula bayaran hutang dari pesara/waris setelah pegawai bersara atau waris
telah menerima wang ganjaran.
14 PELANTIKAN PENCERAMAH BUKAN PENJAWAT AWAM/TRAINING
PROVIDER
14.1 Selaras dengan perenggan 16, 1PP PK2, Ketua Jabatan hendaklah
mengutamakan kepakaran sedia ada di kalangan anggota perkhidmatan
awam/agensi Kerajaan dan institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan mempunyai
kepakaran khusus untuk memberi syarahan/ceramah atau mengendalikan
kursus/latihan yang diperlukan.
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
44
14.2 Sekiranya terdapat keperluan untuk melantik penceramah bukan
penjawat awam/ syarikat training provider, permohonan adalah di bawah
kelulusan Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan surat pekeliling KPM.400-
9/1/1 JLD.9(9) bertarikh 1 Mac 2017.
14.3 Pelawaan untuk mendapatkan perkhidmatan penceramah atau
pengendalian kursus/latihan hendaklah menyatakan dengan jelas skop
perkhidmatan, bidang kepakaran/kelayakan/pengalaman penceramah, jumlah
masa syarahan, bilangan peserta dan sebagainya supaya harga yang ditawarkan
dapat diperincikan untuk penilaian.
14.4 Ketua Jabatan hendaklah memastikan harga dan perkhidmatan yang
ditawarkan adalah munasabah, paling menguntungkan, berkualiti dan sesuai
dengan keperluan perkhidmatan awam. Tatacara perolehan perkhidmatan
pengendalian kursus/latihan juga hendaklah dibuat seperti mana yang ditetapkan
di perenggan 5 (vi), 1PP PK2 serta daripada firma yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan.
15 KEMUDAHAN PENDAHULUAN DIRI SEMASA MENJALANKAN TUGAS
RASMI
15.1 Bagi meningkatkan pengurusan kewangan berprestasi tinggi dan
mempercepatkan proses kelulusan kepada pegawai yang memohon
pendahuluan diri, Pegawai Pengawal telah mewakilkan kuasa kepada
Setiausaha/ Pengarah Bahagian dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri/
Institusi untuk meluluskan permohonan pendahuluan diri oleh pegawai masing-
masing.
15.2 Ketua Jabatan adalah diingatkan agar dapat mematuhi peraturan yang
ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan 1PP WP3.2 Peraturan dan
Prosedur Pengurusan Pendahuluan Diri Bagi Bayaran Elaun Sewa Hotel dan
Elaun Makan dan bertanggungjawab untuk memastikan semua pendahuluan diri
dikutip semula selaras dengan arahan oleh pekeliling tersebut.
15.3 Ketua Jabatan adalah diingatkan untuk memantau kes pegawai yang
gagal membuat tuntutan rasmi untuk membayar balik pendahuluan diri yang
telah diterima. Sekiranya tuntutan tidak dibuat dalam tempoh satu (1) bulan
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
45
selepas tarikh tuntutan perlu dibuat, penerima pendahuluan diri akan dikenakan
bayaran penalti 10 peratus (10%) setahun.
15.4 Ketua Jabatan juga perlu mengemukakan satu penyata yang
menunjukkan ringkasan mengenai kedudukan Pendahuluan Diri yang diluluskan
dan hasil pembayaran balik setiap enam (6) bulan kepada Perbendaharaan
melalui Bahagian Kewangan. Jika tiada Pendahuluan Diri yang diluluskan bagi
tempoh tersebut Perbendaharaan hendaklah diberitahu juga dengan
mengemukakan pulangan kosong (nil return). Penyata ini boleh dikemukakan
dengan menggunakan format sepertimana Lampiran B dalam 1PP WP 3.2.
16 PERMOHONAN KELULUSAN KHAS PERBENDAHARAAN
16.1 Perkara-perkara yang di luar daripada peraturan sedia ada dan/atau
memerlukan kelulusan khas Kementerian Kewangan hendaklah diperolehi
sebelum sesuatu program dilaksanakan.
16.2 Permohonan kelulusan khas berhubung Kawalan Perbelanjaan,
Kawalan Bajet, Perolehan, Kemudahan dan Elaun, Pembayaran di bawah AP59
dan lain-lain hendaklah dikemukakan dengan lengkap berserta justifikasi dan
dikemukakan kepada Bahagian-Bahagian yang berkaitan untuk mendapat
persetujuan Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa terlebih dahulu.
16.3 Ketua Jabatan adalah diminta memastikan permohonan diterima oleh
Pegawai Pelulus tidak lewat 3 bulan daripada tarikh program bagi kelulusan khas
Perbendaharaan dan tidak lewat 30 hari bagi kelulusan khas Bahagian
Kewangan, KPM.
16.4 Bahagian Kewangan berhak untuk menolak dan membatalkan
permohonan-permohonan yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan.
17 LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN
Semua Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan perkara-perkara berikut
dipatuhi:-
17.1 Bagi perjalanan luar stesen pula hendaklah mendapatkan kebenaran
Ketua Jabatan/ Bahagian/ PPD/ Ketua PTJ terlebih dahulu bagi tujuan kawalan
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
46
perbelanjaan. Bilangan pegawai yang terlibat hendaklah diminimumkan dan
menggunakan kaedah perjalanan yang paling menjimatkan;
17.2 Permohonan baharu/ tambahan untuk penyewaan bangunan, mesin
fotostat, alat siaraya, harta modal ICT dan bukan ICT, khemah, pengangkutan dan
lain-lain hendaklah dikawal;
17.3 Ketua Jabatan/ Bahagian hendaklah mengawal penggunaan utiliti
seperti air, elektrik, pendingin hawa dan perkhidmatan telekomunikasi dengan
memberi penekanan yang serius dalam pelaksanaan langkah-langkah penjimatan
dan menggelakkan pembaziran;
17.4 Aktiviti yang berbentuk ceremonial hendaklah dikawal dan dilaksanakan
dalam skala sederhana ; dan
17.5 Menubuhkan Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah yang
bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun dalam pemilihan dan
perakuan murid yang layak untuk menerima jenis-jenis bantuan persekolahan
yang berasaskan kriteria kelayakan. Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa
Bantuan Peringkat Sekolah dan laporan mesyuarat hendaklah dikemukakan
mengikut ketetapan seperti berikut :
Bil. Mesyuarat
Tarikh Mesyuarat
di Sekolah
Tarikh Akhir Hantar Laporan ke BKew
Pertama Sebelum 9 Mac 2018 16 Mac 2018
Kedua Sebelum 7 September 2018 14 September 2018
BELANJA
PEMBANGUNAN
(P.63)
DAN
PENGURUSAN
PEMBANGUNAN
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018
47
B. BELANJA PEMBANGUNAN P.63 DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN
1. PERUNTUKAN PEMBANGUNAN 2018
1.1. Tahun 2018 merupakan tahun ketiga kepada RMK-11 yang merupakan
Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) terakhir dalam menentukan negara
ke arah berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
1.2. Perbandingan Peruntukan P.63 KPM bagi tahun 2017 dan 2018
mengikut program adalah seperti berikut:
KOD PROGRAM
2017 (RM)
2018 (RM)
PERBEZAAN (RM)
101 Pra Sekolah 7,709,500 3,655,800 4,053,700
102 Rendah Akademik 129,067,800 145,769,800 16,702,000
201 Menengah Akademik 349,259,500 310,611,000 38,648,500
202 Sekolah Sukan 16,398,400 11,300,000 5,098,400
203 Sekolah Menengah Berasrama Penuh
500,000 16,514,400 16,014,400
204 Matrikulasi 850,100 502,000 348,100
300 Pendidikan Teknik dan Vokasional
151,154,700 115,235,200 35,919,500
700 Pendidikan Guru Maktab Perguruan
122,826,700 57,100,000 65,726,700
800 Rumah Guru 2,777,100 557,200 2,219,900
900 Asrama 27,578,700 13,848,900 13,729,800